BAHAGIAN A Butiran rancangan pengajaran yang dipilih adalah seperti berikut: Mata Pelajaran Kelas Tajuk/Topik Subtajuk

Masa : : : : : Sains Pertanian Tingkatan 4 Bab 2 – Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan 2.2 Iklim 2.2.1 Unsur iklim 2.2.1.2 Suhu 2 waktu (1 jam 20 minit)

Pengajaran subtajuk ini dirujuk melalui sukatan pelajaran , huraian pelajaran, rancangan pengajaran tahunan (RPT) serta buku teks. Sumber rujukan utama subtajuk ini di dapati daripada Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4. Butiran buku teks tersebut adalah seperti berikut: Subjek Tingkatan Penulis Editor Penerbit Tempat Terbit Tahun Terbit ISBN Harga : : : : : : : : : Sains Pertanian Empat Tai Lung Aik Goh Kin Huat Percetakan Warni Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan Cetakan Pertama 2002 983-40386-4-X RM11.20

Ringkasan konsep, idea utama, teori, prosedur, dan fakta penting berkaitan ’pengetahuan’ dalam subtajuk ini diterjemahkan dalam bentuk satu atau dua peta konsep atau carta.

Suh u
Kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil Tanaman Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai

Percambahan Biji Benih

Fizikal Tumbuhan

Memilih Tapak

Menyediakan Sungkupan

Transpirasi

Kualiti Hasil Tumbuhan

Menyediakan Naungan

Rajah 1: Suhu – Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

Nota Suhu Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun kerana kedudukannya di khatulistiwa. Perbezaan suhu tahunan adalah kurang daripada 20 C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsoon timur laut. Wlau bagaimanapun perubahan suhu tahunannya kurang daripada 30C. Suhu penting kepada tumbuhan kerana semu proses fisiologi yang berlaku pada tumbuhan dipengaruhi oleh suhu. Kesan suhu 1. Percambahan biji benih • suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih. • suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih. Transpirasi • Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat. Kualiti hasil • hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah. • suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim – hasil dapat disimpan lama. Fizikal tumbuhan • suhu yang terlalu tinggi atau pertumbuhan/kecederaan tanaman. rendah akan membantutkan

2. 3.

4.

Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai 1. Memilih tapak yang sesuai • tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis • tanah rendah, suhunya tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah. Menyediakan naungan • untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu. • untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih yang baru ditanam. • bahan untuk membuat naungan seperti jaring hitam, daun kelapa, lalang kering dan lain-lain. Menyediakan sungkupan
3

2.

3.

suhu tanah menjadi rendah.• • • melindungi permukaan tanah dari pancaran cahaya matahari. Ini diringkaskan seperti jadual di bawah: ISI KANDUNGAN KEMAHIRAN Kesan suhu terhadap pertumbuhan dan Bahasa (membaca dan menulis) hasil Tanaman Geografi (topografi) Proses sains (percambahan biji benih) Merancang Mengurus Afektif (menghargai alam) Kaedah untuk mendapatkan suhu yang Matematik (mengira/ menganggar) sesuai Kognitif (menaakul isu-isu semasa) Merancang Mengurus Afektif (menghargai alam) Kemahiran hidup ( cara membuat naungan dan sungkupan) Psikomotor Geografi (topografi) Selain itu. nota isi / kandungan topik ini mengikut jenis dan ’aras pengetahuan’ dan kemahiran (berdasarkan klasifikasi ’knowledge’ dalam Taksonomi Bloom) sebagai panduan untuk guru mengajar kepada pelajar ditulis seperti berikut: a) Fakta spesifik (specific facts) Kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil Tanaman Produktiviti • Percambahan Biji Benih • Transpirasi • Kualiti Hasil Tumbuhan • Fizikal Tumbuhan Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai • Memilih Tapak • Menyediakan Naungan • Menyediakan sungkupan 4 . mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah. Topik yang diajar mempunyai pelbagai jenis cabang kemahiran.

. tidak semestinya terdiri daripada bahan organik.Proses menghasilkan karbohidrat oleh tumbuhan hijau daripada karbon dioksida. . Transpirasi Naungan Sungkupan .b) Istilah (terminology) Antara istilah yang digunakan termasuklah: i.kaedah yang digunakan untuk mengawal kepanasan yang diterima oleh tumbuhan. Fotosintesis c) Cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with specifics) 5 . air dan cahaya matahari yang diserap melalui klorofil.Proses perlepasan wap air daripada tumbuhan yang dilakukan melalui stoma. ii. iii. .Bahan yang boleh digunakan untuk menutup atau melindungi permukaan tanah. iv.

kertas turas atau kapas dan biji benih.Eksperimen Menentukan keadaan yang diperlukan untuk percambahan. KAEDAH: 1. BAHAN DAN ALATAN: Piring Petri atau botol jem. Sediakan set radas seperti dalam jadual yang berikut: Set pertama: Keadaan untuk percambahan Cahaya Air Oksigen Label radas A1 B1 C1 Rawatan Diletak atas meja tanpa dilembapkan Dilembapkan dengan air seperti biasa Dilembapkan dalam air yang sudah dididihkan dan dibiarkan sejuk. (Bahan nyah oksigen seperti Pirogalol boleh digunakan untuk memastikan oksigen tiada). 6 . Diletak di atas meja. Suhu Set kedua: D1 Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.

