You are on page 1of 20

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Programme Management Office (Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Pendahuluan Latar Belakang Objektif Konsep Chromebook Tempoh Pelaksanaan Tempoh Jaminan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Perancangan dan Pelaksanaan Projek 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 Skop Kerja Kontraktor Fungsi Peralatan Tatacara Penggunaan Keselamatan Fizikal Peralatan Aduan Kerosakan Kesimpulan 7 8 10 11 11 11 2 2 4 4 5 5 5

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Makmal mudah alih merupakan konsep baru bagi melengkapkan keperluan mengakses bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan ia selaras dengan konsep 1BestariNet dan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.2

Projek

Pembekalan

Chromebook

adalah

merupakan

pembekalan

peralatan ICT di bawah projek penyediaan peralatan Makmal Komputer secara konsep mudah alih. 1.3 Pembekalan peralatan Chromebook ini akan menggunakan perkakasan Notebook Dengan Sistem Operasi Google Chrome. 1.4 Pelaksanaan projek ini bermula pada 18 Mac 2013 sehingga 17 Mac 2014 (satu (1) tahun) 1.5 Perkakasan Chromebook yang dibekalkan adalah sebagai peranti sokongan untuk mengakses bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui internet dengan menggunakan Virtual Learning Environment (VLE). 1.6 Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua sekolah mengenai panduan pembekalan peralatan makmal mudah alih

Chromebook.

2.0

LATAR BELAKANG

2.1

Selaras

dengan

pelaksanaan

konsep

1BestariNet

dan

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia, KPM berusaha untuk memastikan bahawa kemudahan infrastruktur internet di semua sekolah dapat disediakan menjelang 2015. 2.2 Bagi mencapai hasrat ini, pelaksanaan 1BestariNet telah bermula sejak 2012 secara berperingkat dan semua sekolah akan mendapat capaian internet pada akhir tahun 2013.
2

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

2.3

Bagi

memastikan

semua

murid

mendapat

capaian

internet

dan

memulakan kaedah pembelajaran secara maya atau konsep VLE, KPM mengambil langkah dengan membekalkan peralatan Chromebook. Pelaksanaan ini mengambil kira keperluan masa hadapan pendidikan iaitu melaksanakan konsep pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa selari dengan perkembangan teknologi. Bagi mencapai hasrat ini, konsep makmal komputer mudah alih dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2013. 2.4 Salah satu komponen penting dalam Projek Perkhidmatan 1BestariNet ialah komponen VLE disediakan untuk memudahkan murid dan guru di sekolah memuat naik bahan, memuat turun bahan, berkongsi bahan dan mengakses kandungan yang disediakan secara menyeluruh dan meluas. Sehubungan itu, satu alternatif dicadangkan dan dilaksanakan iaitu menggunakan konsep dan kaedah teknologi Chromebook. Konsep yang diperkenalkan akan dapat menambah baik kepada pelaksanaan PdP khususnya dengan menggunakan platform VLE. 2.5 Penggunaan teknologi Chromebook akan dapat membantu guru dan pelajar bergerak di mana-mana kawasan liputan 1BestariNet termasuk di bilik-bilik darjah dan sekolah-sekolah yang lain yang mana akses kepada 1BestariNet dapat diperolehi. 2.6 Mulai tahun 2013, aplikasi dan bahan PdP adalah secara online dan menggunakan akses internet. Persekitaran ini memerlukan perkakasan yang sesuai. Bagi membolehkan matlamat cloud computing. ini dicapai, kerajaan

mengambil langkah membekalkan peralatan Chromebook dengan konsep

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

3.0

OBJEKTIF

3.1

Sebagai garis panduan dan maklumat asas kepada sekolah berkaitan dengan pembekalan peralatan Chromebook.

3.2

Memastikan pelaksanaan pengagihan Chromebook mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.

3.3

Memastikan Chromebook di sekolah-sekolah KPM berfungsi dengan baik untuk proses PdP.

3.4

Memastikan pihak kontraktor melaksanakan pembekalan mengikut skop kerja yang telah ditetapkan.

3.5

Memaklumkan kepada pihak sekolah peraturan penerimaan bekalan peralatan ICT makmal mudah alih Chromebook.

4.0

KONSEP CHROMEBOOK

4.1

Chromebook adalah peralatan ICT mudah alih yang digunakan untuk mengakses internet dan VLE dengan menggunakan Google Chrome. Sistem Operasi

4.2

Platform 1BestariNet yang dilaksanakan di sekolah adalah berasaskan kepada teknologi cloud-computing yang menyokong sistem

pengoperasian Google Chrome. 4.3 Chromebook berfungsi menggunakan sambungan Internet yang

berkelajuan tinggi. Walaubagaimanapun, bagi penggunaan Chromebook ini di sekolah, kelajuan minima yang ditetapkan adalah 4Mbps boleh sama ada secara berwayar atau tanpa wayar. 4.4 VLE merupakan satu pelantar tunggal PdP yang berupaya untuk mengurus dan menyimpan objek pembelajaran bagi membolehkan guruguru memuat naik, memuat turun dan mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

5.0

TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 5.2

Tempoh pelaksanaan projek adalah selama satu (1) tahun. Jadual pelaksanaan seperti di Lampiran A.

6.0

TEMPOH JAMINAN

6.1 6.2

Tempoh jaminan peralatan adalah selama tiga (3) tahun. Bagi perkhidmatan internet yang dibekalkan bersama dalam projek ini adalah selama satu (1) tahun.

7.0

PERANAN

PELBAGAI

PIHAK

DALAM

PERANCANGAN

DAN

PELAKSANAAN PROJEK

7.1

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) i. Menyelaras pelaksanaan teknologi Chromebook dan Cloud

Technology dengan platform 1BestariNet. ii. Memantau perjalanan projek secara keseluruhan. iii. Menyelaras keperluan logistik dan senarai sekolah dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). iv. Menyelaras dan melaksana Program Kesedaran dan Pemindahan Teknologi. v. Menyelaras keperluan latihan dan Program Kesedaran dengan pihak kontraktor. vi. Mengurus proses perolehan, kontrak dan pembayaran projek. vii. Memuktamadkan pemilihan sekolah. viii. Prosedur, Arahan dan Garis Panduan Pelaksanaan. ix. Pemantauan dan Laporan. x. Menyelaras mesyuarat berkala dengan JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

7.2

JPN /PPD i. Memilih, menentu dan menyemak senarai sekolah. ii. Melaksanakan program kesedaran dan latihan. iii. Pematuhan Service Level Agreement (SLA). iv. Memantau dan melaporkan proses kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor. v. Pemantauan penggunaan dan penyediaan laporan.

7.3

Sekolah i. Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor. ii. Mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor. iii. Menyemak senarai peralatan yang diterima sama dengan skop pembekalan. iv. Mengesahkan penerimaan peralatan yang lengkap dan sempurna serta menandatangani Delivery Order (DO) dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP). Rujuk Lampiran B: Gambarajah Proses SAP v. Memperakui dan menandatangani Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) setelah pemasangan dan pengujian dilaksanakan. Rujuk Lampiran C: Gambarajah Proses SPP vi. Memastikan peralatan yang diterima didaftarkan di bawah tatacara perolehan aset alih kerajaan dan rekod berkenaan disimpan dengan sempurna. vii. Memastikan tahap keselamatan peralatan berada dalam keadaan terkawal dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan sama ada dari segi kecurian, kebakaran, kehilangan, salah guna dan penyimpanan. viii. Memastikan prosedur penggunaan peralatan dipatuhi. ix. Menentukan lokasi untuk penyimpanan peralatan yang sesuai, selamat dan praktikal dengan memastikan mempunyai punca kuasa elektrik.
6

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

x. Melaporkan kerosakan dan melaksanakan 1stier troubleshooting berdasarkan panduan yang diberikan oleh pihak kontraktor (Contohnya: menyemak power failure pada peralatan, menyemak fungsi pengecas, menyemak paparan dan sebagainya)

8.0

SKOP KERJA KONTRAKTOR

8.1

Pembekalan Peralatan Senarai peralatan yang akan dibekalkan bagi satu (1) makmal komputer mudah alih adalah seperti berikut: 8.1.1 41 unit Chromebook

8.1.2 1 unit Charging Cart 8.1.3 1 unit Super Zoom dengan fungsi WiFi 8.1.4 1 unit Wireless Access Point (WiFi AP) 8.1.5 1 unit perkakasan Content Cache 8.1.6 1 unit HDMI ke VGA Adapter 8.1.7 1 unit A3 Printer 8.1.8 1 unit CD atau Thumb Drive yang mengandungi perisian UBUNTU dan Chrome OS. 8.1.9 41 unit Headset dan Microphone Spesifikasi terperinci peralatan adalah seperti Lampiran B.
Nota: Sekolah-sekolah yang layak menerima dua (2) makmal akan menerima dua (2) set peralatan.

8.2

Sesi penerangan - satu slot penerangan mengenai peralatan-peralatan yang dihantar akan dilaksanakan semasa sesi User Acceptance Test (UAT).

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

8.3

Pihak kontraktor bertanggungjawab membekal dan menghantar peralatan Chromebook berdasarkan arahan dan skema agihan yang telah ditentukan.

8.4

Semua peralatan ini hendaklah diletakkan di makmal komputer sedia ada atau di lokasi yang dipersetujui oleh pihak sekolah. Rujuk Lampiran D: Gambarajah peralatan yang akan dibekalkan dan spesifikasi

8.5

Kriteria pemilihan lokasi penyimpanan peralatan termasuk charging cart: i. Mudah akses dan saiz yang sesuai. ii. Selamat dan berkunci. iii. Mempunyai punca kuasa elektrik. iv. Lokasi mestilah mempunyai pengudaraan yang baik.

8.6

Pihak kontraktor dikehendaki memberi taklimat dan penerangan kepada. pihak sekolah mengenai kaedah penggunaan peralatan Chromebook.

8.7

Menyediakan dokumentasi dan menyerahkannya kepada sekolah dan satu (1) salinan simpanan oleh pihak kontraktor: i. ii. iii. iv. v. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) User Acceptance Test (UAT) Borang Kew-PA 1, Kew- PA 2, Kew- PA 3 Project Documentation

8.8

Proses pelaksanaan kerja secara keseluruhan adalah seperti di Lampiran D.

9.0

FUNGSI PERALATAN

9.1

Chromebook i. Peralatan komputer yang mempunyai Sistem Operasi Chrome. ii. Beroperasi dan berfungsi menggunakan teknologi cloud. iii. Merupakan peralatan yang akan digunakan oleh pengguna untuk mengakses Internet dan VLE.
8

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

iv. Penggunaan chromebook boleh berada di mana-mana dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah tertakluk kepada capaian internet. Walaubagaimanapun, kebenaran guru / pentadbir sekolah hendaklah diperolehi sebelum dibawa ke mana-mana kawasan. v. Menggunakan sumber kuasa bateri untuk beroperasi dan perlu dicaj semula selepas hayat kuasa bateri habis. vi. Chromebook hendaklah dicaj semula di charging cart untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 jam. vii. Chromebook hendaklah disimpan dalam charging cart selepas digunakan oleh pengguna bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan sedia guna.

9.2

Charging Cart i. Lokasi / rak penyimpanan Chromebook. ii. Tempat untuk mengecas bateri Chromebook. iii. Charging cart hendaklah disambung ke punca kuasa elektrik pada setiap masa kecuali atas tujuan keselamatan. iv. Charging cart hendaklah ditempatkan di lokasi yang sesuai, selamat dan mudah untuk diakses.

9.3

WiFi Access Point i. Perlu punca kuasa elektrik untuk berfungsi. ii. Menyediakan fungsi capaian WiFi kepada Chromebook untuk mengakses rangkaian Super Zoom dengan kemudahan capaian WiFi.

9.4

Super Zoom i. Perlu punca kuasa elektrik untuk berfungsi. ii. Menyediakan kemudahan capaian tambahan 4G 1BestariNet yang berasingan dari 1BestariNet sedia ada.
9

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

iii. Kapasiti lebar jalur adalah 4 10 Mbps. iv. Memberi capaian WiFi kepada Chromebook untuk mengakses internet.

9.5

Content Cache i. Berfungsi sebagai lokasi penyimpanan bahan PdP sementara. ii. Bertindak sebagai lokasi penyimpanan maklumat, bahan dan kandungan yang telah / boleh diakses oleh pengguna bagi mempercepatkan capaian untuk membantu proses PdP berjalan dengan lancar. iii. Sebagai ruang penyimpanan bahan dan kandungan sementara pada tempoh tertentu bagi membolehkan dan mempercepatkan proses akses oleh pengguna.

10.0

TATACARA PENGGUNAAN

10.1 10.2 10.3

Chromebook akan dikeluarkan dari charging cart. Pelajar akan switch on Chromebook. Chromebook secara automatik disambung dengan WiFi yang telah disediakan.

10.4

Pengguna akan memasukkan user ID dan password yang diperolehi daripada VLE Frog.

10.5 10.6 10.7

User ID dan password akan disahkan. Pengguna boleh membuka browser dan melayari internet dan VLE. Setelah siap digunakan, Chromebook hendaklah disimpan semula dalam charging cart untuk dicaj bateri.

10.8

Selain dari langkah-langkah asas di atas, sekolah juga boleh memastikan langkah-langkah yang sesuai dan sistematik bagi memastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan sedia guna.

10

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

11.0

KESELAMATAN FIZIKAL PERALATAN

11.1

Semua Chromebook yang telah digunakan hendaklah disimpan kembali ke dalam charging cart yang disediakan selepas penggunaan bagi tujuan pengecasan semula, penyelenggaraan dan keselamatan.

11.2

Pihak sekolah hendaklah memastikan charging cart disimpan di tempat yang selamat.

11.3

Pihak sekolah dinasihatkan mencatat / merekod pergerakan Chromebook tersebut untuk memastikan ia mudah dikesan lokasinya atau individu yang memegang atau menggunakannya sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah (bergantung kepada pertimbangan Pengetua / Guru Besar untuk membenarkan Chromebook berada di luar kawasan sekolah).

11.4

Jika berlaku sebarang kehilangan, pihak sekolah hendaklah melaporkan berdasarkan kepada Arahan Pembendaharaan yang berkuatkuasa dan kepada Helpdesk YTL bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

12.0

ADUAN KEROSAKAN

12.1

Sebarang kerosakan / kehilangan yang berlaku atau kegagalan peralatan yang dibekalkan berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Helpdesk YTL pada talian 018-7998787 atau pada emel moesupport@ytlcomms.my.

13.0

KESIMPULAN

13.1

Garis panduan ini adalah sesuai untuk digunakan pada masa ini sahaja dan sebarang perubahan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

11

Garis Panduan Pembekalan Peralatan Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook KPM 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

13.2

Garis panduan ini juga bertujuan untuk membantu Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah dalam melancarkan pelaksanaan projek peralatan

makmal mudah alih Chromebook di sekolah-sekolah KPM.

12

LAMPIRAN A: Jadual Pelaksanaan Projek

Jadual Pelaksanaan Projek

MAR 18 25 1 PUBLIC HOLIDAYS SCHOOL HOLIDAYS A 1 2 3 4 B 1 2 3 4 C 1 2 D 1 2 3 C 1 23 31

MAY JUN APR 8 15 22 29 6 13 20 27 3 10 17 24 1 1 24 1 25 9

JUL AUG 8 15 22 29 5 12 19 26 2 8, 10 31 9 7 18

SEP 9 16 23 30 16

Central SELANGOR KUALA LUMPUR PUTRAJAYA NEGERI SEMBILAN Northern PERLIS KEDAH PERAK PULAU PINANG Southern MELAKA JOHOR Eastern PAHANG TERENGGANU KELANTAN East Malaysia SABAH

LAMPIRAN B: Proses Penghantaran (SAP)

DELIVERY PROCESS (SAP)

Deployment Team

2.1e Inform MOE-PMO of delivery schedule, 14 days in advance

2.1f Prepare Asset Card (KEW-PA), Delivery Checklist and SAP form

2.2b Notify Schools, 1 day prior to delivery Proceed with Delivery Plan

1. Collate SAP Forms 2. Inform Ops (mini-NOC update) and Helpdesk

2.2e

Schools agreement

2.2e Verify Delivery Order, KEW-PA, receipt of documentation N

2.2e Y Sign-Off SAP Y

School

MOE-PMO / JPN / PPD

Verify delivery to schools

LAMPIRAN C: Proses UAT dan SPP

UAT AND COMMISSIONING PROCESS (SPP)

Deployment Team

2.2b Notify Schools, 1 day prior to delivery Proceed with UATand Commissioning Plan

START

1. Collate SPP Forms 2. Inform Ops (mini-NOC update) and Helpdesk

2.2e

2.2e Y Validate UAT and Commissioning N Y

2.2e Sign-Off SPP Y

School

Schools agreement

MOE-PMO / JPN / PPD

LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi Gambarajah Peralatan Yang Akan Dibekalkan dan Spesifikasi
BIL 1. i) PERALATAN Chromebook Samsung i. ii. iii. iv. v. vi. Samsung Exynos 5 Dual Processor 0.7 inches thin 2.42 lbs/1.1kg 6.5 hours for battery 16GB SSD Wi-Fi 802.11 a/b/g/n Built in WiMAX module SPESIFIKASI

atau ii) Chromebook Acer i. ii. iii. iv. v. vi. Dual-core Intel Celeron Processor Dual band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n 11.6 (1366x768) display 16GB SSD Wi-Fi 802.11 a/b/g/n 1 inch thin 3 lbs/1.4kg

Charging Cart i. 1 unit of Chromebook charging cart with a storage and charging capacity of 41 Chromebooks. The cart is lockable.

LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi


BIL 3 Super Zoom i. Supports maximum 10 Wi-Fi connections ii. Omni directional antenna, up to 15 meters iii. WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2 Enterprise iv. Support SNMP V2C v. Capable for Voice, FAX and EDC vi. Remote access and check the device status PERALATAN SPESIFIKASI

Wireless Access Point (WiFi AP) i) Engenius WiFi AP i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Supports 50 Wi-Fi connections 802.3 at/af PoE Compatible 2.4 and 5 GHz Frequency dual bands Up to 300 Mbps in both frequency bands Supports SNMP v1 and SNMP V2C Omni directional antenna, up to 30 meters WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2 Enterprise

atau ii) Dlink WiFi AP i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Supports 50 Wi-Fi connections 4 x LAN, 1 x USB, 1 WAN 2.4 and 5 GHz Frequency dual bands Up to 300 Mbps in both frequency bands Supports SNMP Omni directional antenna, up to 30 meters WEP; WPA/WPA2 personal; WPA/WPA2 Enterprise

LAMPIRAN D: Gambarajah Peralatan dan Spesifikasi


BIL 5. PERALATAN Peplink Content Cache i. Video Caching format:-Youtube, Vimeo.com, Khanacadamy.com, ted.com ii. Content Caching:-HTML, JavaScript, Image, Flash Application iii. HDD Size: 500GB iv. Multi - WAN Load balancing and failover v. Speed Fusion Bandwidth Bonding vi. Bandwidth Usage Monitoring (WAN only) vii. SNMP Functionality SPESIFIKASI

You might also like