You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN Kajian kali ini berfokus kepada bab tujuh dan bab lapan dalam buku hikayat Hikayat Panji Jayeng Kusuma yang merupakan hasil karya Abdul Rahman Kaeh pada tahun 2007. Buku ini mengandungi 730 muka surat. Berdasarkan hikayat ini, kami akan mengkaji beberapa perkara dalam unsur penulisan. Antaranya, pendekatan pemerengganan yang meliputi bentuk dan teknik pemerengganan, retorika seperti penceritaan, pemerian, pemujukan dan sebagainya serta unsur stilistik seperti anaphora, simile dan lain-lain lagi.

2.0 SINOPSIS TEKS KLASIK Hikayat Panji Jayeng Kusuma merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Cerita panji merupakan cerita yang berasal dari Jawa dan dicipta semasa keagungan empayar Majapahit. Elemen-elemen utama yang diketengahkan dalam hikayat ini ialah tentang percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam Hikayat Panji Jayeng Kusuma berlangsung dalam kalangan anakanak raja dari beberapa buah kerajaan. Antaranya adalah seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Kesemua anak raja dalam hikayat ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Antara watak yang terdapat dalam hikayat ini ialah Raden Inu Kerta Pati. Radin Inu Kerta Pati ini merupakan wira dalam cerita ini dan telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana iaitu seorang wirawati. Namun begitu, berlaku konflik dalam pertunangan antara Radin Inu Kerta Patidan dan Raden Galuh Candera Kirana kerana Radin Inu Kerta Pati mendapat gamabaran yang salah terhadap rupa paras Raden Galuh Candera Kirana. Hal ini telah menyebabkan Raden Inu Kerta Pati memutuskan pertunangan mereka dan memilih untuk berkahwin dengan anak raja Singasari, iaitu Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Setelah itu, Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi usahanya gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana telah menghilangkan diri. Akibat daripada peristiwa itu, maka bermulalah kisah pengembaraan mereka untuk mencari Raden Galuh Candera Kirana dan pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.

3.0 DAPATAN ANALISIS

3.1 Pendekatan Pemerengganan

3.1.1

Bentuk Perenggan

Bentuk perenggan atau juga dikenali sebagai teknik pemerengganan ialah satu aspek yang penting dalam sesebuah penulisan. Sebuah perenggan mesti mengandungi aiyat topik yang menyatakan fakta utama secara terperinci. Seterusnya ialah adanya ayat penyangga utama dan ayat penyangga kecil yang memberikan huraian lanjut tentang ayat topik. Kedudukan ayat topik di dalam sesuatu perenggan tidak spesifik kerana ayat topik boleh terletak di awal perenggan, pertengahan perenggan dan juga di akhir perenggan. Terdapat empat jenis prenggan yang biasa digunakan iaitu perenggan deduktif, prenggan induktif, perenggan deduktif-induktif dan perenggan segi empat tempat. Oleh itu, analisis bentuk perenggan yang digunakan dalam hikayat ini telah dilakukan bagi mengenal pasti bentuk perenggan yang digunakan. Di dalam Hikayat Panji Jayeng Kusuma ini terdapatnya penggunaan perenggan deduktif. Bentuk perenggan deduktif ialah perenggan yang meletakkan ayat topik pada bahagian awal perenggan dan diikuti oleh beberapa ayat sokongan. 1. Contoh pemerenggan deduktif dalam hikayat ini ialah: Sebermula, akan Raden Ratna Lango kembali itu, telah sampai ke rumahnya, maka ia pun berbaring-baring di tengah istana itu diadap inang pengasuh seraya katanya berfikir dalam hatinya, Aku hendak mencari fitnah akan Ken Segerba Ningrat itu. Setelah hari petang, maka Raden Kusuma Yuda pun datanglah kembali lalu duduk dekat Raden Ratna Lango berbaring-baring itu. Syahadan, akan Raden Kususma Yuda itu anak Raden Aria Wengker. Akan Raden Aria itu saudara Permaisuri Wengker konon. Setelah Raden Ratna Lango melihat adinda I baginda datang itu, maka katanya, Dari mana juga ia Kusuma Yuda, sehari-hai tiada dapat duduk di rumah lagi. Gila-gila dengan bermain. Apa juga yang disukakannya gerangan? Maka sahut Raden Kusuma Yuda, Pun Yayi datang dari istana Kakang Segerba Ningrat, kakang. Maka Raden Ratna Lango marah oleh Menengar nama Segerba Ningrat itu lalu ia berludah, katanya, Kepada adinda, baginda tiada kerjanya, lain(lah) Yayi Kusuma Yuda ini, Lamun berulang kepda sindap-sindap isteri Sira Panji, itulah kerjanya, minta perintah kepada Segerba Ningrat itu. Sementang pun dia baik