e) Trend dan turutan (knowledge of trends and sequences) Topik ini adalah merupakan sub topik daripada Iklim di bawah tajuk utama bab 2 : Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan. Masukkan 8 – 10 biji benih dalam setiap radas. 5. Catatkan keputusan selepas 2 – 3 hari. Semua radas disiram dengan air setiap hari kecuali radas B2. KEPUTUSAN: BILANGAN BIJI BENIH YANG BERCAMBAH SET 1 A1 B1 C1 D1 A2 B2 C2 D2 SET 2 SOALAN: a) Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan? b) Apakah faKtor yang mungkin menyebabkan biji benih tidak boleh bercambah? c) Apakah kesimpulan yang anda boleh buat mengenai eksperimen? KESIMPULAN: ______________________________________________________ d) Kelaziman atau adat (conventions) Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah berpusatkan guru dan murid. Suhu adalah kesinambungan daripada Iklim di mana suhu merupakan salah satu daripada empat 7 . 4.Keadaan untuk percambahan Cahaya Air Oksigen Suhu Label radas A2 B2 C2 D2 Rawatan Disimpan dalam laci selepas dilembapkan Dibiar kering selepas dilembapkan Dilembapkan seperti biasa dan diletak di atas meja Diletak di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan 2. Perhatikan percambahan biji benih itu setiap hari. 3. Namun respon dan interaksi daripada para pelajar akan diambil kira bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang komprehensif dan efektif.

Topik ini menerangkan bagaimana suhu mempengaruhi perkembangan dan kualiti tumbuhan. Selain itu daya kognitif dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) pelajar dapat di tingkatkan melalui eksperimen seperti di bahagian c untuk ‘mengesan keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih’. Pemerhatian . terdapat tiga aras pembelajaran iaitu: • Aras 1 – Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan terhadap: • • • • percambahan transpirasi kualiti hasil tumbuhan fizikal tumbuhan – Menghuraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai: • memilih tapak • menyediakan naungan • menyediakan sungkupan g) Kriteria Aplikasi di dalam sektor pertanian sebenar merupakan kriteria utama yang dibincangkan di dalam topik ini seperti kaedah menyediakan naungan dan sungkupan. f) Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories) Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4. oleh itu guru menghuraikan kepentingan suhu dan mengaitkanya dengan aplikasi pertanian terkini.di mana pelajar akan memberi perhatian melalui eksperimen yang ditunjukkan guru. h) Kaedah penyelidikan (methodology) Kaedah penyelidikan adalah unsur penting dalam sesuatu rancangan supaya rancangan yang ingin dilaksanakan dapat mencapai objektifnya.elemen utama yang mempengaruhi iklim. Dalam topic ini kaedah penyelidikan yang digunakan adalah melalui: i. Penerangan 8 ii. .

. Ini termasuklah: BIL KEMAHIRAN CONTOH PENGAJARAN . j) Teori dan struktur pengetahuan Struktur pengetahuan berdasarkan Taksonomi Bloom untuk topik ini hanya diutarakan sehingga ke peringkat Analisis sahaja. (melakukan . Keupayaaan berfikir berdasarkan ‘Problem Based Solving’ (PBL) dapat diterima pakai dalam situasi ini.Menyatakan lokasi pencemaran alam di Malaysia 9 3 4 Psikomotor eksperimen) Geografi (topografi) .Pelajar membaca keratan akhbar . Pengukuhan dan latih tubi .Menyalin isi-isi penting yang dinyatakan guru semasa pengajaran dan pembelajaran. di dapati bahawa pelajar dapat mempelajari faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan serta mempelajari cara memanipulasi dan mengawal faktor itu untuk meningkatkan hasil.Bercerita daripada pengalaman sendiri tentang suhu – suhu persekitaran. Pelajar akan mencatat dan mendengar penerangan guru tentang topic yang dipelajari.Perbincangan . Perincian mengenainya ada dinyatakan di dalam Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran yang telah dibina oleh guru sebelum ini pada muka surat berikutnya. Antara jenis-jenis kemahiran penting yang guru akan masukkan ke dalam pengajaran topik ini diringkaskan seperti jadual di bawah.iii.melalui pengukuhan dan latih tubi di mana pelajar diuji melalui pengukuhan dan latih tubi yang diberikan.Menaakul isu-isu semasa berkaitan peningkatan suhu.Aktiviti kumpulan (eksperimen) .Bersoal jawab Socratic . 1 Bahasa (membaca menulis) dan 2 Kognitif . i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang. Di dalam topik ini.

H. BAHAGIAN C Pembinaan Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran Model Tyler memperkenalkan empat langkah pembinaan kurikulum iaitu objektif (matlamat). kaedah serta penilaian (Rajah 2).Aktiviti kumpulan BAHAGIAN B Pernyataan Hasil Pembelajaran / Objektif Pengajaran Hasil pembelajaran (aras pengetahuan): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menyenaraikan tiga daripada empat contoh naungan secara lisan dengan tepat. terdapatnya aspek ‘kesinambungan’. isi kandungan (kurikulum).A.Koperatif (berkumpulan) . ‘urutan’ dan ‘integrasi’ yang perlu diberi perhatian.5 6 Komunikasi (interpersonal) Afektif (menghargai alam) . Hasil pembelajaran (aras sintesis): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menghuraikan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai dengan tepat. Di bawah langkah pembinaan kurikulum yang kedua iaitu isi kandungan (kurikulum). A. Hasil pembelajaran (aras analisis): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menyimpulkan keputusan eksperimen keperluan percambahan biji benih dengan jelas. & Siti Hajar. 2011). Integrasi pula melibatkan penyatuan beberapa pandangan seperti menyelesaikan masalah isu-isu pertanian dan juga dalam disiplin-disiplin yang lain (Kamarudin.. Kesinambungan merujuk kepada pengulangan secara vertikal elemen-elemen utama kurikulum manakala urutan pula merujuk kepada pengalaman-pengalaman yang dibina daripada elemen kurikulum tetapi dalam bentuk yang lebih luas dan terperinci. Hasil pembelajaran (aras kefahaman): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menjelaskan tiga daripada 4 kesan suhu terhadap terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman secara lisan dengan betul. ISI KANDUNGAN / KURIKULUM Apakah pengalaman yang seperti disediakan untuk mencapai tujuan tersebut? 10 .

Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran adalah seperti berikut: 11 .2.1 : Suhu.2. JPK di bina bertujuan untuk memberi gambaran jelas mengenai Model Tyler tersebut.OBJEKTIF/ MATLAMAT Apakah tujuan yang hendak dicapai? KAEDAH Bagaimanakah pengalaman ini dapat dikendalikan dengan berkesan? PENILAIAN Bagaimanakah keberkesanan pengalaman itu dapat dinilai? Rajah 2: Model Tyler (1945) Jadual Penentuan Kandungan(JPK) di bina seperti di bawah untuk sub topik 2.

2.1.Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran Topik: 2.2 : Suhu Pengetahuan & Kefahaman Unit Konsep / Istilah x Transpirasi Kaedah / Kemahiran x Teori / Prinsip X Suhu mempengaruhi kadar transpirasi secara terus Analisis Sintesis Aplikasi Penilaian Fakta Unit 1 Kesan Suhu terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman x kehilangan air boleh berlaku dalam tumbuhan Unit 2 Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai x Naungan Dan sungkupan x Naungan dan sungkupan mampu mengawal suhu permukaan tanah x Menyediakan sungkupan dan naungan x perlindungan terhadap tanaman mengurangkan kesan peningkatan suhu 12 .

ayat-ayat atau mengingat faktafakta penting. tatabahasa (grammar). murid-murid akan mengalami proses mendengar. namun begitu ia sangat sesuai digunakan untuk pengajaran matapelajaran bahasa. Kaedah latih tubi ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari atau kecekapan yang diperoleh. Melalui kaedah ini. Aspek kebolehan menggunakan bahasa • Sebutan (accent) Huraian Menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi Penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek Meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya Latihan memahami soalan mengemukakan jawapan yang wajar dan • Tatabahasa (grammar) • Perbendaharaan kata (vocabulary) • • Kefasihan (fluency) Kefahaman (comprehension) 13 . Aspek-aspek kebolahan dalam kaedah latih tubi tersebut iaitu sebutan (accent). Penggunaan kaedah latih tubi ini sangat memberi penekanan kepada lima aspek utama dalam kebolehan menggunakan bahasa. perbendaharaan kata (vocabulary). melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan tersebut. Para pelajar akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara: • • menjawab soalan latih tubi yang disediakan atau menjawab secara spontan Kaedah pembelajaran latih tubi boleh digunakan untuk semua matapelajaran. Tujuan kaedah latih tubi ini digunakan dalam pengajaran adalah untuk mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran di samping menjamin kekekalannya. contohnya seperti matapelajaran Bahasa Melayu.BAHAGIAN D Pendekatan Pengajaran Kaedah mengajar yang akan diaplikasikan semasa mengajar nanti adalah pengajaran latih tubi dan pengukuhan. Aspek-aspek tersebut perlulah dilakukan dengan jayanya dan betul bagi memastikan kaedah latih tubi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. kefasihan (fluency) dan kefahaman (comprehension). Kaedah latih tubi ini digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan.

