You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN KALI KE 3 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN LUNG MANIS SANDAKAN

Tarikh : Masa : Tempat

21 Jun 2012 1.00 petang :Bilik Gerakan Sekolah

AGENDA 1.0 Ucapan Guru Aset

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Guru Aset, En. Awang Mohamad Zihad Bin Zainal. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Beliau mengharapkan kerjasama daripada semua guru dalam melancarkan pengurusan aset alih kerajaan di sekolah.

2.0 Pembentangan Laporan Aset 2.1 Guru asset telah membentangkan Laporan Kedudukan Aset Sekolah bagi tempoh (Jan Mei 2012). 2.2 Guru aset juga telah memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membeli 1 buah komputer yang bernilai RM1800.00 (Seribu lapan ratus Sahaja). Komputer tersebut telah didaftarkan dan dimasukkan ke dalam harta modal sekolah. (Sila lihat lampiran).

3.0

Hal- hal lain

3.1 En. Abdul Samad Bin Bokhari memaklumkan bahawa ada peralatan ICT seperti LCD Projektor dan Komputer Riba yang rosak.

3.2 En. Abdul Samad Bin Bokhari akan berhubung dengan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi mendapatkan makluman lanjut berkaitan pembaikan peralatan ICT. 3.3 En. Jowhar Bin Hamsah menyatakan terdapat troli PPSMI yang telah rosak dan tidak digunakan lagi. Beliau mencadangkan agar proses pelupusan dapat dijalankan.

4.0

Penangguhan mesyuarat

4.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Dicatat oleh

Disemak oleh

EN. AWANG MOHAMAD ZIHAD BIN ZAINAL Pegawai Aset Sekolah

EN MICHEAL MANUEL Guru Besar SK Lung Manis Sandakan

You might also like