You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Tanah terhasil daripada beberapa proses asas iaitu tindakan cuaca pada batuan induk,
aktiviti bahan organik dan pergerakan bahan dalam profil tanah. Pembentukan tanah
melibatkan kompenen, tekstur yang berbeza, stuktur, kandungan kimia dan warna.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan tanah iaitu iklim, keadaan
semulajadi batuan induk, tindakan mikroorganisme, tindakan topografi, masa dan
tindakan manusia.

Gambar Rajah 1
Profil tanah
(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Soil_horizon).

Rajah 1 menunjukkan profil tanah mengikut pengelasanya. Profil tanah


dibahagikan kepada empat bahagian iaiti bahagian A, B, C dan O. O menunjukkan tanah
yang belum matang, manakala A, B mewakili tanah sebenar atau solum dan horizon C
adalah sub-tanah atau zon fragment batuan. Lapisan A adalah lapisan teratas yang
memberi kesan kepada air hujan dan pencairan salji dan segala tindak balas kimia. Di
lapisan ini juga berlakunya aktiviti bakteria dan tindakan balas kimia menukar bentuk
organisma kepada humus. Selain itu, dibawah pemukaannya terdapat akumulasi daun-
daun kering yang bercampur dan bahan organik. Tanah gambut berada di lapisan A yang
mana terdiri daripada bahan-bahan organik yang mati dan mengalami proses separuh
pereputan (Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah: 2002).

1
2.0 DEFINISI KONSEP

Tanah gambut ialah tanah yang mempunyai ketebalan bahan organik yang melebihi 50
sm di dalam 100 sm profil tanah. Tanah ini terbentuk daripada enapan organik yang
berasal daripada daripada sisa jaringan tumbuhan pada masa lampau. Mengikut soil
taxonomy, tingkat dekomposisi bahan organik ada tiga iaitu fibrik, hemik dan saprik.
Contoh tanah bagi setiap peringkat boleh dirujuk dilampiran A.

Peringkat fibrik ialah gambut yang mempunyai tingkat dekomposisi awal dengan
lebih 3/4 volumnya 75 % masih berupa serat. Sementara bahan organik yang terkandung
dalam peringkat ini ialah 2/3 sahaja dan ianya mesih belum reput. Bagi peringkat ke-2
ialah hemik. Hemik pula ialah gambut yang mempunyai tingkat dekomposisi tengah.
Sebahagian bahan organiknya sudah benar-benar lapuk dan sebahagian lagi masih berupa
serat. Kadang-kala serat pada peringkat dekomposisi ini memecah antara 17-75 %
volumnya. Bahan organik dalam hemik adalah sebanyak 1/3 – 2/3 bahan dan ianya masih
belum reput. Manakala peringkat ke-3 ialah peringkat saprik. Peringkat ini merupakan
peringkat yang bahan kasar atau seratnya sudah tinggal sedikit sahaja iaitu kurang
daripada 17% volumnya (http://griya-asri.com/index2.php).

Tanah gambut mempunyai kedalaman yang berbeza di setiap lokasi yang berbeza.
Oleh sebab itu, gambut dikelaskan kepada empat ketogeri iaitu gambut cetek, gambut
sederhana dalam, gambut dalam. Bagi gambut cetek ketebalannya mencecah 50-< 100
cm, manakala bagi gambut sedang pula ketebalannya mencapai 100- < 200 cm. Bagi
gambut dalam pula ketebalannya pula mencecah 200- < 300 cm. Tanah yang mempunyai
lapisan nipis bahan organik tanah dipermukaan antara <50 cm tidak dikelaskan sebagai
tanah gambut. Contoh-contoh kedalaman tanah gambut boleh dirujuk di lampiran B.

2
3.0 LOKASI TANAH GAMBUT DI MALAYSIA.

Peta 1
Lokasi tanah gambut di Malaysia

Peta di atas menunjukkan lokasi-lokasi terletaknya tanah gambut di Malaysia. kawasan yang
berwarna hitam merupakan kawasan gambut antara kawasan yang mempunyai gambut ialah
daerah Pontian, batu pahat (Johor), sitiawan (perak) dan sebagainya.

4.0 SIFAT TANAH GAMBUT

Setiap tanah mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri. Begitu juga dengan
tanah gambut. Tanah gambut berbeza dengan tanah mineral yang lain. Hal ini demikian
kerana, tanah jenis ini tidak sesuai untuk bercucuk tanam. Antara antara tanaman yang
sesuai untuk tanah jenis ini ialah koko, nanas, kepala sawit dan lain-lain lagi. Namun
begitu, tanah gambut ini boleh digunakan dengan baik sekiranya pengelolaan yang teliti
dilakukan.

