You are on page 1of 27

PENGANGKUTAN AWAN DI DATARAN PAHLAWAN,JALAN MERDEKA,BANDAR HILIR, MELAKA TENGAH,MELAKA

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Tuan Hj Yusoff bin Othman dan guru pembimbing saya iaitu En Mohd Nazri bin Mat Ali,kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.Beliau turut menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Marzuki bin Yusoff dan bonda Afrida binti Eddy Sudarsis yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.

PENDAHULUAN
NAMA KAWASAN KAJIAN
Saya membuat kajian di kawasan Dataran Pahlawan.

MENGAPA KAWASAN KAJIAN INI DIPILIH


Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut: (a)Kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal dan memudahkan kerja- kerja kajian yang perlu saya buat. (b)Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal. (c)Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra.Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.

Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini

Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 2 minggu semasa cuti sekolah dan juga cuti-cuti umum.Kajian dibuat secara berkumpulan dengan kawankawan sekelas saya iaitu seramai 8 orang lelaki untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin.Tempoh pembahagian masa adalah seperti dibawah: (a) 2 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian. (b) 3 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah dengan penduduk kampung, imam, penghulu, ketua kampung dan bilal mengenai kepentingan sistem pengangkutan jalan raya di kawasan kajian, kesan dan langkah mengatasi masalah akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian. (d) 3 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data, merumus data, dan membina peta. (e) 5 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis isi-isi kajian kerja kursus. (f) 7 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk diserahkan kepada guru penilai.

OBJEKTIF KAJIAN

Tajuk kajian saya ialah Pengangkutan Awam di Dataran Pahlawan,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka.Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: 1.Mengenalpasti konsep pengangkutan awam. 2.Mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. 3.Mengenalpasti kepentingan pengangkutan awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. 4.Mengenalpasti masalah pengangkutan awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. 5.Mengemukakan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. 6.Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dalam kajian tentang pengangkutan awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka.

KAWASAN KAJIAN

Latar belakang/sejarah kawasan kajian:Saya telah memilih Jalan Merdeka sebagai kawasan kajian.Jalan Merdeka terletak di tengah bandar.Kedudukan Jalan Merdeka dikatakan strategik.Ia tidak lama lagi akan berubah menjadi pusat perdagangan dan tempat letak kereta yang sama ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Apabila projek pembangunan RM 60 juta adalah bersedia, ia akan mempunyai pusat-pusat hiburan dan panggung wayang, dengan ruang untuk pameran,budaya dan acara sukan. . Dataran Pahlawan akan mempunyai 830 ruang letak kereta, satuClub International, 168 lot kedai yang berhawa dingin dan lebih daripada 100 tidak berhawa dingin yang. Tiga menara cahaya, ciri-ciri yang berbeza daripada Dataran, akan menerangi kawasan itu.A tiang tugu dan lata air dengan patung pahlawan dan watak-watak dari Sejarah Melaka akan menghiasi kawasan itu. Lokasi kawasan kajian:Kawasan ini terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya. Jarak dari bandar:Jarak Bandar Hilir dari lebih kurang 1 kilometer.

Peta:DAERAH

Peta Kawasan Kajian

Tajuk: ____________________________________________________________

Petunjuk:

KAEDAH KAJIAN

Tajuk kajian saya ialah Pengangkutan Awam Di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka.

Kaedah kajian pertama saya ialah pemerhatian.Saya dan 7 orang rakan saya telah membuat pemerhatian di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka.Kami telah memerhati tentang pengangkutan awam seperti bas,kereta dan teksi.Banyak maklumat yang saya perolehi di sini.

Seterusnya,saya menggungakan kaedah rujukan.Saya menggunakan buku teks,buku rujukan dan melayari internet sebagai sumber rujukan.Dengan ini,saya dapat membuat kajian ini dengan lebih teliti.

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai pengangkutan awam seoerti perkhimatan rel dan bas,definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual,feri,teksi dan sebagainya.Mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi,maka terkecualinya teksi yang buakan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikofigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan.Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja,beli-belah atau pendidikan.

8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. Tajuk kajian saya ialah Pengangkutan Awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. Pengangkutan awam di kawasan kajian ialah bas dan beca.Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas.Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin amnibus,yang bermaksud `untuk semua.Nama penuh bas ialah `Kenderaan Omnibas-bermaksud kenderaan untuk semua. Seterusnya,beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal lanca.Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis,bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton.Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang.Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang.Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang. Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton.Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia.Oleh itu,batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa.Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik.Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia,Indonesia,Vietnam dan seluruh Asia.

8.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir, Melaka Tengah,Melaka. Pengangkutan bas di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka,Bandar Hilir,Melaka Tengah, Melaka,meningkatakan mobiliti penduduk yang tinggal berhampiran.Perkhidmatan bas membantu penduduk yang hendak pergi bekerja,sekolah,bersiar-siar dan lain-lain tujuan. Perkhidmatan bas juga meningkatkan darjah ketersampaian kawasan Dataran Pahlawan, Jalan Merdeka.Contohnya Jalan Parameswara,Jalan Melaka Raya,Jalan Syed Abdul Aziz dan Jalan Taman. Perkhidmatan bas juga memajukan perniagaan di Dataran Pahlawan.Pekerja-pekerja di Dataran Pahlawan Megamall dapat berulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja di situ. Selain itu,penggunaan perkhidmatan bas dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Datan Pahlawan.Orang ramai dan pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas membantu mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Seterusnya,perkhidmatan bas menjana pendapatan untuk syarikat-syarikat bas seperti Syarikat Bas Panorama dan SKA.Bukan itu sahaja,pemandu-pemandu teksi dan beca juga boleh memperoleh pendapatan dengan memberi perkhidmatan di Dataran Pahalawan. Akhir sekali,penduduk sekitar Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka perlu bersyukur kerana adanya perkhidmatan yang sempurna seperti bas,teksi dan beca di sini.

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka, Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. Pengangkutan awam iaitu bas dan teksi yang berulang-alik di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan sekitar.Asap dan habuk yang dikeluarkan daripada kenderaan boleh memudaratkan kesihatan penduduk sekitar. Selain itu,pengangkutan awam di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka juga telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan jalan raya.Bas dan teksi yang berhenti bukan diperhentian bas telah menyebabkan kemalangan jalan raya. Seterusnya,kos bahan api dan kos penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat telah menjejaskan operasi dan keuntungan syarikat bas dan pemandu teksi.Akibatnya, permintaan tambang perkhidmatan awam yang mahal berlaku. Walaubagaimanapun,keselamatan penumpang akan terancam kerana keadaan bas dan teksi yang tidak diselenggara dengan baik.Syarikat bas dan teksi juga mengambil penumpang melebihi had yang ditetapkan. Akhir sekali,penumpang dan syarikat bas serta pemandu teksi haruslah bekerjasama mengatasi semua masalah yang timbul.

8.5 Cadangan untuk Mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di Datran Pahlawan, Bandar Hilir,Melaka Tengah,Melaka. Penggunaan petrol tanpa plumbum penapis asap dan penapis cataltic conveter boleh mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan oleh bas dan teksi yang berulang-alik di Dataran Pahlawan,Jalan Merdeka. Kursus panduan berhemah dan keselamatan jalan raya perlu diwajibkan kepada pemandu bas awam dan pemandu teksi supaya mereka sentiasa peka akan keselamatan penumpang.Kursus ini perlu diadakan dari semasa ke semasa sepanjang tahun. Kerajaan boleh membantu dengan memberi iniatif pengecualian jalan raya sebanyak 50% kepada pemilik kenderaan awam khasnya bas dan teksi.Bank-bank pula boleh memberi pinjaman kenderaan dengan kadar faedah khas untuk sewa beli kenderaan awam. Semua ini dapat mengurangkan kos operasi syarikat pengangkutan awam. Kuatkuasa Undang-undang dan kempen keselamatan jalan raya dapat mengurangkan kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu kenderaan awam dan penumpangnya.Pemandu bas dan teksi seharusnya diperhatian bas dan teksi.Penumpang pula harus sentiasa menjaga keselamatan masing-masing apabila menggunakan pengangkutan awam. Akhir sekali,kerajaan,syarikat swasta,penumpang,syarikat bas dan syarikat teksi haruslah bekerjasama dan bertenggungjawab memastikan keselamatan penumpang diutamakan sepanjang masa.

Format/Contoh Bahan Grafik

Tajuk: Jadual Kepentingan Pengangkutan Awam di Dataran Pahlawan. Bilangan Kepentingan Pengangkutan Awam Mengangkut penumpang Mengurangkan kesesakan Menjimatkan kos Meningkatkan mobiliti penduduk Ketersampaian Pelancongan Sumber: Dapatan kajian (orang) 20 19 16 15 14 12

Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di Taman Chempaka Dan Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Tersebut

Masalah Yang Dihadapi

Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah

Pencemaran Udara

Penguatkuasa Undang-Undang

Kesesakan lalu lintas

Meningkatkan kenderaan awam

Rumusan
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya saya dapat siapkan kerja kursus kajian geografi tempatan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Daripada kajian ini saya dapat memahami konsep pengangkutan awam dan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.Di Bandar Hilir terdapat banyak jenis pengangkutan awam, iaitu bas, teksi dan juga beca. Daripada temubual dan soal selidik yang dijalankan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam di Bandar Hilir saya dapat mengenal pasti beberapa kepentingan pengangkutan awam. Antara kepentingan utama pengangkutan awam ialah mengangkut penumpang,darjah ketersampaian,dan sebagainya . Walau bagaimanapun pengguna di kawasan kajian turut menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam. Antara masalah yang mereka hadapi ialah pencemaran udara, pencemaran bunyi dan kesesakan lalu lintas. Bagi mengurangkan masalah tersebut pengguna pengangkutan awam di sini telah mengemukakan beberapa langkah yang sesuai.Empat langkah utama yang dicadangkan ialah menguatkuasakan undang-undang dan berkongsi kereta. Akhir sekali saya berharap agar cadangan yang dikemukan di atas tercapai.

BORANG PEMERHATIAN

Nama Pemerhati: ______________________________________________________________ Tajuk Kajian: _________________________________________________________________ Kawasan Kajian: ______________________________________________________________ Tarikh Pemerhatian: ___________________________________________________________

Arahan: Tanda () pada ruangan yang disediakan. Anda boleh tanda lebih daripada satu pilihan.

Aspek Pemerhatian Lokasi kawasan kajian

Hasil Pemerhatian Kedudukan: ______________________ Arah: ___________________________ Bandar/Pekan yang hampir: _________

Catatan

________________________________ Jarak: ___________________________ tanah tinggi / bukit / gunung tanah beralun / kaki bukit tanah pamah / rata Pandang Darat Fizikal Kawasan kajian tanah berpaya lembangan sungai / dataran aluvium tasik / bekas lombong pinggir pantai Lain-lain: ______________________ petempatan sekolah / institusi pendidikan masjid / rumah ibadat lain Pandang Darat Budaya Kawasan kajian pejabat daerah / penghulu dll balai polis / bomba pejabat pos stesen bas / teksi / kereta api dll Lain-lain: ______________________

________________________________ _________________________________ bas teksi kereta api komuter / LRT / ERL / monorail Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian kapal terbang feri perahu / sampan / bot beca van kapal Lain-lain: ______________________

Borang Temu Bual

Tajuk kajian: Perkembangan Pengangkutan Awam Kawasan Kajian: _________________________________________

1. Nama Responden: __________________________________ 2. Jantina: __________________________ 3. Umur: _____________ tahun 4. Alamat: _____________________________________________
_________________________________________________________

Gambar responden

___________________________________________________________________________

5. Tempoh menetap di kawasan kajian: __________________ tahun 6. Apakah jenis pengangkutan awam yang ada di kawasan kajian? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 7. Pernahkah gunakan pengangkutan awam? Kalau pernah nyatakan jenis pengangkutan. ____________________________________________________________________ 8. Apakah kepentingan pengangkutan awam yang disediakan? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 9. Apakah masalah atau kesan yang timbul daripada perkembangan pengangkutan awam? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 10. Berikan cadangan untuk mengurangkan masalah atau kesan tersebut. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas 75460 Melaka T e l : 06-2615292 ______________________________________________________

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2013

Makluman kepada responden: Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja. Adalah diharapkan para responden dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

TEMA KAJIAN : PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM

Arahan: TANDAKAN ( ) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

1. JANTINA

LELAKI

PEREMPUAN

2. KAUM

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

3. UMUR

18 - 29 THN

30 - 55 THN

56 THN KE ATAS

BAHAGIAN B :

1. MAKLUMAT KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Mengangkut penumpang Mengangkut barang Mengurangkan kesesakan Ketersampaian Pelancongan Perdagangan Sumber pendapatan Peluang pekerjaan Kemajuan industri sokongan Meningkatkan mobiliti penduduk Menjimatkan masa

Menjimatkan kos

2. MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Pencemaran udara Pencemaran bunyi Pencemaran air Kesesakan lalu lintas Tambang mahal Kemalangan Jangka masa lama Keselamatan penumpang terancam Penipuan Darjah ketersampaian rendah Kos bahan api meningkat Kenderaan lama

Terima kasih atas kerjasama anda

3. CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

Kuat kuasa undang-undang

Kempen alam sekitar Pendidikan alam sekitar Penggunaan petrol tanpa plumbum Penapis asap / catalytic converter Dasar pembangunan kerajaan Mengurangkan kos operasi (subsidi) Guna bahan api alternatif Kursus pemanduan berhemah Cadangan lain:

RUJUKAN
#Buku Teks Abd Rahim Md Nor,2004,Buku Teks Geografi Tingkatan 3 #Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilir http://www.melvister.com/2013/04/contoh-kerja-kursus-geografi-tingkatan-3-pengangkutanawam.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Pahlawan #Buku Rujukan Buku rujukan Success Geografi Pmr,Oxford Fajar,Mohammad Ismail,2012

You might also like