You are on page 1of 19

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM PERINGKAT DAERAH SUBIS BIL.

1/2013 PEJABAT PELAJARAN DAERAH SUBIS


Tarikh / Hari Masa Tempat Pengerusi : 30 Januari 2013 ( Rabu ) : 0830 1300 tengahari ( Sesi 1 ) / 1400 1730 petang ( Sesi 2 ) : Bilik Tayangan, Pusat Kegiatan Guru, PPD Subis : Encik Ahli bin Chikba

Kehadiran (Sesi 1 : Zon Ladang, Zon Niah dan Sekolah Menengah) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. Encik Ahli bin Chikba Puan Hellen Paya Jok Encik Razame bin Wahed Puan Erwina binti Awang Sauni Encik Syukri bin Milieng Encik Marcus Gau Lian Encik Ahmad Fauzi Yaacob Encik Abu Saran Sahari Encik Albert Ong Ngee Hong Encik Meechang Tuie Puan Sinjang Jumat Encik Edward Ekau anak Simbeng Encik Linggie anak Empading Encik Awangku Sarapudin Pgn. Ismail Encik Raja Badrol Hisham bin Raja Abdul Jalil Encik Tumbin anak Enjawan Encik Peter anak Tom Encik Begok anak Ading Puan Bidah Kana Encik Freddie Oring ak Bunsu Encik Nicholas Ningkan Kula Encik Jalin anak Brandah Encik Walter Suring anak Mawat Encik Sulfii bin Mohd Taha Puan Anita binti Othman Encik Abdul Rashid bin Yaakub Encik Renang anak Bilili Encik Kadir bin Hj Yaakup Encik Sawing anak Kedit Encik Ahmad bin Hj Taip Puan Lee Kui Hiong Encik Law Sie Kong Cik Dygku Bibi Mardiana binti Awgku Kamarudin Cik Noorfah Binti Mansor Pegawai Pelajaran Daerah Subis Penyelia Unit Pengurusan Akademik (UPA) Penyelia Penilaian dan Peperiksaan (UPP) Pegawai FasiLINUS Pegawai FasiLINUS Pengetua, SMK Luar Bandar Pengetua, SMK Bekenu Pengetua, SMK Suai Pengetua, SMK Subis Pengetua, SMK Bakong Penolong Kanan, SK Kelapa Sawit No. 1 Guru Besar, SK Kelapa Sawit No. 2 Guru Besar, SK Kelapa Sawit No. 3 Guru Besar, SK Kelapa Sawit No. 4 Guru Besar, SK Kelapa Sawit No. 5 Guru Besar, SK Sungai Bakas Guru Besar, SK Rumah Tinggi Guru Besar, SK Rumah Barat Penolong Kanan, SK Sungai Lamaus Guru Besar SK Sungai Manong Guru Besar, SK Rumah Mentali Guru Besar, SK Rumah Undi Guru Besar, SK Rancangan Sepupok Guru Besar, SK Kampung Tarikan Guru Besar, SK Tanjung Belipat Guru Besar, SK Batu Niah Guru Besar, SK Sungai Tangap Guru Besar, SK Kita Guru Besar, SK Rumah Ranggong Guru Besar SK Sungai Saeh Guru Besar, SJK Chee Mung Guru Besar, SJK Chin Nam Pencatat Minit 1 / Pegawai FasiLINUS Pencatat Minit 2 / Penolong Penyelia UPA 1

Hadir Bersama ; 1. Encik Irwan bin Tambi 2. Cik Kurnia binti Lwai 3. Cik Yip Hiong Chang 4. Cik Noraini binti Budin

Penyelia Unit Pembangunan dan Bekalan (UPB) Penyelia Unit Pengurusan Sekolah (UPS) Penyelia Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (UPPK)

Tidak Hadir (Bersebab) ; 1. Encik Embuang anak Bawen 2. Puan Kasiah binti Jafarali 3. Encik Mohd. Faizal bin Lampam

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Subis Penyelia Unit Pengurusan Organisasi (UPO) Pegawai FasiLINUS

Kehadiran (Sesi 2 : Zon Sibuti dan Zon Suai) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. Encik Ahli bin Chikba Puan Kasiah binti Jafarali Puan Hellen Paya Jok Encik Razame bin Wahed Puan Erwina binti Awang Sauni Encik Mohd. Faizal bin Lampam Encik Syukri bin Milieng Puan Jamila Bibi bte Abdul Basah Encik Hj. Wan Muhamad bin Wan Omar Puan Sinariah binti Hassan Cik Dayangku Asshiah binti Awangku Mansor Encik Ismail bin Hassan Encik Jokdin bin Abdullah Encik Mansor bin Mahali Puan Junainah binti Abu Bakar Puan Mary anak Kunji Encik Sakawi bin Madon Puan Miriwati binti Abu Bakar Encik Pendek bin Nayan Puan Hjh. Suraya binti Hj. Haron Puan Sapiah binti Hj. Jumat Encik Yong Hin Kiam Encik Lai Cheo Tian Encik Zaidil bin Ismail Encik Andara bin Salleh Puan Zuraidah binti Ahmat Encik Mohd Nor bin Bohan Encik Ahmad Zaini bin Abd. Rani Encik Michael Dian Nyumboh Cik Dygku Bibi Mardiana binti Awgku Kamarudin Cik Noorfah Binti Mansor Pegawai Pelajaran Daerah Subis Penyelia Unit Pengurusan Organisasi (UPO) Penyelia Unit Pengurusan Akademik (UPA) Penyelia Unit Penilaian dan Peperiksaan (UPP) Pegawai FasiLINUS Pegawai FasiLINUS Pegawai FasiLINUS Guru Besar, SK Kampung Masjid Guru Besar, SK Beliau Ahad Guru Besar, SK Beliau Isa Guru Besar, SK Bekenu Guru Besar, SK Kampung Bungai Guru Besar, SK Tawakal Satap Guru Besar, SK Rumah Essau Penolong Kanan Tadbir, SK Kuala Sibuti Guru Besar, SK Ulu Satap Guru Besar, SK Kampung Selanyau Penolong Kanan Tadbir, SK Kampung Bulau Guru Besar, SK Kampung Angus Guru Besar, SK Kampung Subak Guru Besar, SK Keluru Tengah Guru Besar, SJK Chung Hua Sibuti Guru Besar, SJK Chung Hua Sungai Lumut Guru Besar, SK Kampung Iran Guru Besar SK Sungai Sebatu Guru Besar, SK Kampung Tegageng Guru Besar, SK Rumah Goyang Guru Besar, SK Batu Tellingai Guru Besar, SK Suai Satu Pencatat Minit 1 / Pegawai FasiLINUS Pencatat Minit 2 / Penolong Penyelia UPA

Hadir Bersama: 1. Encik Muhd. Tarmidzee Khuzaimy Robert Abdullah Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (UPPK) 2. Cik Kurnia binti Lwai Penyelia Unit Pengurusan Sekolah (UPS) Tidak Hadir (Bersebab) 1. Encik Embuang anak Bawen

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Subis

Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Subis Bil. 3/2012 3. Perkara Berbangkit Analisis Maklum Balas Minit PK15-1 4. Perkara Baru ; a. Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR dan PMR ; Hasil Dapatan Post Mortem Daerah b. Perancangan Peningkatan Akademik Peringkat Daerah Subis dan Sekolah 2013 c. Program Dasar Pendidikan Kebangsaan; i. MBMMBI - MBMMBI Sains & Matematik - Program Penutur Jati (ELTDP) ii. KSSR & PBS (THUN 1-3) iii. PBS (Tingkatan 1-2) iv. Program i-THINK & HOTS v. Program SISC dan PLC vi. LINUS vii. Prasekolah viii. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 5. Hal-hal Lain a. e-SPLG b. e-Cerap c. Program GeMS dan MaCS d. Sistem Nilaian Sarawak (SNS) e. Kerjasama Komuniti dan Sektor Swasta (Anjakan 9 PPPM) i. Bank Rakyat ii. Focus Group 6. Penangguhan Mesyuarat

1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Mesyuarat 1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para Pegawai Ikhtisas, Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, dan wakil Pengetua/Guru Besar ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Peringkat Daerah Subis Bil. 1/ 2013. Makluman 1.2. Pengerusi menekankan bahawa Kurikulum merupakan agenda utama (core-business) di semua peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Pengerusi turut memaklumkan 21 buah sekolah rendah di Daerah Subis telah mendapat Sijil Penghargaan daripada Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak di atas pencapaian baik dalam UPSR 2012. Selain itu, 2 buah sekolah menengah Daerah Subis telah mencatat peningkatan dalam pencapaian PMR 2012 iaitu SMK Suai dan SMK Subis. Makluman 1.3. Perkongsian dapatan Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2012 JPN Sarawak. 1.3.1.PPD dan sekolah membuat penilaian dengan melihat impak outcome keberhasilan utama. 1.3.2.KPM menegaskan Melindungi Masa Instruksional (MMI) perlu dilindungi untuk semua Pengetua dan Guru Besar di sekolah. 1.3.3.Program Peningkatan Akademik perlu dirancang dengan teliti dan ditadbir dengan baik serta memberi tumpuan dalam sistem tadbir urus. Setiap PPD dan sekolah harus memikirkan Program Penigkatan Akademik yang berimpak tinggi berdasarkan KPI. Tiada program MaCS yang dilaksanakan dengan serius. 1.3.4.Bilangan murid lulus dengan gred A, B, C serta Gred Purata Sekolah (GPS) telah mencatat peningkatan dalam UPSR 2012 Peringkat Negeri Sarawak. 1.3.5.Semua Sekolah Rendah berada pada tahap Band 4, 3, 2 atau 1 dalam SKPM. 1.3.6.Perancangan pelaksanaan HOTS (Higher Order Thinking Skills) perlu diperkemaskan untuk diadakan di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Di peringkat PPD Subis, program iTHINK secara rintis telah dijalankan di 2 buah sekolah iaitu SK Batu Niah dan SK Batu Tellingai. 1.3.7.Semua PPD disarankan untuk membuat penubuhan SNS dengan penglibatan agresif daripada semua pihak. Pencapaian PPD Subis dapat melonjak naik melalui akademik. Banyak program telah dirancang untuk tahun 2013 dan PPD Subis sentiasa berusaha untuk peningkatan akademik yang lebih baik. Setiap PPD dicadangkan untuk mengadakan inovasi bagi pengumpulan item dengan mudah. 1.3.8.Prasekolah perlu dilaporkan dalam mesyuarat kurikulum kerana Prasekolah adalah penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat kes murid tidak pandai membaca apabila kembali ke sekolah selepas cuti persekolahan. Pengerusi mencadangkan agar murid diberikan kerja sekolah untuk dibuat di rumah semasa cuti sekolah. Aktiviti seumpama ini memerlukan penglibatan semua pihak kerana pendidikan adalah sepanjang hayat. 1.3.9.Pengambilan guru ganti bagi sekolah yang memerlukan bermula bagi tempoh 1 Januari 2013 sehingga 18 Oktober 2013. Guru yang ingin bercuti (melebihi 28 hari) hendaklah mengemukakan surat kepada Unit Pengurusan Organisasi (UPO). Bagi guru yang mempunyai masalah untuk hadir bertugas disarankan untuk membuat permohonan cuti tanpa gaji atau membuat surat letak jawatan. Ini bagi mengelakkan guru tidak hadir bertugas di sekolah. 5

1.3.10. Beberapa program transformasi yang lain akan terus diberi perhatian sewajarnya seperti KSSR, PBS dan LINUS. Program LINUS 2.0 untuk Bahasa Inggeris akan dilaksanakan pada tahun 2013. Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil. 3/2012 2.1. Encik Kadir bin Hj Yaakup dari SK Kita mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil. 3/2012 disahkan dan disokong oleh Encik Abdul Rashid bin Yaakub dari SK Batu Niah dengan pindaan seperti berikut; 2.1.1. Senarai Kehadiran : 2.1.1.1. [28] Encik Tumbina anak Enjawan (Guru Besar, SK Sungai Bakas) kepada Encik Tumbin anak Enjawan. Makluman 3.0 Perkara berbangkit 3.1. Perkara 5.4.4 : Pengerusi memaklumkan bahawa Bengkel Pengurusan Mesyuarat akan diadakan pada 21 Februari 2013 kepada semua Pentadbir Sekolah di Daerah Subis. Makluman 4.0 Perkara Baru 4.1. Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR dan PMR; Hasil Dapatan Post Mortem Daerah Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan : Encik Razame bin Wahed. 4.1.1. UPSR 2013 4.1.1.1. Seramai 831 murid mendaftar UPSR 2012 dan hanya 814 murid yang telah menduduki UPSR 2012. Bilangan murid yang menguasai kesemua mata pelajaran adalah seramai 388 orang (47.67%). Manakala, 426 murid (52.33%) tidak menguasai sepenuhnya mata pelajaran. Makluman 4.1.1.2. Gred Purata Sekolah (GPS) Daerah Subis bagi UPSR 2012 telah mencatat penurunan 0.02 kepada 2.80 berbanding GPS UPSR 2011 sebanyak 2.78. Secara keseluruhannya, pencapaian UPSR 2012 bagi Sekolah Kebangsaan (SK) ialah 47.99% dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) adalah 42.25%. Makluman 4.1.1.3. Seramai 20 orang murid telah mencapai 5A dalam UPSR 2012. Tiada pencapaian lulus penuh 7A di SJK Daerah Subis. Walaubagaimanapun, pencapaian terbaik bagi SJK adalah 6A 1C (1 orang), 5A 2B (2 orang) dan 5A 2C (1 orang). Makluman

4.1.1.4.

Rumusan Analisa Mata Pelajaran UPSR 2012. Mata Pelajaran SK BMK (Pemahaman) 82.62% BMP (Penulisan) 82.09% Bahasa Inggeris 56.03% Sains 76.81% Matematik 70.41% B.Cina (Pemahaman) B.Cina (Penulisan) -

SJK 76.06% 70.42% 60.56% 81.69% 88.73% 66.20% 70.42% Makluman

4.1.1.5.

4.1.1.6.

Near Miss Kualiti 4.1.1.5.1. Pencapaian 4A 1B (SK) dalam mana-mana satu matapelajaran; - 22 orang (BI : 17, Sains : 3, BMP : 1 & Matematik : 1) 4.1.1.5.2. Pencapaian 4A 1C (SK) dalam mana-mana satu matapelajran; - 2 orang (BI) 4.1.1.5.3. Pencapaian 6A 1C (SJK) dalam mana-mana satu matapelajaran; - 1 orang (BI) Near Miss Kuantiti (sekurang-kurangnya 1 Gred D) 4.1.1.6.1. Sekolah Kebangsan (SK); - 107 orang (BMK : 1, BMP : 3, BI : 83, Matematik : 13, Sains : 7) 4.1.1.6.2. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK); - 7 orang (BMK : 3, BC Pemahaman : 3, BC Penulisan : 1) Makluman

4.1.1.7. Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris masih rendah dan telah menyumbang Near Miss Kuantiti yang agak banyak dalam UPSR 2012. Sebanyak 83 murid mendapat sekurang-kurang Gred D dalam salah satu matapelajaran iaitu Bahasa Inggeris. Pengerusi memandang serius dengan keputusan Bahasa Inggeris yang menyebabkan Near Miss Kualiti dan Kuantiti dalam UPSR. Makluman 4.1.1.8. Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan bengkel kepada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dibantu oleh Guru Cemerlang dan guru berpengalaman. Tindakan : UPA 4.1.1.9. En. Lai Cheo Tian mencadangkan pihak urusetia untuk mengesan sekolah yang mempunyai keputusan cemerlang dalam Bahasa Inggeris bagi tujuan perkongsian amalan terbaik dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dengan sekolah lain. Tindakan : UPA 4.1.1.10. En. Michael Dian memaklumkan tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang ramai. Penyediaan kertas soalan yang kerap memerlukan peruntukan kewangan yang banyak. Makluman

4.1.2.PMR 2013 4.1.2.1. Bilangan calon yang mendaftar PMR 2012 adalah seramai 827 orang dan seramai 793 orang murid menduduki PMR 2012. Bilangan murid yang menguasai adalah seramai 491 (61.92%) orang dan 302 murid (38.08%) tidak menguasai. GPS Daerah Subis bagi PMR 2012 telah mencatat peningkatan sebanyak 0.03 iaitu 3.07 berbanding GPS PMR 2011 sebanyak 3.10. Makluman 4.1.2.2. Rumusan Analisa Mata Pelajaran PMR 2012. Mata Pelajaran Bil. Lulus A,B,C,D Bahasa Malaysia 777 Bahasa Inggeris 530 Sejarah 755 Geografi 735 Bahasa Cina 27 Bahasa Iban 213 Pendidikan Islam 218 Matematik 760 Sains 767 KH 1 KT 122 KH 2 ERT 189 KH 3 PERT 425 KH 4 38

% Lulus 97.98 66.83 95.21 92.69 90.00 96.38 93.97 95.84 96.72 100.00 98.95 98.38 76.00

