P. 1
Assignment Asia Tenggara kumpul

Assignment Asia Tenggara kumpul

|Views: 84|Likes:
Published by Kya Xiang

More info:

Published by: Kya Xiang on Jun 09, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/10/2013

pdf

text

original

1.

0

PENGENALAN

Perang Dunia Kedua yang berlakuantara tahun 1939 sehingga tahun 1945 di merupakan satu konfik sedunia yang paling dahsyat.1 Peperangan di antara dua kuasa besar iaitu kuasa Berikat
Page | 1

dan kuasa Paksi telah mengakibatkan berlakunya banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Kemenangan Jepun di seluruh Asia Tenggara pada tahun 1942 meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja ke atas negara yang dijajah tetapi juga kuasa dan rejim kolonial Barat. Pendudukan Jepun di Asia Tenggara disifatkan sebagai satu zaman yang mengubah sejarah rantau Asia Tenggara serta corak perkembangan politiknya.2 Perubahan ini boleh dilihat dengan lahirnya negara-negara Asia Tenggara yang merdeka beberapa tahun selepas kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945. 2.0 PERKEMBANGAN POLITIK DAN SOSIAL : 1939-1945

Sepanjang pemerintahan atau pendudukan Jepun di rantau Asia Tenggara telah memberi kesan terhadap politik dan sosial terutamanya semangat kebangsaan negara-negara Asia Tenggara dan sistem pendidikan moden yang digunakan sebagai alat membangkitkan semangat kekitaan dan persediaan untuk kerjasama dalam kalangan masyarakat tempatan yang tidak pernah wujud dalam pemerintaha kolonial sebelum itu.3 Pendudukan Jepun juga memperlihatkan golongan elit Asia Tenggara dapat menyertai pentadbiran negara secara meluas dan bermakna. Perkembangan sosial dan politik semasa Perang Dunia Kedua yang difokuskan kepada pendudukan Jepun dapat dilihat di rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Burma, Filipina, Vietnam dan Kemboja.

1 2

Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. hlm 263. Alfred McCoy. 1970. “French Colonialism In Loas 1893 -1945”. Dalam Nina S.Adams & McCoy (ed.). Laos : War And Revolution . New York:Harper Colophon Books. Hlm.1. 3 Menurut Dr. R. Suntharalingam, nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan rakyat kepada negara bangsa itu tidak kira jika konsep negara itu hanya sebuah masyarakat politik yang diimaginasikan. Untuk keterangan lanjut, sila lihat R.Suntharalingam. 1985. Konsep Nasionalisme: Ke Arah Satu Takrif. Dalam R.Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj. Ismail (ed.). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Hlm. 1-17.

2.1

INDONESIA

Perkembangan yang dapat dilihat semasa Indonesia di bawah pentadbiran Jepun adalah politik yang telah membawa kepada perkembangan nasionalisme. Salah satu daripada tindakan pertama
Page | 2

pihak Jepun selepas penawanan Batavia pada bulan Mac 1942 ialah pembebasan pemimpinpemimpin Indonesia yang telah ditahan oleh Belanda.4 Dalam pentadbiran yang diperkenalkan oleh Jepun, orang Indonesia dipujuk supaya menerima jawatan-jawatan penting yang dahulunya tidak dapat dipegang oleh mereka kerana dihalang oleh pihak Belanda walaupun mereka mempunyai kelayakan yang secukupnya.5 Tindakan tersebut yang diambil oleh pihak Jepun telah membuatkan penduduk tempatan berhutang budi terhadap Jepun. Setelah membenarkan penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran, pihak Jepun mula memperkenalkan “Gerakan Perikatan Bertiga” iaitu slogan “Pelindung Asia” dan “Jepun Cahaya Asia”.6 Selama beberapa bulan yang pertama, pihak Jepun dianggap sebagai „tuan‟ yang lebih baik daripada pihak Belanda.7 Dengan kata lain, Jepun telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasiolisme berlaku dalam kalangan rakyat di negara kepulauan itu. Namun demikian, setelah beberapa bulan memerintah Indonesia, Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan seperti yang dialami oleh masyarakat Burma dan Tanah Melayu terutamanya golongan petani. Rakyat Indonesia menghadapi kebuluran barangan
4 5

Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. 389. Pihak Belanda yang berasal daripada keluarga yang bertaraf tinggi di Indonesia telah berlumba-lumba mendaftar sebagai kasta rendah. Sebelum Jepun menduduki Indonesia, golongan ini adalah golongan tertinggi dan sombong. Untuk keterangan lanjut, sila lihat K‟tut Tantri. 2006. Revolt In Paradise. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama. Hlm. 110. 6 “Gerakan Perikatan Bertiga” bertujuan untuk me mupuk kepimpinan kebudayaan dan ekonomi Jepun pada mulanya dapat mengumpul sokongan tempatan. Akan tetapi, sokongan ini telah berkurangan dan bertukar menjadi rasa benci terhadap keganasan pihak Jepun yang tidak putus-putus digunakan dalam menyekat nasionalisme Indonesia. Untuk keterangan lanjut, sila lihat, Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. 389. 7 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 674.

membunuh dan bersikap sombong terhadap masyarakat Indonesia membuatkan Jepun dibenci oleh masyarakat Indonesia. Hlm. Untuk keterangan lanjut. kezaliman Jepun dan sebagainya. Hlm. Menurut G. 10 Sutan Sjahrir. Cambridge : Cambridge University Press. eksport Indonesia mengalami kemerosotan kerana terputus dengan pasaran antarabangsa dan ditambah Page | 3 dengan pengharaman eksport kecuali ke negera Jepun yang mengakibatkan pengeluaran hasil juga semakin merosot. . Julai 2004. 93. Kezaliman Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah menguatkan keazaman rakyat Indonesia untuk bangun memperjuangkan kemerdekaan. Rottman. penubuhannya telah mewujudkan perpaduan di kalangan nasionalis dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.pengguna. Pemimpin Indonesia iaitu Soekarno dan Mohammad Hatta telah bersetuju untuk bekerjasam dengan pihak Jepun demi kepentingan mereka. sila lihat Adrian Vickers. 2002.M. Out Of Exile. Hlm. Pihak Jepun menyedari bahawa semangat nasionalisme semakin menebal dalam kalangan masyarakat Indonesia dan mengambil pendekatan yang lebih ralistik iaitu mendapatkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin tempatan dengan memberikan beberapa keistimewaan kepada cita-cita kebangsaan rakyat Indonesia. Hlm. 242. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah ditubuhkan hasil daripada gabungan nasionalis Indonesia yang bertujuan untuk mengawal nasionalis agar tidak menjalankan kegiatan anti-Jepun yang dipimpin oleh Soekarno dan Hatta. penyakit. Kakin. menzalimi masyarakat Indonesia dengan memukul. penubuhan PUTERA telah menambahkan kesedaran politik dan mengukuhkan keazaman rakyat Indonesia untuk capai 8 Pihak Jepun telah membuat kezaliman terhadap masyarakat Indonesia seperti merogol. 21. World War Two Pacific Island Guide. A History Of Modern Indonesia. 225.11 Walau bagaiamanapun. Pengeluaran teh pada tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941. inflasi.8 Di Tanah Melayu juga. 2005. Research Indonesia. pengeluaran getah tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941. masyarakat mengalami kebuluran akibat daripada inflasi yang tinggi. “Indonesia 1937-1942 : Prelude To Japanese Occupation”.9 Sebagai contoh.10 Justifikasinya. New York : The John Day Company. Unted States : Greenwood Publishing Group. 1949. 9 Shigeru Sato. Dari segi ekonomi. 11 Gordon L. pada 9 Mac 1943.

