You are on page 1of 41

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220

Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat
pensyarah yang mengajar saya iaitu Pn. Normaizam Bt. Abd Hamid kerana segala
tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM
Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan
dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.
Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.

Soalan Tugasan
Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu
“Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan
pengajaran dan pembelajaran sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman
maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya belajar sepanjang hayat kerana
maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka sekolah Bestari di
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik


daripada segi amalan pembelajaran dan pengajaran dan pengurusan sekolah dengan
tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan
dua perkara, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta
kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).”

1. Sediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan


Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Pakej tersebut hendaklah
disediakan dalam bentuk portfolio.

2. Berdasarkan pakej aktiviti yang telah disediakan di atas anda dikehendaki


menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian yang lengkap untuk
dilaksanakan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran selama 1 jam di
dalam bilik darjah. Pendekatan perlu dilaksanakan dengan mengintegrasikan
pengajaran dan pembelajaran elemen-elemen bestari dam ruangan prosedur.

Bagi melaksanakan projek ini, anda dikehendaki menyediakan nota ringkas


sekurang-kurangnya merujuk
i. Ciri-ciri sekolah bestari dan pelajar bestari
ii. Prosedur dan pengendalian Pembelajaran Bestari
iii. Merancang. Membina dan mentadbir pakej aktiviti p&p Bestari
iv. Merancang dan menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian
Gaya Pembelajaran Model Bestari
Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan
Inggeris. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolahtanggungan kerajaan,
sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam
kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,
sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan
ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:


 Prasekolah
 Pendidikan rendah
 Pendidikan menengah
 Pengajian tinggi

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu,


pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-
undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan
oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak
tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains.

Pendidikan Prasekolah
Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun.
Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia.
Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini,
sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun
kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Pendidikan Rendah
Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan
kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis,
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua


jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa
pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa
pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai
prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah.

Pendidikan Menengah
Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa
Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains
(Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar
perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap
tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga
(digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan
kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari
Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera
tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang
memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah
teknik.
Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu
menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran
di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School
Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General
Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General
Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun
2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain
kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas
Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap
'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini
akan dinyatakan pada kertas keputusan.
Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran
mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM
kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik
tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya
mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan
berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya
tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira
sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang
baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan
Pengakap."
Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar
dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar
menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama
(Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut
menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan olehDong
Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.
Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan
Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum
dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris
merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan
Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir
sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.
Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior)
sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu
tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal
dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke
tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan
disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian


Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML.
Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah
daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi
persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran
Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar
menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM.
Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3,
mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara
seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak
diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti
awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei
2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan
kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM.
Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie
Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

Pendidikan Pra-Universiti
Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6
atau matrikulasi. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka
akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6
yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa
selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi
skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka
yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat
antarabangsa.
Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi
yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu,
matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30%
daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama
dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana
jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di
universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti
awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal
seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi.
Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang
diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa
Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program
matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan
kemasukan universiti).
Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka
mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama
dari negara lain.
Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi
tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang
boleh dibandingkan.

Pengajian Tinggi
Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-
universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM atau matrikulasi. Keputusan
yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Kriteria
pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas
diwujudkan.
Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk
mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa
Mohamed.
Walaupun kerajaan mengumumkan pengurangan pergantungan kuota kaum pada
tahun 2002 untuk lebih memihak kepada meritokrasi, kadang-kadang terdengar kes
pelajar bukan bumiputera yang berkeputusan baik tidak diterima untuk memasuki
kursus tertentu. Sebelum tahun 2004, semua pensyarah di universiti umum perlu
memiliki ijazah sarjana atau doktor. Pada Oktober 2004, keperluan ini dibatalkan.
Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa pakar industri yang dapat
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

