ETIKA DAN LEGAL ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

1- PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran yang sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini adalah untuk memperbaiki tingkah laku klien yang tidak mengikut norma-norma kehidupan yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah. Mengikut Corey (1990), kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih . Hansen et. al (1976), tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi “serius”. Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang “serius” di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan . Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu yang normal (dapat berfungsi dengan sepenuhnya). Masalah-masalah yang sering di bawa ke dalam kelompok ialah berkaitan dengan tugas perkembangan dalam hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

Teori–teori kaunseling kelompok adalah “guidelines” yang digunakan supaya proses kaunseling yang dijalankan mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al (1976), “ each theory proposes a process whereby the counselor and group can participate in the process of changing the member‟s behavior”.Dalam menjalankan sesi, kaunselor perlulah mematuhi beberapa etika demi matlamat yang hendak dicapai.

2- DEFINISI ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan itu juga bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat.

Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh seseorang semasa menjalankan tugas mereka.

Etika (dalam Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) adalah disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan persaorangan serta antara individu. Durkheim (1961) pula menyatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu.

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional.

Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ; 1) pola hidup am atau suatu cara hidup 2) set peraturan tingkah laku atau kod moral 3) tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku. Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam

sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting bai membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

3- KEPENTINGAN ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Begitu juga di dalam kaunseling kelompok, etika memainkan peranan yang penting sebagai satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma kaunselor, kepentingan ahli kelompok serta perjalanan kelompok itu sendiri.

Pandangan yang diberikan oleh Swanson & Van Hoose (1977) yang menyatakan, “Standard or code of ethics are designed to protect the public and also to give guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the person who follow the profesion‟s code”, menguatkan lagi fakta di atas.

Di antara-antara kepentingan-kepentingan itu ialah;

1) memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan yang boleh menyebabkan “ public condemnation”( penghinaan masyarakat).

2) Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

3) Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.

4) Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.

5) Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-undang.

4- ETIKA DALAM KAUNSELING KELOMPOK 4.1- Pandangan Tokoh-Tokoh:

Etika kelompok diolah mengikut keperluan sesuatu kelompok. Menurut Gazda (1977), adalah penting bagi ketua kelompok untuk mengolah satu model bagi mencapai perubahan tingkah laku. Tambah beliau lagi, bila sesi dirakamkan ahli patut diberitahu yang mereka boleh memberhentikan rakaman bila-bila masa jika mereka merasakan ini menyekat penglibatan mereka.

Bagi Feignberg (1977) pula, etika dalam kaunseling kelompok di mana ketua kelompok harus mempunyai latihan yang cukup dalam teori dan prosedur kelompok. Mereka juga harus sedar tentang kepelbagaian kesan yang mungkin timbul daripada prosedur dan proses kelompok.

Memberikan pandangannya, Bindrim (1977) menyatakan menjadi satu polisi yang wajar jika ketua meminta ahli menandatangani satu perjanjian yang memerlukan mereka bersetuju supaya tidak berbincang atau menulis tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kelompok atau mendedahkan identiti ahli lain.

4.2- Kelayakan Pemimpin Kelompok:

Pemimpin kelompok mestilah mempunyai kelayakan profesional serta pengalaman yang diperlukan sesuai mengikut kelompok yang mereka pimpin. Pemimpin seharusnya seorang yang teraputik, cekap dan berkesan serta bersedia untuk dicabar dan diuji untuk mendapatkan kepercayaan.

Pemimpin kelompok juga mesti mempunyai fokus yang jelas terhadap tujuan dan matlamat kelompok, memilih kaedah-kaedah yang sesuai dan mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang perjalanan kelompok bagi mencapai tujuan dan matlamat sesuatu kelompok itu.

Pemimpin kelompok mestilah bijak mengendalikan kelompok. Seandainya terdapat sebarang bentuk pertentangan di dalam kelompok, contohnya desakan kelompok yang bercanggah dengan kehendak ahli-ahl lain, pemimpin perlulah peka dan bertindak bijak mengatasi isu tersebut. Seandainya ada ahli yang menjadi sasaran di dalam kelompok, pemimpin haruslah berani campur tangan.

Sebagai pemimpin kelompok, perlulah turut melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli kelompok sebagai sokongan kepada kelompok untuk melakukan perkara itu dengan penuh yakin dan berani. Pemimpin juga harus faham tentang nilai-nilai dalam kelompok dan sedar bahawa nilai-nilai itu adalah selaras dengan etika profesionnya. Etika dalam kaunseling kelompok juga melibatkan tanggungjawab yang dituntut daripada seorang ahli profesional seperti kaunselor atau pemimpin kepada kelompok yang spesifik seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu khidmat dari pemimpin tersebut. Menjadi tanggungjawab pemimpin kelompok untuk memaklumkan kepada bakal ahli kelompok tentang prosedur dan matlamat kelompok, peraturan kelompok, teknik-teknik yang akan digunakan, harapan ahli, risiko psikologikal dan faktor lain yang boleh mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan kelompok.

Ahli kelompok seharusnya bersedia mentafsirkan pembelajaran mereka dalam kelompok dengan kehidupan seharian mereka dan menggunakannya dengan berkesan. Jesteru itu etika kaunseling kelompok berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan. Semasa sesi perjanjian dijalankan satu perjanjian bertulis perlu dimenterai antara ahli dengan kaunselor. Prosedur ini penting kerana melindungi hak-hak ahli dan juga kaunselor.

3. pemimpin kelompok perlu berwaspada dengan tanda-tanda kelemahan psikologikal ahli kelompok seperti ahli menangis sepanjang masa berada di dalam kelompok. 4. semasa sesi berjalan dan apabila kelompok berakhir. Adalah tidak beretika mengamalkan kaunseling tanpa persediaan yang rapi American Group Psychotherapy Association dan Association for Specialists in Group Work (ASGW). piawaian terbaik bagi latihan yang diperlukan oleh kaunselor. ahli seperti dalam keadaan celaru serta tertekan (berada dalam dunianya yang tersendiri). Melalui proses ini juga akan mendorong ahli kelompok untuk meneruskan tingkah laku positif yang mereka pelajari dalam kelompok setelah mengetahui adanya proses susulan setelah tamat sesi kelompok. Maklumat kelompok tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan kelompok demi kebaikan kelompok sendiri.Kerahsiaan: Kerahsiaan merupakan salah satu etika di dalam kelompok yang perlu dititikberatkan. Akhirnya.ISU-ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK . Ahli-ahli perlu mendapat makluman tentang kerahsiaan di dalam kelompok. Ini menandakan penglibatan mereka di dalam kelompok harus di tamatkan. seawal waktu penstrukturan. ahli berdiam diri sepanjang masa dalam kelompok dan tanda-tanda psikologikal lain. Selain daripada itu identiti setiap ahli dalam kelompok hendaklah dirahsiakan dan menjadi tanggungjawab ke atas semua ahli (Kod Etika Kaunselor. menggariskan secara terperinci.Pemimpin kelompok seharusnya berusaha menggendalikan sesi kelompok dan seterusnya menilai kesan bagi kelompok pimpinannya. 2005) 5. Proses susulan di dalam kelompok adalah penting kerana ia merupakan satu aspek akauntabiliti pemimpin kelompok.

Disamping itu juga isu kepimpinan ini mengukur tahap kemampuan pemimpin dalam menguasai masalah yang diketengahkan dalam kelompok. kejayaan kelompok sangat bergantung kepada pemimpin yang mengetuai kelompok tersebut. Ini adalah disebabkan isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok yang boleh memberi kesan yang buruk atau pengalaman yang ngeri terhadap ahli sekaligus mencemar nilai kepercayaan dan penerimaan ahli terhadap kaunseling kelompok.Proses kaunseling kelompok akan menjadi lebih bermakna dan sangat berkesan sekiranya proses tersebut dapat berjalan mengikut nilai.Pemimpin Kelompok: Antara isu-isu yang terdapat dalam kelompok ialah isu melibatkan kepimpinan. Tidak kira apa jenis kelompok yang dipimpin. 5. kerana jumlah ahli dalam kelompok adalah lebih daripada satu. Satu Sistem etika adalah menjadi panduan berdasarkan nilai-nilai yang biasa dipegang dan dihargai oleh masyarakat. kecekapan dan pengalaman pemimpin dalam menerajui sesuatu kelompok. Maka sudah tentu akan memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap kaunseling kelompok serta menghilangkan nilai kepercayaan masyarakat terhadap kaunseling kelompok. norma dan tingkah laku yang diterima dalam persekitaran masyarakat. Peterson (1970).1. apa pendekatan yang digunakan atau apa gaya kepimpinan yang dilaksanakan dalam kaunseling kelompok. Terdapat pelbagai permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan tentang pemimipin kelompok sama ada dari segi latihan yang diperoleh. Isu ini secara keseluruhannya melibatkan tahap kredibiliti yang dimiliki oleh pemimpin atau kaunselor yang bertindak sebagai ketua atau penggerak utama dalam proses kaunseling kelompok. Selain itu juga isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok akan memberi kesan yang lebih mendalam kerana bukan seorang ahli yang akan mengalami trauma atau tekanan tetapi ramai. . kelayakan yang dimiliki. Kaunseling kelompok juga dapat membantu ahli mencapai matlamat dan tujuan yang telah digariskan bersama dengan ahli kelompok dalam menentukan hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai dalam persetujuan bersama. Namun walaubagaimanapun terdapat halangan-halangan yang menyebabkan proses ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan.

jika penapisan pemilihan ahli kelompok tidak dijalankan dengan teliti. Bagi menentukan pemilihan ahli kelompok adakah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membuat pemilihan ahli kelompok. Adalah menjadi tanggungjawab ketua menapis dan menolak mereka yang memikirkan bahawa pengalaman kelompok tidak sesuai bagi mereka”. Maka jelas tanggungjawab terhadap ketua untuk memilih ahli bagi sesuatu penubuhan sesuatu kelompok bertujuan mengelakkan berlakunya konflik sesama ahli menyebabkan proses atau sesi tidak dapat dijalankan dan wujud gangguangangguan yang menyebabkan timbulnya isu dalam kelompok sekaligus menyekat . Bakal ketua perlu diberitahu tentang beberapa jenis kelompok dalam proses pengajaran yang formal dan perlu mendapat peluang untuk mengolah teori sendiri yang rasional dan praktikal. Ini kerana kejayaan kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu kelompok. proses menapis patut diolah untuk memastikan peserta faham apa yang diharapkan daripada mereka dan menerima yang mungkin menikmati faedah yang lebih daripada pengalaman kelompok. pemilihan ahli mesti mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dikendalikan oleh pemimpin . Ini menunjukkan pemilihan ahli dalam kelompok mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh pemimpin dalam mengendalikan kelompok tersebut.Ini antara isu yang dikaitkan dengan pemimpin dalam kelompok.Keahlian Kelompok: Selain itu juga isu keahlian dalam kelompok merupakan sesuatu yang perlu dititi beratkan. Cadangan ini dipersetujui oleh Gazda (1977) dan menambah. ahli itu boleh meninggalkan kelompok dengan perasaan hampa dan tawar hati. Rosenbaum (1972). Tidak kira apa jenis kelompok yang hendak ditubuhkan. Yalom (1975) menyatakan. Yalom menerangkan bahawa lebih mudah mengenal pasti individu yang sesuai. 5. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dalam memimpin ahli kelompok mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama tanpa wujud perkara yang bercanggah dengan nilai dan norma persekitaran masyarakat. The American Psychological Association (APA) dalam Guidelines for Psychologists Conducting Growth Group (1973) mencadangkan “Satu temu bual menapis peserta harus dijalankan oleh ketua kelompok sebelum individu diterima menjadi ahli.2.

