You are on page 1of 19

• Rumah

• Pautan Laman
• Tentang Blog
• Pantun
• Penyair
• Chatroom
• Lirik
• Forum

Biografi Usman Awang ( 1929-2001 )

Artikel ini ditulis oleh Faisal Tehrani

Sudah ditakdirkan Ilahi, Malaysia akan kehilangan dua manusia berjiwa besar Ramadhan ini.
Belum sedih hilang oleh kemangkatan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
masyarakat seni tanahair menerima pula berita sedih pemergian Dato Usman Awang, penyair
berjiwa rakyat pada 29 November lalu.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail di mana
bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis
yang kelihatan muncul antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A.Samad Said,
Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.

Saya kira ini suatu catatan kecil tentang Dato Usman Awang. Saya tidak boleh mengakui rapat
dengan beliau tetapi pertemuan tiga kali dengan Dato Usman, dua di antaranya untuk program
dokumentari Ilham yang ditayangkan di RTM 1 membuatkan saya bangga kerana menjadi
semacam wakil dari penulis generasi 90 an yang terpisah dari beliau yang sering uzur.

Di kamar Dato Usman saya lihat terpampang gambar-gambar beliau dengan pemimpin
pembangkang seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, ketika ini juga Dato Usman
memberitahu saya yang beliau tidak sabar menanti antologi puisi Dari Derita Bangsa yang
memuatkan puisi terakhir beliau berjudul ‘Saudara Anwar Ibrahim’ diterbitkan (silal ihat artikel
saya untuk kakiseni berjudul Tongkat Sakti Yang Berani).

Dato Usman bercakap panjang hari itu. Beliau nampak letih tetapi masih bersemangat untuk
bercerita kepada Imri, Tan, Roshihan dan saya sendiri. Antara lain Dato Usman memberitahu
yang beliau bukan pengasas ASAS 50 seperti yang pernah ditulis dalam buku-buku ilmiah. “Saya
cuma seorang penggerak. Setiausahanya saja.”
Bila ditanya mengapa beliau berhenti menjadi polis dan memilih untuk menjadi penulis lantas
berhijrah ke Singapura, Dato Usman menjawab, ‘Sebahagian besar jawapannya sudah saya
rakamkan dalam Tulang-tulang Berselerakan (novel tunggal beliau; penulis) tetapi sebab
utamanya ialah saya tidak boleh menjadi seorang polis yang memukul dan menembak orang
sesuka hati tanpa perikemanusiaan. Jawatan polis adalah jawatan yang tidak serasi dengan saya.
Saya lihat ada antara mereka yang menembak petani Cina begitu sahaja dengan alasan kominis
dan menerbalikkan barang-barang peniaga kecil di tepi jalan.’

Dato Usman juga kecewa dengan keadaan bahasa Melayu di negara ini. Puluh tahun selepas
peristiwa Perarakan Keranda 152 yang diterajui antara lain oleh beliau, penggunaan bahasa
Melayu kian merosot dan Dato Usman berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa
Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan
bahasa kebangsaan.”

Dato Usman juga menyatakan rasa kesalnya oleh pengaruh filem Hindustan di tanahair dan
kepada generasi muda. “Cucu saya yang kecil juga tahu menyanyi lagu Hindustan seperti Kuch
Kuch Hota Hai. Di Singapura dahulu, sudah ada pengaruh begini dan ASAS 50 segera
menyatakan sikap kita, tetapi GAPENA nampaknya tidak berbuat apa-apa terhadap kemasukan
budaya asing ini.”

Dato Usman juga menyatakan sesuatu yang saya kira agak mengejutkan. “Pemberian anugerah
Seniman Negara oleh Perdana Menteri itu sebenarnya satu yang saya tidak tahu (Dr Mahathir
dengan kerjasama Kumpulan Utusan pernah memberikan anugerah ini dalam tahun 1999). Jika
tahu saya sudah tentu akan mengelak dalam suasana begitu (kala itu isu Shit masih panas dan
kebanyakan rakan-rakannya dalam parti oposisi begitu keras mengkritik kerajaan). Saya tidak
diberitahu pun apa-apa mengenai kedatangan Dr Mahathir. Saya berasa terpedaya. Tahu-tahu
sudah ada gambar diambil dan disiarkan esoknya.”

Bila saya tanya mengapa beliau tidak membuat bantahan kemudiannya, Dato Usman
memberitahu, “Biarlah. Memang Harakah ada menghubungi saya untuk mendapatkan cerita
sebenar, tapi saya uzur, saya tak mahu memanjangkan cerita, nanti ia berlarutan dan kesihatan
saya terus terganggu.”

Dato Usman juga hampa kerana tidak banyak penulis menyatakan sikap dalam hal-hal besar
yang menimpa negara. Soal keadilan dipinggirkan dengan begitu hebat “Mesti tulis, mesti tulis
perkara yang benar. Jangan diam, biar pun diketepikan orang sekarang tetapi saudara akan
mendapat perhatian kemudian. Jangan diam. Susah untuk menjadi penulis dan lebih susah untuk
menjadi penulis yang berani. Bagi saya seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani
menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis, beritahu rakan-rakan muda yang lain.
Ini nasihat saya.”

Dato Usman nyata gemar bercerita tentang Dato Seri Anwar, “Beliau adalah rakan kepada
penulis. Ketika beliau di puncak kuasa, penulis dimartabatkan dengan begitu tinggi. Saya pernah
dibayar tiga ribu untuk membaca satu puisi di Kementerian Kewangan. Dia benar-benar
menghargai penyair. Susah untuk mendapat pemimpin seperti itu.”
Allahyarham Usman Awang lahir di Kuala Sedili Johor pada 12 Julai 1929. Beliau pernah
menjadi petani, budak pejabat, polis, pembaca pruf, dan editor Dewan Sastera (kemuncak dalam
karier beliau). Menerima anugerah Sasterawan Negara dalam tahun 1983, SEA Write Award
1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983, Usman menghasilkan
lebih 200 buah puisi dan drama pentas beliau yang paling dikenang orang tentulah Tamu di Bukit
Kenny dan Uda & Dara.

Perbicaraan kami diperhatikan oleh seorang lagi Sasterawan Negara waktu itu, Profesor
Muhammad Haji Salleh. Saya bangga kerana Dato Usman membaca karya-karya saya khususnya
Cinta Hari-hari Rusuhan. Saya juga berterima kasih kerana Dato Baha Zain mencadangkan
supaya satu program dokumentari untuk Usman Awang dilakukan segera. Terlalu banyak yang
Dato Usman sebut hari itu tidak sesuai untuk ditayangkan oleh RTM 1 yang dimiliki kerajaan,
tetapi kami merakamnya dengan sedar mengetahui ini barangkali luahan hati seorang seniman
yang tahu beliau berada di ambang sisa akhir hidupnya.

Berita Perdana RTM 1 malam 29 November menyebut Usman seorang yang cenderung kepada
gerakan kiri dalam perjuangan seni dan politik beliau. Persahabatannya dengan Dr Syed Husin
Ali, bagaimana pemimpin gerakan pelajar berlindung di rumahnya ketika kecoh Rusuhan Baling,
dan antara yang menjadi lagenda ialah himpunan puisi Telok Gong yang beliau kelolakan bagi
membela nasib petani dan mengkritik kerajaan Selangor dalam tahun 60 an. Malah ramai yang
tahu Usman antara yang di belakang Mogok Utusan bagi membantah campur tangan kuasa
dalam media.

Terlalu banyak sudah orang menyebut kehebatan beliau dalam dunia penulisan. Tak cukup kertas
dan dakwat untuk dinukilkan kesenimanan beliau ini. Semua orang ada kenangan dengan Dato
Usman. Banyak atau sedikit, semuanya penuh bahagia, semuanya manis. Begitulah Usman yang
ikhlas dalam dunianya. Maka bersemadilah seorang pembela kemanusiaan yang paling diraikan.
Usman rasa saya, adalah Sasterawan Negara yang paling dikenali oleh masyarakat bukan
Melayu. Puisi-puisi bertema kemanusiaannya menyeberang batasan etnik, batasan agama, tak
tersebut saya kerana banyaknya kerana kayanya…

Biar sahaja sejarah dalam lipatannya akan dibuka dan terus dibuka. Saya ingin menutup
belasungkawa ini dengan satu rangkap dari puisi karangan Allahyarham, Gadis di Kuburan:

Lari gadis menyembah ke tanah


diiringi sendu menggoncang bahu
tenang pahlawan dipeluk bumi
senyum terakhir tenang tersembunyi.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Untuk biodata lebih lanjut tentang Usman Awang, sila ke laman rasmi
http://www.tongkatwarrant.com/biodata.htm
Entri ini dikirim pada hari Khamis, 8 Februari 2007, dan diletakkan dalam kategori Biografi Penyair. Anda boleh
mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak
balik daripada tapak web anda.

2 Respons bagi “Biografi Usman Awang ( 1929-2001 )”

1. hizamabdullah Berkata:
at

Banyak sumber diperlukan untuk kajian dan pembacaan. terima kasih atas usaha murni
ini..

2. Hanza Miqatsum Berkata:


at

sesungguhnya kita kehilangan seorang yang sanggup berjuang,


jasa sering di ingatan
tidak dilupa menjadi kebanggaan…

Tinggalkan jawapan

Nama (wajib)

E-mel (tidak akan ditunjukkan) (wajib)

Tapak Web

Notify me of follow-up comments via email.

• Penyair Terbilang
Blog ini memuatkan himpunan puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman,
nukilan penyair terkenal seperti Khalil Gibran, Umar Khayyam, Chairil Anwar serta puisi
moden sasterawan negara seperti Usman Awang dan penulis moden masakini. Turut
diselitkan puisi tradisional Melayu seperti pantun, nazam dan gurindam. Puisi-puisi ini
diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua.

• About Me
[Home] [Cinta] [Lirik]

Webmistress: Haniey

Di blog ini saya himpunkan koleksi puisi dari penyair terpilih. Harap anda juga
menyukainya!

• Panduan Cari Duit Kahwin

Nak tau? Sila klik sini.

• Recent Posts
o Sajak Dialog - Kassim Ahmad
o Kalau kita tak berasa hina kita tak pula berasa mulia - Baha Zain
o Seorang Lelaki Tua - Lim Swee Tin
o Seri Trolak - Siti Zainon Ismail
o Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa - Zurinah Hassan
o Sajak Nazak - Shamsuddin Jaafar
o Puisi Hari Terakhir Sebuah Hutan - Muhammad Hj. Salleh
o Sajak Di Sudut Dusun - Latiff Mohidin
o Sajak Tiada Lagi Cinta
o Di Rumah Cinta - Dharmawijaya
o Sajak Segalanya Padamu Ibunda - Dharmawijaya
o Sajak Warna Maya - Dharmawijaya
o Biodata Dharmawijaya
o Puisi Merah Derita Senja Ketika Tiba Wira
o Obor Perjuangan Bangsa
• Puisi Popular
o Biografi Chairil Anwar (1922 - 1949)
o Pantun
o Persahabatan ~ Khalil Gibran
o Pantun Jenaka
o Pantun Perpisahan
o Pantun Teka-Teki
o Pantun Nasihat
o Pantun Budi
o Penyair
o Pautan Laman
o Pantun Kanak-Kanak
o Pantun Klasik Melayu
• Rahsia Tarikh Lahir

Nak tau? Sila klik sini.

• Email Tunai
Buat Duit Dengan Email
RM5 Setiap Kali Rakan Join
Daftar percuma di sini

• Kategori

• Archives

• Koleksi Cinta ( LOVE )


o 10 sebab mengapa wanita perlukan Internet
o 10 Lagi Tanda Anda Jatuh Cinta
o Kasih terhadap Rasulullah
o Ex-Bf Nak Rujuk Semula
o Kalau Dia Tak Jawab Call
o 7 Perkara Yang Lelaki Tak Suka
o 10 Petanda Cintamu Dengan Si Dia Diancam Bom Jangka
o 7 cara tingkat kepercayaan pasangan
o You Said It Again
o Despite Everything
o Menunggu Lamaran Si Dia
o Kata-kata Hikmah
o Pilih pasangan hidup berakhlak mulia
o Lima situasi gadis berkecil hati
o The Stars
o Good Friends
o Belajar demi masa depan
o Limpahkan Kasih Sayang
o Motivasi : Belajar Terima Pandangan Orang Lain
o Mencari Cinta Sejati
• Seri Kasih
o Ramai wanita rela dipukul pasangan
o Ingin kekal cantik? Jangan bercerai
o Ibu bapa punca anak gemuk
o Cara Berdiet
o Kajian Senaman
o Wanita berusia lahirkan bayi lebih pintar: Kajian
o Apabila Anak Bercakap Kesat
o Mencari rezeki halal sara keluarga dianggap jihad
o Kencing Malam
o Memohon Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun KWSP
o Menjadi Muslim sejati sempena Maulidur Rasul
o Olympus lancar E-620, 10 kamera tahan lasak
o Minda mati jika kontang ilmu
o Panduan untuk pengantin bertudung bergaya cantik
o Hukuman rotan antara kaedah terbaik disiplinkan pelajar
o Menjaga Pemakanan Halal
o Isteri berhak jawab permohonan suami mahu poligami
o Golongan bodoh sombong tak dapat rahmat
o Empat langkah halang perbuatan buli
o Hajaba - inspirasi sopan dan anggun
• Recent Comments
Shahriza Mahmud pada Bahasa Terindah ~ A. Samad…
lily herawati pada Persahabatan ~ Khalil Gib…
FISA pada Biografi W.S Rendra
dHE N rI2N pada Biografi Chairil Anwar (1922 -…
atiqqa pada Seorang Lelaki Tua - Lim Swee…
abinabil pada Biografi Jalaludin Rumi
Nha_niEzz,,,, pada Biografi Chairil Anwar (1922 -…
syafiqah pada Pantun Budi
syafiqah pada Pantun Budi
priyadi bambang pada Sajak Dialog - Kassim Ahm…
weLcOme to vhiia weB… pada Persahabatan ~ Khalil Gib…
Princezz pada Pantun Teka-Teki
wiwi pada Ombak ~ A.Samad Said
Irah pada Pantun Teka-Teki
Irah pada Pantun Teka-Teki
• Aneka Pautan
o English Lyrics
o Forum Remaja
o Info Kesihatan & Perkahwinan
o Koleksi Cinta ( LOVE )
o Lirik Lagu Melayu
• Chatroom Dan Forum
o Cinta Chatroom
o Forum Remaja
• Variasi
o Beli Handphone Murah
o Buat Duit Dengan Email
o Panduan Cari Duit Kahwin
o Panduan Nikah Kahwin
o Rahsia Tarikh Lahir
• Handphone Murah
• Taman Rahsia
• Please Vote Me!

Show Me Some Love!

• Recent Readers

View Entire Community Provided by MyBlogLog

• Hits Counter
ONLINE

• Cluster Map

• Meta
o Log masuk
o RSS Entri
o RSS bagi komen-komen
o WordPress.com

• Klik Popular
o koleksicinta.blogspo…
o tinyurl.com/rahsiata…
o koleksicinta.blogspo…
o koleksicinta.blogspo…
o tinyurl.com/tamanrah…
o koleksicinta.blogspo…
o kliks.my/handphone
o koleksicinta.blogspo…
o lirikami.blogspot.co…
o tinyurl.com/duitkahw…
o tongkatwarrant.com/b…
o koleksicinta.blogspo…

Tema: Contempt oleh Vault9.


Blog di WordPress.com.

Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu sedang dalam perbincangan usulnya.

Usman Awang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Allahyarham Usman Awang

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara
Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya
Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya.

Usman lahir di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 12 Julai 1929. Usman melalui alam
kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar
setakat darjah enam sahaja.

Isi kandungan
[sorok]

• 1 Kerjaya
• 2 Penulisan
• 3 Sifat

• 4 Pautan luar

[sunting] Kerjaya
Usman Awang kemudiannya menempuh kerjaya yang bermula sebagai seorang petani di
Segamat kepada buruh paksa zaman pendudukan Jepun, sebagai budak pejabat kemudiannya,
polis di era British. Daripada perkhidmatan inilah beliau diilhamkan menggunakan nama
Tongkat Warrant.

Selepas berhenti daripada pasukan polis, Usman pembaca pruf di akhbar Melayu Raya, editor
Utusan Zaman dan wartawan di Utusan Melayu pada 1952. Di sini Usman ikut terlibat dengan
mogok Utusan di mana para wartawan membantah campur tangan kuasa politik dalam media.

Usman kemudiannya bekerja di Penerbitan Federal pada tahun 1962. Beliau kemudiannya
ditawarkan berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sidang pengarang majalah Dewan
Bahasa. Ini diikuti dengan tugasnya sebagai pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan
Dewan Budaya. Beliau bersara dari DBP pada tahun 1985.

[sunting] Penulisan
Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul
sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah:

• Bunga Popi
• Gadis Kecil
• Ke Makam Bonda
• Kekasih
• Kurang Ajar
• Pak Utih
• Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

• Matinya Seorang Pahlawan


• Tamu Bukit Kenny
• Serunai Malam
• Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu
"Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia dengan judul "Tam Gde Ikh
Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)

Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa,
Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982
dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985.
Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang
membawa gelaran Dato'.

[sunting] Sifat
Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar
yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani
menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.
Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini.
Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa
kebangsaan.”

Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada
bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr
Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini
Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar
Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan
Profesor Muhammad Haji Salleh.

[sunting] Pautan luar


• Biodata Dato' Usman Awang

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Usman_Awang"


Kategori: Kelahiran 1929 | Kematian 2001 | Penyair Malaysia | Kelahiran Johor |
Melayu Malaysia | Muslim

Pandangan

• Rencana
• Perbincangan
• Sunting
• ▲
• Sejarah

Alatan peribadi

• Log masuk / buka akaun

Pandu arah

• Laman Utama
• Tinjau
• Gotong-royong
• Hal semasa
• Laman rawak

perhubungan

• Tentang Wikipedia
• Masyarakat
• Perubahan terkini
• Hubungi kami
• Menderma
• Bantuan
• Kedai Kopi

Gelintar

Alatan

• Pautan ke laman ini


• Perubahan berkaitan
• Laman khas
• Versi boleh cetak
• Pautan kekal
• Petik rencana ini

Bahasa lain

• English

• Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:49, 4 Disember 2007.
• Kandungan disediakan dengan GNU Free Documentation License.
• Dasar privasi
• Perihal Wikipedia
• Penafian

Usman Awang, penyair terbesar negara


Oleh : RUSTAM A SANI

Pada 29 November lalu Malaysia kehilangan seorang puteranya yang benar-benar agung.
Hari tidak hujan atau mendung pada tanggal tersebut. Hanya sehari kemudiannya baru hari
mendung sepanjang hari -- seolah-olah alam sendiri memerlukan waktu untuk menggarap
erti sebenar tamsil ibarat kehilangan besar yang amat ruwet maknanya itu.

Sepanjang waktu menziarahi rumah keluarga Usman Awang pada hari pengebumian itu saya
merancang untuk menulis sebuah "belasungkawa" yang agak peribadi nadanya tentang
beliau. Memang hubungan saya dengan beliau tidak sekadar hubungan persahabatan biasa.
Allayaraham dapat saya tuntut sebagai teman yang agak akrab dengan keluarga saya sejak
sewaktu Allayarham ayah saya masih hidup lagi.

Malah sewaktu saya agak rapat dengan Usman, ketika saya masih agak muda, ada lelucon
antara kami tentang persahabatan itu. Leluconnya ialah bahawa Usman pernah "keluar"
bersama ayah saya, tetapi bila ayah saya sudah tua dan perlu beristirahat Usman "keluar"
pula dengan saya. Ketika itu waktu untuk saya beristirahat sudah hampir tiba, dan Usman
tak lama lagi akan "keluar" pula bersama anak lelaki saya, Azrani.

Saya dapati bahawa terlalu banyak belasungkawa bersifat peribadi telah dihasilkan oleh
pelbagai penulis -- tua dan muda -- yang lebih menarik daripada yang mungkin dapat saya
hasilkan. Ternyata Usman terlalu luas tebaran jaringan persahabatannya. Pershabatannya
selalu amat mengesankan, memberi erti yang dalam kepada sesiapa yang disahabatinya.

Membaca semua belasungkawa itu tambah meyakinkan saya bahawa beliau sesungguhnya
seorang manusia dan sahabat yang luar biasa. Pastilah hidup saya dan keluarga saya telah
menjadi lebih bererti dan lebih kaya kerana telah berpeluang mengenal dan bersahabat
dengan beliau.

Usman Awang sebagai manusia telah menyentuh lubuk rasa dan degup jantung pelbagai
manusia dari pelbagai latarbelakang, khususnya kerana sifat kemanusiaannya yang tidak
berbendung itu -- rasa cinta sesama manusianya yang begitu bersahaja lagi langsung, yang
sekaligus ruwet tetapi sekaligus juga mudah terserlah. Oleh kerana itu, puisi-puisi Usman
menarik kerana kelangsungan dan kebersahajaannya, namun sekaligus juga menggoda
dalam segala keruwetan nuansanya.

Oleh itu, betapa banyak sekalipun kita menulis tentang beliau, tidak akan habis segi-seginya
yang masih belum kita perkatakan. Namun sebaliknya terasa bahawa segala-galanya
tentang beliau telah kita perkatakan, dengan rasa cinta yang benar-benar mendalam dan
kelangsungan rasa yang tidak sedikitpun memerlukan kita secara sengaja memuluk-
mulukkan rasa maupun menggubah-gubah kata yang tak perlu.

Oleh itu, setiap orang yang mengenalnya akan tersentuh oleh sekurang-kurangnya suatu
aspek kecil kemanusiaan dan peribadi Usman Awang. Namun setiap orang akan tersentuh
pula oleh segala sudut kemanusiaannya yang luas dan dalam itu. Oleh kerana itulah,
manakala Usman Awang merupakan manusia moden yang paling "Melayu" rentak dan alun
suara bicaranya, dia juga merupakan seniman yang paling moden dan metropolitan
nadanya, paling mudah diselami lubuk rasanya oleh sesiapa dengan apa latarbelakang
budaya sekalipun.

Usman Awang dalam karya dan kehidupannya merupakan manusia yang paling bersahaja
dan “primitif” pengucapannya, namun paling canggih dan ruwet kesannya. Dia dapat
menangkap sifat primitif jiwa dan citarasa manusia Malaysia moden dan dia bercanda
langsung dengan jiwa tersebut dari jiwanya yang tulus dan berterus terang dalam segala
keindahannya.

Proses komunikasi yang kompleks ini telah dilakukannya dengan kelangsungan mudah yang
luarbiasa, suatu teknik yang tidak banyak dikuasai oleh orang lain di negara ini -- baik di
kalangan wartawan, penyair, ahli politik maupun para pejuang hak asasi manusia.

Tidak syak lagi beliau merupakan penyair terbesar negara ini. Namun karya puisinya tidak
sebanyak mana -- tidak lebih daripada 200 halaman buku yang diperlukan untuk
menghimpunkan segala karya puisinya. Tidak ada penyair negara ini yang telah
meninggalkan karya, bahkan baris-baris puisi, yang sebegitu mengesankan kepada semua
orang. Siapa di negara ini yang tidak mengenal, dan tersentuh bawah sedarnya, oleh barisan
kata-kata indah dan sentimen sajak “Ke Makam Bonda” atau “Kekasih”, misalnya?

Dilihat dalam konteks ini, Usman bukanlah sekadar seorang penyair. Sebagai penyair dia
sebenarnya merupakan seorang pelopor yang telah memberi bentuk dan struktur kepada
bahasa Melayu moden. Dia dan beberapa orang temannya dalam ASAS 50 telah memberi
bentuk moden kepada bahasa tersebut, menjadikannya pengucapan politik, kewartawanan
dan wacana moden yang efisien. Usman sendiri memberikan bahasa itu bentuk modennya
yang paling halus dan mendalam -- yakni sebagai bahasa puisi dan sastera moden.

Daripada penyair ini kita mendapat alat pengucapan moden yang efisien, tanpa sedikitpun
merasa bahawa kita telah mengabaikan -- atau membuang -- kelunakan nada dan alunan
bahasa Melayu lama yang sebenarnya. Ada para pengkaji puisi yang memerikan fenomena
ini sebagai penerapan teknik puisi tradisional, seperti pantun umpmanya, dalam
pembentukan wacana moden sastera Malaysia.

Namun sebenarnya, sumbangan ini merupakan sebahagian sahaja daripada sumbangan


Usman Awang dan rakan-rakan seangkatannya terhadap proses pertumbuhan sosial dan
budaya kita menjadi sebuah bangsa moden. Usman Awang dan rakan-rakannya tidaklah
datang dari golongan elit masyarakat kita yang paling tinggi kedudukannya, paling besar
penguasaan sumber ekonominya, paling tinggi pendidikannya, maupun paling terdedah
kepada budaya moden dunia dan Barat.

Namun mereka secara naluriah dan penuh tanggungjawab telah memikul beban pembinaan
budaya dan tradisi kecendekiawanan moden kita.

Satu cara untuk menanggap ASAS 50 yang dipelopori kelompok itu ialah sebagai penerus
jalur nasionalisme Melayu atau pertumbuhan politik yang telah dipelopori oleh golongan
rakyat progresif seperti Ibrahim Yaacob, Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad
Boestamam, Abu Bakar Al-Bakir, dan lain-lain. Kelompok Usman tidak membentuk sebuah
parti politik, namun sikap dan pengucapan politik ASAS 50 dalam zaman “interegnum” politik
kiri Melayu yang ditindas melalaui “Darurat” itu tidak kurang jelas dan lantangnya.

Melalui akhbar yang mereka kendalikan dari tengah-tengah milieu masyarakat proletar dan
golongan pekerja di Singapura, mereka sebenarnya melaksanakan suatu “renaissance”
budaya Malaya, khususnya usaha melahirkan budaya Melayu moden. Tulisan mereka
menggarap pelbagai aspek kehidupan – namun sastera (bagi Usman khususnya puisi) adalah
bahagian yang besar daripada “renaissance” tersebut.

Dalam kebanyakan masyarakat yang sedang tumbuh dan sedang terbentuk di luar kerangka
sosial masayarakat terjajah, kebangkitan budaya yang demikian itu biasanya dipelopori oleh
suatu golongan elit tempatan yang terpelajar dan terdedah kepada pendidikan dalam
bahasa-bahasa Barat. Di India, umpmanya, golongan yang demikian telah memulakan
sebuah tradisi penulisan dalam bahasa Inggeris yang begitu mantap – dengan kesannya
terhadap kejayaan tradisi tersebut menyumbang kepada sastera berbahasa Inggeris dunia
hingga ke hari ini.

Fenomena sosial yang demikian tidak pernah terjadi dalam masyarakat kita. Golongan elit
kita tidak pernah mendapat pendidikan Barat yang sempurna, hanya pendidikan kolonial
yang dicipta untuk menjadikan mereka aparat setia penjajahan Barat. Oleh yang demikian,
anggota masyarakat kita yang memperoleh pendidikan tersebut bukan sahaja tidak mampu
mencetuskan tradisi penulisan bahasa Inggeris yang mantap dan kreatif di negara ini.
Mereka malah menjadi beku dan bungkem dalam bahasa dan budayanya sendiri.

Peranan mereka inilah yang telah diambil alih oleh Usman Awang dan teman-temannya
dalam ASAS 50, meskipun mereka dihalang dan dihambat oleh pelbagai kekurangan. Oleh
kerana pendidikan bahasa Inggeris mereka bolehlah dikatakan amat asasi atau minimal
sifatnya, maka keberhasilan mereka melahirkan sebuah tradiri sastera Melayu moden
sungguh mengkagumkan. Manakala golongan elit masyarakat kita terkepung oleh
pendidikan kolonial yang amat sempit, golongan ini terdedah kepada keluasan dan
kedinamisan seni dan budaya Barat melalui suatu sumber lain.

Sumber lain itu ialah kesusasteraan moden Indonesia yang sedang diperkembangkan oleh
beberapa angkatan para penulis Indonesia yang bukan sahaja terdedah kepada pengaruh
Eropah yang lebih luas, tetapi sedang bereksperimen dengan giatnya dalam membentuk
sastera moden Indonesia dengan menggunakan bahasa Melayu dan dipengaruhi oleh
pelbagai bahasa daerah di kepulauan itu. Karya-karya mereka ini telah menjadi universiti
bagi Usman dan rakan-rakannya dan melalui mereka menjadi saluran masuk pengaruh
moden ke dalam pembentukan budaya moden kita.

Sewaktu menziarahi jenazah Usman Awang tempoh hari, peranan besar Usman Awang dan
angkatannya inilah yang amat kuat mengganggu pemikiran saya. Kebanyakan teman-teman
seangkatan Usman Awang – khususnya Asraf dan Keris Mas – malah telah lebih dulu
meninggalkan kita. Yang saya lihat masih ada di rumah itu untuk menyampaikan
penghormatan terakhir mereka kepada Usman semuanya sudah melewati tahap umur yang
memungkinkan mereka memberikan sumbangan aktif terhadap masyarakat.

Pemergian Usman itu benar-benar telah mengingatkan saya bahawa kita kini telah
memasuki ambang baru dalam perjalanan bangsa kita. Dalam saat yang genting dan
penting ini apakah kita sudah mempunyai daya kecendekiawanan untuk memahami
sebenarnya sumbangan Usman dan generasinya. Lebih penting lagi, mampukah kita dari
titik ini untuk meneruskan jalan yang telah dirintis oleh para cendekiawan dan seniman
agung kita itu?

You might also like