You are on page 1of 10

EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem hutan hujan Tropika ?. [ 3 Markah ]


Ekosistem hutan yang berada di persekitaran yang lembab (panas dan lembab) sepanjang tahun Terbahagi kepada Hutan Hujan Khatulistiwa (Rain Forest) dan Hutan Monson Tropika, bersifat malar hijau sepanjang tahun. Pokoknya tumbuh di kawasan yang menerima hujan lebat (2000 - 4000)mm/setahun dan purata suhu harian yang tinggi (27C) tanpa bezantara suhu harian yang ketara. Terdiri daripada pelbagai jenis pokok dari paku pakis, palma, liana hingga pokok balak yang besar seperti Keruing, Tualang, Penaga, Chengal, Seraya dll. Namun, taburan dan komposisi hutan berbeza mengikut ketinggian muka bumi dari aras laut.. Sifat tumbuhannya berkanopi tebal (berlapis-lapis) Persekitaran yang lembab menjadi habitat kepada kepelbagaian spesis (biodiversiti) fauna dan flora.

b) Berdasarkan kepada ekosistem hutan hujan Tropika, nyatakan komponen biotik dan abiotik yang terdapat di dalam ekosistem tersebut [ 4 Markah ] Komponen Biotik (Hidupan)
Tumbuhan hijau pengeluar Pengguna (herbivor) rusa Pengguna (karnivor) harimau Pengguna (omnivor) orang asli Pereput/Pengurai - kulat

Komponen Abiotik (Bukan Hidupan)


Tenaga matahari - Suhu antara 26C - 27C Hujan pembekal utama air Tanih batuan yang telah diluluhawakan secara kimia menghasilkan pelbagai regolit

A: Lapisan Emergen Puncak hutan menyebabkan penerimaan cahaya matahari sepenuhnya. Pokok besar menjulang tinggi tetapi saiz daun kecil akibat sejatan. B: Lapisan Kanopi Padat, berbatang lurus, berdahan pan berdaun lebar kerana perlu sentiasa bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. C: Lapisan tengah/lapisan bawah pokok rendah dan kecil kerana tenaga matahari tidak mencukupi untuk menampung pertumbuhan pokok. Selain itu pokok berdaun lebar seperti pokok palma D: Lapisan Lantai Hutan Tumbuhannya jarang kerana Tenaga matahari tidak sampai. Terdiri daripada Pokok paku pakis, herba, pokok memanjat dan Banyak organisma pengurai kerana habitatanya yang Lembab.

c) Dengan bantuan gambarajah lakar, tunjukkan bagaimana tenaga dialir dan disimpan di dalam ekosistem hutan hujan Tropika [10 Markah]

SIRKIT RANTAIAN MAKANAN HUTAN HUJAN TROPIKA 1 2 PENGGUNA PRIMER (Herbivor seperti burung, ayam hutan, tupai, Kancil) 3 PENGGUNA SEKUNDER (Karnivor seperti Ular,Musang,Harimau)

TUMBUHAN HIJAU (Pengeluar )

4 PEREPUT & PENGURAI (Kulat, Bakteria Protozoa, Cacing tanah Anai-anai. 5 PENGGUNA TERTIER (Omnivor Burung Hantu, helang, Orang asli)

Bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika. a) Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar/tumbuhan-tumbuhan untuk proses fotosintisis. Daun pokok akan melakukan proses fotositesis untuk membuat makanan dan hasilnya ialah tenaga kimia yang akan disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohaidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan. b) Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar/tumbuhan ke pengguna primer seperti arnab, burung, tikus,tupai dan rusa apabila haiwan-haiwan herbivor ini memakan tumbuhan yang kaya dengan karbohidrat,protein,lemak dan seterusnya membebaskan tenaga haba melalui respirasi. c) Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer ke pengguna sekunder apabila haiwan karnivor memakan herbivor. Diantara contoh haiwan karnivor ialah seperti musang, ular, dan harimau .Tenaga kimia ini terus diperolehi daripada tisu-tisu badan haiwan herbivor. d) Tenaga kimia dan haba dari pengguna sekunder akan berpindah kepada pengguna tertier (Omnivor) iaitu apabila haiwan karnivor memakan karnivor yang lain atau memakan herbivor serta pengeluar. Diantara contoh omnivore ialah orang-orang asli yang tinggal di dalam hutan belantara. e) Organisma penghurai seperti bakteria dan kulat pula memperolehi tenaga kimia daripada molikul-molikul yang kaya dengan tenaga daripada tisu organisma/tumbuhan yang telah mati dan mereput. Mikrorganisma yang mereput dan menguraikan jisim organik yang mati ialah seperti kulat, bacteria, ulat dan cacing tanah. Bahan organic yang telah direput dan diuraikan akan menjadi humus serta nutrient-nutrien tanah yang kelak akan digunakan pula oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya untuk hidup dan membesar di dalam ekosistem hutan hujan Tropika itu.

Jelaskan kepentingan ekosistem hutan hujan Tropika kepada alam sekitar fizikal dan manusia. [ 12 Markah ] A. Kepentingan Ke atas Alam Sekitar Fizikal : 1. Hutan berfungsi sebagai habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar.
Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesis. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesis haiwan dan tumbuhan. Bagi satu hektar hutan Amazon terdapat 750 jenis spesis haiwan, dan 1,500 jenis spesis tumbuhan. Haiwan-haiwan ini boleh hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam kawasan hutan yang ekosistemnya stabil tanpa diganggu oleh manusia. Ini kerana hutan membekalkan sumber makanan yang mencukupi. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya.

2. Menstabilkan Cerun

Perlindungan permukaan cerun daripada hakisan tanah dan gerakan jisim.


Liputan tumbuh-tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar dan juga proses cegatan silaranya. Di kawasan hutan tebal halaju setiap titisan air hujan yang menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara pokok yang berlapis-lapis. Kesannya air hujan lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah berbanding dengan mengalir di permukaan. Selain itu sistem akar banir yang timbul di permukaan tanah akan menyekat atau memperlahankan halaju larian air permukaan. Ini akan menyebabkan struktur tanah di kawasan hutan tebal lebih stabil dan hanya mengalami kadar hakisan yang sedikit sahaja.

3. Mengawal keseimbangan kitar hidrologi.


Peranan hutan terhadap kitar hidrologi boleh dilihat daripada dua sudut. Pertama, peranannya sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan jumlah dan kapasiti sumber air dalam tanah dan seterusnya menjadi penentu kepada bekalan air sungai, tasik, kolam,paya dan empangan. Kawasan hutan tebal berfungsi sebagai storan air atau kawasan tadahan air yang paling berkesan. Ini kerana hutan memainkan peranan yang berkesan untuk melarut-resapkan atau menyusupkan air hujan ke dalam tanah hingga ke lapisan akuifer. Kedua peranannya untuk menyumbang kepada jumlah hujan tempatan melalui proses transpirasi.

4. Mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro.


Mengurangkan kelajuan angin. Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman. Dengan perkataan lain angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan, dengan itu halaju angin ribut boleh diperlahankan. Mengekalkan kelembapan udara. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat dan padat serta mendapat cahaya matahari yang cukup sudah tentu akan mengalami proses pepeluhan (transpirasi) dengan baik. Dengan itu wap-wap air banyak dibebaskan ke udara di dalam kawasan hutan tersebut. Wap-wap air ini pula tidak terus disejatkan ke atmosfera sebaliknya diperangkap oleh daun dan silara pokok yang tebal. Oleh itu kelembapan udara di kawasan hutan tebal adalah sentiasa tingigi. Di kawasan hutan hujan khatulistiwa misalnya kandungan wap-wap air dalam udaranya sentiasa melebihi 80%. Ini menjamin kelembapan udara sentiasa tinggi dan berkekalan sepanjang tahun. Menyederhanakan suhu sekitar. Berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagian spesis fauna dan flora hidup, membesar dan membiak. Jika dibandingkan dengan kawasan lapang atau kawasan Bandar suhu hariannya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu mikro di dalam kawasan hutan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Sham Sani menunjukkan terdapat perbezaan suhu efektif antara 2 hingga 5C antara kawasan hutan dengan kawasan Bandar.

B.

Kepentingan Ekosistem Hutan Hujan Tropika kepada Alam Sekitar Manusia.

1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. (Hunting and Gathering economy) Ekosistem hutan sebagai habitat atau tempat tinggal orang-orang asli disamping mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan 2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya 3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora (biodiversity) yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbagaian biologi hutannya. 4. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara. 5. Sumber perubatan dan kajian. Perubatan tradisional seperti tongkat ali, Kacip Fatimah, hempedu bumi adalah berasal dari sumber hutan. Pada masa ini bioteknologi perubatan dan kosmetik juga berkembang pesat berasaskan sumber herba dari hutan.

Bagaimanakah Keseimbangan Ekosistem Hutan Hujan Tropika diganggu . [ 10 Markah ] A. Secara Semulajadi:
1. Melalui fenomena kebakaran hutan akibat cuaca panas . Perubahan cuaca/iklim seperti fenomena El-Nino menyebabkan cuaca menjadi panas yang melampau. Akibatnya hutan-hutan boleh terbakar dengan sendirinya seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia pada tahun 1997. Dalam keadaan cuaca kering dan turunan hujan yang amat sedikit membolehkan api merebak dengan cepat walaupun berlaku sedikit sahaja kebakaran. Hutan gambut di Malaysia, misalnya amat mudah terbakar dengan cara ini dan merebak dengan cepat. 2. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi yang mengalirkan lava yang panas, pergerakan jisim dan juga serangan perosak dan penyakit hutan. Tumbuhan semulajadi yang bertindak sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan menggangu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan juga omnivor seterusnya pereput/pengurai.

B. Melalui Altiviti Manusia:


3. Menerusi pembinaan empangan hidro elektrik . Aktiviti ini akan memusnahkan hutan dengan dua cara pertama, penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan ke dua penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat dan menyeluruh melalui proses penenggelaman kawasan hutan. 4. Pembalakan tak terkawal . Seperti kaedah tebang bersih atau aktiviti pembalakan haram. Ini menyebabkan kemusnahan spesis fauna dan flora secara besar-besaran. Selain itu kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat dan lain-lain ciri ekologi. Akibat aktiviti ini hutan semulajadi mengambil masa yang lama untuk membaik-pulih dirinya (self regulation) menjadi hutan-hutan sekunder sahaja 5. Aktiviti Pertanian. Seperti pembukaan tanah baru untuk pertanian perladangan misalnya di rancangan pembangunan wilayah di Malaysia atau akibat pertanian pindah. Hal ini juga melibatkan aktiviti pemusnahan hutan semulajadi secara besar-besaran untuk ditukar kepada ladang-ladang pertanian khususnya getah dan kelapa sawit. Selain itu pembakaran hutan secara terbuka untuk pembersihan tapak ladang, pembakaran hutan akibat pertanian pindah (kaedah .tebang bakar ) juga boleh memusnahkan ekosistem hutan. 6. Berpunca daripada aktiviti Pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya, kabel elektrik, saluran paip dan lain-lain yang juga melibatkan pemusnahan hutan. Walaupun skalanya tidaklah terlalu luas tetapi ia tetap memberikan kesan buruk kepada kepelbagaian biologi hutan semulajadi.

Jelaskan Kesan Kemusnahan Ekosistem Hutan Hujan Tropika keatas Alam Sekitar Fizikal dan Manusia . [ 12 Markah ] A. Kesan Ke Atas Alam Sekitar Fizikal:

1. Kesan/kemusnahan terhadap kepelbagaian biologi (Biodiversiti.) .Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan. 2. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya. 3. Memusnahkan edaran nutrien dalam ekosistem hutan hujan Tropika . Dalam keadaan semulajadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Tetapi penebangan hutan akan memutuskan rantaiannya dan nutrien tanah akan dihilangkan dengan cepat melalui larian air permukaan yang bertambah dengan mendadak di kawasan hutan tergondol. Pada masa yang sama juga proses fotosistesis terganggu dan sekaligus memusnahkan edaran nutriennya 4. Kesan ke atas perubahan cuaca dunia (pemanasan global) dan juga pemanasan setempat Penyahutanan menyebabkan hutan gagal berfungsi dalam mengimbangi lebihan karbon dioksida di atmosfera. Perlepasan karbon dioksida akan terus berlaku yang boleh menyumbangkan kepada pemanasan global. Pemanasan setempat pula berlaku akibat daripada ketiadaan pelindung kepada matahari. 5. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan .Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas, ini mengalakkan pula fenomena jerebu. Dalam keadaan udara kering partikel-partikel (PM 10) akan mudah terampai dalam udara yang ringan. Tegasnya hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan juga membebaskan wap-wap air menerusi proses pepeluhan. 6. Kesan ke atas sistem geomorfologi . Pemusnahan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan percikan dan larian air permukaan serta pelbagai jenis gerakan jisim khususnya tanah runtuh. Permukaan bumi kini kehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok yang menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan gegalur dan beberapa kes kejadian tanah runtuh serta banjir Lumpur di Malaysia merupakan kesan-kesan utama yang terjadi terhadap elemen geomorfologi akibat pemusnahan hutan secara besar-besaran.

7. Kesan ke atas sistem hidrologi . Akibat penyahutanan, kitar hidrologi menjadi tidak stabil. Penyahutanan akan menyebabkan beberapa impak berikut terhadap elemen hidrologi a) Mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air dalam tanah. Ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam, paya juga turut terjejas. b) Mengurangkan jumlah hujan tempatan yang menjadi input utama kepada system hidrologi setempat ekoran daripada kekurangan atau ketiadaan proses transpirasi pokok. c) Meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan Lumpur ke dalam sungai, memendapkan dan mencetekkan dasar sungai yang seterusnya menggalakkan banjir Lumpur.

B. Kesan Keatas Alam Sekitar Manusia:


1. Kekurangan sumber makanan bagi masyarakat asli yang tinggal di dalam hutan . Bagi masyarakat orang asli yang amat bergantung kepada aktiviti ekonomi memungut dan berburu hasil-hasil hutan akan menghadapi krisis bekalan makanannya kerana sumber utama makanan mereka iaitu hasil-hasil hutan musnah. Haiwan perburuan akan berhijrah ke tempat lain akibat kekurangan tumbuhan yang menjadi sumber makanan dan habitatnya. 2. Mengurangkan sumber kayu balak. Pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal,meranti,seraya, keruing dan lain-lain akan musnah dan mengambil masa yang lama iaitu lebih daripada 50 tahun untuk membesar dan matang menjadi hutan berhasil. Ini akan menggangu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan seperti industri kayu, industri perabot dan kraf tangan dan lain-lain lagi. Akibatnya boleh menjejaskan pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan negara. 3. Memusnahkan kawasan ekopelancongan. Daya tarikan hutan yang terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna akan terjejas. Misalnya kepupusan bunga reflesia dan pokok periuk kera serta orkid. 4. Merosakkan sumber perubatan/herba (bioperubatan) dan sumber kajian saintifik. Terdapat pelbagai spesis tumbuhan yang dijadikan sumber perubatan tradisional seperti tongkat aliu, kacip fatimah, hempedu bumi dan misai kucing akan musnah. 5. Kemerosotan kesuburan tanih. Rantaian makanan yang musnah akan mengurangkan bekalan bahan organik untuk direput dan diuraikan oleh pereput dan pengurai. Penghasilan humus akan berkurangan dan tanah menjadi tidak subur tanah mungkin menjadi kering, kontang,tandus dan gersang. Ini akan menjejaskan aktiviti pertanian penduduk seperti pertanian perladangan. 6. Mengurangkan bekalan oksigen kepada penduduk dan sebaliknya menambahkan kandungan karbon dioksida dalam udara. Ini amat merbahaya kepada manusia menerusi fenomena kesan rumah hijau yang menyebabkan manusia merasa kepanasan, tidak selesa disamping menjejaskan produktiviti pertanian makanan seperti padi sawah.

7. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk . Apabila hutan ditebang, simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan pula bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.

Langkah Memelihara dan Memulihara Hutan Hujan Tropika


1. Langkah perundangan

Keseimbangan Ekosistem

a) Akta : Melaksanakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu pada tahun 1984. Akta perhutanan negara ini telah menggariskan beberapa larangan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpan kekal. b) Agensi Pelaksana : Menubuhkan Jabatan Perhutanan Negara dan juga Jabatan PERHILITAN untuk memantau, mengawal selia aktiviti yang melanggar dasar perhutanan negara. c). Penguatkuasaan : Kawalan pencerobohan hutan simpan - mengetatkan aktiviti rondaan, mengambil tindakan yang cepat dan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram, pembalakan di luar zon dll. c) Hukuman dan Denda. Akta Perhutanan Negara juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan boleh di denda maksima sehingga RM:50.000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

2. Langkah pengurusan
1. Mewartakan hutan rezab atau Taman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL). Peraturan-peraturan yang mengawal pengurusan Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar sekali lagi diletakkan di bawah pengawasan Jabatan PERHILITAN. Di Malaysia contoh Taman Negara adalah seperti berikut:

Taman Negara Pahang Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Belum Perak. Taman Negara Bako, Sarawak Taman Negara Tanjung Piai Johor.

2. Melaksanakan Sistem Tebangan Memilih (SMS). Di bawah sistem ini penebangan hanya dilakukan bagi pokok-pokok yang cukup ukur lilit dan usianya. Kaedah penebangan Polikitar diamalkan. Iaitu sebilangan kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok-pokok tersebut mestilah cukup umurnya dan mempunyai diameter minimum 45 hingga 50 centimeter. 3. Penanaman Semula Hutan atau Projek Perladangan Hutan Kompensatori (CFPP) yang telah dilancarkan dalam tahun 1982. Projek ini bertujuan untuk membekalkan bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan. Seluas 98,000 hektar kawasan hutan miskin telah dikenalpasti dan dirancang penubuhannya di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Setakat ini spesis-spesis yang ditanam adalah daripada spesis kayu keras tropika seperti Acacia Mangium, Yamane dan Batai yang cepat tumbesarannya dan

jangkaan pusingan hidup selama 15 tahun. Projek ini dilaksanakan di 7 buah negeri iaitu Johor, Pahang,Negeri Sembilan, Selangor,Perak,Kelantan dan Terengganu. 4. Menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Seperti program silvilkultur yang berkaitan denga pengurusan,penjagaan dan perawatan hutan. R&D untuk beralih kepada sumber-sumber pengganti seperti penggunaan fiber, plastik, simen, aluminium agar tidak terlalu bergantung kepada hasil kayu/hutan.

3. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.


a) Kempen kesedaran mengenai penjagaan hutan boleh dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Di samping oleh agensi perhutanan seperti FRIM. Usaha yang berterusan khususnya kepada generasi muda diharap akan dapat mewujudkan masyarakat yang boleh hidup dengan harmoni dengan persekitaran hutan. b) Pendidikan alam sekitar mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan boleh dilaksanakan pada dua peringkat. Pertama peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam matapelajaran geografi dan juga interdisiplin seperti dalam matapelajaran sains dan juga peringkat universiti. Kedua-dua peringkat ini penting untuk menjamin kesedaran yang berterusan di kalangan masyarakat.

10

You might also like