parasnya, lewaan sangat lakunta sindap-sindap itu. Jika yayi tunggu, duduk soang mala pun, masakan dapat rupanya yang baik itu paras berpindahkan kepada yayi dan hambanyakah kita maka sangat-sangat berulang kepadanya itu? ( Halaman 274- 275, perenggan 210) Ayat Topik Sebermula, akan Raden Ratna Lango kembali itu, telah sampai ke rumahnya, maka ia pun berbaring-baring di tengah istana itu diadap inang pengasuh seraya katanya berfikir dalam hatinya, Aku hendak mencari fitnah akan Ken Segerba Ningrat itu. Ayat Penyangga Utama Setelah hari petang, maka Raden Kusuma Yuda pun datanglah kembali lalu duduk dekat Raden Ratna Lango berbaring-baring itu. Syahadan, akan Raden Kususma Yuda itu anak Raden Aria Wengker. Akan Raden Aria itu saudara Permaisuri Wengker konon. Setelah Raden Ratna Lango melihat adinda I baginda datang itu, maka katanya, Dari mana juga ia Kusuma Yuda, sehari-hai tiada dapat duduk di rumah lagi. Gila-gila dengan bermain. Apa juga yang disukakannya gerangan? Ayat Penyangga Kecil Maka sahut Raden Kusuma Yuda, Pun Yayi datang dari istana Kakang Segerba Ningrat, kakang. Maka Raden Ratna Lango marah oleh Menengar nama Segerba Ningrat itu lalu ia berludah, katanya, Kepada adinda, baginda tiada kerjanya, lain(lah) Yayi Kusuma Yuda ini, Lamun berulang kepda sindap-sindap isteri Sira Panji, itulah kerjanya, minta perintah kepada Segerba Ningrat itu. Sementang pun dia baik parasnya, lewaan sangat lakunta sindap-sindap itu. Jika yayi tunggu, duduk siang malamk pun, masakan dapat rupanya yang baik itu paras berpindahkan kepada yayi dan hambanyakah kita maka sangat-sangat berulang kepadanya itu? 2. Contoh pemerenggan deduktif dalam hikayat ini ialah: Setelah sudah para puteri itu masing-masing mengambil pemburuan itu, maka lebihnya itu disuruh bahagi-bahagikan kepada segala para puteri yang tiada datang itu dan kepada segala pengawa sekalian, rata-rata dan disuruhnya hantarkan kepada Permaisuri ketiga dan Raden Galuh sekalian. Maka semuanya sukacita memuji-muji Ken Segerba Ningrat itu serta kasih sayangnya akan Ken Segerba Ningrat, lebih Sira Panji yang sangat

sukacita serta kasih sayang, tanpa roh rasa hatinya melihat budi pekerti Ken Segerba Ningrat mengasihi segala para puteri itu. Seketika duduk, maka semuanya memohon kembali, masing-masing membawa anak rusa, kijang, menjangan itu. Maka dengan sukacita mangkin bertambah-tambah kasih sayangnya akan Ken Segerba Ningrat itu oleh melihat budi pekertinya. Patut pula dengan rupanya, halus manis itu. (Halaman 284, perenggan 220) Ayat Topik Setelah sudah para puteri itu masing-masing mengambil pemburuan itu, maka lebihnya itu disuruh bahagi-bahagikan kepada segala para puteri yang tiada datang itu dan kepada segala pengawa sekalian, rata-rata dan disuruhnya hantarkan kepada Permaisuri ketiga dan Raden Galuh sekalian. Ayat Penyangga Utama Maka semuanya sukacita memuji-muji Ken Segerba Ningrat itu serta kasih sayangnya akan Ken Segerba Ningrat, lebih Sira Panji yang sangat sukacita serta kasih sayang, tanpa roh rasa hatinya melihat budi pekerti Ken Segerba Ningrat mengasihi segala para puteri itu. Ayat Penyangga Kecil Seketika duduk, maka semuanya memohon kembali, masing-masing membawa anak rusa, kijang, menjangan itu. Ayat Kesimpulan Maka dengan sukacita mangkin bertambah-tambah kasih sayangnya akan Ken Segerba Ningrat itu oleh melihat budi pekertinya. Patut pula dengan rupanya, halus mani itu. 3. Contoh pemerenggan deduktif dalam hikayat ini ialah: Setelah dilihat Sang Perabu Jaya Raden Galuh tiada takut dan bergerak pun ia tiada daripada tempatnya duduk itu, maka terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya, Hai, Endang Kususma Jiwa! Duduklah engkau di sini supaya aku ajari engkau bertapa kerana tempat ini aku yang empunya dia. Akan tetapi bunuhlah aku dahulu supaya aku beri sebarang kehendakmu! Setelah Endang mendengar kata raksasa itu maka kata Endang Kusuma Jiwa, Kakang, apa upaya kita membunuh raksasa itu? maka kata Endang kedua, Marilah kita palu dengan katu sebatang hidungnya, tuanku! Maka ketiganya mengambil

kayu sepotong seorang. Maka raaksasa itu pun terbaringlah supaya dapat Endang itu memalu dia. (Halaman 297, perenggan 235) Ayat Topik Setelah dilihat Sang Perabu Jaya Raden Galuh tiada takut dan bergerak pun ia tiada daripada tempatnya duduk itu, maka terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya, Hai, Endang Kususma Jiwa! Ayat Penyangga Utama Duduklah engkau di sini supaya aku ajari engkau bertapa kerana tempat ini aku yang empunya dia. Akan tetapi bunuhlah aku dahulu supaya aku beri sebarang kehendakmu! Ayat Penyangga Kecil Setelah Endang mendengar kata raksasa itu maka kata Endang Kusuma Jiwa, Kakang, apa upaya kita membunuh raksasa itu? maka kata Endang kedua, Marilah kita palu dengan katu sebatang hidungnya, tuanku! Ayat Kesimpulan Maka ketiganya mengambil kayu sepotong seorang. Maka raaksasa itu pun terbaringlah supaya dapat Endang itu memalu dia.

Selain itu, Hikayat Panji Jayeng Kusuma ini terdapatnya penggunaan perenggan segi empat tepat. Bentuk perenggan segi empat tepat ini bermakna ayat topik dan ayat penyangga saling lengkap melengkapi sehingga tidak mudah untuk disunting kecuali mereka yang pakar. 1. Contoh pemerenggan segi empat tepat dalam hikayat ini ialah: (Kesemua ayat saling melengkapi dan ayat topik atau ayat penyangga tidak dapat dikenal pasti dalam perenggan ini) Syahdan , kepada masa itu Sira Panji duduk di pintu pedati adinda sedikit, maka Raden Teruna Jaya pun datang dibawa Wirun. Serta datang lalu naik ke pedati menyembah kaki Sira Panji. Maka segera disambut Sira Panji sambil dipeluk diciumnya, katanya,

Sudahlah Tuan Yayi Teruna Jaya. Tuan lepaskanlah dari hati yayi akan kesalahan, kakang rasai hukum Sang Hyang Sukma oleh membuat orang tiada salah itu. Lagipun sudahlah papa-kermanya kakang akan merasai yang selaku ini! Akan Sira Panji berkata-kata itu sambil memeluk mencium Raden Teruna Jaya, seraya menangis terkenang-kenangkan isterinya. Maka Raden Teruna Jaya pun menyembah kaki Sira Panji sambil menangis terlalu seraya katanya, Sampun pukulan, janganlah kakang bertitah begitu. Bahawa sekali-kali tiada patik taruh hati. Mana yang telah berlalu itu lalu,sama menyapu air matanya. (Halaman 303, perenggan 241) 2. Contoh pemerenggan segi empat tepat dalam hikayat ini ialah: (Kesemua ayat saling melengkapi dan ayat topik atau ayat penyangga tidak dapat dikenal pasti dalam perenggan ini) Akan Sira Panji berkata-kata itu sambil memandang matahari itu, serta dipacunya kudanya pergi mendapatkan matahari itu. Maka segera dibujuk Kebu Sendubama sambil dipeluk dicium kaki Sira Panji sambil menangis, katanya, Aduh, tuanku, batu kepala pun Sendubama, sampun pukulan! Janganlah tuanku lalai sangat! Maka dibujuk pula oleh Kebu Sendubama dengan beberapa kata yang manis-manis dengan bahasa Kuripan, katanya. Pukulan, dewa aji agung ning kusuma gading, dewa maring kayangan, diembannya jejulukan asmara ju[r]ita, kusuma segunung, kerta adi, dewa susunan titisan Kusuma Jayanata, jelapahan jiwa panggeran kusuma jejulukan asamara giri, kerta ajo memanggui Jenggala, dewa anom maring kayangan jatih karma Lasmopuri! (Halaman 305, perenggan 244)

Setelah menganalisis bentuk perenggan dalam bab tujuh dan bab lapan Hikayat Panji Jayeng Kusuma, didapati hampir kesemua perenggan menggunakan bentuk perenggan deduktif dan ada beberapa perenggan yang menggunakan bentuk perenggan segi empat tepat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, di dalam dua bab ini hanya terdapat dua bentuk perenggan yang digunakan iaitu perenggan deduktif dan perenggan segi empat tepat.

3.1.2

Teknik Pemerengganan

Teknik pemerenggann adalah penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang boleh diklasifikasikan sebagai perenggan yang baik apabila terdapatnya idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis serta mudah difahami. Oleh itu, bagi menyampaikan idea tersebut terdapat 20 jenis teknik pemerengganan yang dikenal pasti dan antara teknik pemerengganan yang lazim digunakan ialah teknik penyenaraian, teknik percontohan, teknik perbandingan, teknik pentakrifan dan teknik falsafah. Di dalam Hikayat Panji Jayeng Kesuma ini terdapatnya pemerengganan teknik penyenaraian. Contoh di dalam hikayat:

Syahadan, akan Ratu Surabaya itu ada berputera dua orang. Yang tua laki-laki bernama Raden Wisa Merta dan yang mudanya bernama Raden Puspa Warsa, terlalu naik parasnya, sedap manis akan saudara Ratu Surabaya itu Ratu Banjar Kulun, akn baginda itu pun berputera dua orang juga. Yang tuanya laki-laki bernama Raden Sateria Kemara dan yang mudanya perempuan lagi kecil baharu umurnya delapan tahun bernama Raden Nawang Kirana. Maka keempat putera baginda itu sudah ditawan Ratu Wiradesa. (Halaman 276, perenggan 211)

Selain itu, di dalam Hikayat Panji Jayeng Kesuma ini terdapatnya pemerengganan teknik urutan masa. Contoh di dalam hikayat:

Contoh 1: Segera ditegur Raden Ratna Lango sambil tertawa katanya, Marilah engkau duduk dekat aku di sini, rindu sangat aku akan engkau. Selama beroleh tuan baik rupa itu, lupalah sudah akan aku, tiada pernah datang kepadaku.! Maka Ken Pangejangan pun suka tertawa lalu bangun, duduk dekata Radem Ratna Lango seraya katanya, Tiada tuanku patik lupakan tuanku. Daripada sehari kepada sehari hendak berjalan mengadap tuanku sekalian jadi lupa.... (Halaman 277, perenggan 213)

Contoh 2: Hatta, selang beberapa lamanya, tiga hari tiga malam berjalan itu maka sampailah kaki Gunung Wilis lalu berhenti. Wirun mengerahkan orang membuat pesanggrahan, terlalulah ramainya. Setelah sudah maka pedati segala para puteri itu pun dibawa oranglah masuk ke peraduan. Sanggrahan telah sudah. (Halaman 306, perenggan 245)

Di samping itu, di dalam Hikayat Panji Jayeng Kesuma ini juga terdapatnya teknik pemerengganan urutan ruang. Contoh di dalam hikayat:

Seketika berjalan itu maka matahari pun masuklah. Maka hari pun malamlah. Maka bulan pun terbitlah dari tepi langit itu, terserlahlah rupanta gilang-gemilang sedang purnama, seperti muka orang yang baik parasnya, sudah berhias keluar dari peraduan rupanya. Maka berdebar-debar rasa hati Sira Panji memandang bulan itu, disangkakan Ken Segerba Ningrat datang mendapatkan dia itu lalu dipacunya kudanya itu sambil tertawa-tawa, katanya, Aduh ari ningsun, emas tempawan, dewa susunan, ratna juita, Segerba Ningrat! Di sini rupanya tuan duduk. Dan dari selama ini pun sahaja kakang hendak mengadap tuanku, jiwa aku. Ampunilah dosa pun kakang, pukulan, utama jiwaku, emas tempawan, dewa susunan. Jangalah tuanku gusar akan pun kakang ini! (Halaman 304, perenggan 243)

Setelah menganalisis Hikayat Panji Jayeng Kesuma ini, didapati bahawa hanya tiga teknik pemerengganan yang dikenal pasti iaitu teknik penyenaraian, teknik urutan masa dan teknik urutan ruang. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan perenggan dibina penuh dengan dialog dan sukar untuk dikenal pasti teknik pemerengganannya.

3.2 Retorika Retorik adalah asas pemujukan sebagai unsur yang pentingdalam bidang penulisan.Unsurunsur yang sedia ada dirangkumkan dalam perenggan penulisan tersebut.Retorik terbahagi kepada enam iaitu pemerian, pemujukan, pelaporan, penghujahan, pendedahan dan penceritaan. Antara retorik yang terdapat dalam Hikayat Panji Jayeng Kusuma ialah: 3.2.1 Pemerian Pemerian ialah berbentuk deskriptif iaitu memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu permandangan, kejadian, benda atau watak dan penulis akan memberi gambaran yang terperinci sehingga pembaca dapat menggambarkan dan membayangkannya. Contoh dalam hikayat: (i) Syahadan, akan Ratu Surabaya itu ada berputera dua orang. Yang tuanya laki-laki bernama Raden Wisa Merta dan yang mudanya bernama Raden Puspa Warsa, terlalu baik parasnya, sedap manis dan akan saudara Ratu Surabaya itu Ratu Banjar Kulon, akan baginda itu pun berputera dua orang juga. Yang tuanya laki-laki bernama Raden Sateria Kemara dan yang mudanya perempuan lagi kecil baharu umurnya delapan tahun bernama Raden Nawang Kirana. Maka keempat putera baginda itu sudah ditawan oleh Ratu Wiradesa. (Halaman 276, perenggan 211) (ii) Sebermula, akan Ken Pengejangan, telah sunti orang tidur, maka ia pun keluarlah perlahan-lahan. Telah sampau ke balai manguntur, dilihatnya dian, pelita, kandil, terlalu terang, seperti siang. Segala para putera beradu berkaparan, penuh sesakanak-anak perdanan itu, masing-masing dengan lakunya kerana letih bekas bermain itu. ( Halaman 281, perenggan 217)

(iii)

Lalu berjalan ketiganya. Maka kata Endang bertemulah Endang ketiga dengan suatu dukuh, terlalulah permai rupanya dukuh itu, lengkap dengan balai gading dalam kolamnya. Maka serba bungaan pun banyak berkembangan, terlalu indah-indah rupanya. Pagarnya daripada batu putih terlalu indah rupanya, seperti taman dalam keinderaan rupanya. (Halaman 297, perenggan 233)

3.2.2 Pemujukan Pemujukan ialah penulis akan cuba untuk mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca. Retorika pemujukan mementingkan kehalusan bahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi dengan menyelitkan kebaikan dan keburukan.Contoh dalam hikayat: (i) Telah keesokkan harinya, dari pagi-pagi, maka Kelana Perwira Anom pun memujuk kakanda baginda, katanya, Kakang Bagus, marilah kakang pun yayi bawa turun ke pedati. Maka sahut Sira Panji, Hendak ke mana tuan bawa kakang ini kerana kakang tiada mahu meninggalkan tempat ini, tuan? (Halaman 299, perenggan 237) Tuanku Pangeran Susunan, utama jiwa patik sekalian. Baiklah juga tuanku bawa santap sedikit. Kalau jadi sakit kelak apalah jadinya! Sudahlah paduka kakanda seorang gering, datang pula tuanku pula ikut gering, apakah hal kita dalam pengembaraan ini, tuanku? Maka beberapa dibujuk oleh segala kadayan itu serta dibawakannya hidangan nasi. Maka belas hati Kelana Perwira Anom menengar kata segala pengasuhnya itu lalu turun santap. Dua tiga suap basuh tangan, makan sirih dan memakai bahu-bahuan lalu segera masuk pula ke peraduannnya itu. (Halaman 300, perenggan 237)

(ii)

3.2.3 Penceritaan Retorika penceritaan pula berbentuk naratif. Retorik ini menghubungkan antara beberapa peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Contoh dalam hikayat. (i) Syahadan, tatkala itu hari pun sudah petang.[Cuaca rupanya] angin pun bertiup sepoi-sepoi. Maka berbahu segala bunga-bungaan kiri kanan jalan itu, semerbak bahunya, terlalu pilu hati Sira Panji. Maka terkenanglah ia tatkala berjalan sama Ken Segerba Ningrat itu. Maka hancurlah rasa hatinya, tambahan ia menengar segala bunyi-bunyian burung dan mergastua dalam hutan itu, sayup-sayup bunyinya, terlalu ramai mengatur sarangnya kerana

hari sudah hendak malam itu. Mangkin bertambah-tambah pilu, belas hatinya. Air matanya juga berhamburan sepanjang malam itu. (Halaman 304, perenggan 242)

(ii)

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Sira Panji kedua bersaudara duduk di Wiradesa itu. Kepada suatu hari Ken Segerba Ningrat duduk diadap segala para puteri itu bermain-main, masing-masing terlalu ramainya dengan gurau sendanya. Hanyalah Raden Ratna Lango juga duduk itu, sungguhpun ia bermain itu, hatinya terlalu benci melihat rupa Ken Segerba Ningrat itu, olehnya Sira Panji tiada pernah mendapatkan dia itu. Selama Sira Panji beristerikan Ken Segerba Ningrat itu, seorang pun para puteri itu tiada didapatkannya. (Halaman 270, perenggan 204)

3.3 Stilistik Stilistik merupakan salah satu cabang dalam bidang retorika. Strategi stalistik sering diaplikasikan dalam penulisan popular seperti dalam media massa atau dalam penulisan kreatif. Stilistik berkait rapat dengan gaya bahasa supaya lebih menarik dan memberi pemahaman yang lebih mudah kepada pembaca. Terdapat dua strategi daripada teori stilistik iaitu aspek skema dan aspek majaz. Strategi skema terbahagi kepada lima kategori iaitu skema seimbang, skema hiperbaton, skema pengulangan, skema pengguguran dan skema ragaman. Manakala strategi majaz pula terbahagi kepada lima kategori iaitu majaz pertautan, majaz perbandingan, majaz pertentangan, majaz ragaman dan majaz melayu. Skema seimbang terbahagi kepada tiga strategi iaitu paralelisme, antitesis, dan isokolon. Di bawah skema hiperbaton terbahagi kepada tiga iaitu aposisi, anastrop, dan parentesis. Skema pengulangan pula terbahagi kepada sepuluh iaitu anafora, epistrop, anadiplosis, poliptoton, epanalepsis, klimaks, antimetabole, asonansi, kiasmus, dan aliterasi. Bagi skema pengguguran pula terdapat tiga bahagian iaitu elipsis, asindeton, dan polisendeton. Akhir sekali, bagi skema ragaman pula terdapat enam strategi iaitu umumkhusus, khusus-umum, abstrak-konkrit, konkrit-abstrak, dan enumerasi. Selain itu, untuk strategi majaz pertautan pula terdapat tujuh strategi iaitu periprasis, sinekdot, alusi, eufenisme, disfemisme, pleonasme, dan metonimi. Majaz perbandingan pula terbahagi kepada tiga iaitu metafora, simile dan personafikasi. Majaz pertentangan pula terbahagi kepada empat iaitu hiperbola, ironi, oksimoron, dan litoses. Majaz ragaman

terbahagi kepada lapan jenis iaitu simetri, onomatopia, antimeria, ekslamasi, paronomasia, silepsis, dan antanaklasis dan seterusnya ialah majaz melayu yang terbahagi kepada lima jenis iaitu pantun, pepatah, bidalan, tamsilan dan simpulan bahasa. Namun begitu, tidak semua stilistik skema dan majaz terdapat di dalam hikayat ini. antara stilistik skema dan majaz yang terdapat dalam hikayat ini ialah: 3.3.1 Antitesis

Antitesis ialah perletakan dua ayat atau kata yang bertentangan dalam kedudukan berdampingan.Contoh dalam hikayat (i) Seketika duduk itu, Kelana Perwira Anom pun menyembah kakanda baginda laki isteri lalu keluar. (Halaman 272, perenggan 207) (ii) Berkata benarlah ari ningsun, supaya pun Panji bawa emasku mengadap ayahanda bonda tuan? Sira Panji berkata-kata itu sambil mencium tangan isterinya, dijunjungnya. (Halaman 274, perenggan 208) 3.3.2 Anafora Anafora ialah pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa berturutan. Contoh dalam hikayat: (i) Telah sudah mandi lalu kembali memakai serupa laki isteri. Telah sudah, duduk santap nasi. Telah sudah santap, makan sirih dan memakai bahubahuan, sepahnya disuapkan isterinya, katanya, Tinggal tuan mandi lalu ari ningsun, utama jiwa, pun kakang hendak keluar seketika. (Halaman 276, perenggan 211) Maka sahut Kelana Perwira Anom, Tatkala kakang hendak tidur tadi, kakanda taruh di atas kepala sama kampuh beta tadi itu. Maka semuanya hairan dari sebab tiada pernah hilang itu.Maka tiadalah terbicara lagi hati Raden Teruna Jaya lalu ia diam. Maka Sira Panji pun datanglah, dilihatnya semua sudah hadhir. (Halaman 282, perenggan 218)

(ii)

(iii)

Maka segala yang mendengar kata Kebu Sendubama itu pun takut, gementar sendi tulangnya. Maka Inya pun menyembah Kebu Sendubama seraya katanya, Ken Pangejangan! Maka mangkin bertambah marahnya Kebu Sendubama seraya katanya, Pergilah panggil Pangejangan itu ke sini segera! (Halaman 294, perenggan 232)

3.3.3 Epistrop Epistrop ialah pengulangan kata-kata yang sama atau kumpulan yang sama pada akhir klausa yang berturutan. Contoh dalam hikayat: (i) Maka sahut Kelana Perwira Anom, Tatkala kakang hendak tidur tadi, kakanda taruh di atas kepala sama kampuh beta tadi itu. Maka semuanya hairan dari sebab tiada pernah hilang itu. Halaman 282, perenggan 21) 3.3.4 Anadiplosis Anadiplosis ialah pengulangan kata akhir sesuatu klausa pada permulaan klausa yang berikutnya.Contoh dalam hikayat: (i) Orang pun tiada suka datang kepada aku. (Aku) pun malas memandang mukanya! (Halaman 278, perenggan 213) 3.3.5 Asonansi Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal bunyi vokal yang sama dalam suku kata yang diberi penekanan pada kata-kata yang bersebelahan yang mungkin didahului dan diikuti oleh kosonan yang berbeza. Contoh dalam hikayat ini: (i) Maka terlalu belas hati Raden Galuh melihat laku kakanda banginda mencari dia itu, seperti hendak dikatakannya dirinya Raden Galuh Daha, kepada rasanya takut pula kena sumpah nenda baginda I Betara Kala, seraya katanya, Siapa namanya saudara kakanda itu, dan apa mulanya hilang kakanda? (Halaman 273, perenggan 208)

(ii)

Setelah Inya menengar kata Raden Ratna Lango itu maka ia pub mengurutngurut dadanya seraya katanya, Sampainya hati tuanku hendak membunuh Raden Menteri Kembang Kuning itu kerana ia saudara tuanku. Bukan mudah pekerjaan menyabung nyawa itu, tuanku! (Halaman 279, perenggan 214)

3.3.6 Aliterasi Aliterasi ialah pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih katakata yang bersebelahan.Contoh dalam hikayat: (i) Dari mana juga ia Kusuma Yuda , sehari-hari tiada dapat duduk di rumah lagi. Gila-gila dengan bermain. Apa juga yang disukakannya gerangan? (Halaman 275, perenggan 210)

(ii)

Syahadan, akan segala puteri itu semuanya bertunggu di luar peraduan itu juga, seorang pun tiada masuk hampir Sira Panji, masing-masing berkampung duduk dengan dukacitanya di luar itulah. (Halaman 300, perenggan 238)

3.3.7 Asindeton Asindeton ialah pengguguran kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan. Contoh dalam hikayat: (i) Maka berjalanlah Sira Panji menuju jalan ke Gunung Wilis, tombak, lembing, perisai, berjalan itu. (Halaman 302, perenggan 240) 3.3.8 Polisindeton Polisindeton ialah penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan.Contoh dalam hikayat: (i) Maka Raden Ratna Lango pun terlalu sukacita beroleh keris dan kampuh dan sabuk itu, seraya katanya, Sungguhlah engkau kasih akan aku! (Halaman 281, perenggan 217)

3.3.9 Eufemisme Eufemisme ialah penggunaan bahasa halus dalam penulisan.Contoh dalam hikayat: (i) Maka segera disambut Kelana Perwira Anom seraya menyembah lalu santap sirih.Gemar segala yang melihat dia. (Halaman 271, perenggan 205) (ii) Segala para putera beradu berkaparan, penuh sesak anak-anak perdanan itu, masing-masing dengan lakunya kerana letih bekas bermain itu. (Halaman 281, perenggan 217)

3.3.10 Simile Simile ialah perbandingan secara langsung antara dua objek yang dari segi fitrahnya tidak serupa namun mempunyai suatu kesamaan.Contoh dalam hikayat: (i) Syahadan, maka bulan terlalu amat terangnya, seperti siang lakunya. (Halaman 279, perenggan 215)

(ii)

Maka mangkin ramai pula tertawa seperti (batu) roboh bunyinya. (Halaman 280, perenggan 216)

3.3.11 Ekslamasi Ekslamasi ialah sejenis retorik yang menggunakan kata seru bagi menegaskan maksudnya. Contoh dalam hikayat: (i) Maka (ber) dirilah seorang dewa terlalu baik parasnya, gilang gemilang di hadapan Endang ketiga seraya katanya, Aduh, Wong Galuh Lasmipuri! Besarnya kasihmu akan aku. Jika tiada aku bertemu dengan Wong Galuh, tiadalah boleh aku pulang ke kayangan. Sekarang duduklah bertapa di sini supaya aku ajar tuan bertapa! (Halaman 298, perenggan 235)

3.3.12 Simpulan Bahasa Simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan atau ungkapan yang telah tersimpul dengan susunan yang khas dan digunakan makna yang khusus, berlainan daripada makna asalnya.Contoh dalam hikayat: (i) Maka sahut Raden Ratna Lango, Akan segala bina Sira Panji yang lain itu tiada menaruh malu dan tiada menaruh hati. Ia suka menyembah anak kijang menjangan, boleh dapat oleh Ratu Segara Gunung dalam hutan perburuan itu. Dan akan aku ini bukannya seperti hati orang itu. Orang pun tiada suka aku datang kepada aku. (Aku) pun malas memandang mukanya! (Halaman 278, perenggan 213)

(ii)

Setelah Raden I Ratna Lango menengar kata Ken Pangejangan itu sangat memuji-muji Ken Segerba Ningrat, maka Mangkin sangat sakit hatinyaakan Segerba Ningrat, disamarkannya dengan tertawa seraya katanya Kasih sungguh engkau akan Segerba Ningrat itu! Akan aku ini tiadakah engkau sayang, terlanjurnya kasih bapa-bapa kita bersaudara? (Halaman 278, perenggan 214)

4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya kedua-dua bab ini merupakan perenggan deduktif dan hanya terdapat bebereapa perenggan yang berbentuk segi empat tepat. Teknik pemerenggan yang terkandung dalam bab hikayat ini ialah teknik penyenaraian, urutan masa dan urutan ruang. Sementara itu, retorik yang terdapat dalam bab-bab hikayat ini ialah pemerian, pemujukan dan penceritaan dan terdapat banyak jenis stalisitik seperti epistrop, antitesis, anadiplosis dan pelbagai lagi jenis-jenis lain stalistik. Kesimpulannya, hikayat ini sesuai untuk menjadikan medan pengkajian tentang seni mengarang ini berdasarkan perkara-perkara tertentu.

You might also like