You are on page 1of 5

SK KANTAN PERMAI 43000 KAJANG, SELANGOR

KERTAS KERJA PROJEK PENAIKTARAFAN TAMAN SUMBER SAINS 2010 (Taman Orkid, Taman Herba, Taman Burung dan Kolam Ikan)

Disediakan oleh : AJK PANITIA SAINS/ PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK KANTAN PERMAI

43000 KAJANG, SELANGOR

PROJEK PENAIKTARAFAN TAMAN SUMBER SAINS (TAMAN ORKID, TAMAN HERBA, TAMAN BURUNG DAN KOLAM IKAN)
1. PENGENALAN Projek penaiktarafan Taman Sumber Sains di persekitaran sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup. Penaiktarafan ini juga amat diperlukan kerana sebahagian besar daripada komponen Taman Sumber Sains yang ada telah usang, dan perlu diselenggara. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. 2. MATLAMAT Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. 3. MISI Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid 4. OBJEKTIF Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah : 1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid 2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sains 3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid 4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran 5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas

5. MATLAMAT Terbahagi kepada 3 iaitu : (i) Jangka Pendek: - Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah. - Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur - Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk melaksanakan projek. (ii) Jangka Sederhana: - Penyediaan tanaman, mendapatkan haiwan yang sesuai - Menaiktaraf komponen taman sumber sains yang usang (iii) Jangka Panjang: - Menjadikan taman ilmu tempat kegemaran setiap murid - Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar taman sumber sains - Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan Taman Sumber Sains secara khususnya dan kawasan sekolah amnya. - Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman.

6. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran projek ialah untuk para murid dan guru-guru SK Kantan Permai, serta para ibu bapa dan pelawat ke sekolah.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK - Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt: - Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa. - Pembentangan struktur projek - Pemerhatian dan lawatan ke komponen Taman Sumber Sains - Gotong-royong membersihkan kawasan projek.

- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek - Mendapatkan benih-benih, anak pokok dan haiwan untuk Taman Sumber Sains - Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan dan haiwan di Taman Sumber Sains (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan nama saintifik) 8. JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : Naib Pengerusi 1 : Naib Pengerusi 2 : Naib Pengerusi 3 : Naib Pengerusi 4 : Setiausaha : Pn Sariah bt Said En Zainudin b Samingan Pn Zalilah bt Othman Pn Chen Yoon Kim Pn Norleha bt Adam En Rohaizad b Mohamed Akhir Guru Besar PK Kurikulum PK Hal Ehwal Murid PK Ko-Kurikulum PK Petang

AJK :

1. 2. 3. 4.

En Ayub b Jamaludin Pn Muhaini bt Ahmad En Razis b Razhuan Semua ahli Panitia Sains dan Kemahiran Hidup

9. STRATEGI PERLAKSANAAN i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran projek. iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan . iv Keberkesanan akan dinilai.

10. SENARAI PROJEK a) Menaiktaraf Taman Orkid b) Menaiktaraf Taman Herba b) Menaiktaraf Taman Burung c) Menaiktaraf Kolam Ikan

11. KEWANGAN i. SUMBER KEWANGAN : BIL. 1. SUMBER Sumbangan Program Pintar Bank Islam JUMLAH NILAI ( RM ) RM 2000.00 RM 2000.00

ii ANGGARAN PERBELANJAAN : BIL. 1 2 3 4 5 BAHAN Bahan-bahan pembinaan (simen,bata, kayu, cat dan lain-lain) Pasu Batu Hiasan Pokok Haiwan (burung, ikan) JUMLAH ANGGARAN RM 1000.00 RM RM RM RM RM 200.00 200.00 300.00 300.00 2000.00

12. PENUTUP Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Sumber Sains sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah. Disediakan oleh ................................. (ROHAIZAD M. AKHIR) Setiausaha Projek Penaiktarafan Taman Sumber Sains SK Kantan Permai 43000 Kajang Selangor Disahkan oleh ................................. (SARIAH BT SAID) Guru Besar SK Kantan Permai 43000 Kajang Selangor

s.k. : Fail Sekolah/ Fail Panitia

You might also like