You are on page 1of 22

1

MENCONTOHI
MANDI HADAS
(MANDI JUNUB)
RASULULLAH
OLEH:

2
RASUL DAHRI

MANDI HADAS
(MANDI JUNUB)

Allah Azza wa-Jalla telah mewajibkan setiap mukmin


mandi setelah ia berjunub (berhadas besar). Allah berfirman:

‫طهّ ُروْا‬
ّ ‫وَِانْ كُ ْنتُ ْم جُنُبًا فَا‬
“Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah
kamu bersuci (mandi junub)”.1

Pengertian mandi atau al-ghuslu (‫ )الغسل‬menurut


pengertian Bahasa Arab ialah:

“Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”.2

.ِ‫سلِ ا ْلجَسَدِ ُكلّه‬


ْ َ‫ تَمَا ُم غ‬: َ‫س ُل ُهو‬
ْ ُ‫َالْغ‬
“Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh
(mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”.3

1
. Al-Maidah. 5:6.
2
. Lihat: Fathul Bari. 1/359. Ibnu Hajar.
3
. Lihat: Lisanul Arab. 2/988.

3
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah,
dimaksudkan mandi junub (mandi hadas besar) ialah:

“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air


ke seluruh anggota tubuh4 (dari hujung rambut ke
hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-
kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke
dalam hidung) semasa mandi junub”.

Adapun sebab-sebab wajibnya mandi junub (mandi hadas


besar) ialah setelah terjadi perkara-perkara berikut:

4
. Lihat: Fathul Bari. 1/359.

4
PERTAMA:
Wajib Mandi Junub
Kerana Keluar Air Mani

Para ulama telah sepakat bahawa apabila keluar air mani


dengan bersyahwat, bersetubuh atau bermimpi maka wajib
baginya mandi junub. Begitu juga bagi kaum perempuan (jika
keluar air mani) maka wajib baginya mandi junub sebagaimana
keterangannya dari hadis-hadis berikut:

‫علَيْ ِه‬ َ ‫ل‬ ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ َ‫ سُ ِئلَ ر‬: ْ‫ن عَائِشَةَ قَالَت‬ ْ َ‫َوع‬
: َ‫جلِ َيجِدُ الْ َب َللَ َولَ يَذْ ُكرُ ِاحْ ِتلَمًا َفقَال‬
ُ ‫عنِ ال ّر‬
َ ‫سلّ َم‬
َ َ‫و‬
َ‫جلِ يَرَى َانْ قَ ِد احْ َتلَ َم وَلَ َيجِدُ الْ َب َلل‬ُ ‫عنِ ال ّر‬َ ‫ َو‬. ْ‫سل‬ِ ‫يَغْ َت‬
َ‫ َالْمَرَْأةُ تَرَى َذ َلك‬: ٍ‫سلَيْم‬ ُ ّ‫ َفقَالَتْ اُم‬. ِ‫س َل عَلَيْه‬
ْ ُ‫ َل غ‬: َ‫َفقَال‬
.ِ‫شقَا ِئقُ ال ّرجَال‬ َ ُ‫ اِنّمَا النّسَاء‬، ‫ نَعَ ْم‬: َ‫سلُ ؟ قَال‬ ْ ُ‫علَ ْيهَا الْغ‬
َ
“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam pernah ditanya oleh seorang lelaki yang
mendapati basah (kerana keluar mani) padahal tidak
ingat bahawa ia bermimpi lalu baginda menjawab:
Hendaklah ia mandi. Dan baginda pernah ditanya
tentang lelaki yang bermimpi dirasakan seolah-olah
keluar air mani tetapi tidak ada kesan basah. Baginda
menjawab: Tidak wajib mandi. Kemudian Ummu
Sulaim bertanya: Kalau perempuan bermimpi demikian
wajibkah wanita itu mandi? Nabi menjawab: Ya, kerana
sebenarnya kaum wanita itu adalah saudara-saudara
kaum lelaki!”.5
5
. H/R Imam yang lima, kecuali Nasaii.

5
َ‫ ِانّ ال‬، ِ‫س ْولُ ال‬ ُ ‫ يَا َر‬: ْ‫سلَيْمٍ قَالَت‬ُ ّ‫سلَ َمةَ َانّ ُأم‬
َ ّ‫َوعَنْ اُم‬
‫سلُ اِذَا‬
ْ ُ‫علَى الْمَرَْأةِ الْغ‬
َ ْ‫ َف َهل‬، ّ‫حق‬ َ ‫لَ َيسْ َتحِيْ ِمنَ ا ْل‬
: َ‫سلَ َمة‬
َ ّ‫ َفقَالَتْ ُأم‬. َ‫ اِذَارَأَتِ الْمَاء‬، ‫ نَعَ ْم‬: َ‫احْ َتلَمَتْ ؟ قَال‬
‫ فَ ِبمَا يُشْ ِب ُههَا‬، ِ‫ تَرِبَتْ َيدَاك‬: ْ‫وَ َتحْ َتلِمُ الْمَرْأةُ؟ َفقَالَت‬
‫َولَ ُدهَا؟‬
“Dari Ummi Salamah bahawa Ummu Sulaim berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu
kerana sesuatu yang haq! Apakah wanita wajib mandi
junub kalau ia bermimpi? Baginda menjawab: Ya,
apabila ia melihat air! Kemudian Ummu Salamah
bertanya lagi: Apakah perempuan juga bermimpi?
Celaka engkau, kalau tidak begitu dengan apa anaknya
boleh serupa dengannya!”.6

