MODUL BMM 3109 - MORFOLGI BAHASA MELA

as salam and welcome..♥

TAJUK 1

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unitunit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep Imbuhan. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. 1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

. pe-. Misalnya ter-.3 Apitan Imbuhan. meny. 1.1. dan lain-lain. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. ke-.1.1 . ber-.2. el-. Misalnya ber.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-. misalnya ke-. mem-. dalam g+em+uruh. yang hadir secara mengepit kata dasar.-an dalam ke+cantik+an dan di-.2. 1. 1. meng-.-erdalam s+er+uling dan –em-.2..dalam s+in+ambung.1 Awala lan Imbuh an yang diletak kan di awal perkat aan (sebel um kata dasar) dalam pemakaiannya. -in. me-. iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar.1. em. se-. per-.5 Morfem Kosong . men-.dalam di+ambil...1..dalam ber+jalan dan di.2..-i dalam di+ikut+i. di-.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian... 1.dalam t+el+unjuk. Misalnya –el.dan in-.

dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.2.2.2. 1. Namun.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya. tiga kumpulan ini ialah : 1.2 Imbuhan Arab Parsi .2.2. 1.Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca maharaja tatabahasa prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita 1. terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu.2.1.

2. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-. poli-.dan supra-. auto. Awalan bibiadap bilazim binormal -wi -i -iah -in Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin -at hadirat munafikat -ah qariah solehah 1.3 Imbuhan Yunani – Latin .Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris.Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Awalan Akhiran .2. bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. mono-. terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran. Sebagai bahasa rasmi agama Islam. Namun demikian.anti-.

proantipoliautosubsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainter- probarat antikerajaan poliklinik autograf subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal -isme -isme -ik -ik -si -si -al -al -is -is sosialisme nasionalisme prolifik saintifik sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis .

. Imbuhan-imbuhan ini. Terdapat empat jenis imbuhan. iaitu awalan.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1. penggandaan dan akronim Rajah 1. kata terbitan.1 Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. dan kata adjektif..3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata. kata majmuk. Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan. apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja. pemajmukan.. akhiran. apitan. tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. dan kata ganda.3.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1. dan sisipan.-an bawa kuat Kata dasar Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan nasional dekat isytihar . Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan..Rajah 1. iaitu kata tunggal. Prosesproses ini ialah pengimbuhan.

misalnya....-an -er-em- ikut sihat Imbuhan terlibat terlanjur terbalik sinambung lari gigi gilang mengikuti kesihatan Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan berlarian gerigi gemilang Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar. ke. tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas.. Daripada kata dasar karang. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar .+ tapa ( bertapa ). Sebagai contoh..-an.3.Men-.+ mudi ( kemudi ).-i Ke-. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar.-an Kata Dasar libat lanjur balik sambung Ber-. menerbitkan kepengarangan... yang menghasilkan kata terbitan..+ tawa ( ketawa ) dan ke.2 PROSES PEMAJMUKAN Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri. misalnya ber. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua... Pengarang pula dapat menerima apitan ke-. dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Berikut ialah beberapa contoh lain : 1..

2.3. dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. Contohnya : lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa - melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan 1. Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda .2 - berurus niaga mencari gali direka bentuk daya serapan Apabila kata majmuk menerima apitan. maksudnya.ini.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. ejaannya menjadi bercantum.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran. Contohnya : ejaannya tetap terpisah. 1.2. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.1.3.3.1Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain.2.1.2. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk. urus niaga cari gali reka bentuk daya serap 1. iaitu : 1.3.

dan 3.3. iaitu . Dalam hal ini. Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab-tanggungjawab 1. 1. terdapat tiga jenis penggandaan. Penggandaan berentak. iaitu :  Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Penggandaan penuh. separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Contohnya : Sekolah makan besar    sekolah-sekolah makan-makan besar-besar . penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.3. Penggandaan separa.Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. 1. Terdapat dua jenis penggandaan penuh. sama ada secara penuh. Dengan kata lain.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. 2.3.

baju  baju-baju  Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan ini berlaku pada . menjadikannya vokal e pepet. Contohnya : pelari perbualan kekasih kejadian     pelari-pelari perbualan-perbualan kekasih-kekasih kejadian-kejadian 1. iaitu :  pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut : jari siku sungut pohon laki  jejari sisiku susungut popohon lalaki jejari sesiku sesungut pepohon lelaki pada kata dasar yang berimbuhan.3. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan.3. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar.

3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi membantu mencuit menari mengejar Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar 1. dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.3. penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis. iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal.3. seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai  Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan .kata kerja dan kata adjektif. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian. bunyi yang diulang ialah vokal. Dalam penggandaan berentak. iaitu : 1 2 3 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan Berentak Bebas  Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini.

3. bergantung pada cara pembentukkannya. 1.4. Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation 1. Salah. Contohnya : kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran .Angkatan Belia Islam Malaysia .kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu. jika kata nama khas.3.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan.3.Berita Nasional Malaysia .4.Dalam penggandaan ini.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya . 1. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. misalnya. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. jika ditulis *ipar duai.

jika bukan kata nama khas.kumpulan gitar rancak 1. proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.4. Selain itu. kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.pukul rata kugiran . Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas.Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. 1. Contohnya : tabika . anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.3. BACAAN TAMBAHAN . 2. Oleh itu.taman bimbingan kanak-kanak purata .2 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas.

(1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Selain itu. Sabran dan Rahim Sham. TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah dan rakan-rakan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) (iv) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda (v) (vi) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan KERANGKA TAJUK-TAJUK . tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan. (2006). kata majmuk dan kata majmuk. Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. kata terbitan. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Raminah Hj. (2006). Abdullah Hassan.

1: Kerangka Tajuk 1 .Rajah 2.

cereka . wang. skrip. berita. Contohnya : Kata Tunggal Satu Suku Kata had. personifikasi Kata Tunggal . pemajmukan dan penggandaan. rak. mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk. tadika. almari. cam.Akronim (Gabungan Huruf Awal) ABIM. ADUN.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal. Kata Tunggal . sini. jauh. isyarat Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih universiti. meja. asal. UMNO. dram. mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan. suka. zink. cahaya. trak.cas. mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan. kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. MAS.Akronim (Gabungan Suku Kata) cerpen. dekat. taska. cenderamata. teks. am. bom. laksana. mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda. 2. skru Kata Tungga Dua Suku Kata dia. akan. sana Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya. mahasiswa. bulat. purata. sayembara. cat. Dalam bahasa Melayu.2. das. gembira. golf.

- . infra-. eka-. akhiran. kata kerja dan lain-lain. te- Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama) -an. -at. pro-. dwi-. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan. memper-. sisipan dan apitan. -in. Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama) peN-. diper- Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif) ter-. - Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja) -kan.Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata .bel-.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama.Nama Khas) Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional) 2. makro-. -wan. sub-. -ita. ber. per-. se-. ko-. -wati. mikro-. -isme. -man. -is.Kata Tunggal . di-. pel-.anti. pra-. tata-. ter-. tele- Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja) meN-. ke-. maha. -ah.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar. semi-. juru.

Naib Canselor. pel-…-an. cakera . diper--. memper-…-kan.. ber-…-kan. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. memper-…ke-…-an Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Nama) -el-. Ketua Menteri. -er-.. -em- Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif) -el-. terima kasih. per-. Duta Besar Kata Majmuk Istilah Khusus model linear. di-…. garis pusat. lut sinar.Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama) peN-. kereta lembu. meN-…. lebuh raya. ke-…-an Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) meN-…-kan. Perdana Menteri. -em-.3 Kata Majmuk Bebas bandar raya. 2. -an. -an. kenal pasti contohcontoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). tengah hari. -in- LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas. -an. ber-…. di-…kan. Contohnya seperti di bawah. diper-…-kan.

olahraga. daya serapan Kata Majmuk Terbitan (Apitan) mencampuradukkan. LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa. kaki ayam. pengenalpastian. mengambil alih. sekumpulan guru penolong kanan. kakitangan. banyak. . pertubuhan. dikenal pasti. Persatuan Bekas Perajurit. Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak . jawatankuasa. pesuruhjaya.padat. suruhanjaya. barisan. kaki bola antarabangsa. setiausaha. warganegara. telefon dail terus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa Kata Majmuk yang Mantap anak emas. sebahagian) semua Ketua Setiausaha. guru-guru besar. buah tangan. beritahu. tandatangan.semua. kerjasama. persatuan. bumiputera. Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran) dicampur aduk. sukarela. berat mulut. para. kapalkapal terbang. matahari. tanggungjawab Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama) alat-alat tulis. pengambilalihan. sekumpulan.

tolong-menolong Kata Ganda Berentak lauk-pauk. Dalam bahasa Melayu.lintang-pukang. pemajmukan dan penggandaan. kalau-kalau.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.5. tertanya-tanya. gunung-ganang 2. simpangperenang. Contohnya seperti di bawah. berlari-lari. lelayang. pulau-pulau Kata Ganda Separa lelaki. jangan-jangan. 2. kupu-kupu. cantik-cantik.1 Penggolongan Kata: Kata Nama . kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. kusut-masai. elok-elok.5 Golongan Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan.2. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Kata Ganda Penuh rama-rama.

tuanku. masjid Kata Nama Am (Abstrak) mimpi. Si Belang. Proton Perdana V6. awak. beta. Kementah Kata Ganti Nama (Diri aku. beliau. seluar. sini. kemahuan. itu Kata Ganti Nama (Tanya) apa. Alya Nabila. Sudirman Sang Kancil. mana. situ . Vanda Diana (orkid) Kata Nama Khas (Hidup . Tompok. tuan hamba Kata Ketiga) Ganti Nama (Diri baginda. kehendak.Manusia) YAB Datuk Seri Dr. patik. saya Pertama) Kata Kedua) Ganti Nama (Diri anda. Allahyarham Tun Abdul Razak. Mahathir. kucing. perasaan. kalian. idaman. Rafeah. engkau. Comel. Proton Waja. siapa. keadaan Kata Nama Khas (Hidup . daku. berapa Kata Ganti Nama (Tempat) sana. dia. kami.Kata Nama Am (Konkrit) baju. Jin. kamu.Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup) Jibrail. ia. dikau. mereka Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini. Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. hamba.

LATIHAN : Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.

2.5.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif (Aktif)

membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram

Kata Kerja Transitif (Pasif)

dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram

Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap)

bangun,

datang,

tersenyum,

kerkibaran,

menguning, membesar, terduduk,

Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap)

tinggal, beransur, berbantalkan

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya.

2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif

Kata Adjektif Sifat/Keadaan

berani, cerdik, cerdas, gopoh

Kata Adjektif Warna

hitam, putih, merah, biru

Kata Adjektif Ukuran

cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

Kata Adjektif Bentuk

bukur, bundar, bulat, leper

Kata Adjektif Pancaindera

ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus

Kata Adjektif Waktu

Baru, lama, spontan, segera

Kata Adjektif Cara

cepat, deras, laju, perlahan

Kata Adjektif Perasaan

benci, cinta, ghairah, ingin

LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.

2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugastugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen yang bahawa, untuk

2.5.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat wah, amboi, aduh bagaimana, siapa, bila, berapa sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. ya, benar, betul. Maka, alkisah, hatta, syahadan

2.5.4.3 Prafrasa

Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum amat, sangat, paling juga, lah, kah, tah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, ke, pada beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima atas, situ, dalam

2.5.4.4 Kata Pascakata

Kata Pascakata Kata Pembenda Kata Penekan yang, -nya -nya

LATIHAN : 1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi „nya‟ sebagai kata pascakata.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi.1 Definisi Kata Tunggal . ii. KERANGKA TAJUK-TAJUK 3.TAJUK 3   SINOPSIS Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Tunggal Kata Terbitan Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan. 3. HASIL PEMBELAJARAN i. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

Dua Suku Kata. Kamu. 2004). dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan. iii. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.3. tidak mengalami proses Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i.1. Empat Suku Kata dan Akronim. 3.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata. Tiga Suku Kata.1.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 3.1. apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1. 3. ii.5): i. 1996). Sudah? Ini? . Tahukah anda. iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.

skaf. ulat 4.3. V + VK Contohnya : ais. golf. pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. draf.1. apa. krim. Berdasarakan rajah 1 di atas. iaitu dipercayai kira-kira 500. straw 3. bin.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. bah. KVKK Contohnya : bank. KKVK Contohnya : staf. unta 5. zink. VK 3. alat. brek 5. KVK Contohnya : yu. KKKVK Contohnya : Skrip. asli. Iblis. di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu 3. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. lap. VK + KVK Contohnya : ambil.1. umpan . ini.1. ya Contohnya : am Contohnya : cat.3. iii. aib. 7. gred. V + KV Contohnya : aku. V + KVK Contohnya : izin. ru. iri 2. KKKV Contohnya : skru. ii. VK + KV Contohnya : undi. cap 4. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing. terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. aur.ii. air 3. tin. 6. acah. Contoh: i.1. KV 2. dan.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad. blok.

haluan 7. V + KV + VK Contohnya : mendiang. VK + KV + KV Contohnya : almari. soldadu 13. KVK + KV Contohnya : lampu. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata. biola 2. tetapi pola suku katanya agak banyak. V + KV + V Contohnya : usia. telur dan hiris 10. akliah 15. amaran. teko 9. senda 11. budaya. KV + KVK Contohnya : jarum. liar. mentua. binti. KV + VK Contohnya : jauh. kuih 8. manfaat 8. KV + KV + KV Contohnya : seteru.6.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil. tualang 3. KV + V Contohnya : dia. urea 4. akaun. iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. tempias. seluar 6. asasi 9. biasa. bau. isteri. ria 7. KV + KV + VK Contohnya : tempua.3. KV + V + KV Contohnya : cuaca. KV + KV + KVK Contohnya : teratak. 3. sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata.1. ilahi. cendawan. V + KV + KVK Contohnya : ijazah. ibarat 10. Teruna 12. KV + V + KVK Contohnya : siuman.1. KV + KV + V Contohnya : mulia. mesteri. umpama 11. 1. KVK + KV + VK Contohnya : sekian. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat. pasu. idea. sembilan . KV + KV Contohnya : jala. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah. KVK + KVK Contohnya : sandar. KVK + KV + KV Contohnya : menteri. barua 5. hikayat 16. jemput. elaun 14. V + KV + VK Contohnya : ideal. V + KV + KV Contohnya : utara. belukar.

V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11.3.1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga. sandiwara 4. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19.kumpulan gitar rancak . maharajalela 3.Berita Nasional Malaysia Kugiran . KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12.1. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat. biduanda 2. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. selesema 6. Contohnya : ABIM . KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari. sanubari. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana.5 Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan.3. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari. terumbu keranda 18. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah. turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. KV + KVK + KV Contohnya : belanja. singgahsana 9.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.17. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. Antaranya seperti berikut : 1. kelemumur 7.1. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing.Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama . KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya . bijaksana 3. nasional 10. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.1. kelompok 3.

Contohnya : tabika .1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu.3. bergantung pada cara pembentukkannya.1. jika kata nama khas.5. a.taman bimbingan kanak-kanak purata . keseluruhannya ditulis dengan huruf besar. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia b. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan.pukul rata kugiran . kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. .3. jika bukan kata nama khas. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.1. Oleh itu.kumpulan gitar rancak c. Contohnya : Bernama Intan Proton Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas.

yang hadir di celahan kata dasar. misalnya –kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti.. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. sisipan. Terdapat empat jenis imbuhan . akhiran.-an dalam keindahan dan di.1. iaitu: 1. 3. apabila bergabung dengan kata dasar.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan. misalnya –el..dalam berjalan dan di.. apitan.2. misalnya ke-. yang hadir secara mengepit kata dasar.. 3. 4. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. iaitu : 1.2.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang. sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. yang hadir sesudah kata dasar...proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu 3.. 2. Contohnya : . yang hadir sebelum kata dasar. misalnya ber. awalan. Awalan kata kerja 3.. awalan kata nama 2. Dalam bahasa melayu.dalam diambil. Awalan kata adjektif 3. Imbuhan.dalam sinambung. iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar.-i dalam diikuti.dalam telunjuk dan -in.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. membentuk kata nama.

pengukur pengebom. pewangi. prasangka subbidang. tatanama prasejarah.Awalan peN= pepempenpengpenge- Perkataan pelukis. memberi. Contohnya : Awalan meN= mememmenmengmengePerkataan melukis. pekedai. dwibudaya Awalan kata kerja ialah yang. apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. membalut mendaki. pengayuh.2. mengasuh. peguam ketua. juruterbang mahasiswa. mengecat . penyanyi pembalut. suprakategori ekabahasa. perbara. menghasut mengebom. merasa membeli. pertapa perpekejurumahatataprasubsupraekadwi3.1. pengetin. dwifungsi. prakata. tatanegara. subsistem. kehendak. menari. ekasuku. penjual pengguna. pengecat perasap. pembeli. mentadbir mengaji. ekahala dwibahasa. jurujual. pencari.2 Awalan Kata Kerja pesara. menduga. mengetin. kelepek jurubahasa. mahaguru. pemberi pendatang. subkategori suprakelas. maharaja tatabahasa. suprasistem.

dan 2. disuruh diperisteri.2. iaitu : 1. muslimin . terpanjang seputih. sejernih 3. dibeli. akhiran kata kerja 3. seniman seniwati. usahawan budiman.1.memperberterdidiper- memperisteri. berbangga terkata. budayawan. apabila bergabung dengan kata dasar.1.5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang. terasa. bacaan ilmuwan. sehalus. memperbesar.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang. komunisme hadirin. termerah. apabila bergabung dengan kata dasar. sosialisme. membentuk kata adjektif . silaan. peragawati nasionalisme.1. membentuk kata nama. memperoleh berkata.2. terdapat hanya dua awalan adjektif . iaitu : Awalan ter se- Perkataan terpandai. tersenyum diatur.2. akhiran kata nama. diperoleh 3. Contohnya : Akhiran -an -wan -man -wati -isme --in Perkataan ajaran. bersetuju. diperbesar.

membentuk kata kerja... jalani.. iaitu –kan dan –i .. apitan kata kerja 3.-an pelaksanaan.. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja. pesisiran.. apitan kata adjektif 3.-an: pe-.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan. pemfitnahan pendakian. penggandaan....1... pemburuan. iaitu : 1..2. petempatan .8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang. sultanah 3. pencucian.-an pem-..2. penyuluhan pembukaan.. akan membentuk kata nama.-an pen-. sertai 3...2.1.. apabila bergabung dengan kata dasar. pengekodan Perkataan pe-.. pengeboman. muslimat ustazah. Contohnya : Akhiran -kan -i Perkataan lahirkan.. pengkhayalan pengesahan... hulurkan ikuti. perusuhan.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah.. apabila bergabung dengan kata dasar.-an pendalaman.-at -ah hadirat... Contohnya : Apitan peN-.. ambilkan. pentauliahan penguduran...-an peng-.-an penge-. apitan kata nama 2.1.

apabila bergabungan dengan kata dasar... diperbahaskan diperingati memperdengarkan. memberikan mendirikan. membelakangi.kan me-.........-kan ber-.....-an perjumpaan.-i di-.-kan diper-.1...-i memper-...-i mem-. bergantungan. mengelakkan.-i meng-.-kan men-. Contohnya: Apitan meN-.kan ber-. didorongkan.....9 Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang.. memperlihatkan... kecurian memajukan...-kan mem-. diperlihatkan.....-kan memper-. menyedari.2. mencucuri..-kan menge-. memperingati kehujanan. berjudulkan bertaburan.... menjauhi membanjiri.. kepanasan. berbekalkan. menanyakan membezakan... mensyaratkan menggulingkan. mengkhususkan mengehadkan. mengesyorkan... persamaan...... perlumbaan kecantikan.. beratapan ditaburkan..10 Apitan Kata Adjektif ...per-.... memfatwakan.-i me-.. membentuk kata kerja.1.. mengkhianati dianugerahi. didekati.-an ke-.. membasahi menghendaki.....-i men-. kelurusan 3..-an melalui....-an di-. mewarnai mendahului..-i ke-... mengepinkan beralaskan..-kan meN-. melakukan. kebijakan. dianuti diperdengarkan.. mengawasi...-kan meng-.2. digulingkan perkataan 3.-i diper-.. mentakrifkan..

. membentuk kata nama. kemuncup 3. sisipan kata adjektif. Contohnya : Apitan ke-.11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta..-an.-an ke-.2. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain.-an ke-. keruping kemuning.1. Maksudnya. ..13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang. iaitu: 1.Apitan kata adjektif ialah apitan yang. apabila digabungkan dengan kata dasar....-an kemelayuan keinggerisan kearaban Perkataan 3....2. iaitu ke-. apabila hadir di celahan kata dasar.1.2. 3.. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif . Terdapat dua sisipan yang masih wujud. sisipan kata nama. kelemumur seruling... telapak. membentuk kata adjektif. dan 2. apabila hadir di celahan kata dasar...1. tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan... Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang. membentuk kata adjektif.

Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. gelembung serabut. . gemuruh. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. LATIHAN 1.Contohnya : Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Secara berkumpulan. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. sementara sinambung Secara berkumpulan. gerodak gemilang.

(2006). (1985). (1980). Abdullah Hassan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Al (1996). TAJUK 4   Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Majmuk Kata Ganda SINOPSIS . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.Bhd. Nik Safiah et. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Contoh kata majmuk : kerusi malas. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu. jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit.Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. 1996). terima kasih.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. 4. (Tatabahasa Dewan. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. dan telefon dail terus. dengan maksud tidak boleh . 4. jenis dan perinciannya. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi. biru laut. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

menerima sebarang penyisipan. contohnya : Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor . jumlah kata majmuk adalah besar. yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. ii. 4. iaitu : i.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk Dalam bahasa Melayu.2. Antara rumah batu. kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori. yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk.sebuah frasa. misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Berdasarkan jenisnya. Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan 4. yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau hijau daun terima kasih guru besar bom tangan kuning langsat campuk aduk segi empat panjang dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Ini berbeza dengan rumah besar. iii.

Antaranya : Kata Nama Contohnya : peribadi. iaitu : antarabangsa sukarela jawatankuasa tanggungjawab olahraga setiausaha bumiputera tandatangan kerjasama pesuruhjaya beritahu suruhanjaya kakitangan warganegara matahari Selain itu.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan. misalnya kertas kerja dan urus setia.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah.2.3.4. Namun. walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar.2. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann. terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa telefon dail terus segi tiga pita suara medan sinaran segi empat panjang 4.2. terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. hulubalang Kata Adjektif . iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam rabun ayam panjang tangan pilih kasih anak emas tumbuk rusuk 4.

Contohnya : Alat-alat tulis. dukalara Kata Sendi Nama Contohnya : daripada. kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. walhal. Guruguru Besar Namun. Naib-naib Canselor.2. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. setiausaha-setiausaha 4.2.3 Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Menteri-menteri besar.3. barangkali Kata Tanya Contohnya : bagaimana 4. pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya : campur aduk ambil alih daya serap menjadi menjadi menjadi bercampur aduk mengambil alih daya serapan . kepada Kata Hubung Contohnya : manakala. tandatangan-tandatangan. Contohnya : Warganegara-warganegara. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan.2 Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk.Contohnya : sukacita. gambar-gambar rajah. iaitu : a.3.

Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian . kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. 2. Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. 1996).3 Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda separa.kata ganda penuh. Contohnya : campur aduk ambil alih satu padu menjadi menjadi menjadi mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan 4. Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2.b. kata ganda berentak 4. iaitu : 1. dan 3. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum.3.

4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.3. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Contohnya : . Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai Di bahagian Hadapan Kata Dasar cinta-mencintai bantu-membantu kejar-mengejar 4.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu.4. Contohnya : Laki-laki Siku-siku Jari-jari menjadi menjadi menjadi lalaki sisiku jajari lalangit menjadi menjadi menjadi menjadi lelaki sesiku jejari lelangit Langit-langit menjadi 2.3.

Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki 2. mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3. Simpang siur Mengadu domba Penyahtaksaan Melatih tubi Pengambilalihan . kata ganda berentak bebas. Nyatakan jenis kata majmuk tersebut. b. e. c. iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi. d. tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. a. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya . Contohnya : kusut-masai ipar-duai rempah-ratus lintang-pukang LATIHAN 1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian.

.Bhd. Lintang pukang c. Pokok-pokok e. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. (2006). a. Nik Safiah Karim et. Gunung-ganang b. Anak beranak BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1985). Tatabahasa Dewan. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Lelabi d. nyatakan kata terbitan tersebut. (1980). Kemudian. Teliti kata terbitan dalam TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. (2006).2.al. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

frasa kerja (FK). Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa. kriteria struktur morfem. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). iaitu frasa. iaitu ayat. Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya.SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:     Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum. kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Oleh itu. klausa dan ayat. Sehubungan itu. iaitu klausa dan frasa. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. kriteria struktur fonologi atau bunyi. klausa dan frasa. Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat.al. . perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis. iaitu frasa nama (FN). perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et. Walaupun demikian. iaitu frasa subjek dan frasa predikat.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812) b. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.al. 5. 2.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun Nik Safiah Karim et. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. Seterusnya. 4. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) . ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et. Golongan Kata Menurut Marsden (1812): Rajah 5.al. anda seharusnya dapat: 1. 3. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun. KERANGKA TAJUK-TAJUK 5. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. 2010) seperti berikut: a.

3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu. perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik. kata kerja. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996): Rajah 5. tempat atau benda.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang. .2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996) 5.Rajah 5.2.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu. Golongan Kata Menurut Asmah (1968): Rajah 5. iaitu kata nama khas.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama 5. kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu. kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah. iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja. Rajah 5. namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan. iaitu kata nama.

Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua. dan (ii) kata ganti nama tunjuk.(1996) menyatakan. iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.3. dan seumpamanya. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua. iaitu kata nama khas. iaitu (i) hidup atau tidak hidup. kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang. iaitu manusia dan bukan manusia.7: Kata Nama Am c. Rajah 5. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan. perkara atau konsep yang umum sifatnya.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama Seperti yang telah dibincangkan. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. kata nama am dan kata ganti nama. pangkat. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996).5. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda. kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2. benda. Nik Safiah Karim et al. (iii) Institusi atau bukan institusi. iaitu (i) Kata ganti nama diri.1). Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil. a. kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. undang-undang. kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada . (ii) manusia atau bukan manusia. bangsa. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya. haiwan. bahasa. perbadanan (institusi). Seterusnya. (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut: Rajah 5.6: Kata nama khas b. jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas. iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya.

iaitu (i) kata kerja aktif transitif. me-…i. iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.3. Contoh: . iaitu kata ganti nama diri orang pertama.tiga. Dalam ayat transitif ini.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja 5. (a) Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis.8: Kata Ganti Nama 5. memper-…kan. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-.2006) seperti berikut: Rajah 5. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut: Rajah 5. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan.3. kedua dan ketiga. (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.al. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.

. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-. (b) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayatayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter.seperti berasah. berlipat. (iii) Kata kerja pasif ke …. berkereta. Contoh : i) ii) iii) iv) v) vi) Pegawai itu berkereta ke pejabat. ii) Pengarang itu menulis buku. ber-. kedinginan. (c) Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. Gadis itu tersenyum. terbunuh. Pemuda itu sedang berbual. dan bersendirian. ber…an dan ter seperti perkataan menangis. Padi sedang menguning. tercapai dan sebagainya. iii) Aminah sedang mencuci pakaian. jatuh. terjatuh.an seperti kecurian. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. iaitu (i) Kata kerja pasif berawalan ber. kehujanan . Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur.i) Samad membacakan ayahnya surat. duduk. bertulis dan sebagainya. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif.seperti terangkat.

kata nama khas dan kata ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut: Tugu Negara Cangkul Sepet Siti Meja Sedih Kamu Ali Dia Cantik Hospital Mereka Kuala Lumpur Komputer Tun 2.dan sebagainya. pilih satu petikan akhbar yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut: i. ii. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. . AKTIVITI 1.Secara berpasangan. kenal pasti kata nama am. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang). Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.

Ali Mahmood et.LATIHAN Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Abdullah Hassan. perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). . (1980). iv. v. iaitu nama khas ________dan nama khas_______ ___________. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. nama______ nama _____dan nama_______. haiwan. (2006). i. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kata nama khas dibahagikan kepada dua. benda. ii. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Rencana Linguistik. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang. iii. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________ vi. iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.al.

Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti. (1985). penegas. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj. .al.Sabran dan Rahim Syam. sungguh dan sangat. kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat. pemeri dan tugas-tugas lain. penafi. pembantu. kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et. penerang. Tatabahasa Dewan.Ali Mahmood et. Sehubungan itu. 2006). Oleh itu.al (1996. penentu. pembenar. kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. pendepan. Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Untuk pengetahuan anda. Kata tugas pula hadir dalam ayat. penguat. klausa. (2010). Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. 6. 3. seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK 6. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenisjenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. anda seharusnya dapat: 1. 2. Buah cempedak itu enak sekali. .0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda.al (1996.HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Pemuda itu baik sungguh. 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain.

paling. Peserta itu berdiri dengan cergas. Anak Pak Kamar bijak sekali. iv. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat. sudah lama sungguh. (iv) kata adjektif bentuk. apitan. (vii) kata adjektif cara. atau sisipan (Ali Mahmood et. . sama ada imbuhan awalan. (vi) kata adjektif jarak. Dia lemah dalam matematik iii. (viii) kata adjektif perasaan.al. sangat. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurangkurangnya sembilan jenis.al. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan. benar. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. (v) kata adjektif waktu. (ii) kata adjektif warna. agak. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan. seperti contoh berikut: kuat keras bijak pintar lemah cergas nakal sihat jahat Contoh ayat: i.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali.6. sungguh. (iii) kata adjektif ukuran. Budak nakal selalu kena marah ii. sekali. masih lebat lagi. v. dan (ix) kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama.

iv. iv. iii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. Pokok itu semakin hari semakin tinggi. iii. Anaknya masih kecil lagi. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. Adik suka pakai baju hijau. Dia memiliki mata berwarna biru. seperti contoh yang berikut: tebal nipis tinggi gemuk kurus panjang pendek rendah kecil Contoh ayat: i. v. Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk.Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna. Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran. ii. seperti contoh berikut: lurus bengkok leper bulat bundar bujur . v. Badannya semakin kurus. Buku tebal itu sudah saya baca. Kereta merah itu kepunyaan abang. seperti contoh berikut: jingga putih perang biru hitam kelabu Contoh ayat: i. Baju kesukaan saya berwarna kuning. ii.

buncit tajam Jalan lurus mudah dilalui. Mukanya bujur sirih. ii. Kenangan silam sukar dilupakan. v. Kedatangannya lewat hari ini. iv. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: nyaris hampir dekat jauh Contoh ayat: i. Dia berada di kampus sehari suntuk. Matanya tajam memandang ke hadapan Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa. .lonjong Contoh ayat: i. iii. iii. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. Dia berdiri hampir dengan kereta saya. iii. ii. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. v. seperti contoh yang berikut: kerap jarang baharu awal lewat dahulu sering silam lampau Contoh ayat: i. ii. iv. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. iv. v. seperti contoh yang berikut: pantas lambat laju deras gopoh cermat ligat perlahan cepat Contoh ayat: i. Pemuda itu masih malu untuk bersuara Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh. iii. Kanak-kanak itu takut akan kucing.Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam. iii. dan rasa seperti contoh yang berikut: Indera sentuh . v. Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan. ii. Siapa cepat dia dapat. ii. Dia masih marah kepada saya. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Kereta itu dipandu dengan laju. Gasing itu berpusing ligat. seperti contoh yang berikut: kasih sayang cinta takut hendak rindu malu geram marah Contoh ayat: i. dengar. Arus sungai itu sangat deras. bau. iv. Dia cermat apabila berbelanja. pandang.

iv. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. Alunan musik itu mersik. Kakaknya suka berpakaian cantik. Kebanyakan lelaki bersuara garau. v. iv. Kulit mukanya sangat halus. v. Pakaian pengantin itu molek sungguh. iii. Indera dengar nyaring merdu garau lembut serak mersik i. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Pemuda segak itu guru saya. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.  Lantai itu licin kerana baru dicuci. iii.lembik halus kasar kesat licin keras i. .  Suaranya merdu bagai buluh perindu. Teriakannya nyaring sungguh. ii. Kain yang kesat itu ialah kain lap. vi. ii. iii. Indera pandang comel cantik hodoh buruk segak molek i. Buku itu berkulit keras. ii. iv.

Buah limau masam rasanya. Dengan perkataan lain. Kuih tradisional itu terlalu manis. golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi .  Bunga ros itu harum baunya.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. 6. Setiap hari dia memakai minyak wangi. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. iv. Indera rasa manis masin kelat payau masam lazat i. v. Semua orang suka makanan lazat. iv. iii. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah. Setiap hari kita minum air tawar. ii. ii. v. Indera bau wangi busuk hanyir hancing harum tengik i. Saya tidak suka minum ubat pahit. iii.

siapa sila. betul. Sehubungan itu. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.2010) . iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama. dalam. tetapi wah. bawah. adalah di. benar dua. bukan ialah. amat. pernah sangat. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. pun tidak. penentu. penguat. dan sebagainya. sudah. berapa. pembenar. penghubung. tah. klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. harap hatta. daripada ya. fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri. frasa kerja.amboi.golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama. maka. atau sebagai kata pascakata. dan frasa adjektif. banyak atas.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat. prafrasa. dari. penerang. klausa.cis apa. segala. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : : dan. berfungsi sebagai kata praklausa. syahadan akan. atau. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat. paling juga. penegas.al. kah. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat. tepi 6. lah. tolong.

serta.  Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah. kemudian  Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. malahan.  Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer. (ii) Kata Hubung Pancangan 1. tetapi. sambil.Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan Kata Tugas Ayat 1.  Gabungan dan. lalu. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.  Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. atau. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.  Relatif yang  Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.  Komplemen bahawa  Guru itu .

setelah.menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. andai kata. ketika.  Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar. supaya. untuk. sementara. agar. semasa.  Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini. petani itu menanam jagung. sewaktu.  Sementara menanti padi masak. apabila  Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.  Keterangan kerana.  Orang tua itu berdoa semoga . walaupun.  Kalau musuh menyerang. kendatipun. kalau. sungguhpun. kami akan melawan. sekiranya. hingga. jikalau.  Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan. meskipun. semoga. tatkala.

syabas. pengiyaan. 2. siapa. mengapa. (iii) Kata Praklausa 1. wah. awak datang lambat sangat!  Kata tanya berapa. eh. cis. mana  Harga barang itu berapa?  Mengapakah dia menangis semalam?  Kesihatannya sekarang bagaimana?  Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?  Manakah baju baharu saya?  Siapakah yang datang semalam? . kata perintah. aduhai.keluarganya sentiasa sihat. bagaimana. amboi. celaka. pertanyaan. kata tanya. bila. atau sebagai penerang pangkal kepada klausa  Kata seru aduh. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan. iaitu yang terdiri daripada kata seru. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa. awak telah berjaya! Aduhai. kata pembenar. apa. oh. wahai   Syabas. dan kata pangkal ayat.

 Kata pembenar hatta. usah. Ya. kalakian.  Benar. adapun. sila. minta.  Jangan buang sampah di sini. itulah orangnya. arakian  Hatta istana itu pun siaplah.  Harap saudara dapat datang petang ini. benar  Silalah masuk. syahadan.  Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara . tolong.  Betul. jemput. sekali peristiwa. harap.  Janganlah bersusah hati. betul. Kata perintah jangan. benar. maka. jangan. tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian.  Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu. sebermula.   Kata pembenar ya. alkisah. itulah cikgu baru di sekolah kita. sila.

Bantu Aspek: telah. masih. sedang.  Mereka pernah ke utara Malaysia.  Murid-murid itu baru tiba. pernah. dan membilang.  Adik masih membersihkan meja. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu. menafikan. menguatkan.  Sebermula berburulah baginda bersamasama hulubalangnya. (iv) Kata Prakfrasa 1. menegaskan. iaitu sama ada frasa nama. frasa kerja.  Semua kenderaan akan diperiksa esok.  Kata bantu 1. atau frasa adjektif. menunjukkan arah. . 2. belum  Pekerja itu telah pulang.  Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja. baru. memerikan.Paduka Raja.  Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer. akan. menyendikan. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa.

harus.  Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga. boleh. dapat  Cikgu Ramli bersungguhsungguh hendak mengadakan kelas tambahan.  Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri. 2.  Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.  Kata penguat 1. paling. agak  Kata penguat hadapan ialah perkataan yang  Bangau itu terlalu kurus.  Cadangan yang dikemukakannya paling menarik. Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi. terlalu.  Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.  Pendapatnya agak . mesti. Bantu Ragam: hendak. mahu. agak. paling.  Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka. Penguat Hadapan: terlalu.

3. 1.  Lukisan di dinding itu cantik sekali. Orang itulah bapanya. 2. Penguat belakang: sekali.  Lambat benar bas itu tiba. Penegas frasa subjek atau  Kami juga ingin ke . nian  Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.  Dia keluar sebentar nian. bernas. sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. -lah. 1.letaknya di hadapan kata adjektif. Penguat bebas: amat. sungguh  Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas. Penegas frasa predikat: kah. benar.  Siapakah majikan kamu itu?   Apatah daya kita. -tah.  Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.  Kata penegas Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. sangat.

frasa adjektif. dan frasa sendi nama 1. Rumah lama itu tidak besar sangat 3. memang  Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat    bandar.  Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan  Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. hanya.  Kata pemeri - 1. hanya. Hujan hanya turun pada musim dingin. frasa kerja. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan   Itu bukan mereka. jua.   Dia tidak berlari. pun. 2. Hadir di hadapan frasa  Yang dapat dilihat .frasa predikat: juga. Hujan turun hanya pada musim dingin. iaitu frasa nama. lagi.  Kata nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat. Kami ingin juga ke pekan. Roti bukan diperbuat daripada besi.

Menunjukkan tempat: di  Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Menyatakan tempat atau arah.waktu atau masa: dari  Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan. Menunjukkan: tempat.  Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.  Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham. . 2. 3.  Arah: Mereka menuju ke selatan. nama: ialah ialah usaha dan kerajinannya.  Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. waktu atau masa: ke  Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok. 1. arah dituju.  Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang. 2.Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah  Kenyataan itu adalah tidak benar.

5. perbezaan. benda. unsur mujarad. Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok. sumber. menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada  Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada  Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi. asal kejadian. 4.  Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.  Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka. haiwan. dan perbandingan: daripada  Punca: Dia menerima surat daripada kakak. Menyatakan punca bagi manusia.  Tempat: Tuliskan nama anda pada . unsur mujarad.  Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam. haiwan.  Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia. 6.

 Rumah pekerja dibaiki. laksana umpama. keras bagai. . umpama. 7. Menunjukkan kegunaan  Kegunaan sesuatu: untuk untuk Rumah pekerja untuk sesuatu: untuk. Bertugas membawa  Tujuan: Kita mesti bersatu demi makna tujuan: demi keadilan negara. bagi sedang 8. ini 9. Membawa perbandingan: maksud seperti. Mereka masalah 11. 10. Membawa rujukan: tentang maksud  Rujukan: berbincang tentang negara. bagi sedang dibaiki. Menyatakan maksud  Bahagian ditentukan yang atau bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk diperuntukkan: Hadiah untukmu. bagai.  Perbandingan: Hatinya {seperti.kertas ini. laksana} batu.

semenjak 14.12.  Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya. Membawa bersama-sama. sesuatu memakai menggunakan. menyatakan perbandingan serupa: dengan maksud cara dilakukan. atau  Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu. Membawa rujukan: terhadap maksud  Rujukan: Tanamilah belas rasa kasihan terhadap binatang 15. 13. itu kata yang emotif: amat akan . Membawa penanda waktu maksud atau  Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak. semenjak} dua lalu. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan  Mendahului adjektif bersifat Wanita rindu anaknya.  Cara dilakukan: sesuatu Dia memulakan majlis yang  dengan doa. Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air. tahun yang masa: sejak.

antara kebangsaan kita. peringkat universiti. Membawa maksud  Hubungan pembuat dalam hubungan pembuat dalam ayat pasif.  Tidak perbezaan antara pendapatnya dengan pendapat saya.16. ada besar . hubungan yang membawa maksud sebab: oleh  ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya. waktu. sampai 18. Membawa lingkungan mempunyai pengertian yang ruang tidak atau  Lingkungan tidak yang mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa jarak: dalam. atau tempat:  Perihal dan peringkat masa: belajar sampai} had Anaknya {hingga. Hubungan yang membawa maksud sebab: badminton Pemain itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan. 17. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa. hingga.

 Buku itu ada di atas meja. samping. 1. belakang. sedikit (v) Kata Pascakata Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat. Menunjukkan sejuta bilangan  Bilangan tentu: tentu: satu. dua. . bawah.  Dia duduk di antara Ramli dan Salmah. sepuluh. bergabung dengannya: nya  Kata pembenda 1. luar. beberapa. seluruh. segi. banyak. Dua hari lagi dia akan sampai. penjuru. 2. antara.  Kata bilangan 1. sekalian. dalam. barat. Memberi kepada penegasan kata yang  Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. sisi.  Kami mendirikan di di timur. Kata arah 1. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda. tengah. hadapan. sudut. semua. utara khemah belakang rumah. para.  Kata penekan 1.  2. Menjadikan perkataan yang sesuatu bukan  Lajunya ialah 100 km sejam.  Petani itu berjalan di tepi danau. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala. selatan. -nya yang hadir selepas perkataan. atas.  Mereka bersembunyi bawah rumah. tepi.

kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza. (ii) kata adjektif warna. . catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata adjektif. (iv) kata adjektif bentuk.daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya. (vii) kata adjektif cara. iaitu (i) kata hubung gabungan. sakitnya AKTIVITI 1. (ii) kata hubung pancangan. lajunya. kata adjektif sifatan atau keadaan. Berdasarkan petikan di bawah. 2. (iii) kata praklausa. (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata. (v) kata adjektif waktu. iaitu (i). Secara berpasangan. dan (ix) kata adjektif pancaindera. (vi) kata adjektif jarak. (iii) kata adjektif ukuran. (viii) kata adjektif perasaan.

” Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan. bakal pendidik. pendidikan dan di tempat awam. dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran. seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Tegas beliau. penggiat bahasa dan . iaitu. pegawai kerajaan. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental. apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun. sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. guru.Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi. Profesor Dr. Di samping itu. Kuala Terengganu. “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk. media massa. bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah. krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Sumber: http://www. Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta. Dalam ucapan perasmiannya.dbp. Oleh itu. beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan.gov. beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi.masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan.pdf LATIHAN .my/klikdbp/klikdbp1apr7.

. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut. Aku mencapai satu paket gula.. "Hilwah. Kopi yang masih panas kucicip perlahan. betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Pandangannya menuntut jawapan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia." balasnya. Dia mengorak senyum. . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?".. Aku masih diam. Rasa terhina! BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. tapi maksud kau. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. lalu menyuapkannya ke mulut. Menarik nafas. "Err. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.Berdasarkan petikan cerpen di bawah." "Aku bukan mengajak bertekak. kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. "Ya. (1980). mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. Kurang manis." Aku menjawab acuh tidak acuh. kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat.. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan. Hilwah. dan tidak. Tapi berkongsi pandangan.

(2010). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Bhd. Ali Mahmood et. Tatabahasa Dewan.al (1996.al (1996. 2006). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .Nik Safiah Karim et. Abdullah Hassan (2006). Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.al. Rencana Linguistik.al. Tatabahasa Dewan. Abdullah Hassan (2008). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:Open University Malaysia. Ali Mahmood et. 2006). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful