You are on page 1of 22

Bab 11: Kemahiran Profesional Guru; Peningkatan

Profesional Kendiri;
Cabaran Profesion Keguruan

11.1 Kemahiran Profesional Guru

Kemahiran-kemahiran professional yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri


daripada:

11.1.1 Kemahiran Belajar


• Kemahiran membaca, memerhati, menulis, menghafal, mengingati,
berfikir, menganalisis, mensintesis dan menilai.
• Cara-cara guru menerima dan memahami isyarat serta merancang
strategi-strategi belajar.
• Kemahiran belajar yang penting yang perlu dimiliki oleh seorang guru
terdiri daripada:
(a) cara-cara bagaimana guru menganalisis pelbagai jenis maklumat
daripada sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
(b) cara bagaimana guru membuat penilaian terhadap pelbagai sumber
pembelajaran dan pengajaran.
(c) cara-cara guru mengoptimumkan sumber-sumber pengajaran dan
pembelajaran tersebut.

11.1.2 Kemahiran Berfikir


• Interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:
(a) pengetahuan
(b) kemahiran kognitif
(c) sikap dan nilai

1
• Empat cabang utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran
berfikir secara kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir.
• Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah
secara logik dan munasabah. Justeru itu, kemahiran berfikir ini mungkin
berbeza daripada seorang guru dengan guru yang lain.
• Dalam kemahiran berfikir secara kritis, guru perlu memiliki kemahiran-
kemahiran yang berikut:
-- menganalisis sesuatu masalah secara terperinci.
-- menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapat gambaran yang lebih
menyeluruh
mengenai sesuatu konsep.
-- kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza.
-- menyusun isi dalam bentuk menaik ataupun menurun.
-- membuat keputusan rasional.
-- membuat penilaian secara menyeluruh.
• Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:
-- menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi
bermasalah.
-- membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana
guru
perlu memutuskan satu tindakan wajar.
-- membuat hubungkait antara konsep-konsep yang berbeza.
-- meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana
guru dapat
membayangkan apa yang akan berlaku dalam satu situasi bermasalah.
-- membuat hipotesis iaitu membuat penyataan masalah yang boleh diuji
kesahannya.
-- mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta
yang
berasingan untuk mengahsilkan satu gambaran yang menyeluruh.

2
-- mengitlak iaitu untuk membuat pemerhatian dan rumusan dengan
membuat
pernyataan-pernyataan umum.
-- menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan
antara
konsep-konsep yang berlainan.
-- membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu
yang
abstrak di dalam pemikirannya.
-- merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang
boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru


perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi,
analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajarannya.
• Guru harus mengaplikasikan kemahiran berfikir menaakul kerana ia dapat
membantu guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasional
terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.
• Guru juga harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang
lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang
melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk
mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

11.1.3 Kemahiran Merancang


• Guru perlu membuat penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran di mana
beliau perlu membuat rancangan kerja (tahunan, semester, mingguan dan
harian).
• Guru perlu ada kemahiran merancang persediaan mengajar yang terdiri
daripada isi kandungan dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh

3
murid dalam pengajarannya. Persediaan mengajar membolehkan guru
bersedia untuk mengajar murid-muridnya dengan terancang dan teratur.
• Seorang guru mesti juga pandai merancang cara-cara untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran.
• Kemahiran-kemahiran lain yang termaktub dalam kemahiran merancang
persediaan mengajar ialah:
(a) memilih isi pengajaran
(b) memilih strategi dan kaedah
(c) merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(d) menyediakan bahan pengajaran
• Guru juga perlu ada kemahiran merancang seperti berikut:
(a) set induksi yang dapat menarik perhatian murid.
(b) objektif eksplisit yang realistik berdasarkan kebolehan murid dan
perbezaan individu.
(c) alat bantuan mengajar yang pelbagai dalam pengajarannya.
(d) aktiviti pengukuhan dan penutup yang sesuai.
(e) penggunaan pemeringkatan isi daripada yang senang kepada yang susah
dan daripada konkrit kepada abstrak.
• Selain daripada itu, guru juga mesti ada kemahiran merancang untuk
mencapai yang berikut:
(a) Interaksi dan komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah pada kadar
yang tinggi.
(b) Disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja di kalangan murid dapat
diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran.
(c) Aktiviti peneguhan untuk memotivasikan murid-murid.
(d) Aktiviti pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang lemah manakala
aktiviti pengayaaan dijalankan untuk murid-murid yang pandai.

11.1.4 Kemahiran Pemudahcaraan


• Guru sebagai fasilitator yang membmbing, memotivasikan serta
menggerakkan murid.

4
• Guru membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menujukan soalan-
soalan untuk menggalakkan murid berfikir dan mewujudkan satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang positif.
• Guru mengawal disiplin dan memastikan kerja kumpulan dijalankan
dengan sistematik.

11.1.5 Kemahiran Berkomunikasi


• Guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan sistematik serta bertutur
dan menulis dengan jelas.
• Guru bertutur dengan pelbagai nada, suara yang lancar dan tatabahasa
yang betul.

11.1.6 Kemahiran Mengurus


• Guru meransangkan suasana pembelajaran dalam kelas dan mewujudkan
situasi-situasi pembelajaran yang berkesan.
• Guru perlu mengurus keadaan fizikal dan disiplin bilik darjah.
• Guru mengurus sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan.

5
11.2.1 Peningkatan Profesional Kendiri

a) Peningkatan Kendiri
• Guru profesional akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan imej, status
dan pengetahuan kendirinya.
• Boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:
(a) Penyelidikan tindakan
- satu bidang kajian berbentik refleksi kendiri yang perlu diamalkan oleh
setiap guru.
- untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan
dengan amalan-amalan pendidikan atau amalan-amalan sosial.
- melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan membuat
refleksi:
(i) Merancang – menganalisis masalah dan membuat perancangan yang
strategik.
(ii)Memerhati – membuat penilaian terhadap tingkah laku yang
diperhatikan dengan kaedah-kaedah yang sesuai.
(iii)Membuat refleksi – untuk menganalisis dan mengintepretasi dapatan
penyelidikan tindakan secara keseluruhan.
- ciri-ciri penyelidikan tindakan:
(i) lebih kepada proses renuangan kendiri.
(ii)mengaitkan teori-teori dan amalan-amalan pedidikan.
(iii)penggunaan dan penyimpanan data dibuat secara sistematik.
(iv) tertumpu kepada penyelesaian masalah-masalah yang wujud dalam
bilik darjah.
(v) para penyelidik tidak perlu membuktikan sesuatu hipotesis.
- tujuan penyelidikan tindakan:
(i) untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
(ii) untuk mencuba kaedah pengajaran yang baru.
- prinsip prinsip dalam penyelidikan:

6
(i) Prinsip reflektif – menggunakan banyak kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif untuk menyelesaikan masalah kajian.

(ii) Prinsip kolaboratif – para penyelidik mesti cuba mencari jalan


penyelesaian secara kolaboratif.
(iii) Unsur kerjasama dan perkongsian serta perbincangan intelektual yang
berlaku dalam penyelidikan tindakan juga adalah tinggi.
- Kaedah-kaedah penyelidikan tindakan:
• Kajian Kes dan Pemerhatian:
- kaedah yang paling sesuai dalam penyelidikan tindakan.
- dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah berikut:
(i) Pernyataan masalah
(ii) Cadangan hipotesis
(iii)Rancangan pengumpulan data
(iv) Menganalisis dan mengintepretasi data
(v) Membuat refleksi dan penilaian

(b) Muhasabah Diri / Refleksi


• Refleksi : - satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme
keguruan.
- satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali
serta memikirkan cara-cara untuk meningkatka strategi pengajaran supaya
ia lebih berkesan pada masa hadapan.
• Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat:
(i) Kefahaman – mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau
masalah pedagogi.
(ii) Transformasi – merancang tindakan-tindakan pedagogi.
(iii)Pelaksanaan – melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-
tindakan pedagogi yang dirancang.
(iv) Penilaian – menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan.
(v) Refleksi – membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil.

7
• Guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya
dalam sebuah jurnal reflektif.
• Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri,
menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil
tindakan susulan yang berkesan.

(c) Budaya Ilmu


o Budaya ilmu ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang
dilaksanakan oleh setiap anggota dalam masyarakat dan yang diterima
sebagai nilai tara utama dalam amalan hidup.

Budaya Bermusyarah Budaya Membaca

Komponen-
komponen
Budaya Berkarya budaya ilmu

Budaya Berfikir

Budaya Belajar

Rajah 1: Komponen budaya ilmu

o Guru mesti menjadi “role model” (mengamalkan segala aspek nilai budaya
ilmu dahulu) kepada murid-murid supaya mereka dapat mengikutinya
dalam amalan budaya ini.
o Kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar
dengan salah satu cita-citanya yang terkandung dalam pernyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan generasi yang
mencinta ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang
dalam amalan pendidikan seumur hidup.

8
o Budaya ilmu boleh beroperasi di bawah enam bidang utama seperti
berikut:
1) Budaya membaca: sentiasa menyemai minat dan suka membaca
dengan matlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan
mengembangkan kebolehan berfikir sendiri.
2) Budaya berfikir: sentiasa cuba meningkatkan dan memperkayakan
amalan berfikir sendiri melalui proses analisis, sintesis dan
penilaian.
3) Budaya belajar: sentiasa cuba meningkatkan dan mengembangkan
tahap pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses
pembelajaran.
4) Budaya kreatif: sentiasa cuba berkongsi ilmu
pengetahuan/kemahiran secara lisan/bertulis sebagai sumbangan
yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
5) Budaya bermuafakat: pengurusan dan proses membuat keputusan
mengenai hal-hal pendidikan yang boleh dilaksanakan secara
persetujuan bersama/semangat berpasukan yang kolaboratif.
6) Budaya refleksi: proses penilaian kendiri yang berterusan
berdasarkan dapatan kajian kes pendidikan dengan tujuan untuk
sedar dan memahami kekuatan dan kelemahan, dan seterusnya
cuba nencari strategi yang sesuai untuk mengatasi kesemua
kelemahan melalui tindakan susulan.

(d) E-Pembelajaran
 Satu cara guru boleh membuat peningkatan kendiri.
 Ia didefinisikan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan
laman web yang dapat meningkatkan mutu P&P guru.
 Gabungan internet dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran
keupayaan-internet.
 Ia harus boleh merentasi segala sempadan fizikal dan kekangan untuk
sampai kepada murid.

9
 Penyampaian isi pembelajaran yang dinamik, menyeluruh dan secara
individu pada masa sebenar membantu pembentukan komuniti yang
berilmu serta menjalinkan murid dan pengamal dengan pakar.
 kelebihan-kelebihan pembelajaran berasaskan web ditunjukkan seperti di
bawah:
a) boleh digunakan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila
masa dan ke mana-mana sahaja
b) memberi peluang kepda pelajar untuk bekerja secara kolaboratif
dari jauh
c) guru dan murid mengajar dan belajar secara kolaboratif
d) sumber yang kaya daripada jurnal, on-line, e-perpustakaan, kedai
e-buku dan laman web yang berkaitan
e) menggunakan banyak elemen pembelajaran berasaskan CD-ROM
f) bahan pembelajaran secara relatifnya mudah dikemaskini
g) boleh meningkatkan bilangan interaksi di antara murid dengan
fasilitator aktiviti
h) membolehkan pelajar membentuk komponen pembelajaran
berasaskan web formal dan informal
i) membolehkan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah
/tugasan
j) boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam internet
k) boleh memaparkan kandungan masa sebenar menggunakan
konferens video, pemilihan video/ruang perbincangan
l) boleh menyertakan pelbagai media seperti teks, grafik, audia, video
dan animasi dalam bahan pembelajaran.
 Berikut merupakan sebahagian daripada sebab-sebab kita harus
melibatkan diri dengan e-pembelajaran:
a) meningkatkan produktiviti dan kecekapan
b) melibatkan bilangan murid yang lebih ramai
c) bertindak sebagai kaedah pengajaran/alat pendidikan yang
alternatif

10
d) satu kaedah yang diperoleh oleh ‘pekerja berpengetahuan’
(knowledge worker) umtuk mempertingkatkan pengethuan dan
kemhiran melalui pembelajaran sepanjang hayat
e) alat untuk menggalakkan murid dalam pembelajaran interaktif dan
kritis.
 E-pembelajaran memperkenalkan beberapa jenis pendidikan:
a) Internet
♦ sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna
komputer berkomunikasi secara global dengan pengguna-
pengguna lain, membekal dan pertukaran maklumat,
membekalkan gambar/filem dan sebagainya.
♦ Melaui Perkhidmatan Pembekal Internet , sebuah organisasi
yang membekalkan jaringan perantaraan untuk pengguna-
pengguna internet, orang-orang yang terlibat akan dapat
berkomunikasi secara global melalui e-mail/mencari
maklumat melalui www.
♦ Kegunaan internet adalah dikenal pasti dalam empat
kategori yang utama, sebagaimana yang dihuraikan secara
ringkas dalam jadual berikut:

Jadual 1: Kegunaan internet dalam Pendidikan


Kegunaan Am Kegunaan Pendidikan
- Carian dan penerimaan -Urusan maklumat pendidikan,
maklumat penyelidikan,pembelajaran interaktif.
- Menerbit dan membekal - Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan
maklumat penyelidikan
- Menulis dan menjawab - Mengemukakan soalan, menjawab soal
selidik.
- Kolaboratif - Pembelajaran kelaboratif, penyelesaian
masalah pendidikan secara usahasama.

b) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

11
♦ PJJ juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,
Pendidikan Komunikasi/Pendidikan Melalui Siaran.
♦ PJJ ini biasanya dikendalikan dengan dua cara:
i. Dengan penggunaan pelbagai jenis alat
penghantaran seperti radio, televisyen
tempatan/televisyan satelit, guru dapat
menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan
pelajar-pelajar.
ii. Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk
bercetak, rakaman pita, rakaman video/menyediakan
program dalam disket komputer ke pusat-pusat
sumber untuk dipinjam oleh pelajar-pelajar. Dengan
perkembangan kegunaan komputer yang semakin
canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program
CAL (Computer Assisted Learning) di rumah.

c) Pendidikan Terbuka
♦ Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan
masyarakat/aktiviti pendidikan di luar sekolah.
♦ Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan dan
segala aktiviti dijalankan di tempat-tempat bekerja/di rumah.
♦ Antara Pendidikan Terbuka yang dikelolakan termasuklah
PJJ, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti
Terbuka.

d) Pendidikan Radio dan Televisyen


♦ Radio dan televisyan merupakan alat Bantu mengajar yang
berkesan untuk aktiviti P&P, khususnya dalam bidang
penguasaan kemahiran bahasa.

12
♦ Program ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini disediakan mengikut Sukatan Pelajaran KBSR
dan KBSM.

e) Penggunaan Komputer dalam Pendidikan


♦ Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa
reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang
pendidikan, khasnya dalam teknoogi pendidikan, teori
pendidikan, teori P&P, pengurusan sekolah, sistem
pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.
♦ Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh
dibahagikan kepada beberapa bidang, seperti:
i. Komputer Membantu Pendidikan – menggunakan
teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan
tugas mengajar serta mencapai objektif pelajarannya.
ii. Komputer Membantu Pengajaran – penggunaan
teknologi dan sistem komputer dalam proses
pengajaran. Pelajar mengikut pelajaran terancang
secara sendiri tanpa kehadiran guru.
iii. Komputer Mengurus Pengajaran – teknologi
digunakan untuk mengumpul data dan membuat
analisis serta nilai keberkesanan pengajaran,
penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi P&P dan
interaksi murid-murid dalam bilik darjah.
iv. Komputer Membantu Pengujian – pengujian ini
biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu:
 Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan
dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian
diperiksa dan diberi markah oleh komputer.

13
 Komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan
dari item bank dan menayangkan soalan dalam
skrin monitor komputer. Murid jawab soalan,
kemudin diperiksa dan diberi markah oleh
komputer.

11.3.1 Latihan Dalam Perkhidmatan


- Guru boleh membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri latihan dalam
perkhidmatan.
- Kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan yang boleh diikuti ialah kursus
dalam
perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.

11.3.2 Kolaborasi
• Guru harus membuat kerja secara kolaboratif dan koperatif untuk
mejayakan projek,seminar atau rancangan-rancangan dengan sekolah
yang lain.
• Sikap kesejawatan penting untuk menggalakkan sikap bekerjasama yang
positif dan semangat kekitaan.
• Contoh kolaborasi professional yang bolehdijalankan oleh guru ialah :
(a) Lembaga Disiplin
(b) Panitia Mata Pelajaran
(c) Penilaian Sebaya
(d) Penggubalan dan moderasi soalan-soalan peperiksaan
(e) Menjalankan penyelidikan tindakan
(f) Mengikuti latihan dalaman
(g) Mengendalikan program latihan dalaman
(h) Membuat kolaborasi dengan sekolah-sekolah lain
(i) Membuat kolaborasi dengan guru-guru daripada negara lain melalui
internet dan e-mel.

14
11.4.1 Cabaran Profesion Keguruan

11.4.2 Sekolah berkualiti


1. Setiap sekolah mempunyai visi dan misi.

2. Visi sekolah berkualiti adalah memastikan setiap murid mendapat tempat


belajar dan menerima pendidikan seimbang daripada guru yang cekap,
berketrampilan dan penyayang pada setiap masa.

3. Misi sebuah sekolah berkualiti menentukan bahawa setiap murid mendapat


manfaat sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, ko-kurikulum,
program-program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa
persekolahan mereka.

4. Misi sekolah berkualiti adalah menjaga kebajikan serta meningkatkan


profesionalisme guru pada setiap masa.

5. Peranan sebuah sekolah yang berkualiti ialah mempertingkatkan budaya ilmu


murid ke arah kecermerlangan.

6. Sekolah yang berkualiti harus meningkatkan kecemerlangan etika kerja


kakitangan sekolahnya dan mencapai matlamat mengurangkan kes displin dan
salah laku dan memperluaskan khidmat kaunseling kerjaya dan bimbingan
untuk murid-murid bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid.

7. Langkah-langkah pihak sekolah untuk menjamin sebuah sekolah berkualiti:


a) meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh
warga sekolah.
b) meningkatkan tahap kebajikan guru-guru.
c) meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi
mewujudkan suasana pengajaran dean pembelajaran yang kondusif.

15
d) menyediakan garis panduan serta kerjaya mewujudkan sekolah
berkualiti masa hadapan selaras dengan matlamat wawasan 2020.
8. Reformasi pendidikan penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi
sumbangan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam
erti kata yang sebenar.
9. Di antara intisari-intisari Wawasan Pendidikan ini ialah:
a) Pepaduan
b) Pengurusan dan kepimpinan
c) Perkhidmatan penyayang
d) Empowerment
e) Budaya ilmu
f) Skolah penyayang
g) Budaya cemerlang
10. Instisari Wawasan pendidikan yang dinyatakan di atas merupakan panduan
bagi pihak sekolah untuk merancang program pendidikan ke arah mencapai
matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan, iaitu tiada masalah
pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah displin, tiada masalah
pengurusan dan kepimpinan, tiada masalah keceriaan dan sebagainya.
11. Untuk mencapai Wawasan 2020, pengajaran yang efektif adalah amat
penting.
12. Definisi pengajaran efektif adalah:
a) J. M. Cooper : hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai
mengikut objektifnya.
b) David Ryans : guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat-
sifat adil, demokratik, responsive, bertimbang rasa, baik hati, jujur,
cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.
13. Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses
sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat
mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah sebuah institusi yang memainkan
peranan dalam pengekalan budaya masyarakat.

16
14. Budaya sekolah atau iklim sekolah mengandungi empat aspek utama, iaitu
aspek fizikal, aspek social, aspek perkembangan intelek dan aspek
penggunaan bahasa.

15. Ciri-ciri sekolah berkualiti:


a) perhubungan yang saling hormat-menghormati
b) kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang
diaturkan oleh pihak pentadbir sekolah.
c) memupuk perasaan kekitaan di sekolah
d) Mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam
kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha
menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
e) kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur, dan tenteram
f) Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti
pendidikan.

11.4.3 Pengurusan perubahan


1. Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlu menghasilkan murid-
murid seperti berikut:
a) cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik
b) bernilai di pasaran kerja tempatan dan antarabangsa
c) peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara
d) serba boleh, berdaya maju, kreatif dan cekap berkomunikasi

2. Dalam pengurusan perubahan terkini, sekolah juga harus mengamalkan


strategi pengajaran dan pembentukan kurikulum berasaskan Pembelajaran
Berasakan Masalah (PBM).

17
3. Dalam PBM, masalah dalam kehidupan sebenar mendorong murid-murid
untuk mengenal pasti dan mengkaji konsep dan prinsip yang mereka perlu
ketahui dalam proses penyelesaian masalah.

4. Kaedah pembelajaran PBM menggabungkan teknik-teknik pembelajaran aktif,


pembelajaran kerjasama, pembelajaran berasakan pengalaman,
pembelajaran berasakan konteks, pembelajaran konstruktif dan pembelajaran
inkuiri.
5. Dalam pengurusan perubahan, aspek-aspek yang harus ditekankan oleh guru
ialah penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
murid dan bukannya berpusatkan guru, berasakan perkembangan teknologi,
berpandukan hasil penyelidikan terkini dan berlandaskan psikologi
pertumbuhan dan perkembangan murid.

11.4.4 Perubahan dalam pendidikan


1. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan
teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan
bijak. Guru harus memahami fenomena ini dan berusaha menggabungkan
pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti kea rah melahirkan satu corak
penyampaian pengajaran yang berkesan dan bermakna di dalam bilik
darjah.
2. Perubahan dalam pendidikan terdiri daripada konsep pembestarian dan
globalisasi pendidikan.
3. Terdapat sembilan cabaran Wawasan 2020 ialah
a) membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
b) melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah
terbentuk jiwanya akan dirinya tersendiri, bangga akan keadaannya
kini dan segala yakin sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup
tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan.
c) membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi

18
d) membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika
e) membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi
toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia.
f) membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif,
berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka.
g) membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
h) menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
i) membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang
mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan
mempunyai daya ketahanan.

(a) Pembestarian pendidikan


1. Asas utama pembesarian pendidikan di Negara kita adalah untuk
menubuhkan sistem persekolahan yang berubah daripada sesuatu yang
berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif
dan penyayang dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini.
2. Konsep pembestarian pendidikan ialah senario baru dalam sistem
pendidikan di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi,
sosial dan budaya masa kini.
3. Dalam proses pembestarian pendidikan, sekolah-sekolah diharap
mencapai matlamat yang berikut:
a. penerapan budaya berfikir
b. pengajaran yang bercorak pemusatan murid.
c. penggunaan pelbagai jenis media secara efektif
d. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
e. pengurusan persekolahan yang efektif

4. Matlamat-matlamat lain yang penting dalam pembestarian pendidikan


ialah:
a. guru menyediakan rancangan mengajar yang berkonsepkan
pengajaran dan pembelajaran bestari.

