You are on page 1of 4

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan Islam dan Pendidikan negara?

Cabaran teknologi maklumat dan media massa:

Teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam ajaran dan sejarah Islam. Ia merupakan
suatu proses yang berterusan dan berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan
urusan kehidupan1. Maka, revolusi teknologi maklumat merupakan suatu perkara yang akan
terus berkembang pesat dengan ledakan ilmu. Masyarakat akan berorientasikan maklumat
(information-oriented society) kerana maklumat boleh didapati dengan mudahnya kerana
teknologi semakin berkembang disamping arus semasa yang mengharuskan seseorang itu celik
IT.

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, struktur pendidikan akan menjadi


lebih tercabar kerana terpaksa merubah untuk menilai serta menstruktur semula secara
keseluruhan bagaimana sekolah beroperasi, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran serta
cara pelajar belajar. Perkara ini haruslah dilakukan secara berhati-hati agar nilai-nilai agama
tidak terjejas walaupun kita inginkan kemajuan setara dengan negara-negara luar yang sudahpun
maju lebih awal dari Malaysia, namun runtuh dari segi akhlak dan moralnya.

Malah terdapat pelbagai kesan negatif yang berlaku akibat daripada perkembangan
teknologi maklumat serta media massa. Antara bahana yang sering menjadi perbualan ialah
kelekaan dalam mengerjakan ibadah, hubungan kekeluargaan yang kurang intim kerana
kesibukan melayan rancangan televisyen, kemerosoton di dalam pembelajaran serta tiada fokus
di dalam kelas kerana waktu senggang banyak ditumpukan untuk ber “chatting” sehingga ke
larut malam.

Antara saranan untuk menghadapi cabaran ini ialah segala perubahan yang dilakukan
sama ada di dalam kurikulum mahupun selain itu hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari
ahli agama terlebih dahulu sebelum membuat segala kata putus. Ini kerana kerjasama yang
secara telus ini akan membuahkan hasil yang dihajati kerana terdapat kesepakatan antara fuqaha
serta ahli pakar yang lain seperti penggubal kurikulum.

1
Zulkiple Abd. Ghani, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, 2003, Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd, Kuala Lumpur, muka surat 84
Seterusnya, segala rancangan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang positif hendaklah
dikurangkan penayangannya di kaca televisyen sebagai langkah awal untuk mengurangkan
pengaruh media massa ke atas kecemerlangan diri pelajar. Sebaliknya, rancangan yang
berbentuk pendidikan serta akademik hendaklah ditayangkan tidak terhad pada waktu siang
sahaja malahan pada waktu perdana iaitu sekitar jam 7 hingga 10 malam.

Cabaran persepsi masyarakat mengenai didikan agama hanya terletak pada ahli agama:

Dalam pendidikan moden, kurikulum itu tidak lagi terbatas kepada perkara yang
diberikan dalam lingkungan sekolah sahaja, bahkan juga meliputi hal-hal yang bersangkutan
dengan aspek kehidupan di luar sekolah2. Sehubungan dengan itu, pendidikan agama misalnya
bukan hanya berlaku di sekolah sahaja malahan juga berlaku di luar sekolah seperti di rumah dan
kawasan kejiranan.

Antara dilema yang dihadapi oleh generasi pada masa kini ialah hilangnya konsep ta’dib
dalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik,
mengajar adab serta membentuk akhlak. Bagi menangani dilema ini, proses mendidik dan
membentuk seseorang pelajar itu hendaklah membawanya ke arah pembentukan peribadi, sikap,
watak serta sahsiah yang selaras dengan yang diredhai oleh Allah SWT3.

Berbalik kepada masalah yang utama iaitu salah tanggapan masyarakat terhadap didikan
agama hanya terletak di bahu ahli agama. Sebaliknya, ibu bapa adalah merupakan golongan
yang menjadi tunjang di dalam mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak tersebut
berlaku sebelum anak itu lahir lagi iaitu kedua-dua orang tuanya melakukan amal soleh serta
banyak bersoa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang taat pada Allah serta menyayangi
kedua orang tuanya nanti apabila sudah dewasa.

2
Dr Jalaluddin, Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan, 1999, PT
RajaGrafindo, Jakarta, muka surat 43
3
Dr Ibrahim Hashim, Kuliah 2 (Falsafah & Kurikulum Pendidikan Islam), Taman Bernam
9,UPSI
Peranan guru ataupun ustaz serta ustazah hanya terhad sewaktu masa persekolahan
sahaja. Sekiranya amanah ini dilakukan secara satu pihak sahaja, mana mungkin hasil yang kita
inginkan itu akan dapat berlaku. Meskipun guru mempunyai tugasan serta bebanan kerja yang
banyak, perkara ini tidaklah menjadi permasalahan besar kerana terdapat pembahagian tugas
telahpun dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pendidikan Islam tidak berkesan jika
sekolah sahaja yang memberi pendidikan Islam sedangkan keluarga dan masyarakat tidak turut
sama membantu atau sebaliknya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendidikan
Islam4. Secara tuntasnya, tugasan mendidik anak bangsa terutamanya yang bergelar Muslim
hendaklah dilakukan secara kolektif iaitu secara kerjasama antara guru, ibu bapa serta
masyarakat setempat.

Cadangan serta gagasan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan:

Muhammad Naquib Al-Attas menyebutkan di dalam bukunya mengenai sistem


pendidikan yang seharusnya diikuti oleh orang Islam iaitu sistem yang berpaksikan kepada
ajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah SAW itu sebagai ikutan yang terbaik. Antaranya
ialah “So the Islamic University must reflect the Holy Prophet in terms of knowledge and right
action..5”. Pendidikan yang terlalu bermodelkan Barat hendaklah dikesampingkan kerana Islam
juga mempunyai ramai tokoh-tokoh yang berketrampilan dalam bidang pendidikan seperti Ibn
Khaldun yang terkenal dengan teori Malakah.

Guru berperanan untuk membentuk manusia dari segi perwatakan serta penampilannya.
Maka dengan sebab itu, seseorang guru haruslah memiliki kualiti sebagai guru yang ideal. Guru
ideal yang dimaksudkan ialah mampan dan utuh akidahnya serta kepercayaannya kepada Allah
SWT dalam semua aspek. Beliau mampu menonjolkan peribadi dan perlakuan yang diredhai
oleh Allah SWT dalam setiap tindak-tanduknya . Malah guru yang ideal selalu bermohon
pertolongan dan bimbingan daripada Allah SWT dalam menjalankan tugasannya sebagai
pendidik anak bangsa.
4
Mohd Yusuf Ahmad, Pengajian Islam, 2005, Cetakan Kedua, Penerbit Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, muka surat 213
5
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework
For An Islamic Philosophy of Education, 1999, ISTAC, Kuala Lumpur, muka surat 39
“An ideal teacher is necessarily a man of firm and unshakable faith in Allah in all respects. He
shows complete reliance on Him and in his every effort invokes His blessings, assistance and
mercy for the fulfillment of his mission as a teacher6”

6
Wahid Bakhsh Shaikh, Education Based On The Teachings Of Holy Quran, 1999, Adam
Publishers & Distibutors, India, muka surat 82

You might also like