You are on page 1of 12

T6-PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN 3D

TAJUK 6

PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN 3D

PENGENALAN
Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Tajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media 2D dan 3D serta bagaimana menghasilkan dan menggunakannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN I. Membanding bezakan bahan-bahan 2D dan 3D yang berlainan II. Menghurai kekeberkesanan penggunaan bahan 2D dan 3D yang pelbagai jenis dalam pengajaran-pembelajaran III. Menggunakan bahan 2D dan 3D dalam pengajaran-pembelajaran

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMIKIR Bagaimanakah bahan 2D dan 3D berkesan sebagai bahan bantu mengajar? Nyatakan contoh-contoh penggunaan bahan 2D dan bahan 3D yang bersesuaian bagi sesuatu tajuk. 6.1 BAHAN-BAHAN DUA DIMENSI Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

AKTIVITI 1 Cuba lihat di sekitar bilik darjah anda dan senaraikan contoh bahan dua dimensi yang ada. Catatkan bahan-bahan tersebut di sini: . . Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya. Biasanya papan paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh digunakan ialah: papan hitam, papan putih, papan pelabagai guna, papan magnetik, dan flip charts

(a) Gambar Atau Gambar Foto

Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit. MEMIKIR Apakah kebaikan menggunakan gambar dalam sesuatu pengajaran?
44

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(b) Grafik Grafik adalah gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Anda boleh merujuk kepada Tajuk 2 untuk mendapat penerangan tentang grafik.
(c) Carta

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf. AKTIVITI 2 Cuba anda buka perisian Microsot Excel dan kenalpastikan jenis-jenis carta yang boleh dihasilkan.

MEMIKIR

Bolehkah anda kenalpasti satu topik yang sesuai untuk anda menggunakan carta dalam pengajaran murid-murid pra sekolah anda?

(d) Poster

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisangarisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang
45

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
(e)

Kad Imbasan (Flash Card)

Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila. MEMIKIR Dalam pengajaran anda selama ini, apakah situasi-situasi yang sesuai sekali digunakan kad imbasan?
(f)

Kad Gambar

Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah.

MEMIKIR Melalui pengalaman mengajar anda, apakah aspek-aspek yang harus diberi perhatian dalam pemilihan media supaya pembelajaran boleh berlaku dengan berkesan. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum

46

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

kepada situasi/media yang abstrak (Sila rujuk kepada Model Dales Cone of Experience dalam Tajuk 1.

Edgar Dales Learning Experience

MEMIKIR Apakah kaitan gambarajah di atas berkaitan dengan penggunaan media dalam pengajaran-pembelajaran anda? 6.2 BAHAN-BAHAN TIGA DIMENSI Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi.
AKTIVITI 3

Cuba ingat kembali. Catatkan bahan-bahan 3D yang telah anda gunakan dalam pengajaran anda. Catatkan juga topik yang terlibat semasa anda menggunakan bahanbahan tersebut.
47

Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: ..

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Jenis bahan 3 D:

............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: ..

Pada pandangan anda, adakah penggunaan bahan-bahan tersebut berkesan dalam pengajaran anda? Bahan manakah tersebut yang paling berkesan sekali?

............................................................................................................................................. ............................................................................................................................................

Jenis-Jenis Bahan Tiga Dimensi Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai media pengajaran antaranya ialah:
(a)

Relia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan relia ialah murid boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar sesuatu yang sebenar.

48

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Relia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya atau bahan sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain. Relia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas tertentu. Spesimen 1. Merupakan contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri lazim yang terdapat pada kumpulan hidup tersebut. 2. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk awetan. 3. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukkan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan. 4. Contoh : Kutu daun, udang, labah-labah, daun, bunga
(b) Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau kayu. Beberapa pecahan jenis model, iaitu: Model Berskala / Model Pepejal Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal atau dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Ia boleh dipegang dan diperhati dengan mudah. Contoh model kapal terbang, model glob . Model Olok-Olok/ Model Pergerakan Model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenar untuk menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal. Biasanya model olok-olok dibuat
49

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenar. Model Keratan Rentas
1. Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada

satu benda untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. 2. Keratan selalunya digunakan dengan meluas dalam mata pelajaran Sains dan Teknikal

Model keratan rentas gigi (c) DIORAMA 1.

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi

pemandangan asal. 2. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang mempamerkan pemandanganpemandangan atau keadaan semasa zaman silam. 3. Diorama boleh dibuat dengan mudah menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polesterin dan bahan-bahan buangan.

Diorama 50

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(d) Akuarium

1. 2.

Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun balang-balang plastik.

3.

Ikan-ikan tropika boleh dibela dalam akurium tersebut

(e) Terrarium 1. Terrarium

boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti

mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptelia-reptelia kecil yang tidak merbahaya. 2. Kotak-kotak, botol atau bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik boleh digunakan untuk membina terrarium. 3. Masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium dan ditutup rapi.

Contoh terrarium (f)

Boneka, Patung, Topeng

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru termasuklah: a) Boneka sarung tangan b) Boneka tali c) Wayang kulit d) Topeng
51

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

a) Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah tangan yang dilukis boleh dijadikan boneka. Pelbagai watak boleh diwujudkan seperti haiwan dan kartun. b) Boneka Bertali Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti Plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan pada bahagian-bahagian tertentu yang boleh digerakkan. Semasa digunakan, tali-tali ditarik-tarik atau digoyangkan untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. c) Wayang kulit Rupa bentuk boneka ditulis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi dilekatkan untuk menggerakkannya Berdasarkan cerita tertentu. OHP juga boleh digunakan untuk memainkan boneka Skrin putih digunakan untuk menayangkan bayang-bayang boneka

d) Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan kertas yang dipotong halus-halus dan gam. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan.

6.3 PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN 3D DALAM PENGAJARAN Penggunaan bahan 2D dan 3D dalam pengajaran mempunyai beberapa kelebihan dan kekangan. Pemilihan untuk menggunakan bahan 2D dan 3D amat bergantung kepada objektif pengjaran dan juga kemampuan kita untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut Anatara kelebihan dan kelemahan mengguna bahan-bahan 2D dan 3D ialah seperti berikut:
52

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Kelebihan

Kelemahan

Pelajar boleh belajar tentang masa ini, Terdapat bahan 3D yang tidak mudah iaitu objek-objek yang digunakan dalam didapati dalam pasaran kehidupan harian Bahan 3D menggalakkan pelajar Kekangan masa untuk membina bahanmelibatkan diri dalam pengalaman konkrit bahan 3D tertentu Penggunaan bahan 3D menambah dan Perlu ada ruangan yang luas untuk melanjutkan pengetahuan pelajar menyimpan bahan 3D yang agak besar Penggunaan bahan 3D dapat membantu dalam mengembangkan konsep dari segi kronologi, perubahan dan tujuan

PENILAIAN KENDIRI

Cuba anda kenalpastikan satu topik pengajaran. Apakah kelebihan menggunakan bahan tiga dimensi dalam pengajaran-pembelajaran?
.. .. .. ..

MEMBUAT NOTA

53

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

BIBLIOGRAFI Y.P, Chin (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Program Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur. Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction (6th ed.)New York:Pearson, Allyn and Bacon. Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall. Ismail Md. Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed).Boston:Allyn and Bacon. Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall. Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahamd Zain (2009), Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd., Selangor. Noriati A. Rashid, P.Y. Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan W. Kamaruddin W. Hasan (2009), Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar,, Kuala Lumpur Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer M.D. & Edwards J. (2000). Integrating Educational Technology into Teaching: Prentise Hall Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D. R.(2006).Educational technology for teaching and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall. Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. Google Search

64

You might also like