‫عنِ الْ َمرْأَةِ تَرَى‬ َ ‫ي‬


ّ ِ‫س َألَتْ النّب‬
َ ‫ اَ ّنهَا‬، ‫ت حَكِيْ ٍم‬ ِ ْ‫خ ْولَةَ بِن‬
َ ‫ن‬
ْ َ‫ع‬
‫س ٌل حَتّى‬
ْ َ‫س عَلَ ْيهَا غ‬ َ ‫ لَ ْي‬: َ‫ َفقَال‬، ُ‫جل‬ َ ‫فِى َمنَا ِمهَا مَايَرَى ال ّر‬
.َ‫س ٌل حَتّى يُنْ ِزل‬ْ َ‫علَيْ ِه غ‬
َ ‫س‬
َ ْ‫جلَ لَي‬ ُ ‫تَنْ ِزلَ كَمَا َانّ ال ّر‬
“Dari Khaulah binti Hakim bahawa beliau pernah
bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam
tentang perempuan yang bermimpi seperti mimpinya
lelaki lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Ia tidak wajib mandi sehingga mengeluarkan air mani
seperti halnya lelaki tidak wajib mandi sehingga ia
mengeluarkan air mani”.7

6
. Muttafaq ‘alaihi.
7
. H/R Ahmad.

6
ُ‫صلّى ال‬ َ ّ‫س َألَتِ النّبِي‬َ ‫ اَ ّنهَا‬: ُ‫صرًا َولَ ْفظُه‬ َ َ‫وَالنّسَائِيّ َمخْت‬
‫ اِذَا‬: َ‫ َفقَال‬، ‫عنِ الْمَرَْأةِ َتحْ َتلِمُ فِى مَنَا ِمهَا‬ َ ‫سلّ َم‬َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ
.ْ‫سل‬
ِ ‫رَأَتِ الْمَاءَ َفلْتَغْ َت‬
“Dan Nasaii meriwayatkan dengan ringkas yang
lafaznya: Bahawasanya dia (Khaulah) bertanya kepada
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perempuan
yang bermimpi mengeluarkan air mani dalam tidurnya
lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjawab: Kalau
ia melihat air mani maka hendaklah ia mandi”.8

Dari hadis-hadis sahih di atas, menunjukkan bahawa


wanita juga terkadang bermimpi kerana wanita adalah saudara
kandung lelaki. Maka sebagaimana kaum lelaki juga bermimpi
maka kaum wanita demikian pula.9

Dan jika ia (seseorang wanita) tidak menemui


tanda/bekas/basah/sisa-sisa air setelah bangun tidur maka ia
tidak diwajibkan untuk mandi junub. Adapun jika ia mendapati
bekas/tanda air maka ia wajib mandi kerana Ummu Sulaim
berkata: Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita wajib mandi
jika ia bermimpi (keluar air)? Rasulullah sallallahu ‘alaihi was-
sallam menjawab: Ya, kalau ia melihat (mendapati basah) bekas
air! Jika wanita mendapati ada bekas air maka ia diwajibkan
mandi junub.10

Jika seseorang perempuan sering mengeluarkan cecair


tanpa disebabkan oleh suatu rangsangan (nafsu syahwat/nikmat)
maka sama sekali tidak diwajibkan mandi. Mandi hanya
diwajibkan apabila melakukan persetubuhan, bermimpi, keluar
8
. H/R Nasaii.
9
. Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-
Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah
bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin
dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan.
10
. Ibid.

7
air diiringi syahwat (seperti mimpi berjimak dengan seorang
peria lalu ketika bangun terdapat bekas air maka diwajibkan
baginya mandi junub).11

PENJELASAN
TENTANG WADI DAN MAZI

Wadi: Wadi adalah cecair pekat yang biasanya keluar setelah


seseorang selesai dari buang air kecil (kencing). Wadi ini
dihukum najis dan harus disucikan seperti halnya kencing, akan
tetapi tidak diwajibkan mandi.12

Mazi: Mazi adalah cecair yang bening dan pekat yang keluar
dari zakar atau faraj ketika bercumbu atau ketika nafsu syahwat.
Hal ini sama-sama dialami oleh lelaki dan juga wanita, akan
tetapi pada wanita jumlahnya lebih banyak. Menurut
kesepakatan para ulama, mazi ini dihukum najis. Apabila mazi
11
. Ibid.
12
. Lihat: Fiqh Wanita. Hlm. 19. Syeikh Kamil Muhammad ‘Uwaidah.