pengukuhan berkala tetap mengikut nisbah iaitu pengukuhan yang hanya diberikan setiap lima kali tingkah laku itu dilakukan. Kemudian Skinner membahagikan tingkah laku manusia kepada dua iaitu : • Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar.Kaedah ini juga dapat menjimatkan masa guru kerana pelajar lebih cepat mengingati sesuatu matapelajaran. • Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. iaitu pengukuhan yang diberikan setiap satu minat.Selain itu ia juga meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk sentiasa berusaha meningkatkan pembelajaran mereka melalui teknik latih tubi atau pengulangan ini.Selain itu ia juga menghalang daya kreativiti murid kerana ia menekankan aspek pengulangan yang sama. beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan. Pengukuhan positif pula boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu pengukuhan berterusan dan pengukuhan berkala. peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Skinner pula telah membuktikan bahawa pembelajaran akan berlaku jika ada rangsangan dan tindakbalas yang berulangan. Pengukuhan positif ialah pemberian sesuatu yang menyenangkan setelah sesuatu tingkah laku dapat dilakukan.Kelebihan dan kebaikan yang dapat dilihat melalui penggunaan kaedah ini ialah guru akan mendapat maklum balas dan keputusan yang segera. Penekankan kepada aspek pengulangan yang sama juga akan menyebabkan pelajar menjadi bosan. penghargaan. dorongan. galakan. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersamasama stimuli lama. pengukuhan negatif dan tiada pengukuhan. Pertama. Kaedah pengajaran yang diaplikasi dalam proses pembelajaran seterusnya ialah kaedah pengukuhan atau dikenali juga kaedah peneguhan. Pengukuhan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian pengukuhan positif. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik.Oleh yang demikian guru haruslah mempelbagaikan aktiviti semasa menggunakan kaedah pengajaran latih tubi ini. Pengukuhan berterusan ialah pengukuhan yang mengikut kala yang tertentu. Contohnya : 14 . Tujuan pengukuhan diberikan adalah untuk memuaskan kehendak individu seterusnya mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Kaedah pengukuhan ialah merupakan satu teknik mengajar yang di gunakan apabila pelajar memberikan jawapan betul atau menunjukkan prestasi yang baik dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru dengan tepat dan betul markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.Akhir sekali ia dapat meningkatkan daya ingatan dan kefasihan pelajar dalam sesuatu pelajaran. mempamerkan keistimewaan dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Hal ini kerana kaedah latih tubi boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja samada semasa pengajaran mahupun selepas pengajan. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Pengukuhan berkala juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengukuhan berkala tetap dan pengukuhan berkala tidak tetap. Namun begitu terdapat kelemahan teknik ini iaitu ia menghadkan kebebasan dan kemahiran berfikir pelajar. hadiah. Contohnya guru mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu. Contoh pengukuhan positif seperti seperti memberi pujian. Kedua pengukuhan berkala mengikut masa.

GURU : Bagus Pengukuhan negatif pula ialah pengukuhan yang menyakitkan berikutan sesuatu tingkah laku. Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur. ii. Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan) Antara objektif kemahiran pengukuhan di perkenalkan dalam pembelajaran ialah untuk: i. Ali? SITI : (tidak menjawab) GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap. mengenakan hukuman atau dendaan.GURU : Apakah nombor bercampur. Prinsip-prinsip panduan pengunaan kemahiran pengukuhan (peneguhan) Berikut merupakan panduan pelaksanaan kaedah pengukuhan(peneguhan) : i. Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan. 15 . Arish? ARISH : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan Pecahan. v. iii. Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan. Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif. iii. ii. Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif. iv. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif. v. Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan. Meninggalkan tingkah laku itu akan menghasilkan keadaan yang menyenangkan atau tidak menerima kesakitan. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul. Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra. ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan. Contoh pengukuhan negatif ialah mengejek. iv. Contohnya seperti situasi di bawah : GURU : Apakah pecahan setara. Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Siti.Sebaliknya.

jawapan buruk. komponen gerak isyarat positif. anggukan kepala. bahagian belakang badan Kurang lengkap. Ringkasan komponen kemahiran pengukuhan adalah seperti berikut : Komponen Lisan positif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Lisan Negatif Gerak isyarat negatif Kemahiran pengukuhan dikenakan Guru menggunakan: Baik/bagus. 16 . Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah. Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya.Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra. iaitu komponen lisan – positif. bahu. Berdiri di sebelah pelajar. Menyentuh kepala. Menyindir. komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran dan pembelajaran • • • • • • • Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar. muka marah. Komponen-komponen kemahiran pengukuhan (peneguhan) Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting. Ya/betul/jawapan bagus Guru menunjukkan: senyuman. bukan. komponen dampingan. Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.menggoyang tangan. menggeleng kepala. menepuk tangan Guru mendampingi pelajar. komponen sentuhan.

2.2 Suhu 2 waktu (1 jam 20 minit) 1. Pelajar menjawab pertanyaan guru melalui pengetahuan sedia ada mereka Kaedah Penilaian Aktiviti: Tunjuk sampel Pendahuluan dan set induksi Aktiviti: Bersoal jawab socratic 17 . Gambar kutub utara/ selatan.1.2. Pendahuluan Guru memberi salam dan bertanya khabar kepada pelajar.2 Iklim 2. 2. Gambar tanah gersang/ kawasan gurun ii. Pelajar menjawab salam.1 Unsur iklim 2. Pendekatan masteri-pengukuhan Jadual rancangan am pengajaran Unit Pengajaran 2.2.1. Set Induksi (5 minit) Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan dua gambar: i. guru bertanya kepada pelajar tempat di dalam gambar tersebut.2 : Suhu Objek/Hasil Pembelajaran Kandungan Pelajaran Kaedah Mengajar 1.Mata Pelajaran Kelas Tajuk/Topik Subtajuk Masa : : : : : Sains Pertanian Tingkatan 4 Bab 2 – Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan 2.

Di akhir pembelajaran dan pengajaran. Guru bersoal-jawab. Pelajar mendengar dan memberi tumpuan. Latihan pengukuhan Guru meminta pelajar menyenaraikan kesan suhu terhadap fizikal tumbuhan Pelajar menjawab soalan latihan pengukuhan yang diberi. Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru Guru bersoal-jawab. Pelajar menjawab dengan menyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar Guru menerangkan isi kandungan pelajaran. Penilaian: kaedah pengukuhan dan bersoal jawab socratic 2. Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai untuk tanaman ialah : -memilih tapak -menyediakan naungan -menyediakan sungkupan Langkah 2: (15 minit) Guru bertanya kepada pelajar kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Menyatakan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Pelajar menyatakan contohcontoh naungan Penilaian : kaedah pengukuhan dan bersoal jawab socratic 18 . Pelajar memberikan respon terhadap soalan dikemukakan guru. Pelajar bertanya soalan kepada guru tentang perkara yang tidak difahami berkenaan dengan topik tersebut. Latihan Pengukuhan Guru meminta pelajar menyenaraikan contoh naungan. Menjelaskan tiga daripada empat kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Langkah 1: (15 minit) Guru bertanya kepada pelajar faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar Guru menerangkan isi kandungan pelajaran. para pelajar dapat: 1.

Gambar tanah gersang/kawasan gurun ii. Set Induksi (5 minit) Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan dua gambar: i.2 : Suhu 1. Gambar kutub utara/ selatan. Pendekatan berasaskan masalah-latih tubi Jadual rancangan am pengajaran Unit Pengajaran Objek/Hasil Pembelajaran Kandungan Pelajaran Kaedah Mengajar Kaedah Penilaian Pendahuluan dan set induksi 2. Pelajar menjawab salam. Pendahuluan Guru memberi salam dan bertanya khabar kepada pelajar. Pelajar menjawab pertanyaan guru melalui pengetahuan sedia ada mereka Aktiviti: Bersoal jawab socratic 19 .1.2.2. guru bertanya kepada pelajar tempat di dalam gambar tersebut. Aktiviti: Tunjuk sampel 2.

20 .

Di akhir pembelajaran dan pengajaran. Pelajar bertanya soalan kepada guru tentang perkara yang tidak difahami berkenaan dengan topik tersebut. Penilaian : Melalui kaedah bersoal jawab 21 . Penilaian: Melalui kaedah bersoal jawab 2. Menyatakan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Menjelaskan tiga daripada empat kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Langkah 1: (15 minit) Guru bertanya kepada pelajar faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan Pelajar menyenaraikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar Guru menerangkan isi kandungan pelajaran. Pelajar menjawab dengan menyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar Guru menerangkan isi kandungan pelajaran. Pelajar memberikan respon terhadap soalan dikemukakan guru. para pelajar dapat: 1. Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru Guru bersoal-jawab. Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru Guru bersoal-jawab. Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai untuk tanaman ialah : -memilih tapak -menyediakan naungan -menyediakan sungkupan Langkah 2: (15 minit) Guru bertanya kepada pelajar kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai.

Pelajar menjawab soalan yang diberi. Penilaian : Melalui kaedah bersoal jawab. Suhu Memberi kesan terhadap: percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Langkah 3: (20 minit) Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil (5 orang) menggunakan Kaedah Slavin: Lemah + Pandai = 1Kump. 4.latih tubi mengenai tajuk yang diajar Langkah 4: Guru mengedarkan soalan latih tubi kepada setiap pelajar yang perlu dijawab dalam masa 5 minit. penyampaian maklumat dan pembentangan Guru memberikan pernyataan masalah : “Adakah suhu mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan?” Pelajar duduk dalam kumpulan dan berbincang mengenai persoalan dinyatakan guru. Guru meminta pelajar menukarkan kertas jawapan sesama pelajar untuk semakan jawapan. Guru memberi penilaian terhadap hasil pembentangan murid. Penilaian : kaedah latih tubi 22 .3. Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan. Guru memberi ulasan dan peneguhan kepada jawapan pelajar. Pelajar bertanyakan guru tentang soalan yang mereka kurang faham. Mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan pelajar bagaimana suhu memberi kesan terhadap: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Nyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Murid melakukan pembentangan.

menyediakan naungan dan sungkupan. Langkah 5 : (5 minit) Guru merumuskan tajuk yang diajar. Guru menyatakan tajuk yang akan diajar pada kelas berikutnya Iaitu hujan dalam mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tanaman 23 .Penutup dan rumusan Mengaitkan kesan suhu terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman iaitu : -percambahan biji benih -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai melalui pemilihan tapak.

berkeyakinan. 4. marker pen dan pita pelekat. Menyatakan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai dengan tepat. 2.menyediakan sungkupan Nilai-nilai murni : Kerjasama. Menghuraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai: . kebebasan. rasional kejujuran. mensyukuri nikmat yang dikecapi dan baik hati.kualiti hasil tumbuhan . keberanian.percambahan . murid dapat: 1.memilih tapak . : Kaedah pengukuhan dan Kaedah latih tubi : Sampel pokok. patuh.menyediakan naungan . Menjelaskan tiga daripada empat kesan suhu ke atas tumbuhan dengan betul.transpirasi . Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan terhadap: . Kaedah pengajaran Bahan Bantu Belajar 24 . kertas manila kad.05 pagi : 1 jam 20 minit (2 waktu) : 4 sinar : 32 orang : Sains Pertanian : suhu : Pada akhir pengajaran. Menghuraikan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai dengan tepat.45pagi. 3. Isi pelajaran : Berdasarkan sukatan pelajaran KBSM 1. menghormati guru.fizikal tumbuhan 2.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh Hari Masa Tempoh Kelas Bilangan pelajar Mata pelajaran Topik Objektif : 28 November 2012 : Rabu : 7. kertas edaran.9. Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan ke atas tumbuhan dengan jelas.

