You are on page 1of 25

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210

Penghargaan

Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya
berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya
upaya untuk menghasilkan keseluruhan bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna
mungkin.
Di samping itu, saya ingin menyalurkan ribuan malah jutaan kalungan dan ungkapan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Mohd Hasni B. Mat Hassan yang
melaksanakan pengajaran bagi mata pelajaran Membuat Corak dan Rekaan
(HBAE2103) di atas keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta
bimbingan yang menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin menyampaikan kalungan ucapan terima kasih saya yang
tidak terhinggga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa
kewangan untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari
awal penghasilannya sehingga ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini. Malah,
saya juga ingin menyampaikan ungkapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang
turut sama-sama mencurah tenaga dan memberikan buah fikiran dengan berkongsi
pelbagai idea-idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada pihak perpustakaan
IPSMB kerana telah banyak membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan
sempurna.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengalungkan ribuan malah jutaan ungkapan
penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam
usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini sesempurna mungkin.

Sekian, terima kasih.

Pengenalan

1
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya
seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun
yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan
motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak
boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak
Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi
mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur
tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk
rebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Corak dan Rekaan


Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain
seperti binaan, kraf dsb.
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam
dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
CORAK TIDAK TERANCANG

1. Pualaman
2. Tiupan

2
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

3. Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan percikan

CORAK TERANCANG :

1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8. Kaligrafi

Hiasan Dalaman
Mengikut Kathleen Chee (2008), hiasan dalaman merupakan satu perancangan dan
penyusunan untuk menghias ruang dalaman dengan mementingkan aspek fungsi, cita
rasa dan tabiat pengguna. Susunan dan reka letak perabot dan barang hiasan
bergantung pada jenis bilik masing-masing. Walau bagaimanapun, keperluan asas
seperti peredaran angin dan udara, serta pencahayaan tidak berubah.

3
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Hiasan dalaman merupakan satu salah aktiviti yang dilakukan untuk mengindahkan,
menghasilkan, merubah sesuatu suasana ruang di dalam rumah agar kelihatan lebih
menarik, cantik, sesuai dengan persekitaran rumah.
Terdapat pelbagai jenis hiasan dalaman, antaranya ialah :

• Hiasan dalaman ruang tamu


• Hiasan dalaman ruang dapur
• Hiasan dalaman ruang makan
• Hiasan dalaman bilik tidur
• Hiasan dalaman bilik mandi
• Hiasan dalaman bilik belajar
• Hiasan dalaman bilik ibadat

Dalam hiasan dalaman ini, terdapat konsep-konsep yang diberi sentuhan bagi
menghasilkan sesuatu ruang tampak lebih menarik mengikut cita rasa seseorang.
Antara konsep-konsep yang diketengahkan adalah konsep asia, konsep moden,
konsep moden kontemporari, konsep tradisional, konsep retro, dan banyak lagi.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya menghasilkan suatu projek yang melibatkan
hiasan dalaman bilik tidur. Saya telah memilih lampu tido sebagai hiasan dalam bilik
tidur tersebut.

Lampu tidur
Lampu tidur bukanlah digunakan bagi seseorang yang takut dengan kegelapan. Lampu
tidur merupakan suatu hiasan yang amat menarik bagi menaikan suasana yang
tenteram dan selesa.
Contoh-contoh lampu tidur bagi hiasan dalaman yang telah banyak dipasaran ialah :

4
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Contoh-contoh lampu tidur

Bagi memenuhi tugasan yang diberikan, saya telah menggunakan teknik ikatan dan
celupan dalam projek “lampu tidur” saya ini.

5
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

“ Lampu Tidur “

Teknik Ikatan dan Celupan

Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)


Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak
pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini
sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.
Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan
satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian
6
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara


mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara
jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.
Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak
yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut.
Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat
terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya
yang akan terhasil adalah kecil.

Sejarah corak ikatan dan celupan


Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive
diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain
bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah
Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada
zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah
diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad
ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu.
Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada
masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat
sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah
biru dan hitam sahaja.
Tokoh
Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan
dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula
dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok
kayu.

