You are on page 1of 16

Senarai kandungan

Perkara Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka surat

Penghargaan

Saya merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu-bapa saya, Encik A. Rahman bin Adam dan Puan Zahriah bt. Md Nor. Meraka banyak berkorban dengan memberi dorongan, galakan dan memperuntukkan perbelanjaan bagi tujuan kajian ini. Saya juga merakam ucapan terima kasih, kepada cikgu sejarah saya, Puan Roslina bt. Muhamad. Beliau banyak memberi bimbingan dan nasihat untuk menghasilkan tugasan ini. Saya juga merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya iaitu Safeena dann Wan kerana berbincang bersama saya untuk menghasilkan tugasan yang terbaik. kami berkongsi bahan dan pendapat demi menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada orang sumber, Encik Muhammad Khir bin Khamis dan isterinya yang banyak memberi maklumat kepada saya.

Objektif kajian

a) Melalui kajian ini saya dapat mengetahui secara mendalam tentang Ekonomi Tradisional yang saya kaji iaitu penjualan nasi lemak. Maklumat yang direkodkan itu membolehkan saya mengenali ET dengan lebih mendalam. b) Melalui kajian ini saya mendapat pengalaman yang luas tentang cara-cara membuat kajian ilmiah. untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya perlu mencari dan mengumpul sumber sejarah seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan lain lain lagi. c) Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan ekonomi tradisional yang dikaji dalam usaha untuk memperkukuh dan mengekalkan kegiatan Ekonomi Tradisional ini. Usaha ini perlu terus digembeling supaya kegiatan Ekonomi Tradisional menjadi tarikan masyarakat tempatan dan pelancong luar negara.

Kaedah kajian

o Temu ramah Saya telah menemu ramah Encik Muhammad Khir bin Khamis dan isterinya. Mereka menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam kegiatan Ekonomi Tradisional yang mereka ceburi iaitu sebagai pengusaha nasi lemak. Maklumat yang disampaikan oleh mereka telah dirakam dan dicatat. o Menerokai laman web/internet Saya dapat mengumpul beberapa maklumat melaluli internet. Saya telah melayari laman web iaitu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agr obiz&pg=ag_01.htm. Laman web tersebut dikaitkan dengan tajuk kajian saya iaitu kegiatan

Ekonomi Tradisional. Saya memuat turun maklumat tersebut untuk dijadikan bahan kajian saya. o Kajian dokumen Saya telah mengumpul kajian dokumen melalui buku ilmiah seperti Buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan beberapa buah buku resepi. Saya juga menggunakan keratin akhbar tempatan yang berhubung kaikt dengan tajuk kajian saya. o Melawat tempat kajian Saya telah melawat tempat kajian iaitu bertempat di simpang tiga berdekatan dengan surau Saujana Impian. Saya dapat melihat dan merasai suasana menjadi pengusaha nasi lemak. Saya dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana pahit maung menjalani kegiatan ekonomi tradisional.

Rumusan

Melaluli kajian ini, saya mempoeroleh banyak maklumat yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi tradisional iaitu penjualan nasi lemak. Pengetahuan ini membolehkan saya lebih menghayati dan mampu menceritakannya kepada keluarga dan masyarakat setempat. Saya cukup berbangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai warga Negara, kita perlu menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa agar tidak ditelah zaman. Kita hendaklah peka kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang terlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional dengan berlaku adil dan bertimbang rasa terhadap mereka. Sebagai generasi muda, kita mestilah melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tradisional dengan berusaha dan produktig agar kegiatan ekonomi ini dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan.

Hasil kajian 1. Maklumat asas Saya telah memilih pengusaha nasi lemak sebagai pengkajian kerja kursus ini. Pada peringkat awalnya, perniagaan nasi lemak ini dijalankan oleh isteri beliau sebagai kerja sampingan. Lokasi penjualan nasi lemak bertempat di tapak peniaga kecil di persimpangan impian jaya di hadapan surau Saujana Impian. Saya telah menemuramah seorang pengusaha nasi lemak yang menjalankan perniagaan nasi lemaknya berdekatan dengan kawasan perumahan saya iaitu Encik Muhammad Khir bin Khamis.

2. Latar belakang i) Tujuan dijalankan

Pada mulanya, perniagaan nasi lemak ini dijalankan oleh isteri beliau secara sambilan untuk menambah pendapatan. Encik Muhammad Khir bekerja sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat swasta tetapi beliau telah bersara. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, jadi beliau dan isterinya telah menjadikan perniagaan ini sebagai punca pendapatan tetap. ii) Proses/ cara pelaksanaan

3. Sumbangan/ pengaruh kepada keluarga dan masyarakat

4. Prospek Banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam perniagaan terutamanya bagi pernigaan kecil-kecilan. Encik Khir dan isterinya menghadapi persaingan dalam perniagaan mereka kerana terdapat juga penjualan nasi lemak yang berdekatan. Cabaran seterusnya adalah peningkatan kos. Akhir sekali, mereka kurang tenaga kerja. Encik Khir dan isteri beliau sahaja yang mengusahakan penjualan nasi lemak kerana anakanak mereka sudah besar dan sibuk belajar di menara gading.

5. Latar belakang

Buku

Melawat tempat kajian

Di simpang tiga berdekatan dengan Surau Saujana

Orang sumber

o o o

Mohd. Khir bin Khamis 58 tahun No. 3, Jalan 1/16 Seksyen 1, Bandar Teknologi, Kajang, 45300, Semenyih

Internet

Laman web;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&p g=ag_01.htm

You might also like