1985. (ed.12 Dalam usaha Jepun untuk mencuba menawan hati penduduk Indonesia. Sungguhpun pihak Jepun telah memberikan peluang kepada rakyat Indonesia terlibat dalam jentera pentadbiran Indonesia. A History Of Modern Indonesia Since C. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Nahdatul Ulama dan Parti Sarekat Islam. Michigan : The University Of Michigan. . 103. Jepun berjanji akan bantu orangorang Islam menunaikan fardu Haji.16 Majlis-majlis tempatan juga dibentuk di provinsi-provinsi. 15 Moh. New York : SEAP Publications. Selatan Dan Timur Asia . Di bawah Masjumi. United States : Stanford University Press. Nationalism And Revolution In Indonesia .15 Janji yang dibuat oleh Tojo iaitu Perdana Menteri Jepun telah membenarkan rakyat Indonesia untuk menguruskan bidang politik sendiri apabila satu sistem penasihat kerajaan telah dibentuk.). Terdapat juga gerakan yang menentang Jepun iaitu Sjahrin dan Sjarifoeddin yang telah menghidupkan semangat nasionalisme yang mengelolakan gerakan penentangan bawah tanah. 16 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. 184. 2001. 1952. Hlm. Hlm. Sedjarah Pergerakan Nasional Bangsa Indonesia. Sehubungan dengan itu. Hlm. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. mencetak al-Quran. mendirikan universiti Islam dan sebagainya.13 MIAI atau Masjumi merupakan gabungan badan-badan Islam seperti Muhammadiah.kemerdekaan. 1970. Hlm. 251-252. 14 Jepun menubuhkan Masjumi dengan tujuan untuk dapat sokongan orang-orang Islam serta menyebarkan semangat anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia melalui agama. Sidky Daeng Materu. pihak Jepun telah membentuk satu badan yang juga diketuai oleh Soekarno iaitu Badan Penasihat Pusat di Jawa dan beberapa kawasan tertentu di Indonesia. pada September 1943. 1200. tentera Jepun telah bertindak untuk menyebarkan propaganda kepada golongan pemuda dan tertubuhnya beberapa pertubuhan seperti Pemuda Asia Raya (BPAR) dan Majlis Islam A‟la Indonesia (MIAI). 13 Merle Calvin Ricklefs. 676-677. tetapi mereka juga berhati-hati dalam usaha melindungi Page | 4 12 George McTurman Kahin.14 Penubuhan Masjumi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Indonesia lebih-lebih lagi majoriti rakyat Indonesia terdiri daripada orang Islam.

Soekarno telah mengisytiharkan Republik Indonesia pada 19 Ogos 1945. 44-45. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). 1953. Jepun telah menyerah diri kepada kuasa Berikat. 1986. Elsbree. maka pihak Jepun telah memansuhkan gerakan tersebut dan menggantikannya dengan Kesatuan Perkhidmatan Setianegara (Hokokai) tetapi gagal. Pada 14 Ogos 1945. 114.19 Perpaduan yang dibentuk semasa pendudukan Jepun menjadi asset kepada penentangan kembali Belanda di 17 Willard H. kabinet Koiso telah mencadangkan pemberian lebih banyak keistimewaan politik kepada rakyat Indonesia dan menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Sebagai langkah perpisahan. Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. Hlm. 18 Ibid.17 Perkembangan politik di Indonesia jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Jepun adalah ingin mengawal kesemua gerakan-gerakan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat. Mereka telah menyebarkan nasionalisme di seluruh kawasan Indonesia agar bersatu padu dan telah menimbulkan kesedaran dalam membebaskan diri daripada pihak penjajah. Japan‟s Role In Southeast Asian Nationalist Movemonets : 1940-1945. Namun demikian. 391. 19 Joginder Singh Jessy.18 Golongan nasionalis bawah tanah masih memperhebatkan lagi kegiatan anti-Jepun dan mendesak pihak Jepun mempercepatkan kemerdekaan Indonesia. Jepun membekalkan tentera kebangsaan yang baru dibentuk untuk memperkuat barisan ketenteraan apabila perlu untuk menentang Belanda. Cambridge : Harvard Cambridge Press. Disebabkan oleh nasionalisme yang melampau dalam pertubuhan PUTERA. Penubuhan PUTERA yang dilihat sebagai pro-Jepun merupakan sebuah penubuhan yang Page | 5 lebih ke arah mendapatkan kemerdekaan dengan bekerjasama dengan pihak Jepun. setelah Saipan telah jatuh ke tangan tentera Berikat pada bulan Jun 1944. Hlm. Tiga hari kemudian.kepentingan-kepentingan dengan mengadakan satu Urusetia Jepun bagi mengawal tugas Majlis Penasihat Pusat. .