menambah nilai kursus dapat memohon menjadi pensyarah walaupun tidak mempunyai
ijazah sarjana atau doktor. Untuk mengelakkan tuduhan perubahan ini disebabkan
kekurangan pensyarah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, "Kita tidak
kekurangan pensyarah. Tindakan ini akan menambah nilai kepada kursus dan
meningkatkan nama universiti-universiti kita. Katakan Bill Gates dan Steven Spielberg
yang terkenal dan cemerlang dalam bidang mereka mahu menjadi profesor. Kita sudah
tentu berasa gembira untuk mengupah mereka." Beliau seterusnya memberi contoh
arkitek-arkitek yang diakui berbakat tidak memiliki ijazah sarjana.
Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri
Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri,
Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".
Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan
peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut
atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka
cawangan di Malaysia.
Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri
pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik
mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik
5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94
ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi
semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini
diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.
Selain itu, terdapat juga institut perguruan dan politeknik bagi yang berminat.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Jenis Sekolah

Sekolah Kebangsaan
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan.
Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Jenis Kebangsaan


Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis
Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000,
pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah
Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4%
daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada
pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

Sekolah Wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah
yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk
menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang
Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa
Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

Sekolah agama Islam


Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah
asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan
sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan
luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di
sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan
pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Sekolah bestari
Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah
pembelajaran.

Sekolah berasrama penuh


Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi


pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi
maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses


Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam
bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh
mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-
directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai
aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak
semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf
baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya
masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan
menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya
pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan
bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta
pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic


classroom from being information providers to counselors to help
students develop know how and judgment to select information
sources.Key to success in the Information Age will be making the
right judgements between an awesome array of choices. We are
examining our education system to create a curriculum where
people learn how to learn for continuingeducation throughout their
lives

(Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super


Corridor 1 August 1996)
The smart school program will be re-modelled and its
implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at
lower cost to the government. Smart schools will have access to the
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Internet through the SchoolNet program, which is already at an


advanced stage of implementation.
Advanced teaching and learning materials developed through the
Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while
the Smart School Management System will be used to improve
administration processes.

(Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The


Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004 )
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan
sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan
moden mengikut arus pembangunan semasa.
Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah
untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan
murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan
teknologi yang berkesan dari segi kos.

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran


Malaysia, 7 Mei 2005)
Ciri-ciri Sekolah Bestari

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan
membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya
untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar
- kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang
paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi
komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan
menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk
perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian
Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di


sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan,
khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga
pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolahh Bestari
di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan


pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah
Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila
menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.
Sekolah bestari merupakan penaja serta peneraju kepada perubahan kesemua aspek
pendidikan seperti cara pengurusan sekolah, organisasi bilik darjah, penggunaan masa,
pengukuran pencapaian, tugasan pelajar, tanggungjawab, hubungan sekolah dengan
masyarakat setempat dan persekitaran. Sekolah bestari akan menampilkan ciri-ciri
yang membezakannya daripada sekolah-sekolah sedia ada. Antaranya ialah :
1. Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk
berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik.
2. Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah
lain, organisasi daerah, negara serta dunia.
3. Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar
dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.
Perkins, menjelaskan perlu wujud tiga ciri utama dalam sesebuah sekolah bestari. Ciri-
ciri ini harus diberikan keutamaan dan penekanan kepada pengajaran dan
pembelajaran. Ciri-ciri yang dicadangkan oleh Perkins ialah:
1. Berilmu
Pentadbir sekolah, guru dan pelajar mempunyai maklumat yang banyak mengenai
pemikiran dan pembelajaran serta bagaimana menggunakan maklumat tersebut sebaik-
baiknya. Mereka juga mengetahui tentang struktur sekolah dan corak kerjasama yang
wujud serta bagaimana melaksanakannya dengan baik.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

2. Bertenaga
Selain ilmu pengetahuan, sekolah bestari sangat memerlukan semangat dan keyakinan
agar sekolah bestari lebih bertenaga berbanding sekolah biasa. Sekolah bestari perlu
mengambil langkah-langkah untuk memupuk tenaga positif dalam struktur sekolah,
gaya pentadbiran dan layanan yang diberikan kepada guru dan pelajar.