8
ini mengenai badan maka wajib dibersihkan dan apabila
mengenai pakaian maka cukup sekadar menyiramkan air pada
bahagian yang terkena mazi. Mengenai hal ini terdapat hadis-
hadis sahih yang menjelaskannya. Aisyah radiallahu ‘anha
mengatakan:

ِ‫سلُ ذَكَ َر ُه وَأُثْنَيَيْه‬


ِ ‫وَأَمّا ا ْلوَدِي َفاِنّهُ يَ ُك ْونُ بَعْدَ الْ َب ْولِ فَيَ ْغ‬
.ُ‫سل‬ ِ ‫ض َأ وَلَ يَغْ َت‬
ّ َ‫وَيَ َتو‬
“Wadi itu keluar setelah proses kencing selesai. Untuk
itu hendaklah seseorang muslim (dan muslimah)mencuci
kemaluannya (setelah keluarnya wadi) dan berwuduk
serta tidak diwajibkan mandi junub”. 13

‫ي وَا ْلوَدِى‬ّ ِ‫ َالْمَن‬: َ‫ل عَنْهُ قَال‬ ُ ‫ن عَبّاسٍ َرضِيَ ا‬ ِ ‫عَنِ ْب‬
ْ‫ي وَا ْلوَدِي‬
ْ ِ‫س ُل وَاَمّا الْمَذ‬
ْ ‫ اَمّا الْمَنِيّ ِففِيْهِ الْ ُغ‬، ‫وَالْمَذِي‬
.ِ‫طهَوْر‬ّ ‫غ ال‬ُ ‫َففِ ْيهَمَا اِسْبَا‬
“Tentang mani, wadi dan mazi. Adapun mengenai mani
maka diwajibkan mandi kerananya. Sedangkan
mengenai mazi dan wadi maka cukup dengan
membersihkan secara sempurna”.14

َ‫ َأوْ مَذَاكِيْ َرك‬، َ‫سلْ َذكَ َرك‬


ِ ْ‫ ِاغ‬: َ‫ي وَالْمَذِيْ َفقَال‬
ْ ِ‫وَأَمّا ا ْلوَد‬
.ِ‫صلَة‬
ّ ‫ض ْو َء كَ فِى ال‬ ُ ُ‫ضأَ و‬ّ َ‫وَ َتو‬
“Mengenai wadi dan mazi, Rasulullah bersabda:
Basuhlah kemaluanmu atau tempat kemaluanmu dan
berwuduklah seperti pada saat hendak melaksanakan
solat”.15

13
. H/R Ibnu al-Munzir.
14
. H/R Al-Baihaqi dan Al-Athram.
15
. H/R Baihaqi.

9
Oleh yang demikian maka keluar wadi atau mazi
dihukum najis dan membatalkan wuduk. Wajib dibasuh zakar
atau faraj dan pakaian yang terkena wadi atau mazi tetapi tidak
diwajibkan mandi junub (mandi hadas besar) jika terkeluar wadi
dan mazi sebagaimana penjelasan dari hadis-hadis yang lalu dan
sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ُ‫جلً مَذّاءً فَسَصَألْتُ النّبِيّ صَصلّى ال‬ ُ ‫ ُكنْتُص َر‬: َ‫علِيّ قَال‬َ ‫عَنْص‬
ُ‫سل‬
ْ ُ‫ض ْوءُ وَفِى الْمَنِيّ الْغ‬
ُ ُ‫ فِى الْمَذْيِ ا ْلو‬: َ‫سلّمَ َفقَال‬
َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ
“Dari Ali berkata: Aku adalah seorang lelaki yang
sering keluar mazi lalu aku bertanya kepada Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian ia bersabda:
Dalam mazi itu berwuduk dan dalam mani itu wajib
mandi.16

ِ‫ ِاذَا حَذَفْتصصَ الْمَاءَ فَاغْتَسصِصلْ مِنصصَ ا ْلجَنَابَة‬: َ‫وَ َلحْمَصد َفقَال‬


.ْ‫سل‬ِ َ‫ن حَاذِفًا َفلَ تَغْت‬
ْ ‫وَاِذَا لَمْ تَ ُك‬
“Dan dari Ahmad. Lalu baginda bersabda: Kalau
engkau mengeluarkan mani maka mandilah kerana telah
berjunub dan apabila engkau tidak mengeluarkan mani
maka janganlah mandi”.17

Ibnu Ruslan berkata: Kaum Muslimin telah ijmak atas


wajibnya mandi junub (mandi hadas) bagi lelaki dan
perempuan disebabkan keluar air mani atau mengeluarkan air
mani.18

16
. H/R Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi dan disahihkan oleh Tirmizi.
17
. H/R Ahmad.
18
. Lihat: Nailul Autar.1/191. Asy-Syaukani.

10
KEDUA:
Wajib Mandi
Kerana Persetubuhan

Menurut Imam An-Nawawi bahawa: Telah disepakati


atas wajibnya mandi junub (bagi suami dan isteri) apabila
hasyafah (kepala zakar lelaki) telah masuk ke dalam faraj
walaupun tidak mengeluarkan air mani. Inilah pendapat dari
ijmak. Keterangan ini dapat difahami dari hadis-hadis sahih
yang berikut:

: َ‫سلّمَ قَال‬
َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ ‫ل‬
ُ ‫صلّى ا‬ َ ّ‫ي هُرَيْ َر َة عَنِ النّبِي‬ ْ ِ‫عَنْ اَب‬
ِ‫علَيْه‬
َ ‫ب‬
َ َ‫جهَ َدهَا َفقَ ْد َوج‬
َ ‫جلَسَ بَ ْينَ شُعَ ِبهَا ْالَرْ َبعِ ثُ ّم‬ َ ‫اِذَا‬
.ُ‫سل‬ ْ ُ‫الْغ‬
“Dari Abu Hurairah, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-
sallam baginda bersabda: Apabila salah seorang antara
kamu duduk antara empat anggota perempuan
kemudian ia bersungguh-sungguh maka ia wajib mandi
(junub)”.19

ِ‫علَيْه‬
َ ‫ب‬
َ َ‫جهَ َدهَا َفقَ ْد َوج‬
َ ‫جلَسَ بَ ْينَ شُعَ ِبهَا ْالَرْ َبعِ ثُ ّم‬ َ ‫اِذَا‬
.ْ‫س ُل وَِانْ لَمْ ُينْ ِزل‬
ْ ُ‫الْغ‬
“Apabila salah seorang kamu duduk antara empat
anggota perempuan (bersetubuh) kemudian ia

19
. H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

11
bersungguh-sungguh maka wajib baginya mandi
(junub) meskipun tidak mengeluarkan air mani”.20

Dari Abdullah bin Amr bin Ash:

“Apabila dua kemaluan (zakar dan faraj) itu telah


masuk maka telah diwajibkan mandi (mandi junub)”.21

Para ulama telah sepakat sebagaimana yang telah


disyariatkan bahawa seandainya seorang lelaki meletakkan
kemaluannya di atas kemaluan perempuan, padahal ia tidak
memasukkannya maka tidak seorang pun antara keduanya
diwajibkan mandi.22

‫علَيْ ِه‬
َ ‫ل‬ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ َ‫ قَالَ ر‬: ْ‫ن عَائِشَةَ قَالَت‬ ْ َ‫َوع‬
َ ‫شعَ ِبهَااْلَرْ َبعِ ثُمّ َمسّ ا ْلخِتَانُ ا ْلخِتَا‬
‫ن‬ ُ َ‫ اِذَا قَعَدَ بَ ْين‬: َ‫سلّم‬
َ َ‫و‬
.ُ‫سل‬ ْ ‫َفقَ ْد َوجَبَ الْ ُغ‬
“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam bersabda: Apabila salah seorang antara
kamu duduk di antara empat anggota perempuan
kemudian benda yang dikhatan (kemaluan lelaki)
bertemu benda yang dikhatan (kemaluan perempuan),
maka telah diwajibkan mandi (junub)”.23

ُ‫سل‬
ْ ُ‫ِاذَا جَاوَزَ ا ْلخِتَانُ ا ْلخِتَانَ َوجَبَ الْغ‬
“Apabila benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) telah
masuk ke dalam benda yang di khatan (kemaluan
perempuan) maka telah diwajibkan mandi”.24
20
. H/R Muslim dan Ahmad.
21
. H/R Ibnu Syaibah.
22
. Lihat: Nailul Autar. 1/190. Asy-Syaukani.
23
. H/R Ahmad dan Muslim.
24
. H/R Tirmizi dan disahihkan olehnya.

12
: َ‫ ِانّ ا ْلفُتْيَا الّتِيْ كَا ُنوْا َي ُق ْوُلوْن‬: َ‫َوعَنْ أُبَيّ ْبنِ كَعَبٍ قَال‬
ِ‫علَيْه‬
َ ‫ل‬ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ َ‫ ُرخْصَةٌ كَانَ ر‬. ِ‫َالْمَاءُ ِمنَ الْمَاء‬
ِ‫ ثُمّ أَمَ َرنَا ِباْ ِلغْتِسَال‬، ‫سلَ ِم‬ ْ ِ‫خصَ ِبهَا فَى َا ّولِ ْال‬ ّ ‫سلّمَ َر‬
َ َ‫و‬
.‫بَعْ َدهَا‬
“Dari Ubai bin Ka’ab ia berkata: Sesungguhnya anak-
anak muda itu pernah berkata: Air (mandi junub) itu
kerana air (kerana keluar air mani), adalah keringanan
(tidak wajib mandi) dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-
sallam diberikan pada permulaan Islam, kemudian ia
memerintahkan kami agar mandi (junub) sesudah itu”.25

‫ اِنّمَا كَانَ الْمَاءُ ِمنَ الْمَاءِ ُرخْصَةٌ فِى‬: ْ‫وَفِى َل ْفظِ التِ ْرمِزِي‬
.‫ي عَ ْنهَا‬
َ ِ‫ ثُمّ ُنه‬، ‫سلَ ِم‬
ْ ِ‫َا ّولِ ْال‬
“Pada lafaz Tirmizi: Mandi hanya kerana keluar air
mani, itu hanyalah suatu keringanan pada permulaan
Islam kemudian dilarangnya (dilarang dari
mengamalkan amalan yang lama dan diperintahkan agar
mandi junub)”.26

‫ل عَلَيْ ِه‬
ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ ‫س َألَ َر‬ َ ً‫جل‬ ُ ‫ َانّ َر‬: َ‫ن عَائِشَة‬ ْ َ‫َوع‬
ٌ‫ش ُة جَالِسَة‬ َ ِ‫س ْل وَعَائ‬
ِ ‫ ثُمّ يُ ْك‬، ‫جلِ ُيجَا ِمعُ َا ْهلَ ُه‬
ُ ‫عنِ ال ّر‬ َ ‫سلّ َم‬
َ َ‫و‬
َ‫ اِنّيْ َلفْ َعلُ َذ ِلك‬: َ‫سلّم‬
َ ‫علَيْ ِه َو‬
َ ‫ل‬ ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ ‫ َر‬: َ‫َفقَال‬
.ُ‫سل‬
ِ َ‫اَنَا َوهَذِهِ ثُمّ نَ ْغت‬
“Dari Aisyah bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tentang seseorang
yang menyetubuhi isterinya kemudian ia malas (untuk
25
. H/R Ahmad dan Abu Daud.
26
. H/R Tirmizi dan disahihkannya.

13
meneruskannya sebelum keluar mani) sedangkan Aisyah
duduk di situ. Lalu Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Sesungguhnya aku pernah melakukan seperti
demikian dengan (Aisyah) ini lalu kami mandi
(walaupun tidak keluar air mani)”.27

ُ‫صلّى ال‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ َ‫ نَادَانِيْ ر‬: َ‫َوعَنْ رَا ِفعِ ْبنِ خَ َديْجٍ قَال‬
، ْ‫ت َولَمْ أُنْ ِزل‬
ُ ْ‫ َفقُم‬، ْ‫طنِ امْرَأَتِي‬ْ ‫علَى َب‬ َ ‫ وَاَنَا‬، َ‫سلّم‬ َ ‫علَيْهِ و‬ َ
َ‫ َالْمَاءُ ِمن‬، َ‫ َل عَلَ ْيك‬: َ‫ َوخَ َرجْتُ َف َأخْبَرْ ُتهُ َفقَال‬، ُ‫سلْت‬ َ َ‫فَاغْت‬
ِ‫علَيْه‬
َ ‫ل‬ ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ ‫ ثُمّ َأمَرَنَا َر‬: ٌ‫ قَالَ رَا ِفع‬. ِ‫الْمَاء‬
.ِ‫سل‬ ْ ُ‫سلّمَ بَ ْعدَ َذ ِلكَ بِالْغ‬
َ َ‫و‬
“Dari Rafi’ bin Khadej ia berkata: Aku pernah dipanggil
oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam padahal aku
sedang di atas perut isteriku. Lalu aku bangun dan aku
belum mengeluarkan air mani kemudian aku mandi lalu
keluar kemudian aku mengkhabarkan kepada baginda.
Lalu baginda bersabda: Kamu tidak wajib mandi kerana
mandi itu lantaran keluarnya air mani. Rafi’ berkata:
Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
sesudah itu memerintahkan agar kami mandi”.28

Seorang suami yang menyetubuhi beberapa orang


isterinya pada satu malam maka hanya diwajibkan sekali mandi
sahaja. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

ُ‫طوْف‬
ُ ‫سلّمَ كَانَ َي‬
َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ ‫ل‬
ُ ‫صلّى ا‬َ ّ‫عَنْ أَنَسٍ َانّ النّبِي‬
.ٍ‫س ٍل وَاحَد‬
ْ ُ‫علَى نِسَائِهِ بِغ‬
َ

27
. H/R Muslim.
28
. H/R Ahmad.

14
“Dari Anas radiallahu anhu bahawa Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam pernah menggiliri (menyetubuhi) isteri-
isterinya dengan sekali mandi”.29

ِ‫علَى ِنسَائِه‬
َ ُ‫ط ْوف‬
ُ ‫سلّمَ كَانَ َي‬
َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ ‫ل‬ ُ ‫صلّى ا‬ َ ّ‫َانّ النّ ِبي‬
.ٍ‫س ٍل وَاحِد‬
ْ ُ‫فِى لَ ْيلَةٍ ِبغ‬
“Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘aliaihi wa-sallam
pernah mengelilingi isteri-isterinya pada satu malam
dengan sekali mandi”.30

ّ‫سلّمَ َان‬
َ ‫علَيْ ِه َو‬
َ ‫ل‬ُ ‫صلّى ا‬َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ ‫عَنْ اَبِيْ رَا ِفعٍ َم ْولَى َر‬
‫علَى ِنسَائِهِ فِى‬ َ َ‫سلّ َم طَاف‬ َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ ‫ل‬ُ ‫صلّى ا‬ َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ َ‫ر‬
‫ يَا‬: ُ‫ َف ُقلْت‬. ً‫سل‬ْ ُ‫سلَ عِ ْندَ َكلّ امْرَأَةٍ مِ ْن ُهنّ غ‬َ َ‫ فَاغْت‬، ٍ‫لَ ْيلَة‬
ُ‫طهَر‬ْ ‫ هَذَا َأ‬: ‫سلً وَاحِدًا ؟ َفقَا َل‬ ْ ُ‫ت غ‬ َ ْ‫سل‬
َ َ‫ َا ِو اغْت‬، ‫ل‬ ِ ‫س ْولُ ا‬
ُ َ‫ر‬
.ُ‫وََأطْيَب‬
“Dari Abi Rafi’ maula Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
pernah menggiliri isteri-isterinya dalam satu malam lalu
ia mandi untuk setiap seorang dari mereka lalu aku
bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau engkau
mandi sekali sahaja? Lalu ia menjawab: Begini adalah
lebih suci dan lebih bersih”.31

Syariah berkata: Hadis ini menunjukkan, tidak wajib


mandi bagi suami yang bermaksud mengulangi jimaknya32 (ingin
mengulangi persetubuhannya). Begitu juga isteri yang ingin
diulangi (disetubuhi lagi) oleh suaminya maka isteri tidak
diwajibkan mandi terlebih dahulu.
29
. H/R Riwayat al-Jamaah kecuali Bukhari.
30
. H/R Ahmad dan Nasaii.
31
. H/R Ahmad dan Abu Daud.
32
. Lihat: Nailul Autar. 1/199.

15
KETIGA:
Setelah Bersih
Dari Haid Atau Nifas

Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan


nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub) sebagaimana
keterangan dari hadis-hadis sahih yang berikut:

،‫ض‬
ُ ‫س َتحَا‬ ْ ُ‫جحْشٍ كَانَتْ ت‬ َ ‫ي‬ ْ ِ‫ن عَائِشَةَ َانّ فَاطِمَةَ ِبنْتَ اَب‬ ْ َ‫ع‬
ٌ‫ك عِ ْرق‬َ ‫ َذ ِل‬: َ‫سلّمَ َفقَال‬
َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ ‫ل‬ ُ ‫صلّى ا‬ َ ّ‫َفقَالَتْ النّ ِبي‬
، َ‫صلَة‬ّ ‫ َفاِذَا أَقْ َبلْتِ ا ْلحَيْضَةُ فَ َدعِيَ ال‬. ِ‫َولَيْسَتْ ِب ْا ْلحَ ْيض‬
ْ‫صلّي‬َ َ‫ي و‬ ْ ِ‫سل‬
ِ َ‫وَاِذَا أَدْبَ َرتْ فَاغْت‬
Dari Aisyah bahawa Fatimah binit Abi Jahsy sedang
istihadhah lalu aku bertanya kepada Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab: Itu
hanya sebahagian dari peluh, bukan haid. Maka apabila
engkau sedang haid, tinggalkanlah solat dan kalau telah
selesai maka mandilah dan bersolatlah”.33

33
/ H/R Bukhari.

16
CARA ATAU SIFAT
MANDI JUNUB RASULULLAH

Adapun hadis-hadis tentang wajibnya mandi junub


(mandi hadas) antaranya ialah:

‫صلّى‬َ ّ‫ وَضَعْتُص للنّبِي‬: ‫عَنْص مَ ْي ُموْنَةَ رَضِيَص الُ عَ ْنهَا قَالَتْص‬


ِ‫ َفغَس َصلَ َيدَيْه ص‬، ِ‫علَيْه ِص وَس َصلّمَ مَا ًء للْغُس ْصلِ مِن صَ ا ْلجَنَابَة‬
َ ُ‫ال‬
َ‫ فَغَسَصل‬، ِ‫علَى شِمَالِهص‬ َ ‫ ثُمّ اَفْرَغصَ بِيَمِيْنِهِص‬، ‫مَرّ َتيْنصِ َاوْ َثلَثًا‬
ِ‫ ثُمّ مَس صَحَ يَدَهصُ ِباْلَرْض ص‬، ‫فَ ْرجَهُص وَمَا اَص صَابَهُ مِن صَ ْالَذَى‬
، َ‫شق‬ َ ْ‫ ثُمّ مَضْمَضَص وَاسْص َتن‬، ‫ ثُمّ غَسَصَلهَا‬، ‫مَرّ َتيْنِص َاوْ َثلَثًا‬
‫علَى‬ َ ‫ض‬ َ ‫ ثُمّ َافَا‬، ‫سهُ َثلَثًا‬ َ ‫سلَ رَ ْأ‬
َ َ‫جهَ ُه وَيَدَ ْي ِه َوغ‬
ْ ‫س َل َو‬
َ َ‫َوغ‬
.ِ‫سلَ َقدَمَ ْيه‬َ ‫حوّلَ ِمنْ مَكَا ِنهِ فَ َغ‬َ ‫ ُثمّ َت‬، ِ‫جَسَ ِده‬
“Dari Maimunah radiallahu ‘anha ia berkata: Aku
pernah menuangkan air untuk Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam untk mandi junub. Maka baginda memulakan
dengan mencuci kedua tangannya dua kali atau tiga kali,
kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya
ke tangan kirinya lalu ia mencuci farajnya
(kemaluannya) dan bahagian yang kena kotoran, setelah
itu ia mengusapkan tangannya yang kiri ke tanah dua

17
kali atau tiga kali lalu ia mencucinya. Kemudian baginda
berkumur-kumur sambil menghisap (menyedut) air ke
hidung lalu menghembuskannya kemudian ia mencuci
mukanya dan kedua tangannya lalu ia mencuci
kepalanya tiga kali, setelah itu barulah baginda
menuangkan air ke seluruhan tubuhnya. Setelah selesai
baginda pindah dari tempatnya lalu baginda mencuci
kedua kakinya”.34

(1). Syariah berkata (ucapan): “Kemudian ia membasuh kedua


kakinya”, ini menunjukkan bahawa wuduk yang dilakukan oleh
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam semasa memulakan mandi
junub tanpa membasuh kedua kakinya.

