You are on page 1of 39

Pasaran Kewangan

Jenis Pasaran Kewangan:


1. Pasaran Wang 2. Pertukaran Asing 3. Pasaran Modal 4. Pasaran Derivatif

Instrumen-instrumen Tabungan & Pelaburan


1. Akaun Deposit Tetap 2. Sijil Deposit Boleh Niaga 3. Perjanjian Beli Balik 4. Saham Biasa 5. Bon

Kewangan Syarikat
Maklumat Kewangan untuk sesebuah syarikat menunjukkan hasil oparasi dan kos yang dilibatkan oleh syarikat itu dalam sesuatu jangka masa

Pengguna Maklumat Kewangan


Pelabur Pemiutang Kerajaan Badan Percukaian Pihak Pengurusan Syarikat Kakitangan

Penyata Kewangan
Kunci Kira-Kira Penyata Pendapatan Penyata Alir Tunai

Kunci Kira-Kira
Kunci Kira-Kira adalah suatu penyata yang menunjukkan ASET, LIABILITI dan EKUITI PEMILIK. Rumus : ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Contoh Kunci Kira-Kira


Debit Tunai RM 10 ABT RM 50 Inventori RM 70 Aset Tatap RM 150 Lebihan nilai RM 20 Kredit Nota Belum Bayar RM 40 ABB RM 20 Gaji RM 20 Hutang RM 120 Saham Utama RM 40 Saham Biasa RM 20 Perolehan RM 40 Jumlah L + EP RM 300

Jumlah Aset RM 300

Penyata Pendapatan
Penyata Pendapatan adalah alat yang paling penting dalam mengukur tingkat keberuntungan sesebuah syarikat dalam sesuatu jangka masa operasi. Menerusi Penyata Pendapatan, kita akan dapat melihat Jumlah Hasil, Kos & Untung/Rugi sesebuah syarikat.

Contoh Penyata Pendapatan


Jualan - Kos Barang Dijual 10,000 6,000

Pendapatan Kasar
-Perbelanjaan -Susut Nilai Pendapatan Daripada Operasi -Belanja Faedah Pendapatan Sebelum Cukai -Cukai (28%)

4,000
1,600 500 1,900 400 1,500 420

Untung Bersih
-Dividen Biasa Pendapatan Tertahan

1,080
450 630

Penyata Alir Tunai


Penyata Alir Tunai ialah penyata yang disediakan bagi sesuatu tempoh perakaunan tertentu yang menunjukkan aliran masuk dan keluar tunai

Contoh Penyata Alir Tunai


Perkara Untung Bersih Terbitan Bon Jualan Tunai Aliran Masuk Tunai Belian Tunai RM 10,000 10,000 10,000 30,000 10,000

Gaji Pekerja Aliran Keluar Tunai


Tunai Diakhir Tempoh

1,000 11,000
19,000

Analisis Penyata Kewangan


Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan.

Jenis-Jenis Analisis
Analisis Arah Aliran - Penganalisa membuat perbandingan nisbah daripada suatu jangka waktu dengan nisbah daripada suatu jangka waktu yang lain. Analisis Keratan Rentas Dan Industri - Penganalisis membuat perbandingan nisbahnisbah syarikat dengan nisbah syarikat yang lain.

Jenis-Jenis Nisbah Kewangan


Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Nisbah Pengurusan Aset Nisbah Laveraj Nisbah Keberuntungan Nisbah Nilai Pasaran

Nisbah Kecairan
Nisbah Kecairan adalah menilai kemampuan firma membayar liabiliti jangka pendek dengan aset mudah tunai - Nisbah Semasa = Asset Semasa Liabiliti Semasa

- Nisbah Cepat

= Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa

Nisbah Pengurusan Aset


Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset Nisbah Pusing Ganti Inventori Nisbah Pungutan Purata

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap


Mengukur kecekapan sesebuah syarikat menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan. Rumus : Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap

Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset


NPGJA memberitahu berapa kali jumlah aset berpusing atau berganti dengan jualan syarikat. Semakin tinggi nisbah ini maka semakin cekap syarikat menggunakan asetnya. Rumus : NPGJA = Jualan Jumlah Aset

Nisbah Pusing Ganti Inventori


Nisbah ini menggambarkan berapa kali dalam setahun inventori dapat dijual dan diganti semula. Rumus : NPGI = Jualan Inventori

Nisbah Leveraj
Nisbah leveraj memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya kepada mereka yang memberi pinjaman. Dari segi kewangan, leveraj ini wujud apabila sesebuah syarikat itu menggunakan hutang atau pinjaman sebagai salah satu sumber pembiayaannya. Rumus : Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan membolehkan para penganalisis mengukur kesan keberkesanan aktiviti urus niaga dan keupayaan syarikat menjana keuntungan. Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperolehi bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan.

Nisbah Margin Untung Bersih


NMUB ialah nisbah keuntungan bersih syarikat kepada jumlah jualan atau dengan ringkasnya ia memberitahu berapa peratus untung selepas cukai memberi sumbangan kepada jualan tahunan syarikat. Rumus : NMUB = Pendapatan Bersih Jualan

Nisbah Pulangan Atas Aset


NPAA (ROA) membolehkan para penganalisis mengukur keberkesanan sesebuah syarikat dalam mengurus asetnya bagi menjana keuntungan. Selain itu juga, nisbah ini juga mengukur keupayaan syarikat mengawal perbelanjaan syarikat. Pulangan Atas Aset juga disebut sebagai ROI Rumus : ROA = Pendapatan Bersih Jumlah Aset

Nisbah Nilai Pasaran


NNP membantu pihak pengurusan syarikat mengukur pandangan para pelabur terhadap keberkesanan pengurusan syarikat secara menyeluruh. Harga saham syarikat adalah petunjuk kepada keberkesanan sesebuah syarikat itu beroperasi dengan baik atau sebaliknya. Sekiranya persepsi pelabur adalah positif maka harga saham syarikat akan meningkat dan begitulah sebaliknya.

Nisbah Harga Perolehan (P/E)


P/E adalah menunjukkan jumlah ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur bagi setiap seringgit keuntungan yang dilaporkan oleh syarikat. Rumus : P/E = Harga Pasaran Saham Pendapatan Bersih/Jumlah saham diterbitkan

Analisis Du Pont
Nisbah yang dianggap terpenting di kalangan penganalisis dan pelabur adalah NISBAH PULANGAN EKUITI (ROE). Ini kerana nisbah pulangan ekuiti menunjukkan pulangan yang dapat dihasilkan oleh satu-satu syarikat kepada pemilik syarikat (pemegang saham). Antara aspek-aspek yang memberi kesan kepada ke atas nisbah ROE ialah:-

Sambungan
1. Pengawalan perbelanjaan syarikat 2. Pengurusan aset-aset syarikat 3. Pengurusan leveraj hutang syarikat

Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah


Amalan perakaunan yang berbeza antara syarikat menyukarkan pihak penganalisis mendapatkan gambaran sebenar sesebuah syarikat seperti LIFO dan FIFO. Maklumat di dalam Penyata Kewangan boleh dimanipulasikan mengikut kepentingan pihak pengurusan syarikat.

PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN


Ramalan Kewangan menjadi penting apabila terdapat ketidaktentuan dalam aliran tunai,jualan,kadar inflasi,kadar faedah. Ramalan Kewangan menentukan keperluan kewangan firma di masa hadapan

Penyata Proforma
Proforma Penyata Pendapatan Proforma Lembaran Imbangan Belanjawan Tunai

Proforma Penyata Pendapatan


Proforma Penyata Pendapatan (PPP) membolehkan pihak bank membuat ramalan jumlah keuntungan yang akan diperolehi oleh syarikat. PPP melibatkan 4 proses iaitu: 1. Menyediakan Ramalan Jualan 2. Menentukan jumlah pengeluaran 3. Menentukan jumlah lain-lain perbelanjaan 4. Menentukan keuntungan bersih

Proforma Penyata Pendapatan Jun 2011


Jualan (RM) Kos Barang Dijual Untung Kasar Perbelanjaan Pengurusan 100,000,000 61,471,000 38,530,000 12,000,000

Perbelanjaan Faedah Untung Bersih

1,500,000 25,030,000

Belanjawan Tunai
Fungsi utama belanjawan tunai ialah membantu pihak pengurusan syarikat meramalkan keperluan pembiayaan luaran pada penghujung setiap bulan.

Belanjawan Tunai
Jan
Aliran tunai bersih

Feb 110

Mac 120

April 110

Mei 130

Jun 140

100

Baki tunai permulaan

500 20
580

580 20
670

670 20
770

? 20
?

? 20
?

? 20
?

Pembayaran Pinjaman
Baki tunai akhir

Bolehkah anda selesaikannya Cuba dan jaya.

Proforma Lembaran Imbangan


Antara faktor yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan PLI ini ialah: 1. Aset 2. Liabiliti 3. Ekuiti Pemilik Rumus :ASET = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Rumusan
Ramalan kewangan membantu para pengurus kewangan mengatasi sesuatu masalah berkaitan kewangan sebelum ianya berlaku di masa hadapan. Dengan membentuk penyata proforma ini pengurus kewangan dapat bersiap sedia jika ada kemungkinan berlaku masalah dalam pengurusan kewangan syarikat. Pengurus Kewangan hendaklah bersedia dengan permintaan akan melambung jika ada perayaan.

Matematik Kewangan
Nilai masa wang Konsep kadar faedah dan dividen Konsep nilai masa hadapan (FV) Konsep nilai masa kini (PV) Aliran tunai anuiti Konsep nilai masa hadapan anuiti (FVA) Konsep nilai masa kini anuiti (PVA) Nilai kini bagi perpetuiti Aliran tunai tidak sama Pelunasan pinjaman

Konsep Kadar Faedah & Dividen


Kadar Faedah Boleh dilihat dari 2 sudut iaitu :- Pelabur - Peminjam Dividen Pulangan yang akan diperoleh oleh pelabur jika membuat pelaburan dalam suatu tempoh tertentu. Eg: Pelaburan ASB,ASN,Saham

Konsep Nilai Masa Depan


Nilai RM 1 pada hari ini tidak sama dengan nilai RM 1 pada masa hadapan. Ini disebabkan berlakunya inflasi dalam ekonomi yang menyebabkan peningkatan dalam harga barang dari masa ke semasa.

You might also like