Tanah gambut mempunyai kandungan organik yang sangat tinggi kerana tanah
jenis ini terbentuk daripada sisa tumbuhan yang mati dan telah mengalami proses separuh
reput iaitu proses proses pereputan yang sepenuhnya adalah terhad pada lapisan ini
kerana keadaan asid yang tinggi serta tidak ada aktiviti mikroorganisma. Bahan-bahan
organisma tersebut telah terkumpul lebih 8,000 tahun dan boleh mencapai ketebalan kira-
kira 20 meter.

3
Tanah ini juga mempunyai berat isipadu yang sangat rendah sehingga dalam
keadaannya yang kering ianya jelas kelihatan. Selain itu, tanah jenis ini juga mempunyai
kadar mikroorganisma yang sangat rendah dan tidak seimbang. Oleh sebab itu, tanah
jenis ini tidak sesuai untuk bercucuk tanam.

Secara umumya sifat kimia tanah gambut didominasi oleh asam-asam organik
iaitu hasil akumulasi sisa-sisa tumbuhan. Asam organik yang dihasilkan semasa proses
dekomposisi tersebut merupakan bahan yang bersifat toksid bagi tanaman, sehingga
mengganggu proses metabolisme tanaman. Sementara itu, secara fiziknya tanah gambut
bersifat lebih berpori berbanding dengan tanah mineral yang lain sehingga menyebabkan
pegerakan air berlaku dengan pantas di tanah gambut yang belum terdekomposisi dengan
sempurna sehinggakan jumlah air yang sedia ada untuk tamanan terbatas.

5.0 KEPENTINGAN TANAH GAMBUT

Walaupun tanah gambut tidak berapa sesuai untuk bercucuk tanam, namun tanah
jenis ini juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antara kepentingan tanah
gambut ialah untuk tanaman, menyerap karbon, takungan air, nilai ekonomi dan
sebagainya.

5.1 Pertanian

Tanah gambut tidak berapa sesuai untuk bercucuk tanam tetapi ia sesuai untuk tanaman
yang singkat tempoh penanamannya. Contohnya sayur-sayuran, jagung dan nanas.
Tananam seperti ini memerlukan masa yang singkat untuk membesar dan seterusnya
dituai. Namun tanah jenis ini jika pengurusan dan pengelolaan dibuat dengan betul, ia
akan boleh dijadikan tanah untuk pertanian.

4
5.1.1 Tanaman nanas

Gambar 1
Tajuk:Ladang nanas di pontian,Johor
(Sumber: http://www.mpib.gov.my)

Gambar rajah 3 menunjukkan penanaman nanas di M.A.D.A Kedah. Nanas adalah


salah satu tanaman yang popular di Malaysia. Nanas dapat ditanam dengan mudah di atas
tanah gambut. Hal ini demikian kerana, nanas adalah tanaman yang sesuai ditanam di
atas tanah gambut. Nanas yang ditanam di atas tanah gambut lebih bermutu tinggi dan
mengeluarkan hasil yang banyak. Nanas dapat beradaptasi dengan baik pada kemasaman
yang tinggi yang terdapat dalam tanah gambut. Oleh itu, kerajaan menggalakan para
petani yang mempunyai tanah gambut untuk memajukan tanah mereka dengan menanam
pokok nenas kerana hasilnya dapat meningkatkan taraf hidup dan menjana ekonomi
negara. Malaysia mempunyai pusat penyelidikan nanas yang tersendiri iaitu Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Antara objektif penubuhan LPNM ialah untuk
mengawal dan memajukan industri nanas negara ini supaya perjalanan dan
perkembangan industri nanas berjalan dengan kemas, maju, teratur, serta berdaya saing.
Antara lokasi tanaman nanas di Malaysia ialah di Pontian, Batu Pahat (Johor), Sitiawan
(Perak) (http://www.mpib.gov.my/portal/mpib).

5
5.1.2 Kelapa Sawit

Gambar 2
ladang kelapa sawit di atas tanah gambut
(sumber: http://www.lcsb.com.my)

Gambar menunjukkan ladang kelapa sawit yang sangat berpontensi ditanam atas
tanah gambut. Tanah gambut yang sesuai untuk tanaman kepala sawit ialah tanah gambut
yang mempunyai ketebalan yang kurang daripada satu meter dalam sahaja. Jika terlebih
daripada satu meter kedalamanya ia tidak sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Walau
bagaimana pun dengan pengurusan dan pengelolaan tanah gambut yang baik melalui
sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna kelapa sawit boleh di tanam di atas
tanah gambut yang mempunyai ketebalan yang melebihi 1 meter kedalamannya. Antara
lokasi penanaman kepala sawit di Malaysia ialah di Felda Trolak.
(http://tumoutou.net/702_05123/hastin.htm).

5.2 Menyimpan Karbon

Tanah gambut yang seterusnya ialah dapat menyimpan karbon yang banyak untuk
kegunaan manusia dan haiwan. Hutan gambut adalah hutan yang paling hutan yang
paling banyak menyimpan karbon. Fungsi ini berkaitan kemampuan hutan gambut
menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara dan menyimpannya dalam akar, batang,
dahan dan ranting. Hal ini demikian kerana sebahagian besar tanah tempat hutan gambut
terdiri daripada bahan organik seperti tumbuhan yang telah mati. Dalam tempoh yang

6
sangat lama iaitu ratusan dan ribuan tahun bahan-bahan ini terakumulasi lalu membentuk
timbunan sehinga mencapai kedalaman 15 meter. Keadaan ini berlaku kerana air yang
bertakung di tempat tersebut membuat bahan organik ditenggelami air sehingga
melambatkan proses pembusukan oleh mikroorganisme.

Keupayaan hutan ini meyerap karbon dioksida (CO2) sekaligus dapat membantu
menstabilkan alam sekitar dengan memperlahankan pemanasan global. Kelangsungan
hutan paya gambut ini bergantung kepada paras air semulajadi yang menghalang tanah
menjadi kering yang boleh menyebabkan bahan gambut mudah terbakar. Bagi
mengelakkan bahan gambut terbakar, menurunkan paras air atau penebangan pokok tanpa
kawalan mengacam hutan paya gambut. Sekiranya berlaku kebakaran di hutan ini, ia
akan meningkatkan karbon dioksida (CO2) di atmosfera menyebabkan pemanasan global
semakin buruk sekaligus dapat mengganggu cuaca dunia. Contohnya di Riau, Indonesia
hutan gambut yang terdapat disana ialah seluas 4 juta hektar dengan kedalaman gambut
mencecah 16 meter dan menyimpan 146 milion ton karbon. Manakala Malaysia juga
memiliki hutan paya gambut yang berfungsi menyimpan karbon.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content)

5.3 Penahan Air Dan Pencegah Banjir

Tanah gambut mempunyai daya tahan air yang sangat besar. Tanah gambut juga
dapat menjaga kestabilan air serta menyerap dan melepaskan air secara horizontal. Ianya
boleh menyimpan air di pemukaan dan di dalam tanah. Sifat tanah gambut itu sendiri
yang bertindak seperti span membolehkan gambut menyerap air yang berlebihan ke
dalam tanah lalu menyimpan air yang diserap itu sama ada air hujan atau pencairan salji.
Sementara itu, edaran air dalam sistem paya gambut dikawal sepenuhnya oleh
atmosferik, curahan, evapotranspirasi, serta aliran air pemukaan dan aliran air bawah
tanah. Aliran air pemukaan dan bawah tanah melibatkan bahagian yang berbeza di dalam
jisim air yang sama. Jisim air bawah tanah dibahagikan kepada kepada zon tidak tepu
atas paras air muka bumi, manakala zon tepu tidak terkurung di bawah paras air bumi dan

7
zon tepu terkurung di bawah lapisan tidak telap. Walaubagaimanapun keadaa itu berlaku
di satu-satu kawasan dan masa yang berbeza.

Hukum kitaran air, air hujan yang jatuh ke pemukaan bumi akan mengalir di atas
di pemukaan bumi sebagai larian air pemukaan. Tetapi bukan semua air larian pemukaan
akan masuk kedalam sungai sebaliknya meresap masuk ke dalam tanah sebagai infiltrasi.
Air yang menyerap masuk ke dalam tanah ini akan mengalir secara perlahan-lahan
sepanjang tahun. Selain itu, air hujan melimpahi tebing sungai akan bertakung di
kawasan tanah lembap seterusnya akan mengalir kembali ke tasik, kolam dan sungai
apabila paras air menurun. Kemampuan tanah lembap menakung limpahan air sama ada
di dalam tanah atau air pemukaan dapat mengawal kenaikan air secara mendadak.
Keadaan ini meyebabkan air akan mengalir secara konsisten dan dapat mengelakkan
daripada berlakunya banjir dan juga kekeringan.
(http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html#gwstorage).

5.4 Bekalan Air Dan Sumber Air Bawah Tanah

Kepentingan tanah gambut juga sebagai bekalan air dan sumber air bawah tanah.
10 peratus daripada air tawar dunia berada di hutan gambut. Hutan gambut bertindak
sebagai penyimpan dan tadahan air (http://unpar.ckpp.or.id/images). Sifat tanah gambut
yang bertindak seperti span boleh menyerap air dan menyimpangnya di dalam tanah.

Apabila hujan turun, tidak semua air yang mengalir di atas tanah masuk ke dalam
sungai, tasik atau sebagainya sebalik ada air yang akan di serap ke dalam tanah. Air yang
menenggelami kawasan tanah gambut akan mengalir ke kawasan takungan air bawah
tanah. Tanah gambut mempunyai sifat daya takungan air yang sangat baik. Air bawah
tanah tersebut boleh dibekalkan ke kawasan sekitarnya dan menghasilkan sumber air
untuk untuk satu tempoh yang lama bagi kawasan yang jauh dari kawasan tanah lembap.
Penduduk yang tinggal jauh daripada kawasan tanah lembap boleh menggunakan bekalan
air perigi (telaga). Namun tidak semua tanah lembap merupakan kawsan recaj untuk air

8
bawah tanah, ada juga kawasan discaj air dimana air bawah tanah akan mengalir ke
kawsan lembap (http://cedko.com/article.php.).

5.5 Kepelbagaian Biologi.

Hutan paya gambut adalah salah satu hutan yang sangat luas di Malaysia. lebih 60
peratus atau 20 juta hektar daripada keluasan tanah gambut tropika terletak di Asia
Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia. Hutan paya gambut ini sangat penting
kerana mempunyai kepelbagaian biologi. Hutan paya gambut mempunyai ekosistem yang
unik. Ekosistem tersebut terdiri daripada hidrologi, tanah dan tumbuhan. Hidrologi di
kawasan paya gambut mempunyai beberapa elemen seperti air dan nutrien sedia ada
keadaa aerob atau anaerob, komposisi dan saiz partikel, kedalaman air, ciri-ciri kimia air,
dan kelajuan air. Tanah gambut bukan sahaja dilihat dari segi keadaannya tetapi dari segi
kuantiti dan sejarah air kawasan tersebut menyebabkan ia sangat sensitif terhadap
hidrologi. Warna air yang terdapat di hutan paya gambut berwarna perang atau hitam. Hal
ini kerana, air di paya gambut mempunyai kandungan humus yang tinggi.

Selain itu, tanah merupakan ekosistem yang terdapat dalam hutan paya gambut.
keadaan tanah di hutan paya gambut adalah bersifat lembap dan berair. Tanah paya
gambut termasuk tanah yang menakung air dalam tempoh tertentu dan tanah yang kerap
kali dibanjiri air. Tanah tesebut mengandungi sedimen termendak dan substrat. Oleh
sebab tanah paya gambut ini mempunyai banyak bahan-bahan organik dan nutrien, ia
memainkan peranan penting sebagai petukaran bahan-bahan kimia, sebagai punca
mineral dan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan hutan paya gambut.

Hutan paya gambut menjadi habitat bagi haiwan dan tumbuhan yang semakin
pupus. Hutan paya gambut mempunyai pelbagai jenis hidupan amfibia, mamalia, reptilia
dan burung. Hutan paya gambut ini amat sesuai bagi haiwan yang akan mengawan dan
membiak khususnya hidupan akuatik seperti ikan, udang dan sebagainya. Banyak spesis
ikan air tawar menjadikan paya gambut tempat untuk bertelur dan kawasan perlindungan
anak ikan contohnya ikan sepat, haruan dan sebagainya. Selain hidupan akuatik, terdapat

9
hidupan darat seperti lotong merah, orang utan yang semakin terancam. Jikalau tiada
kawasan tanah lembab, hidupan ini tidak dapat menjalankan aktiviti pembiakan papulasi
sekaligus akan berlaku kekurangan dan kepupusan serta menjejaskan variasi genatik
hidupan air.