Burma And Japan Since 1940 : From Coprosperity To Quite Dialogue . kerajaan di bawah Adipadi Ba Maw adalah tidak bebas 20 Willem Frederik Wertheim. 23 Seekins. 2003.22 Namun demikian. Hlm. . Hlm. 325. Hlm. perasaan benci terhadap Jepun membawa kepada terbentuknya gerakan nasionalisme di Burma. 15-34. tahun-tahun revolusiner telah menunjukkan dengan jelas betapa mendalamnya perasaan kebangsaan yang telah menembusi dalam kalangan rakyat Indonesia. Jepun telah memutuskan untuk mendirikan sebuah pentadbiran boneka di bawah pimpinan Dr. Ba Maw pada 1 Ogos 1942 sebagai sebuah kerajaan sementara. sila lihat Michael W. Grandfather Longlegs: The Life and Gallant Death of Major H. 1947.2 BURMA Page | 6 Di antara semua negara yang dijajah oleh Jepun. Elsbree. Burma melihat Jepun yang ingin mengusir British dan menegakkan kembali agama Buddha serta menjadi pembebas politik rakyat Burma. 1953. P. 2009. Charney. 13-14. 183-201. 56-57 dan Willard H. 22 Cogan kata rakyat Burma iaitu “Burma untuk orang-orang Burma‟ dan “ Asia untuk orang-orang Asia‟ telah dilaungkan oleh orang Burma yang telah kecewa dengan pemerintahan British dan telah menyebabkan ramai orang mengalu-alukan kedatangan pembebas mereka iaitu orang Jepun yang seagama dengan mereka. Menurut Wertheim. Mon Nationalism And Civil War In Burma .23 Natijahnya. Indonesian Society In Transition : A Study Of Social Change. 1980. 2007. Cambridge : Harvard Cambridge Press. Burma atau Myanmar adalah negara yang mengalami kesusahan yang paling teruk sekali di bawah jajahan Jepun. Seagrim . A History Of Modern Burma. 24 Ian Morrison. untuk keterangan lanjut.Indonesia.24 Namun demikian. Copenhagen : NIAS Press. 21 Ashley South. Pada peringkat awal. 8-9. 20 2.21 Golongan Thakin yang dikenali sebagai Tiga Puluh Perwira iaitu diketuai oleh Aung San telah membantu kemasukan Jepun ke Burma untuk membebaskan Burma daripada penjajahan British pada Disember 1941. United Kingdom : Cambridge University Press. United States : Greenwood Publishing. Hlm. USA : Taylor & Francis Group. London : Faber & Faber. Hlm. Japan‟s Role In Southeast Asian Nationalist Movemonets : 1940 1945. Bagi mengawal keadaan di Burma. kepercayaan yang diberikan kepada pihak Jepun telah musnah akibat kekejaman tentera Jepun yang tidak melihat keadaan sosial dan ekonomi Burma serta kesucian rumah-rumah berhala tidak dihormati oleh Jepun. Hlm.

26 Thakin Nu. Macmillan : Pictures & Portraits. A History Of Modern Burma. sebuah pertubuhan politik telah dibentuk secara sulit iaitu Anti Fascist People‟s Freedom League (AFPFL) pada 1944 iaitu badan penyelarasan segala gerakan penentangan yang diselenggarakan oleh tentera kebangsaan Burma. Petaling Jaya : Longman.sepenuhnya. Hlm. kerajaan Burma tidak mempunyai kuasa yang sepenuhnya dan dengan itu menghadapi berbagai-bagai kesukaran dalam menjalankan pemerintahannya dengan berkesan di kawasan-kawasan tertentu. 1979.Sejarah Myanmar. Liga Belia Asia Timur.F Cady. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. 39.K Drake.28 Dalam jangka masa yang singkat. Burma Under The Japanese. 27 Abu Talib Ahmad. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. 652. 1985.313. Dalam tahun yang sama. (ed. BIA telah menjadi satu cawangan penting dalam gerakan penentangan Jepun yang terdiri bukan sahaja daripada masyarakat Burma tetapi juga masyarakat Karen yang anti-Jepun. 29 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. 49-51.27 BIA iaitu gerakan yang dipelopori oleh Aung San telah mendapat tumpuan dalam kalangan belia Burma yang dipengaruhi oleh semangat nasionalis. United States : Cornell University Press. Hlm. tetapi sama pentingnay adalah rasuah dalam pentadbiran. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 1954. 1965. Kekurangan pengangkutan dan kemudahan-kemudahan merupakan masalah utama.29 Hal ini telah membangkitkan semangat dalam kalangan rakyat Burma. Burma : Pergerakan-Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Gerakan ini telah menyebarkan nasionalisme secara dakwah dan syarahan-syarahan secara sulit juga disampaikan yang menjanjikan penentangan terhadap pihak Jepun. . Thein Pe dan Thant Tun dan berjaya membentuk perpaduan dan sokongan rakyat. Hlm. Hlm. 28 B.25 Ba Maw dilihat sebagai pemimpin yang tidak jujur dalam masyarakat Burma tetapi hakikatnya hubungan yang terjalin antara Ba Maw dan Jepun telah melindungi rakyat Burma daripada kekejaman yang melampau oleh pihak Jepun. 2000. Untuk keterangan lanjut. sila lihat J. Selatan Dan Timur Asia . golongan sosialis dan Thakin yang 25 Sepanjang pendudukan Jepun. 462.).26 Kesengsaraan dan kesukaran Page | 7 sosial dan ekonomi yang dikenakan ke atas rakyat Burma telah meningkatkan semangat nasionalisme yang akhirnya melahirkan gerakan anti-Jepun yang dipelopori oleh Thakin komunis seperti Soe.

Untuk keterangan lanjut. Callahan. Gabungan kesemua gerakan yang terdiri daripada pelbagai ideologi memperlihatakan Page | 8 pembentukan perpaduan dalam masyarakat Burma yang sama-sama menentang pihak Jepun. 60-64. 2001. Dengan kepantasan mereka. Kemaraan Jepun di Bataan dan Corregidor pada Mei 1942 menandakan penentangan secara rasmi terhadap Jepun telah tamat. Selatan Dan Timur Asia . Burma : Curse Of Independence.Sejarah Myanmar. Hlm. Kachin dan Chin yang dilindungi oleh pihak British juga mula diresapi arus nasionalisme. 30 Mary P.31 Apabila serangan balas pihak Berikat di Burma pada 1945. (ed. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. 33 Pihak Jepun telah menyerang pangkalan udara Clarke dengan memusnahkan 4/5 kuasa udara Mac Arthur di Filipina.berideologi komunis serta pertubuhan petani dan pekerja. 31 Abu Talib Ahmad.313 32 Shelby Tucker. Hlm. tentera-tentera Jepun telah menyerang kawasan-kawasan yang ramai penduduk di Filipina dan memaksa pasukan-pasukan pejuang Filipina-Amerika supaya membuat perjuangan mereka yang terakhir di Bataan dan Corregidor.30 Kelompok minority seperti Shan. 2. sila lihat Gilbert Khoo & Dorothy Lo. United States : Cornell University Press. 48-62. . Jepun telah menghantar BIA untuk menentang pihak berikat tetapi BIA telah menyerang pihak Jepun yang akhirnya membawa kekalahan Jepun di Burma pada Oktober 1945. 2003.33 Pengalaman penjajahan di Filipina di bawah pemerintahan Amerika Syarikat tidaklah begitu pahit jika dibandingkan dengan keadaan yang dirasai oleh penduduk di Indonesia.). Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD.3 FILIPINA Kedatangan Jepun di Filipina tidak seperti di Burma dan Indonesia yang menganggap Jepun sebagai pembebas daripada penjajahan kolonial.32 Secara keseluruhan. 668. 1985. Hlm. United States : Pluto Press. penyingkiran Jepun di Burma merupakan satu kemenangan bagi Burma yang telah bersatu demi membebaskan negara bangsa. 2000. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Making Enemies : War And State Building In Burma. Aung San telah melancarkan pemberontakan bersenjata dan pada masa yang sama AFPFL berusaha mendapat pengiktirafan daripada pihak Berikat. Burma dan Indo-China. Pada 27 Mac 1945.