7
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Teknik corak ikatan dan celupan


Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi.
Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain
mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang
dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih
banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti
pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.

Contoh Corak ikatan dan Celupan

Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan

8
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Jenis Ikatan yang digunakan


Bahan dan alatan
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan
ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas
2. Tali, benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya
4. Warna, dye
5. Garam,
6. Sudu, kayu pengacau
7. Apron
8. Sarung tangan
9. Lain lap
10. Bekas untuk pewarnaan
11. Sodium silikat
Kepelbagian teknik ikatan dan celupan
Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini
telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga
yang berpatutan.
Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah :

9
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Contoh-contoh baju yang menggunakan teknik ikatan dan celupan

10
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Proses perkembangan idea dan lakaran yang merangkumi komposisi, kreativiti


dam artistik
Untuk menghasilkan sebuah “lampu tidur” bukanlah semudah yang disangkakan.
Penerapan teknik ikatan dan celupan juga boleh dikatakan agak rumit dan cerewet
untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan
perasaan individu yang menghasilkannya.
Tema bagi tugasan yang perlu disiapkan adalah ‘Hiasan Dalaman. Pada mulanya, saya
agak kurang jelas mengenai tema tersebut. Tetapi setelah berbincang dalam kelas
bersama pensyarah, saya telah dapat gambaran mengenai tugasan ini. Saya juga
memilih “Lampu Tidur” sebagai tema hiasan dalaman untuk dihasilkan melalui teknik
ikatan dan celupan.

Lakaran awal “Lampu Tidur”

Pada mulanya agak memeningkan kepala saya untuk memikirkan bagaimana hendak
menghasilkan lampu tidur yang menarik. Setelah meneliti gambar-gambar mengenai

11
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

lampu tidur di internet, saya telah mendapat idea untuk menghasilkan lampu tidur yang
menarik.
Antara bahan yang saya gunakan untuk menghasilkan “lampu tidur” ini ialah :
• Papan kayu (bersaiz besar dan bersaiz kecil)
• Kain cotton putih
• Lampu 15w
• Kabel elektrik
• Paku
• Shalek
• Tinner
• Tapak lampu
• Kepala sius
• Warna poster
• Kertas pasir

12
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Antara bahan-bahan yang digunakan.


Lampu tidur yang saya hasilkan ini hanya menggunakan kayu dan kain sahajasebagai
bahan utama. Saya memilih kayu kerana kayu sesuai digunakan untuk bilik tidur yang
berkonsepkan tradisional. Selain itu, ia dapat mewujudkan suasana yang romantik.

Rekaan kayu “ Lampu Tidur”

Reka bentuk yang dihasilkan merupakan reka bentuk yang menyerupai kamar bilik tidur
tradisional. Penggunaan empat batang kayu kecil sebagai tiang untuk mengikat kain
yang bercorakkan ikatan dan celupan. Bagi hiasan yang digunakan ialah ikatan dan
celupan. Saya memilih teknik ini kerana bagi saya teknik ini sangat menarik serta
hasilnya juga sangat cantik. Ikatan yang saya gunakan hanya ikatan yang biasa sahaja.

13
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Teknik ikatan dan celupan


Setiap proses yang dijalankan agak lama dan mengambil masa beberapa hari untuk
disiapkan. Bagi projek yang saya jalankan ini, masa sehari untuk saya membeli bahan-
bahan yang akan digunakan dalam penghasilan lampu tidur. Hal ini kerana di kawasan
Besut tidak banyak kilang papan atau kayu di sini.
Selain itu, peralatan untuk memotong papan kayu juga terhad. Maksudnya saya
terpaksa meminta kebenaran daripada pihak Jabatan Kajian Sosial melalui pensyarah
seni dan visual untuk menggunakan bengkel seni yang mempunyai peralatan yang
cukup untuk saya menyiapkan projek saya ini.

