P. 1
Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

|Views: 876|Likes:
Published by siew chang yee
Krisis yang berlaku di Perak mendedahkan lagi kepincangan yang berlaku dalam institusi raja berperlembagaan di negara kita.
Krisis yang berlaku di Perak mendedahkan lagi kepincangan yang berlaku dalam institusi raja berperlembagaan di negara kita.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: siew chang yee on Apr 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2013

pdf

text

original

KONFLIK INSTITUSI BERAJA DALAM POLITIK MALAYSIA Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mampu bertahan selama

10 bulan di Perak telah mencetuskan konflik di antara rakyat dengan institusi beraja di negara kita. Ia telah merancakkan lagi kemelut politik yang tercetus selepas tsunami 8 Mac 2008 dan terus mendedahkan kepincangan politik negara yang sudah tiba masanya untuk dirombak semula secara drastik. Kemelut politik di Perak sememangnya sesuatu yang sudah dijangka di mana Pakatan Rakyat hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti yang rapuh apabila ia hanya mempunyai lebihan tiga kerusi DUN berbanding dengan Barisan Nasional. Walaupun DAP berjaya mencapai kejayaan yang gemilang serta disokong oleh para calon bukan Melayu PKR namun situasi politik di Perak terus tidak menentu terutamanya membabitkan soal kuasa pentadbiran serta pengagihan exco di negeri tersebut. Kesempatan tersebut jelas digunakan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk dalam dua pilihan raya semula di Permatang Pauh serta Kuala Terengganu. Keputusan dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi ( Behrang ) dan Mohd Osman Mohd Jailu ( Changkat Jering ) dan Hee Yit Foong dari DAP untuk keluar parti dan memberi sokongan terhadap Barisan Nasional telah mencetuskan suasana panik di kalangan pemimpin pembangkang. Tindakan ketiga-tiga ADUN tersebut merupakan sesuatu yang berlaku di luar jangkaan setelah Pakatan Rakyat mendapat kemenangan moral apabila Datuk Nasarudin Hashim ( Bota ) ADUN UMNO mengumumkan beliau keluar parti dan menyertai PKR. Namun begitu, ia dilihat secara satu gimik politik UMNO yang cuba untuk menghalalkan tindakannya untuk merampas kuasa di Perak. Ia berikutan tindakan Datu Nasarudin yang kemudiannya bertindak menyertai semula UMNO dan membawa bersama pengunduran tiga ADUN Pakatan Rakyat yang bertindak keluar parti untuk menjadi ahli Bebas dan memberi sokongan terhadap BN. Dalam usaha untuk terus mempertahankan mandat rakyat , Datuk Seri Nizar mengambil keputusan untuk menghadap Sultan Perak bagi mendapatkan mandat agar pilihan raya semula diadakan. Malangnya usaha itu menemui kegagalan apabila Sultan Perak tidak memperkenankan langkah tersebut dan menitahkan Datuk Seri Nizar untuk meletak jawatan dan memberi laluan
1

kepada Barisan Nasional untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. Keputusan tersebut jelas mengecewakan banyak pihak dan tindakan Datuk Seri NIzar yang enggan melepaskan jawatannya serta terus mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat telah mengakibatkan Pakatan Rakyat dituduh sebagai penderhaka dan ia diperburukkan lagi dengan insiden kekecohan yang tercetus semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry di Kuala Kangsar. Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak telah dimanipulasi oleh UMNO untuk mengalih pandangan rakyat terhadap taktik kotornya dan ia ternyata berjaya menyemarakkan sentimen rakyat terhadap kedudukan dan intitusi beraja di Malaysia. Ia jelas menampakkan belang UMNO yang terus memainkan isu perkauman dan turut mengheret institusi beraja dalam kancah politik bagi mengabsahkan kedudukannya dalam arena politik Malaysia. Di mana kecundangnya komponen-komponen parti kaum yang lain seperti MCA, Gerakan, PPP dan MIC merupakan satu petunjuk yang jelas dari rakyat yang mulai menolak politik perkauman yang sempit serta tidak menyumbang ke arah pembentukan negara bangsa. Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah mencurahkan ‘minyak ke api’ apabila beberapa siri demonstrasi jalanan dilancarkan di seluruh negara dan lebih daripada seratus laporan polis telah dibuat terhadapnya. Reaksi yang begitu hebat daripada orang ramai khususnya orang Melayu terhadap kenyataan Karpal Singh dikaitkan dengan motif politik Barisan Nasional yang bertindak memperjudikan institusi beraja apabila ‘senjatanya’ politik perkauman dianggap basi. Justeru itu, ia melakukan penjenamaan semula agenda politiknya dengan memasukkan unsurunsur tambahan dengan mengutarakan isu kontrak sosial, kedudukan orang Melayu, kedaulatan Raja Melayu serta status agama Islam. Motif politik UMNO begitu ketara apabila sekumpulan pemuda UMNO yang dipimpin bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Muhamamad Khir Toyo bertindak mengadakan satu demontrasi di Pulau Pinang dan cuba menghampiri rumah pemimpin DAP tersebut. Ia kemudian disusuli dengan ugutan bunuh terhadapnya dan keselamatan Pengerusi DAP turut tergugat apabila sekumpulan penyokong UMNO Selangor telah bertindak menceroboh bangunan Parlimen bagi mendesaknya memohon maaf atas tuduhan terhadap parti tersebut. Ia kemudiannya disusuli dengan dakwaan terhadapnya di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Hasutan.

