P. 1
Nabi Ibrahim Dan Raja Namrud

Nabi Ibrahim Dan Raja Namrud

|Views: 8|Likes:
Published by 5443

More info:

Published by: 5443 on Jun 09, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/23/2014

pdf

text

original

NABI IBRAHIM DAN RAJA NAMRUD Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Pada hari ini, saya akan menceritakan kepada kawan-kawan satu cerita. Cerita yang benar-benar terjadi di zaman dahulu. Ceritanya ada dalam AlQuran iaitu cerita “Nabi Ibrahim dan Namrud”. Di negeri Babylon, seorang raja yang angkuh dan sombong memerintah. Namanya raja Namrud. Dia memaksa rakyatnya menyembah berhala. Agama penyembahan berhala dijadikan agama resmi negaranya. Di negeri itulah lahirnya seorang bayi yang bila dewasa, dilantik Allah menjadi nabi dan Rasul untuk memperbetulkan kesesatan di negeri Babylon itu. Nabi Ibrahim merupakan anak kepada Azar, seorang tukang ukir patung berhala. Ketika dia telah dewasa, dia menasihatkan bapanya agar meninggalkan agama penyembahan berhala dan kembali menyembah Allah yang satu. Bapanya tidak mahu menerima nasihat nabi Ibrahim. Pada satu hari, di kala dalam negeri itu orang sedang menyambut pesta negara, nabi Ibrahim telah masuk ke dalam rumah berhala utama di negeri itu. Waktu itu orang tidak ada di sana. Dengan menggunakan kapak, dia meruntuhkan semua berhala yang ada dan meninggalkan berhala yang terbesar. Kapaknya disangkut di telinga berhala besar itu. Bila penjaga rumah berhala pulang, dia melihat berhala-berhala sudah diruntuhkan kecuali yang terbesar. Dia melaporkan kepada Namrud. Orang memberitahu Namrud bahawa hanya Ibrahim sahaja yang memusuhi berhala mereka. Lalu, nabi Ibrahim dipanggil oleh Namrud.

“Hai Ibrahim, kaukah yang meruntuh tuhan-tuhan kami?”, Tanya raja Namrud dengan marah. “ Bukan saya, berhala besar itulah yang mengamuk ”, nabi Ibrahim membalas. “ Mana mungkin tuhan kami melakukannya, mereka tidak boleh bergerak!”, Namrud menolak tuduhan nabi Ibrahim itu. “Jadi mengapa disembah Tuhan yang tidak boleh bergerak. Bahkan mereka tidak boleh melihat dan mendengar. Mereka tidak boleh menyelamatkan diri dan bagaimana hendak menolong orang lain?”, nabi Ibrahim memulangkan paku buah keras. Namrud dan para menterinya terdiam. Kata-kata nabi Ibrahim memang tidak dapat dibalas lagi. Raja Namrud yakin bahawa nabi Ibrahimlah yang telah meruntuhkan berhala-berhala itu. Lalu, diperintahkannya rakyatnya menghimpunkan kayu api. Dia mahu membakar nabi Ibrahim hiduphidup. Kayu api yang dihimpun itu membukit tingginya. Api dinyalakan sehingga panasnya membahang jauh. Atas cadangan Iblis yang menjelma rupa seorang manusia, Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api dengan menggunakan alat seperti lastik besar. Sebelum nabi Ibrahim jatuh ke dalam api, Allah telah memerentahkan api agar jadi sejuk dan selamat. Oleh itu, api itu tidak membakar nabi Ibrahim. Api menyala selama kira-kira 40 hari. Setelah api padam, nabi Ibrahim pun keluar. Bertambahlah hairan raja namrud yang zalim itu melihat nabi Ibrahim selamat. Lalu Allah timpakan balasan kepada raja Namrud. Negerinya diserang serangga perosak berupa katak, belalang dan kutu. Hilanglah keselesaan hidup mereka dalam negeri. Akhirnya datang pula lalat. Raja Namrud telah mati dengan sebab lalat masuk ke telinganya.

mudah-mudahan rakan-rakan dapat mengambil pengajaran daripadanya. .Sekianlah cerita saya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->