Kerja-kerja pertukangan serta shalek

Selepas itu, setelah kerja-kerja bertukang siap makan proses ikatan dan celupan
dijalankan. Saya mengambil masa lebih kurang tiga hari untuk menyiapkan corak
tersebut. Hal ini kerana saya ingin menghasilkan corak yang menarik. Saya
menggunakan tiga sahaja warna dalam teknik ikat dan celup. Antaranya ialah kuning,
hijau dan merah. Pemilihan warna-warna ini adalah berdasarkan pemerhatian yang
saya lakukan di kedai-kedai yang menjual lampu tidur. Warna-warna ini menimbulkan
suasana yang ceria dan gembira.

14
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Setelah selesai menyiapkan corak pada kain, saya pula memasang lampu pada
kerangka lampu tidur tersebut. Proses ini dilakukan secara berhati-hati agar
pemasangan wayar kabel berada pada tempat yang betul. Sekirannya salah, ini
mungkin menyebabkan litar pintas atau mentol meletup.

Pemasangan lampu pada kerangka

Setelah semuanya siap mengikut perancangan, kain yang telah dicorakkan tadi
dilekatkan pada kayu menggunakan stapler. Proses ini boleh dianggap agak sukar
kerana memerlukan kesabarkan yang tinggi.

“Lampu tidur”
Kefahaman dan aplikasi terhadap unsur seni

15
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Unsur seni merupakan elemen yang paling asas dan penting bagi mencipta segala
karya seni visual. Terdapat enam unsur seni iaitu :
• Garisan
• Rupa
• Jalinan
• Bentuk
• Ruang
• Warna

Garisan
Garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambung atau yang mempunyai
jarak-jarak yang tertentu. Berdasarkan projek yang saya hasilkan bentuk-bentuk garisan
kelihatan dalam corak yang saya hasilkan walaupun corak yang dihasilkan ialah corak
tidak terancang. Antaranya ialah campuran garisan luru, kasar, dan halus, yang
menegak, melintang dan serong, garisan pancaran, serta garisan pepenjuru.

Rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik penghujung dengan titik permulaanya. Unsur seni
yang terdapat pada hasil projek ini adalah rupa corak yang terdapat pada lampu tidur.
Terdapat dua jenis rupa dalam kolaj ini iaitu rupa organik pada corak lampu tidur
tersebut. Rupa juga diolah dalam bentuk positif yang boleh dilihat pada corak lampu
tidur itu.

Bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu permukaan.
Boleh ditafsirkan pada karya ini, bentuk yang terdapat pada corak ini adalah bentuk
ilusi iaitu merupakan bentuk visual bersifat 2D.
16
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Jalinan
Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat hanya satu
unsur jalinan yang terdapat dalam teknik ini. Unsur jalinan ini dipanggil jalinan tampak.
Hal ini kerana, jalinan tampak hanya boleh dilihat dan tidak dapat dirasai melalui
sentuhan.

Ruang
Ruang bermaksud kawasan kosong di keliling sesuatu objek di antara dua objek
ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek. Penggunaan warna gelap
menonjol dari latar cerah. Ruang ini dinamakan ruang tampak. Ini bermakna ton warna
yang digunakan dapat menimbulkan kesan pada warna yang gelap.

Warna
Warna adalah unsur yang amat penting dalam ciptaan hasil seni visual kerana warna
dapat mempengaruhi perasaan kita. Contonhnya, warna yang terang dan cerah
menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap dan kelam
menimbulkan perasaan muram dan sedih. Hasil seni ikat dan celup ini hanya
menggunakan warna merah, hijau,dan kuning sahaja.
Pada projek lampu tidur ini, hanya ada dua kumpulan gubahan warna iaitu warna
harmoni yang terdiri daripada merah dan hijau manakala kumpulan satu lagi
merupakan warna penggenap iaitu warna kuning untuk menimbulkan kesan kontra.
Kefahaman dan aplikasi terhadap prinsip rekaan
Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-
unsur seni untuk menibulkan gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu
gubahan seni visual.
Terdapat tujuh prinsip rekaan, iaitu:
• Harmoni
• Kontra

