You are on page 1of 8

Masalah Pendidikan 2005.

Universiti Malaya 5

MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Ng Sen Fa
Sandiyao Sebestian
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

High IQ is regarded as a strong indicator of success and well-being in all fields


of life. Nevertheless. gifted children face various socio-emottonat problems
which are due to: 1) Characteristics unique in themselves; and 2) Environmen-
tal factors, including family lives. school environments and misunderstanding
from others. All these obstacles hinder them from developing their potentials
to the fullest, which explains why not all gifted individuals can achieve pro-
ductivity and creativity in their lives. Higher awareness and commitment from
educators and decision-makers will ensure they make great contribution to the
betterment of our nation.

Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secara
umum. Secara spesifik, artike1 ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penubuhan
program kanak-kanak pintar cerdas dan perkembangan pendidikan golongan pintar
cerdas kerana aspek ini telah diabaikan selama ini di negara kita. Objektif berkenaan
mungkin hanya akan dapat dicapai sekiranya ada usaha-usaha yang berterusan dilakukan
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai masalah yang dihadapi oleh
golongan kanak-kanak berkenaan. Idea yang dibincangkan adalah berdasarkan kajian
literatur dan pengalamanpenulis sendiri.

Sebelum membincangkan apakah masalah-masalah yang di hadapi oleh kanakkanak


pintar cerdas, lebih dahuiu kita perlu memahami siapakah kanak-kanak pintar
cerdas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah:

Gifted and talented children are those identified by professionally qualified per-
sons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.
These are children who require differentiated educational programs and ser-
vices beyond those normally provided by regular school programs in order to re-
alize their contribution to self and society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998,
ms. 18)

Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar


cerdas yang tinggi; dan 2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengem-
bangkan potensi yang ada pada mereka. Definisi tersebut akan menjadi Iebih jelas jika
kita bandingkan dengan definisi kanak-kanak terencat akal berikut:

Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang. Bagi
sesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang atau
tercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran di sekolah dan!
atau pengubahsuaian sosialnya terjejas. (Malaysian Council dlm. Chua & Koh,
1992, ms. 116)
6 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Definisi di atas menggariskan dua perkara penting: 1) Kecerdasan yang amat rendah ber-
banding dengan kecerdasan purata; dan 2) Masalah penyesuaian diri (dalam masyarakat
dan program sekolah biasa). Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas
menunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak
terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu, mereka
memerlukan pendidikan khas. Bagaimana pun, bagi definisi kanak-kanak pintar cerdas,
masalah penyesuaian sosial kanak-kanak tersebut tidak dianggap ciri penting yang mem-
bezakan mereka dengan kanak-kanak biasa. Oleh itu, artikel ini menyarankan sebaliknya,
iaitu bertujuan mengenal pasti dan memahami kanak-kanak pintar cerdas dari aspek ma-
salah penyesuaian diri mereka. Apatah lagi, persoalan ini sangat penting untuk diketahui
dan difahami oleh masyarakat dan para pendidik.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka
jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat me-
manfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keper-
luan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka
jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh
kerana itu, artikel ini memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan
ini diharap akan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik
dan pihak-pihak yang terlibat di Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan
mereka.

Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-
kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan
intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebi-
han ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan
minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang
ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri
rnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral; keupayaan yang
tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkan potensi.
Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasi
terhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan
sistern persekitaran; dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah
mereka yang sedia ada semakin bertambah. Oleh itu, artikel ini juga bertujuan untuk
membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah yang mereka hadapi. lni penting
untuk memastikan mereka dapat mengembangkan semua potensi yang ada pada mereka.
Bagaimana pun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar
pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Antara kekangan
kajian ini adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dijadikan sebagai pengukur
kejayaan pelajar.

Cirl-ciri Istimewa dan Masalah Pelajar Pintar Cerdas

Bayangkan senario ini: "Joshua yang dianggap pintar cerdas oleh gurunya sebaliknya
menjadi punca tekanan kepada gurunya. Guru mencabarnya supaya menjadi pelajar yang
paling berjaya di dalam kelas tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan. Dalam aspek
sosial dan tingkah laku, beliau sering menimbulkan kebencian rakan sekelas yang dua
tahun lebih tua darinya. Mereka telah tidak pedulikannya, Joshua pun membalas dendam
Masalah Pendidikan 2005, Universlti Malaya 7

