You are on page 1of 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN _______________________________________________________________________ _ HBIS 2103 V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II MEI 2013 _______________________________________________________________________ _

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 12 Julai 2013 - 14 Julai 2013. Serahan selepas 14 Julai 2013 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

_______________________________________________________________________ _ PENILAIAN : Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Segala yang ada di langit dan di bumi adalah antara bukti kekuasan Allah subhanahu wa ta`ala. Kita sebagai hamba yang kerdil perlu mensyukuri segala ni`mat kurnianNya.

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki menyediakan SATU lembaran kertas kerja tentang bukti kekuasaan Allah subhanahu wa ta`la dan cara mensyukuri nikmatNya. Segala hujah dalil naqli dan `aqli perlu disertakan bagi menyokong hujah-hujah yang dinyatakan. Kemudian anda dikehendaki menyediakan lampiran persediaan mengajar bagi topik tersebut. Perbincangan bersama tutor amat digalakkan agar dapat memberikan lakaran jelas tentang kajian.

(Bagi mengelakkan tajuk berulang bersama rakan, anda boleh mengecilkan skop perbincangan seperti huraian tentang kejadian alam, kejadian manusia dan sebagainya).

[Jumlah : 40 Markah]

MUKA SURAT TAMAT

GARIS PANDUAN MARKAH (KANDUNGAN DAN SKOR)

KOD KURSUS : HBIS2103 V2 SEMESTER : MEI 2013 Tiada Item Kriteria Pengenalan Beratan 1.5 Lemah Sebahagian Menepati Piawai 2 Takrifan yang tidak tepat Isi yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan dengan baik. Kesimpulan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisan tidak menarik Kesilapan yang banyak Menepati Piawai 3 Takrifan kurang dari segi maklumat Isi yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan dengan baik. Kesimpulan disusun mengikut logik tetapi cara ia ditulis kurang menarik Kesilapan kurang Menepati Sepenuh Piawai 4 Takrifan topik yang dipilih tepat Isi menjawab persoalan tugasan dengan sangat baik Kesimpulan disusun mengikut logik dan ditulis secara berkesan dan amat menarik Ayat yang difahami dan tiada kesilapan tatabahasa Maklumat mengikut susunan TOTAL MARKS
5

Isi/ Kandungan

0 1 Tiada takrifan Takrifan topik yang dikemukakan tidak jelas dan tidak difahami Tiada Isi yang tidak jelas dan dinyatakan tidak menjawab semua yang persoalan tugasan. berkenaan. Tiada dinyatakan kesimpulan Kesimpulan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna Kesilapan yang amat banyak dan bahasa tidak difahami Maklumat amat tidak tersusun

Markah penuh
6

20

Kesimpulan

Bahasa dan Tatabahasa

Organisasi dan Kreativiti

0.5

Penggunaan bahasa dan tatabahasa yang sangat lemah Susunan tidak relevan

Maklumat tidak tersusun

Maklumat kurang tersusun

2 40

PANDUAN PELAJAR 1 Anda dinasihatkan: 1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. 2. Buat pencarian di internet berkaitan ciptaan Allah ta`ala untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan. 3. Mengadakan sesi temubual bersama tutor bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan. 4. Membincangkan dengan guru Pendidikan Islam sekolah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. 5. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan. PANDUAN TUTOR 1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan 2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap sub tajuk. 3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES. 4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut bidang. 5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan. 6. Tutor perlu membimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA. 7. Tutor perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar dari segi akhlak dan etika mengajar. 8. Tutor perlu banyak membaca terutama berkaitan isu semasa agar setiap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan yakin tanpa ragu-ragu.

No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Cadangan Rujukan Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani. Abdullah Basmih. (1985). Tafsir pimpinan Ar-Rahman. Kuala Lumpur: Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri. Abdullah Sahatah. (2001). Ulum al-tafsir. Kaherah: Dar al-Syuruq. Abdullah Yasin. (1990). Hakikat dua kalimah syahadat. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdul Karim Zaidan. (1976). Usul al-da`wah. Dar al-Bayan. Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1998). Pengantar ilmu tauhid. Abdul Rahman al-Jaziri. Al-fiqh ala al-mazahib al-arbaah. Beirut: Dar Al-Fikr. Abu Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi. (1988). Asbab al-nuzul. Damsyik: Dar Ibn Kathir. Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Azwira bin Abdul Aziz, Ahmad Kamil Haji Mat dan Mohd Hisham bin Nawawi (2004). Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Badruddin Muhammad bin Abdullah al-Zarkasyi. Al-borhan fi ulum al-Quran. Muhammad Sulaiman Hj. Yasin. (1982). Pengantar akidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Solah Abd al-Fttah al-Khalidiyy. (1997). Al-tafsir al-maudui, baina al-nazariah wa al-tatbiq. Jordan: Dar al-Nafais. Sufian bin Ahmad, Nazri bin Embong @ Abd. Rahman & Amir Husin Mohd Nor(2006). Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like