Selain tempat untuk haiwan, hutan gambut juga tempat untuk tumbuh-tumbuhan
yang makin terancam. Tumbuhan di kawasan paya gambut dikenali sebagai tumbuhan
hidropitik. Tumbuhan ini hidup sama ada di dalam air, tanah atau kawasan rata yang
kurang oksigen. Tumbuhan tersebut ialah pokok-pokok kayu, tumbuhan menjalar, daun-
daun herba dan tumbuhan akuatik. Contoh tumbuhan yang terdapat dalam hutan paya
gambut ialah bunga orkid, pokok salungapit, bayur, simpoh resak apid-apid, pokok
ramin, pokok jongkong dan lain-lain lagi (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp).

5.6 Nilai Ekonomi

Hutan paya gambut bukan sahaja mempunyai kepelbagaian biologi tetapi


bermanfaat untuk manusia. Hutan jenis ini mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi,
ia bukan sahaja dapat memberi sumber pendapatan kepada penduduk berdekatan
sebaliknya mempu menjana ekonomi sesebuah negara. Hutan paya gambut adalah hutan
yang pertama mengeluarkan balak secara komersil. Hal ini demikian kerana, hutan ini
mudah untuk dimasuki oleh pembalak dan kenderaan penggangkut kayu balak. Selain itu,
hutan paya gambut ini juga mempunyai spesis pokok balak yang sangat bermutu tinggi
nilainya. Contoh pokok-pokok balak yang terdapat dalam hutan paya gambut ialah ramin
(gonystylus bancanus),

Terdapat liam jenis hutan paya gambut iaitu hutan paya campur, hutan alan batu,
hutan alan bunga, hutan padang batu, dan hutan padang paya. Hutan paya campur
meliputi kawasan luas terutama gambut yang cetek berhampiran pantai. Hutan jenis ini
paling berharga kerana spesies pokok balak seperti Ramin, Jongkong, Geronggong dan
Swanp Maranti terdapat di dalamnya. Manakala hutan paya gambut jenis Alan Batu pula,

10
keadaan asalnya sama dengan hutan paya campur tetapi ia berbeza sedikit kerana terdapat
pokok besar seperti Alan. Oleh sebab hutan paya gambut mempunyai spesies pokok-
pokok balak yang bermutu tinggi maka nilai komersilnyapun tinggi. Permintaan kayu
balak dipasaran sangat tinggi terutamanya bagi kayu balak jenis ramin dan meranti.
Ekoran daripada itu, penjualan kayu balak mampu memberi sumber pendapatan kepada
penebang balak sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dengan pesat.
(http://cedko.com/article.php.)

6.0 KAEDAH MEMULIHARA TANAH GAMBUT.

6.1 Projek ‘Memulihara dan Penggunaan Bekekalan Hutan Paya Gambut


Tropika dan Ekosistem Tanah Lembap’.

Salah satu kaedah yang dijalankan untuk memulihara hutan paya gambut ialah
dengan penubuhan Projek ‘Memulihara dan Penggunaan Berkekalan Hutan Paya Gambut
Tropika dan Ekosistem Tanah Lembap’. Projek ini telah diselaraskan oleh Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan
Perhutanan Pahang, Sarawak dan Sabah. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan pelan
pengurusan bersepadu bagi menjamin pemuliharaan dan penggunaan bekalan hutan ini.
Tiga lokasi dipilih iaitu Taman Negara Loagan Bunut (LBP) di Sarawak, Semenanjung
Klias di Sabah dan Hutan Paya Gambut Tenggara Pahang (SEPPSF). Projek ini dibiayai
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP/GlobaEnvironmental
Facility (GEF) dengan kerjasama Danish International Development Assistance (Danida)

Perlaksanan projek ini amat diharapkan supaya ianya berjaya kerana hutan paya
gambut sedang mengalami ancaman kemusnahan. Hal ini demikian kerana,
pengekploitasi hutan paya gambut oleh kerakusan manusia untuk membuka kawasan
pertanian, pembalakan dan sebagainya. Melalui pengurusan yang bersepadu dan mampan
membolehkan kawasan hutan gambut dapat dipelihara untuk menyimpan karbon
sekaligus menstabilkan alam sekitar dengan mengurangkan pemansan global.
(http://www.bernama.com/bernama/v3).

11
6.2 Menubuhkan Makmal Penyelidikan

Bagi memulihara tanah gambut daripada penerokaan yang tiada hadnya, Sarawak
telah menubuhkan Makmal Penyelidikan Gambut Tropika (TPRL). Tujuan penubuhan
makmal ini adalah untuk mengkaji kompenen, faktor dan parameter serta memproses
seterusnya dapat meningkatkan prodaktiviti dan kemampan tanah gambut. teknologi yang
baru akan dihasilkan untuk tujuan tersebut. Selain itu, penubuhan makamal itu juga
membolehkan maklumat saintifik dan pemahaman mengenai pengurusan, pemuliharaan
dan penggunaan mampan sumber-sumber tanah gambut tropka dapat disebarkan. Selaras
dengan penubuhan makmal tersebut masyarakat lebih tahu mengenai kepentingan tanah
gambut tropika, karbon gambut dan kesanya kepada persekitaran. Tujuan lain penubuhan
makmal tersebut adalah untuk melatih para penyelidik dan menyediakan bantuan teknikal
kepada masyarakat tempatan atau antarabangsa
(http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=364523)

6.3 Tawarkan Program Di Peringkat Pengajian Tinggi

Salah satu cara atau kaedah yang digunakan untuk memelihara tanah gambut ialah
dengan menawarkan program pengajian di peringkat pengajian tinggi. Melalui program
yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelajar akan didedahkan berkaitan
dengan tanah gambut. Program pengajian yang dicadangkan akan memberi perhatian
khusus terhadap isu pengurusan tanah gambut secara mampan. Selain itu, khusus
berkaitan cara-cara pemuliharaan hutan gambut juga wajar ditawarkan. Ekoran daripada
itu, pelajar juga berpeluang untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang tanah
gambut iaitu bagaimana untuk meningkatkan lagi prodaktiviti gambut. Mereka boleh
pergi ke kawasan tanah gambut sebagai kerja lapangan.

IPT yang ingin menawarkan program berkaitan dengan tanah gambut ialah
Universiti Malaysia Sarawak. Nama program yang dicadangkan dalam kertas kerja
program baru ialah ‘Pengurusan Tanah Gambut’. fakulti yang mencadangkan program ini
ialah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Melalui program yang ditawarkan ini,

12
membolehkan masyarakat tahu kepentingan tanah gambut kepada manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.

6.4 Pemulihan Tanah Gambut Terbiar

Pemuliharaan tanah gambut terbiar adalah salah satu kaedah yang digunakan
untuk memulihara tanah gambut agar kelangsungannya terus wujud di masa akan datang.
Seperti yang kita sedia maklum, hutan gambut amat penting dalam memainkan
perubahan cuaca. Hal ini demikian kerana hutan gambut mempunyai keupayaan untuk
menyimpan karbon dioksida (CO2) yang terdapat di udara. Selain itu, hutan gambut juga
mampu mengekalkan saliran air sungai pada tahap minima pada musim kering.

Ekoran kesedaran itulah maka Negara Brunai Darulssalam juga mengambil


langkah untuk memulihara dan menjaga kelangsungan hutan gambut supaya terus kekal
dan membekalkan air tawar untuk hidupan serta dapat menyerap karbon agar kestabilan
cuaca dapat diseimbangkan. Pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek
tersebut ialah Projek Nadi Borneo (HoB)
(http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/30okt/berita05.htm).

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tanah gambut adalah tanah yang amat penting walaupun ianya
mengandungi banyak bahan organik, berasid, berair dan sebagainya. Tanah gambut
mempunyai keupayaan yang tinggi untuk dibangunkan bagi aktiviti pertanian seperti
kelapa sawit dan lain-lain lagi dengan pengurusan sistem peparitan, menggunakan baja
mikro, penanaman secara ‘hole in hole’ dan sebagainya. Hutan gambut juga harus
dipelihara supaya ia dapat menyerap karbon dan menstabilkan cuaca. Hutan gambut
mudah terbakar oleh itu, pengurusan yang baik boleh mengelakkan hutan gambut
daripada kebakaran. Hutan paya gambut pula harus dijaga kerana mempunyai ekosistem
yang sangat unik. Sebarang aktiviti yang boleh merosakan hutan ini akan menyebabkan

13
ekosistem hutan ini terganggu. Selain itu, hutan gambut dapat menyediakan sumber air
sama ada air pemukaan atau air bawah tanah. Oleh sebab itu, semua pihak harus
berkerjasama untuk menjaga dan memulihara tanah gambut supaya penggunaannya
secara lestari dan ia terus wujud demi kepentingan semua.

14

You might also like