sudah tentunya pemimpin tidak dapat memberi jaminan terhadap kerahsiaan dalam pelaksanaan kelompok. Ini kerana kerahsiaan dalam kaunseling kelompok sangat sukar untuk dikawal kerana jumlah ahli yang ramai. Ahli juga perlu dinyatakan kenapa dan mengapa pemilihan ahli perlu dilakukan sebelum kelompok ditubuhkan.proses kelompok. 5. Disarankan kepada pemimpin setiap kali berakhir pertemuan ataupun sesi. Dia juga harus menyedarkan ahli bahawa dia tidak boleh menjamin kerahsiaan ahli lain dalam hal ini.Kerahsiaan Kelompok: Kerahsiaan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dan perlu diberi penjelasan yang terperinci atau mendalam kepada ahli kelompok semasa peringkat penstrukturan dilakukan. Pemimpin boleh melaksanakan tindakan susulan ini selepas sebulan atau tiga bulan selepas sesi tamat.3. . adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mengingatkan ahli tentang prinsip kerahsiaan ini dari masa ke semasa. hal-hal yang sensitif mengenai seseorang ahli dalam kelompok. Corey. Ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesan kaunseling kelompok dan hasil yang diperoleh dalam kelompok. pemimpin perlu memberi penegasan atau penekanan terhadap ahli tentang prinsip kerahsiaan dalam kelompok.4. dia mesti memberitahu ahli tentang tanggungjawab mereka menghormati rahsia yang telah dibincangkan. 5. Corey dan Callanan (1984).Penilaian Kelompok Isu yang ada dalam kaunseling kelompok ialah penilaian dan tindakan susulan Pemimpin perlu memberi penekanan terhadap tindakan susulan selepas tamat sesi kaunseling kelompok.” Isu kerahsiaan ini sangat sensitif. Olsen (1971) menyatakan “Ketua kelompok boleh menjamin kerahsiaan untuk dirinya sahaja. Bagi kaunselor walaupun aspek kerahsiaan ini telah diberitahu pada awal kelompok. oleh itu pemimpin perlu membincangkan secara khusus kepada ahli tentang kerahsiaan yang perlu dititikberatkan dan perlu jujur untuk tidak berlakunya kebocoran hal-hal peribadi.

Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik.Melalui sesi susulan ini pemimpin dapat gambaran yang sebenar dan dapat melihat sendiri sama ada ahli-ahli dapat menggunakan pengalaman dan pengajaran yang dilalui dalam kelompok. Tempoh ini ahli digalakkan membuat pendedahan kendiri yang mendalam. Carbery juga . 6. Namun menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mengajar dan menerangkan kaedah pendedahan kendiri yang perlu dilakukan oleh ahli. Selain itu juga ahli dapat meluah serta berkongsi pengalaman yang telah dilalui untuk sama-sama mendapat maklum balas dan pengukuhan selepas meninggalkan sesi kelompok.CONTOH-CONTOH KES Kes 1: Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki „license of Mental Health‟(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling. Pemimpin jangan terlalu mendesak untuk ahli mendedahkan hal-hal yang agak sulit sebelum mereka bersedia. dan beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan kepada kliennya. Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Jika tidak ahli akan menarik diri dengan perasaan malu kerana telah menceritakan lebih dari yang sepatutnya.

Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis. Daripada kes tersebut.Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Carbery mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut. Contohnya. Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Villacrusis tidak memberikan kerjasama.Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F. beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya. mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa. batasan seksual . gangguan seksual akan menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat. Kes 2: Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan kliennya yang berusia 16 tahun. Kes 3: Olympia. Durham seorang kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran professional dalam mengendalikan bahan kimia . Justeru itu. bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005. Ahli mesyuarat akan membuat keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor. dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Beliau ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa . kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar etika seorang kaunselor. Menurut laporan polis. Carbery akan mengancam anak-anak kliennya.didapati bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas. East Lycony School Superintendent Dave Price.

Oleh itu. jawatan kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan. Penyiasat yang ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati Durham gagal menunjukkan kesalahan jenayah di kawasan Yakima dan King. Durham mempunyai 20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut. Rekod jenayah Durham sebelum ini mengandungi rompakan berbahaya pada tahun 1978 dan kejadian jenayah kredibilitinya pada Mac 2000. Kesimpulan daripada kes-kes di atas. Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998. Tindakan disiplin dikenali sebagai „pergantungan tanpa perbincangan‟bermaksud Durham yang mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar sebagai RC11842. dapat mengukuhkan lagi bahawa wujud isuisu yang berlaku dalam kaunseling kelompok yang mengganggu proses ataupun sesi dari berjalan dengan lancar mengikut kaedah yang sebenarnya.Perbicaraan beliau dijadualkan pada 18 Oktober 2001.dan penyalahgunaan dadah. maka secara automatiknya. Durham ditahan di atas berurusan dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang tidak bermoral pada 3 June 2001. didapati tidak dibenarkan bekerja sebagai seorang kaunselor dan juga pakar mengendalikan bahan kimia sehinggalah kes beliau dibicarakan semula. semasa permohananya sebagai pakar penggunaan bahan kimia . kaunselor didapati melanggar etika serta menghilangkan kepercayaan kelompok terhadap kewibawaan kaunselor. Dengan tertubuhnya. Merujuk kepada kes ini pula. dengan ini mengesahkan bahawa sebarang salahlaku . sebelum ini Durham didapati banyak melakukan perbuatan tidak bermoral dan masih berhubungan dengan pesalah-pesalah juvana untuk urusan peribadi. Namun isu-isu ini dapat dielakkan jika pemimpin yang mengendalikan kelompok mempunyai etika yang telus. .

Brooks/Cole Publishing Company. T.7. Selain itu. Theory and Practice of Group Counseling. untuk membantu ahli menangani masalah yang di hadapi. kaunseling kelompok dapat membentuk peluang-peluang keemasan yang berlanjutan kepada klien bagi memperkembangan hubungan biasa dan positif dengan orang lain. . Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf profesional kaunseling di Malaysia. Secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli kelompok. melihat perkembangan proses kaunseling supaya dapat mencapai matlamat yang ditujui. Jesteru itu mematuhi etika amat penting dalam setiap kaunseling kelompok yang dijalankan.BIBLIOGRAFI Corey. hasil dari proses berkelompok. teori akan membantu kaunselor menyusun. Mematuhi etika sedikit sebanyak akan mengurangkan isu-isu yang akan timbul dalam kaunseling kelompok nanti. G. Dengan tertubuhnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan sebuah Lembaga Kebangsaan ia dapat mengawal dan menyelia amalan kaunseling di Malaysia. Dengan itu. Pacific Grove. 8. (1990). memahami. (1991).. London and new York. Ia memerlukan satu rangka untuk menyusun maklumat tersebut supaya membawa makna yang senang difahami.PENUTUP Seorang kaunselor kelompok akan dihadapi dengan maklumat yang banyak. California. Tavistock/Routledge. Douglas. A Hand Book of Common Group Work Problems. Etika akan membantu proses kaunseling kelompok itu sama ada berjalan lancar atau tidak.

Selangor. Subang Jaya Kumpulan Budiman Sdn. Ramlan Hamzah. UPM: Serdang. Ida Hartina Ahmed Tharbe. (Editor). (2003). (1976). Kuala Lumpur: DBP. Mok Soon Sang. Petaling Jaya. (2000). Bhd. (2000). Mc Graw-Hill Education: Kuala Lumpur. (2006). . Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bimbingan dan Kaunseling Untuk Pra Sarjana Muda dan KPLI. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling. (2002). M. Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Memimpin Kaunseling Kelompok. Nordin Kardi & Mohamad Fadzil Che Din. Kaunseling Teori. 1982.G. PHD (2006). Chales C Thomas. Mohamad Fadzil Che Din & Rashidah Omar. PTS Professional Publishing Sdn.Gazda.G. M. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin. Lily Mastura Harun. Falsafah. Gazda. (2002). USA. Kuala Lumpur. Muhd. Bhd. USA. Prinsip & Etika Kaunseling: UPM. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Othman Mohamad. Bhd. Proses dan Kaedah. Basic Approaches to Group Psychotherapy and Group Counseling. Chales C Thomas. Selangor. Muhd. Theories and Methods of Group Counseling in The Schools. Mansur Abdullah. Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3&4. (1996).

htm. Models of Group Therapy.0 PENGENALAN Sesi kaunseling kelompok akan lebih berkesan dan berjaya jika tujuan. and Galinsky. New Jersey. Kelompok kaunseling adalah bebas untuk berkembang tetapi masih bergantung kepada jenis masalah atau isu yang dibincangkan. John B. Stevens County counselor charged with sexual misconduct and suspended daripada http://www. Bhd. Rahman. Prentice Hall. Eagle Wood Cliffs. (2004). Keberkesanan sesuatu kelompok kaunseling bermula di peringkat pemilihan ahli kelompok untuk mempastikan semua ahli boleh menerima peraturan dan etika kelompok. matlamat dan proses kaunseling kelompok itu jelas dan difahami oleh ahli kelompok. Peranan Ketua Kelompok atau Pemimpin kelompok amat penting dan mampu mempengaruhi keberkesanan sesuatu kelompok kaunseling.Shaffer. Washington State Department of Health.doh. The News Station. M. Gandingan kedua-dua pihak iaitu pemimpin kelompok dan ahli-ahli yang faham etika dan peraturan kelompok akan membantu ke arah pencapaian matlamat sesi kaunseling kelompok. Pengenalan Kaunseling Kelompok.gov/publicat/2001.htm Zuraidah Abd.doh. Guidance Counselor suspended daripada http://www.wnep. Selangor. IBS Buku Sdn.com/Global/story. daripada http://www. State suspends Yakima County for corruption and drug abuse. .gov/publicat/2005news/05-140. David (1989).news/01106. Namun ia perlu mengambil kira aspek-aspek nilai. P. Posted by kaunseling at 5:46 PM 3 comments: ISU-ISU DALAM KELOMPOK KAUNSELING 1. norma serta budaya masyarakat setempat.asp?S=5881320 Washington State Department of Health.

1990).Di sinilah letaknya peranan pemimpin kelompok untuk mempastikan semua ahli kelompok dapat menerima persetujuan ini dan pada masa yang sama berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapai matlamat sesi kaunseling kelompok yang dijalankan. isu-isu semasa proses kelompok (progressing stages) dan isu-isu selepas kelompok (closing stages). seseorang individu dapat mencapai matlamat sendiri dengan berkongsi idea yang inovatif dan produktif (McClure. Pemimpin kelompok yang mempunyai pengetahuan mampu mengesan tahap perkembangan kelompok berkenaan. Melalui kelompok. Pemimpin kelompok perlu merancang lebih awal dan sentiasa peka kepada tahap-tahap perkembangan kelompok. Pemimpin kelompok juga berperanan penting untuk menentukan ahli-ahli kelompok berjaya mencapai hasrat pemulihan diri mereka. . Dalam usaha menjadikan kelompok kaunseling lebih berkesan. Di samping itu juga. 2. Manusia mungkin tidak dapat meneruskan kehidupan atau terus berkembang tanpa penglibatan kelompok atau kumpulan. Ahli-ahli kelompok juga berjaya melakukan perubahan tingkah laku mereka ke arah yang lebih positif setelah selesai menjalani sesi kelompok kaunseling.0 ISU-ISU BERKAITAN KEPIMPINAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK Dalam kertas kerja ini kami membahagikan isu-isu berkaitan kepimpinan dalam kelompok tersebut kepada 3 bahagian iaitu isu-isu sebelum permulaan kelompok (initial stages). perancangan yang rapi dan intervensi yang strategik akan menjamin kejayaan sesebuah kelompok kaunseling. Hakikatnya. Secara semulajadinya manusia lebih bersedia bersama dalam kumpulan atau kelompok dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. 1994). pemimpin kelompok boleh memanafaatkan kemahiran yang ada untuk membantu perkembangan kelompok dengan lancar dan berkesan (Gladding. pemimpin kelompok perlu sedar tentang kekuatan dan potensi sesebuah kelompok.

Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh pemimpin yang mengendalikan kelompok Islam ialah pemimpin harus memastikan hari-hari. Pemimpin juga perlu menyediakan bahan-bahan rujukan yang sesuai dan fakta-fakta yang tepat kepada ahli kelompok. apa yang ahli jangkakan dari kelompok.2 Tapisan (Screening) dan hak ahli . Apakah perasaan yang saya sedang alami dalam hidup? 4. masa dan tempat kelompok.1. Ya‟qub (2001) menyatakan dalam pendekatan kelompok Islam persediaan pemimpin memainkan peranan penting dalam menggerakkan kelompok. 2. Adakah saya seorang yang yakin dengan kemampuan profesional saya? 5. Selain itu pemimpin juga bertanggungjawab menyediakan bahan aktiviti untuk kelompok berbentuk arahan-arahan kerja sebagai latihan bagi memdidik dan membiasakan setiap ahli memikul tanggungjawab.1 Persediaan Pemimpin Kelompok Selain itu pemimpin kelompok juga perlu bersedia untuk menjadi pemimpin kelompok lebih-lebih lagi persediaan dari segi psikologikal. Adakah saya percaya kepada proses kelompok? Persoalan-persoalan tersebut adalah merupakan isu yang perlu ditangani oleh seseorang pemimpin apabila ingin memulakan sesuatu kelompok. Antara persediaan yang perlu ditanya bagi seorang pemimpin kelompok ialah : 1. ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada semua ahli bagi memudahkan ahli berkumpul tepat pada waktunya. Oleh yang demikian pemimpin kelompok memainkan peranan untuk merancang perjalanan kelompok dengan sebaik mungkin. ini adalah bagi memudahkan ahli kelompok membuat rujukan yang tepat dan betul. pemimpin harus memikirkan beberapa perkara mengenai kelompok iaitu jenis kelompok. Ia akan dapat membantu pemimpin menilai sejauh mana persediaan mereka untuk memimpin sesebuah kelompok. tujuan dan matlamat kelompok.1. garis panduan untuk menentukan siapakah yang sesuai untuk menyertai kelompok dan yuran yang dikenakan. masa dan tempat kelompok dijalankan. Di samping itu pemimpin kelompok juga perlu menyediakan isi kandungan perjalanan kelompok mengikut sukatan dan arahan-arahan yang jelas kepada ahli-ahli kelompok. Adakah saya mahu kendalikan kelompok? 3. Corey (1985) menyatakan sebagai persediaan.1 Isu-isu sebelum permulaan kelompok (Initial Stages) 2.2. Adakah saya sudah bersedia untuk mengendalikan sebuah kelompok? 2.

Ahli-ahli kelompok boleh ditapis dengan beberapa cara iaitu : 1. Perbincangan dalam kelompok tidak terjamin kerahsiaannya. Contohnya hospital. Ini adalah bagi mengelakkan penentangan (resistance) yang berpunca daripada ketidakfahaman proses kelompok dan salah faham mengenai tujuan kelompok. sekolah dan sebagainya. Ahli sering dikehendaki terbuka dan ini boleh merupakan perlanggaran privacy. 3. Risiko psikologikal contohnya jika ada ahli yang memberitahu ingin bunuh diri kemungkinan akan memberi kesan psikologikal kepada ahli kelompok. Dalam peringkat tapisan ini pemimpin kelompok harus memilih ahli yang mempunyai keperluan dan tujuan yang sehaluan dengan tujuan kelompok. 2. ahli masyarakat. Masalah scape goating iaitu mencari salah pada seseorang dalam kelompok tersebut. Tentukan samada ahli datang secara sukarela atau dirujuk. Seseorang pemimpin perlu jelas tentang pengharapan ahli terhadap kelompok dan pemimpin juga perlu menjelaskan tujuan kelompok. Tentukan komposisi kelompok mengikut gender. 7. pemimpin kelompok harus menapis ahli mereka yang bakal sertai kelompok setakat mana yang boleh.Menurut ACA (1995). umur. 4. Kemungkinan kecederaan fizikal kerana penglibatan dalam aktiviti kelompok. prosedur kelompok. banduan. Ahli mungkin mengalami gangguan ke atas kehidupannya apabila menyertai kelompok. 4. 6. Dalam proses tapisan ini pemimpin kelompok terlebih dahulu perlu tahu siapa yang patut menjadi ahli kelompok. 3. kebaikan dan risiko menyertai kelompok. 5. Individu yang ingin menjadi ahli kelompok perlu ditapis bagi mengelakkan risiko sepanjang berada dalam kelompok. Antara risiko yang perlu diketahui oleh ahli apabila menyertai kelompok ialah : 1. Ini bagi mengelakkan timbul konflik dan halangan semasa proses kelompok dan juga supaya ahli yang menyertai kelompok tidak mengalami sebarang risiko dan kebajikan mereka tidak diabaikan. . Pemimpin kelompok juga perlu mengenalpasti kesediaan individu untuk menjadi ahli kelompok. Tekanan dari kelompok contohnya dalam merubah sikap dan pemikiran. tahap kelulusan akademik dan sebagainya. 2. Kenalpasti dari mana ahli-ahli kelompok datang. Kenalpasti kesesuaian ahli dengan tujuan kelompok ditubuhkan.

Nilai-nilai yang dititikberatkan oleh golongan ini ialah pendedahan emosi dan konfrantasi yang mendalam. ketua kelompok yang tidak terlatih dalam bidang pengendalian kelompok kaunseling juga menjalankan sesi terapi keluarga. Setiap ahli yang ingin meninggalkan kelompok perlu mendapat persetujuan ahli-ahli kelompok yang lain. Penyakit Ahli-ahli kelompok berhak mengeluarkan ahli dari kelompok jika ahli tersebut boleh mengancam keselamatan dan membahayakan ahli-ahli yang lain.1. . Iklan-iklan perkhidmatan mereka sering kelihatan saban waktu cuti persekolahan dan telah menarik minat orang ramai terutamanya ibubapa yang inginkan anak mereka cemerlang. Yalom (1995) menyatakan seseorang boleh meninggalkan kelompok atas persetujuan ahli kelompok yang lain. Manakala aktiviti susulan untuk mengesan tahap keberkesanan kelompok tidak dilakukan langsung. Beberapa sebab ahli bertindak meninggalkan kelompok iaitu : 1. Persoalan yang timbul ialah bagaimana golongan ini boleh menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dengan sewenang-wenangnya? Malah.Pemimpin kelompok juga perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan termaklum dengan ahli-ahli kelompok (informed consent) samada datang secara sukarela atau dirujuk. Kesan yang lebih buruk lagi akan melanda ahli-ahli dalam kelompok kaunseling kerana bilangan mereka ramai. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah yang tidak selesai atau ‟unfinished bussiness‟ di kalangan ahli kelompok. Selain itu hak-hak ahli kelompok yang perlu diambil kira oleh pemimpin kelompok ialah berkaitan ahli meninggalkan kelompok.3 Kelayakan dan Kemampuan Pemimpin Kelompok (Kaunselor) Kemampuan dan kelayakan kaunselor yang memainkan peranan sebagai ketua kelompok atau pemimpin kelompok kaunseling tidak lepas dari menjadi persoalan kepada pengamal kaunseling di Malaysia. Dalam keadaan ini pemimpin harus menangani situasi ini dengan sebaik mungkin bagi menjamin keputusan yang dibuat adalah beretika dan tidak menganiayai mana-mana pihak. Ahli-ahli adalah bebas meninggalkan kelompok namun perlu dimaklumkan apa prosedur yang perlu dilakukan sebelum meninggalkan kelompok. Individu dan kumpulan yang muncul atas jenama konsultan dan ‟pakar motivasi‟ bercambah dengan pesat menawarkan berbagai perkhidmatan yang melibatkan individu dan juga kelompok orang ramai. Berpindah 3. Tekanan 2. Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia menyaksikan pelbagai pihak sama ada secara individu atau kumpulan tertentu mula mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan menolong ini. 2.

5.Mengikut AMFT (American Mariage & Family Therapy) 1991. Begitu juga seorang pemimpin perlu tahu akan limitasi bidang kepakarannya. Mampu memahami konflik dan dilema asas manusia. Jacobs. terdapat ketua kelompok atau pemimpin kelompok yang tidak terlatih tetapi mengendalikan terapi keluarga malah menggunakan hipnosis terhadap ahli kelompok. Berpengetahuan berkaitan topik yang dibincangkan 6. Harvill dan Masson (1994) menyenaraikan jenis-jenis kelayakan dan pengalaman yang perlu ada pada pemimpin kelompok ialah : 1. Limitasi adalah merupakan batas-batas kemampuan dan keyakinan yang mampu dilakukan berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang ada pada seseorang pemimpin. Mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan teori-toeri kaunseling. 3. Pengendalian kelompok kaunseling berkesan adalah berdasarkan kepada latihan dan sejauh mana pengalaman seseorang pemimpin kelompok. seorang kaunselor yang menjadi pemimpin kelompok kaunseling tidak boleh membuat penilaian atau diagnosis dalam kes-kes psikosis. Berpengalaman menjalani dan mengendalikan kelompok. 2.1. Penggunaan co-leader ini ada unsur-unsur pro dan kontranya. Mempunyai kemahiran merancang dan mengatur. Kepakaran mengendalikan kelompok kaunseling tidak akan mencapai matlamat jika pemimpin kelompok hanya bersandarkan kepada ijazah yang di perolehi semata-mata. Berpengalaman dengan individu. kaunselor atau pemimpin kelompok kaunseling hanya boleh mempraktikkan kemahiran dan latihan yang setara dengan kelayakannya. . 2. Menurut Zuraidah (1996). Kelayakan dan pengalaman ini akan banyak membantu pemimpin untuk menggerakkan kelompok dengan memainkan fungsinya dengan berkesan.4 Isu Co-leader Seorang pemimpin kelompok juga perlu memikirkan sama ada ingin menjalankan kelompok itu secara berseorangan atau dengan dibantu oleh seorang pembantu. merawat dan memberi nasihat tentang masalah yang di luar kemampuan dan kecekapan yang diikhtiraf. 4. Manakala menurut ACA (American Counseling Associattion) 1995.