25 . Guru bertanya kepada pelajar kesan suhu yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan.Langkah / Masa Set induksi (3 -5 minit) Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan Pengenalan. Guru bersoal jawab. Pelajar menjawab pertanyaan guru melalui pengetahuan sedia ada mereka Manila kad Langkah 1 (15minit) Penerangan isi pelajaran mengenai kesan suhu terhadap: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Pelajar menjawab pertanyaan guru mengenai kesan suhu yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar.Set induksi Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan dua gambar : 1. Gambar tanah gersang/ kawasan gurun 2. Guru meminta pelajar mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan di ajar pada hari ini. Guru bertanya kepada pelajar tempat di dalam gambar tersebut. Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru Pelajar bertanya soalan kepada guru tentang perkara yang tidak difahami berkenaan dengan topik tersebut. Gambar kutub utara / selatan 3. 4. Strategi: Berpusatkan pelajar/guru Kaedah mengajar: Penerangan & Pengukuhan BBB: Tiada Nilai: Berkeyakinan dan menghormati guru Guru menerangkan isi kandungan pelajaran.

BBB:Tiada Nilai: Berkeyakinan KBKK Menjana idea Guru bersoal-jawab. bagaimana suhu memberi kesan terhadap: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Nyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai Latihan Pengukuhan / latih tubi . 26 . Langkah 2 (15 minit) Penerangan isi pelajaran tentang kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai: .guru bersoal jawab dengan pelajar dengan memilih pelajar secara rawak. kertas edaran. Strategi: Berpusatkan pelajar/guru dan BBB. Pelajar menyatakan contoh-contoh naungan Strategi: Berpusatkan pelajar/guru . Pelajar duduk dalam kumpulan dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan. Langkah 3 (20 minit) Mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan pelajar.Latihan pengukuhan Guru memilih pelajar secara rawak untuk melengkapkan peta minda yang disediakan dihadapan. Kaedah mengajar: Pengukuhan & penerangan. Pelajar bertanya soalan kepada guru tentang perkara yang tidak difahami berkenaan dengan topik tersebut.menyediakan Naungan . Guru bertanya kepada pelajar kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Pelajar yang terpilih ke hadapan untuk menjawab soalan.menyediakan sungkupan Guru menerangkan isi kandungan pelajaran. Kaedah mengajar: Pengukuhan BBB: Sampel pokok. Guru membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan besar. Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. KBKK: Kemahiran reflektif Pelajar menyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar.memilih tapak . Guru menunjukkan beberapa pokok yang sihat dan tidak sihat yang telah dilabel. Latihan Pengukuhan Guru memilih pelajar secara rawak untuk menyatakan contoh naungan. Pelajar bertindak balas terhadap soalan yang di ajukan oleh guru.

Kaedah mengajar: Latih tubi. Nilai: Berkeyakinan dan berkerjasama KBKK Menguji kefahaman Pelajar menjawab soalan yang di berikan. Pelajar mendengar dengan teliti dan membuat catatan 27 . Guru memberi ulasan dan peneguhan kepada jawapan pelajar. BBB: Kertas soalan individu. Guru mengedarkan soalan latih tubi kepada setiap pelajar yang perlu dijawab dalam masa 5 minit Guru meminta pelajar menukarkan kertas jawapan sesama pelajar untuk semakan jawapan. Strategi: Berpusatkan pelajar/guru dan BBB. Guru merumuskan tajuk yang diajar Pelajar menanda jawapan rakan. Nilai: Berkeyakinan KBKK Menguji kefahaman Penutup (20 minit) Membuat latih tubi mengenai tajuk yang diajar.Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kesan suhu terhadap fizikal tumbuhan tersebut.

BIBLIOGRAFI Kamarudin. Kementerian Pendidikan Malaysia. & Siti Hajar. (2011). A. (2002). Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains Pertanian Tingkatan 4. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian. H. Selangor: Percetakan Warni. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. Pedagogi Asas Pendidikan.A. 28 . Tai Lung Aik. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007).

 Mengikut teknik ini.  Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.  Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.  Tatabahasa (grammer) penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.  Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataanperkataan itu.  Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. melihat.LAMPIRAN Slide Pembentangan KAEDAH PENGUKUHAN DAN LATIH TUBI KUMPULAN 8 AHLI KUMPULAN: HASHIM AZALI BIN MOHD NORDIN SITI FATIMAH BINTI HARUN WAN ROSNAIDA BINTI WAN MUSA MAIZATUL ASWAT BT TAHARIM L20112007298 L20112007310 L20112007311 L20112007294 K AED AHPENGAJAR AN L A TIHTUB I DEF INIS I  Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.  Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.  Menjimatkan masa guru. perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : 5 AS P EKK EBOL EH AN  Sebutan (accent) menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.  Meningkatkan daya ingatan dan kefasihan pelajar dalam sesuatu pelajaran.  Dapat memotivasikan diri pelajar. 29 . K EL EB IH ANK AE D AHL A TIHTUBI  Mendapat maklum balas dan keputusan yang segera.  Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu  Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan. S am b…  Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar.

Kaedah pengukuhan adalah teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran (Hasmizi Abdul Hamid.  Menghalang daya kreativiti pelajar kerana ia menekankan aspek pengulangan yang sama. Menurut Rachlin (1991). Skinner menyatakan sekiranya tingkah laku diikuti pengukuhan yang positif maka tingkah laku akan diulang-ulang sebaliknya jika tingkah laku diberi pengukuhan negatif ataupun tiada pengukuhan maka tingkah laku tidak berulang. pengukuhan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :  Pengukuhan positif  Pengukuhan negatif  Tiada pengukuhan 3. dendaan atau mengejek 30 .K EK URANGAN K AED AHL A TIHTUBI  Menghadkan kebebasan dan kemahiran berfikir pelajar. P eneg uhan pos itif : Peneguhan negatif : Guru m em beri hadiah Guru memuji. baik. contohnya bag us. Menurut beliau lagi. Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara diulangi. bijak. memuaskan kehendak individu ii. 2. tujuan pengukuhan diberikan adalah untuk: i. 2012) K aedah P eng ukuhan/P eneg uhan 4. mengurangkan tekanan dan merangsang otak.  Pelajar menjadi bosan. Guru memberi peng harg aan contohnya sijil Hukuman. K AED AHPENGAJAR AN PENGUK UH AN(P ENE GUH AN) K aedah P eng uk uhan/P eneg uhan 1.

rasional kejujuran.kualiti hasil tumbuhan . Guru bertanya kepada pelajar tempat di dalam gambar tersebut. 31 .fizikal tumbuhan 2. mensyukuri nikmat yang dikecapi dan baik hati.percambahan . Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif. Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur. Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan. 2. Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra.K esan k em ahiran peng uk uhan/peneg uhank e atas P &P : Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar. Gambar kutub utara / selatan 3. murid dapat: 1. Langkah / Masa Set induksi (3 -5 minit) Isi kandungan Pengenalan. marker pen dan pita pelekat. Menyatakan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai dengan tepat. Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.05 pagi Tempoh : 1 jam 20 minit (2 waktu) Kelas : 4 sinar Bilangan pelajar : 32 orang Mata pelajaran : Sains Pertanian Topik : suhu Objektif : Pada akhir pengajaran. Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah dihargai oleh gurunya. Menghuraikan dua daripada tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai dengan tepat. patuh.menyediakan sungkupan : Kerjasama. Catatan Manila kad Langkah 1 (15 minit) Penerangan isi pelajaran mengenai kesan suhu terhadap: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Pelajar menyenaraikan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah. R ANC ANGAN P E NG AJAR AN H AR IAN (R P H ) R ANC ANGANP E NGAJAR AN Isi pelajaran : Berdasarkan sukatan pelajaran KBSM 1. Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.Set induksi Aktiviti Guru Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan dua gambar : 1. Gambar tanah gersang/ kawasan gurun 2. Menjelaskan tiga daripada empat kesan suhu ke atas tumbuhan dengan betul. Kaedah pengajaran : Kaedah pengukuhan dan Kaedah latih tubi Bahan Bantu Belajar : kertas manila kad. 3. kertas warna. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar. berkeyakinan. Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan terhadap: . kebebasan. 4.transpirasi .9. Guru bertanya kepada pelajar faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil pertumbuhan Aktiviti Pelajar Pelajar menjawab pertanyaan guru melalui pengetahuan sedia ada mereka. R ANCANGANPENGAJAR AN Tarikh : Disember 2012 Hari : Rabu Masa : 7.menyediakan naungan . jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan. -Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru -Pelajar bertanya soalan kepada guru tentang perkara yang tidak difahami berkenaan dengan topik tersebut Strategi: Berpusatkan pelajar/guru Kaedah mengajar: Penerangan & Pengukuhan BBB: Tiada Nilai: Berkeyakinan dan menghormati guru KBKK Kemahiran reflektif Nilai-nilai murni Guru menerangkan isi kandungan pelajaran Guru bersoal-jawab Latihan pengukuhan Guru meminta pelajar menyenaraikan kesan suhu terhadap fizikal tumbuhan. Menghuraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai: . menghormati guru.memilih tapak .45pagi. keberanian. P anduan peng unaan k em ahiran peng ukuhan/peneg uhan : Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan. Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan ke atas tumbuhan dengan jelas.

