You are on page 1of 3

TUGASAN 1 KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER : HBEF2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN : MEI 2013

SOALAN TUGASAN

ADAT RESAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna-warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Tradisi perkahwinan pelbagai etnik di Malaysia perlu dikekalkan bagi menyemarakkan lagi perpaduan diantara kaum. Masyarakat di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu, China, dan India, bahkan juga meliputi kaum etnik seperti Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, masyarakat di negara ini seharusnya berbangga dengan keunikan tradisi perkahwinan yang pelbagai wujud di Malaysia. Berdasarkan kepada pernyataan ini, anda dikehendaki menyediakan satu tugasan yang lengkap dengan memilih SATU upacara adat resam perkahwinan yang boleh diraikan/disambut

bersama-sama teman-teman daripada kaum yang lain. Perihalkan penglibatan anda dengan istiadat dan adat resam perkahwinan daripada kaum tersebut berdasarkan konsep silang budaya (cross culture). Penglibatan anda dilihat daripada skop yang luwes dan segala aspek yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan tersebut perlu diberi perhatian dengan teliti dan diselidiki mengikut tatasusila budaya Malaysia. Nyatakan
1

kesignifikan adat resam perkahwinan kaum tersebut, ritual-ritual atau amalan-amalan yang berkaitan, bagaimana ianya diraikan mengikut adat tertentu dan impaknya kepada masyarakat Malaysia. E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspekaspek berikut: Sejarah adat resam perkahwinan, tujuan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan perkahwinan Aspek - tradisi, sosial dan budaya Aspek persediaan sebelum istiadat perkahwinan- merisik, bertunang dll Amalan-amalan/ritual yang dilakukan Pakaian tradisional semasa upacara persandingan/perkahwinan Juadah kuih muih utama/ hantaran pihak lelaki/perempuan Hiasan dalaman dan luaran tempat upacara perkahwinan/persandingan dll Pantang larang jika ada yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan Gambar/ rakaman audio-visual upacara yang berkaitan dengan perkahwinan Analisis/ refleksi kendiri tentang adat resam istiadat perkahwinan tersebut.

PANDUAN PERLAKSANAAN: 1.Tugasan ini perlu disiapkan dengan membuat TIGA aktiviti terancang yang diberikan seperti berikut:

Aktiviti 1 Kajian dokumen Aktiviti 2 Gambar/ rakaman suasana sambutan upacara perkahwinan dan lain lain. Aktiviti 3 Jurnal Reflektif

2. Anda perlu memilih SATU upacara perkahwinan daripada kaum/ etnik lain untuk melakukan TIGA aktiviti yang berkaitan. Contoh upacara dan adat resam aktiviti perkahwinan adalah seperti berikut: Adat resam upacara perkahwinan kaum Melayu Adat resam upacara perkahwinan kaum China Adat resam upacara perkahwinan kaum India Adat resam upacara perkahwinan Chirstian Adat resam upacara perkahwinan kaum etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti Melanau,Iban, Kadazan Dusun, Murut dan lain-lain.

PERINGATAN: 1. Anda hendaklah memilih adat resam perkahwinan kaum lain. 2. Anda disarankan supaya membaca semua aktiviti; dan rancang cara terbaik untuk membuatnya kerana semua aktiviti adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

You might also like