17
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

• Penegasan
• Imbangan
• Irama dan Pergerakan
• Kepelbagaian
• Kesatuan

Harmoni
Susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara yang tertentu akan
menimbulkan harmoni. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang
bercanggah.
Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu
sama lain juga menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan. Selain itu,
aplikasi prinsip rekaan dapat menimbulkan gambaran yang sempurna.
Dalam projek lampu tidur yang dihasilkan ini, corak yang terdapat pada kain yang
mengalami proses grid pancaran dapat menghasilkan gubahan yang harmoni.
Penggunaan warna merah,hijau dan kuning juga menampakkan lagi gubahan yang
lebih harmoni.Gambaran pada lampu tidur yang terdiri daripada corak-corak yang tidak
terancang adalah salah satu faktor yang dapat menimbulkan gubahan harmoni.

Kontra
Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan
atau bercanggahan dalam sesuatu gubahan. Kontar juga berkaitan dengan focus
kerana ciri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan. Selain itu, kontra banyak
diaplikasi dalam gubahan seni visual kerana dapat memberi penegasan dan tumpuan,
menggelakkan kebosanan, serta menjadikan hasil seni berpelbagai dan lebih menarik.
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, penggunaan warna bertentangan pada
teknik ini boleh menghasilkan suatu gubahan kontra seperti warna cerah dan gelap.
Penggunaan warna merah dan hijau member suatu kontra pada warna kuning.

Penegasan
18
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di
dalamnya. Penegasan merupakan satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan
focus atau tumpuan terhadapa sesuatu perkara atau objek. Ciri-ciri penegasan yang
boleh dilihat dengan cara berikut :

• Menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra


• Mengasingkan elemen yang harus ditegaskan
• Meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid
pancaran.

Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, jika dilihat hasil tersebut warna gelap
lebih menonjol disebabkan penggunaan unsur-unsur seni berkontra serta latar belakang
yang berwarna cerah menimbulkan lagi penegasan. Selain itu, aplikasi prinsip ini dapat
menarik perhatian seseorang melihat lampu tidur tersebut.

Imbangan
Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan
perhatian. Terdapat dua jenis imbangan iaitu:
• imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan
atau atas sama dengan bawah. Garisan ‘axis’ dilukis ditengah-tengah untuk
memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.
• imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada
gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaannya.
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, kedudukan corak adalah tidak
seimbang di kedua-dua bahagian. Jenis imbangan tidak simetri terdapat pada corak
lampu tidur tersebut.

Irama dan pergerakan

19
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Irama dan pergerakan bertujuan untuk member nyawa kepada rupa dan bentuk visual
dalam seni tampak dua dimensi, menibulkan imej yang lebih hidup dan realistik, justeru
menjadikan gambar kelihatan lebih menarik.Aplikasi prinsip irama dan pergerakan
dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu.
Selain itu, dapat menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan yang
lebih cantik serta kesan visual yang lebih hidup dan realistik.
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, corak-corak yang terdapat pada kain
tersebut memberi kesan visual yang lebih menarik. Daya tarikan tersebut membuatkan
corak tersebut kelihatan lebih hidup dan realistik.

Kepelbagaian
Merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan
idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui
aktiviti gayaan, perlanjutan, dan kontra. Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam
karya seni visual dapat member gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan bagu gubahan
tersebut.
Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, penghasillan warna yang bertentangan
serta pelbagai serta digabungkan dengan corak-corak berlainan yang dihasilkan
menimbulkan lagi kepelbagaian dalam teknik ikatan dan celupan ini.

Kesatuan
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya
memp[unyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaaan unsur-
unsur seni, pengelolaan tema, serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan
pada sesuatu gubahan seni visual. Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan
menjadikan hasil itu kelihatan sempurna, lebih lengkap dan teratur di samping
menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan yang selesa.

20
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Dalam teknik ikat dan celup yang dihasilkan ini, tema hiasan dalam yang bermotifkan
flora dan fuana lebih jelas kelihatan kerana kesemua unsur-unsur di dalamnya
menimbulkan kesan seni visual yang menyeluruh. Hasil karya ini kelihatan lebih
menarik walaupun corak yang dihasilkan adalah corak tidak terancang.

Penerokaan terhadap alat, media dan teknik

PENGGUNAAN ALAT

Bil Alat Kegunaan

1. Pensel / pen / pemadam – Membuat lakaran awal lampu tidurdi atas kertas
/ pen marker
lukisan.

2. Gunting - Memotong kain mengikut ukuran yang telah


ditetapkan

– Digunakan untuk memberus shalek pada papan


3. Berus
kayu yang telah siap dihasilkan.

– Digunakan untuk menyalakan lampu tidur


4. Mentol lampu

21
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

5. Kabel elektrik – Digunakan untuk menyambungkan lampu dan


kepala suis

6. Kepala suis – Digunakan untuk menhidupkan lampu pada plug

7. Gergaji – Digunakan untuk memotong papan kayu

8. Kikir – Digunakan untuk mengikir papan kayu yang telah


dipotong.

9. Penukul besi – Digunakan untuk menukul paku pada papan kayu

10. Tapak lampu – Digunakan untuk meletakan mentol lampu

11. Gunting – Digunakan untuk memotong kain yang berlebihan

12. Baldi – Digunakan untuk mencelup kain

Penggunaan Media

Bil Media Jenis Kegunaan

1. Papan kayu Kayu perabot - digunakan untuk menghasilkan lampu tidur

2. Shalek cair – digunakan untuk tampak menarik serta


22
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

kekemas pada kayu tersebut.

4. Kertas A4 Pelbagai – digunakan untuk membuat lakaran awal


warna lampu tidur

5. Kain Warna Putih – Digunakan untuk menghasilkan corak tidak


terancangan pada lampu tidur.

– Digunakan untuk memberikan kekemasan


6. Pita –
pada kabel yang digunakan.

– Digunakan untuk melicinkan permukaan


7. Kertas pasir Halus
kayu sebelum di shalek.

8. Warna Poster – Digunakan untuk teknik ikatan dan celupan


pada kain putih.

9. Benang Kapas – Digunakan untuk mengikat kain bagi


menghasilkan corak yang menarik.

10. Air Biasa – Digunakan untuk tujuan mencelup kain.

Aplikasi Teknik

Bil. Teknik Cara


23
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

1. Teknik ikatan dan Langkah 1 (Penyediaan kain)

celupan – Sediakan 4 helai kain putih yang dapat menyerapkan

warna dengan baik

– Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut

kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik

– Benang digunakan bagi tujuan mengikat

– Cara ikatan yang berlainan dibuat bagi mendapatkan

corak yang pelbagai

Langkah 2 (penyediaan warna)

– bancuh warna dengan air

– kemudian tuang warna ke dalam bekas yang lebih

besar

Langkah 3 ( proses mencelup kain)

– kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan

terlebih dahulu bagi membantu memudahkan proses

penyerapan

– celupakan kain ke dalam perwarna

– keringkan kain tersebut

– ulangi dengan mencelup warna yang lebih gelap

Langkah 4 ( membuka ikatan kain)

– Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan

kain tersebut.

– Jemurkan kain sehingga kering

24
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE210
3

Bibliografi

Mohd Zaihidee Hj Arshad. (2008), HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan. Selangor
Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Kathleen Chee. (2008). Focus Super Hot, Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5. Kuala
Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Haslinda Madon. (2007). HBAE 1403 Menggambar. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.
Sdn.Bhd.
Ibrahim N.M and Hassan I (2003). Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti. PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd: Pahang
Hamid Ab. J.M. (2004) Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit UPSI: Tanjung Malim
Lowenfeld, Viktor. 1956. Creative and Mental Growth. Rev.ed. Nem York. The
Macmillan Company.
Hamid Ab. J.M. (2004) Asas seni Visual. Penerbit UPSI: Tanjung Malim

http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-288504.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Sta
ilo&pg=st_05.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikat_celup
http://tipografis.blogspot.com/2008/09/tie-dye-tshirt.html
http://petahijau.greenmap.or.id/page/5/

25

You might also like