Agoncillo. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. mereka telah menjalankan langkah bagi memusatkan pentadbiran. Japanese Imperial Ideology. 36 Hoi Sik Jang. 38 Teodora A.38 Apabila pihak Pemerintaha Tertinggi Jepun mendapati bahawa masyarakat Filipina telah menerima pemerintahan Jepun. 228. 1969. 360. Hlm. Jepun telah mengisytiharkan akan memberikan kemerdekaan kepada Filipina sekiranya Filipina bekerjasama dengan usaha Jepun untuk membentuk sebuah “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur” pada 16 Jun 1943.Propaganda yang disebarkan oleh Jepun agar pendudukan mereka diterima di Filipina telah ditolak oleh warga Filipina sendiri kerana telah menggagalkan proses ke arah kemerdekaan. Shifting War Aims And Domestic Propaganda During The Pacific War Of 1941-1945. Hlm. Hlm. London : ProQuest.36 Perkembangan politik yang ketara adalah pengikrafan kedudukan golongan bestari dalam pentadbiran negara. Dengan itu. The Philippines Under Japan : Occupation Policy And Reaction . 37 Golongan bestari Filipina diminta untuk meneruskan pentadbiran negara dan harus bekerjasama dengan pihak Jepun agar kepimpinan golongan bestari dapat dikekalkan dan penderitaan rakyat juga dapat dikurangkan. 1965. Manila : Persatuan Sejarah Filipina. A Short History Of The Philippines. Kegagalan pihak Jepun dalam meraih sokongan daripada pihak Filipina telah mengambil Page | 9 tindakan dengan menjalankan pemerintahan kuku besi iaitu melakukan kekejaman seperti perogolan. (ed.). 671.34 Kekejaman pihak Jepun telah meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Filipina serta semangat mereka semakin meningkat dengan ucapan Mac Arthur menerusi radio bahawa beliau akan kembali dan mereka telah bersedia untuk berjuang menentang Jepun. 37 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. Manila : Ateneo De Manila University Press. 1999. 2007. 130-137. 101. Documents On The Japanese Occupation Of The Philippines . Selatan Dan Timur Asia . Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. United States : New Amercan Library. .). 1985.35 Oleh itu. tiap-tiap orang pegawai Filipina harus menjadi ahli sebuah pertubuhan 34 Mauro Garcia (ed. Hlm. Hlm. 35 Setsuho Ikehata & Ricardo Trota Jose.

Hlm.40 Pada 14 Oktober 1943.39 Seperti juga di negara Asia Tenggara lain. di Filipina pula mengalami situasi yang sama apabila mangsamangsa kezaliman Jepun telah menyertai pergerakan Hukbalahap.politik terbaru iaitu “Kalibapi”. United States : University Of Wisconsin Madison. sila lihat Bruce Adellon Hogan. 2012. 42 Sterling Seagrave & Peggy Seagrave. Dengan itu. Hlm. 43 Pertubuhan Hukbalahap pada asasnya sama denga Malayan People‟s Anti -Japanese Army dalam tugas dan kerjayanya. Cultural Life In The Philippines During The Japanese Occupation 1942-1945. 2003. Guillermo. Laurel sebagai Presiden. Komposisi etnik Huk melebihi orang-orang Filipina daripada Cina sedangkan MPAJA adalah lebih banyak Cina. 4. demi menunaikan janji mereka. 40 Marcelino A. pemerintah Jepun tidak membantah terhadap penggunaan bahasa Tagalog sebagai bahasa kebangsaan Filipina. Sydney : International Publishers Co. 89. satu sistem pendidikan telah dilaksanakan dengan tujuan mengutarakan labgi penerimaan psikologi matlamat-matlamat Jepun dan bagi memperluaskan kegunaan bahasa Jepun. Hlm. Manila : National Commission For Culture And The Arts.42 Namun demikian. New York : Verso. . United States : Scarecrow Press. 1995. 1992. 11 41 Artemio R. Hlm. Walau Page | 10 bagaimanapun. terdapat ramai 39 William J. Untuk Keterangan lanjut. keadaan di Filipina amat buruk apabila berlakunya kebuluran dan keselamatan nyawa dan harta tidak dijaga. 118. Jika di Indonesia dilihat iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah bergabung dengan pelbagai pertubuhan dan gerakan. Collaboration And Resistance .41 Masyarakat Filipina telah menerima kemerdekaan yang diberikan oleh pihak Jepun tetapi masih lagi berasa bimbang kerana Lt. 242. The Philippines Colonialism. kebanyakan orang-orang Filipina yakin bahawa kemerdekaan mereka di bawah pemerintahan Jepun adalah palsu semata-mata. Gistorical Dictionary Of The Philippines. 1951. Jeneral Kuroda Sigenori iaitu Pemerintah Agung Tentera Jepun di Filipina merupakan kuasa di belakang kabinet pentadbiran Filipina. Gold Warriors : America‟s Secret Recovery Of Yamashita‟s Gold. Hal ini juga berlaku di negara-negara lain seperti Burma semasa di bawah pendudukan Jepun. Hlm. The Hukbalahap Movement In The Philippines. pemerintah Jepun telah mengisytiharkan terbentuknya sebuah Republik Filipina dengan Jose P. Pmeroy.43 Implikasinya. Foronda.

