You are on page 1of 29

Tajuk: Kejuruteraan Kimia Nama: Amir Azri B.Azami No.

Maktab: 10533 Kelas: 407

Penghargaan
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana ALLAH telah member saya kekuatan untuk melaksanakan folio kerjaya ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan folio kerjaya ini.Ibu dan bapa saya banyak membantu seperti mengeluarkan modal untuk saya pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan folio kerjaya saya ini.Mereka jugalah yang membenarkan saya tidur lewat malam kerana mereka inginkan saya menyiapkan folio tersebut dengan lengkap dan kemas. Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan saya yang sanggup meluangkan masa bersama saya menyiapkan folio ini walaupun mereka juga sibuk menyiapkan folio mereka tersendiri.Mereka juga telah menemani saya sewaktu saya pergi mencari maklumat. Akhirnya,folio kerjaya saya telah siap hasil daripada usaha-usaha mereka yang sudi membantu saya menyiapkan.Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Pendahuluan
Saya telah diwajibkan untuk menyiapkan folio berkenaan kejuruteraan kimia.Saya dapat hasilkan folio ini kurang daripada seminggu.Saya mendapat bahan tentang projek ini melalui laman web dan juga majalah-majalah dan artikel. Saya memilih kerjaya kejuruteraan kimia kerana saya amat meminati subjek yang berkaitan kimia,matematik,dan subjek kira-kira yang lain. Melalui folio ini saya dapat ketahui banyak maklumat tentang kejuruteraan kimia yang bakal saya terajui setelah tamat pengajian nanti.Saya juga dapat mengetahui tentang sejarah kejuruteraan kimia.Tanpa membuat folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apa sebenarnya kejuruteraan kimia tersebut. Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal menimpa seseorang jurutera kimia itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan maut.Akhir sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang pekerja kejuruteraan kimia tersebut.

Bidangkerjaya (kejuruteraan kimia)


Apakah Kejuruteraan Kimia sebenarnya?
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya. Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial. Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya. Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-

bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan prosesproses lain.

Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.

Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.

Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual. Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.

Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang.

Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.

Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass) dan pemeliharaan tenaga (Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (thermodynamics), reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan (transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses, yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.

Cabang-cabang bidang Kejuruteraan Kimia

Kejuruteraan kimia merupakan bidang yang paling luas pada masa kini yang merangkumi bidang bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral.

Kejuruteraan biokimia Kejuruteraan bioperubatan (Biomedical Engineering) Bioteknologi (Biotechnology) Seramik Alam sekitar Dinamik cecair (Fluid Dynamics) Pemindahan haba (heat transfer) Sejarah kejuruteraan kimia Pemindahan jisim (Mass transfer) Sains mineral Teknologi nano Reaktor Proses penceraian (separation processes) (lihat juga: Penceraian campuran (Separation of mixture)) o Proses membrane (Membrane Processes) o Proses penyulingan (Distillation Processes) o Proses pengkristalan (Crystallization Processes) termodinamik Teknologi partikel (particle technology) Polymer Kawalan proses (process control) Rekabentuk proses (process design) Pulp dan kertas (Pulp and Paper)

Perkara yang perlu dilakukan untuk menceburi bidang tersebut


Sebelum menceburi bidang kejuruteraan kimia saya perlulah belajar bersungguh-sungguh dan harus mendapat gred tertinggi dalam subjek yang berkaitan bidang kejuruteraan kimia iaitu kimia,fizik,matematik dan matematik tambahan.Subjek-subjek ini merupakan subjek yang perlu di kuasai oleh saya dan harus diberi penekanan kerana subjek ini membantu saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Subjek yang perlu saya dapat A untuk membolehkan saya mengambil bidang ini.Tambahan pula,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di luar negara.

Subjek yang perlu dapat gred A:

-Matematik

-Matematik tambahan

-Bahasa Melayu

-Bahasa Inggeris

-Fizik

-Kimia(Wajib)

-Sejarah

-Pendidikan Islam

-Subjek-subjek lain seperti (Reka cipta)

Keterangan Tugas
Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain; Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik; Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia; Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi; Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan,

perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan; Mengesan dan membaiki kerosakan; Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada; Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta prosesproses berkaitan; Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan; Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan

Ciri-ciri personaliti seorang jurutera kimia


-Meminati bidang kejuruteraan kimia.

-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan

-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.

-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.

-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.

-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar.

- Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

-Mempunyai kemahiran komputer

-Tekun dan bekerja keras

-Mempunyai keinginan untuk berjaya

- Seorang yang dinamik

- Dapat bekerja secara berkumpulan

Prospek pada masa hadapan


Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas paling banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia juga memerlukan Jurutera Kimia.

Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka juga diambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga, plastic, fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.

Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji Jurutera Kimia dalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula menawarkan kerjaya pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang tinggi.

Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan bekerja di samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman dan pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan, rekaan, pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan.

Oleh kerana pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan sumber

dan sector tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan oekonomi berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru boiteknologi dan bahan-bahan yang lebih maju mungkain meningkatkan pengambilan kerja Jurutera Kimia.Kerumitan dan penggunaan jenyetra yang semakin bertambah dalam proses kimia akan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk mereka, menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang prnting itu.

Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional Jurutera Kimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini bermakna profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan dating hendaklah peka dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Sebagai kesimpulannya peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat masa ini, namun ia menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat pertambahan penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan negara kepada perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.

Anggaran Pendapatan:
Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimia

ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagai seorang Jurutera kimia anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera kimia profesional.

Tempat Pengajian di Dalam Negara dan luar negara

Institusi pengajian tinggi dalam negara:


-Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang)

-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)

-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)

-USM(Universiti Sains Malaysia)

-Universiti Malaya

Program Luar Negara:


Di luar negara pula, kursus ini banyak ditawarkan oleh universiti-universiti di sana seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Jerman, Jepun, Korea dan Singapura. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)untuk pelajar lepasan SPM/SPMV. Ia merupakan program prauniversiti dan ijazah pertama di universiti-universiti di Amerika Syanikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jepun dan Korea. Program-program yang dimaksudkan ialah American Associate Degree (AAD), American Degree Programme (ADP), A-Level, Program Australian Matriculation (AUSMAT) dan International Baccalaureate (IB).

Langkah-Langkah menuju ke arah seorang jurutera kimia:

Syarat Kemasukan
Syarat kelayakan bagi diploma:

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program BIL KOD UiTM UPU PROGRAM DAN TEMPOH PENGAJIAN TERBUKA KEPADA ALIRAN NAMA PROGRAM TEMPOH PENGAJIAN Untuk Bumiputera Sahaja SYARAT MINIMUM SYARAT AM UNIVERSITI Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu. SYARAT KHAS PROGRAM 1. LEPASAN SPM DAN SETARAF Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal 1. EH110 Diploma Kejuruteraan Kimia E2440 (3 tahun / 6 Semester ) Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan oleh Universiti.

GRED SPM sebelum 2010 mulai 2010 A+ 1A A 2A A3B B+ 4B B 5C C+ 6C C 7D D 8E E 9G G

Matematik Matematik Tambahan Fizik Kimia / Biologi / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Reka Cipta

DAN

Lulus Bahasa Inggeris

ATAU 2. LEPASAN SIJIL POLITEKNIK/IKM/INSTITUSI LAIN Lulus Sijil Politeknik / IKM / Institusi

lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat gred B ke atas dalam mata pelajaran Matematik dan Sains Kejuruteraan dan EMPAT (4) mata pelajaran lain. DAN

Lulus Bahasa Inggeris

ATAU 3. LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM Lulus program Pra Diploma Sains (PD008) dari UiTM dengan keputusan (semester 1 : HPNG 3.00 atau semester 2 : HPNG 2.50). Nota: Bagi lulusan sijil sahaja, salinan permohonan dan salinan sijil yang telah disahkan perlu dihantar kepada Dekan, Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM, 40450 Shah Alam (selewatlewatnya satu minggu selepas tarikh tutup permohonan).

Syarat Kelayakan untuk Ijazah Sarjana Muda:

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program Syarat Khas Program BIL Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU / Minimum CGPA/PNGK Lepasan / Syarat Khas

Tempoh Pengajian / Syarat Am Universiti 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Lepasan Diploma UiTM (Kimia) Kepujian EH220/ EK00 Diploma Kejuruteraan Kimia 8 Semester Sarjana MudaKejuruteraan (Kimia dan Proses) Kepujian EH221/ EK64 8 semester Sarjana Muda Kejuruteraan (Minyak dan Gas) Kepujian EH223/ EK88 8 semester DAN 2.50 CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

Diploma Sains DAN

Syarat Am Universiti 2.75


Lulus SPM / setaraf dengan baik. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. Mendapat sekurangLepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain kurangnya Gred C Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Diploma Kejuruteraan Kimia mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00. Lulus Matrikulasi DAN KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang Lulus SPM / Setaraf KPTM dengan mendapat sekurangDAN kurangnya PNGK 2.00. 3.00 Lulus Diploma dari IPT Lain yang diiktiraf Lulus Bahasa Inggeris oleh Kerajaan Malaysia Malaysian University DAN English Test (MUET) Band 1 CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

MENYUKARKAN KERJA AMALI

Lepasan Asasi UiTM/ PASUM / Matrikulasi Dua (2) Gred B- (2.67) dalam dua (2) mata pelajaran dan satu (1) Gred C (2.00) dalam mana-mana mata pelajaran berikut: Mathematics / Engineering Mathematics Physics / Engineering Physics / Biology Chemistry / Engineering Chemistry DAN 2.75 Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam matapelajaran berikut: Fizik Kimia DAN Lulus Bahasa Inggeris CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI Lepasan STPM/ Setaraf Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:

2.75

Mathematics T / Further Mathematics T Physics / Biology

Chemistry

DAN

Fizik Kimia

Lulus SPM / Setaraf denga n kepujian dalam mata pelajaran berikut: DAN CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI Nama Program / Kod UiTM / Kod UPU / Tempoh Pengajian / Syarat Am Universiti

BIL

Minimum CGPA/PNGK

Lepasan / Syarat Khas

Sarjana Muda Kejuruteraan Lepasan Diploma UiTM (Kimia dan Bioproses) Kepujian Diploma Kejuruteraan Kimia EH222/ EK93 8 semester DAN 2.50 Syarat Am Universiti

Lulus SPM / setaraf dengan baik. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. Mendapat sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/

CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

Diploma Sains DAN 2.75 Mendapat kepujian dalam matapelajaran Biologi dalam SPM DAN

Asasi Undang-Undang KPTM dengan CALON TIDAK RABUN ATAU mendapat sekurangBUTA WARNA DAN TIDAK kurangnya PNGK 2.00. CACAT ANGGOTA YANG Lulus Diploma dari IPT MENYUKARKAN KERJA Lain yang diiktiraf oleh AMALI Kerajaan Malaysia Malaysian University English Test (MUET) Lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi Lain Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia Band 1 Diploma Kejuruteraan Kimia DAN Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian mata pelajaran Biologi DAN 3.00 Lulus Bahasa Inggeris DAN CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI Lepasan Asasi UiTM/ PASUM / Matrikulasi Dua (2) Gred B- (2.67) dalam dua (2) mata pelajaran dan satu (1) Gred C (2.00) dalam mana-mana mata pelajaran berikut: Mathematics / Engineering Mathematics Physics / Engineering Physics / Biology Chemistry / Engineering Chemistry DAN

2.75

Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam matapelajaran berikut: Fizik Kimia Biologi DAN Lulus Bahasa Inggeris CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI Lepasan STPM/ Setaraf Gred B- (NGMP 2.67) dalam dua (2) mata dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:

Mathematics T / Further Mathematics T Physics / Biology Chemistry

DAN 2.75

Fizik Kimia Biologi

Lulus SPM / Setaraf denga n kepujian dalam mata pelajaran berikut: DAN CALON TIDAK RABUN ATAU BUTA WARNA DAN TIDAK CACAT ANGGOTA YANG MENYUKARKAN KERJA AMALI

Suasana tempat kerja


Persekitaran tempat kerja:
-Haruslah sentiasa bersih -tidak mempunyai dokumen-dokumen yang berselerak kerana akan menyebabkan pekerjaan menjadi bercelaru dan sukar untuk siap dengan lengkap

-terhindar daripada gangguan kanak-kanak kecil kerana takut bahan kimia terjatuh atas kanak-kanak tersebut. -harus dilakukan dengan cermat.

Tempat untuk bekerja:


Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

Penutup
Pada pandangan saya,kejuruteraan kimia bukanlah satu bidang yang sukar untuk dikecapi kerana bak kata pepatah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Mahu tak mahu haruslah saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya itu.Tanpa usaha tiadalah kejayaan.Saya juga akan cuba mempertingkatkan subjek yang penting untuk pengajian kejuruteraan kimia walaupun saya tahu saya amat lemah dalam subjek-subjek yang dikehendaki untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia.Kejuruteraan

kimia sememangnya satu bidang yang menyeronokkan bagi saya kerana kita bekerja dengan mengkaji lantas menolong dunia untuk memudahkan proses mendapatkan bahan kimia.

Lampiran

Jurutera Kimia

Tempat Galian Minyak

Jurutera Kimia ini sedang melakukan kajian ke atas bahan kimia tersebut

Bibliografi
http://www.esyarat.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=section&id=10&Ite mid=59 http://cms.icheme.org/MainWebSite/Homepage3bf36337.aspx?Map=1B65ED76D4B00E9E7 8817E89DC003264 http://www2.mrsmkm.edu.my/bpulau/images/stories/pdf/iPROGRAM%20SELEPAS%20SP M%202010.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_kimia

Tajuk Penghargaan Pengenalan Penerangan Bidang Kerjaya Tempat Pengajian Syarat Kemasukan/Kelayakan Suasana tempat kerja

Muka surat 3 4 5-12 13-14 15-22 23-24

Penutup Bibliografi

25 26-28 29

You might also like