3. Berpemikiran
Sekolah bestari akan memberi penekanan kepada peningkatan daya pemikiran
pelajar agar mereka menjadi manusia yang mempunyai ilmu dan tenaga maklumat
yang boleh diolah oleh pemikiran. Sekolah bestari juga menjadi tempat berpemikiran
dalam erti kata sentiasa mengambil berat dan penyayang. Setiap orang peka akan
keperluan orang lain dan melayaninya dengan baik. Proses pengajaran dan
pembelajaran serta proses membuat keputusan adalah berpusatkan pemikiran.
Ketiga-tiga ciri sekolah bestari ini bertujuan untuk mencapai satu matlamat
utama iaitu pengembangan ilmu. Seseorang yang berilmu, bertenaga dan berpemikiran
tidak seharusnya terus memendamkan ilmunya tanpa berfungsi apa-apa sebaliknya
berupaya mengembangkan ilmu bagi menerokai pelbagai ilmu yang lain untuk
mengatasi pelbagai persoalan hidup. Ilmu juga merupakan asas terpenting untuk
mengenal diri dan persoalan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan alam
persekolahan mahupun kemasyarakatan. Ilmu juga akan menentukan tingkat keyakinan
seseorang kepada agama yang dianuti bagi menjernihkan lagi amalan-amalan yang
dapat meningkatkan keimanan. Untuk tujuan tersebut, pengembangan ilmu meliputi
proses penyimpanan, pemahaman dan penggunaan aktif ilmu.
Skop Pembestarian Sekolah
Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT
yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan
Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan
Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan
semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf
sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah
dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
i. projek makmal Komputer Sekolah
ii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)
iii. rangkaian SchoolNet
iv. rancangan TV pendidikan
v. projek Rintis Sekolah Bestari
vi. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
vii. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
viii.perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
ix. latihan ICT Guru
x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut
keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
Dasar dan Matlamat
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
i. ICT untuk semua pelajar
ii. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan
komponen mata pelajaran
iii. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem
pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua
sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran
dan pembelajaran.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Ciri-cir Pelajar Bestari


Terdapat tiga ciri pelajar bestari iaitu :
1. Gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn , Model VAK)
2. Kecerdasan pelbagai pelajar
3. Kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN.

1. Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang
apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.
2. Dua model gaya pembelajaran ialah :
i) Model Dunn dan Dunn
ii) Model VAK
3. Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar
bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:
• Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)
• Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab
(dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual
waktu).
• Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.
• Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan,
waktu, gerakan.
4. Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan-
suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive-
bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)
5. Model VAK:
• Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.
• Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

• Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara


fizikal/ hands-on.

KECERDASAN PELBAGAI PELAJAR

1. Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa
manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.
2. Ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai:
• Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa
• Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan
• Visual-ruang - berkaitan dengan ruang + visualisasi
• Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan
• Muzik - berkaitan dengan ritma dan melodi
• Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang
lain
• Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam
dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri
sendiri.
• Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam
semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

3. Kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar dapat dienalpasti melalui :


i) Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
ii) Aktiviti murid semasa lapang
iii) Laporan prestasi murid
iv) Profil Kecerdasan Murid
v) Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults- MICA)
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL


INTELLIGENCE COMPETENCY)

1. Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang
lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi
sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.
2. EIC menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi
• Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)
• Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)
• Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)
3. Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi
Sosial
4. Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang
lain)
5. Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada
orang lain)

Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ atau kecerdasan emosiini adalah satu


konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap
emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan
kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang
adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma
lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya.
Pendapat ini adalah sejajar dengan pandangan yang menyatakan kita sebenarnya
memerlukan lebih daripada kecerdasan otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam
hidup – seseorang mestilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan
berhubung dan berkomunikasi dengan sihat dengan orang lain.
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Seperti yang telah disebutkan lebih awal dalam modul ini, sekiranya dilihat dari
konteks yang lebih syumul, Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dengan jelas
bahawa;

Dalam badan manusia itu ada seketul daging,


Sekiranya baik daging itu,
Maka baiklah badan itu,
Sekiranya busuk daging itu,
Maka busuklah badan itu.
Dan daging itu adalah hati.

Dapat dilihat bahawa peranan hati yang menjadi tunjang kepada perasaan dan
emosi (EQ) itu mempunyai pertalian yang bagitu rapat dengan kejayaan manusia
dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman tentang peranan EQ
dalam menjana kejayaan seseorang dalam hidup ini adalah tidak dapat dinafikan.

Menurut Mayer dan Salovey (1993), pelopor yang mula-mula memperkenalkan


konsep EQ ini;

“Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use


our emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably
overlaps to some extent with general intelligence”

Mayer dan Salovey seterusnya menyatakan bahawa;

“The emotionally intelligent person is skilled in four areas: identifying


emotions, using emotions, understanding emotions, and regulating
emotions.

Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang yang berupaya menjelaskan atau


menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya,
dan mengawal emosinya dalah dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ).
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau
menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor: memahami emosi sendiri
(knowing one’s emotions), kebolehan mengendalikan emosi (managing one’s
emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi orang lain
(recognizing emotions in others), dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan
orang lain (handling relationships).

Dari interpretasi penyataan di atas berhubung dengan EQ, dapatlah difahamkan


bahawa kecerdasan emosi “is a type of social intelligence that involves the ability to
monitor one’s own and others’ emotions, to discriminate among them, and to use the
information to guide one’s thinking and actions”.(Mayer & Salovey, 1993). Mayer dan
Salovey menkategorikan EQ kepada enam domains:

• Kesedaran kendiri (self-awareness)


Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari
satu-satu perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini
juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran,
perasaan, dan tindakan. Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa)
yang meransangi perasaan tertentu. Sementara sedar pula apakah
perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan itu.

• Mengendalikan emosi (managing emotions)


Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada disebalik
satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan
mempunyai satu kesan yang kuat kepada kebolehan seseorang bertindak
dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara
berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh fahaman negatif. Harapan dan
rasa optimis, sebaliknya, adalah satu harta yang amat berguna dalam
menjana kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan meredakan
perasaan meluap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak bila tidak dapat
dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat baik dan buruknya satu perkataan
yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan
emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada
kecemerlangan sikap.

• Timbangrasa (empathy)
Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak
memerlukan keperihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan melihat
sesuatu dari kacamata orang lain. Timbang-rasa atau ‘empathy’ yang
membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita
terlalu emosi (emotional) adalah penting. Kebolehan membezakan apa
yang dikatakan oleh orang lain dari tindakan dan penilaian yang bersifat
personal adalah amat penting.

• Berhubung (communicating)
Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyaikesan
positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis perasaan
yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan
pengharapan adalah kait-berkait sama juga halnya dengan ‘pessimism’
dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan perasaan atau pendapat
tanpa melahirkan kemarahan atau kedongkolan adalah kunci kepada
sesuatu kejayaan.

• Kerjasama (cooperation)
Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak mejadi ketua atau
pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting kepada
konsep kerjasama (cooperation). Sifat pemimpin yang unggul bukan
terletak kepada paksaan atau kuasa tetapi lahir dari kebolehan
menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu
dengan lain dengan baik untuk mencapai satu tujuan bersama. Menyedari
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil


bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan dalam
menghasilkan satu-satu kebaikan daripada memberi arahan atau
mengkritik. Pada ketika yang sama, adalah amat perlu kita menjalankan
tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau
akibat dari keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak
berbelah bagi.

• Menyelesaikan konflik (resolving conflicts)


Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanism yang
hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya
dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan
mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara
lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik boleh dicapai dengan
menggunakan kebolehan emosi (emotional skills) seperti apa yang telah
kita bincangkan di atas.

Kesimpulan
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Banyak kajian tentang dimensi EQ telah dijalankan dengan mengukur konsep-


konsep yang berkaitan dengan EQ, seperti kebolehan bersosial (social skills),
kecemerlangan perhubungan inter-personal(interpersonal competence),kematangan
psikologi (psychological maturity) dan kesedaran emosi (emotional awareness) –
lama sebelum konsep kecerdasan emosi atau emotional intelligence diperkenalkan.
Kajian-kajian ini mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena
mengena dengan EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan
interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak didedahkan
dengan konsep EQ ini. Kajian juga telah melihat bagaimana kaitan positif antara EQ
dengan sifat kepimpinan, pencapaian secara kumpulan, pencapaian individu,
perhubungan sosial, perubahan dalam pengurusan, di samping menyediakan alat
pengukur kepada kejayaan tersebut. Menurut Goleman (1995: 160). “Emotional
intelligence, the skills that help people harmonize, should become increasingly
valued as a workplace asset in the years to come.”
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
(RPH)

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Kelas : 5 Seroja
Bilangan Murid : 30 orang ( 11 Lelaki dan 19 Perempuan)
Masa : 8.15 - 9.15 pagi (60 minit)
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Tarikh : 25 April 2009


Tajuk : Permainan Tradisional

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
1. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
2. Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan
3. Menyusun isi-isi penting dalam bentuk grafik
4. Menggariskan 5 kata nama am dan 3 kata nama khas dalam petikan
5. Membina ayat tunggal daripada kata nama

Fokus Utama:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (i): Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus Sampingan:
9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil
daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 3 (i): menterjemah maklumat yang terdapat dalam bentuk teks prosa ke dalam
lakar grafik.
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : Kata nama am dan kata nama khas


Ayat tunggal

Ilmu : Kebudayaan Melayu, Kajian Tempatan


PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Nilai : Menghargai, keyakinan diri, menghormati, kerjasama, optimis,


tolong-menolong, jati diri

Kemahiran generik: Kemahiran berfikir,


Kemahiran belajar,
Kemahiran fasilitator,
Kemahiran mentaksir dan menilai

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah dibawa melawat ke Muzium Negeri dan
menyaksikan pameran jenis-jenis permainan tradisional.

Bahan Sumber P&P : Petikan Permainan Tradisional, Borang Grafik KWLH, Borang
Penilaian, kad manila, kad manjung,kad tugasan, laptop, dan LCD

LANGKAH/M ISI AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN


ASA PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Gambar- • Guru memastikan kelas BBM:


gambar sentiasa bersih dan -Laptop
Permainan kemas. -MS Power Point
Tradisional • Guru bertanya khabar
murid.
• Guru menayangkan slaid
Set Induksi
gambar permainan wau,
(± 5 minit) Nilai:
gasing, rebana, congkak
dan sepak takraw kepada -Menghargai
gasing murid.
• Guru bersoal jawab
dengan murid Kemahiran
– Apakah jenis Belajar:
Congkak permainan yang -menyoal
ditunjukkan
tadi? Kemahiran
– Di mana Berfikir:
permainan ini -menghubung kait
Rebana didapati?
– Pernahkan kamu
bermain
permainan ini?
– Adakah
Wau permainan ini
sesuai pada
zaman moden
ini?
– Bilakah
Sepak takraw permainan ini
diadakan?
• Jawapan murid dikaitakn
dengan tajuk pengajaran
untuk hari ini

Petikan – • Murid dibahagikan kepada BBM:


“Permainan lima orang satu kumpulan -Petikan
Tradisional“ dan diedarkan petikan “Permainan
Langkah 1 bertajuk “Permainan Tradisional”
(± 15 minit) Tradisional” -Borang “KWLH”
Bacaan secara • Muird diminta membaca
mentalis secara senyap
• Murid berbincang Kemahiran
Borang “KWLH” berdasarkan petikan Belajar:
tersebut -Membaca dan
• Guru bersoal jawab mencatat
dengan murid -menyoal
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

K
-Apa yang telah • Guru menerang cara
diketahui iaitu mengisi borang KWLH Kemahiran
pengetahuan • Murid mengisi borang Berfikir:
sedia ada KWLH -Pengurusan
murid. • Guru memberi Grafik
penerangan bagi mengisi
ruangan “K”
• Guru meminta murid
W mengisi ruangan “K”, iaitu Kemahiran
-apa yang ingin apa yang anda ketahui Fasilitator:
diketahui iaitu • Guru berbincang dengan -Membimbing dan
apa yang murid murid tentang isi ruangan memerhati
ingin tahu “K”

L • Guru memberi
-apa yang telah penerangan bagi mengisi
dipelajari iaitu ruangan “W” Nilai :
apa yang murid • Guru meminta murid -Kerjasama
telah belajar melengkapkan ruangan -Hormat-
setelah “W”, iaitu apa yang ingin menghormati
membaca tahu.
petikan. • Guru berbincang dengan
murid tentang isi ruangan
H “W”
Bagaiamana
ingin • Guru memberi
mendapatkan penerangan bagi mengisi
sumber ruangan “L”
tambahan iaitu • Murid diminta mengisi
bagaimana ruangan “L”, iaitu apa
murid mahu yang telah anda pelajari Kemahiran
mendapatkan berdasarkan petikan berfikir:
sumber -banding beza
tambahan • Guru memberi
baerdasarkan penerangan bagi mengisi
petikan ruangan “H”
tersebut. • Guru meminta murid
melengkapkan ruangan
-internet “H”, iaitu apa yang anda
-buku-buku ingin tahu.
-perpustakaan • Guru berbincang dan
meminta murid mengenal
pasti perkara-perkara
dalam ruangan “W” dan
bandingkan dengan “H”
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Pembentangan • Ketua kumpulan akan BBM:


hasil daripada mengagihkan tugas -kertas manjung
Langkah 2 Perbincangan kepada setiap ahli untuk -borang penilaian
(± 15 minit) melalui Borang mengisi borang KWLH di
KWLH kertas manjung.
• Wakil kumpulan akan Kemahiran
Membuat membentangkan hasil Belajar:
penilaian oleh perbincangan mengisi -Pembentang
murid melalui ruangan “K”,”W”,”L”, dan hasil tugasan
borang ”H”
penilaian yang
diberikan oleh • Semasa sesi Kemahiran
guru pembentangan dijalankan, mentaksir dan
kumpulan lain akan menilai:
membuat penilaian di -mengisi borang
Isi : 20m dalam borang penilaian penilaian
Bahasa : 20m yang disediakan oleh
Kesesuaian guru.
soalan : 20m • Guru membuat
Kolaborasi : 20m pemantauan Kemahiran
fasilitator:
-pemantauan

• Guru meminta beberapa BBM:


Sistem bahasa murid membaca petikan -Borang grafik
dengan sebutan dan kata nama
Kata nama am intonasi yang betul
• Murid dikehendaki
-Wau menggaris kata nama
Langkah 3 -Sepak takraw yang terdapat dalam Kemahiran
(± 15 minit) -Gasing petikan belajar:
-Congkak • Murid diminta mengumpul -membaca
dan mengkelaskan kata
nama yang terdapat
Kata nama khas
dalam petikan dalam
borang grafik
-Malaysia
-Pantai Timur • Muird diminta membina
-Kelantan ayat tunggal daripada kata Kemahiran
-ASEAN nama am yang berikut : berfikir:
-mengkelaskan
– Wau
– Congkak
– Sepak takraw
– Gasing
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Kad tugasan • Wakil diminta memilih kad BBM:


tugasan -kad tugasan
-Kelebihan • Ketua kumpulan -kad manila
permainan mengagihkan tugas,
komputer setiap ahli mengumpul Kemahiran
berbanding maklumat berkaitan Berfikir:
Langkah 4 permainan lain dengan tajuk tugasan -membuat
(±5 minit) • Setiap kumpulan diminta rumusan
-permainan yang -memilih
menghasilkan satu peta
telah maklumat
minda di atas kertas
mengharumkan mengikut
manila
nama Malaysia di
• Guru akan membuat keutamaan
serata dunia
penilaian terhadap peta -pengurusan
minda yang dihasilkan grafik
-keburukan
permainan
komputer kepada • Penilaian berdasarkan
pelajar kriteria-kriteria berikut :

-nyatakan -Isi yang tepat Kemahiran


permainan -Bahasa belajar:
tradisional yang -Persembahan -mengumpul
lain selain dalam maklumat
petikan • Peta minda akan -memproses
dilekatkan di belakang maklumat
-bagaimana kelas di sudut subjek -menyusun
hendak bahasa Melayu maklumat
mengekalkan
permainan
tradisional
kepada pelajar
pada zaman
moden Kemahiran
fasilitator :
-pilih satu Membimbing dan
permainan memerhati
tardisional dan
kemudian Nilai:
terangkan -Tolong- menolong
langkah- -Kerjasama
langkah untuk
bermain.