dengan mengejek apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kawan-kawannya selain menun-
juk-nunjuk kebolehannya."
Berdasarkan senario tersebut, Joshua tidak disenangi kawan-kawannya di sekolah.
Keadaan ini berlaku kerana beliau amat berbeza daripada kawan-kawannya, selain beliau
juga merupakan suatu cabaran bagi gurunya - yang tiada pengalaman dan kemahiran
mengajar kanak-kanak sepertinya. Joshua pun menjadi seorang yang sinis kerana sering
merasa tidak puas hati. Oleh kerana itu, Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan
juga bersikap suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian dan penghargaan
daripada orang lain. Dengan memiliki kepintaran berbahasa yang tinggi, Joshua telah
menggunakan kelebihan tersebut untuk mengejek kawan-kawannya dengan tujuan untuk
memuaskan hatinya.
Sepertimana yang kita fahami, penerimaan sosial dan penghargaan adalah keperluan
asas manusia. Bagaimana pun, cara yang dilakukan oleh Joshua telah mendatangkan
lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Cara Joshua tersebut sememangnya
akan dapat menarik perhatian tetapi kawan-kawannya di sekolah telah mengasingkan diri
daripadanya. Kelakuan Joshua tersebut tidak membantunya mendapat persahabatan sejati.
Joshua terbawa-bawa sikap buruknya itu sehingga beliau sukar untuk mengambil
pengajaran daripada sikap tersebut. Perkara ini akan lebih jelas apabila dirujuk kepada
teori behaviorisme - Joshua memperoleh pengukuhan positif (reaksi kawan-kawan yang
marah kepadanya) daripada perbuatannya. Perhatian yang negatif pula merujuk kitaran
buruk (vicious cycle) (sikap buruk Joshua terhadap kawan-kawannya) berulangan. Joshua
merasa orang lain tidak suka kepadanya kerana mereka dianggap tidak cerdik dan hina.
Berdasarkan senario ini, kita perlu merenung beberapa isu penting berikut yang sukar
untuk diatasi dalam pendidikan pintar cerdas:

1. Mengapa kanak-kanak pintar cerdas dikatakan tidak disenangi oleh orang lain?
2. Adakah biasanya pelajar yang tinggi tahap kecerdasannya memiliki kelemahan dalam
kemahiran bersosial? Apakah punca masalah mereka?
3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka? Apakah faktor
resiliensi bagi kanak -kanak ini untuk menghadapi cabaran ini?

Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan
kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar
cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecer-
dasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding
kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih
kerap mendampingi mereka (yang juga memiliki persamaan ciri-ciri seperti orang
dewasa) seperti yang disebut dalam peribahasa:"birds ofafeather flock together." Con-
tohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yang
dilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dan
anda juga seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketika
berada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggota organisasi tersebut
bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut,
kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk: menafikan
kecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan meninggalkan keperluan
sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial/pendidikan
iaitu:
8 Masalab Pendidikan 2005, Universiti Malaya

golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar
kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi
pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain
memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang. Jika kita melihat dari
perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar (student-centered), kita akan mendapati pen-
didikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar - dan
dalam aspek inilah pelajar pintar cerdas memerlukan bantu an dan bimbingan pendidik.
Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di dalam pen-
didikan pintar cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut, telah memberi
gambaran terperinci lima masalahlcabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini
(Gallagher & Gallagher, 1994) iaitu:

1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah;


2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly);
3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti;
4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secer-
diknya); dan
5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain.

