You are on page 1of 2

RESEPI HOMEMADE COKLAT Cara membuatnya 1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. 2.

Panaskan periuk yang berisi air, padamkan api. Letak mangkuk yang berisi coklat atas periuk tadi, biarkan coklat mencair sambil kacau perlahan-lahan. Pastikan coklat cair sepenuhnya. 3. Angkat mangkuk yang berisi coklat yang telah cair tadi, lap dibahagian bawahnya supaya wap air tak menitis kedalam coklat yang nak dituang kedalam mould 4. Kaup balikkan coklat supaya suhunya menurun. 5. Kemudian, bolehlah dimasukkan bahan-bahan lain seperti kekacang, rice buble dan sebagainya - jika ada - gaul rata dan sebati. (pastikan kekacang @ rice buble di bakar sekejap supaya ia kekal rapuh) 6. Tuang kedalam mould yang digemari. 7. Untuk coklat perisa mint tu sebenarnya saya buat dua layer, tuangkan sedikit coklat berperisa mint dalam mould, sejukkan. Kemudian saya tuangkan coklat plain memenuhi keseluruhan mould. 8. Ketuk-ketuk sikit mould supaya coklat memenuhi semua ruang mould secara rata. 9. Sejukkan coklat tersebut. - boleh letak dalam petis ais (5-10 minit dah keras) 10. Coklat yang telah keras bolehlah dikeluarkan daripada mould dan diisi dalam papercup. 11. Simpan dalam bekas yang kedap udara.

Bahan-Bahan Resepi Coklat Homemade Sedap: 1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). 2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya. **terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne. Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade Sedap: 1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya. 2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu. Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade Sedap: 1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik double boiler. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler. 2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu. 3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.

4) Sejukkan dalam peti ais. 5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual.

You might also like