19
b. guru membina sumber bahan-bahan yang diperlukan dalam
rancangan pengajaran dan pembelajaran.
c. guru membina pakej pengajaran dan pembelajaran bestari
d. murid-murid belajar secara akses kendiri, kadar kendiri dan terarah
kendiri/pasukan terarah kendiri.
e. guru perlu memgemukakan soalan-soalan yang mengkehendaki
murid-murid untuk banyak mengaplikasikan kemahiran berfikir.
f. guru mesti dapat menjanakan minda murid serta menggunakan
banyak bahan daripada sumber-sumber hasil perkembangan
teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.

5. Pengajaran guru adalah bersifat “pembimbing di sisi” dan berciri seperti


berikut:
a. berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan murid
berkembang secara menyeluruhn dan seimbang.
b. mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan
penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum.
c. pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan
secara eksplisit bagi membolehkan murid memperolehi akses
kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara
“self-paced” merentasi kurikulum sekolah.
d. teknologi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan
era teknologi maklumat.
6. Hala tuju yang utama dalam sekolah bestari ialah ke arah
mengoptimumkan potensi murid dalam proses mencari ilmu yang lebih
bersifat:
 Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
 Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
 Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)

20
(b) Globalisasi pendidikan
1. Pembestarian pendidikan membekalkan peluang kepada Kementerian
Pendidikan untuk melaksanakan inovasi bagi mencapai piawaian tertinggi
dalam pendidikan dan menjadi pemimpin global dalam bidang pendidikan.
2. Kedatangan era digital dalam globalisasi pendidikan mengubah akspek
pengumpulan dan penyebaran ilmu daripada seorang kepada suatu
tempat yang boleh dikunjungi ramai melalui pendidikan jarak jauh dan
sistem pendidikan terbuka.
3. Teknologi binari membolehkan maklumat fizikal diubah ke bentuk
elektronik dan dihantar/disebar ke tempat tujuan dengan pantas dan
meluas.
4. Dengan adanya penciptaan internet, murid dapat membuat
pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan
mengumpul bahan. Murid-murid juga dapat mencari bahan sumber
tempatan, kebangsaan dan global melalui internet.
5. Internet juga membolehkan interaksi murid dengan guru dan orang ramai
dari seluruh pelusuk dunia. Ia membenarkan perbincangan berterusan
antara murid dan guru atau di antara guru-guru di luar waktu
persekolahan.
6. Oleh itu, murid-murid perlu mempelajari strategi-strategi untuk menerajui
maklumat dengan cekap dan selektif.
7. Murid-murid perlu membuat keputusan dengan berkesan, menilai
kebaikan dan keburukan teknologi serta memahami perkembangan
teknologi semasa supaya mereka dapat menandingi secara global.
8. Selain itu, murid juga harus diajar memanfaatkan penggunaan alatan
teknologi untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan menbuat
kolaborasi secara global.
9. Tindakan inisiatif kaum guru dengan melengkapkan diri mereka dalam
pelaksanaan Misi Kementerian Pendidkan adalah amat penting.
10. Tindakan dan langkah perkembangan kaum guru adalah seperti berikut:
a) Peka terhadap persekitaran sekolah

21
b) Meningkatkan pengetahuan kerja/ ntugas
c) Meningkatkan hubungan interpersonal
d) Membuat refeksi melalui penyelidikan tindakan
e) Merebut peluang pendidikan terbuka (Open Education)

(c) Pekerja Ilmu


1. Sistem pendidikan kea arah kecemerlangan telah membawa kepada
penubuhan sekolah bestari menjelang tahun 2020 bagi semua skolah di
Malaysia.

2. Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu menginterasikan teknologi


maklumat ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Menginterasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sistem


pendidikan untuk meningkatkan penggunaan TMK d kalangan murid-murid
sekolah dan seterusnya menghasilkan pekerja ilmu bagi menjamin
perkembangan negara maju.

22

You might also like