• Murid membuat rumusan


Penutup Rumusan tentang tajuk Nilai:
(± 5 minit) pembelajaran dengan Jati diri
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

bantuan guru
• Guru membuat rumusan
kepentingan tradisional
dalam memumpuk jati diri
bangsa Malaysia.
Bibliografi

Tuan Jah Tuan Yusof (2008). HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran
Bahasa Melayu. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor : Dwama
Sdn. Bhd.
Mohamad Fauzi Yunus (1996). Pembinaan Soalan dan Analisis Item. Kuala Lumpur :
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Malaysia
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari/skop
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari

http://www.wikipedia/taksonomi/bloom.html
http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/04/trend-menghantar-ibu-bapa-yang-
telah.html
http://modulbestari.tripod.com/links.htm
http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

LAMPIRAN
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

CD BAHAN BANTU MENGAJAR

Lampiran

Permainan Tradisional
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Permainan tradisional merupakan sebahagaian daripada khazanah dan warisan yang


menjadi kebanggaan negara kita Malaysia. Walaupun zaman telah berubah dan negara
semakin maju, permainan tradisional tetap tidak dilupakan. Antara permainan itu ialah
wau. Permainan wau biasanya dimainkan di Pantai Timur khususnya negeri Kelatan
Darul Naim. Selain untuk tujuan mengisi masa lapang, permainan wau turut dijadikan
aktiviti pertandingan.
Permainan tradisional yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak. Permainan ini
biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu dua orang. Permainan ini juga biasanya
dimainkan untuk mengisi masa lapang. Alat yang digunakan ialah lubang congkak yang
diperbuat daripada kayu atau papn tebal dan buah guli atau biji getah.
Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini.
Bahkan sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di kejohanan
yang melibatkan negara-negara ASEAN. Permainan ini popular dalam kalangan istana
zaman dahulu.
Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di Pantai Timur.
Gasing direka dalam pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya. Gasing juga
merupakan permainan tardisional yang sering dipertandingkan.
Jelas kepada kita bahawa permainan tradisional masih diminati hingga kini.
Sebagai generasi muda, kita sentiasa menghargai dan menjaganya. Inilah satu-satunya
khazanah yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang.

Borang “KWLH”

K W L H
Apa yang telah Apa yang hendak Apa yang telah Bagaimana

anda ketahui anda pelajari maklumat tambahan


diketahui
hendak diperoleh
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Borang Penilaian

Nama Kumpulan :
Tarikh :
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

ISI BAHASA KELANCARAN KUALITI KOLABORASI


(20M) (20M) (20M) (20M) (20M)

Ulasan guru :
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---

Borang Grafik

Kata nama am
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Kata
Nama

Bina ayat tunggal berdasarkan kata nama am

-
Wa --------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------

u
----------
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

2.
Congk
--------------------------------------------------------------------------------
- ak -----------------------------------------------------------------------
----------

3.
Sepak
--------------------------------------------------------------------------------
- takraw -----------------------------------------------------------------------
---------

4.
Gasi --------------------------------------------------------------------------------
- -----------------------------------------------------------------------
--------- ng

5.
Reba --------------------------------------------------------------------------------

na
- -----------------------------------------------------------------------
---------

Kad Tugasan
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Kelebihan permainan komputer


berbanding permainan lain

Permainan yang telah


mengharumkan nama Malaysia di
serata dunia

Keburukan permainan komputer


kepada pelajar
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Bagaimana hendak mengekalkan


permainan tradisional kepada pelajar
pada zaman moden

Pilih satu permainan tardisional dan


kemudian terangkan langkah-langkah
untuk bermain.

ISI KANDUNGAN
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU HBML220
3

Penghargaan 1
Soalan Tugasan 2
Pengenalan 3
Jenis Sekolah 10
Pembestarian Sekolah 12
Konsep Pembestarian 13
Ciri-ciri Sekolah Bestari 14
Ciri-ciri Pelajar Bestari 18
Rancangan Pengajaran Harian 26
Bibliografi 33
Lampiran 34

You might also like