You are on page 1of 35

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)
Penggal 3 Tahun 2013

PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja.

Manual ini terdiri daripada 34 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2013

TERHAD

TERHAD

KANDUNGAN Bil. 1 2 3 Perkara BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA Pengenalan Objektif Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Kerja Kursus 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.6.1 Penulisan esei ilmiah 3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah 3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.7.1 Penulisan esei ilmiah 3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah 3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.8.1 Penulisan esei ilmiah 3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.2 Sekolah Swasta 4.3 Calon Persendirian Individu 5 6 7 8 Format Penulisan Struktur Penulisan Penskoran Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa Melayu Borang yang digunakan 7 7 7 8 8 8 9 9 9 10 10-12 13-16 17-19 19 19 20 21 Halaman 3 3 3 3 34 4 5 5 56 6

22 22 23-24 25-26 27 28 29 30-33 34


TERHAD

10 Contoh soalan Tema kerja kursus 2013 Lampiran 1: Struktur Penulisan Esei Ilmiah Lampiran 2: Muka hadapan kerja kursus Lampiran 3: Borang Perakuan Calon Lampiran 4: Borang Rekod Kerja Kursus Calon Lampiran 5: Borang Penilaian Penulisan dan Pembentangan Esei Ilmiah Lampiran 6: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

TERHAD

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA


1 PENGENALAN Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. 2 OBJEKTIF Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk 2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu 2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini 2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal 3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS 3.1 Arahan Kerja Kursus (a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua calon pada penggal 3. (b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM. (c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran. (d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah diajarkan pada awal penggal ketiga. (e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3. 3.2 Tanggungjawab Pengetua (a) Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat bimbingan daripada guru (c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon (e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan (f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan

TERHAD

TERHAD

(h) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission (i) (j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(k) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang diberikan oleh MPM (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei ilmiah (f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon setiap kali sesi pertemuan diadakan (g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah (h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih (i) (j) (l) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya pada 15/09/2013 untuk disemak dan dinilai Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu

(k) Mengadakan sesi pembentangan mulai 17/9/2013 hingga 11/10/2013 (m) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh calon, Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4), dan Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) (n) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (o) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), Penyelaras Negeri (PN), atau Penyelaras Daerah (PD) (p) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (q) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

TERHAD

TERHAD

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan (c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang diberikan oleh guru sekolah swasta (d) Menilai pembentangan calon secara individu (e) Menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) (f) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), Penyelaras Negeri (PN), atau Penyelaras Daerah (PD) (h) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja) (i) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah kepada calon (e) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan

(g) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya kepada calon (h) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah (i) (j) Menilai pembentangan calon Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

TERHAD

TERHAD

(k) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3), borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4), dan borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5) (l) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), Penyelaras Negeri (PN), atau Penyelaras Daerah (PD)

(m) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (n) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang diberikan oleh MPM (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei ilmiah (f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon setiap kali sesi pertemuan diadakan (g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah (h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih (i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya pada 09/09/2013 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM (j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai (m) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Pembentangan mesti diadakan mulai 17/9/2013 hingga 11/10/2013 (n) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh calon dan Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)

TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN II: CALON


3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 3.6.1 Penulisan esei ilmiah (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk melaksanakan penulisan esei ilmiah Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Lampiran 1) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada Melampirkan borang soal selidik jika ada

(i) (j) (k) (l)

(m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan 3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah (a) (b) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan. Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan. Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.

(c) (d) (e)

(f) (g) (h)

TERHAD

TERHAD

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.7.1 Penulisan esei ilmiah (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk melaksanakan penulisan esei ilmiah (d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan (e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah (g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Lampiran 1) (h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4) (i) (j) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

(k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada (l) Melampirkan borang soal selidik jika ada (m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan 3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing. (b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan. (c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. (g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan. (h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.

TERHAD

TERHAD

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.8.1 Penulisan esei ilmiah (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan (c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah (d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (e) Merancang jadual kerja (f) Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Lampiran 1)

(g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik (h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi, jika ada (i) (j) Melampirkan borang soal selidik jika ada Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa. (b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab. (c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain. (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian. (g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.

TERHAD

TERHAD

JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh
29/5/13 hingga 9/6/13

Perkara
Manual pelaksanaan dan tema penulisan esei ilmiah

Tindakan Guru
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Membimbing calon menentukan tajuk penulisan esei ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang penulisan esei ilmiah Membimbing calon melaksanakan tugasan

Tindakan Calon
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Calon yang disediakan oleh MPM untuk calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian individu Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan guru berdasarkan tema yang dipilih Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik penulisan esei ilmiah Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengadakan pertemuan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah

Catatan
MPM memuat naik manual pada 28/5/2013.

10/6/13 hingga 14/6/13

Pengenalan penulisan esei ilmiah

Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah

17/6/13 hingga 8/9/13

P&P dan pelaksanaan penulisan esei ilmiah

Guru dan calon mesti merekodkan butiran perjumpaan dalam Lampiran 4. Penilaian kemahiran insaniah dilakukan sepanjang pelaksanaan penulisan esei ilmiah.

Menilai elemen kemahiran insaniah

10

TERHAD

TERHAD

Tarikh
9/9/13 hingga 15/9/13

Perkara
Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei ilmiah

Tindakan Guru
Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap kumpulan calon

Tindakan Calon
Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada guru

Catatan
Calon boleh menghantar penulisan esei ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Guru hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir penghantaran. Guru perlu menyemak penulisan esei ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan.

Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM

Menyediakan bahan untuk pembentangan

17/9/13 hingga 11/10/13

Pembentangan oleh calon Penilaian oleh guru

Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah calon secara individu

Membentangkan penulisan esei ilmiah dalam masa 5 hingga 10 minit seorang pada tarikh dan masa yang ditetapkan Tidak berkenaan

23/9/13 hingga 11/10/13

Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM

Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Mengemukakan beberapa sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh KPK, PN, atau PD

14/10/13 hingga 3/11/13

Penyelarasan PBS oleh KPK, PN, dan PD

Tidak berkenaan

Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei ilmiah calon yang mendapat markah baik, sederhana, dan lemah.

11

TERHAD

TERHAD

Tarikh November 2013 hingga April 2014

Perkara Penyimpanan evidens

Tindakan Guru Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan

Tindakan Calon Tidak berkenaan

Catatan

12

TERHAD

TERHAD

4.2

Sekolah Swasta

Tarikh
29/5/13 hingga 9/6/13

Perkara
Manual pelaksanaan dan tema penulisan esei ilmiah

Tindakan Guru
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah swasta

Tindakan Calon
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Calon yang disediakan oleh MPM untuk calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian individu

Tindakan Pemeriksa
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu

Catatan
MPM memuat naik manual pada 28/5/2013.

10/6/13 hingga 14/6/13

Pengenalan penulisan esei ilmiah

Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Membimbing calon menentukan tajuk penulisan esei ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih

Mendengar Tidak penerangan guru berkenaan mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan guru berdasarkan tema yang dipilih

Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah

13

TERHAD

TERHAD

Tarikh
17/6/13 hingga 8/9/13

Perkara
P&P dan pelaksanaan penulisan esei ilmiah

Tindakan Guru
Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang penulisan esei ilmiah Membimbing calon melaksanakan tugasan

Tindakan Calon
Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik penulisan esei ilmiah Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengadakan pertemuan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan

Tindakan Pemeriksa
Tidak berkenaan

Catatan

Guru dan calon mesti merekodkan butiran perjumpaan dalam Lampiran 4.

Menilai elemen kemahiran insaniah

Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah

Tidak berkenaan

Penilaian kemahiran insaniah dilakukan sepanjang pelaksanaan penulisan esei ilmiah.

14

TERHAD

TERHAD

Tarikh 9/9/13 hingga 15/9/13

Perkara Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei ilmiah

Tindakan Guru Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap kumpulan calon untuk diserahkan kepada pemeriksa

Tindakan Calon Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada guru

Tindakan Pemeriksa Menerima penulisan esei ilmiah daripada guru sekolah swasta

Catatan Calon boleh menghantar penulisan esei ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa perlu menyemak penulisan esei ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan.

Menyediakan jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa

Menyediakan bahan untuk pembentangan

Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah calon secara individu

17/9/13 hingga 11/10/13

Pembentangan oleh calon Penilaian oleh pemeriksa

Tidak berkenaan

Membentangkan penulisan esei ilmiah dalam masa 5 hingga 10 minit seorang pada tarikh dan masa yang ditetapkan

15

TERHAD

TERHAD

Tarikh 23/9/13 hingga 11/10/13

Perkara Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM

Tindakan Guru Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Tidak berkenaan

Tindakan Calon Tidak berkenaan

Tindakan Pemeriksa

Catatan

14/10/13 hingga 3/11/13

Penyelarasan PBS oleh KPK, PN, dan PD

Tidak berkenaan

Mengemukakan beberapa sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh KPK, PN, atau PD Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan menyimpan evidens penulisan esei ilmiah)

Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei ilmiah calon yang mendapat markah baik, sederhana, dan lemah.

November 2013 hingga April 2014

Penyimpanan evidens

Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang dibenarkan menyimpan evidens penulisan esei ilmiah)

Tidak berkenaan

16

TERHAD

TERHAD

4.3 Calon Persendirian Individu

Tarikh
29/5/13 hingga 9/6/13

Perkara
Manual pelaksanaan dan tema penulisan esei ilmiah

Tindakan Pemeriksa
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu Menghubungi calon persendirian individu yang ditetapkan oleh MPM untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu Mengadakan pertemuan dengan calon persendirian individu untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah, dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan

Tindakan Calon
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Calon yang disediakan oleh MPM untuk calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian individu

Catatan
MPM memuat naik manual pada 28/5/2013.

10/6/13 hingga 14/6/13

Pengenalan penulisan esei ilmiah

Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan yang perlu dilaksanakan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan tema yang dipilih Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan

Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah

Membimbing calon menentukan tajuk penulisan esei ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih

17/6/13 hingga 8/9/13

Pelaksanaan penulisan esei ilmiah

17

TERHAD

TERHAD

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah

Catatan

9/9/13 hingga 15/9/13

Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei ilmiah

Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap calon

Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada pemeriksa

Calon boleh menghantar penulisan esei ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa perlu menyemak penulisan esei ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan.

Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM

Menyediakan bahan untuk pembentangan

17/9/13 hingga 11/10/13

Pembentangan oleh calon Penilaian oleh pemeriksa

Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah calon secara individu

Membentangkan penulisan esei ilmiah dalam masa 10 hingga 20 minit seorang pada tarikh, masa, dan di tempat yang ditetapkan Tidak berkenaan

23/9/13 hingga 11/10/13

Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM

Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission

18

TERHAD

TERHAD

Tarikh 14/10/13 hingga 3/11/13

Perkara Penyelarasan PBS oleh KPK, PN, dan PD

Tindakan Guru Mengemukakan beberapa sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh KPK, PN, atau PD

Tindakan Calon Tidak berkenaan

Catatan Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei ilmiah calon yang mendapat markah baik, sederhana, dan lemah.

November 2013 hingga April 2014

Penyimpanan evidens

Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga keputusan STPM diumumkan

Tidak berkenaan

FORMAT PENULISAN (i) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk lampiran dan bibliografi. (ii) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut: (a) Saiz huruf: 12 (b) Jenis font: Times New Roman (c) Langkau: Dua (d) Margin: Kiri- 1.5cm Kanan- 1cm (e) Saiz kertas: A4 (iii) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan. Atas- 1 cm Bawah- 1cm

STRUKTUR PENULISAN Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (Rujuk lampiran 1) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tajuk kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian 8. 9. Batasan Kajian Kaedah Kajian

10. Dapatan Kajian 11. Rumusan Kajian 12. Penutup 13. Bibliografi/Nota Akhir 14. Lampiran

19

TERHAD

TERHAD

7 PENSKORAN (a) Skema Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan Pemeriksaan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan jadual yang berikut: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Kajian Penutup Lampiran Bibliografi/Nota Akhir Bahasa Markah penuh Wajaran (b) Skema Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat berdasarkan jadual yang berikut: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Kerelevanan Kelancaran Keterampilan Kebahasaan Penggunaan Alat Bantu Markah penuh Wajaran Perkara Markah 10 10 10 10 5 45 40% Perkara Markah 2 2 2 4 4 2 2 2 3 20 2 2 1 2 5 55 60%

20

TERHAD

TERHAD

8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS (PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU

Tema 1: Morfologi Tema 2: Variasi Bahasa

Calon memilih tema Tema 1: Morfologi

Calon mengenal pasti isu

Calon menentukan tajuk kajian

Calon menentukan objektif kajian

Calon menentukan kepentingan kajian

Calon menentukan skop kajian

Calon menentukan batasan kajian

Calon menentukan kaedah kajian

Calon menjelaskan dapatan kajian

Calon merumuskan kajian

Calon menutup kajian

21

TERHAD

TERHAD

BORANG YANG DIGUNAKAN Terdapat lima jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (vi) Muka Hadapan Kerja Kursus (Lampiran 2) Borang Perakuan Calon (Lampiran 3) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4) Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 6)

10 CONTOH SOALAN Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX Bil 1 Skop Kajian Bahasa Melayu Klasik Contoh Tajuk Kajian Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-19 Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada Zaman Bahasa Melayu Klasik Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa Melayu Klasik 2 Morfologi Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Kalangan Masyarakat Melayu Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak Catatan: Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah X boleh juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu atau gabungan kedua-dua bidang.

