You are on page 1of 27

5.

1 MAKSUD PENGURUSAN BILIK DARJAH


 Satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
 Melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat.

5.1.1 KONSEP BILIK DARJAH


 Tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku.secara rasmi
 Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar
oleh seorang guru.
 MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau
‘musuh dalam pengajaran’.

5.1.2 KONSEP PELAJAR ATAU MURID


 Akta Pendidikan - pelajar atau murid merupakan seseorang yang menerima
pendidikan atau latihan.

5.1.3 KONSEP GURU


- seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan,
atau
- menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah
sekolah gaya pos.
5.2 JENIS-JENIS BILIK DARJAH, PENYUSUNAN
FIZIKAL DAN ORGANISASI SUMBER
PEMBELAJARAN

5.2.1 BILIK DARJAH TRADISI


 Diwujudkan sebelum KBSR dan KBSM
 Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
 Setiap baris murid duduk bersebelahan
 Susunan fizikal agak rigid.
 Bersesuaian dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu
penglibatan
murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran tidak digalakkan.
 Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja murid atau bahan
pengajaran-pembelajaran yang lain.
 Suasana ini tidak mendorongkan proses pengajaran-pembelajaran.

5.2.2 BILIK DARJAH KBSR


KBSR menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.-penyertaan
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat
digalakkan.
Program pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu murid-murid
lemah dan program pengayaan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-
murid.
Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan.
Saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid.
Bentuk meja segi empat diubah menjadi bentuk trapezium.
Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.

5.2.3 Bilik darjah KBSM


 Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
supaya
menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, suasana bilik darjah KBSM yang menggalakkan murid yang
aktif serta kerap berinteraksi antara meja dan kerusi..
 Susunan meja dan kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.
 Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu murid yang
lemah
dalam pelajaran.

5.2.4 BILIK DARJAH TERBUKA


Suasana bilik darjah dan pengajaran secara seluruh kelas adalah pada
peringkat
minimum, murid-murid dibenarkan untuk mengkaji sesuatu mengikut minat
masing-masing.
Murid-murid digalakkan untuk merancang sebahagian pembelajaran mereka
yang
berkaitan dengan pengajaran berpasukan dan ‘pelan terbuka’.

5.2.5 BILIK DARJAH PRASEKOLAH


Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan
serta merangsangkan kanak-kanak.
Suasana yang memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru
dengan kanak-kanak.
Terdapat dua jenis bangunan prasekolah
a) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained di mana melengkapi pelbagai
jenis peralatan pembelajaran.
b) Corak terbuka di mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang
pembelajaran
tertentu.

5.3 FAKTOR FIZIKAL, KEMANUSIAAN DAN TEKNIKAL


YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH

5.3.1 FAKTOR FIZIKAL


a) SAIZ BILIK DARJAH
Ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung 40 orang
murid-murid adalah 7 x 9 meter atau diperbesar lagi.

a) SUASANA AM BILIK DARJAH


Bilik darjah dihias, ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk
mempamerkan hasil-hasil kerja murid, alat bantu mengajar, carta, keping
gambar yang berwarna-warni,l model dan objek yang lain.
Papan kenyataan serta almari juga disediakan.

C) PERALATAN
Kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan,
juga rak-rak buku, almari dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

D) KEADAAN CAHAYA DAN UDARA BILIK DARJAH


Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi untuk membolehkan
pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah.
Cahaya yang cukup supaya tidak menjejaskan penglihatan murid-murid
dan tidak menyebabkan mereka cepat berasa letih dan mengantuk.

5.3.2 FAKTOR KEMANUSIAN


A) KASIH SAYANG
guru perlu menyayangi kanak-kanak.

B) KEADILAN
Bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid dilayan secara
saksama

b) DEMOKRASI
Guru tidak melantik ketua darjah tetapi meminta murid-murid memilihnya.
Guru sanggup mendengar serta menerima pendapat yang baik daripada
murid-murid.

c) BERTIMBANG RASA
Dapat membentuk murid yang bersikap sedemikian terhadap kawan-
kawan mereka.
d) KELUCUAN
Guru yang bergurau dari semasa ke semasa dapat menghilangkan
kebosanan murid.
Guru tidak boleh menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya. Ini
akan menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.

5.3.3 FAKTOR TEKNIKAL


Perkara yang terlibat adalah seperti kemahiran guru, computer, projector
overhed, transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya. Guru harus
meningkatkan lagi kemahirannya.
Alat Bantu mengajar yang digunakan secara berkesan akan
menyebabkan pengajaran-pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta
menarik.

5.4 RUTIN BILIK DARJAH


Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah
setiap hari atau prosedur tetap menjalankan aktiviti harian bilik darjah.
Penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-
aktiviti.
Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual
kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan
menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita, berus, menyemak dan
memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain.
Murid-murid pula boleh menjalankan rutin seperti membersihkan bilik darjah,
membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan
menghantar buku latihan, menyusun meja dan kerusi, menghias bilik darjah
dan mengemas kini bahan-bahan pada papan kenyataan.

5.5 DISIPLIN
5.5.1 Konsep
Peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi
mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan
masyarakat itu. Merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya
membawa kepada sifat
rasional serta keyakinan diri seseorang.
Berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai dan menghayati
perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga sanggup taat
dan setia kepada sekolah, negeri dan negara.

5.5.2 KEPENTINGAN DISIPLIN


A) Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur
B) Pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang dan
teratur.
C) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi
D) Murid-murid menjadi lebih produktif
E) Keselamatan murid-murid terjamin
F) Tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
G) Murid-murid dapat dibesarkan menjadi warganegara yang berguna dan
berdisiplin.
H) Nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan,
kerjasama, rendah hati, kebersihan dapat dipupuk.

5.5.3 Jenis-jenis disiplin


Terdapat empat jenis utama disiplin mengikut Lindgren, 1972

I) DISIPLIN ARAHAN GURU


Mewujudkan struktur serta mewajibkan murid-murid mematuhi
peraturan
Guru yang berkesan akan membenarkan kebebasan murid-murid
berkembang secara semula jadi serta spontan dan bersedia
mengenakan batasan bagi satu-satu tingkah laku yang kurang
diingini.
Guru harus memberi inisiatif mengadakan struktur dan
pertimbangan.
Inisiatif mengadakan struktur merujuk kepada aktiviti-aktiviti
seperti mengarah, mengawal, menghukum, mengenakan
batasan, memberi ganjaran, pengelolaan, menyusun jadual
kerja, mengekalkan standard dan sebagainya,
Pertimbangan kepada tingkah laku perlu dilakukan seperti
memberi simpati serta kefahaman, mengadakan kompromi,
menolong, menggalakkan penyertaan ahli-ahli kumpulan dan
bersedia memberi sokongan.

II) DISIPLIN ARAHAN KERJA


Merujuk kepada disiplin yang diwujudkan oleh tugasan yang
perlu diselesaikan oleh seseorang itu.
Setiap tugasan mempunyai disiplin yang tersendiri, sama ada
mengumpul dan mengasingkan setem, kira-mengira, bekerja
dalam sesuatu projek dan sebagainya. Semakin matang
seseorang itu semakin mudah baginya untuk mematuhi harapan
sesuatu tugasan.
Disiplin ini berlandaskan kepada motivasi positif.

III) DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN


Disiplin ini hasil daripada kawalan rakan-rakan sebaya.
Murid-murid yang enggan mengikut kehendak kumpulan akan
dipulaukan.
Dalam aktiviti pembelajaran, ahli-ahli kumpulan yang dibentuk
hendaklah mengikut arahan kumpulan

IV) DISIPLIN ARAHAN KENDIRI


Disiplin ini bersifat motivasi dalaman.
Kebolehan membuat kompromi disebut disiplin arahan diri.

5.5.4 PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

a) DIRI MURID
 Personaliti seseorang murid adalah berbeza
 Murid kurang yakin dan mempunyai konsep kendiri akademik yang
rendah

b) KAEDAH SERTA BAHAN PENGAJARAN YANG TIDAK SESUAI


 Kebosanan disebabakan kegagalan guru menjadikan sesuatu aktiviti
pembelajaran itu menarik, bersesuaian dengan masa, mencabar dan
berkaitan.

c) KEADAAN FIZIKAL BILIK DARJAH

 Bilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yang tidak
mencukupi, kerusi dan meja yang kurang sesuai akan mewujudkan
masalah disiplin.
 Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran

d) SUASANA SOSIOEMOSI YANG KURANG SIHAT


 Guru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-muridnya
sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang serta
takut pada gurunya.
 Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaran
yang disampaikan.
 Corak persahabatan di kalangan murid tidak sihat maka wujudlah
kelompok tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya.

e) KESIHATAN MURID
 Badan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadap
pengajaran guru.
 Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasa
gelisah atau rimas.

f) KUALITI GURU
 Guru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar
akan menarik minat kanak-kanak.
 Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapat
penghormatan murid-murid.
g) PERSEKITARAN SEKOLAH
 Bilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-
murid.
 Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru.
 Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk dan struktur
ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya akan
menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah dari
segi akademik.

h) KELUARGA
 Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktiviti
sosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yang
sewajarnya kepada anak-anak mereka.

i) RAKAN SEBAYA
 Interaksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah.
 Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akan menghasilkan
seorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu
masyarakat.

5.5.5 CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN


λ Memastikan semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan
tugasan yang berfaedah.
λ Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.
λ Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat
bantu mengajar.
λ Menghormati murid-murid seperti manuasia biasa. Layanan baik yang
diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid.
λ Memberi perhatian terhadap perbezaan individu.
λ Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik.
Perasaan Berjaya dan diiktirafkan akan mengurangkan masalah disiplin.
λ Bersifat adil, tegas dan tekal ketika menyelesaikan masalah disiplin. Guru
tidak harus menggunakan ugutan.
λ Berjenaka pada masa yang sesuai.
λ Teknik pengajaran yang berpusatkan guru perlu berubahkepada teknik
berpusatkan murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani. Aktiviti
yang dirancangkan hendaklah menarik minat serta menyeronokkan
mereka.
λ Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah sesuai dengan
kebolehan murid-murid, tidak terlalu susah sehingga dengga
mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar
langsung.
λ Penggunaan alat bantu mengajar perlu digiatkan oleh guru.
λ Bilangan pelajar harus dikekalkan kepada 35 orang dalam satu kelas.
λ Aras aspirasi bagi setiap murid perlulah realistik. Murid-murid berbeza
dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan
murid-murid agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukan dengan
murid-murid yang lain.
λ Hukuman dera tidak seharusnya digunakan.
λ Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi
kaunseling harus dijalankan.
λ Keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai patut diwujudkan.
BAB 6: INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
6.1 Definisi
 Interaksi ~ satu process saling bertindak antara individu dengan pihak
atau individu lain dengan pihak atau individu lan dengan alam sekitarnya.
 Bilik darjah ~ tempat process pengajaran dan pembelanjaran berlaku.

6.2 CONTOH-CONTOH INTERAKSI


Contoh–contoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti
berikut:
(i) Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.
(ii) Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.
(iii) Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.
(iv) Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya
melalui satu persembahan Power Point.

Menurut Flander(1970), terdapat tigajenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:


(a) interaksi di antara individu
(b) interaksi di antara dengan alam sekitar.

Interaksi di antara individ dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga Jenis
iaitu:-

INTERAKSI
DALAM
BILIK

(a) PERCAKAPAAN GURU (b)PERCAKAPAN MURID (c) KESENYAPAN


Rajah 1: Jenis interaksi dalam bilik darjah
Jadual 1: Teknik dan ciri jenis interaksi

Jenis interaksi Gaya Teknik & Ciri-ciri


(a) Percakapan guru (i) Pengaruh ~ secara bersyarah (memberi arahan &
langsung mengkritik)
~ adalah satu hala sahaja & penglibatan
murid-murid adalah pada tahap minima.
(ii) Pengaruh ~ Secara menyoal (menerima perasaan &
Tidak memberikan dorongan)
langsung ~ untuk membina suasana interaksi yang
positif
di dalam bilik darjah.
(b) Percakapan Pelbagai ~ Terdiri daripada tndas balas & respon
murid hala murid
di mana mereka mengambil inisiatif
sendiri
untuk melibatkan diri dalam process
pengajaran dan pembelanjaran.
~ Terdapat perbincangan sktif antara guru
dengan murid & murid dengan murid.
(c) Kesenyapan ~ Secara senyap (kerana kekeliruan
berlaku di
antara pihak guru dan murid)
~ Untuk memhentikan gangguan
komunikasi di
antara guru murid

6.3 JENIS –JENIS INTERAKSI DAN KEPENTINGANNYA


Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah, iaitu:-
I) Interaksi sehala/interaksi tradisional
II) Interaksi dua hala antara guru dan murid
III) Interaksi dua hala antara murid dan murid
IV) Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid
dengan murid
V) Interaksi berkomputer.

6.3.1 INTERAKSI SEHALA/INTERAKSI TRADISIONAL


 Berkait rapat dengan pendekatan/ teknik/ kaedah/ strategi yang
digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.
 Cth: Jika guru mengamalakan pendekatan berpusatkan guru, kaedah
kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi,
interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang
mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di
dalam bi;ik darjah.
 Ciri-ciri interaksi sehala:-
I. Corak interaraksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
II. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
III. Murid-murid tidak terlibat dalam process pengajaran dan
pembelanjaran secara aktif.

Guru Murid

Rajah 2: Corak Interaksi Sehala

6.3.2 INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID


 Guru menggunakan pendekatan yang berlaianan seperti perbincanagn
atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar
menjadi interaksi dua hala.
 Ciri-ciri interaksi Dua hala:-
I. Aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif.
II. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi
terbuka di dalam bilik darjah.
III. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proces
pengajaran dan pembelanjaran dengan menyoal dan meminta
pendapat mereka.
Guru Murid

Rajah 3: Corak Interaksi Dua hala antara guru dengan murid

6.3.3 INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID


Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah
bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti
dalam process pengajaran dan pembelanjaran, interaksi antara murid
dengan murid dapatmemikirkandengan lebih banyak lagi.

Ciri- ciri Interaksi Dua hala di antara Murid dengan Murid


I. Aktiviti pembelanjaran menjadi aktif dan dinamik.
II. Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan
III. Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru
sahaja.
IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tnpuan guru.
V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-
menghormati dan saling bantu membantu di kalangan mereka
Murid
Murid

Murid

Murid
Murid

Rajah 4: Interaksi dua hala di antara murid dengan murid

6.3.4 Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan


Murid dengan Murid.
λ Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti
simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan,
ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan
menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan
murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.
λ Ciri-ciri penting:-
(i) Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan
murid dengan murid.
(ii) Penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan
pembelajaran.
Murid
Guru

Murid

Murid
Murid

Rajah 5: Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan Murid
dengan Murid

6.3.5 INTERAKSI BERKOMPUTER


ν Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini ialah penggunaaan
komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya.
ν Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat membantu dalam proces pendidikan dan
mengurus pengajaran serta dapat membantu dalam proses penilaian.
ν Kini - penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai
bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computer
adaptive testing –CAT).
ν Ciri-ciri:-
A. Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesienuntuk guru menjalani
ujian melalui komputer.
B. Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.
C. Interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid
mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang
dipilih oleh mereka.
D. Guru dapat menyimpan rekod tentang keputuan murid –murid secara
tersusun dan sistematik.
E. Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer,
dengan peranan guru sebagai pemudahcara.

6.4 KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
(i) Membolehkan guu memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat
dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
(ii) Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir
memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.
(iii) Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam
bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah
syarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
(iv) Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana
interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu
pengetahuan kepadamurid-muridnya.
(v) Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya
mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
(vi) Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan
pelajarannya dengan berkesan.
(vii) Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid
memerlukan interaksi dua hala.
(viii)Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkan
melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.
(ix) Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media
bercetak yang sedia ada.
6.5 CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN
DALAM BILIK DARJAH
Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan
dalam bilik darjah iaitu;-
λ Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menggalakkan interaksi dua hala.
λ Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.
λ Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
λ Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan
canggih.
λ Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan
canggih.
λ Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan
diri secara aktif dalam process pengajaran dan pembelajaran.
λ Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam
pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-
emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan
murid-murid.
λ Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan
pandanagn kendiri.
λ Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di
dalam bilik darjah.
λ Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk
meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

6.6 KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH


 Ditakrifkan sebagai satu process yang melibatkan penghantaran dan
penerima maklumat (mesej) di antara dua pihak iaitu pengahntar dan
penerima.
 Satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada
satu pihak yang lain(penerima).
 merupakan perhubungan dan penerima di antara dua pihak, iaitu guru
dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk
percakapan atau gerak-geri.
 Komunkasi antara manusia berlaku bila seorang itu bertindak balas (respon)
kepada symbol atau isyarat.
 Manusia selalu lupa lupa bahawa perbuatan dan tingkah lakunya merupakan
mesej yang paling berkesan.
 Sesuatu mesej yang dihantar kepada penerima tidak akan terhenti disitu
saja, sebaliknya proses ini terus berlaku ia melibatkan elemen-elemen lain
seperti keyakinana diri, pengalaman lalu, kebimbangan, keupayaan diri,
jangkaan, kehendak dan keperluan manusia.

6.6.1 JENIS-JENIS KOMUNIKASI

(i) Komunikasi secara lisan (Verbal)


Komunikasi
(ii) Komunikasi secara bukan lisan (Non-Verbal)

Rajah 6: Jenis-jenis komunikasi

6.6.1.1 CIRI-CIRI KOMUNIKASI VERBAL:


1. Komunikasi berbentuk lisan.
2. Secara langsung di antara dua orang.
3. Melibatkan penggunaan bahasa.
4. Proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan dihantar
daripada seorang individu kepada seorang atau sekumpulan
pendengar.
5. Idea yang disampaikan oleh guru dalam komunikasi verbal mestilah
jelas dan mudah difahami.

Guru banyak menggunakan komunikasi verbak dalam bilik darjah.

6.6.1.2 CIRI-CIRI KOMUNIKASI BUKAN VERBAL:-


1. Komunikasi bukan verbal terdiri daipada semua jenis bentuk tingkah
laku yang bukan lisan dan tudak bertulis.
2. Terdiri daripada, gerakan anggota badan, mimic muka, atau sebaran
komunikasi yang dibuat tanpa suara.
3. Terdiri daripada gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala
atau ungkap mata. Sebagai contoh, guru hanya perlu meletakkan jari
di bibirnya apabila dia kehendaki murid-muridnya untuk berdiam.
4. Guru boleh menggunakan gerak isyarat positif atau negatif dalam bilik
darjah.
5. Contoh gerak isyarat positif yang guru boleh memaparkan dalam bilik
darjah ialah dengan menggangguk kepala dan bersenyum.
6. Contoh gerak isyarat negative yang guru boleh menunjukkan dalam
bilik darjah ialah menggeleng kepala dan menuding jari kepada
murid-muridnya sebagai satu bentuk peneguhan negatif.

6.6.2 MODEL-MODEL KOMUNIKASI


Model Claude Shannon dan Warren
Weaver
Empat Model Wilbur Schramm I
model
Weaver
komunika Model Wilbur Schramm II
si asas
Weaver
Model Wilbur Schramm III
Weaver
Rajah 7: Model komunikasi asas

a) MODEL CLAUDE SHANNON DAN WARREN WEAVER


Menegaskan bagaimana satu konsep matematik dapat disampaikan
daripada guru kepada murid.
Sumber maklumat yang disimpan dalam ingatan sipenyampai (guru) akan
dihantar melalui satu pesanan/isyarat menggunakan alat pemancar(suara)
dan isyarat mesej hendaklah sampai kepada otak penerima (murid)
melalui telinganya.
Kadangkala, terdapat gangguan kepada pesanan yang menghalang
mesej dihantar kepada penerima.

Pesanan

Maklumat Suara Isyarat Isyarat Otak Telinga


mesej

Gangguan

Rajah 8: Model komunikasi Claude Shanaan dan Warren Wearen

Model ini syorkan yang semua jenis komunikasi mempunyai enam


jenis elemen:

A. Punca makumat
B. Pemancar
C. Pesanan
D. Dstinasi
E. Penerima
F. Isyarat mesej

Dikenali sebagai model transmisi dan resepsi maklumat.


Mengikut model ini, keberkesanan proses penghantaran dan penerimaan
pesanan bergantung kepada sumber gangguan yang boleh menjadi
penghalang kepada komunikasi asas ini.
 Contoh sumber gangguannya: Kebisingan yang berlaku dalam bilik
darjah. Kesannya – pesanan atau isyarat yang guru ingin sampaikan dan
isyarat mesej yang diterima oleh murid mungkin tidak sama.

b) MODEL WILBUR SCHRAMM I


Satu sumber rangsangan mesti dienkodkan sebagai satu isyarat atau
mesej oleh penyampainya.
Penerima (destinasi) yang menerima pesanan ini perlu dekod mesej
tersebut (mentafsir pesanan ini).

Punca Isyarat
Enkoder Enkoder Destinasi
rangsangan (Mesej

Rajah 9: Model Komunikasi Wilbur Schramm1

Model ini syorkan yang semua jenis komunikasi mempunyai lima jenis
elemen:
1) Punca
2) Enkoder (pemerosesan secara mental pesanan yang dikeluarkan dari
punca/sumber)
3) Isyarat/mesej
4) Decoder (memproses semula mesej supaya dapat difahami dan diterima.
5) Destinasi (penerima mesej)
Setiap pesanan bermula denagan rangsangan yang dikenali sebagai punca
yang akan dienkod iaitumentafsir sumber yang hendak disampaikan.
Diikuti dengan penghantaran pesanan itu dalam bentuk isyarat, sama ada
secara lisan atau bukan lisan.
Bila isyarat ini diterima oleh penerima, ia akan dekodkan isyarat tersebut
untuk memahami pesanan yang dihanter kepadanya.
Mengikut Schramm, keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah banyak
bergantung dalam ketepatan sesuatu sumber rangsangan dienkod oleh guru
dan bagaimana didekod oleh murid-muridnya.

c) MODEL WILBUR SCHRAMM II


 Direkacipta berasaskan Model Schramm I.
 Satu lagi aspek dimasukkan iaitu bidang pengalaman (si penyampai
pesanan) dan bidang pengalaman (si penerima pesanan).

Bidang Pengalaman Bidang Pengalaman

Sumber Isyarat Sumber


d
E

(rangsangan)
n
k
o
d

(rangsangan)
d
d
o
k
n
E

(Mesej)

(Penyampaian) (Penerima)

Rajah 10: Model Komunikasi Wilbur Schramm II

 Isyarat (mesej) yang akan diterima dengan jelas bila pengalaman kedua-dua
s penyampai dan si penerima bertindih.
 Sebab - rangsangan yang dienkod dan mesej yang didekod adalah
berdasarkan pengalaman bertindih yang terdapat di antara si penyampai dan
si penerima.
 Komunikasi berkesan hanya berlaku apabila sumber yang dienkod adalah
sama dengan mesej yang di dekod oleh sipenerima.
 Dalam sekolah pula, komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku di
dalam bidang pengalaman bertindih di antara guru dan murid-murid.

d) MODEL SCHRAMM III


 Dikembangkan daripada Model Schramm I dan II.
 Tiga pihak yang bertindak sebagai penyampai mesej; pengenkod, pentafsir,
dan pendekod
 Pertukaran mesej atau pesanan bertukar-tukar di antara ketiga-tiga pihak ini.
 Mereka yang terlibat akan mengubah peranan mereka daripada pengengkod
(penyampai), pendekod (penerima) dan pentafsir.

mese
j
Pengenkod Pengenkod
Pentafsir Pentafsir
Pendekod Pendekod

mese
j

Rajah 11: Model Komunikasi Wilbur Scramm III

 Model ini mementingkan aktiviti perbincangkan dan soal jawab di antara


guru dan murid.
 Menegaskan bahwa kita bukan sahaja menerima pesanan tetapi juga
mengintepretasikan dan mentafsir pesanan daripada pelbagai sumber.
 Membuat intepretasinya yang tersendiri terhadap setiap pesanan yang
diterima.
6.6.3 GANGGUAN DAN HALANGAN KOMUNIKASI
Terdapat beberapa gangguan dan halangan dalam process komunikasi.
Beberapa gangguan ini adalah seperti yang berikut:-
a) Guru sukar berterus terang
b) Emosi guru yang tidak terkawal
c) Guru yang tidakmelayani maklum balas murid
d) Kebisingan dalam bilik darjah
e) Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang
f) Suasana bilik darjah yang kurang kondusif

6.6.4 CARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK


DARJAH
Komunikasi yang berkesan d akan berlaku jika mesej yang disampaikan
oleh si penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima. dengan
jelas.
Berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan
hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan
kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan.
Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(Pujian) dan
bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman).
Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke
semasa.
Murid mesti mendapat mesej/arahan yang ingin disampaikan oleh guru
dengan tepat.

6.6.4.1 Amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah


Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah.
Menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia
drama.
Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya
menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.
Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan
kemahiran menyoal yang berkesan.
Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka timbul
konflik di antara kedua-dua pihak tersebut.
Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran
yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu
mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:-
i) Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya.
ii) Memastikan bahawa tidak ada halanagn apabila guru
menyampaikan pengajarannya.
iii) Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka
dapat berkomunikasi denagn lebih senang.

You might also like