Ini kerana coleader mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan pemimpin terhadap kelompok. Bagi pemimpin kelompok yang mengamalkan gaya demokratik pula mereka percaya bahawa setiap ahli mampu bergerak sendiri dan dapat menyumbang secara aktif kepada perjalanan kelompok. keputusan dan sebagainya. Jacobs. dan laissez-faire (bebas). demokratik.Bagi pemimpin yang ingin dibantu oleh co-leader maka kelompok tersebut telah mendapat kelebihan dari segi kepakaran dan tenaga. Co-leader boleh menyumbangkan idea-idea tambahan untuk merancang dan menjadikan kelompok lebih efektif. Mason & Harvill (2002) menyatakan memimpin kelompok dengan lebih dari seorang pemimpin akan memberi banyak kelebihan terutamanya kepada pemimpin yang baru. Contohnya jika pemimpin tidak dapat hadir pembantu pemimpin boleh mengambil alih peranan pemimpin dan dengan itu proses kelompok tetap akan berjalan tanpa adanya kekangan dan sebagai. Biasanya mereka bersifat mengarah.2. 2. memonopoli perbincangan dalam kelompok dari aspek komunikasi. Namun beberapa kelemahan apabila ada co-leader ialah kemungkinan berlaku percanggahan cara dan pendekatan dalam memimpin kelompok. Di antara gaya kepimpinan umum ialah gaya autokratik.2 Isu-isu Semasa Proses Kelompok Berjalan (Progressing Stages) 2.1 Gaya Kepimpinan Pemimpin Kelompok Gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh seseorang pemimpin kelompok menjadi faktor penting kepada keberkesanan kaunseling kelompok. memberi nasihat. Seterusnya gaya kepimpinan laissez faire pula lebih kepada pemimpin membiarkan kelompok bergerak dengan sendiri. Pemimpin yang mengamalkan gaya autokratik akan cenderung menggunakan pertimbangan sendiri dalam menentukan proses kelompok. Pemimpin kelompok sebagai individu yang normal telah terdidik dengan pandangan dan gaya berfikir tersendiri. Begitu juga dengan gaya kepimpinan seorang pemimpin kelompok. Pemimpin yang memiliki gaya ini mempunyai karisma dan berpengaruh serta mereka akan menjadi ikutan kepada ahli kerana mereka mampu memberikan arahan dengan berkesan. Oleh yang demikian pemilihan co-leader perlu berhati-hati agar pemilihannya sesuai dengan tujuan dan hala tuju kelompok. Pemimpin jenis ini biasanya tidak bersifat mengarah tetapi lebih kepada bentuk kerjasama dalam apa sahaja tindakan dan keputusan yang dibuat dalam kelompok. melakukan pentaksiran secara aktif. Pemimpin gaya ini memberi sepenuhnya . Pemimpin yang memiliki gaya ini akan dapat menerapkan rasa seronok dan rasa dihargai dalam kalangan ahli kelompok.

unsur humor. terbuka. mengambil berat. Sesungguhnya gaya kepimpinan dalam kelompok mendatangkan kesan kepada ahli kelompok. namun jika gaya tersebut digabungkan mengikut kesesuaian masa. stamina.2 Personaliti Pemimpin Kelompok Pemimpin kelompok yang berkesan sudah semestinya harus mempunyai personaliti yang mampu menarik penghormatan dan kepercayaan setiap ahli kelompok. memiliki kelenturan. memiliki perasaan belas kasihan. selesa untuk memimpin. sensitif pada kepelbagaian individu dan budaya serta mesra dan terbuka. kekuatan. Personaliti seorang pemimpin Islam harus mempunyai sifatsifat dan ciri-ciri kenabian.2. berani mengambil risiko. bersedia sebagai model. dan komitmen yang tinggi. bebas daripada perasaan negatif. jujur. jenis kelompok. berkarisma. mengendali. kesedaran kendiri. sensitif pada kepelbagaian budaya. Sementara itu dalam pendekatan Islam personaliti pemimpin kelompok adalah begitu dititik beratkan. yakin untuk memimpin dan empati. berkemahuan untuk belajar pengalaman baru. Kottler (1994) pemimpin yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri peribadi seperti boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia. objektif. 2. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah sidiq (benar). bersemangat. kuasa peribadi. . teori yang digunakan dan hasil yang diingini maka ia akan dapat menghasilkan kelompok yang dinamik dan efektif. terbuka. pemimpin adalah orang yang paling signifikan dalam memastikan sama ada kelompok itu berjaya atau gagal. terbuka. kelompok ini akan wujud ahli-ahli yang mendominasi kelompok dan ada juga ahli yang tidak aktif langsung. Mohamed Sharif (1998) telah membincangkan sifat-sifat utama yang perlu ada pada seorang pemimpin Islam ialah beriman dan bertakwa kepada Allah. bersedia untuk dikritik. bersemangat. Akibatnya kelompok yang wujud tidak mempunyai struktur yang jelas dan peranan pemimpin tiada langsung. kreatif. percaya dengan proses kelompok. menjalankan aktiviti dan membuat keputusan tanpa bantuan pemimpin. tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).tanggungjawab merancang. memiliki keyakinan diri. ‟presence‟. Antara ciri-ciri personaliti pemimpin yang perlu ialah berani. suka pada manusia. Dalam hal ini Corey menyatakan personaliti seseorang pemimpin memainkan peranan penting untuk menjayakan sesuatu kelompok. Jacobs (2001) menyatakan personaliti yang perlu ada pada pemimpin ialah mengambil berat. memiliki sifat humor. dipercayai. jujur dan ikhlas. amanah. memiliki disiplin diri yang tinggi. fleksibel. Menurut Corey (2002). Dengan adanya sifat kenabian itu seseorang pemimpin boleh memainkan peranan yang berkesan. menerima diri sendiri dan bersikap terbuka. sabar dan sensitif. Kemugkinan yang berlaku.

Seseorang itu perlu jujur pada diri sendiri dan juga kepada ahli-ahli dalam kelompoknya. Beriman dan bertakwa kepada Allah Beriman dan bertakwa kepada Allah adalah merupakan asas peribadi yang mampu membentuk personaliti mulia seseorang manusia. Sikap dan personaliti pemimpin yang adil menjadikan ahli kelompok berasa puas hati. 5. sabar dan tenang. Pemurah dan ramah . Sebagai pemimpin harus ada keberanian untuk menegakkan yang hak dan menentang yang batil. pemurah dan ramah. berani. mengambil tindakan dan membuat keputusan. Islam begitu mengambil berat soal kejujuran dan keikhlasan tidak kira dari segi pertuturan. 2. Dengan iman dan taqwa yang teguh seseorang pemimpin akan mempunyai keyakinan yang teguh dalam menjalankan proses tolong bantu.benar (sidiq). adil. moral dan pemikiran. Pemimpin dituntut berlaku adil dalam berbicara. percakapan yang baik. 4. Benar (Sidiq) Sifat pemimpin juga harus benar dalam percakapan dan perbuatan. beradab dan berakhlak. Berani Berani iaitu berani kerana Allah dan berani kerana hak. 1. Benar dalam percakapan ialah berterus terang dan tidak menokok tambah apa saja yang didengari. tidak munafik dan menepati janji. 6. Dalam kelompok kemungkinan akan timbul percanggahan nilai. Adil Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jujur dan Ikhlas Jujur dan ikhlas bermaksud bertutur atau memberitahu atau membuat sesuatu dengan sebenarnya. dihargai dan dihormati. Oleh sebagai pemimpin Islam harus berani untuk menyatakan yang hak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. pemikiran dan perlakuan. 3.

Janji adalah satu lafaz yang perlu lahir dari hati suci bersih untuk melaksanakannya. Sifat sabar dan tenang mampu mengawal seseorang itu bertindak diluar batasan dan mampu untuk merancang sebarang tindakan dengan penuh hikmah. 8. 9. ketegangan dan konflik. Seorang pemimpin dalam Islam adalah merupakan model yang paling berkesan dan ahli-ahli kelompok akan menilai setiap perkataan dan perbuatan seseorang pemimpin itu lebih-lebih lagi masyarakat kita yang terkenal dengan budaya ketimuran. Tidak Munafik Munafik ialah seseorang yang suka berbohong iaitu banyak berpura-pura dan hipokrit. Percakapan yang baik Sebagai pemimpin Islam percakapan yang baik adalah melambang keperibadian dan personaliti seseorang inidividu. boleh memaafkan kesalahan orang lain dan menghormati orang lain. Dalam pengendalian kelompok seseorang pemimpin perlu menepati sebarang janji yang telah dilafazkan contohnya dari segi ketepatan masa perjumpaan. 11. . Bagi seseorang yang beradab dan berakhlak ialah mereka tidak berdendam. Seorang pemimpin yang pemurah dan ramah iaitu kaya dengan senyuman. 10. Adab dan akhlak Adab dan akhlak yang baik akan dapat membina pergaulan yang yang baik. air muka yang manis. Adab dan akhlak pemimpin dalam kelompok akan dapat menjalin ukhuwah yang mesra dengan ahliahli kelompok. tindakan dan sebagainya. Ini kerana melalui percakapan boleh menarik hati orang yang mendengar serta dapat menimbulkan interaksi yang mesra dan harmoni. Sabar dan tenang Seorang pemimpin yang memiliki sifat ini akan dapat mengawal emosi dan keadaan jika timbulnya sebarang masalah. Menepati Janji Islam amat menitik beratkan soal menepati janji. 7. tutur kata yang lembut dan sopan akan membuatkan ahli kelompok rasa dihargai.Sifat pemurah dan ramah adalah intipati kepada membina perhubungan yang jelekit.

Pemimpin kelompok perlu peka dalam isu kerahsiaan ini dan jika mengesyaki ahli melanggar etika kerahsiaan maka tugas pemimpin kelompok adalah membawa isu ini ke dalam kelompok. (2003) kerahsiaan adalah hak ahli mendedahkan pemikiran. .2. kejelekitan dan perkembangan dalam kelompok. perasaan dan maklumat peribadi kepada pemimpin dan ahli kelompok yang lain dan mengharapkan supaya maklumat itu tidak didedahkan kepada individu lain di luar kelompok. melainkan ia menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu ataupun orang ramai (Gazda dan rakan-rakan 2001). Corey (1990) mencadangkan cara yang terbaik bagi menggelakkan pembocoran rahsia adalah dengan membincangkan isu yang timbul di dalam kelompok sekiranya perlu. • Pemimpin kekurangan kawalan atas kerahsiaan bahan dan maklumat yang dibincang dalam kelompok. Pemimpin kelompok perlu menjamin kerahsiaan daripada semua pihak luaran kecuali apabila pendedahan diperlukan daripada segi undang-undang iaitu melibatkan bahaya yang jelas dan nyata kepada keselamatan ahli ataupun orang lain.2. Mereka diharapkan menjaga kerahsiaan sebagai cara bagi mewujudkan kepercayaan. • Ahli perlu diberi kesedaran berkaitan kepentingan menjaga kerahsiaan sesi walaupun mereka tidak tertakluk sepenuhnya kepada etika kerahsiaan. Dari segi kerahsiaan ini terdapat tiga isu utama yang sering ditekankan : • Pemimpin mempunyai tanggugjawab etika bagi memastikan etika dan kerahsiaan bahan dan maklumat kelompok. (2002) terdapat dua isu berkenaan kerahsian iaitu pemimpin kelompok perlu bertanggungjawab untuk menyimpan kerahsiaan isu kelompok dan pemimpin kelompok tidak mempunyai sepenuh jaminan dalam memastikan ahli kelompok untuk merahsiakan isu yang dibincangkan. 1998). Pemimpin kelompok tidak dapat menjamin kerahsiaan penuh kerana ahli kelompok bebas berbincang dengan sesiapa saja di luar sesi walaupun telah dibuat penstrukturan.3 Isu Kerahsiaan Menurut Gladding. Semua ahli kelompok mengharapkan kelompok ini memberi peluang untuk berkongsi masalah dan yakin masalah ini tidak akan dikongsi oleh orang lain. Kerahsiaan adalah berasaskan kepercayaan ahli kepada pemimpin dan ahli kelompok yang lain. Masson dan Harvill. Menurut Jacobs. Adalah penting bagi menekankan etika kerahsiaan kepada semua ahli kelompok yang berpotensi (Corey dan Callanan.

