You are on page 1of 13

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina sekitar tahun 1893-1897.

Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di depan Dataran Merdeka dan Kelab
Diraja Selangor. Ia berdiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia.
Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sultan Selangor pada masa ia
mula dibina.

PENGENALAN

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat
sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran,
keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat
pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar
negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan
beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari
Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B.
Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur
pada tahun 1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-
Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap
dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.

Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri
Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi
strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab
Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan
Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

PENGENALAN

Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Pada mula
pembinaannya di kenali sebagai “Bangunan Baru Kerajaan” (the new Government
Offices), kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan”, (Federal Secretariat), di guna
bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada
tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai “Bangunan” sebelum ditukar kepada nama
Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.

PENGENALAN

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di
bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau
bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894
oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu.
Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul
Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu
dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah
pada ketika itu.

Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan
Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategic, iaitu ditengah-
tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter
persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan
Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana
terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek
yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan
Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan
sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan
Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan
sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada tahun 1978.

Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang
bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga
berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat
unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua
tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran
tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga
mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu
serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan
ini.

Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul
yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi
bangunan ini. Diperingkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat
berwarna hitam, namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan
tembaga. Kos pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang
termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam
tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan
Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi
ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian
dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan
tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan
pada tahun 1984.

'
SEJARAH PEMBINAAN
Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala
Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program “Bangunan
Tersergam” (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan
Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur
ketika itu. Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal
$152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu
asas yang di lakukan oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G (Gabenor Negeri –
negeri Selat) pada 6hb Oktober 1894. Antara faktor menarik disebalik sejarah
pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan
Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang
bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata,
2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000
kaki padu kayu.

Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di
Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi
bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang
merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan
digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan
Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu
merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gah pada masa itu.

Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan
Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu
ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah
10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini
dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan
strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja
Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.
Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat
Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.
Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia
dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norma
(yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang
jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad
ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada
ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di
tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-
batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan
sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang
merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri
senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi
bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan
batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang
bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan
ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya
dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu
kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur
tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun
1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa
menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap
sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun
1984.

[sunting] Sejarah

Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Anthony C. Norman sekitar
tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika
zaman pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat
ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam
arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

Perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir
Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu.
Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1896 dan siap sepenuhnya untuk digunakan pada
tahun 1897.

Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10,200 meter persegi dan
setinggi 57 kaki. Di bawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan
pegawai–pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi
40 meter.

Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di
seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang
tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur.
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja
sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah
diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini
menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang
merdeka.

TUJUAN PEMBINAAN
Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan
semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu
Bangunan pentadbiran berpusat:

1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O);


2. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber);
3. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);
4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner);
5. Public Works Department (PWD);
6. Audit dan Perbendaharaan;
7. Pejabat Tanah;
8. Jabatan Galian;
9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

REKABENTUK SENI BINA


Pemilihan stail senibina Islam ‘Moorish’ atau ‘Mahometan Style’ pengaruh bangunan
awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul
Samad. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian
(grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya
bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “the
Raj style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini. Bangunan dua
tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi
41.5m di tengah – tengah binaan berbentuk huruf ‘F’ penampilan identiti dan mercu
tanda tersendiri.

Ia juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk
segi tiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah
Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai
Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah Tinggi. Sebagai Bangunan yang
menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894 – 1897, hasil senibinanya pula
lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail,
ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh
lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang
kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut
menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu
aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).
[sunting]

PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB


Antara pegawai–pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred
Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan
Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan
lukisan, sehingga membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham
K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897.

Sumber: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia


(KPKKW) http://www.heritage.gov.my/

PELAN
Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat
satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga.
Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak
dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang
Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat
melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim
dan bilik-bilik Mahkamah Agung.

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana
memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina
tidak mempunyai pendingin udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah
menggunakan 4 juta buta-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000
paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Bangunan ini siap
pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan
Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks
lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL.
65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

Bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan


Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya,
bangunan ini telah menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan
sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.

Pelan Bangunan

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu
dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran
laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam
bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab
Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat
tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik
Mahkamah Agung.

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana
memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak
mempunyai pendingin udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan
4 juta buta-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan
besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan
dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik
mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau dalam
Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan
Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick. Bangunan ini pernah menempatkan beberapa
buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri
Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan Mahkamah Persekutuan
Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

TAMPAK
Tampak Hadapan

Tampak Belakang
Tampak Kanan

Tampak Kiri
Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889,
setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor.
Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai
dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah
membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh
Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah
bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang
arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina
Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan
tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan
reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat
ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan
meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan
arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya
diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan
kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar
diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar
biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan
jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata
yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi
oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala
ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini.

Tampak Bangunan

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W.
E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu,
Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa
bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E.
Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C.
Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan
yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda,
adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan
style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal
Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang
dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian
17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200
meter persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked
serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat
daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah
bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah
kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah
paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. Arch yang terdapat di bangunan ini adalah
berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya
diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di
tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di
menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan
bangunan ini.

You might also like