Aktiviti Pelajar Pelajar menjawab soalan yang di berikan Pelajar bertanyakan guru tentang soalan yang mereka kurang faham.Pelajar menyatakan contohcontoh naungan Strategi: Berpusatkan pelajar/guru Kaedah mengajar: Pengukuhan & penerangan BBB:Tiada Nilai: Berkeyakinan KBKK Menjana idea Langkah 3 (20 minit) Mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan pelajar.Langkah / Masa Langkah 2 (15 minit) Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan Langkah / Masa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan Penerangan isi pelajaran tentang kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai: . Latihan Pengukuhan Guru meminta pelajar menyenaraikan contoh naungan.guru bersoal jawab dengan pelajar dengan memilih pelajar secara rawak.2.menyediakan sungkupan Guru bertanya kepada pelajar kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai Guru menerangkan isi kandungan pelajaran Guru bersoal-jawab Pelajar menyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. WAN ROSNAIDA BINTI WAN MUSA Penutup (5 minit) Rumusan Guru merumuskan tajuk yang diajar Guru menyatakan tajuk yang akan diajar pada kelas berikutnya iaitu: hujan dalam mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tanaman Pelajar mendengar dengan teliti dan membuat catatan Strategi: Berpusatkan pelajar / guru Kaedah mengajar: penerangan BBB: Tiada Nilai: Kejujuran KBKK Menguji kefahaman UNSUR IKLIM SUHU ANGIN HUJAN KESAN SUHU TERHADAP PERTUMBUHAN DAN HASIL TANAMAN KAEDAH UNTUK MENDAPATKAN SUHU YANG SESUAI 32 . Catatan Strategi: Berpusatkan pelajar/guru dan BBB Kaedah mengajar: Latih tubi BBB: Kertas soalan individu Nilai: Berkeyakinan KBKK Menguji kefahaman SAINS PERT ANIAN TINGKAT AN 4 BAB 2: FAKTOR Y ANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN 2.menyediakan naungan . Strategi: Berpusatkan pelajar/guru dan BBB Kaedah mengajar: Pengukuhan BBB: Kertas soalan aktiviti berkumpulan Nilai: Berkeyakinan dan berkerjasama KBKK Menguji kefahaman Pelajar duduk dalam kumpulan dan berbincang mengenai latihan yang diberikan.2 SUHU NAMA GURU: PN. Langkah / Masa Langkah 4 (15 minit) Isi kandungan Membuat latih tubi mengenai tajuk yang diajar. -Pelajar mendengar dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. -Pelajar bertanya soalan kepada guru tentang perkara yang tidak difahami berkenaan dengan topik tersebut . Pandai Guru memberi latihan pengukuhan kepada setiap kumpulan -Pelajar bertindak balas terhadap soalan yang di ajukan oleh guru. Aktiviti Guru Guru mengedarkan soalan latih tubi kepada setiap pelajar yang perlu dijawab dalam masa 5 minit Guru meminta pelajar menukarkan kertas jawapan sesama pelajar untuk semakan jawapan Guru memberi ulasan dan peneguhan kepada jawapan pelajar. bagaimana suhu memberi kesan terhadap: -percambahan -transpirasi -kualiti hasil tumbuhan -fizikal tumbuhan Nyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai Latihan Pengukuhan . Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil (5 orang) menggunakan Kaedah Slavin: Lemah + = 1Kump.memilih tapak .

menyebabkan makanan yang dihasilkan melalui proses fotosintesis akan hilang melalui respirasi. FIZIKAL TUMBUHAN  Suhu terlalu tinggi – menyebabkan kecederaan / bunga tidak normal / buah melecuh @ luruh / mata tunas tidak berkembang dengan normal. KUALITI HASIL TUMBUHAN  Suhu rendah mengurangkan penggunaan tenaga / meningkatkan penyimpanan gula / mengurangkan respirasi / mengurangkan aktiviti enzim -------.hasil tanaman dapat disimpan lebih lama. MENYEDIAKAN NAUNGAN 3.  Suhu yang tinggi diantara 21 0c – meningkatkan respirasi biji benih menggalakkan percambahan biji benih.  Apabila suhu meningkat kadar transpirasi turut meningkat.  Pertumbuhan hanya berlaku jika kadar fotosintesis melebihi kadar respirasi. MEMILIH TAPAK TRANSPIRASI KUALITI HASIL TUMBUHAN FIZIKAL TUMBUHAN 2. MENYEDIAKAN SUNGKUPAN P E R C AMB AH AN B IJI B E NIH  Suhu yang sesuai untuk percambahan adalah berbeza mengikut spesies.  Suhu terlalu tinggi atau terlalu rendah – membantutkan pertumbuhan tumbuhan.PERCAMBAHAN BIJI BENIH 1.  Percambahan biji benih turut dipengaruhi oleh ketersediaan air.  Suhu terlalu tinggi menyebabkan kadar respirasi melebihi kadar fotosintesis. 33 . 430c akan seterusnya TRANSPIRASI  Ialah proses kehilangan air melalui proses penyejatan daripada tumbuhan.  Kadar transpirasi menjadi rendah pada waktu malam kerana keadaan persekitaran lebih sejuk. Transpirasi yang berlaku pada musim kemarau boleh menyebabkan tumbuhan mati akibat kehilangan air daripada tisu-tisu. oksigen dan keadaan persekitaran yang gelap.

 Contoh naungan:1. Jaring hitam 3. MENYEDIAKAN NAUNGAN  Naungan . Anyaman daun-daun kelapa 4.MEMILIH TAPAK  Kawasan tinggi (Cameron Highland) – suhu lebih rendah / menanam tanaman seperti teh. dan kubis bunga. kubis. Bumbung yang diperbuat daripada kayu-kayu panjang yang disusun rapat. kopi (tanaman tropika). 34 .  Ia juga dapat mengurangkan kehilangan air dari permukaan tanah. rumput. pelepah kelapa/kelapa sawit atau plastik hitam.  Kawasan pamah /rendah – suhu lebih tinggi / tanam tanaman seperti padi. MENYEDIAKAN SUNGKUPAN  Tujuan sungkupan dilakukan adalah untuk mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah oleh cahaya matahari. getah.  Bahan sungkupan merupakan sisa tumbuhan seperti daun. Tumbuhan (pokok gliricidium) – melindungi koko 2.mampu mengawal tahap kepanasan / mengurangkan kesan peningkatan suhu @ cahaya matahari terik. lalang. jerami padi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful