P. 1
Modul Bmm3110

Modul Bmm3110

|Views: 126|Likes:
Published by Fahim Amin

More info:

Published by: Fahim Amin on Jun 04, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2013

pdf

text

original

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

(BMM3110)

( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

.

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran i i v vi viii ix xi Tajuk 1 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi  Struktur Binaan Ayat    Pembahagian Subjek dan Predikat Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Susunan dalam Ayat 6 1 Tajuk 2 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi    Urutan Kata. Jenis Ayat Sintaksis dan Aspek Tatabahasa Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi  Konstituen Frasa Nama 14 . Perpindahan Ayat Ragam Ayat.

Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. . 1. dan masa anda. 2. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. sumber-sumber pembelajaran. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Walau bagaimanapun. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini.

Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi nama.PENGENALAN Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam binaan ayat Bahasa Melayu. klausa. unsur keterangan dan ayat komplemen. ayat dasar. Secara umumnya tajuk. Tajuk ini berkaitan dengan ayat. dan penggunaan kata sendi nama. dan ayat tunggal. tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu. .Agihan Tajuk). (Sila rujuk . kekecualian hukum D-M serta kata bilangan dan kata panggilan. dan Tajuk 5 dan 6 – frasa kerja bahasa Melayu. Modul ini mengandungi 10 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 dan 2 . Tajuk ini membincangkan konstituen frasa nama dan binaan frasa nama. Tajuk 4 . pembahagian subjek dan predikat. frasa. Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Tajuk 3 – frasa nama bahasa Melayu.tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis. Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu. Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu. susunan frasa adjektif. ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang berkaitan dalam binaan ayat.sintaksis. binaan ayat dalam bahasa Melayu. Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M. Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu. tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu. Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu. kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. perkataan.susunan konstituen frasa nama bahasa Melayu.

Jenis Ayat  Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain Frasa Nama Bahasa Melayu  Konstituen Frasa Nama  Binaan Frasa Nama Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Kuliah (jam) Modul (jam) Jumlah (jam) 3 3 2 3 3 3 3 3 4 3 3 5 3 3 6 3 3 .AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Tajuk 1 Kandungan Sintaksis: Bidang Kajian  Struktur Binaan Ayat  Pembahagian Subjek dan Predikat  Ayat Dasar dan Ayat Terbitan  Susunan dalam Ayat Sintaksis: Bidang Kajian  Urutan Kata. Perpindahan Ayat  Ragam Ayat. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

ialah satu ayat. Selain itu. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. iaitu frasa nama (FN). Sehubungan itu. Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat dasar dan ayat terbitan . . Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat. anda seharusnya dapat: 1. struktur binaan ayat. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. iaitu klausa dan frasa. Menganalisis binaan ayat. ayat dasar. binaan subjek dan predikat 2. binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. Menjelaskan definisi ayat. Hasil dari binaan perkataan. frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. klausa dan frasa. iaitu ayat.TAJUK 1 Sintaksis SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat. perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis. klausa. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. binaan ayat dasar. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). ayat terbitan. frasa kerja (FK).

1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 2006). penyusunan semula dan peluasan. 2008). 1. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et. perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.al.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat. Ali (FN) (2). 1.struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Pemburu itu (FN) (3).KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. Contoh binaan ayat: Subjek (1). Seterusnya. Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS) . Bajunya (FN) (4).

yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.1987). Guru besar di sekolah baru itu (9). (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan. Amin (6). pegawai kastam itu. 1. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. Contoh: Subjek (5).1. Amat cekap Predikat Amin. => Pak Cik membaca surat khabar. Rahim Syam . sedang berehat di bilik sebelah. Subjek (8). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. Sedang berehat di bilik sebelah (10). Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.Sabran. abang kandungku. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . amat cekap. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Abang kandungku (7). (12) Ah Meng berlari (FN+FK) (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. penyusunan semula atau peluasan. .

al (2006). Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II.Rahim Syam (1987). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz (2008).(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. AKTIVITI (i).Bhd. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. (ii). LATIHAN (i). Tatabahasa Dewan. Raminah Hj. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Sabran.

TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. 2. (Marzukhi Nyak Abdullah.1997). jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. anda seharusnya dapat: 1. Selain itu. konsep ragam ayat. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. . jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Menjelaskan jenis-jenis ayat. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. Ragam ayat . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat.KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. ragam ayat.1975). Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. Maniam itu baik sungguh. Kek lapis itu enak sekali.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Ramli sangat pandai bermain skuasy.al 2008). 2. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.adjektif atau kata sendi nama. Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Sebagai contoh. Sebagai contoh. perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) . jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. kata kerja.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. (2). (3). (Lutfi Abas .

(ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Dengan perkataan lain. Contoh: (4) Amar menendang bola itu.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. ayat Melihat Paul. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Sebaliknya. 2. Oleh itu.Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Seterusnya. (ayat aktif) . Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat.

buah durian. Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.2. Pekerja (10). Kanak-kanak (13). Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. . Budin (11). Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). pipinya. sepanjang malam.2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.(7) Bola itu saya tendang. di pantai Damai. Ombak (14). membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. 2. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2.

Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek (19). Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Keterangan ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). (22). Kereta itu (18). . oleh anjing. 3. lagi. Saya sudah memiliki kereta baru. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Contoh: (21). Kuih itu pagi tadi. Budak itu Kena kena kena Kata Kerja Dasar tembak kejar Oleh+Frasa Nama oleh pemburu. Dunia ini penuh dengan dugaan. Kereta itu (16). Dia pandai mengawal emosinya.i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama (15). i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Rusa itu (20).Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. (23).

b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1.

Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh

yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  

Konsep Frasa Nama; Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

(2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Omar. 3. Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). . Seterusnya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. atau sebelum dan sesudah frasa nama. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. Putrajaya (4). Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. bandar selamat. bandar selamat.al. Emak (2). Emak Wan Seng (3). disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. peniaga sayur.

frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.1983). Anak (11).Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. menduduki ujian. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. Atlet (8). Ibu (6). memberi ceramah. parsi. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). 3. . 2006). Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat.al.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. menggigit makanan. Pegawai (10). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. Pelajar (9). Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas. untuk pekerja sahaja. (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. baik akhlaknya. Jawa.

wanita. kedua ketiga . Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak.mawar. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki.

atau akhbar tempatan. Asmah Hj.Inti + inti dengan maksud sama erti Inti + inti Inti + inti dengan maksud berlawanan tubuh bukit tuan atas hidup badan bukau puan bawah mati AKTIVITI 1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nahu Melayu Mutakhir.Bhd. Abdullah Hassan et. Tatabahasa Dewan. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.al (2006) Sintaksis. . 2. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. Kuala Lumpur.al (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Nik Safiah Karim et. PTS Professional Publishing Sdn. LATIHAN 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Omar (1986) Pustaka. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.

TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) .1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu. unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D . Dalam peraturan ini.M) 4. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar Contoh-contoh lain: .sos cili (bukan cili sos) .

sup kambing ( bukan kambing sup) .. keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D . kekecualian hukum D . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.2 Kekecualian Hukum D .pisang goreng (bukan goreng pisang) . Selain itu.kentang goreng ( bukan goreng kentang) . Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan. Lama-kelamaan.Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) . terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.M. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri .nasi goreng (bukan goreng nasi) 4. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) .

Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. dan seumpamanya. (Abdullah Hassan. menteri pengangkutan. hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.Ali. (22).3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. imam besar. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.Namun. (13). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. Contoh : lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (20). bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd. . (21). (18). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. 2006) Dalam konteks ini. (15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. (17). 4. (14). (16). menteri kanan.

Secara lebih khusus. banyak . 1993). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. Contoh: Segala. i. sekelompok. empat = IV sepuluh = X Kata Bilangan Tak Tentu Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.sedikit. Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. (24).Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. sekalian. Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.Musa.Kata bilangan pisahan v. (32). semua . Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.Kata bilangan himpunan iv. Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. Contoh ayat: (31).Kata bilangan pecahan. Kata bilangan tentu ii. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . beberapa. Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. . Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (33). (25). (29). (28). kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Kata bilangan tak tentu iii.(23). Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). dan vi.

dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (38). setiap. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses berbelas-belas. . keseribu. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. Contoh: masing-masing. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: berpuluh-puluh. (39). kelima-lima.Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. beratus-ratus. Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. kedua. (35). kedua-dua. Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kedua. (36). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. ketiga . (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. Contoh: setengah. Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. separuh. tiap-tiap Contoh ayat: (37). Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. sebahagian Contoh ayat: (40). kesemua. contoh: pertama. (42). beribu-ribu. sepertiga. memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. segelintir.

pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Tunku. Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. Puan . konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Tun. (44). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. Haji. (48).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. (45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. 2008). 4. Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.contoh ayat: (43). Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal . (47).4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu.

c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. Hashim Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Nik Safiah Karim et. Apakah maksud hukum D-M? 2. LATIHAN 1. Bahasa Melayu II.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. anda boleh bayar bil awal. f) Lain masa. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.al (2008). Tulis semula ayat. g) Sport rim kereta itu milik Romli.M. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.AKTIVITI 1. PTS Professional Publishing Sdn. Abdullah Hassan et. Tatabahasa Dewan.Bhd. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. . Kuala Lumpur. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis.1) Menganalisis binaan frasa kerja.TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. iaitu frasa nama (FN). Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Sehubungan itu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. frasa kerja (FK). frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).6) . manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1. Malah.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. 5.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Menurut Abdullah Hassan et. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. .al (2006). Dalam susunan ayat biasa. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.

ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Dalam ayat (94). (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Contoh: (8). Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. Faisal tidur lena di bilik tidur. (7). Budak nakal itu terjatuh lagi. ayat (91) .2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. terjatuh dan bergaduh. Berdasarkan contoh ayat di atas. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. meniup saksofon. (6). Emak Ahmad (3). Dia selalu bergaduh. Contoh : (5). Faisal tidur lena. kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. (95). Biarpun begitu. (10). menjual sayur di pasar. 5.1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. dan (96). P. Emak (2). Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut.2. mencipta lagu itu. (9).Contoh : Ayat Subjek (1). Pemuzik itu (4).Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. . 5. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.

5. (18). Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. Hal yang demikian berlaku membina sesuatu ayat. frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. dalam proses Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). Ibu menganyam tikar setiap hari. (12) dan (13). Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). frasa adjektif dan frasa sendi nama.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. Mahmud membaiki radio yang telah rosak. (13). kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. (15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.Halijah menggenggam erat tangan suaminya. Dalam konteks ini . (19). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Dalam ayat (11). (17). Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. frasa kerja. (12). Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. (16). . Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.

Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. (24). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). (23). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. Catatan: kejadian’. ‘tangan’. ‘produk ’. (22). . ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.

Bhd. Kuala Lumpur. . BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. atau akhbar tempatan. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. Bahasa Melayu II.al (2006) Sintaksis.Bhd.AKTIVITI 1. Abdullah Hassan et. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. PTS Professional Publishing Sdn.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1) . Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. Selain itu. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. Dalam perbincangan ini. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.

(3). Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah .1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. (5). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. telah . (2). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. Wan Malini akan memetik bunga di taman. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. ini atau masa hadapan. belum) .0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. 6. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Dalam susunan ayat biasa.pernah) (1). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan (4). diberikan contoh ayat berkaitan. Dalam hal ini. dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6.

maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). semoga dan untuk. mesti.al (2008). masih. belum Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. akan. mahu. (10).2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. atau masa hadapan. Dalam binaan predikat. Dia harus pulang ke kampung segera. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. Contoh: hendak. dan dapat 6. Apabila keadaan sedemikian berlaku. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. supaya. (13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando.Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. sudah. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. Contoh : telah. Menurut Nik Safiah Karim et. demi. . harus. (7). (8). boleh menerima ayat komplemen. kini. 6. sedang. Contoh ayat: (6). (11). (9). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. boleh.

(14).pada jelas terdapat dalam .4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang Unsur keterangan dalam frasa kerja memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. Berdasarkan contoh ayat di atas. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. (17). ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.kepada . Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. Biarpun begitu. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. 6. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. ayat (12) . (16).dari. (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. dan frasa nama. (16). (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. Penggunaan kata sendi unsur keterangan ini. frasa adjektif. dan (17). unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut).ke. Yang pasti. Dalam ayat (15). nama di. terjatuh dan bergaduh. Bagi kata kerja transitif.daripada.

(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. . Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. dalam . Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras.Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. untuk dan bagi. bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada. tahun lepas. (26) Azman berlari pantas. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. (27) Menteri berjalan megah. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.

Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta.(v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. terhadap. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. (43) Hidungnya mancung bak seludang. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.kesamaan atau hampir sama. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. mengenai. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. sebagai. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. . Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. bagai. bak. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.

Kuala Lumpur. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsurunsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.al (2006) Sintaksis. i. Nik Safiah Karim et. LATIHAN 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan perkataan di bawah. Abdullah Hassan et. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.al (2008) Tatabahasa Dewan. berupaya vi. bertolak iii. memikirkan ii.6.Bhd. Bahasa Melayu II. memancing iv. . Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). bersedia vii. berjumpa x. memutuskan viii. AKTIVITI 1. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.Bhd.Musa (1993). melagukan v.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. mengalami ix. Hashim Hj. PTS Professional Publishing Sdn. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja.

penguat dan kata bantu. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.2) .1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. Dalam perbincangan ini.Penguat . Selain itu. unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . (1. Sementara.TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. (1. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa. kata penguat dan kata bantu dalam frasa.

frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Dalam hal ini. 7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa Frasa adjektif adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa. . frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

1. [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. Dalam binaan predikat. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Salim sangat rajin. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. Guru pelatih itu cergas (4) . Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. Namun. .Contoh : (1) . (3) . kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Penglihatannya kabur. 7. (5) . Dia kelihatan ceria. Tanamannya subur. (6) . Contoh: (2) .

Contoh: (7) . Lukisan itu paling cantik. Rumahnya terlalu besar.1. iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. benar. .7. (11) .  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 7. Contoh: amat dan sungguh. Pakaian puteri itu cantik sekali.2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Taman Bunga di istana itu indah nian. nian (9) . (8) . Kereta lembu itu lambat benar. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. (10) . berdasarkan jenis-jenisnya.  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali.

(23). Perangai anaknya terlalu amat sopan. AKTIVITI 1. belum terlalu lewat. harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. (13) . (20). Kubah masjid itu amat besar. (17). Contoh: (16). belum sangat cekap. Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. seperti dalam ayat-ayat berikut: (14). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. Pekerja baru itu belum sangat cekap. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. Anaknya sudah besar. Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . masih. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. (15). Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. . misalnya: masih amat jauh.(12) . 7. (21). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. sungguh masih muda. (22). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. belum. Contoh : sungguh amat. sungguh telah pandai Contoh: (19). Pekerja yang berkualiti harus cekap.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. (18). terlalu amat.

Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. letih lesunya. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. . hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga.LATIHAN 1. di bumi Gaza ini. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. injak. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. jatuh bangunnya. sepak.

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008) Tatabahasa Dewan.al (2006) Sintaksis. Bahasa Melayu II.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Abdullah Hassan et.Bhd.Bhd.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. . Nik Safiah Karim et. Hashim Hj. PTS Professional Publishing Sdn.Musa (1993). Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

Dalam perbincangan ini. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.2) .TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu  Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat  Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan.2) Menghuraikan ayat komplemen. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.(1. penguat dan kata bantu. unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.(1. Selain itu. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang.

frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. .0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Dalam hal ini. Frasa Frasa adjektif adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8. 8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. Dalam susunan ayat biasa.

Amira (5). Contoh-contoh lain: (2). Dalam binaan predikat.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4).2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. laju. (susunan songsang) [predikat + subjek] 8.Contoh : 8. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.1. hebat sekali. lancar sekali. Dalam hal ini. Pemuzik (8). . Air sungai itu (7). [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsurunsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. Stadium itu sudah usang. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu.1. Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. Contoh: (1) . [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Warna bola itu merah tua. Kulitnya putih bersih. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). deras sekali. frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Pelajar itu (6).

ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.8.1. (11). Kesannya. (10). Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak tebal Kata Adjektif 8. Contoh: (9).2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. . Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. (12). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.

Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Abdullah Hassan et.Bhd.al (2006) Sintaksis. . Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. Bahasa Melayu II.AKTIVITI 1. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. LATIHAN 1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.

Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.6) . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Selain itu. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1. Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama.(1. Dalam perbincangan ini. unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat .

0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9. dari.al 2006). 9.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh Frasa sendi nama Frasa sendi nama bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. (Abdullah Hassan et. terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. ke. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di. tentang. daripada . (Nik Safiah Karim et. sampai.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. akan bagi. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.kepada . pada. untuk.oleh. hingga. dan sebagainya.al. dengan. .

Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang sampai bagi Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil siang ayah 9.1.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN).3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) .1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Dalam hal ini. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9. Selain itu.Contoh : 9.

Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. 9. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. (5). Contoh: (1). (3). Yushiro dari bandar raya Tokyo. Namun. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. dengan bergaya dengan kayu - 9.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa. Bahaman daripada keluarga seni. (2). Kerusi itu daripada kayu jati.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. (6).2. frasa adjektif dan frasa nama. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. Hadiah ini untuk ibu Zarina. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu.2. Kolam ikan di tepi taman. (keterangan bandingan) . frasa sendi nama hadir selepas subjek. (4). Dalam sesetengah ayat lain. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja. Ahmad ke sekolah setiap hari. Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. 9.

Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya. atau.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam.Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(8) Dahlan memasak pada waktu petang. tetapi. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan hal) (11). Dalam ayat (23). (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. (keterangan pembuat) 9. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar.(keterangan cara) (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan.(keterangan tempat) (10). (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tujuan) (13). (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? . (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya.mandir di dalam dan luar bangunan. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan.

frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Pada asasnya. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi) Namun. dalam perbincangan ini. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. Namun dalam beberapa keadaan. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1.(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. . terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek.

Bhd. Kuala Lumpur.LATIHAN (Aktiviti individu) 1.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. PTS Professional Publishing Sdn. .al (2008) Tatabahasa Dewan. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. (Nik Safiah Karim et. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. ayat dasar dan ayat tunggal (1. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. frasa. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.(1. Klausa. kita akan melihat pola-pola ayat dasar. Dalam perbincangan ini.al.TAJUK 10 SINOPSIS Ayat Bahasa Melayu  Ayat. Frasa. Selain itu.6) . dan perkataan dalam ayat . anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat. perintah dan seruan dan sebagainya. frasa . Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal. serta mengandungi intonasi yang sempurna. Klausa. Ayat terdiri daripada binaan klausa. Frasa. 2008).dan perkataan. frasa.

Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. baju. Contoh : (1). Frasa. (Nik Safiah Karim et. baju. Dalam kumpulan . Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10.KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. kereta dan seumpamanya. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. Sekolah di tepi laut.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Subjek menyebut sesuatu perkara. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat.al (2006). Menurut Abdullah Hassan et. sekolah ialah komponen subjek ayat. serta mengandungi intonasi yang sempurna. klausa.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. 2008).al. ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. seperti rumah. kereta dan seumpamanya. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. Malah sebenarnya. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Klausa. 10. frasa dan perkataan.

Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.menceritakan tentang subjek ayat. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. yang menjadi konstituen dalam ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. Frasa kerana cekap menguruskan perniagaan. (Nik Safiah karim. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).al.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . Sementara. et.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.al.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.perkataan kedua. [ klausa tak bebas] . (Nik Safiah Karim et. di tepi laut. (2) Rumah langsir biru. Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. 10. 10. (2006).

Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. kata hubung. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. gempal. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. kata sendi nama. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. baju. dari Johor.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. tampan kata sendi nama : di rumah. ayah. kata tugas dan . sehelai baju kurung.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. baju kurung. daripada besi 10. Seremban. kata adjektif. menendang Kata adjektif : kurus. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. taman kata kerja : makan. Jadi. tidur. ke kedai. Contoh: kata nama: pelajar. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. 10. Frasa digunakan bagi membina ayat.ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. kata kerja. dan sebagainya. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. pucat. sebagainya. Dalam struktur binaan ayat.al . melukis. orang. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah.

yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Contoh: Subjek (1). sangat tangkas. binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. Namun. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. sungguh pandai di Pusat Islam. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Namun. membaca kitab jawi. ke kedai runcit. (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Predikat . Sementara. 10.Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. sedang berehat. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih.

(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. Jelas. 2. (7) (a) Kuih itu dimakannya.Dalam proses binaan ayat tunggal ini . (b) Dimakannya kuih itu. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. (b) Di dalam almari baju itu. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. . (b) Ditebangnya pokok kayu itu. (6) (a) Baju itu di dalam almari. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. AKTIVITI 1.

Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan.al (2006) Sintaksis.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Abdullah Hassan et. PTS Professional Publishing Sdn. Bahasa Melayu II.Bhd.Bhd. . Siti Hajar Abdul Aziz (2008).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->