Ini secara tidak langsung dapat memberi satu panduan dan ikutan kepada pemimpin mahupun ahli kelompok untuk sentiasa menjaga etika kerahsiaan kelompok. 1989.4 Isu Malpractice atau Salah Amalan Isu malpractice ataupun salah amalan ini perlu diambil perhatian oleh semua pemimpin kelompok.Walaupun pemimpin kelompok dapat menjanjikan dan menjamin kerahsiaan antara ahli.2. Swenson. • Meluangkan masa pada permulaan sesi pertama bagi membincangkan peraturan kelompok dan tanggungjawab ahli kelompok. 2. Dalam konteks ini pemimpin kelompok perlu peka dan melaksanakan perstrukturan yang jelas untuk memastikan kerahsiaan ini dapat dilaksanakan dengan sebaikbaiknya oleh ahli. 2004). Gladding (2003) telah menyenaraikan beberapa garis panduan untuk memastikan pemimpin kelompok tidak melakukan malpractice iaitu : • Mematuhi setiap kod etika yang ditetapkan oleh badan profesional • Melakukan tapisan supaya dapat menggelakan ahli yang berpotensi mendatangkan masalah • Hanya mengamalkan teori dan teknik yang berdasarkan kemampuan. Saman salah amalan boleh dikenakan ke atas pemimpin kelompok sekiranya mereka melanggar peruntukan etika kolompok. . Pemimipin kelompok perlu mewujudkan suasana kerahsiaan ini sentiasa dititikberatkan untuk menjamin kepercayaan bagi setiap ahli. Menurut Corey (2004) pemimpin kelompok perlu mengamalkan kod dan etika yang telah ditetapkan dan perlu mematuhi piawai yang sah. kemudaratan psikologi ataupun kewangan akibat daripada penyertaan dalam pengalaman kelompok ( Shaffer dan Galinsky. 2001). ini belum tentu dapat memastikan ahli kelompok berkongsi isu kelompok dengan orang lain (Gazda dan rakan-rakan. trauma emosi. Tugas pemimpin kelompok bukan sahaja untuk memastikan tanggungjawab kerahsiaan ini dilaksanakan. latihan dan teknik yang dimiliki sahaja. Di dalam Islam telah menekan bahawa setiap individu perlu menjaga rahsia ataupun keaiban saudara-mara dan sahabatnya. malah perlu peka untuk membawa isu kerahsiaan ini ke dalam kelompok jikalau dirasakan ahli kelompok melanggar etika kerahsiaan. Cara terbaik untuk menjaga pemimpin kelompok daripada salah amalan ialah dengan mengambil tindakan pencegahan iaitu tidak melaksanakan sesuatu tindakan yang melampaui kecekapan (Corey. Tindakan undang-undang dapat dikenakan ke atas pemimpin kelompok sekiranya ahli melaporkan mereka mengalami kecederaan fizikal. 1977).

2. • Gagal melindungi orang lain daripada klien. Menurut Swenson (1997) terdapat 3 jenis salah amal yang sering berlaku iaitu : • Memberi perkhidmatan yang tidak cekap dan berkesan sedangkan bayaran yang dikenakan mahal. menilai dan bertanggung. (2001) menyatakan terdapat beberapa yang akan menyebabkan delima etika : 1. 2004). • Menyedarkan ahli berkaitan kepentingan menjaga kerahsiaan dan situasi hak kerahsiaan boleh dimansuhkan. Penguasaan kecekapan juga memainkan peranan penting untuk menggelakkan salah amalan ini berlaku. Pemimpin kelompok berkemungkinan akan membangunkan kelompok baru dan ada diantara ahli mempunyai kaitan ataupun hubungan dengan pemimpin kelompok. teori dan teknik amalan dalam bidang kepakaran masing-masing. • Memperkasakan ahli bagi memantau. 2. • Mematuhi syarat bayaran perkhidmatan dan amalan penyimpanan rekod yang ditetapkan undang-undang. kelaziman dan latihan yang berhemat (Corey. • Menjalani penyeliaan secara berterusan semasa menjalankan kelompok. Pemimpin kelompok perlu mematuhi setiap peraturan dan kod etika yang telah ditetapkan oleh piawaian yang disahkan untuk menjamin proses kelompok ini berjalan dengan lancar. Isu salah amalan ini perlu dielakkan oleh pemimpin kelompok kerana ianya bukan sahaja memudaratkan pemimpin kelompok tetapi ahli kelompok juga akan menerima musibahnya. • Pencabulan hak peribadi klien seperti berkait dengan seks ataupun mengganggu hak privasy klien. • Sentiasa mengikuti perkembangan kajian. .• Mendapatkan „inform consent‟ daripada klien ataupun ibu bapa klien sekiranya klien masih minor. Untuk menggelakkan pemimpin kelompok melakukan salah amalan ialah dengan mengekalkan kemunasabahan.jawab atas perkembangan diri sendiri.5 Isu Dwi Hubungan antara pemimpin kelompok dengan ahli Gazda dan rakan-rakan.

2. Ini akan mewujudkan masalah kesaksamaan dan keadilan antara ahli dan pemimpin kelompok. walaupun sesetengahdwi hubungan tidak dapt dielakkan dan nampak seolah-olah tidak membahayakan. Miliken dan Walden (2001). 4. Menurut Neukrug. Tarikan fizikal juga berkemungkinan akan berlaku antara pemimpin dan ahli kelompoknya. semua jenis dwi hubungan ini mempunyai risiko dan potensi bagi membahayakan kerana kelemahan dan ketidakseimbangan kuasa antara kaunselor dan kliennya. Ini akan menyebabkan isu dwi hubungan berlaku antara pemimpin dengan ahli kelompoknya. Selepas kaunseling kelompok bermula. Benificence iaitu jika seseorang ahli dikeluarkan sejauh mana ia mendatangkan kebaikan kepada ahli kelompok yang lain. Ini berkemungkinan akan menyebabkan konflik. 2.Seperti contohnya pemimpin kelompok pernah bekerja bersama-sama ahli sperti guru dan pelajar ataupun teman sekerja dan sebagainya. Keadilan iaitu layanan sama rata untuk semua ahli. Autonomi iaitu kebebasan ahli membuat keputusan. 3.2. Non-malifecence iaitu apabila ahli meninggalkan kelompok ianya tidak menganiaya ahli kelompok yang lain. 4. Pemimpin kelompok mempunyai tugas dan tanggungjawab memastikan hubungan yang terapeutik tidak terjejas sekiranya wujud sebarang dwi hubungan yang tidak dapat dielakkan. . Pemimpin perlu dapat mengawal situasi dan keadaan untuk mewujudkan satu kelompok yang betul-betul bebas daripada konflik yang bakal timbul apabila terdapat isu dwi hubungan ini. 3. Isu dwi hubungan juga berlaku apabila pemimpin mempunyai 2 fungsi kepada kliennya iaitu sebagai pemimpin kelompok di dalam kelompok dan sebagai kaunselor di dalam kaunseling individu. 2. Fidelity yang merujuk kepada kesetiaan dan tanggungjawab samaada pemimpin mahupun ahli terhadap kelompok. 5.6 Membuat keputusan yang beretika Dalam isu pemimpin membuat keputusan yang beretika ini ada 6 prinsip yang berkaitan iaitu : 1. konflik akan berlaku apabila ahli dan pemimpin kelompok saling mengenali antara satu sama lain. Dalam sesetengah situasi contohnya ketua kelompok telah menyedari bahawa di dalam kumpulannya terdapat bekas pasangan kliennya yang telah mengikuti kaunseling individu.

Swenson (1997) memberi empat garis panduan bagi memastikan pemimpin itu bertindak secara etika iaitu : 1.6. perbezaan umur dan gender.7 Isu nilai dan silang budaya Setiap individu mempunyai nilai dan budaya yang berbeza. Kejujuran peribadi dan profesional ahli 2. 2. Nilai agama adalah merupakan salah satu punca berlakunya konflik nilai dalam kelompok. pengguguran dan sebagainya. Bertindak tanpa niat jahat atau kepentingan peribadi 4. maka mereka perlu sensitif untuk melakukan pengubahsuaian dari segi konsep dan teknik intervensi bagi menyesuaikannya dengan kepelbagaian kelompok. Apa yang penting ialah pemimpin perlu bersedia untuk bekerja dalam kerangka kelompok pelbagai budaya (Han & Vasquez. Dalam masyarakat Malaysia pendekatan kaunseling pelbagai budaya khususnya dalam perjalanan sesebuah kelompok adalah penting memandangkan negara ini terdiri dari pelbagai etnik iaitu Melayu. penagihan alkohol. Sama ada pemimpin dapat membuktikan tindakan adalah penilaian terbaik berkaitan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan panduan terkini profesion. Ini penting bagi mengekalkan hubungan baik dan keterbukaan ahli pada pengalaman kelompok. etnik dan agama yang berbeza.2. Oleh yang demikian apabila seseorang pemimpin berada dalam kelompok dari populasi yang pelbagai. 1978). Pemimpin harus mendapatkan kerjasama dari semua ahli kelompok bagi memastikan tiada perlanggaran undang-undang berlaku sepanjang sesi kelompok. Konflik timbul apabila ada ahli yang membicarakan soal gay. lesbian. Dalam kaunseling memang tidak dapat dielak bahawa sistem nilai pemimpin akan sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan pemimpin mengenai matlamat kelompok dan jenis pendekatan yang digunakan. Kebanyakan kelompok yang dibentuk adalah dari populasi yang pelbagai. Cina. Bertindak bagi kepentingan ahli 3. Kadazan. Dusun dan sebagainya. Dalam keadaan ini pemimpin kelompok harus bijak menangani konflik nilai dalam kaunseling (Strupp. Di samping itu pemimpin kelompok perlu ada pengetahuan . Konflik nilai akan timbul apabila ahli kelompok datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza dari segi budaya tahap sosioekonomi. Oleh yang demikian seorang pemimpin kelompok harus tahu tentang kepercayaan dan sikap sesuatu etnik supaya mereka tiada bias dan sedar tentang kepelbagaian ahli kelompok. persetubuhan haram. 2000). sistem kepercayaan. Veracity iaitu kejujuran terhadap ahli kelompok. India. 1980 & Simon.

Menurut Corey (1985).8 Pendedahan Kendiri Seseorang pemimpin akan mengalami konflik sama ada perlu atau tidak untuk membuat pendedahan kendiri. manakala exposing value pula ialah pemimpin membenarkan ahli mencabar dirinya tanpa rasa bersalah jika ahli-ahli tidak menerima nilai pemimpin. Pemimpin menghadapi dilema sejauhmanakah pendedahan kendiri yang perlu mereka lakukan. 2. .2. Keadaan ini akan menyebabkan pemimpin sukar untuk melahirkan perasaan mereka kepada ahli dan kelompok dan ini akan menghadkan intervensi mereka dalam kelompok. Menurutnya lagi jika pemimpin berhasrat untuk berkongsi sesuatu yang peribadi ia seharusnya dilakukan setelah memikirkan kebaikan dan keburukan kepada ahli atau untuk menggalakkan ahli supaya membuat pendedahan kendiri yang sama. Mereka berlindung disebalik keprofesionalan mereka dan takut jika dilihat tidak profesional atau hilang hormat dari ahli kelompok. 2. 2.2. Dalam kes ini menurut Corey (1985) dua isu penting iaitu ‟imposing value‟ dan ‟exposing value‟. Contohnya pemimpin tiada kemahiran berkaitan lesbian maka kes tersebut perlu dirujuk kepada orang yang ada kemahiran dalam mengendalikan kes tersebut. Pemimpin kelompok juga perlu sedar akan metod yang membantu culture-specific.9 Kesan Nilai Pemimpin Kepada Kelompok Kebiasaannya nilai yang dipegang oleh seseorang pemimpin akan banyak mempengaruhi kelompok. Oleh itu pemimpin perlu menggunakan kemahirannya untuk menggerakkan ahliahlinya mencari nilai sendiri dan tidak mengharapkan orang lain menentukan untuk mereka. Oleh itu pemimpin kelompok harus berupaya menggunakan kepelbagaian gaya kepimpinan yang kongruen dengan sistem nilai kelompok-kelompok etnik yang berbeza.9 Membuat Rujukan Apabila seseorang pemimpin merasakan tidak mampu untuk membantu mana-mana ahli maka mereka perlu merujukkan ahli tersebut kepada orang yang lebih pakar. Imposing value ialah pemimpin dilihat tidak menghormati integriti ahli seolah-olah ahli-ahli tidak ada nilai sendiri untuk bertindak. Ada sesetengah pemimpin hanya membuat pendedahan kendiri seminima yang mungkin bagi mengekalkan jarak diantara dirinya dengan ahli.bagaimana asumsi nilai beberapa teori dan pendekatan mungkin akan bertindak dengan nilai-nilai kelompok etnik yang berlainan budaya. adakalanya pemimpin mengambil sikap hanya melakukan sedikit pendedahan kendiri.2.

Penamatan sesuatu kelompok juga akan meninggalkan kesan kehilangan kepada ahli. Pemimpin kelompok harus membuat tindakan susulan kepada semua ahli kelompok. pandangan hidup (world view) yang baru. Contohnya pemimpin telah jatuh hati pada ahlinya. Pemimpin kelompok juga perlu menilai sumber rujukan yang berpotensi dan sebaiknya menghubungi sumber tersebut bagi menentukan kesediaan dan kesesuaian memberi khidmat kepada ahli. Tahap penamatan adalah tahap penting dalam sesuatu sesi kelompok. Oleh itu dalam membuat rujukan itu pemimpin perlu mendapatkan persetujuan ahli tersebut terlebih dahulu dan sebarang keputusan adalah terletak di tangan ahli. 2. Pada tahap ini pemimpin kelompok harus bijak untuk menamatkan kelompok supaya tidak timbul isu-isu berbangkit dalam kalangan ahli kelompok.3. Ia juga dapat memberikan pemimpin maklum . Ini bagi menjaga kebajikan ahli-ahli klien dan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli-ahli kelompok. Apabila kelompok berakhir ahli-ahli akan pergi dengan maklumat baru. Isu yang penting pada tahap penamatan ini juga ialah tentang pembiaran (abandonment) iaitu selepas kelompok tamat ahli-ahli dibiarkan tanpa ada susulan.3 Isu-isu Selepas Kelompok (Closing Stages) 2. Bagi menamatkan sesuatu sesi kelompok dengan jayanya pemimpin harus galakkan ahli kelompok untuk berkongsi perasaan sepanjang sesi berlangsung. ini boleh meningkatkan kejelekitan (cohesiveness) sesama ahli kelompok. tingkahlaku baru dan sudah ada keputusan yang ingin diambil tentang sesuatu perkara. ii) Ahli didapati tidak sesuai menjalani sesi kelompok tetapi lebih sesuai menjalani kaunseling individu dan pemimpin tidak menjalankan sesi individu maka pemimpin perlu merujuk ahli tersebut kepada orang yang menjalankan sesi individu. Perkongsian perasaan ini adalah untuk mendengar perasaan ahli jika ada ahli yang tidak berpuas hati dengan kelompok. iii) Ahli tidak memerlukan sesi kelompok tetapi perlu kepada bantuan pihak berkuasa dan badan sokongan lain seperti kes jenayah dan sebagainya.Dalam hal ini seseorang pemimpin itu perlu merujuk ahlinya jika ada sebab-sebab berikut iaitu : i) Timbul konflik antara pemimpin dan ahli dan ia tidak dapat diselesaikan.1 Penamatan Sesi kelompok Kelompok adalah koleksi inidividu. iv) Pemimpin berasa dirinya tidak mampu menolong atau membantu ahlinya. kepercayaan baru. Jika isu rasa kehilangan ini tidak diatasi maka ia akan memberi kesan kepada proses teraputik yang telah berlaku sepanjang proses kelompok.

Oleh itu pemimpin dapat menilai keberkesanan kepimpinannya dan dapat membuat penambahbaikan sekiranya perlu. MA: A Pearson Education Company. Posted by kaunseling at 5:41 PM No comments: JENIS-JENIS KELOMPOK KAUNSELING 1. Needham Heights. & Horne A.gaya dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin kelompok untuk menjayakan kelompok yang dipimpinnya. Rujukan Gazda G. Oleh itu seorang pemimpin perlu bertindak dengan sebaik mungkin supaya mereka mampu mengendalikan kelompok dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Skudai: Penerbit UTM. Pelbagai cara. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.(1996). J. (2001). Bhd.0 Kesimpulan Kepimpinan dalam kelompok memainkan peranan yang besar untuk menjayakan sesebuah kelompok.. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Pengenalan Kaunseling Kelompok. Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). JLd 4 bil 1 hal 19-30. Ginter E. Mohamed Sharif b Mustafa (1998). Isu-isu yang dibincangkan dan diketengahkan dalam kertas kerja ini boleh memberikan kesan ke atas sama ada berjaya atau gagal. Jurnal Pendidikan UTM. Memimpin Kaunseling Kelompok. Group Counseling and Group Therapy: Theory and Application. Bhd. Zuraidah A..0 Pengenalan .R.balas berkaitan keberkesanan kelompok daripada ahli selepas ahli keluar dan menjalani kehidupan biasa. M. M. 3.

.0 Jenis-jenis Kelompok 2. tanggungjawab pemimpin. Menurut Association for Specialist in Group Work (ASGW. tahap keseriusan masalah. saiz kelompok.1.Kaunseling kelompok boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. kelompok bantu diri. kecekapan dan ketrampilan pemimpin dan kandungan perbincangan kelompok (Mahler. Corey (2000) mengklasifikasikan kelompok kepada kelompok psikoterapi. Kelompok Bantu diri 6. kelompok brief dan kelompok orientasi tugas. Kelompok kaunseling ataupun teraputik 5. Keseluruhannya kelompok kaunseling boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu: 1. Jenis kaunseling kelompok ini dibahagikan bergantung kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Kelompok Bimbingan Kelompok Tugasan Kelompok tugasan adalah merupakan kelompok yang dibentuk dengan tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah disasarkan. 2000) kelompok tugasan mempromosi pencapaian tugasan kumpulan yang cekap dan berkesan di kalangan individu yang dikumpul bagi melaksanakan tugas itu. Kelompok Perkembangan ataupun pengalaman 4. Kelompok berdasarkan populasi tertentu 2. Kelompok tugasan 2. jangka masa kelompok itu berjalan. Kelompok Psikoterapi 3. psikopembelajaran. Kelompok berdasarkan perawatan 2. 1971). Kelompok berdasarkan perawatan Kelompok yang dibentuk berdasarkan perawatan atau dipanggil juga kelompok pemulihan atau pendidikan dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama iaitu : 1. Kelompok jenis ini adalah memfokuskan pencapaian tugasan bagi kumpulan dan tidak menfokus kepada pencapaian individu.

Oleh yang demikian Hulse-Killacky. Killacky & Donigian (2000) dalam Ida (2006). penglibatan dan sokongan setiap ahli kelompok. 3. . 5. Ahli tidak jelas dengan peranan dan tujuan kelompok. brainstorming dilakukan bagi memikirkan pelan tindakan dan kata sepakat harus dicapai bagi melaksanakan pelan tindakan yang telah dibincangkan. Konflik dikenal pasti. Proses dan kandungan kelompok adalah seimbang. Tujuan kelompok jelas kepada semua ahli. kerjasama dan kejelekitan dalam kalangan ahli kelompok bagi menggerakkan kelompok menjadi kelompok yang proaktif dan produktif. Ahli kelompok memberikan sepenuh perhatian kepada tugasan yang ditetapkan. Oleh itu mereka tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya semasa berada dalam kelompok. 2. Setelah tahap kejelekitan telah wujud maka ia akan menarik komitmen. Pemimpin kelompok memainkan peranan penting untuk membina kelompok yang dinamik tersebut. Kejayaan kelompok tugasan ini banyak bergantung kepada sejauh mana dinamiknya kelompok itu. Oleh itu pemimpin kelompok harus menggunakan kemahiran teraputiknya untuk membina kepercayaan. Namun demikian terdapat beberapa kelemahan dalam pengendalian kelompok jenis ini iaitu: 1. Ahli-ahli kelompok mungkin ada yang tidak jelas peranan mereka dan tujuan berada dalam kelompok. Masa yang mencukupi diambil bagi membina budaya dan pembelajaran berkaitan satu sama lain. 4.Kelompok ini tidak berfokus untuk mengubah individu sebaliknya penekanan adalah kepada pencapaian dalam melaksanakan sesuatu tugas yang telah diberikan. 2. Proses dalam kelompok berlaku dengan penumpuan diberikan untuk menyelesaikan masalah mengikut tugasan kelompok. Etika kerjasama dan rasa hormat diperkembangkan dan disemai. 6. Ahli yang pasif Oleh kerana ada ahli tidak jelas maka mereka akan lebih banyak berdiam diri dalam kelompok. Ahli yang pasif juga disebabkan mungkin adal dalam kalangan mereka yang tidak pernah mengikuti sesi kelompok dan apabila berada dalam kelompok mereka merasa tidak selesa dan sukar untuk memberikan kerjasama kepada ahliahli lain dalam kelompok. telah menggariskan beberapa andaian untuk memastikan kelompok tugasan berfungsi dengan lebih baik iaitu : 1. Sistem kelompok yang mengandungi pemimpin ahli dikenal pasti serta diperakui.

8. Oleh yang demikian menjalankan sesi dalam kelompok ini begitu mencabar. Dalam kelompok ini biasanya kes-kes adalah berisiko tinggi. kebimbangan kronik. kecelaruan serius. Kelompok Psikoterapi Kelompok Psikoterapi adalah merupakan satu pendekatan kaunseling yang bersifat merawat dan memulihkan. kecelaruan identity. pusat kesihatan mental dan melalui program pesakit luar. Biasanya pemimpin kelompok jenis ini terdiri daripada ahli psikiatri ataupun ahli psikologi yang terlatih dan berlesen. Matlamat utama kelompok ini adalah perubahan personaliti individu sama ada kecil atau besar. Andaian-andaian di atas jika dapat dipenuhi akan dapat memastikan kelompok berfungsi dengan baik. Kelompok ini biasa dijalankan di hospital. Ahli mempelajari cara bagi ahli yang berkesan dan berpengaruh. Ia memberi tumpuan kepada ahli yang mengalami gangguan psikologi yang kronik bagi memperbetulkan emosi dan tingkah laku binormal sehingga menyebabkan disfungsi diri. Maklum balas diberikan. ini kerana pemimpin kelompok tidak dapat menjangka dengan tepat apa yang akan berlaku. Oleh kerana ia melibatkan perubahan personality maka proses kelompok psikoterapi ini mengambil masa yang agak panjang. Pemimpin mempamerkan set kemahiran yang ditetapkan bagi membantu ahli menangani isu tugas dan hubungan kemanusiaan. Di samping itu juga ahli-ahli kemungkinan tidak mempunyai masalah yang sama. Apabila pesakit beransur pulih mereka dikehendaki menjalani sesi kelompok seminggu sekali melalui program rawatan pesakit luar. Pemimpin memberi tumpuan kepada isu „di sini dan kini‟ 9. anxiety dan sebagainya. 12. Kelompok jenis ini berbeza dengan kelompok jenis lain kerana klien atau ahli kelompok terdiri daripada mereka yang mengalami gangguan mental. 11. Ahli adalah merupakan sumber yang aktif. Dalam suasana seperti hospital pemimpin kelompok dapat memantau perkembangan pesakit setiap hari. depresi. Pemimpin kelompok ini juga berbeza dengan kelompok yang lain kerana ia melibatkan professional terlatih dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan mental. Klien dalam kelompok ini harus menepati diagnosis dalam Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSMIV). Ahli dan pemimpin mengambil masa bagi mengimbas apa yang berlaku sepanjang sesi. dan ini menyukarkan pemimpin kelompok untuk menggunakan pendekatan rawatan yang . 10.7.

Kelompok Latihan atau T-Group Kelompok latihan atau T-Group adalah berorientasikan latihan bagi memperkembangkan sensitivity dan kemahiran interpersonal klien. Antara ciri-ciri kelompok perkembangan adalah menekankan kepada: 1. Dalam kelompok ini ahli akan diproses untuk menjadi setulen yang mungkin melalui kaedah konfrantasi dan ini akan menjadikan keadaan kelompok lebih intensif dan emosional. Kelompok Maraton Kelompok ini adalah merupakan jenis kelompok yang bercirikan perjalanan sesi yang agak panjang sehingga berminggu-minggu. Kelompok Pertembungan Kelompok pertembungan pula adalah bermula dari kelompok latihan dan ia berasaskan penyelesaian masalah. kelompok pertembungan dan kelompok marathon. Ahli belajar berkaitan diri sendiri dan orang lain. 2. 1. Ahli kelompok akan menjalankan aktiviti bersama sepanjang hari sehingga tempoh kelompok tamat. . Oleh yang demikian pemimpin yang memimpin kelompok jenis ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan struktur yang jelas. Pembelajaran secara tindakan berbanding hanya berbincang berkaitan sesuatu isu. Kelompok Perkembangan dan pengalaman Kelompok jenis ini adalah bertujuan membantu individu-individu yang sihat dari segi psikologinya. menganalisa maklumat dan membuat keputusan. Keadaan ini akan mewujudkan kurang selesa kepada ahli dalam kelompok dan ini memerlukan pemimpin kelompok bijak untuk menggunakan kemahiran-kemahiran mereka. 3. Namun ianya menggabungkan peluang supaya dapat berkembang dalam setting yang berbeza. Perjalanan sesi yang panjang ini adalah bagi membina hubungan yang efektif melalui interaksi yang mendalam. Kelompok jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kelompok latihan atau T-Group.sesuai untuk semua ahli kelompok. Ahli-ahli bebas menentukan apa yang mereka mahu pelajari dan mereka boleh menguji perlakuan mereka.

4. Menurut Johnson & Johnson. Kelompok ini lebih berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah. Jumlah ahli kelompok adalah sekitar 6 hingga 12 orang dan keahlian adalah heterogeneous atau pelbagai. Kelompok Kaunseling atau Teraputik Kelompok kaunseling adalah merupakan kelompok yang dibentuk bagi mewakili keadaan sebenar sebaik mungkin. Keutamaan diberi kepada pengalaman secara langsung hasil daripada peningkatan kesedaran dan tindakan. merancang. Menurut Zuraidah. 3. mengubah dan melaksanakan pelan tindakan yang dirancang dalam kelompok. memberikan sokongan emosi dan social antara satu sama lain. meningkatkan perkembangan diri dan dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih berkesan. Pemimpin kelompok harus cuba menyediakan suasana yang teraputik bagi memberi keselesaan. Fokus utama kaunseling kelompok adalah membantu individu menerokai dan mengkonfrantasi ketidakpuasan yang dilalui oleh mereka. Dengan sumber yang pelbagai ini akan meningkatkan motivasi dan minat kelompok untuk kekal. Dalam kelompok ini. Ahli-ahli yang mengalami masalah akan dibantu mencari jalan dan melaksanakan strategi bagi menyelesaikan masalah tersebut. 1989 kaunseling kelompok ialah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan yang berkesan kepada individu yang normal yang menghadapi masalah-masalah seharian yang biasa dalam satu jangka waktu yang sama. Fungsi utama kelompok ini adalah sebagai system sokongan kepada . Kelompok kaunseling menggunakan potensi ahli bagi memahami diri sendiri. Ini adalah bagi mempertingkatkan sumber dalam kelompok. Interaksi antara ahli amat digalakkan bagi memberi ahli peluang dan berani mengambil risiko serta mampu menjadi setulen yang mungkin. Kelompok Bantu Diri Kelompok ini berbeza dengan kelompok kaunseling. Ianya tidak memerlukan pemimpin yang pakar kerana setiap ahli memainkan peranan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka.2. rasa selamat dan penuh kepercayaan bagi membolehkan setiap individu menilai diri-sendiri. Ahli-ahli dalam kelompok ini perlu bersikap terbuka dan fleksibel. 2000 ahli diberi latihan berstruktur sehingga kemahiran baru itu menjadi sebahagian dari fungsi formal seseorang individu. ahli-ahli akan memainkan peranan untuk membantu ahli yang mengalami masalah. bersifat memulihkan dan mampu menghalang masalah yang bakal berlaku.

Ianya lebih berkisar kepada menyampaikan maklumat dan tidak melibatkan penerokaan yang mendalam. ini kerana pemimpin dilantik dalam kalangan ahli kelompok dan bertindak hanya sebagai fasilitator sahaja. Selain itu timbul persoalan sejauhmana keberkesanan kelompok kerana ahli hanya berkongsi pengalaman bukannya kepakaran dan pengalaman itu mungkin tidak sesuai bagi ahli yang lain kerana setiap individu berbeza latar belakang. Ida (2006) membahagikan kelompok bimbingan kepada 2 jenis iaitu: 1. kemahiran belajar. Kelompok Bimbingan Kelompok bimbingan kebiasaannya banyak dijalankan di sekolah-sekolah dalam proses membimbing para pelajar. Kelompok Bimbingan besar 2. perbincangan dan perkongsian demi membantu ahli kelompok memahami diri. Kelompok bimbingan kecil Kelompok bimbingan besar mampu menjangkau berpuluh-puluh peserta bergantung kepada keupayaan fasilitator yang menguruskan kelompok tersebut. Dalam kelompok ini Thompson & Poppen (1979) menyatakan focus dan kandungan kelompok bimbingan di sekolah adalah perkembangan konsep kendiri. pendidikan dan sebagainya. Biasanya cara yang digunakan adalah seperti ceramah. Trotzer (1980) dalam Ida (2006) menyatakan bahawa kelompok bimbingan membekalkan maklumat dan kemahiran yang berguna secara peribadi dan menggalakkan hubungan interpersonal. Kelompok ini sangat menjimatkan masa kerana pemimpin kelompok dapat menyampaikan maklumat kepada khalayak yang besar dalam jangkamasa yang singkat. ahli bertindak sebagai agen sokongan dan bantuan dan sekiranya ada pemimpin dalam kelompok itu ia lebih bertindak sebagai fisilitator dan kebiasaannya pemimpin dilantik dalam kalangan ahli kelompok itu sendiri (Ida. ketagihan alcohol. hubungan interpersonal dengan individu lain. kurang upaya dan lain-lain. . Terdapat beberapa kelemahan dalam kelompok ini iaitu dari segi peranan pemimpin yang kurang jelas. Namun terdapat kelemahan iaitu pemimpin atau fasilitator sukar untuk mengesan keberkesanan penyampaian maklumat tersebut. pesakit kanser. disiplin kendiri pelajar. perkembangan dan dunia mereka. forum dan lain-lain. perkembangan kerjaya dan mengembangkan suasana perkembangan yang efektif. hubungan rakan sebaya. Ahli juga mungkin hanya meluahkan emosi dan tekanan yang dihadapi tanpa membantu ahli lain dan ini akan mewujudkan kebergantungan kepada kelompok.Contoh kelompok bantu diri adalah kelompok untuk penagihan dadah.setiap ahli dan ahli dengan bantuan kumpulan bertanggungjawab kepada dirinya dan juga sebarang keputusan yang dibuat. tayangan video. 2006). Ciri-ciri kelompok ini juga ialah ahli adalah homogeneous.

panas baran. Oleh yang demikian sesuatu isu dapat dibincangkan dengan lebih mendalam dan kebiasaannya tumpuan dalam kelompok ini lebih kepada perbincangan berbanding pembentangan oleh fasilitator atau pemimpin. Dalam kelompok mereka belajar untuk berinteraksi dengan rakan remaja yang lain dan mereka mendapat faedah dari contoh interaksi mereka dengan pemimpin kelompok yang biasanya dikendalikan oleh kaunselor. 2. 2. Kaunseling kelompok ini digunakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meluahkan perasaan mereka tentang masalah dan konflik yang mereka hadapi. Oleh yang demikian kanak-kanak yang mangalami masalah emosi dan tingkahlaku yang serius ini dibantu dengan diberi pemulihan awal untuk membantu mereka secara psikologi untuk menghadapi segala perkembangan hidup dengan lebih berkesan dan kanak-kanak ini dibantu bagi mengubah tingkahlaku mereka kea rah yang tingkahlaku normal.Manakala kelompok bimbingan kecil pula hanya melibatkan 8 hingga 12 orang ahli pada setiap masa. bahkan mereka belajar untuk meluahkan keprihatinan mereka dan bagaimana pendapat mereka didengari. keraguan kepada kebolehan diri dan menyedari semua keadaan tersebut dikongsi bersama dengan rakan remaja yang lain. Kelompok kaunseling untuk orang tua 1. Ini kerana pada zaman ini remaja masih lagi mencari-cari identiti diri mereka. Kaunseling kelompok untuk remaja Ketika menempuhi zaman remaja individu akan merasa kesunyian dan menghadapi kesukaran dalam membuat pilihan dan keputusan. Kelompok kaunseling untuk pelajar 4. Kelompok Berdasarkan Populasi Tertentu Kaunseling kelompok berdasarkan populasi tertentu boleh dibahagikan kepada : 1. Kelompok kaunseling untuk remaja 3. kurang perhatian dirumah. Melalui kaunseling kelompok remaja dibantu dengan memberi ruang kepada mereka untuk meluahkan konflik-konflik perasaan yang dihadapi. kelesuan dan keadaan diri yang terabai. Kebiasaannya terdapat kanak-kanak yang agresif iaitu suka bergaduh. susah untuk bergaul. Kaunseling kelompok untuk kanak-kanak Kelompok ini tertumpu kepada pencegahan atau pemulihan. Kelompok kaunseling untuk kanak-kanak 2. Dalam .

3. Kelompok ini digunakan sebagai medan kepada pelajar yang menghadapi masalah perkembangan sosial dan emosi seperti masalah pemilihan kerjaya. perasaan dipinggirkan dan sebagainya. 4. Kaunseling kelompok untuk pelajar Kaunseling kelompok ini biasanya digunakan di sekolah. Kaunseling kelompok untuk orang tua Apabila menjejaki usia tua maka akan timbul perasaan kesunyian dan rasa terpinggir.0 Rujukan . rasa tulus dan rasa sempurna. Ia juga dikenali dengan panggilan home rome dan sebagainya. kolej dan juga universiti. hubungan antara rakan sebaya.0 Kesimpulan Terdapat dua jenis kaunseling kelompok yang telah dikategorikan.konteks ini remaja belajar untuk membantu orang lain untuk mencapai persefahaman dan penerimaan diri. 4. 3. Kaunseling kelompok ini lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mencegah kesunyian dan menawarkan galakkan yang penting ketika mereka mencari makna kehidupan sebenar supaya mereka dapat melalui kehidupan yang lebih bermakna. Melalui kaunseling kelompok ini golongan tua harus sedar bahawa banyak benda yang boleh dilakukan apabila mereka berjaya membuang tanggapan negatif seperti rasa terpinggir dan rasa tidak berguna kepada membina rasa hormat. krisis identiti. Kaunseling kelompok tersebut bergerak dengan tujuan dan matlamat yang berbeza bergantung kepada tujuan kelompok itu mula-mula dibentuk.

CA: Brooks/ Cole. Joining Together: Group Theories and Group Skills. D. Memimpin Kaunseling Kelompok.Corey. NJ: Prentice Hall. Killacky. California: Brooks/ Cole Publishing Company.0 Pengenalan Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu individu dalam bilangan yang besar.(1989). S. (5th Ed). Kuala Lumpur: Pts Publications. Pengenalan Kaunseling Kelompok. Johnson. & Johnson. & Donigian. . Thompson. D.. Needham Heights: Allyn and Bacon. & Poppen. J. A Study of the separation and individuation process: The Psychoanalytic Study of the Child. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Making Task Group Work In Your World. (2000). New York: Quadrangle. (1971). Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok telah terbukti. kaunseling kelompok boleh membantu bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan. Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Ida Hartina Ahmed Tharbe. J. Hulse-Killacky. W. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi.R. G. Menurut Corey (1995). A (1979). (2000). Guidence Activities for Counselors and Teachers. Monterey. P (2000). C. M. W. (2006). Zuraidah A. L. J. Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat. Theory & Practice of Group Counseling. Mahler. Posted by kaunseling at 5:39 PM No comments: KAUNSELING KELOMPOK 1. Bhd. Upper Saddle River.

..a collection of two or more individuals. Rogers (1961) mendefinisikan kaunseling sebagai: “. secure and fully functioning”. with the awareness that each belongs to the group and for the purpose of achieving mutually agreed-upon goals” Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai: “…group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for prevention or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/ enrichment through the interaction of those who meet together for a commonly agreed on purpose and at prearranged times”. Kaunseling Kaunseling pula adalah satu proses tolong bantu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian.2.. and facilitative relationship in which an incongruent. independently.counseling is a relaxed..0 Definisi Kelompok Kaunseling dan Kaunseling Kelompok Menurut Webster‟s Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan sebagai: “. integrated. Johnson and Johnson (1991) pula berpendapat kelompok adalah: “. disorganized and troubled person moves towards becoming open. Cottle (1973) pula berpendapat: . purpose or function”. safe.a number of individuals bound together by a community of interest. who meet in face to face interaction.

Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor. understand and accept behavior so that future behavioral choices can be made particularly those of an educational or vocational nature. mentakrifkan kaunseling sebagai : “…satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan hal-hal seharian mengenai perkembangan dan memperbaiki perkembangan itu sama ada pembaikan terhadap tingkahlaku. Hansen.counseling is the psychological by which a professional person helps a relatively normal client to explore. problem solving. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan.. Kaunseling pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Gibson dan Mitchell (1986). Kaunseling Kelompok Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang .“. perhubungan peribadi. Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. decision making and situational pressures as related to the clients daily living). nilai-nilai dan pemilihan kerjayanya di samping membina kemahiran-kemahiran dalam bidang berkaitan”. Brammer and Shostrom (1960) pula mendefinisikan kaunseling sebagai: “…a one to one relationship between counselor and client which focuses on rational planning. Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan. Ia melibatkan proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran. Carl Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak ramai.

a helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of change to develop skills necessary to archieve those goals and to practice those skills within a safe and structure setting”. . Pemimpin membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Ohlsen. Duncan and Meadows (1967) : “. peranan ahli-ahli dalam kelompok dan ia juga ada kelebihan dan terdapat juga limitasi dalam pengendalian kaunseling kelompok. Menurut Gadza. caring. orientations to reality. The group counselees are basically normal individuals with various concerns which are not debilitating to the extent requiring extensive personality change. meneroka masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan... understanding.group counseling is a dynamic interpersonal process focusing on conscious thought and behavior and involving the therapy functions of permissiveness. matlamat kelompok. Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai: “. Kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok. tahap-tahap perkembangan dalam kelompok. acceptance and support.mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. The therapy functions are created and nurtured in a small group through the sharing of personal concerns with one‟s peers and the counselors. Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih yang berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang. The group counselees may utilize the group interaction to increase understanding and acceptance of value and goals and to learn and unlearn certain attitudes and behaviors”. Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa kaunseling kelompok adalah satu proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan seorang kaunselor terlatih yang berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli yang ingin menerokai diri sendiri serta keadaan yang dialami dalam usaha mengubah sikap untuk memperoleh penyesuaian dan perkembangan diri. catharsis and mutual trust.

Beberapa matlamat umum yang dikongsi bersama ahli kelompok ialah : 1. Oleh yang demikian setiap ahli mempunyai peranan masing-masing. Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana. Hansen (1976) menjelaskan tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk mengubah tingkahlaku. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu berusaha mewujudkan perasaan kesejagatan 4. kelompok kaunseling. Meningkatkan penerimaan. outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.0 Kelebihan Kaunseling Kelompok . 7. 3. 3. kelompok T dan kelompok psikoterapi. Corey (1995) berpendapat kaunseling kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. 4. 6. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain 2.Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Antara jenis kelompok ialah kelompok bimbingan. Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri dari perspektif yang baru. Meningkatkan arah diri. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity diri. Secara umumnya tujuan atau matlamat kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. 5.0 Matlamat Kaunseling Kelompok Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan mengatasi konflik tertentu. Kaunselor adalah merupakan pemimpin kelompok yang mana berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat yang ingin dicapai dalam kelompok.

Mereka yang perlu mempelajari menghormati dan memahami sifat manusia yang berbeza-beza. Namun kaunseling kelompok tidak sesuai kepada golongan berikut: . 2. menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang lain. Mereka yang suka membantah atau mengakur kepada jangkaan sosial 3. Ahli dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu dalam setting sosial yang berstruktur. 5. 3. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi maklumat.Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan tertentu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Mereka dapat mencuba dan melatih tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan dan maklumbalas daripada ahli yang lain. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan kaunseling individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik antara perseorangan. Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah. Mereka yang sukar mendapat kawan atau menjalin hubungan yang lama dengan kawan dan perlu mempelajari kemahiran bersosial dan berkomunikasi. 4. Mereka yang rasa malu atau agresif apabila berinteraksi dengan orang lain. Tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. penjara dan pusat kesihatan mental. 4. Proses kaunseling kelompok mempunyai kesesuaian kepada individu seperti berikut : 1. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain. 2. Mereka yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk mencapai keperluan merasai dirinya dipunyai dan diterima. Antara kelebihan kaunseling kelompok ialah: 1.

nilai dan tingkahlaku yang mereka merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam kelompok.1. 2. 3. Mereka yang mangalami konflik peribadi atau konflik antara perseorangan yang terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. Perkembangan kelompok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama untuk ditangani bersama. Selain itu ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli lain. perasaan. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain semakin kurang. 4. Mereka yang terlalu takut berinteraksi sosial dengan orang lain. 3.0 Limitasi Kaunseling Kelompok Walaupun banyak kelebihan dalam kaunseling kelompok namun ia juga ada limitasi atau batasannya. Mereka yang mempunyai rahsia yang tidak dapat dikongsi bersama untuk menjaga nama baik klien atau orang lain. Dengan itu mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap. 5. Mereka yang tiada kawalan diri dalam situasi berkelompok 6. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas dan lebih kompleks kerana ahli yang ramai. 4. 2. 5. Mereka yang tidak faham dan sedar tentang perasaan sendiri sehingga dia merasa terumbang-ambing dan tidak tahu bagaimana berkongsi perasaan dan pengalaman dengan orang lain. Menurut Shertzer dan Stone (1974) antara limitasi ialah: 1. Mereka yang mempunyai pengalaman traumatic dalam kelompok. Ahli ini mungkin rasa tidak selamat dan tidak terdaya apabila berada dalam kelompok tanpa mengalami proses individu terlebih dahulu. Ada ahli yang tidak sesuai untuk kaunseling kelompok kerana ia lebih sesuai untuk mendapatkan bantuan individu sebelum mereka dapat berfungsi dengan baik dalam kelompok. 6.0 Kesimpulan .

Sesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu praktikal dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kea rah menjadi yang lebih baik. E. G. Englewood Cliffs. NJ: Prentice Hall.. Therapeutic Psychology.0 Rujukan Brammer. Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau pengubatan kepada seseorang individu. 7. CA: Brooks/ Cole Publishing Company. . Melalui kaunseling kelompok akan membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami proses memperbaiki tingkahlaku. Corey. (1995). (1960). L. Pacific Grove. Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Menurut Mahler (1971) melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara berpasukan malah mereka juga merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok tersebut. M. & Shostrom. L.

. Introduction to Counseling and Guidence (2nd Ed). (1995). M. R. New York: Quadrangle. NJ. Counselor Education and Supervision. M. Boston. & Stone. W. Chicago: Rand McNally. (1967). Rogers. Posted by kaunseling at 5:33 PM No comments: . S. A Study of the separation and individuation process: The Psychoanalytic Study of the Child. Group Counseling (3rd Ed). Group Counseling : A Developmental Approach (4th Ed). (1980). New York: Holt.. Gladding. J.W. M. A Counseling Speciality (2nd Ed). NJ: Prentice Hall.. C. Johnson. Shertzer. (1967). Boston: Houghton Mifflin Inc. (1971). Prentice Hall. S. F. Group Work. & Mitchell. On Becoming A Person: A Place of the Person In The World. & Smith. S. Meadows. M. Duncan. Horne. G. A. (1974). Group Counseling and Group Procedures. M.Gazda. G. F. R. J. A. (1989). P. E.. Warner. (1988). Joining Together (4th Ed). MA: Allyn and Bacon.Report of a Survey. Theory and Process (2nd Ed). Gibson. M. M. C. M. B. New York: Harper & Row. (1991). T. L. C. & Johnson. H. J. Englewood Cliffs. Fundamental of Counseling (2nd Ed). Carl Rogers On Encounter Groups. D. Hansen. Mahler. & Lawe. NY: Macmilan Publishing Company. Rogers. Englewood Cliffs. Group Counseling. (1961). (1986). C. Gazda. Ohlsen. E. Rinehart & Winston. Boston: Houghton Mifflin Inc.

* Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab. Terhadap orang lain * Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Ciri-ciri kesihatan mental yang positif Terhadap diri sendiri * Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri. * Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.KESIHATAN MENTAL Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. * Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral. . * Mampu memberi dan menerima kasih sayang. fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri. * Sanggup menerima kegagalan. masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian. * Menghargai diri sendiri. Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi: * Memupuk perasaan. * Berupaya mengawal perasaan. kumpulan dan persekitarannya.

* Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain. * Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka. * Menjaga kesihatan fizikal. 10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif * Menerima kenyataan diri secara realistik. * Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik. * Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian. * Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah. * Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri. Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami: . Terhadap cabaran * Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah. * Memastikan rehat dan tidur yang cukup.* Tahu menghargai dan mempercayai orang lain. * Mampu mengatasi konflik dengan bijak. * Mengendali masa dengan baik (time management) * Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak. * Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu. * Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.

* Perasaan rendah diri. buli sekolah) * Peningkatan risiko penyakit mental. sumbang muhrim dan perzinaan) * Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan. * Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan. * Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga. * Tekanan dalam hidup. bohsia. buli jalanraya. * Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak. . penyalahgunaan najis dadah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful