You are on page 1of 32

Bab 3: Bimbingan Dalam Pendidikan: Tingkah

Laku Bermasalah

Bimbingan Dalam Pendidikan

3.1 Pengantar Kepada Bimbingan

3.1.1 Konsep bimbingan

• Bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat


kepada seseorang.
• Perkhidmatan panduan (Bimbingan) dijalankan di sekolah-
sekolah mulai sejak tahun 1963 berikutan dengan perakuan
Suruhanjaya UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memberi
kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan memberi
perhatian terhadap kebolehan mental dan fizikal, minat dan
bakat bagi setiap pelajar.
• Bimbingan ialah satu proses untuk menolong pelajar
mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap, dan
perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat.
• Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang
menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani,
emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang biasanya
dihadapi oleh pelajar boleh dikategorikan kepada masalah
akademik dan masalah emosi-sosial. Dalam proses
bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan
atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan
masalah tertentu.

1
3.1.2 Konsep bimbingan dalam pendidikan

Menurut Crow dan Crow (1983), di bawah konteks


pendidikan, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan atau
pertolongan yang betul kepada pelajar. Perkhidmatan bimbingan di
sekolah mestilah merangkumi perkhidmatan bimbingan peribadi
sosial, pelajaran, vokasional dan program mencegah salah guna
dadah.

Proses bimbingan merangkumi aspek-aspek seperti


orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar, nasihat
dan juga tindakan susulan.
Perkhidmatan bimbingan diadakan adalah bertujuan untuk:
a) mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan
kendiri dan bimbingan kendiri pelajar.
b) mengembangkan kebolehan pelajar memilih
matlamat sendiri, mengetahui diri sendiri dan
sekolah.
c) mengelak, menjangka dan mencegah krisis
daripada bermula dalam kehidupan pelajar.
d) Monolong pelajar menyesuaikan diri dengan
sekolah dan hidup secara memuaskan.

3.1.3 Prinsip bimbingan

1. Setiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi


peluang perkhidmatan bimbingan tanpa mengira jantina,
kaum, status sosial, latar belakang dan kepercayaannya.

2
2. Perkhidmatan bimbingan ialah tanggungjawab bersama di
antara

a) guru pembimbing dengan pelajar yang memerlukan


bimbingan
b) guru pembimbing dengan pihak sekolah termasuk
ibu-bapa pelajar berkenaan.

3. Perkhidmatan bimbingan haruslah diadakan untuk


mengembangkan peribadi individu secara sistematik dan
tersusun.

4. Perkhidmatan bimbingan mesti diuruskan mengikut prosedur


dan peraturan yang ditetapkan seperti:

• Dijalankan dengan adanya persetujuan daripada pelajar


yang terlibat tanpa sebarang paksaan. Hubungan yang
mesra dan kepercayaan perlu diwujudkan di antara guru
pembimbing dan pelajar yang terlibat.

• Dijalankan dalam keadaan yang selesa dan selamat. Segala


perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan oleh pihak
guru bimbingan. Segala maklumat pelajar adalah sulit
supaya hak pelajar dipeliharakan.

• Tindakan susulan haruslah dirancangkan selepas


perkhidmatan bimbingan diberi untuk memastikan masalah
yang dihadapi tidak akan timbul semula.

3
• Diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru
bimbingan yang terlatih.

3.1.4 Matlamat bimbingan

1. Matlamat bimbingan ialah untuk membantu pelajar


memahami diri mereka sendiri dengan mendalam dan
mengoptimakan tujuan hidup mereka.

2. Perkhidmatan bimbingan diberi agar pelajar dapat


menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya
yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri dengan nasihat
dan dorongan guru bimbingannya.

3.1.5 Pendekatan bimbingan

1. Bimbingan ialah satu proses yang berterusan mengikut


susunan dan bersifat mendidik.

2. Bimbingan diberi berdasarkan kesedaran tingkah laku yang


bersesuaian dengan kehendak masyuarakat, kesedaran
kehormatan dan harga diri serta kesedaran hak memilih atau
menolak untuk pelajar.

3. Proses bimbingan mesti dipraktikkan berdasarkan prinsip-


prinsip bimbingan yang baik.

(a) Pendekatan bimbingan dalam perkembangan

4
• Aktiviti-aktiviti yang memotivasikan individu dijalankan untuk
membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke
arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.
• Bimbingan diberi berdasarkan kepercayaan bahawa
manusia mempunyai kebolehan dan kesanggupan yang
tidak ada had.

(b) Pendekatan bimbingan dalam pencegahan

• Bimbingan menyediakan satu sistem tanggungjawab


bersama di antara guru-guru, pentadbir, ibu-bapa, rakan
sebaya dan ahli-ahli komuniti untuk mencegah dan
menyekat kemungkinan berlakunya permasalahan-
permasalahan dalam sistem persekolahan. Contohnya,
penyalahgunaan dadah, AIDS, budaya lepak dan
sebagainya.

(c) Pendekatan bimbingan dalam pemulihan

• Disediakan untuk pelajar-pelajar yang lemah supaya


mereka dapat mempertingkatkan prestasi diri dalam
pencapaian akademik.

(d) Pendekatan bimbingan dalam krisis

• Krisis merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk


dengan tujuan mencedera, percubaan membunuh orang
atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.

5
• Krisis-krisis yang biasa yang dihadapi oleh guru
bimbingan ialah masalah pembelajaran, masalah
peribadi, masalah kurang kecerdasan dan masalah
mental di kalangan pelajar-pelajar selokah.

• Krisis masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh


pelajar-pelajar ialah ketidaksinambungan di antara
kurikulum dengan perkembangan kognitif mereka atau
pun strategi dan kaedah mengajar guru yang kurang
sesuai dengan diri mereka.

• Selain daripada itu, guru bimbingan juga boleh


membimbing pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
peribadi seperti mereka yang mempunyai motivasi dan
konsep kendiri yang rendah atau pun yang mempunyai
masalah kemiskinan dan masalah sosial.

• Masalah kecerdasan mental di kalangan pelajar adalah


masalah seperti cepat lupa atau sukar memahami
sesuatu konsep yang diajar oleh guru. Seorang guru
pembimbing boleh menolong pelajar dengan
mencadangkan pelbagai cara atau latihan yang boleh
meningkatkan daya ingatan pelajar.

• Untuk mengesahkan pelajar yang mengalami krisis


mental, guru bimbingan perlu mengenali ciri-ciri yang
akan ditunjukkan oleh pelajar seperti berikut:

(i) tidak boleh menyebut perkataan-perkataan dengan tepat

6
(ii) tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk
membina ayat dengan tepat

(iii) membaca dengan kadar lambat atau langsung tidak


boleh membaca

(iv) jangka masa penumpuan perhatian semasa guru


mengajar adalah sangat singkat

3.1.6 Jenis bimbingan

1. Bimbingan merupakan satu tugas pendidikan yang penting.


Di kebanyakan sekolah, guru biasa berperanan penting
dalam usaha membimbing pelajar-pelajar di bawah
penjagaannya. Contohnya, guru darjah / tingkatan bagi
setiap kelas merupakan guru bimbingan bagi pelajar-pelajar
dalam kelasnya.

2. Seorang guru biasa perlu mengesan masalah atau keadaan-


keadaan yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan
pencapaian akademik murid-muridnya.

3. Guru juga perlu memberikan bimbingan untuk


mengembangkan lagi peribadi dan sosial murid-muridnya.

4. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, konflik dalam


persahabatan dan soal kewangan adalah antara masalah-
masalah yang memerlukan bimbingan di sekolah.

7
5. Dalam proses bimbingan, peranan seorang guru
pembimbing ialah seperti berikut:

a) mengenal pasti murid-murid yang bermasalah


b) membuat rujukan kepada pihak tertentu
c) mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh
mengenai murid yang terlibat dalam proses bimbingan.
d) memberikan bimbingan secara individu atau pun
berkelompok.

(a) Bimbingan individu

1. Menurut Cottle dan Downie (1970), bimbingan individu


adalah proses perbincangan di antara seorang kaunselor
dan seorang kliennya, di mana kaunselor berusaha
menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima
masalah yang dihadapi, sehingga dia membuat
pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-
pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.

2. Di dalam sekolah, bimbingan individu merujuk kepada


proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar
dengan seorang guru bimbingan yang menyediakan peluang
untuk sesuatu situasi temu bual. Tujuannya adalah untuk
membantu pelajar berkenaan untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi, dan seterusnya membuat pilihan daripada
alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat
membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.

8
3. Seorang guru bimbingan perlu membuat bimbingan secara
individu untuk murid-murid yang mempunyai konsep kendiri
yang sangat rendah atau yang bersifat pemalu.

4. Dalam bimbingan individu, peranan guru bukanlah untuk


memberikan nasihat tetapi menolong murid untuk
membangkitkan diri mereka.

5. Kebanyakan murid tidak tahu apa yang mereka hendak dan


bagaimana untuk mendapatkanya. Oleh itu, guru bimbingan
berperanan untuk membimbing murid-murid ini secara
individu dengan meminta mereka untuk

a) menerangkan situasi semasa mereka dan sensasi


yang mereka rasai.
b) mengalami dan melafazkan semua emosi semasa
yang dirasai secara eksplisit.
c) menyoal diri secara asertif tentang keadaan semasa
mereka
d) menyuarakan secara eksplisit keperluan-keperluan
semasa dan masa depan mereka.

6. Tujuan-tujuan bimbingan individu ialah:


a) menjalin hubungan yang baik dan mesra di antara guru
bimbingan dengan pelajar.
b) membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan
untuk menyelesaikan masalah diri sendiri.
c) membantu pelajar supaya membuat keputusan secara
rasional dan praktikal.

9
d) menyelesaikan masalah dengan berkesan atau
mencegah masalah kritikal menimbul, atau mengubah
tingkah laku negatif kepada positif.

(b) Bimbingan secara kelompok

1. Jika ramai pelajar di sekolah menghadapi masalah yang


sama dalam pencapaian akademik atau penyesuaian sosial,
bimbingan secara kelompok adalah lebih sesuai dijalankan.

2. Menurut C.A. Mahler dan E. Caldwell, bimbingan secara


kelompok adalah proses sosial tentang masalah
perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan
terkawal. Isi kandungan bimbingan secara kelompok
merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan
kebanyakan pelajar.

3. Di dalam sekolah, bimbingan secara kelompok adalah


proses mencari alternatif untuk menolong sekumpulan
pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada
dalam bidang akademik atau bidang emosi-sosial. Teknik
yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses
bimbingan secara kelompok ialah pemerhatian atau soal
selidik dalam peringkat pembentukan kumpulan, dan sesi
sumbangsaran.

4. Guru bimbingan boleh menggunakan kaedah


sumbangsaran, dalam bimbingan berkelompok kerana ia
dapat:

a) membincangan isu masalah yang dihadapi

10
b) membina hubungan yang rapat antara ahli kumpulan
c) mencadangkan alternatif-alternatif kepada masalah yang
dihadapi
d) mencapai kata sepakat
e) mengahir tindakan susulan yang dipersetujui oleh semua
ahli

5. Guru bimbingan perlu mengadakan sesi bimbingan


berkelompok dengan ahli keluarga pelajar jika masalah yang
dihadapi pelajar berpunca daripada keluarganya.

6. Bimbingan berkelompok juga boleh dibentuk daripada satu


kumpulan yang terdiri daripada lima atau lapan orang ibu-
bapa yang boleh bertemu dan mengenali semua ahli dalam
kumpulan. Lama-kelamaan, ini akan menolong mereka
untuk berkongsi perasaan mereka tentang anak-anak
mereka yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di
sekolah.

7. Pengalaman guru bimbingan dalam mengendalikan


bimbingan secara kelompok adalah penting. Masa dan
ketika guru bimbingan campur tangan semasa perbincangan
dijalankan adalah penting.

Peringkat-peringkat asas bimbingan secara kelompok:

1. Mengenalpasti dan membentuk kumpulan serta objektif


untuk bimbingan secara kelompok.

2. Sesi sumbangsaraan:

11
a) Orientasi dan pendedahan diri.
b) Konflik dan pertentangan.
c) Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi
d) Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah.
e) Membuat keputusan berdasarkan rumusan.

3. Tindakan susulan.

3.2 Peranan guru dalam Perkhidmatan Bimbingan


dan Kaunseling

3.2.1 Konsep
• Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat
kepada seseorang.
• Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah
konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan dan
pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar
yang berkenaan.
• Kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1963), ialah
proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri
dan situasinya.

Model Wilber Schramm III:

12
Mesej

Pengenkod
- Pentafsir
Pendekod
Mesej

3.2.1 Konsep Hubungan Interpersonal

• Hubungan interpersonal berkaitan dengan perkembangan


kita dengan orang lain.
• Ia merupakan satu bentuk komunikasi dalam sesi
kaunseling.
• Banyak saluran komunikasi dan maklum balas adalah serta
merta.
• Prinsip untuk memahami perasaan orang dinyatakan oleh
Covey (2000). Seek first to understand, then to be
understood.

Prinsip-prinsip dalam kemahiran komunikasi interpersonal adalah


seperti berikut:

• Manusia sentiasa berkomunikasi sama ada dengan nada


suara, gerak badan dan ekspresi muka.

13
• Manusia tidak boleh elak daripada berkomunikasi.
• Sekali sesuatu perkataan atau ayat telah dikatakan, ia tidak
boleh ditarik balik.
• Komunikasi ialah satu proses yang kompleks.

3.2.1 Kemahiran komunikasi interpersonal

a. Membina hubungan
- Pembinaan hubungan adalah suatu proses di mana guru
membina hubungan yang baik dengan muruid-muridnya.
- Mengambil tahu keperluan fisiologi dan psikologi murid-
muridnya.
- Kaunselor mesti boleh dipercayai.

b. Memberi perhatian
- Guru patut memberi perhatian kepada murid-murid agar
mereka berasa selesa dan tenang.
- Guru mesti duduk dekat dengan klien.
- Kedudukan badan, kontak mata dan perwatakan guru
harus sesuai.
- Kaunselor mesti prihatin tentang segala percakapan
termasuk isi-isi tersirat dan perasaan yang dibawa oleh
kliennya.

c. Mendengar secara aktif


- Guru perlu menggunakan nada suara yang lembut.
- Pengalaman guru.
- Penggunaan psikologi.
- Mendengar secara teliti dan penuh minat.

14
d. Menggunakan bahasa yang sesuai
- Pemilihan dan penyusunan kata-kata serta ayat.
- Perbincangan pertama hendaklah dimulakan dengan
butiran peribadi murid-murid.

e. Memahami gerak geri badan


- Memberi tindak balas yang sesuai.
- Kaunselor perlu mengamalkan cara duduk yang
membongkok supaya boleh cipta suasana yang kondusif.

f. Memberi tindak balas yang sesuai


- Kaunselor mesti ikhlas.
- kaunselor tidak boleh memberi nasihat tapi hanya boleh
memberi panduan.
- Kaunselor boleh memberikan peneguhan positif.
- Kaunselor boleh bertanya soalan terbuka dan meminta
maklumat lanjut.
- Refleksi.

3.2.2 Halangan dalam Komunikasi

• Halangan Fizikal
– Bilik kaunseling yang tidak kondusif.
– Tempat duduk yang tidak selesa dan lampu yang
terang.

• Halangan Psikologikal
– Tak boleh mengkritik dan komen negatif.
– Perlu memberikan peluang kepada klien-klien untuk
menyatakan semua perasaan negatif.

15
• Halangan Persekitaran
– Satu persekitaran yang positif.

• Halangan Sosial
– Kaunseling berkelompok dan rakan sebaya.
– Memastikan tidak ada konflik atau idea-idea yang
bercanggah

3.2.3 Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi Dalam


Mewujudkan Hubungan Interpersonal Yang Berkesan

• Tidak rasa malu atau diperkecilkan.


• Ia akan sentiasa didekati oleh murid yang bermasalah.
• Kaunselor perlu mempunyai komunikasi interpesonal positif.

16
Bab 4 Tingkah Laku Bermasalah

4.1 Pengertian
• Sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

• Tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour


dalam Bahasa Inggeris

• Terkeluar dari nilai, norma dan sosial masyarakat, termasuk


sekolah

• Bertentangan dengan tingkah laku yang dipersepsi, dirasai,


dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat.

4.2 Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku
Bermasalah

Tingkah Laku Tingkah Laku


Bermasalah Bermasalah Positif

Rajah 1: Jenis Tingkah Laku Bermasalah

17
4.2.1 Tingkah Laku Bermasalah Positif

Jadual 1: Tingkah laku Bermasalah Positif


Tingkah Laku Bermasalah Positif
Ingin
Tahu Proaktif Pintar Cerdas Cepat Belajar

Pelajar bertindak terlebih dahulu diMenyelesaikan tugasan dengan


dalam bilik darjah tanpa menunggulebih cepat disebabkan keupayaan
arahan atau tunjuk ajar daripadamental menyebabakan mereka
guru. Kemalangan berlaku keranaakan cepat berasa bosan
tanpa mematuhi arahan yang jelas. seterusnya akan bergerak ke sana
ke mari tanpa tujuan

4.2.2 Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku
bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah
laku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

Jadual 3.2: Tingkah laku Bermasalah Negatif

Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Bergantung Disruptif Destruktif
(Tingkah laku yang(Tingkah laku yang(Tingkah laku anti sosial)
menghalang) menganggu)
kelakuan yanghiperatif bertindak tanpamelakukan aktiviti jenayah
membahayakan dirimemikir akibatnyadan mengancam
sahaja tetapi tidak,membahayakan diri dankeselamatan orang dan
menganggu pelajar lain pelajar lain kemudahan-kemudahan
sekolah

18
• Kebimbangan • Hiperaktif • Pemusuhan
• Pergantungan • Kelakuan nyata (Over
berlebihan nakal hostility)
• Pengunduran • Bising • Vandalisme
diri • Bergerak • Kumpulan liar
• Pengasingan sesuka hati • Klik
diri • Ketawa kuat • Geng
• Agresif secara
lisan/fizikal

4.3 Cara-cara Mengenal Pasti Murid-murid Yang Bermasalah


Tingkah Laku

Teknik

Kajian
Jenis Bukan Ujian
Jenis Ujian Psikologi (Kajian Kes /
(Pemerhatian/
(Ujian Dianostik) Kajian dokumen/
Temu bual)
Kajian Membujur

Rajah 2: Teknik Mengenal Pasti Masalah Tingkah Laku

4.3.1 Teknik Jenis Ujian Psikologi

1. Ujian Pencapaian Akademik

19
~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR,
PMR, SPM dan STPM

2. Ujian Kecerdasan
~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh
Terman dan Binet

3. Ujian Kecendungan Bakat


~Ujian Aptitude Differentiate (DAT)

4. Ujian Minat
~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

5. Ujian Personaliti
~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek efekti,motivasi,
emosi dan sikap seseorng pelajar
~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar

6. Ujian Saringan
~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas

7. Ujian Diagnostik
~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan
kemahiran pembelajaran pelajar

8. Ujian Aptitud Khas


~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud
Seni atau Muzik
~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu

20
4.3.2 Teknik Jenis Bukan Ujian
(i) Pemerhatian
• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada
bidang efektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran
Agama Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani

• Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah

• Cara Merekod:
1.senarai semak – darjah pencapaian tingkah laku
2.skala kadar – 5 mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4)
baik, (5) terbaik

(ii) Temu bual


• Soalan selidik melalui teknik temu bual
• Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar
• Teknik menjalankan temu bual:

• Tentukan tujuan dan objektif temu bual


• Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi
• Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak
dikemukakan semasa temu bual
• Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual
• Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan
menimbulkan rasa keyakinan pelajar
• Tentukan tujuan dan objektif temu bual
• Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi
• Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak
dikemukakan semasa temu bual
• Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual

21
• Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan
menimbulkan rasa keyakinan pelajar

Kajian Dokumen

4.3.3 Teknik Jenis Kajian

1. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah


~ Mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan
kokurikulum dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat,
kesihatan dan latar belakang keluarganya.

• Butir-butir pelajar
• Buti-butir keluarga
• Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum
• Keputusan ujian
• Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah
• Sifat-sifat diri
• Butir-butir pelajar
• Buti-butir keluarga
• Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum
• Keputusan ujian
• Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah
• Sifat-sifat diri

2. Rekod Anekdot
~ sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian
sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.
~ merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan
termasuk komen guru yang memerhatikannya.

22
Jadual 3: Rekod Anekdot

Rekod Anekdot
Nama pelajar: ……………………… Tingkatan: ……………………….
Jantina: …………………………….. Umur: …………………………..
Tarikh Tempat Kejadian /Komen
peristiwa

--------------
Nama Guru:

4.4 Pengurusan Tingkah Laku


4.4.1 Pengertian
• Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan
teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai
• Peranan Guru
~ memodelkan tingkah laku yang positif
~ menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk
menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan
~ membetulkan tingkah laku murid yang salh dengan
menunjukkan mereka tingkah laku yang betul

23
Proses

Menetapkan matlamat tingkah laku yang betul harus ditunjukkan oleh murid

Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid

Menggunakan pelbagai teknik modifikasi tingkah laku sehingga


tingkah laku yang salah diperbaiki atau diperbetulkan

Memodifikasikan tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan


ganjaran ekstrinsik dan menujukkan tingkah laku yang betul
kerana motivasi intrisiknya

Rajah 3: Proses Pengurusan Tingkah Laku

Mengenal Pasti Tingkah Laku

Merekod Kekerapan Tingkah Laku


Yang Hendak Diubah

Jenis Tindakan Yang Akan Dikenakan

Penilaian

24
Rajah 4: Proses Modifikasi Tingkah Laku

4.4.2 Objektif:

1. mengajar murid-murid kemahiran baru dan tingkah laku


betul yang harus ditunjukkan oleh mereka.
2. memperbetulkan semua tingkah laku bermasalah dan
belajar respon-respon alternative yang boleh diterima dalam
satu persekitaran sosial.
3. Guru mesti meneguhkan semua tingkah laku positif yang
ditunjukkan oleh murid secara konsisten dan tetap untuk
memastikan kejayaan sesuatu program pengurusan tingkah
laku.
4. Mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang
dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif,
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi
membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Objektif pengurusan modifikasi tingkah laku murid ialah:
(a) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini
(b) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

4.4.2.1 Pengekalan Dan Peningkatan Tingkah Laku Yang


Diingini

1. Ganjaran:
(a) Pemenang pingat mingguan
(b) Memberikan pelekat (murid-murid yang lebih muda)
(c) Membuat carta bintang ( kanak-kanak yang lebih muda)
(d) Memberikan pujian (memberitahu merid-murid yang lain
atau menyebarkan nama murid dalam perhimpunan)

25
2. Kata-kata pujian dalam peneguhan sosial:
(a) “Saya sukakan cara anda bekerja dalm aktiviti kumpulan”
(b) “ Sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik”

3. Guru mesti selalu memberikan pujian bersama ganjaran


yang berbentuk materialistic (hadiah atau barang maujud)
sahingga murid hanya ingin menerima pujian sahaja
(motivasi intrinsik)

4. Modifiaksi tingkah laku berjaya, murid dapat


menyesuaikan diri dan berfungsi dalam bilik darjah tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran esktrinsik.

4.4.2.2 Pengurangan dan Pelupusan Tingkah Laku yang


tidak diingini

1. Guru perlu menggunakan peneguhan negative dalam bentuk


denda atau hukuman untuk menggurangkan dan
melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
2. Bentuk-bentuk denda:
(a) Kritikan
(b) Amaran
(c) Kerja Tambahan

3. Hukuman merotan adalah perlu untuk mengikis tingkah laku


yang sangat berbahaya.

4.4.3 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku

(a) Peneguhan (Reinforcement)

26
• Skinner- apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku
yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang
mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.

• Peneguhan positif- mengawal tingkah laku murid


dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta
kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau
mengubah tingkah laku.

• Faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan


peneguhan positive

1. Pilih secara khusus tingkah laku yang ingin


diulangi
2. Pilih jenis peneguh (reinforces)
3. Deprivasi
4. Kesegaran
5. Penjelasan
6. Perubahan kepada persekitaran semula jadi

• Dua jenis ganjaran atau peneguhan positif iaitu:

(i) Ganjaran primer (susu, makanan, gula)


(ii) Ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi),
penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan
atau bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan
wajah guru (muka atau badan).

27
• Peneguhan negative – denda , memarahi murid,
menggunakan kata-kata kesat atau menyuruh mereka
menjalani “time-out”.

(b) Dendaan
• Dimarahi oleh guru
• Diberikan amaran
• Hukuman yang dibayar dengan membuat kerja di
sekolah seperti mengutip sampah atau mencuci tandas.
• “Time-out” sama ada di dalam bilik darjah atau di luar
bilik darjah
• Dihantar ke bilik guru besar
• Ibu bapa murid yang menunjukkan tingkah laku
bermasalah disuruh datang ke sekolah untuk
membincangkan masalah tersebut murid

(c) Reverse Psychology


• Menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah
laku negative kepada yang positif.
• Memerlukan kemahiran guru memahami psikologi
pelajar serta mengenal pasti sikap, pandangan dan
pemikiran dalamnya.

(d) Shaping
• Proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui
beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur
dekat kepada tingkah balas yang diharapkan
• Guru mesti sangat spesifik dalam menetapkan matlamat
tingkah laku yang perlu dicapai olah murid.

28
• E.g. murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah
iaitu selalu bergerak dalam bilik darjah, guru boleh
menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai “
Berhenti bergerak di dalam bilik darjah”.

(e) Token Ekonomi


• System untuk membahagiakn beberapa peneguh
simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai
peneguh yang sebanar diidamkan.
• Sistem merit ditentukan berdasarkan criteria respons
terhadap tingkah laku yang diingini.
• Point merit (token) yang dikumpulkan boleh ditukarkan
seterusnya dengan peneguhan yang diidamkan

(f) Kontrak ( Lisan dan Bertulis)


• Cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah
laku negative kepada positif
• Murid-murid mesti menandatangani kontrak ini dan jika
mereka pecahkannya, mereka perlu menjalani hukuman
yang dinyatakan dalam kontrak tersebut.
• Semua penerangan ganjaran atau hukuman yang akan
diberikan akan dinyatakan dalam kontrak.
• Perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak (guru dan
murid)

(g) Kawalan Kendiri

1. Menentukan tingkah laku yang ingin di modifikasikan

29
2. Mengumpulkan data:
• Mengenal pasti antenseden kawalan
• Menentukan respons peringkat awal
• Mengenal pasti akibat kawalan

3. Merancang program tindakan:


Memulih strategi untuk menambah atau mengurangkan kekuatan respons

4. Implement dan menilai


program

5. Penutup: Menamatkan program

Rajah 5: Kawalan Kendiri

(h) Peneguhan kendiri (Motivasi intrisik)

30
Menetapkan piawai
Pemerhatian t/laku diri Menilai diri

Peneguahan diri Memperoleh diri kepuasannya

Rajah 6: Peneguhan Kendiri

(i) Modeling ( Modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran)

o Pemerhatian dan peniruan


o Dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan
o Meniru kemahiran daripad kecekapan demonstrasi
modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika
memperoleh kepuasan dan peneguhan
o Meliputi pemerhatian, peingatan, peniruan dengan tingkah
laku atau gerak balas yang sesuai

4.5 Implikasi modifikasi tingkah laku terhadap


proses pengajaran & pelajaran
1. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat akan
dapat diwujudkan
2. Membantu murid mengubah tingkah laku negative dan
melicinkan proses p&p
3. Masa akan dapat dijimatkan kerana guru tidak perlu
mengendalikan kes salah laku
4. Standard tingkah laku pelajar seragam; tidak terdapat
unsur pulih kasih. Semua pelajar dikehendaki mematuhi
peraturan-peraturan yang sama.

31
5. Objektif guru untuk meningkatkan pencapaian akademik
akan tercapai
6. Keharmonian pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas akan
ditingkatkan kerana gangguan dapat dikurangkan melalui
modifikasi tingkah laku
7. Meningkatkan prestasi dan keberkesanan aktiviti
pembelajaran murid
8. Membentuk tingkah laku positif ( fizikal, mental, emosi dan
sosial)
9. Meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri.
10. Membentuk murid yang berilmu pengetahuan, cinta
membaca serta berakhlak mulia.

Rumusan, dalam modifikasi tingkah laku, guru perlu:


1. Menekankan aspek dan pemikiran yang positif
2. Meneguhkan tingkah laku positif dengan secepat mungkin
3. Mengelak daripada menggunakan hukuman
4. Meninjau apa yang digemari oleh murid-murid agar peneguh
yang digunakan itu berkesan
5. Menekankan kepada pengakuan dan pengiktirafan
kebolehan murid-murid.

32

You might also like