(2). Jumhur ulama berpendapat: Sunnah mengakhirkan


membasuh kedua kaki ketika berwuduk dalam mandi junub iaitu
membasuh setelah selesai mandi junub.

(3). Imam Malik berpendapat: Apabila tempat mandi junub itu


tidak bersih maka mengakhirkan membasuh kedua kaki itu
adalah sunnah. Tetapi apabila tempat itu bersih maka mencuci
dua kaki itu hendaklah didahulukan.

(4). Imam an-Nawawi berkata: Yang lebih benar dan lebih


masyhur serta terpilih dari pendapat tersebut ialah
menyempurnakan wuduknya.

‫علَيْهِص‬
َ ُ‫شةَ رَضِيَص الُ عَنْهَا اَنّ النّبِيّ صَصلّى ال‬ َ ِ‫عَنْص عَائ‬
ُ‫سلَ يَدَيْهِ ثُمّ ُيفْرِغ‬
َ َ‫سلَ مِنَ ا ْلجَنَابَةِ بَدَأَ فَغ‬
ِ َ‫سلّمَ كَانَ اِذَا اغْت‬ َ َ‫و‬
ُ‫ضأ‬
ّ َ‫ضاُ َكمَا يَ َتو‬ ّ َ‫ ُثمّ يَ َتو‬، ‫بِيَ ِميْنِهِص عَلَى شِمَالِهِص فَيَغْسِصلُ فَ ْرجَهُص‬
َ‫خّللُ بِهَا اُصُص ْول‬ َ ‫خلُ اَصَصاَبِ َعهُ فِى ا ْلمَاءِ فَ ُي‬َ ‫ ثُمّ يُ ْد‬، ‫للصّصلَ ِة‬

34
. H/R Bukhari,. Kitabul Ghusul. Muslim. 1/175. Abu Daud. No 245. Turmizi,
Nasaii, Ibnu Majah dan Ahmad.

18
‫علَى‬
َ ‫ب‬ ّ ‫ظنّ اَنّهُص قَدْ اَ ْروَى َبشَرَتَهُص ثُمّ يَصُص‬ َ ‫ حَتّىص اِذَا‬، ‫شَ ْعرِهِص‬
.ِ‫جلْ ِدهِ ُكلّه‬
ِ ‫علَى‬َ ‫ث غُرَفٍ بِ َيدَيْهِ ثُمّ ُيفِ ْيضُ الْمَا َء‬ َ َ‫سهِ َثل‬ِ ْ‫رَا‬
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha bahawa Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam apabila mandi junub baginda
memulakan mencuci kedua tangannya kemudian ia
menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan
kirinya lalu ia mencuci kemaluannya. Kemudian baginda
berwuduk sebagaimana waduknya untuk bersolat. Lalu
baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air ,
lantas ia sela-sela pangkal-pangkal rambutnya dengan
jari-jarinya itu, setelah ia merasakan telah basah
rambutnya, ia tuangkan air ke atas kepalanya tiga kali
cedukan dengan kedua tangannya kemudian ia alirkan
air keseluruh tubuhnya”.35

‫علَيْهِص‬
َ ُ‫ كَانَص النّبِيّ صَصلّى ال‬: ‫عَنْص جَابِرٍ رَضِيَص الُ عَنْهُص‬
ُ‫علَى رَاْسصِهِ ثُمّ ُيفِيْضص‬
َ ‫وَسَصلّمَ َي ْأخُذُ َثلَثَةَ أَكُفّ وَ ُيفِيْضُهَا‬
.ِ‫سدَه‬َ َ‫علَى سَائِ ِر ج‬ َ
“Dari Jabir radiallahu anhu bahawa Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengambil air tiga kali
cedukan dan baginda tuangkan ke atas kepalanya,
kemudian baginda menuangkan air ke seluruh
tubuhnya”.36

‫صلّى‬
َ ِ‫س ْولُ ال‬ ُ ‫ كَانَ َر‬: ْ‫شةَ رَضِيَ الُ عَ ْنهَا قَالَ ت‬ َ ِ‫عَنْ عَائ‬
َ‫حو‬
ْ ‫ َن‬- ٍ‫يء‬ْ َ‫سلَ مِ نَ ا ْلجَنَابَةِ َدعَا بِش‬ َ َ‫سلّمَ ِاذَا اغْت‬َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ ُ‫ال‬
‫ ثُمّص‬، ِ‫ فَ َبدَأَ بِشِقّص رَأْسصصِهِ ْالَيْمَنصص‬، ِ‫ َف َأخَذَ بِ َكفّهصص‬- ِ‫ا ْلحِلَبصص‬
.ِ‫سه‬ِ ْ‫علَى رَا‬َ ‫ ثُمّ َأخَذَ بِ َكفّ ْيهِ َفقَالَ ِبهِمَا‬، ‫اْلَ ْيسَ ِر‬
35
. H/R Bukhari. 1/68. Muslim. 1/174. Abu Daud. 242. Ibn Majah 574.
36
. H/R Bukhari. 1/69. Kitab al-Ghusul.

19
“Dari Aisyah radiallahu ‘anha ia berkata: Adalah
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila mandi
junub, baginda meminta air dengan satu bejana besar
lalu ia ambil air itu dengan tangannya, kemudian
memulai pada bahagian kepala sebelah kanan, kemudian
yang kiri, kemudian ia mengambil air dengan kedua
telapak tangannya lalu ia tuangkan di atas kepalanya”.37

ُ‫ حَتّىص ِاذَا ظَنّ اَنّهص‬، ُ‫خّللُ ِبيَدَيْهصِ شَعْرَهص‬


َ ‫ ثُمّ ُي‬: ٍ‫وَفَى ِروَايَة‬
.ٍ‫علَيْهِ الْمَاءَ َثلَثَ َمرّات‬َ ‫ض‬ َ ‫أَ ْروَى بَشَ َرتَهُ أَفَا‬
“Diriwayat yang lain: Kemudian baginda menyela-nyela
rambutnya dengan kedua tangannya sehingga apabila ia
merasa telah basah seluruh kulit kepalanya, ia tuangkan
air di atasnya tiga kali”.38

‫ تَذَاكَرْنَا غُس ْصلَ ا ْلجَنَابَ ِة عِنْ َد‬: َ‫َوعَن صْ جُبَيْرِ بْن صِ ُمطْعَم صٍ قَال‬
َ‫ أَمّا أنَا فَآخُذُ ِم ْلء‬: َ‫سلّمَ َفقَال‬ َ ‫علَيْ ِه َو‬
َ ُ‫صلّى ال‬ َ ِ‫س ْولِ ال‬ ُ َ‫ر‬
ِ‫علَى سصصَائِر‬ َ ‫ ثُمّص أُ ِفيْضصصُ َبعْ ُد‬، ‫ي‬
ْ ِ‫علَى رَأْسصص‬ َ ‫ب‬ ّ ُ‫َكفّيصصْ َفأَصصص‬
.ْ‫جَسَدِي‬
“Dan dari Jubair bin Muth’am ia berkata: Kami pernah
berbincang-bincang tentang mandi junub di hadapan
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam lalu baginda
bersabda: Adapun aku, cukup mengambil air sepenuh
dua tapak tanganku lalu aku tuangkan di atas kepalaku,
kemudian aku menyiram bakinya atas seluruh
tubuhku”.39

37
. H/R Bukhari dan Muslim.
38
> H/R Bukhari dan Muslim.
39
. H/R Ahmad.

20
‫علَى‬
َ ‫ َفأَفِيْضُص‬، ‫ اَمّاص اَنَا‬: َ‫عَنصْ جُبَ ْيرٍ رَضِيصَ الُ عَنْهصُ قَال‬
‫علَى‬
َ ‫ ثُمّ اُفِيْضُص بَعْ َد‬، ‫ وَاَشَارَ بِ َيدَيْهِص ِكلْتَ ْيهِمَا‬، ‫رَاْسِصيْ َثلَثًا‬
.ْ‫جسَدِي‬ َ ‫سَائِ ِر‬
“Dari Jubair radiallahu ‘anhu berkata: Adapun aku,
menuangkan air ke atas kepalaku tiga kali (beliau
memberi isyarat dengan kedua tangannya).40 Kemudian
aku menyiram ke atas seluruh tubuhku”.41

Dari semua hadis-hadis tentang mandi junub yang telah


lalu, dapat difahami dan diringkaskan bahawa sifat mandi junub
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:

1. Didahulukan dengan mencuci kedua telapak tangan hingga ke


pergelangan tangan. Ia dilakukan tiga kali.

2. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.

3. Setelah mencuci kemaluannya, Nabi sallallahu alaihi wa-


sallam menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua
atau tiga kali.

4. Berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Ada kalanya


mentakhirkan dari mencuci kakinya.

5. Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-


nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga
rata.

6. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan


menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.

7. Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan.


40
. H/R Bukhari. 1/69.
41
. H/R Ahmad.

21
8. Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika
wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal
maka wajib memperbaharui wuduknya semula.

ُ‫ كَانَص رَسُص ْولُ الِ صَصلّى ال‬: ‫شةَ رَضِيَص الُ عَ ْنهَا‬ َ ِ‫عَنْص عَائ‬
.ِ‫سل‬
ْ ‫ضاُ بَعْدَ الْ ُغ‬
ّ َ‫سلّمَ لَ يَ َتو‬
َ َ‫علَيْ ِه و‬
َ
“Dari Aisyah radiallahu anha: Adalah Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berwuduk setelah
selesai mandi junub”.42

Sesungguhnya diwajibkan mandi junub (mandi hadis)


hanya apabila keluar mani dengan bersyahwat (lazat/nikmat).
Apabila terkeluar dengan tidak bersyahwat seperti kerana
penyakit atau terlalu kesejukan maka tidak diwajibkan mandi
junub.43

42
. H/R Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud. 1/171. Turmizi. 1/72.
43
. Lihat: Nailul Autar. 1/187. Asy-Syaukani.

22

You might also like