You are on page 1of 19

Tugasan Projek

(a) Pengenalan
Globalisasi adalah ciri utama yang melatari dan mewarnai abad ke-21 ini. Globalisasi adalah satu proses perubahan yang berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan manusia kesan daripada peningkatan pelbagai aktiviti manusia sejagat yang dipacu oleh kemajuan pesat teknologi maklumat merentasi sempadan 'geo-politik'. "Maklumat di hujung jari" adalah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan segala bentuk idea, kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik berkembang tanpa mengambil kira persempadanan politik sesebuah negara. Justeru, globalisasi menyebabkan batasan geografi dan sosial seolah-olah tidak lagi memiliki sempadan (b Globalisasi yang paling menonjol adalah 'globalisasi ekonomi'. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menakrifkan globalisasi ekonomi sebagai "pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas". Apa pun globalisasi ekonomi sudah menjadi ciri dominan pada abad ke-21 ini. Corak dan aliran ekonomi dunia hari ini mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik, pergerakan pesat aliran modal yang merentasi batasan geopolitik dan pergerakan migrasi buruh (modal insan) daripada sebuah negara ke negara yang lain.

. `

(b)Dasar-Dasar Berhadapan terhadap

yang dengan

Dilaksanakan Globalisasi Tersebut

oleh Ekonomi yang

Kerajaan serta

untuk

Penilaian Memenuhi

Dasar-Dasar

dapat

Pencapaian Ekonomi Negara dalam Mendukung Agenda 1 Malaysia

Agenda 1 Malaysia
Agenda 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Agenda 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan

bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.( Jabatan Penerangan Malaysia, 2012) Agenda 1 Malaysia ini telah menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasardasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan

pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Selain itu, Agenda 1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Dalam usaha mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Sehubungan dengan itu, maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1

Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah meluaskan akses

pendidikan berkualiti dan berkemampuan, mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman serta menambahbaik pengangkutan awam. Sementara itu, bagi Pencapaian Diutamakan pula merujuk kepada komitmen

kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA. Sehubungan dengan itu, pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkatkan tahap ekonomi rakyat di Malaysia. Pelbagai dasar telah diperkenalkan untuk tujuan ini. Dasar-dasar kerajaan secara amnya boleh dipecahkan kepada tiga dasar yang utama iaitu Dasar Ekonomi Lama (1956-1970), Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (1990- 2000).Melalui Dasar Ekonomi Lama, Rancangan Malaya 1, Rancangan Malaya 2 serta Rancangan Malaysia 1 telah diperkenalkan. Kesemua agenda ini lebih tertumpu kepada pembangunan ekonomi negara dan penyediaan kemudahan awam untuk penduduk.

Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)


Bermula daripada sejarah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan status negara berdaulat bukan mudah. Malaysia bukan sahaja harus mendapatkan kembali hak yang dirampas oleh pihak penjajah dan berusaha membina serta menyusun semula hak yang telah ditinggalkan, malah Malaysia harus pandai mengagihkan setiap kekayaan secara adil antara kumpulan etnik yang terbina akibat dasar yang telah ditinggalkan oleh pihak penjajah British. Maka, kerajaan telah berusaha membuat pelbagai dasar bagi merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia yang menginginkan kesejahteraan, perpaduan dan kekayaan untuk dinikmati bersama secara adil.

Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berlaku, kerajaan telah mengusahakan satu pendekatan yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang melibatkan beberapa program melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) selama 20 tahun bermula dari 1971 sehingga 1990 dan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Al-Haj. DEB merupakan kesinambungan daripada dasar kerajaan terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) yang dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi ini dilaksanakan selama lima tahun bermula dari tahun 1966 sehingga 1970 melibatkan seluruh Malaysia. Objektif utamanya adalah menjaga kebajikan seluruh rakyat dan meninggikan taraf hidup di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.( Wong Khek Sens, et al, 2000 )

Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Rancanganrancangan pembangunan di bawah DEB disusun menerusi dua strategi utama iaitu, membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua

rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat pada ketika itu dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Sebagai natijah daripada Dasar Ekonomi Baru ini, dapat kita lihat bahawa perpaduan kaum lebih utuh kerana masyarakat telah disusun semula tanpa mewujudkan sebarang isu perkauman. Dengan ini, secara tidak langsung agenda 1 Malaysia dapat direalisasikan mengikut apa yang dihasratkan. Malaysia mempunyai sejarah yang boleh dibanggakan dalam membangunkan dasar yang mendorong pertumbuhan ekonomi dan keharmonian sosial. Dalam pelbagai situasi, pendekatan tradisional tidak digunakan, dan sebaliknya melaksanakan pendekatan baru dalam konteks yang unik. Contoh pendekatan ini termasuk dasar pembangunan ekonomi luar bandar (RED) dalam ''Buku Merah'' dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Walaupun kebanyakan asas dalam dasar ini dapat bertahan, namun dasar ini sering dikemaskinikan sebagai respon kepada persekitaran global, kemajuan negara dan perkembangan aspirasi. Sebagai contoh, Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya adalah dengan mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan, dan sebagainya. Selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970

hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan seterusnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru seterusnya digantikan oleh Dasar Wawasan Kebangsaan (NVP). Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Hal ini bagi memastikan strategi terbaik dapat diatur, langsung meletakkan Malaysia pada laluan betul, demi mencapai Wawasan 2020. Tujahan utama membangunkan sebuah negara yang berdaya tahan atau

berketrampilan, mewujudkan masyarakat saksama, mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, meninggikan daya saing, mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuhkan modal insan dan melindungi alam sekitar terus menjadi dasar utama kerajaan.

Dasar Pembangunan Nasional


Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir pada 17 Jun 1991. Dasar Pembangunan Nasional berobjektif bagi melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat agar kita dapat menikmati kestabilan sosial dan politik serta pembangunan ekonomi yang berterusan. Objektif DPN ialah untuk mencapai taraf sebuah negara maju dari semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, perpaduan negara menjadi teras utama kerana melalui perpaduan kestabilan sosial dan politik dapat dikukuhkan dan penbangunan ekonomi yang berterusan dapat dikekalkan.

Seiring

dengan

semangat

1Malaysia:

Rakyat

Didahulukan,

Pencapaian

Diutamakan; Dasar Pembangunan Nasional telah memastikan semua rakyat menikmati pembangunan negara dengan menekankan kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan akan dibangunkan dan diseimbangkan dengan menyediakan sistem perhubungan dan sistem pengangkutan yang efisien disamping menggalakkan pembangunan ekonomi setempat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat global. Dasar Pembangunan Nasional turut memainkan peranannya dalam menyokong perlaksanaan NKRA melalui penyediaan infrastruktur asas luar bandar; dan penambahbaik sistem pengangkutan awam bandar.

Dalam usaha ini Dasar Pembangunan Nasional mengunjurkan keperluan membangunkan sistem pengangkutan bersepadu di semua pusat bandar utama, memperluaskan rangkaian jalan raya negara ke luar bandar atau antara wilayah dan memastikan sistem kemudahsampaian tempatan yang cekap.

Dasar Pandang Ke Timur


Dalam dasar Pandangan Ke Timur Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui dasar ini. Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sosial ekonomi pada masa tersebut. Ini menunjukan Kerajaan Malaysia pada tahun 1982 amat serius untuk memajukan negara melalui dasar Pandangan Ke Timur. Matltamat utama yang hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran kebanyakan masyarakat Jepun mempunyai sikap yang positif dalam nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun, gigih serta kuat berkerja untuk kepentingan negara mereka. Amalan ini secara tidak langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau masyarakat Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari segi ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara ini. Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat ketimuran ini juga disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi moral, ini menyebabkan dasar Pandang Ke Timur ini di rangka untuk dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia. Dasar Pandang Ke Timur juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat. Rakyat Malaysia pada masa tersebut rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari segi ekonomi, pendidikan dan pengusaan teknologi. Ini menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah. Ini secara tidak langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh negara di timur yang mempunyai potensi yang amat besar dalam membangun negara mereka setaraf dengan barat. Negara Jepun adalah salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui dasar Pandang Ke Timur dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia juga boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun. Dasar ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan

terhadap negara barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan serta pergantungan ekonomi negara.(Azlan Yusof, 2011) Dasar pandang ke timur ini mempunyai beberapa kesan yang baik kepada iklim ekonomi Malaysia. Melalui Dasar Pandang Ke Timur ini secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi negara. Ini kerana kebanyakan pelabur-pelabur dari negara Jepun dan Korea Selatan telah datang ke Malaysia untuk melabur. Secara tidak langsung akan memberi peluang pekerja kepada rakyat Malaysia. Ini akan mengurangkan jurang kemiskinan kepada rakyat Malaysia. Selain itu juga, aliran wang kurang juga dapat dikurangkan ke negara lain. Ini kerana segala kos dapat dikurangkan kerana pelabur-pelabur telah membuka kilang atau perusahan di negara ini. Selain itu wujud industri baru di dalam negara. Melalui perpindahan teknologi dari negara Jepun dan Korea ini secara tidak langsung akan wujud indastri baru. Indastri ini seperti Lembaga Industri Berat Malaysia (HICOM), kilang pengeluaran besi waja dan kilang penapisan minyak telah wujud di negara melalui perjanjian usahasama dengan negara timur ini. Secara tidak langsung, kepakaran melalui industri ini akan diterima oleh penduduk tempatan disebabkan kewujudan industri yang baru ini. Selain itu juga, Malaysia juga telah membina kenderaan nasional sendiri iaitu Proton Saga, walaupun kebanyakan barang dalaman adalah buatan luar akan tetapi rekabentuk tersebut adalah keluaran Malaysia. Kesan dari dasar ini secara tidak langsung kemudahan asas juga dapat dibina dengan baik untuk kebaikan rakyat. Kemudahan infarstruktur ini dibina melalui kepakaran-kepakaran Jepun dan Korea dapat membantu negara Malaysia dalam membina infrasruktur ini. Contohnya pembinaan Jabatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan, dan bangunan dayabumi di bina berdasarkan kepakaran luar yang mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Ini secara tidak langsung imej negara akan naik secara tidak langsung di persada dunia.

Dasar Persyarikatan Malaysia (1986)


Dasar Persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menterip pada tahun1983 sebagai satu pendekatan asas bagi pembangunan negara. YAB Perdana Menteri telah mendefinisikan secara am konsep Persyarikatan Malaysia sebagai satu sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah mewujudkan satu syarikat Malaysia bagi mencapai kemajuan di mana keuntungan yang didapati akan dikongsi bersama di mana kerajaan adalah pemegang saham. Jika syarikat berjaya dan membuat keuntungan, kerajaan dan rakyat juga akan mendapat manafaat. Sektor awam dikehendaki beroperasi secara cekap bagi membantu usaha-usaha sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan utama dalam ekonomi negara.

Dasar Persyarikatan Malaysia berobjektif untuk mewujudkan kerjasama erat , bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swata demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama. Sebagai konklusinya dapat kita lihat bagaimana wujudnya interaksi di kalangan rakyat berbilang kaum yang berkhidmat di dalam sector awam dan sektor swasta. Dengan ini, agenda 1 Malaysia secara tidak langsung dapat dilaksanakan. Selain itu, Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan untuk menghapuskan sifat permusuhan antara kedua-dua sector dengan menggalakkan perkongsian maklumat dan saling faham akan kepentingan kedua belah pihak.Secara tidak langsung hasil pendapatan negara juga dapat ditingkatkan dari masa ke masa sejajar dengan arus globalisasi kini. Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju. Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor

awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain.

Hakikatnya, globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa. Daya saing kita mesti dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan.

Kepemimpinan dan pengurusan, sama ada di sektor awam atau pun swasta mestilah bersifat dinamik. Ini penting bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat.

( c ) Sejauh Mana Cabaran Globalisasi dari Segi Sosiobudaya Terutama Migrasi Buruh Antarabangsa Mempengaruhi Hubungan Etnik di Malaysia KESAN POSITIF
Kedatangan pendatang asing ke negara kita juga sedikit sebanyak telah membantu membangunkan dan mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara yan pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap, Malaysia sentiasa melakukan perubahan yang sistematik. Oleh itu, ia perlu dibangukan dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan negara. Bagi mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh sangat diperlukan dan memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuhan negara. Walaupun begitu, Malaysia mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar seperti dari Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan negara dapat dilangsungkan dengan cepat. Seterusnya, kedatangan pendatang asing ke sini dapat mengisi kekosongan dalam sektor pertanian dan perladangan. Industri sawit merupakan pertanian yang termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia dari segi penjanaan pendapatan eksport dan dibidang sosial dengan memberi sara hidup kepada pekerja ladang dan kilang serta peneroka dan pekebun kecil. Kedatangan pendatang asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negara mempelajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh kerajaan ataupun organisasi tertentu. Selain itu, ia dapat membantu menaikan imej negara. Di samping itu, kedatangan pendatang asing juga dapat membantu

mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara untuk terus berkembang. Kesimpulannya, kedatangan pendatang asing mencari rezeki di Malaysia sedikit

sebanyak telah menguntungkan kita dalam pelbagai cara. Ia dapat membantu dari segi kemajuan negara.

KESAN NEGATIF
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat dan mendadak. Pelbagai projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar dan semakin maju. Keadaan ini umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Di samping itu, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga-tanaga kerja. Oleh yang demikian, Malaysia kini telah menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki yang lebih lumayan dari negara mereka. Antara pendatang-pendatang asing yang masuk ke Malaysia adalah dari negara seberang seperti Indonesia, tidak terkecuali negara yang agak jauh seperti Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam, serta beberapa buah negara lain yang sedang mengalami masalah kekurangan pekerjaan kerana kepadatan penduduk. Perkembangan ekonomi negara yang mengalakkan dan tenteram telah mengundang pendatang asing masuk secara haram ke negara ini. Malaysia telah menyediakan peluang pekerjaan ketika ini dan tidak mampu diisi oleh rakyat tempatan terutama dalam sektor-sektor tertentu. Selain itu, perkara ini juga disebabkan oleh rakyat tempatan yang memilih kerja dan tidak mahu bekerja dibidang-bidang yang berisiko, berpanas dan mengunakan tenaga yang berlebihan. Kemasukan pendatang asing ke negara ini kerana adanya permintaan yang banyak di sektor perladangan dan pembinaan. Kerajaan telah mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara kepada mereka atas permintaan majikanmajikan yang memerlukan tenaga kerja di sektor berkenaan. Apabila tempoh permit mereka tamat, majikan tidak menghantarnya pulang menyebabkan mereka menjadi pendatang asing tanpa izin. Terdapat segelintir majikan yang berminat mengajikan PATI dengan tujuan meraih keuntungan yang lebih. Perkara ini terjadi kerana gaji yang dibayar kepada golongan PATI lebih rendah daripada pekerja tempatan atau pekerja asing yang memiliki permit. Sikap segelintir rakyat tempatan yang meraih keuntungan dengan membawa masuk PATI juga merupakan punca lambakan mereka di negara ini.

Pada tahun 2008 sahaja terdapat 2.12 juta orang pekerja asing yang memiliki pas atau permit kerja yang sah, manakala lebih satu juta orang dianggarkan berstatus PATI. Menjelang tahun 2010 kerajaan bercadang untuk mengurangkan pekerja asing

kepada 1.8 juta orang sahaja dan menghapuskan yang berstatus PATI. Kemasukan PATI juga berpunca daripada kekurangan pekerja dalam sektor pembinaan dan perladangan ditambah sikap rakyat tempatan yang tidak berminat berkerja di sektor ini serta kekurangan kemahiran. Kebanyakan majikan melakukan jalan pintas dengan mengambil pekerja asing terutama PATI. Hal ini kerana terdapat beberapa sektor yang membenarkan majikan mengambil pekerja asing. Majikan tidak mahu melatih pekerja tempatan kerana perkara ini memerlukan peruntukan kewangan dan mengambil masa yang lama. Kebanyakan projek yang dilaksanakan pula mempunyai tempoh masa untuk disiapkan. Kedudukan geografi negara ini telah mebolehkan PATI memasuki secara mudah samada melalui laut atau darat. Walaupun begitu kerajaan telah melaksanakan pemantauan secara tetap terhadap tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai laluan masuk PATI ke negara ini. Kerajaan juga telah menempatkan pasukan keselamatan di perairan negara serta sempadan darat bagi mencegah kemasukan mereka secara berleluasa ke negara ini. Tindakan bersepadu agensi penguatkuasa negara telah digerakkan bagi mencegah kemasukan PATI ke negara ini. Tahun lalu kerajaan telah menghantar seramai 2,800 orang PATI ke negara asal mereka. Kerajaan juga menjalankan proses mendokumentasikan PATI yang tidak mempunyai

kewarganegaraan yang jelas melalui rundingan dengan negara-negara jiran bagi menghantar mereka ke negara asal. Sikap rakyat tempatan yang memberi kerjasama kepada PATI juga adalah punca mereka terus masuk ke negara ini dan tinggal lebih lama. Golongan PATI ini mudah dieksploitasi oleh rakyat tempatan yang mengambil kesempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan. Mereka akan membayar gaji yang lebih rendah kepada PATI bagi meraih keuntungan yang berganda. Di samping itu, kehadiran pekerja asing terutama PATI juga mengundang masalah sosial terutama jenayah di negara ini. Walaupun begitu daripada statistik menunjukan kadar jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing hanya 4.57 peratus

pada tahun 2008. Kerajaan tidak mahu pendatang asing terutama PATI menjadi penyumbang kepada kadar jenayah di negara ini. Walaupun kadarnya rendah, rakyat merasa curiga dan ketakutan berdasarkan beberapa kejadian yang melibatkan pendatang asing terutama PATI. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak, telah menimbulkan pelbagai masalah. Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas dan menahan mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kem tahanan sementara kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik semula ke negara asal. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang rakyat mereka. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan Malaysia terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung, kemungkinan besar akan mendatangkan risiko dan kesan-kesan yang tidak baik kepada masyarakat. Antaranya, individu-individu yang terlibat akan disabit kesalahan dan memberi impak yang besar. Selain daripada itu, keselamatan negara turut terancam. Ini kerana, ada segelintir daripada pendatang asing yang datang adalah mempunyai rekod sebagai penjenayah. Mereka melarikan diri ke Malaysia kerana mahu mengelak daripada diberkas oleh pihak berkuasa di negara mereka. Malangnya, mereka terus melakukan jenayah di Malaysia. Mereka telah melakukan jenayah seperti merompak, cabul, samun serta merogol dan ada juga yang melakukan jenayah yang lebih berat seperti menjual dadah dan memperdagangkan manusia. Akibat daripada menjadi mangsa rogol, mangsa rogol akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari. Disamping itu, pelbagai penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing

tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan yang mundur dan kurang pendapatan untuk menyara diri di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS. Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Segelintir kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air. Seterusnya, pendatang asing juga mendatangkan kesan kepada ekonomi negara, pengaliran mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan. Perkara ini merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja ini. Sistem transaksi yang canggih dinegara kita. Memudahkan dan mempercepatkan proses pertukaran wang. Kesimpulannya, kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

SOALAN TUGASAN

PENULISAN ESEI

RUJUKAN

You might also like