You are on page 1of 4

PERMOHONAN SIJIL DAN LOGO HALAL Pengenalan 1.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (]HEAT) adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelih setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam Negeri Terengganu. 2. Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Malaysian Standard (MS) 1500:2004 Makanan Halal - Pengeluaran, Pengendalilan dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 3. Kategori pengesahan Halal ialah : 3.1. Produk Makanan dan Barang Gunaan. 3.2. Premis Makanan dan Minuman. 3.3. Rumah Sembelih. Pemohon Yang Layak 1. Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal adalah seperti berikut: 1.1. Pengeluar, Pengilang Produk ( Producer/ Manufacturer ). 1.2. Pengedar/Penjual ( Distributor/Trader ). 1.3. Pengeluar sub-kontrak ( Sub-contract manufacturer ). 1.4. Pengusaha Pembungkusan Semula ( Repacking ). 1.5. Premis Makanan ( Food Premise) . 1.6. Rumah Sembelih (A battoir/Slaughter House ). 2. Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran tempatan hendaklah memohon terus kepada ]HEAT. 3. Pemohon Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon terus kepada JAKIM. Syarat- Syarat Memohon 1. Syarikat Pengeluar/Rumah Sembelih/Premis Makanan. 1. Syarikat hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 2. Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan. 3. Mempunyai sekurang- kurangnya 2 orang pekerja Islam di bahagian pengeluaran. 4. Pengeluar/Pengilang/Syarikat hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.

5. Mempunyai sijil tauliah penyembelih yang masih sah bagi penyembelih dan ' checker '. 6. Tidak menjual minuman keras atau benda-benda yang diharamkan bagi proses makanan. 2. Produk 1. Produk bukan diharamkan oleh Islam. 2. Produk dikilangkan di Terengganu sahaja. 3. Produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pemprosesan. 4. Produk tambahan khasiat makanan perlu mendapat surat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu. 5. Bukan ubat ubatan/produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 6. Bagi mereka yang ingin memohon Sijil Pengesahan Halal JHEAT, permohonan bolehlah melengkapkan borang secara manual yang boleh didapati di alamat berikut : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Kompleks Seri Iman ]alan Sultan Mohamad 20676 Kuala Terengganu (u.p : Bahagian Penyelidikan) No. Tel : 09-6252525 ext 2106/2110 No. Fax : 09-6235135 Dokumen Yang Perlu Disertakan Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut : 1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang disahkan. 2. Salinan lesen operasi dari Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan. 3. Salinan Penyata Kewangan syarikat tahun sebelumnya. 4. Salinan kad pengenalan 2 ( dua ) orang pekerja tetap beragama Islam warganegara Malaysia serta surat perlantikan sebagai pekerja di syarikat berkenaan. 5. Salinan sijil halal bagi ramuan yang digunakan (jika berkenaan). 6. Salinan permit impot bagi bahan mentah berasaskan haiwan yang diimpot. 7. Salinan surat kebenaran dari pihak berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk kesihatan/makanan kesihatan. 8. Peta lokasi premis pengeluaran ( location-map ). 9. Contoh label produk yang disahkan halal.

Yuran Pensijilan Yuran pensijilan yang dikenakan kepada pemohon adalah bagi tempoh 2 tahun. Yuran ini dikenakan bagi setiap permohonan baru, pembaharuan, tambahan produk dan tambahan cawangan (premis makanan). Jadual 1 : Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun Industri Kecil RM 200 Industri Kecil & Sederhana RM 800 Jadual 2 : Ciri-Ciri Industri Ciri-Ciri Nilai jualan tahunan kurang dari RM 500,00. Industri Kecil 00 Pekerja kurang dari 50 orang. Industri Kecil Nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM &Sederhana 25 juta. Nilai jualan tahunan melebihi RM 25 juta. Secara global & mempunyai rangkaian di Industri Multi Nasional beberapa buah negara. Pekerja melebihi 150 orang. Industri Industri Multi Nasianal RM 1,400

Jadual 3 : Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun Premis Kecil RM 200 Premis Sederhana RM 800 Premis Besar RM 1,400

Jadual 4 : Saiz Premis Rumah Sembelih Bilangan Sembelihan Sehari Mengikut Jenis Haiwan Ayam (dan atau Kambing (dan atau Lembu (dan atau sejenisnya) sejenisnya) sejenisnya) < 2000 < 500 < 50 2000- 3000 500 -700 50- 100 >3000 > 700 > 100

Saiz Premis Kecil Sederhana Besar

Jadual 5 : Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun. Premis Makanan / Restoran / RM 200 bagi setiap

Dapur Hotel / Penyajian Makanan

unit/cawangan

Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal 1. Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya. 2. Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini. 3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis clan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan clan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya. 4. Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. 5. Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Garis Panduan" yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak. 6. Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal yang sah bagi sesuatu barangan atau premis dibenarkan mengguna Logo Halal (seperti yang terdapat di sijil berkenaan) pada barangan atau premis berkenaan. 7. Sijil Pengesahan Halal yang asal perlukan dipamerkan. 8. Penggunaan logo perlu disertai dengan Nombor Rujukan. Pembaharuan Sijil Permohonan pembaharuan Sijil Halal hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada berserta borang dan dokumen yang lengkap.

You might also like