2

Perisitiwa yang berlaku sejurus kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak seharusnya dilihat sebagai satu jenayah terancang Barisan Nasional yang kemaruk kuasa serta enggan menerima hakikat bahawa mandat rakyat terhadapnya sejak 51 tahun lagi sudah berkubur . Lantaran itu, ia sanggup mengenepikan soal etika, keadilan serta prinsip-prinsip demokrasi dalam usahanya untuk terus kekal relevan dalam kancah politik negara. Serangan demi serangan dilancarkan ke atas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan Selangor, Pulau Pinang serta Kedah turut tidak terlepas daripada ancaman Barisan Nasional. Kontroversi yang melibatkan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid serta penyebaran gambar-gambar ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam keadaan yang mengaibkan telah menimbulkan keributan di Selangor. Manakala Kedah dan Pulau Pinang pula menyaksikan peletakkan jawatan dua wakil PKR, Arumugam di DUN Bukit Selambau dan Timbalan Ketua yang bertujuan untuk mengaibkan seseorang tokoh dan memanipulasikan perundangan serta menjadikan SPRM dan pihak polis sebagai medium dalam usaha memberi tekanan kepada pembangkang. Persoalan yang timbul kini ialah apakah kewajaran yang perlu diambil oleh Pakatan Rakyat dalam terus pertahankan haknya serta menjalankan kewajipan yang diberikan oleh rakyat ? Tindakan Sultan Perak yang tidak merestui pilihan raya semula serta keengganan Barisan Nasional untuk berhadapan dengan pembangkang dalam satu siri pilihan raya telah meletakkan Pakatan Rakyat di jalan buntu. Datuk Seri Nizar terpaksa mengingkari arahan pemerintah Perak untuk berundur dan bertindak membelakangi arus perdana dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Namun begitu, kejayaan Datuk Seri Nizar di pilihan raya semula Parlimen Bukit Gantang menunjukkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih utuh. Tindakannya yang menjadi penderhaka terhadap Raja demi untuk pertahankan hak rakyat berjaya meraihkan sokongan serta simpati para penduduk di negeri Perak walaupun sokongan pengundi Melayu sedikit merosot. Dalam membicarakan isu penderhakaan terhadap raja Melayu, ia bukanlah satu perkara yang baru walaupun ia sering dikaitkan dengan budaya politik pembangkang. Orang Melayu mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi beraja. Budaya tersebut telah sebati dengan kehidupan masyarakat tersebut sejak zaman feudal lagi. Ia dikaitkan dengan
3

perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Di mana hubungan akrab antara pemerintah dengan rakyat jelata telah menjadi sebahagian daripada identity dan kekuatan bangsa Melayu. Namun begitu, konflik antara rakyat dengan pihak istana telah tercetus sejak era Kesultanan Melayu Melaka lagi. Penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan Melaka yang zalim serta tidak berkaliber terus menjadi perbualan serta perbahasan sehingga hari ini. Hang Jebat yang berpegang kepada prinsip ‘ Raja yang adil, raja disembah dan raja yang zalim, raja disanggah’. Tindakan penderhakaan itu jelas bertentangan dengan budaya orang Melayu yang berpegang teguh kepada pepatah ‘ Biar mati anak jangan mati adat ’. Pembunuhan Hang Jebat oleh rakannya sendiri, Hang Tuah membuktikan kesetiaan orang Melayu terhadap institusi beraja namun begitu, ia gagal menghalang empayar Melaka daripada menerima ‘tulahnya’ apabila ditewaskan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511. Badi Kesultanan Melayu Melaka berterusan di Johor apabila warisnya yang terakhir, Suitan Mahmud II mati dibunuh oleh pembesarnya sendiri. Laksamana Megat Sri Rama bertindak nekad membunhu Sultan Mahmud II yang bertindak zalaim membelah perut isteri Sri Rama yang mengidamkan nangka diraja. Kejadian tersebut dikaitkan dengan perisitiwa ‘Sultan Mahmud mangkat dijulang’. Deretan peristiwa yang berlaku membuktikan bahawa masyarakat Melayu yang terikat dengan konsep ‘daulat’, ‘tulah’ mahupun ‘derhaka’ masih mempunyai kewarasan apabila berhadapan dengan soal keadilan dan kemanusiaan. Lantaran itu sikap taat setia terhadap institusi beraja perlu dilihat dari konteks yang lebih luas dengan mengambil pertimbangan seperti ketetapan dalam perlembagaan, keadilan, amalan demokrasi serta perbezaan pemahaman serta budaya masyarakat Malaysia yang bersifat plural. Dalam konteks sejarah moden pula, konflik istana dengan golongan politikus yang dikatakan mewakili kepentingan rakyat juga tidak kurang hebatnya. Tengku Razaleigh dalam kenyataan kepada Malaysiakini mendakwa ‘tiada siapa yang telah mendatangkan kemudaratan yang lebih serius terhadap institusi beraja selain daripada UMNO’. Tengku Razaleigh dalam laman webnya menegaskan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat mengingkakri arahan Sultan Perak bukanlah insiden pertama perbuatan derhaka orang melayu terhadap sultan. Ini kerana UMNO dikatakan bertindak melucutkan kedaulatan raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan terhadap undang-undang persekutuan yang membolehkan sesuatu akta yang diluluskan di keduadua dewan rakyat dan negara dilaksanakan walaupun tanpa perkenaan sultan. Ia turut
4

melucutkan imuniti raja-raja melayu. Lantaran itu beliau mempersoalkan siapakah yang mendatangkan ancaman terhadap institusi beraja ? Adakah demonstrasi yang diadakan selama beberapa hari atau tindakan UMNO yang merampas kuasa raja-raja Melayu semasa krisis dalam parti tersebut? Lantaran itu, tindakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta segelintir pemimpin UMNO yang lantang mengkritik barisan pembangkang dilihat hanyalah satu gimik politik murahan menjelang perhimpunan Agung UMNO. Konflik istana dengan rakyat turut mendapat perhatian raja-raja Melayu yang melahirkan kekesalan terhadap situasi yang berlaku dan menggesa agar semua pihak menerima perlembagaan negara serta menghormati kedudukan raja-raja Melayu seperti yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan tersebut. Ia perlu bagi memastikan kesinambungan dalam keselamatan serta keharmonian kaum. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah berpendapat bahawa tindakan sesetengah pihak yang bersifat radikal dan terus mempersoalkan hak istimewa akan menjejaskan perlembagaan dan baginda gusar ketamadunan Melayu akan digugat. Lantaran itu, baginda menggesa agar orang Melayu bersatu bagi terus mempertahankan identiti bangsa Melayu itu sendiri dengan memperkemaskan takrif Melayu. Di mana orang Melayu perlu diikat dengan adat, disimpulkan dengan dengan bahasa serta disalut dengan agama. Peranan institusi beraja yang bersifat raja berperlembagaan sememang perlu terus dipertahankan malah ada yang berpandapat imuniti golongan tersebut perlu dipulijkan bagi memastikan institusi itu terus relevan dan mengelakkan pencabulan berterusan oleh pihak tertentu. Lantaran itu sudah tiba masanya, semua pihak berganding bahu dalam usaha memartabatkan institusi beraja semoga golongan pemerintah itu dapat melaksanakan tugasnya sebagai ketua negara serta mampu menangani konflik ekonomi, politik serta sosial yang semakin runcing di negara kita. Ia selaras dengan kepercayaan masayarakat Tionghua yang menekankan bahawa seseorang pemerintah itu merupakan wakil dari langit ( tian ) untuk memerintah dan madat baginda bergantung kepada kewibawaannya serta keadilannya. Kegagalan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat jelata alan mengakibatkan pemerintah itu hilang mandat dari syurga. Ia dapat dilihat apabila negara mulai ditimpa pelbagai bencana lantaran itu, pemerintah itu wajar digantikan. Raja Hishamuddin Rais dalam artikalnya di Malaysiakini yang bertajuk Ahkirnya Tinggal Empat Ekor berpendapat "Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal empat ekor raja sahaja iaitu Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."
5

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->