GPK 2.34 3.93 3.26 3.19 2.97 2.19 2.79 3.26 3.18 2.24 2.69 2.74 3.08 Makluman

4.1.3.Cetakan Pelaporan bagi Penilaian sumatif dan formatif PBS Tahun 1, 2 dan 3 serta Tingkatan 1 perlu dicetak bermula 21 Januari sehingga 10 Februari 2013 melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Pelaporan hendaklah dimasukkan dalam Fail Perkembangan Murid. Tindakan : Pengetua dan Guru Besar 4.1.4. Sistem Analis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi Ujian 1 (AR1) Tahun 2013 telah dibuka. Ahli mesyuarat dimohon untuk memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah masing-masing. Tindakan : Pengetua dan Guru Besar 4.1.5. Encik Razame turut memaklumkan bahawa Pendaftaran UPSR 2013 boleh dilakukan secara atas talian (on line). Taklimat untuk SUP akan diadakan di Miri dan tarikh pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian. Sementara itu Pendaftaran PMR 2013 adalah menggunakan aplikasi Stand Alone. Analisis SPM 2012 masih menggunakan aplikasi SAP45 sebagai tapak analisis daerah. Makluman

4.1.6.Kertas soalan UPSR 2012 masih berada di dalam Bilik Keselamatan Zon Sibuti. Sekiranya pihak sekolah ingin mendapatkan kertas soalan tersebut, sila berhubung dengan Penyelia Kawasan masing-masing. Makluman 4.1.7.Sebanyak 4 buah sekolah terlibat dengan kajian prestasi UPSR 2012 iaitu SK Kampung Iran, SK Kelapa Sawit No.2, SK Batu Tellingai dan SK Suai Satu. Pihak sekolah perlu melengkapisi borang kajian kes yang telah diemel dan menghantar ke Lembaga Peperiksaan melalui emel. Tindakan : Guru Besar SK Kampung Iran, SK Kelapa Sawit No.2, SK Batu Tellingai dan SK Suai Satu 4.1.8.Tarikh Peperiksaan Awam bagi Tahun 2013 disertakan dalam lampiran seperti berikut; 4.1.8.1. Takwim Peperiksaan 2013 - Lampiran 1 (a) 4.1.8.2. Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Lampiran 1 (b) 4.1.8.3. Kalendar MUET 2013 Lampiran 1 (c). - Lampiran 1 (b) dan 1 (c) untuk Sekolah Menengah sahaja. Makluman 4.2. Perancangan Peningkatan Akademik Peringkat Daerah Subis dan Sekolah 2013(Program MaCS) - Pegawai Pelajaran Daerah Subis : Encik Ahli bin Chikba 4.2.1.Pengerusi amat berharap agar Program MaCS di sekolah dapat dilaksanakan dengan serius demi meningkatkan pencapaian akademik Daerah Subis. Pelan tindakan pelaksanaan MaCS perlu disediakan di sekolah. Tindakan : Guru Besar 4.2.2.Pengerusi telah menyatakan beberapa Aspirasi PPD Subis dalam Program MaCS 2013 yang diharapkan dapat menjulang Daerah Subis dalam akademik. Kejayaan untuk mencapai visi sebagai sebuah organisasi yang berwibawa dan cemerlang dalam kepimpinan dan pengurusan akademik juga harus bermula dari peringkat bawah iaitu melalui sasaran pencapaian akademik setiap sekolah (TOV). Makluman 4.2.3.Fokus utama PPD Subis adalah dari aspek akademik (kurikulum) dan kepimpinan di peringkat PPD, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang menetapkan beberapa sasaran utama seperti berikut; 4.2.3.1. Peratus menguasai UPSR dan PMR meningkat 3% setiap tahun. 4.2.3.2. Gred Purata Sekolah (GPS) menurun dengan indeks -0.2 setiap tahun. 4.2.3.3. Peratus pencapaian Cemerlang semua A meningkat 2% setiap tahun. 4.2.3.4. Kedudukan PPD Subis berada pada kedudukan 1/3 daripada semua PPD di Sarawak. (Tahun 2012 : kedudukan 28/31) 4.2.3.5. Mengurangkan bilangan sekolah yang mendapat GPS melebihi 2.99.

4.2.3.6.

Program NKRA bagi tempoh 2013 2015; - Sebuah sekolah Cemerlang. - 10 buah sekolah akan mendapat Baiah. - Semua sekolah berada dalam Band 4. Makluman

4.2.4.Beberapa aktiviti (MaCS) telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang Tahun 2013; 4.2.4.1. Mesyuarat peringkat PPD - Mesyuarat Pengurusan PPD 2 minggu sekali - Mesyuarat Permuafakatan 1 bulan sekali - Mesyuarat Kurikulum 4 kali setahun 4.2.4.2. Program Sekolah Angkat - Seorang Pegawai untuk sebuah sekolah. - Bekerjasama dengan Guru Besar melonjakkan prestasi akademik sekolah. 4.2.4.3. Pembentangan KPI Panitia Mata Pelajaran (SR) dan Ketua Bidang (SM) - Menentukan BLD, TOV, ETR dan OTI bagi sekolah masing-masing dan membuat analisis keputusan peperiksaan sekolah (AR) serta membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan murid. 4.2.4.4. Pembentangan KPI Guru Besar (SR) dan Pengetua (SM) - Melaporkan TOV, ETR dan OTI sekolah secara keseluruhan, pencapaian akademik dalam setiap peperiksaan serta program peningkatan dan kecemerlangan sekolah. Tindakan : Pengetua dan Guru Besar 4.2.4.5. Jadual Pembentangan AR bagi UPSR, PMR dan SPM 2013 - Jadual Pembentangan AR UPSR, PMR & SPM Peringkat Daerah Subis Tahun 2013 Sila rujuk Lampiran 2 (a) - Kumpulan Sekolah Sila rujuk Lampiran 2 (b) Makluman

4.2.4.6. Program Sarana Ibubapa 4.2.4.6.1. Dilaksanakan 4 kali setahun selepas keputusan peperiksaan penggal diumumkan di peringkat sekolah. Makluman 4.2.4.6.2. Pengerusi mencadangkan untuk mengadakan program kesedaran kepada ibu bapa serta menggalakkan program membaca semasa cuti sekolah (1 Murid 1 Buku). Selain itu, guru dicadangkan untuk menyediakan kerja rumah kepada murid semasa cuti sekolah, termasuk pra sekolah. Murid akan membuat latihan semasa bercuti dan dipantau oleh ibu bapa semasa di rumah. Tindakan : Pengetua dan Guru Besar 4.2.4.7. Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) - Amalan kepimpinan : Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang. Ketua Panitia dan Guru Matapelajaran. Makluman

10

4.2.4.8.

9 Bidang Pengurusan i. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi ii. Pengurusan Kurikulum iii. Pengurusan Ko-Kurikulum iv. Pengurusan Hal Ehwal Murid v. Pengurusan Kewangan vi. Pengurusan Pentadbiran Pejabat vii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan viii. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia ix. Pengurusan Perhubungan Luar Makluman

4.2.5.Encik Awangku Sarapudin Pgn. Ismail mencadangkan Program MaCS diseragamkan untuk semua sekolah Daerah Subis. Makluman 4.3. Program Dasar Pendidikan Kebangsaan - Ketua Unit Pengurusan Akademik : Puan Hellen Paya Jok 4.3.1.MBMMBI 4.3.1.1. Bahasa pengantar Pengajaran Sains & Matematik Sekolah Rendah a) Tahun 1 3 (kelas KSSR) : Bahasa Malaysia (SK), Bahasa Cina (SJKC) b) Tahun 4 6 : Dwibahasa (semua sekolah rendah) 4.3.1.2. Bahasa pengantar Pengajaran Sains & Matematik Sekolah Menengah a) Tingkatan 1 & 2 : Bahasa Malaysia b) Tingkatan 3 5 : Dwibahasa

4.3.1.3. Maklumat kursus Program MBM dan MBI masih belum diperolehi daripada pihak JPN/BPG. Sementara itu, Program Penutur Jati masih diteruskan kepada 5 buah Sekolah Rendah di Daerah Subis iaitu SK Bekenu, SK Kampung Selanyau, SK Kampung Subak, SK Kelapa Sawit No.2 dan SJK Chung Hua Sibuti. Makluman 4.3.1.4. Seramai 3 orang guru Bahasa Inggeris akan dipilih untuk menjadi Guru Sumber bagi program LINUS 2.0 (Bahasa Inggeris). Makluman 4.3.2.Program Penutur Jati ELTDP - Miss Nora Sullivan 4.3.2.1. Objektif program adalah untuk mencapai peningkatan yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris selari dengan kehendak KSSR. Makluman

11

4.3.2.2.

Pencapaian objektif adalah berdasarkan KPI berikut; KPI 1 : Sekurang-kurangnya 75 jam perjumpaan dengan mentee . KPI 2 : Lawatan mentee sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu. KPI 3 : Penambahbaikan dalam pengajaran / pembelajaran / penilaian. KPI 4 : Peningkatan dalam kefasihan bahasa. KPI 5 : Penggunaan sumber yang berkualiti. Laman sesawang untuk sumber yang dicadangkan; - www.schoolsonline.britishcouncil.org - www.emse.org.my

4.3.2.3.

4.3.2.4. Program Power of Reading dilaksanakan untuk memupuk minat membaca di kalangan ibu bapa dan murid-murid. 4.3.2.5. Khidmat Penutur Jati akan tamat pada September 2013. Justeru, Pengerusi memohon PPD Subis untuk bersedia dengan perancangan yang berterusan. Guru BI (mentee) yang mendapat khidmat daripada Penutur Jati dicadangkan untuk menjadi mentor kepada guru BI yang lain melalui PAT. Makluman 4.3.3.KSSR dan PBS Sekolah Rendah ( Tahun 1 3 ) 4.3.3.1. Kursus KSSR Tahun 3 telah dilaksanakan kepada semua guru mata pelajaran pada tahun 2012. Setiap sekolah dipohon untuk mengadakan Latihan Dalaman kepada semua guru di sekolah masing-masing. Makluman 4.3.3.2. Laporan LDP KSSR Tahun 3 perlu dihantar ke Unit Pengurusan Akademik (UPA) selewat-lewatnya 1 Februari 2013. Tindakan : Guru Besar 4.3.3.3. Pihak Pentadbir Sekolah perlu membuat pemantauan dalaman tentang pelaksanaan dan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) KSSR di sekolah. Pihak UPA/PPD juga akan membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Makluman 4.3.3.4. Sistem penyediaan fail dan bilik PBS Sekolah Rendah yang baik untuk dirujuk sebagai contoh adalah SK Kampung Selanyau. Sekolah-sekolah dimohon untuk mendapatkan khidmat bantu dari sekolah berkenaan tentang pelaksanaan PBS. Sebarang pertanyaan tentang pelaksanaan PBS juga boleh merujuk kepada JU Daerah / UPA / UPP. Makluman 4.3.3.5. UPA akan mengadakan Bengkel PBS kepada Penyelaras PBS sekolah pada 22 Februari 2013. Makluman

12

4.3.3.6. Encik Lai Cheo Tian mencadangkan Senarai Jurulatih Utama (JU) KSSR diedarkan ke semua sekolah. Tindakan : UPA 4.3.4.PBS ( Tingkatan 1 2 ) 4.3.4.1. Sistem PBS bagi Sekolah Menengah melibatkan Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. 4.3.4.2. Ramai guru tidak menghadiri Kursus PBS Tingkatan 2 secara onsite di PPD Subis pada Disember 2012. Oleh itu, UPA akan memberi kursus ulangan PBS Tingkatan 2 pada 7 Februari 2013 di PKG Subis kepada JU Daerah dan guru yang terlibat. Surat panggilan telah diedarkan ke sekolah. Tindakan : Pengetua 4.3.4.3. Sekolah contoh bagi Sistem PBS Sekolah Menengah adalah SMK Subis. Makluman 4.3.5.Program i-THINK dan HOTS 4.3.5.1. Program i-THINK adalah program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan murid yang berinovatif. Melalui program i-THINK, murid akan lebih berfokus, berkeyakinan dan aktif dalam kelas dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools) dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Makluman 4.3.5.2. Bagi peringkat Daerah Subis, sekolah yang terpilih adalah sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang besar dan prestasi akademik yang kurang memuaskan. Melalui program i-THINK, ia dapat membantu melonjakkan prestasi akademik sekolah. Ia akan dilaksanakan ke seluruh sekolah di Daerah Subis secara berperingkat. Makluman 4.3.5.3. Program i-THINK telah dilaksanakan mulai tahun 2012 dan telah dijalankan ke 2 buah sekolah rintis iaitu SK Batu Niah dan SK Batu Tellingai. Bagi tahun 2013, 2 buah sekolah rintis yang baharu adalah SK Rancangan Sepupok dan SK Suai Satu. Makluman 4.3.5.4. Kursus berkaitan Program i-THINK telah disampaikan kepada Guru Besar dan Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras (BM, BI, SN & MT) pada tahun 2012. PPD akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa ke sekolah-sekolah rintis yang terlibat. Makluman 4.3.5.5. Kursus HOTS (Higher Order Thinking Skills) untuk Sekolah Menengah (Menengah Rendah) telah diberikan kepada guru mata pelajaran Sains dan Matematik pada tahun 2012. Makluman

13

4.3.5.6. Mesyuarat Penyelarasan Latihan Dalaman HOTS juga telah dilaksanakan pada 22 Januari 2013 bersama guru dan JU sekolah. Mesyuarat dimohon untuk menggalakkan pelaksanaan HOTS di kalangan guru dalam PdP dan penyediaan soalan. Bahan dan nota berkaitan HOTS telah dihantar melalui emel sekolah sebagai rujukan. Makluman 4.3.6.Program SISC dan PLC 4.3.6.1. Program School Improvement Specialist Coach SISC bagi Tahun 2013 di Daerah Subis telah dilaksanakan di SMK Subis dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik untuk Tingkatan 5 (kelas SPM). Coach bagi Bahasa Inggeris ialah Puan Rufina Leong dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan Coach bagi Matematik ialah Encik Goh Yong Juan dari SMK Taman Tuanku. Makluman 4.3.6.2. Program Professional Learning Community (PLC) masih diteruskan bagi Sekolah Menengah yang terlibat iaitu SMK Bekenu, SMK Suai, SMK Luar Bandar dan SMK Bakong. Bagi Tahun 2013, pihak UPA masih belum menerima maklumat sekolah yang akan terlibat dalam program ini. Makluman & Tindakan : SMK Bekenu, SMK Suai, SMK Luar Bandar dan SMK Bakong 4.3.7.LINUS - Pegawai FasiLINUS : Puan Erwina binti Awang Sauni 4.3.7.1. Mulai tahun 2013, Saringan LINUS hanya akan dilaksanakan 2 kali setahun dan melibatkan SEMUA murid dalam Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Hanya murid yang telah disahkan sebagai Murid Bekeperluan Khas (MBK) dikecualikan daripada menjalani Saringan LINUS tersebut. Tindakan : Guru Besar 4.3.7.2. Pencapaian Saringan LINUS Tahun 2012 bagi PPD Subis K1, S9 (Tahun 3) - Literasi : 100% K2, S6 (Tahun 2) - Literasi : 91.63% K3, S3 (Tahun 1) - Literasi : 63.27% *K Kohort , S Saringan Numerasi : 100% (KPI : 100%) Numerasi : 90.02% (KPI : 95%) Numerasi : 74.71% (KPI : 90%) Makluman 4.3.7.3. Sasaran KPI LINUS PPD Subis bagi tahun 2013 4.3.7.3.1. Bagi Tahun 3 (Kohort 2), sasaran bagi Literasi Saringan Pertama ialah 97% dan Saringan Kedua adalah 100% berdasarkan TOV Literasi 91.63%. Bagi Numerasi pula, sasaran bagi Saringan Pertama adalah 97% dan Sasaran Kedua adalah 100% berdasarkan TOV Numerasi 90.02%. Makluman

14

4.3.7.3.2. Bagi Tahun 2 (Kohort 3), sasaran bagi Literasi Saringan Pertama ialah 95% dan Saringan Kedua adalah 100% berdasarkan TOV Literasi 63.27%. Bagi Numerasi pula, sasaran bagi Saringan Pertama adalah 95% dan Sasaran Kedua adalah 100% berdasarkan TOV Numerasi 74.71%. Makluman 4.3.7.4. Jadual Saringan LINUS bagi Tahun 2013 4.3.7.4.1. Saringan Pertama 4.3.7.4.1.1. Saringan Lisan / Membaca : 11 Mac 19 April 2013 4.3.7.4.1.2. Saringan Bertulis : 21 30 April 2013 4.3.7.4.1.3. Pengisian Data : 6 17 Mei 2013 4.3.7.4.2. Saringan Kedua 4.3.7.4.2.1. Saringan Lisan / Membaca : 1 27 September 2013 4.3.7.4.2.2. Saringan Bertulis : 29 September 11 Oktober 2013 4.3.7.4.2.3. Pengisian Data : 18 25 Oktober 2013 Makluman 4.3.7.5. Perancangan Program LINUS Tahun 2013 4.3.7.5.1. Selia Bimbing LINUS 4.3.7.5.2. Bengkel Pengurusan LINUS untuk Penolong Kanan 1 (Akademik) 4.3.7.5.3. Bengkel Pengurusan LINUS untuk Penolong Kanan HEM 4.3.7.5.4. Bengkel Pengurusan LINUS untuk Peneraju LINUS (Guru Pemulihan) 4.3.7.5.5. Lesson Study LINUS 4.3.7.5.6. Jejak Pra Saringan LINUS (Diagnostik) 4.3.7.5.7. Saringan LINUS Pertama & Kedua 4.3.7.5.8. Jerayawara LINUS 2013 4.3.7.5.9. Jom Berambeh LINUS Kohort 2 4.3.7.5.10. Jom Berambeh LINUS Kohort 3 4.3.7.5.11. Pertandingan Keceriaan LINUS (Papan ABM, Bilik Pemulihan, Pondok Linus, Papan Kenyataan) 4.3.7.5.12. Kursus / Bengkel LINUS (Pedagogi/ABM/dan lain-lain) 4.3.7.5.13. Bengkel LINUS untuk Guru Prasekolah PPD Subis 4.3.7.5.14. Professional Learning Community (PLC) LINUS PPD Subis Makluman 4.3.7.6. Tarikh tutup penghantaran Borang Penyertaan Pertandingan Keceriaan Program LINUS Sekolah adalah pada 22 Februari 2013 ke Unit Pengurusan Akademik (FasiLINUS). Penyertaan adalah WAJIB bagi semua sekolah rendah. Tindakan : Guru Besar Lesson Study LINUS melibatkan semua sekolah rendah Daerah Subis (SK dan SJK) yang akan bermula mulai Mac hingga Oktober 2013. Senarai Kumpulan Lesson Study disertakan dalam Lampiran 3. Makluman

4.3.7.7.

15

4.3.8.Prasekolah - Penolong Penyelia UPA : Cik Noorfah binti Hj. Mansor 4.3.8.1. Urusetia membentangkan rumusan Pentaksiran Prasekolah 2012 (Kemenjadian Murid Prasekolah) Fasa 2 Daerah Subis bagi bulan Julai hingga Oktober 2012 berdasarkan 6 tunjang utama berikut; 4.3.8.1.1. Tunjang Komunikasi : 74.15% 4.3.8.1.2. Tunjang Kerohanian : 92.15% 4.3.8.1.3. Tunjang Sains dan Teknologi : 87.06% 4.3.8.1.4. Tunjang Kemanusiaan : 95.33% 4.3.8.1.5. Tunjang Fizikal dan Estatika : 95.15% 4.3.8.1.6. Tunjang Keterampilan Diri : 98.03% Makluman 4.3.8.2. SK Rumah Tinggi mencatat pencapaian 100% bagi keseluruhan Tunjang Kemenjadian Murid. Makluman 4.3.8.3. Mulai tahun 2013, Guru Prasekolah diminta untuk menyediakan maklumat pencapaian dengan lebih awal menggunakan tapak Pencapaian Kemenjadian Murid Prasekolah. Lampiran Biru adalah untuk edaran kepada guru prasekolah. Tindakan : Guru Besar 4.3.8.4. Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan 2011 telah diedarkan ke sekolah melalui surat Ruj. JPS(W)/PPDS(UPA)/153/06/08 (19) bertarikh 17 Februari 2012. Makluman 4.3.9.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Agenda PPPM ditangguhkan dan akan dibentangkan dalam perjumpaan yang akan datang. Makluman 5.0 Hal-hal Lain 5.1. e-SPLG - Penyelaras e-SPLG Daerah Subis : Encik Syukri bin Milieng 5.1.1.Analisa Keperluan Latihan (TNA) dan Analisa Pengemaskinian e-Profil Guru - Urusetia memaklumkan bilangan guru yang belum mengisi TNA dan belum mengemaskini maklumat dalam e-profil. Ahli mesyuarat juga diingatkan untuk memastikan setiap guru mengisi TNA dengan lengkap dan membuat pengemaskinian e-profil. Makluman 5.1.2.Rumusan Laporan Bilangan Hari Berkursus Bagi Tahun 2012 5.1.2.1. Kumpulan Pengurusan dan Profesional Suku Tahun Ke-2 - Guru : 779 hari Suku Tahun Ke-3 - Guru : 605 hari Suku Tahun Ke-4 - Guru : 721 hari

16

5.1.2.2.

Kumpulan Sokongan I Suku Tahun Ke-2 - Guru : 259 hari; Bukan Guru : 193 hari Suku Tahun Ke-3 Guru : 236 hari; Bukan Guru : 157 hari Suku Tahun Ke-4 Guru : 266 hari; Bukan Guru : 189 hari Kumpulan Sokongan II Suku Tahun Ke-2 - Bukan Guru : 80 hari Suku Tahun Ke-3 Bukan Guru : 55 hari Suku Tahun Ke-4 Bukan Guru : 79 hari Makluman

5.1.2.3.

5.2. e-Cerap - Penolong Penyelia UPA : Cik Noorfah binti Hj. Mansor 5.2.1. Semua guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (termasuk J-QAF SR) wajib menjalani pencerapan PdP kecuali Guru Bimbingan dan Kauseling serta Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Urusetia berharap untuk mendapat pencapaian 100% pengisian pelaporan pencerapan secara atas talian untuk PPD Subis. Makluman 5.2.2. Bagi e-cerap 2013, terdapat perubahan item pencerapan. Borang pencerapan telah diedarkan ke sekolah dalam surat bertarikh 14 Disember 2012 rujukan JPS(W)/PPDS(Upa)/153/06/04/01/01 Jld.2 (24). Sila berhubung dengan Cik Noorfah untuk mendapatkan salinan borang pencerapan. Makluman 5.2.3. Semua Pengetua dan Guru Besar diingatkan untuk menghantar rumusan pencerapan kepada pihak UPA pada masa yang ditetapkan. Makluman 5.3. Program GeMS - Penolong Penyelia UPA : Cik Noorfah binti Hj. Mansor 5.3.1.Terdapat 2 buah sekolah tidak menghantar Laporan GeMS bagi Tahun 2012 iaitu SMK Bakong dan SK Kampung Iran. Makluman 5.4. Sistem Nilaian Sarawak (SNS) - Penyelia UPA : Puan Hellen Paya Jok 5.4.1.Puan Hellen Paya Jok memaklumkan ahli mesyuarat bahawa pelaksanaan SNS bagi tahun 2012 tidak berjaya dilaksanakan sehingga tidak dapat membuat pelaporan sepenuhnya kepada pihak JPN. Surat pelaksanaan pernah diedarkan ke sekolah untuk diambil tindakan oleh pihak sekolah. Walaubagaimanapun, tidak semua sekolah menghantar item (soalan) kepada pihak UPA untuk dikumpulkan ke dalam data bank item di PPD. Makluman

17

5.4.2. Bagi tahun 2013, pelaksanaan SNS Sekolah Rendah Daerah Subis akan melibatkan Tahun 4 dan Tahun 5 bagi Sekolah Kebangsaan sahaja. Soalan Tahun 6 (UPSR) akan diselaraskan melalui Biro Pendidikan MGB bersama pihak UPA. Pegawai Penyelaras SNS Daerah Subis adalah Cik Dygku. Bibi Mardiana. Makluman 5.4.3.Semua guru matapelajaran yang terlibat dikehendaki membina item dalam tiga aras (rendah, sederhana, tinggi) bagi setiap mata pelajaran UPSR (Tahun 4 dan Tahun 5) dan perlu menghantar item tersebut dalam bentuk softcopy melalui emel kepada hellen8853@gmail.com / bibiana8024@gmail.com . Tindakan : Guru Besar SK 5.4.4.Bagi SJK (C), salinan kertas soalan UPSR dan pembinaan item boleh dihantar ke pihak UPA untuk simpanan rekod. Makluman 5.4.5.Bagi Sekolah Menengah, item dihantar terus ke PPD Miri dan 1 salinan ke PPD Subis sebagai simpanan rekod. Makluman 5.4.6.Taklimat Penyelarasan SNS Bagi Sekolah Rendah Daerah Subis akan diadakan pada 6 Februari 2013 di PKG Subis kepada semua Penolong Kanan 1 (Akademik). Makluman 5.5. Maklum Balas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil.3/2012 5.5.1.SMK Suai masih belum menghantar maklumbalas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil.3/2012; Lampiran PK15-1 kepada Urusetia. Pihak sekolah menghantar Lampiran PK15-1 bagi Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2012. Tindakan : Pengetua SMK Suai 5.5.2.Pengerusi turut mengingatkan ahli mesyuarat untuk memberi bahan sokongan yang berkenaan bagi setiap maklumbalas yang dilaporkan. Makluman 5.6. Melindungi Masa Instruksional (MMI) 5.6.1.Urusetia menyampaikan pesanan daripada En. Embuang untuk memastikan pihak sekolah menghantar 1 salinan Pelan Tindakan MMI kepada PPD Subis (UPA) mengikut format dalam buku MMI. Tindakan : Pengetua dan Guru Besar 5.7. Program IM4U Beautiful Malaysia 5.7.1.Puan Kasiah binti Jafarali memaklumkan tentang Program Perhimpunan IM4U akan diadakan pada 3 Februari 3013 (Ahad) di Padang MDS Bekenu. Antara aktiviti yang akan

18

dilakukan pada hari tersebut adalah senamrobik dan gotong-royong membersihkan serta mencantikkan kawasan di sekitar pekan Bekenu. Makluman 5.7.2.Penyertaan Program IM4U melibatkan PPD Subis dan beberapa buah sekolah di Zon Sibuti yang terdiri daripada guru dan murid-murid. Surat akan diedarkan kepada sekolah terlibat. Tindakan : Guru Besar Zon Sibuti 5.8. Kerjasama Komuniti dan Sektor Swasta (Anjakan 9 PPPM) 5.8.1.Dua (2) orang pegawai dari Bank Rakyat telah hadir untuk menyampaikan papan countdown UPSR kepada 5 buah sekolah rendah Daerah Subis iaitu SK Rh. Essau, SK Kampung Kuala Sibuti, SK Sg. Bakas, SK Beliau Ahad dan SK Rh. Ranggong. Makluman 5.8.2.Pengerusi memaklumkan bahawa organisasi PPD Subis perlu mempunyai jaringan perhubungan Focus Group dengan agensi-agensi kerajaan yang lain di peringkat negeri seperti Pejabat Residen, Majlis Daerah Subis (MDS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Makluman

6.0 Penangguhan Mesyuarat 6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1725.

Dicatat oleh:

Disemak oleh:

........................................................................ ( DYGKU BIBI MARDIANA BT AWGKU KAMARUDIN ) Pencatat Minit 1/Urus Setia Jawatankuasa Kurikulum UPA, Pejabat Pelajaran Daerah Subis Tarikh : 05 Februari 2013

........................................................ ( KASIAH BINTI JAFARALI ) Timb. Pegawai Pelajaran Daerah Subis Pejabat Pelajaran Daerah Subis

19

You might also like