Item-item 1 dan 2 adalah merujuk senario Joshua sebelum ini. Item 3 mungkin berlaku ke
atas Joshua walaupun tidak dinyatakan denganjelas. Contohnya, Joshua mungkin pernah
mempersoal atau mencabar autoriti guru dalam hal-hal akademik. Beliau juga mungkin
merasa benci kepada pelajar lain yang popular. Khususnya item 2, menggambarkan
tingkah laku golongan ini yang sering disalah anggap oleh orang lain. Mereka perlu ber-
sabar walaupun tidak difaharni. Item-item 4 dan 5 mungkin berlaku apabila usia Joshua
meningkat.
Jika golongan ini menambah perasaan benci terhadap pergaulan sosial, mereka
mung kin dapat mengelak diri daripada bergaul dengan orang lain seperti yang digam-
barkan oleh item 4. Hollingworth juga mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas
bersikap ding in (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah
(Davis & Rimm, 1998). Berpunca daripada perkembangan yang terJalu awal dalam
lokus-kawalan-dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapai masalah
untuk patuh kepada norma; menafikan pengiktirafan luaran; dan memilih untuk menjalani
hidup mengikut nilai sendiri. Semua tingkah laku terse but dianggap oleh orang lain
sebagai mencabar autoriti dan tradisi (Clark & Callow, 2002). Item 5 mungkin
disebabkan mereka memiliki keupayaan memanipulasikan orang lain, dan memperoleh
kepuasan dengan berbuat demikian - gambaran satu keadaan yang membimbangkan.
Golongan ini tidak semestinya mencapai tahap yang tinggi dalam perkembangan nilai
dan moral sepertimana yang telah dibuktikan dalam kajian Terman di mana pada ke-
seluruhannya golongan ini telah menunjukkan perkembangan yang lebih baik dalam
semua domain termasuk domain moral (Davis & Rimm, 1998; Gallagher & Gallagher,
1994). Tidak terdapat bukti yang kukuh bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini banyak
mengalami masalah tingkah laku (Gallucci, Middleton, & Kline, 1999). Nik Azis Nik Pa
(1990) menyarankan supaya golongan ini diberi bimbingan dalam perkembangan nilai
dan moral.
Golongan ini tidak semestinya memiliki keyakinan, apatah lagi, perasaan rendah diri
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 9

bukannya satu masalah luar bias a (Gallagher & Gallagher, 1994) kerana sikap ini boleh
difahami di mana kebolehan yang tidak seimbang menjadi punca kepada masalah
mereka. Contohnya, seorang yang kreatif selalunya tidak teratur. Oleh itu, seorang yang
pintar cerdas perlu memahami masalah dirinya selain cuba mengatasi cabaran ini kerana
kelebihan yang ada pada mereka tidak banyak membantu keyakinan diri mereka.
"Saya masih belum cukup lagi" dan rasa bersalah adalah dua perkara yang menguasai diri
mereka. Oleh itu, mereka mungkin menganggap mereka perlu memikullebih
tanggungjawab - keadaan ini adalah petanda sikap idealistik wujud dalam diri mereka.
Mereka menjangka tinggi terhadap hasil kerja mereka; dan ekstrim yang satu lagi juga
mungkin berlaku apabila mereka menganggap semua masalah yang mereka hadapi adalah
akibat tindakan orang lain. Contohnya, mereka sukar menerima kritikan orang lain; dan
faktor inilah yang menyebabkan mereka boleh menyerang orang lain atas kegagalan dan
masalah mereka sendiri. Sikap terlampau kritikal juga telah menjadikan mereka menafi-
kan nilai yang ada pada did mereka (Davis & Rimm, 1998).

Faktor Persekitaran
Biasanya, sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas kera-
na menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khu-
sus (Gallagher & Gallagher, 1994). Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa
tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar cerdas:

Guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran matematik yang luar biasa
pada tahap ini. Mereka mungkin menganggap kebolehan memanipulasikan nom-
bor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya. Mereka juga
berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan
takut dipersoalkan oleh ibu bapa.lni menjadikan guru tetap memberi latihan yang
sama kepada semua pelajar. Walaupun ini bermakna pelajar pintar cerdas hanya
mengulangi sesuatu yang telah sedia dikuasai (Leyden, 1998, ms. 36)

Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik
mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada
dan juga kurangnya kesedaran guru. Biasanya, guru kurang senang terhadap kanak-kanak
yang kreatif. 01eh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang
sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan. Di
sekolah, terdapat sebilangan guru tidak memiliki semangat akademik yang baik,
antaranya, guru tersebut mungkin memberi golongan pelajar ini maklumat-maklumat
yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan, selain tugasan yang diberi men-
jadikan golongan pelajar ini lebih derita seperti kerja salin-menyalin; menghafal fakta
yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Tugasan salin-menyalin se-
benarnya merupakan suatu bentuk penyeksaan mental yang baharu terhadap golongan
pelajar tersebut kerana tugasan seumpama itu hanya melatih kemahiran-motor-halus
mereka dan bukannya kemahiran berfikir mereka. Kadang-kadang, tugasan yang diberi
guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin
tahu/mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan pelajar
pintar cerdas tidak suka kepada sekolah.
Kadang-kadang, guru menambah jumlah tugasan pelajar lebih daripada biasa. Se-
10 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

benarnya, cara ini tidak sesuai dilakukan terhadap golongan pelajar ini kerana mereka
memerlukan cabaran kualiti (antaranya, sesuatu konsep yang lebih mencabar) dan bu-
kannya cabaran kuantiti. Contohnya, jika guru meminta pelajar ini menulis lima artikel
mengenai lima topik-sudah pasti tugasan sebegini membosankan dan menjadikan mereka
serba salah - kerana mereka perlu memberi fokus terhadap setiap topik, selain terpaksa
membuat kajian terperinci atau intensif. Bagaimana pun, tugasan yang lebih sesuai anta-
ranya meminta mereka menulis satu artikel mengenai satu tajuk yang memang menarik
minat mereka. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya
menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan pelajar ini perlu diberi
kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Ini kerana motivasi
intrinsik adalah pendorong yang kuat terhadap tingkah laku mereka: "Kanak-kanak pintar
cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk membuat keputusan
sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan dengan amanah" (NikAzis Nik Pa,
1990, ms. 61).
Di negara-negara timor, biasanya hubungan kekeluargaan adalah rapat; dan ini
menyebabkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengawal kebebasan anak-anak mereka.
Ciriciri masyarakat timur juga lebih mementingkan pencapaian akademik, misalnya,
dalam budaya Asia Timur, pelajar didesak oleh ibu bapa supaya mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan. Dengan kata lain, mengawal kebebasan anak-anak supaya
mereka memperoleh keputusan cemerlang dalarn peperiksaan bertujuan memenuhi
kehendak ibu bapa. Sementara ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas yang tidak
memiliki kesedaran mengenai keadaan anak-anak mereka mungkin lepas tangan dalam
mengikuti perkembangan anak mereka. Keadaan mungkin lebih serius di kalangan
kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah.
Kanak-kanak sebegini mungkin juga menghadapi masalah dengan adik-beradik. lni
berlaku terutamanya dalam budaya/keluraga yang lebih mementingkan persaingan dan
individualistik. Kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah dengan keluarga
mereka sekiranya keluarga mereka arnat berbeza dengan lain-lain keluarga. Contohnya,
perkembangan moral dan nilai universal yang matang awal (precocious) mungkin
mendorong seorang kanak-kanak menjadi vegetarian (orang yang tidak makan sumber
makanan daripada haiwan) yang mungkin menjadi punca konflik dalam keluarga.
Sementara pencapaian akademik yang tinggi kanak-kanak sebegini menjadikan adik-
beradik yang lain merasa rendah diri. Kebanyakan konflik seumpama itu belaku kerana
wujud salah faham orang lain terhadap golongan kanak-kanak ini - disebabkan hanya
wujud sedikit kesedaran masyarakat terhadap golongan kanak-kanak ini; selain faktor
salah faham golongan ini terhadap diri mereka sendiri.
Sebilangan besar golongan pintar cerdas tidak memahami diri mereka sendiri kerana ibu
bapa mereka dan guru-guru tidak mendapat pendedahan mengenai golongan ini.
Misalnya, kita selalu mengaitkan golongan pintar cerdas dengan pencapaian akademik
yang tinggi sedangkan sebahagian daripada mereka tidak menunjukkan pencapaian yang
baik dalam pelajaran berbanding dengan potensi yang sedia ada pada mereka. Oleh itu,
pencapaian mereka menjadi di bawah-pencapaian-pintar-cerdas (gifted underachiever).
Satu lagi tanggapan yang salah dewasa ini ialah dakwaan kononnya golongan ini sangat
jarang ditemui. Sebenarnya, jika kita menggunakan kiraan statistik yang terperinci dan
konservatif iaitu: 0.01% darab dengan 26 juta penduduk Malaysia bermakna kini terdapat
lebih kurang 2500 individu pintar cerdas di negara ini. Apatah lagi, jika kita mengikut
Masalah Pendidikan 2005, Universitt Malaya 11

kriteria yang lebih longgar iaitu 2%, misalnya, kriteria keah-lian MENSA adalah 2%.
lni bermakna mana-mana negara di mana 2% populasinya berkecerdasan lQ lebih tinggi
daripada 98% boleh menjadi ahli MENSA.
Bagi mereka yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi dan menyedari apa
yang berlaku terhadap diri mereka sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut walau-
pun perubahan yang mereka alami hanya sedikit, Kesunyian menjadi perkara biasa dalarn
hidup mereka kerana idea-idea mereka tidak dapat dikongsi atau diterangkan oleh orang
lain. Masalah komunikasi yang serius seperti ini berlaku terutamanya pada mereka yang
sangat berlainan daripada orang kebanyakan Biasanya, idea-idea radikal mereka - yang
menjadikan orang lain terpaku apabila mendengarnya, sukar diterima orang lain. Ke-
lainan mereka menyebabkan orang ramai menjauhi mereka. Sebenarnya, golongan pintar
cerdas adalah tergolong dalam kalangan heterogeneous - mereka tidak semestinya boleh
cepat menjadi kawan walaupun di kalangan golongan mereka sendiri, sekalipun mereka
mungkin lebih memahami satu sarna lain.
Sebagai golongan heterogeneous, kanak-kanak pintar cerdas yang berada dalam
kategori yang lain (sub-kategori heterogeneous) menghadapi masalah yang berbeza
daripada apa yang te1ah dibincangkan sebelum ini. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar
cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak
dipedulikan orang lain kerana dilabel orang kurang upaya. Begitu juga keadaan seorang
kanak-kanak yang pintar cerdas dalam bidang seni visual mungkin ia tidak diberi
bimbingan dan galakan yang sewajamya kerana ia mengalami masalah ADHD (Attention
Deficit Hyperactivity Disorder). Apatah lagi, bagi kanak-kanak pintar cergas yang
memiliki kepelbagaian kepintaran, sudah pasti merumitkan lagi keadaan. Dapatan kajian
Moon, Zentall, Grskovic, Hall, dan Stormont (2001) menunjukkan sampel yang
mengalami masalah kepintarcerdasan dan ADHD menghadapi masalah emosi, pergaulan
sosial, dan keluarga. Kepintarcerdasan telah memburukkan lagi masalah sosial/emosi
yang ada kaitannya dengan ADHD.
Satu lagi sub-kategori heterogeneous di kalangan pelajar pintar cerdas adalah me-
reka yang mengalarni masalah pembelajaran (learning disability) bahasa (disleksia) atau
matematik. Guru mungkin menganggap pelajar sebegini lembab. Ini menyebabkan bakat
yang sedia ada pada mereka terkubur begitu sahaja sedangkan seorang pelajar yang ber-
masalah dalam pengiraan matematik mungkin pada masa yang sarna memiliki kefahaman
yang tinggi dalam matematik. Sekiranya, pendekatan mengatasi masalah pembelajaran
sebegini tidak didedahkan kepada ibu bapa dan guru-guru bermakna akan hilanglah
seorang pakar dalam bidang matematik. Sementara seorang kanak-kanak yang
bermasalah ejaan pula mungkin memiliki bakat yang tinggi dalam bidang kesusasteraan.

RUMUSAN

Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu aspek penting
dalarn kehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius memberi impak bu-
ruk kepada kesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu, seseorang individu yang
menghadapi tekanan sosial yang sangat serius tidak mungkin dapat menumpukan perha-
tiannya kepada usaha-usaha untuk memajukan masyarakat.
Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dewasa
ini adalah berpunca daripada dua faktor utarna iaitu: 1) Keistimewaan yang ada pada diri
12 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

mereka; dan 2) Faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas
ini akan dapat mencapai kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan
ini perlu mengatasi pelbagai halangan yang mereka hadapi supaya mereka dapat
mengembangkan sepenuhnya potensi yang sedia ada pada diri mereka. Peranan pendidik
adalah untuk membantu mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi,
perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang unik. Diharapkan artikel ini dapat
meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan pintar cerdas. Pengetahuan
yang ada kaitannya dengan kanak-kanak pintar cerdas ini wajar disalurkan pada waktu yang
terdekat ini kepada ibu bapa, guru-guru dan bakal guru supaya mereka lebih sensitif terhadap
keperluan unik golongan ini.

RUJUKAN

Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd ed.). New York: Longman.
Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with
social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal 0f Youth and
Adolescence, 32(6),409.
Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan
asas.
Kuala Lumpur: DBP.
Clark, C., & Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and
processes for teachers (2nd ed.). London: Fulton.
Davis, G. A, & Rimm, S. A (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.). Boston,
MA:Allyn.
Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston, MA:
Allyn.
Gallucci, N. T., Middleton, G., & Kline, A. (1999). Intellectually superior children and
behavioral problems and competence. Roeper Review, 22(1), 18-21.
Leyden, S. (1998). Supporting the child a/exceptional ability (2nd ed.). London: Fulton.
Moon, S. M., Zentall, S. S., Grskovic, 1. A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and
social characteristics of boys with ADHD and giftedness: A comparati ve case study.
Journal/or the Education a/the Gifted, 24(3), 207-247.
Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik.
Petaling Jaya: Pustaka Islam.
Woitaszewski, S. A. (2003). Recent dissertation research in gifted studies: The contribution
of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents.
Roeper Review, 26(1), 53.

You might also like