22

TERHAD

TERHAD

23

TERHAD

TERHAD

Pilih satu tema sahaja. Tema 1 Morfologi

Tema 2 Variasi Bahasa

910/5 24

TERHAD

TERHAD

Lampiran 1 Struktur Penulisan Esei Ilmiah Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik (a) Tajuk Kajian Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-16 (b) Senarai Kandungan Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripada senarai kandungan hingga lampiran (c) Penghargaan Menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan esei (d) 1.0 Pengenalan Menyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam esei (e) 2.0 Objektif Kajian Menjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei (f) 3.0 Kepentingan Kajian

(g) 4.0 Skop Kajian (h) 5.0 Batasan Kajian (i) 6.0 Kaedah Kajian Menghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur 7.0 Dapatan Kajian Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya: 7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis. Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris dengan menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat menyurat, misalnya surat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17 dengan menggunakan bahasa Melayu.

(j)

7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan. Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatan tradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya.

7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu, dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab. Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dan digunakan sebagai bahasa perhubungan utama.

25

TERHAD

TERHAD

7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing. Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Cina, Arab, Portugis, Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu. 7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yang terkemuka, contohnya: Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya (k) 8.0 Rumusan Kajian Menjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak (l) 9.0 Penutup

(m) Bibliografi/Nota akhir Menyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian (n) Lampiran Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah, surat, dan sebagainya.

26

TERHAD

TERHAD

Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5) TAJUK

NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, DAN ANGKA GILIRAN CALON

1. 2. 3. 4.

ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH

MARKAH

27

TERHAD

TERHAD

Lampiran 3 BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Makluman kepada Calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik. Calon 1 Tandatangan Calon Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon No. Pusat PBS Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat Calon 2 Calon 3 Calon 4

28

TERHAD

TERHAD

Lampiran 4 BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5) PENGGAL 3 TAHUN 2013 BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

Tarikh

Nama calon

Aktiviti (Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru

Tandatangan Guru

Catatan

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................................ Nama Guru: ...................................................................... Tarikh: ..............................................................................

29

TERHAD

TERHAD

Lampiran 5 BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 BORANG PENILAIAN PENULISAN DAN PEMBENTANGAN ESEI ILMIAH BAHASA MELAYU 910/5

(a)

Senarai Nama Ahli Kumpulan (Untuk diisi oleh calon)

1.

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

2.

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

3.

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

4.

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

30

TERHAD

TERHAD

(b)

Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras) Markah Penuh 2 2 2 4 4 2 2 2 3 20 2 2 2 1 5 55 Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras

Kriteria Penilaian 1. Tajuk Kajian 2. Senarai Kandungan 3. Penghargaan 4. Pengenalan 5. Objektif Kajian 6. Kepentingan Kajian 7. Skop Kajian 8. Batasan Kajian 9. Kaedah Kajian 10. Dapatan Kajian 11. Rumusan Kajian 12. Penutup 13. Bibliografi/Nota akhir 14. Lampiran 15. Bahasa Jumlah markah

31

TERHAD

TERHAD

(c)

Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan Perincian Markah Pembentangan 1 Kerelevanan Kesesuaian teknik memulakan pembentangan Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa JUMLAH Kelancaran Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca keseluruhan teks Pertautan idea Kejelasan penyampaian Keberkesanan penyampaian JUMLAH Keterampilan Kekemasan berpakaian Kesopanan tutur kata Keyakinan diri Keupayaan menarik minat khalayak Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan JUMLAH Kebahasaan Kegramatisan ayat Kepelbagaian kosa kata Ketepatan dan kejelasan sebutan Kesesuaian intonasi Kesesuaian bahasa badan JUMLAH Penggunaan Alat/Bahan Bantu Persediaan alat bantu Kesesuaian alat bantu Kecekapan penggunaan alat bantu Kesesuaian teknik paparan bahan Kreativiti JUMLAH JUMLAH MARKAH [2] [3] [3] [2] 10] [3] [2] [2] [3] [10] [2] [2] [2] [2] [2] [10] [2] [2] [2] [2] [2] [10] [1] [1] [1] [1] [1] [5] [45] Calon 2 3 4

32

TERHAD

TERHAD

(d) Komen Penilai:

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Nama: No. Kad Pengenalan: Tarikh: No. Telefon (sekolah): . (bimbit): .

Nama: .. No. Kad Pengenalan: . Tarikh: No. Telefon (sekolah): . (bimbit): .

Nota: Borang ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

33

TERHAD

TERHAD

Lampiran 6 BRMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON BAHASA MELAYU 910/5 Bil. No.kad pengenalan No.angka giliran Markah esei Guru/ pemeriksa Penyelaras Markah pembentangan Jumlah markah Guru/pemeriksa Penyelaras

Nota: Borang ini hendaklah disimpan di dalam fail PBS guru.

34

TERHAD

TERHAD

35

TERHAD

You might also like