Hlm. Hlm. Penentangan mereka bukan hanya didorongi oleh penderitaan golongan petani tetapi juga kerana prinsip-prinsip nasionalisme mereka yang tinggi. 44 Willard H. mereka dapat mengekalkan kelompok-kelompok penentangan yang kuat untuk menentang Jepun. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm.). Philippines Political And Cultural History : The Philippines Since The British Invasion . 290-291. Persamaan yang dirasai oleh warga Burma dan Filipina adalah sama apabila pemerintah Jepun lebih banyak menyakitkan hati daripada mengambil hati masyarakat. arus peperangan tercetus kembali apabila pihak Berikat melumpuhkan kuasa tentera laut Jepun yang menyebabkan penyerahan diri Jeneral Yamashita pada tahun 1945 kepada kuasa Berikat. The Republic Of The Philippines (History. Government and Civilization). 672 47 Gregorio F. Manila : Philippine Education Company. London : Harvard University Press. Hlm. Dengan itu.46 Menjelang tahun 1944. 359-360. 1953. Zaide. Elsbree. Japan‟s Role In South-East Asia Nationalist Movements : 1940-1945.gerila-gerila dan penyokong-penyokong Hukbalahap untuk menentang rejim Jepun. 45 Gregorio F. 46 Gilbert Khoo & Dorothy Lo. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara.47 Secara keseluruhannya. 1963. (ed. 1985. Manila : Rex Book Store. Selatan Dan Timur Asia . 44 Kesan kewujudan pemerintah Jepun di Page | 11 Filipina telah menguatkan perpaduan negara disamping menyatukan masyarakat Filipina dalam satu entity perjuangan mempertahankan negara. Kumpulan-kumpulan di Filipina telah dapat mengenepikan perbezaan ideologi dan membentuk satu kumpulan penentang yang besar dan bersatu menentang Jepun.45 Pihak Hukbalahap juga telah menyokong para petani dan tindakan ini telah menggerakkan unsur-unsur revolusi sodial di kawasan-kawasan luar bandar yang dikawal oleh mereka. Zaide. . 1957. jelas menunjukkan bahawa perkembangan di Filipina semasa berada bawah pendudukan Jepun adalah semangat nasionalisme dan penyatuan perpaduan daripada pelbagai kelas yang akhirnya dapat menghalau pihak Jepun daripada Filipina. 44-55.

207. Indonesia dan Filipina. kacang dan minyak jarak. Hlm. A History Of The Modern Chinese Army.49 Arahan tentera Jepun ini telah menimbulkan masalah kerana kawasan utara dan tengah Vietnam mengalami kekurangan bahan bijirin. konvensyen revolusi Vietnam telah diadakan dengan dihadiri oleh VNQDD. Untuk keterangan lanjut. Bagi menguatkan dasar ini.51 Konvensyen ini telah menubuhkan Liga Parti 48 Dasar kerajaan Jepun di antara tahun 1940 hingga 1941 ialah mengelakkan sebarang pertikaian di Indo-China yang menjadi jalan utama menuju ke Selatan yang mempunyai suber bahan utama yang penting serta beras. 1997. 49 Guy Faure & Laurent Schwab.48 Kehidupan sosial di Vietnam sepanjang di bawah pentadbiran Jepun Page | 12 boleh dikatakan tidak seteruk nasib yang dialami oleh negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Burma. sila lihat Xiaobing Li. Walau bagaimanapun. United States : NUS Press. 2008. 2007. 144-146. Jepun telah menduduki Indo-China setelah melepasi satu proses diplomasi yang panjang. rami. Japan-Vietnam : A Relation Under Influences. London : Oxford University Press. penduduk Vietnam juga menghadapi penderitaan akibat daripada sikap paksaan yang dikenakan ke atas petani.4 VIETNAM Pada bulan Julai 1941. 51 Robert D. Hlm. Tanah Melayu. 394. University Press Of Kentucky. Pengenalan sistem buruh paksa yang memperlihatkan kekejaman pihak Jepun ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan pejuang nasionalisme di Vietnam. Southeast Asia : An Introductory History. Atas sokongan daripada Gabenor Jeneral Kwangsi. A Time Of War : The United States And Vietnam 1941-1975.50 Pejuang nasionalis di Vietnam memulakan strategi sendiri dengan mengadakan pakatan dengan parti lain. maka tentera Jepun dan Kempeitai (Military Police Corps) untuk mengawasi kampung-kampung. 25 50 Milton Osborne. Cara yang paling baik untuk mengekalkan keadaan ini adalah dengan membenarkan Perancis meneruskan pentadbirannya. Hlm. Schulzinger. 1979. . Australia : Allen & Unwin. Phuoc Quoc dan beberapa lagi perwakilan nasionalis termasuklah Viet Minh. Hlm. Dai Viet. Tentera Jepun telah memaksa petani Vietnam untuk menukarkan sebahagian tanah subur mereka untuk penanaman jut.2. Laxington.

139.54 Ahli-ahli Viet Minh telah mengumpulkan rakyar daripada pelbagai lapisan dan juga golongan penentang yang lain dalam perjuangan menentang pendudukan Jepun atau fasis Jepun. New York : Routledge. 152. Hlm. 1988. Soviet Union : Foreign Languages Pub. 1966. Thirty Years Of Struggle Of The Party. Hlm. Decoux iaitu Gabenor Jeneral Perancis telah memperkenalkan pergerakan “Belia dan Sukan” dengan tujuan memberi pendedahan kepada belia Vietnam agar lebih berdisiplin.52 Situasi ini menggambarkan bahawa kesepaduan dan semangat nasionalisme rakyat Vietnam telah diperhebatkan lagi dengan kedatangan pihak Jepun. A History Of South-East Asia Since 1500. Dalam zaman Jepun. 55 Dang Lao Dong Viet-Nam.55 Keadaan ini juga berlaku di Filipina dan Burma yang telah bersatu padu menentang Jepun dan sekaligus membina satu perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakatnya. 1970. mempunyai inisiatif dan berkeyakinan dalam kebolehan masing-masing.57 Jika dibandingkan di negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain.Revolusi Vietnam atau Dong Minh Hoi dengan pertolongan daripada Nasionalis China. Hlm. Califonia : Stanford University Press. The Struggle For Indochina: 1940-1955. Untuk keterangan lanjut. 2009. (Terj. 56 Pihak Perancis terpaksa mengalakkan semangat kebangsaan dalam kalangan Peribumi tetapi juga ia tidak mengabaikan semangat cintakan Perancis. London : Oxford University Press. sila lihat Philippe Devillers. Communist Indochina. Sejarah Vietnam disanjungi sekurang-kurangnya tentang hal-hal yang tidak mendapat tentangan daripada orang Perancis yang tinggal di Indo-China. Ruhanas Harun). Ralph Smith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. House. 71. 1960. 285-286. 57 Gilbert Khoo. 54 Ibid. tunjuk perasaan dan kegiatan-kegiatan subvertif terhadap Jepun dan kerajaan boneka Tran Trong Kim. 111. Hlm. hanya Indo-China yang merangkumi negara Vietnam. 110. Kemboja dan Laos sahaja yang dijajah oleh Jepun tetapi Page | 13 52 53 Ellen Jy Hammer. 56 Sebagai menentang Propaganda kebudayaan Jepun. Viet Minh telah muncul sebagai kuasa dan pejuang nasionalisme serta kebebasan masyarakat Vietnam. Sejarah Indo-China : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Hlm.53 Mereka telah merancangkan pemogokan. Hlm. .

1966. . Hlm. The Struggle For IndoChina : 1940-1955. 58 Philippe Devillers. 286. pihak Jepun telah menggesa Maharaja Bao-dai agar mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 11 Mac 1945.59 Walau bagaimanapun. Hlm. jambatan dan bangunan-bangunan. Hlm. David Wee & Hock Koh. Sejarah Indo-China : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. 26. Legacies Of World War Two In South And East Asia .62 Secara keseluruhan. 62 Bruce Solheim. Tindakan „coup de foudre‟ Jepun pada 9 Mac 1945 telah mencetuskan satu rangkaian peristiwa-peristiwa yang mana membawa kepada pengecualian orang-orang Perancis daripada kerajaan Indo-China. 60 David W. 59 Ibid. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 102. (ed. Hlm. 287.Perancis masih menjadi pentadbir di Vietnam. 2007. tindakan Decoux yang bersifat diktator iaitu ingin Page | 14 menubuhkan negara Vietnam yang bersifat Perancis telah membangkitkan perasaan-perasaan nasionalis bagi masyarakat Vietnam. United States : U Of Nebraska Press. 2008. Vietnam War Era : A Personal Journey .60 Oleh itu. usaha dalam memperkembangkan bidang ekonomi dapat dilihat menerusi pembinaan jalan raya. 61 Ellen Joy Hammer. Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemedekaan Vietnam di Hanoi.58 Melalui pentadbiran Perancis. Singapura : Isntitute OfSoutheast Asian Studies. Califonia : Stanford University Press. gerakan Viet Minh merupakan pergerakan kebangsaan yang luas dan telah menyatupadukan sebilangan besar masyarakat Vietnam tidak kira bentuk politik mereka dan disokong oleh semua lapisan masyarakat. Gerakan Viet Minh enggang mengiktiraf kerajaan Tran Trong Kim dan meminta maharaja meletak jawatan.61 Pada 2 September 1945. 1988. Hlm.). Dalam bulan Ogos 1945. Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pendudukan Jepun di Vietnam telah menonjolkan perpaduan bagi berhadapan dengan kuasa luar iaitu Perancis dan Jepun. 14.

Dalam tahun 1930 iaitu semasa di bawah pentadbiran Pasquier. Melalui „pembaharuan‟ ini. 65 Institusi ini mempunyai kurikulum pelajaran agama Buddha daripada semua aspek. muncul sebuah sekolah latihan. 79. Peter Lyon. 66 Philippe Devillers. Hlm.66 Bagi tujuan inilah. War And Peace In South-East Asia. 46-47. Hlm. 1969. Chandler. Kebebasan sami dan pendidikan yang diterima menjadikan golongan ini sangat berguna bagi menerangkan kepada rakyat Kemboja terhadap tujuan dan usaha Jepun untuk membebaskan Asia daripada cengkaman penjajah Barat. Boulder : Westview Press. Burma. Jepun mengetahui bahawa masyarakat Kemboja berpegang kuat kepada agam Buddha. New York : Oxford University Press.5 KEMBOJA Seperti di Vietnam. maka pihak Jepun telah menghubungi Institut Pengajajian Tinggi Agama Buddha 63 64 David P. Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. pendudukan di kemboja juga dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu sebelum bulan Mac 1945 dan di antara bulan Mac hingga Oktober 1945. A History Of Cambodia. . beberapa buah sekola dibuka di luar ibu kota dan di Phnom Penh sendiri. Untuk mengeluarkan siri kumpulan sami-guru. Hlm. agama Buddha dianggap dapat memberi kesan langsung dan baru ke atas pelajaran rendah di kemboja. 1988. Ruhanas Harun. 1984.65 Aktivis-aktivis Jepun amat memahami bahawa agama Buddha yang mengalami perkembangan penting di Kemboja dapat mewujudkan satu tenaga politik dan ideologi yang penting. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.63 Kemboja tidak Page | 15 tertonjol sebarang pergerakan nasionalis jika dibandingkan di Vietnam.2. 160. sebuah Institusi Pengajian Agama Buddha ditubuhkan di Phnom Penh. para sejarahwan mengakui bahawa pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Khmer. Terj. Filipina dan Indonesia kerana tidak mempunyai satu pendidikan umum yang boleh mewujudkan golongan cedekiawan bagi membangkitkan semangat kebangsaaan rakyat bagi menentang penjajahan. 64 Namun demikian.

Terj. . satu ordinan diraja telah diperkenalkan pada 1940 yang dipanggil Kram. pembaharuan dalam agama juga dialami iaitu mazhab Dhammayut yang diperkenalkan di Kemboja dianuti oleh keluarga diraja dan pembesar-pembesar telah diperbaharui tetapi masih dianggap sebagai aristokratik iaitu terpisah daripada rakyat yang menganggapnya sebagai sesuatu yang asing. 69 Marie A. Perubahan yang berlaku ini 67 Sejajar dengan dasar Jepun di Kemboja.9.67 Namun pada masa yang sama. Terdapat dua golongan dalam mazhab iaitu konsevertif dan reformis. pihak perancis telah memberikan tempat kepada bendera Page | 16 diraja. pengibaran bendera adalah sesuatu yang membanggakan. Usaha Perancis adalah untuk mengelakkan rakyat Kemboja daripada dipengaruhi oleh sentiment-sentimen nasionalisme dalam menentang pihak kolonial. Martin.69 Dewan Perwakilan Rakyat Kemboja juga ditubuhkan pada 10 Jun 1940 yang mengantikan Majlis Perhimpunan Peribumi. Pada awal tahun 1941. Ruhanas Harun. Hlm. Achar (Sami Besar) iaitu Hem Chiew telah berusaha memperkenalkan idea-idea baru ke dalam kedua-dua mazhab ini dan beliau mendapat sokongan daripada Son Ngoc Thanh iaitu seorang majistret yang telah mengadakan hubungan baik dengan Jepun. Mazhab Mohanikai pula merupakan mazhab yang diikuti oleh hampir keseluruhan kuil di Kemboja.dan Sekolah Tinggi Bahasa Pali. kedua-dua institusi ini adalah tempat sami menerima pendidikan di peringkat tinggi. 48. 1994. hak negara Kemboja serta penghormatan kepada sejarah nasional Kemboja bagi memahami aspirasi patriotik masyarakat Kemboja. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. 70 Melalui “Association Des Amir Du Buddhisme” iaitu Persatuan Rakan-Rakan Agama Buddha telah menggiatkan usaha mereka dalam kalangan mazhab Dhammayut dan Mohanikai yang belum menerima perubahan. Cambodia : A Shattered Society.68 Bagi nasionalisme yang baru lahir. Bagi memuaskan hati masyarakat Kemboja. 1988. Institut Pengajian Agama Buddha yang menjadi pusat pembaharuan dan perubahan telah berusaha bagi menempatkan penganut-penganutnya di kuil. Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. 68 Philippe Devillers. Califonia : University OF Califonia Press.70 Peristiwa penting yang berlaku di Kemboja apabila pihak Perancis telah mewajibkan penguasaan bahasa Kemboja yang ditulis dengan huruf rumi dan telah menggantikan penggunaan kalender Buddha dengan kalender Barat. Hlm.

Namun demikian. Bil. Kemboja telah diberi kemerdekaan sehinggalah bulan Oktober 1945. 75 Abu Talib Ahmad. Hlm. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm.72 Bermula dari itu. idea propaganda Jepun iaitu “antiPerancis” tidak berjaya setelah Hem Chieu telah ditangkap oleh pihak Perancis. 1987.75 Kabinet Kampuchea yang diketuai oleh Son Ngoc Thant telah memperkenalkan beberapa rancangan iaitu mempertahankan dan mengembangkan Buddhisme. Jil.71 Kejadian tunjuk perasaan yang melibatkan berbagai kumpulan seperti kumpulan rahib dan juga nasionalis seperti Son Hgoc Thanh. 1987. 80-93. sila lihat. Hal ini menunjukkan bahawa sifat nasionalisme dan penyatuan pelbagai kumpulan mencerminkan Page | 17 kesedaran terhadap pembelaan hak-hak masyarakat Kemboja telah tercetus sepertu yang berlaku di negara-negara rantau Asia Tenggara. Sihanouk telah memansuhkan Perjanjian Protektoret 1868.73 Pemberian kemerdekaan ini berbeza daripada negara lain iaitu Burma. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. Indonesia dan juga Flipina yang terus diberikan kemerdekaan oleh pihak Jepun. New York : Schocken Book. mengukuhkan kemerdekaan dan memperbaiki pendidikan di 71 David P.74 Sebagai seorang raja yang merdeka. 43-47. 74 Walau bagaimana. 1. Untuk keterangan lanjut. Hlm. Selepas bulan Mac 1945. A History Of Cambodia. 17. kemerdekaan ini hanya bersifat simbolik sahaja kerana Kemboja masih merupakan wilayah penting tentera Jepun di Indo-China.telah ditentang oleh orang Buddha. menyatukan rakyat Khmer. 1984. Chandler. 165. New York : Schocken Book. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. undang-undang berkaitan dnegan pengenalan abjad dan takwim Barat serta menukarkan nama Kemboja kepada Kampuchea serta membenarkan nasionalis Khmer menubuhkan sebuah kabinet. Ben Kiernan. 191. 73 David P. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-Sponsored Independence In Cambodia In World War II”. 47. penguasaan polis yang ketat dan rapi telah memberhentikan sebarang arus perkembangan nasionalisme Khmer. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. Boulder : Westview Press. Ben Kiernan. 1984. 1989. Hlm. 72 . Hlm. mempertahankan raja dasn keluarga diraja. Chandler. JSEAS.

Akhir tahun 1945 memperlihatkan Asia Tenggara sebagai sebuah rantau yang amat dinamik dari segi sosio-politik yang tidak pernah dialami sepanjang zaman kolonial Barat. bagi rakyat khmer.0 PENUTUP Page | 18 Pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap politik. zaman sebelum 1945 telah membuka mata mereka kepada dunia luar serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Malah. 78 Pemimpin-pemimpin nasionalis yang masih di bawah 25 tahun seperti Pol Pot. 17. 77 Ibid. 76 David P. Bil. ekonomi dan sosial di rantau Asia Tenggara. Selepas Jepun dikalahkan oleh kuasa Berikat. Burma. 192. Chandler. 3. sila lihat Abu Talib Ahmad. 88. Hlm. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Asia Tenggara telah dipandu oleh gerakan nasionalisme yang merupakan „intelligentsia‟ generasi baru. pemimpin-pemimpin yang lebih tua seperti Lon Nol telah mula melibatkan diri dalam politik yang selama ini diharamkan oleh Perancis. 1. JSEAS. Secara keseluruhannya. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-Sponsored Independence In Cambodia In World War II”. Filipina dan Indonesia tetapi peristiwa perubahan politik telah membangkitkan perpaduan masyatakat Kemboja untuk mempertahankan agama Buddha dan identiti mereka. Hlm. Hlm.Kemboja. 89-90.76 Pada 15 Oktober. Sementara itu. . Jil. Son Ngoc Thanh telah ditangkap dan implikasi terhadap penangkapan beliau membawa kepada penamatan kemerdekaan Kemboja dan diletakkan semula di bawah Perjanjian Protektoret. Walaupun di Kemboja tidak mempunyai gerakan nasionalisme yang hebat seperti di Vietnam. Untuk keterangan lanjut.78 Secara keseluruhannya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1984. masyarakat Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kumpulan tanah jajahan yang mengalu-alukan kepulangan rejim kolonial seperti Filipina dan kumpulan tanah jajahan yang menolak kepulangan rejim kolonial. bakal-bakal pemimpin ini melihat sendiri bahaimana Perancis hilang buat seketika waktu daripada lembaran sejarah Khmer.77 Zaman kemerdekaan yang singkat telah memberikan kesan penting terhadap nasionalisme Khmer berikutnya. keadaan sosio-politik sejak tamanya Perang Dunia Kedua. Khieu Samphan dan Hou Youn berpeluang mengambil bahagian dalam perarakan nasionalisme dan juga mengambil bahagian dalam pasukan tentera yang ditubuhkan ole h Jepun. 1989.

Teodora. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: JapaneseSponsored Independence In Cambodia In World War II”. (2003). Manila : National Commission For Culture And The Arts. (2008). (1965). (1995).Sejarah Myanmar. A History Of Cambodia. Sejarah Indo-China: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. London : Harvard University Press. JSEAS. . Cady J. Bil. House. United States : NUS Press. (2009). 1. Callahan P. Japan‟s Role In South-East Asia Nationalist Movements : 19401945. Hlm. Burma : Pergerakan-Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. (Terj. Michael. Japan-Vietnam : A Relation Under Influences. Cultural Life In The Philippines During The Japanese Occupation 1942-1945. Charney W. Jil. Making Enemies : War And State Building In Burma. Drake B. Garcia Mauro (ed. (1984). United Kingdom : Cambridge University Press. Abu Talib Ahmad. Faure Guy & Schwab Laurent. (1984). A History Of Modern Burma. Elsbree H. A History Of Modern Burma. Marcelino. Petaling Jaya : Longman. David. A Short History Of The Philippines. 17. United States : Cornell University Press. United States : New Amercan Library. Devillers Philippe. (1969). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dang Lao Dong Viet-Nam.( 1989). (2000). Mary. . Agoncillo A. Boulder : Westview Press.BIBLIOGRAFI Abu Talib Ahmad. Documents On The Japanese Occupation Of The Philippines. 285-286. Thirty Years Of Struggle Of The Party. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Page | 19 Dan Pustaka.). Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Chandler P. Ruhanas Harun). Willard. David. (1953). (1960). (1965). Foronda A. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. (1979). United States : Cornell University Press. (1988). Soviet Union : Foreign Languages Pub.K. Manila : Persatuan Sejarah Filipina. Chandler P.F.

(2007). (1966). (1951). K‟tut Tantri. Sejarah Eropah. London : Oxford University Press. New York : Oxford University Press.Adams & McCoy (ed. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Australia : Allen & Unwin. McCoy Alfred. Cambodia : A Shattered Society. (1994). (ed. Laos : War And Revolution . The Struggle For IndoChina : 1940-1955. “French Colonialism In Loas 1893-1945”. Mohamad Kamal Kamaruddin. Japanese Imperial Ideology. Califonia : Stanford University Press. (2012). Page | 20 Hogan Adellon Bruce. Morrison Ian. . Sidky Daeng Materu. Kedah : Penerbitan Darulaman. War And Peace In South-East Asia. Martin A.Guillermo R. Selatan Dan Timur Asia. New York : Schocken Book. Michigan : The University Of Michigan. Nationalism And Revolution In Indonesia. (1987). Kiernan Ben. (1969). A History Of South-East Asia Since 1500. The Hukbalahap Movement In The Philippines. New York:Harper Colophon Books. Khoo Gilbert & Lo Dorothy. 389. Osborne. Hammer Joy Ellen. Jang Hoi Sik. United States : Scarecrow Press. Marie. Milton (1979). New York : SEAP Publications. P.). (1970). (2009). Lyon Peter. (1947). Artemio. (1986). Jakarta : Gramedia Pustaka Utama. (2006). Kahin McTurman George. Dalam Nina S. (1970). Gistorical Dictionary Of The Philippines. Bhd. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Southeast Asia : An Introductory History.). Hlm. United States : University Of Wisconsin Madison. (1970). Jessy Singh Joginder. Seagrim. Revolt In Paradise. Grandfather Longlegs: The Life and Gallant Death of Major H. Califonia : University OF Califonia Press. Moh. Shifting War Aims And Domestic Propaganda During The Pacific War Of 1941-1945. (1952). Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara. Hlm. Sedjarah Pergerakan Nasional Bangsa Indonesia. Khoo Gilbert. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. (1985). London : ProQuest. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. London : Faber & Faber.

South Ashley. New York : Verso. (2009). Setsuho Ikehata & Ricardo Trota Jose. Unted States : Greenwood Publishing Group. 1200. (2003). New York : The John Day Company. Sydney : International Publishers Co. (1997). A Time Of War : The United States And Vietnam 1941-1975. Vietnam War Era : A Personal Journey. (2005). London : Oxford University Press. (2007).Pmeroy J. Vickers Adrian.(2004). Gordon. United States : U Of Nebraska Press. R. (2007). Macmillan : Pictures & Portraits. A History Of Modern Indonesia Since C. (2001). Copenhagen : NIAS Press. Petaling Jaya : Fajar Bakti. United States : Stanford University Press. Wee David & Hock Koh. Burma : Curse Of Independence.(1985). Out Of Exile. ( 2002). William. Rottman L. The Philippines Under Japan : Occupation Policy And Reaction. Seagrave Sterling & Seagrave Peggy. (1999). Robert. Tucker Shelby. Communist Indochina. . (ed. Singapura : Isntitute OfSoutheast Asian Studies. (1992). (2008). Seekins. Hlm Shigeru Sato. Cambridge : Cambridge University Press. Ismail (ed. Thakin Nu. (1949).).Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj. Manila : Ateneo De Manila University Press. Smith Ralph. Schulzinger D. A History Of Modern Indonesia. World War Two Pacific Island Guide. Research Indonesia. Burma And Japan Since 1940 : From Coprosperity To Quite Dialogue. Burma Under The Japanese. Legacies Of World War Two In South And East Asia. Sutan Sjahrir.). (2001). Collaboration And Resistance. (1954). Page | 21 Ricklefs Calvin Merle. The Philippines Colonialism. Mon Nationalism And Civil War In Burma. (2003). United States : Pluto Press. “Indonesia 1937-1942 : Prelude To Japanese Occupation”. Gold Warriors : America‟s Secret Recovery Of Yamashita‟s Gold. Solheim Bruce. Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. USA : Taylor & Francis Group. New York : Routledge.

A History Of The Modern Chinese Army. . Laxington. Government and Civilization). University Press Of Kentucky. (1963). Indonesian Society In Transition : A Study Of Social Change. Page | 22 Zaide . Gregorio. Manila : Philippine Education Company.F Gregorio. Zaide F. Xiaobing Li. (2007). Philippines Political And Cultural History : The Philippines Since The British Invasion.. (1980). United States : Greenwood Publishing.Wertheim Frederik Willem. Manila : Rex Book Store. (1957). The Republic Of The Philippines (History.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->