You are on page 1of 20

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang
menyempitkan skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan
beratap,mempunyai meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari
buku. Tanggapan ini adalah bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam
konteks yang sebenar bilik darjah mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan
kata kunci tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,maka
bilik darjah boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana
tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu
pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep bilik darjah
sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa
mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam
tempoh masa tertentu.
Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?.
Jawapannya ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan
sistem pendidikan Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang
pelajar berada di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari
seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik
darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran begitu
juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok dijadikan sebagai tempat
kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga
boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira dimana sekalipun asalkan
berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan
ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah
sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-
negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.
Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi
pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat
seperti sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah
pengawasan seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti
kerusi,meja,meja guru dan papan hitam yang disusun mengikut piawaian
memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah tetapi, bagaimana pula dengan
sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar
yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sians dan sekumpulan
pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di pusat sumber?. Adalah
ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya?. Bilik
darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru
dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai
matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit
sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks.
Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa
dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk
pengajian seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan
mengarah tujuan.
Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku
guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan
menngekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988),
mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik
darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur
dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan
keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru
dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang
berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan
aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat
yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau
juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif,responsive
dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk
membezakan anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan
membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, mereka
berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan
proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak
untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam
pengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah
pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya.
Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik
darjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah
terbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik
murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan
KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi
sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru
menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya
pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru
lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran
menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru
serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan
pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih
berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di
dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang
disampaikan oleh guru.

Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di
beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM
pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan
pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini
mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah
tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara
berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan
pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang
digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM
disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga
diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang
menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM


1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan
tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan
pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang
kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Bilik darjah mata pelajaran khas

Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan.


Antaranya ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni
perusahaan,pusat sumber dan sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini
dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuat
demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam
amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan peljar
menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan
dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen
dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi
dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.

Bilik darjah terbuka

Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka


R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu
‘pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-
bahan pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada
pendekatan dan strategi pembelajaran’.
Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untuk
merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke
peringkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai
pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada
secara berkumpulan atau individu.
Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa
orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk
membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah
terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu
tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti
pelajaran selepas berbincang dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah terbuka:


1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu
2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.
3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.
4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn
5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat
7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan
8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred.
9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secara
terbuka dan jujur.

Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik
darjah hanya berperanan sebagai pembimbing,pengurus
pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau fasilitator. Ini jelas berbeza dengan
bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada ini
ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasana
berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan dari luar
untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah
terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah
yang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan
menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.
MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan
matlamat yang tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku
rancangan pengajaran. Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik
mesti mempunyai azam mendidik pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang
berguna,boleh memberi sumbangan kepada masyarakat
sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain. Matlamat-
matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran. Tetapi
adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu
wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya
sebagaimana yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah
yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Masalah-masalah telahpun dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi
oleh kebanyakan guru. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
1 )Masalah komunikasi
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu
pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak
langsung. Komunikasi dalam konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada
dua kategori iaitu komunikasi secra lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi
“verbal” dan yang ke dua ialah komunikasi secara bukan lisan atau “non verbal”.
Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat ataupun idea
secara lisan daripada seorang individu iatu guru kepada sekumpulan pendengar
atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau
maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami.
Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat
melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan
sebagainya. Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju
atau menerima,senyuman bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan
kajian yang telah saya jalankan dapat saya spesifikkan masalah komunikasi ini
kepada beberapa sebab iaitu:

a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media


yang menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi
ialah berpunca dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang
kurang jelas.Sekiranya menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami
masalah apatah lagi pendenagar dan penutur merupakan dua individu yang
menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru yang tidak
pernah lekang dari menggunakan loghat daerah sedangkan pelajarnya adalah
individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru yang
sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris dalam subjek
yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian Ketua
Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato’ Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan
Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat
daerah punca bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah
pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.Situasi ini
membawa implikasi yang sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak
memahami isi pengajaran yang disamapaikan walaupun guru tersebut
menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik.
b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada
masalah dalam berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa suara seorang guru guru adalah
sangat penting kerana ia adalah alat perantara dalam proses komunikasi.
Ketidakjelasan suara guru boleh membuatkan proses komunikasi dalam
penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan terhalang atau boleh
menimbulkan kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan oleh seseorang
guru tersebut suara guru mesti lantang serta mampu didengari oleh semua
pelajar dan guru perlu bijak berintonasi kerana suara guru yang hanya mendatar
dari awal pengajaran sampai ke akhir pengajaran akan membuatkan pelajar
cepat bosan. Guru juga perlu pandai menggunakan kemudahan yand disediakan
oleh pihak pengurusan, sebagai contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan dalam
ruang yang sangat luas guru mestilah menggunakan pembesar suara.
c) Keegoaan dan autokratik - sikap guru yang ego dan menganggap pelajar perlu
menerima sebulat suara apa yang disampaikan dan keautokratikan guru yang
tidak memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara menyebabkan
terjadinya komunikasi sehala yang sekaligus akan menjejaskan keberkesanan
dalam proses menyampai dan menerima maklumat. Ini kerana guru hanyalah
manusia biasa yang sekali sakala tidak dapat memerdekakan diri dari salah
menaympaikan dan silap menganggap.
d) Kegagalan mengawal emosi - emosi atau perasaan boleh mempengaruhi
seseorang ketika berkomunikasi. Guru yang dalam keadaan marah ada kalanya
menjadi tidak rasional. Tidak sepatutnya sebagai seorang guru tidak mampu
mengatasi masalah yang selalu bertapak dalam hidup manusia normal,justeru
guru mestilah bijak mengawal emosi agar penyampaian yang dilakukan dibalas
dengan penerimaan yang baik oleh pelajar. Pelajar sepatutnya menerima
pelajaran dalam kedaan hormat kepada guru bukannya dalam ketakutan dan
terpaksa.
e) Gangguan di luar bilik darjah - sekalipun guru mampu mengawal keadaan
dalam bilik darjah dari kebisingan dan kebingitan pelajar tetapi bagaimana
sekiranya gangguan itu berpunca dari luar seperti berhampiran bilik darjah itu
adanya pembinaan bangunan atau aktiviti luar bilik darjah bagi kelas lain?.
Kebiasaannya pelajar akan tertarik kepada apa yang berlaku diluar bilik darjah.
Hal ini mengimpakkan peyampaian guru terjejas dek ketidaktumpuan pelajar
terhadap proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Sebagai guru,kita
mestilah bijak menangani masalah sedemikian dengan kreatif samada
mengambil inisiatif lain. Sekiranya guru dapat mengatasi masalah ini saya yakin
proses pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
1) Masalah disiplin
Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk
menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah
yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan
harmonis. Dengan ini segala aktivit pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin. Tetapi salah satu masalah yang
sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini bermakna segala apa yang
dijelaskan di atas menjadi sebaliknya.
Secara am,disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu
kelompok bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu,disiplin juga boleh
disifatkan sebagai pemikiran cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa
kepada sifat rasional dan keyakinan diri.
Dalam konteks pendidikan,disiplin seorang pelajar bukan sahaja
dipengaruhi oleh sekolah malah,pembentukan disiplin pelajar juga sering
diopengaruhi oleh persekitaran dan masyarakat di luar sekolah. Selain itu,disiplin
pelajar juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang
dewasa seperti ayah dan ibu,guru dan pemimpin masyarakat.
Zaman berubah bererti membawa perubahan kepada pemikiran
seseorang terutama pelajar. Kemasukan anasir-anasir laur yang tidak sepatutnya
telah banyak menyumbang kepada pertambahan masalah disiplin pelajar.
Individu yang sentiasa berhadapan dengan cabaran ini ialah guru yang boleh
diibaratkan sebatang lilin.
Untuk menerengkan lagi masalah berkaitan disiplin dalam pengurusan
bilik darjah ini saya bawakan satu situasi iaitu Abu,Kim Seng dan Muthu adalah
kawan karib di dalam tingkatan 5 cempaka,mereka sering tidak hadir ke sekolah.
Apabila mereka disoal oleh guru,mereka hanya menjawab mereka sakit tanpa
membawa surat perakuan doktor. Situasi ini adalah satu bentuk masalah disiplin
yang kerap dihadapi oleh guru.
2)Kesihatan murid
Kesihatan murid juga merupakan salah satu masalah yang sering
dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah. Bertitik tolak dari cogan kata
‘badan sihat otak cergas’ membuktikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang sihat
sahaja dapat memberiakan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran
guru. Bagaimana pula dengan keadaan pelajar yang tidak mendapat rehat dan
tidur yang cukup seperti pelajar yang berkerja sambilan di malam hari sehingga
lewat malam?.
Sudah pasti pelajar ini tidak dapat memberi tumpuan kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung,mereka sering berasa gelisah
malah terdetik di hati mereka lambatnya guru ini hendak menghentikan
pengajaran dan tidak kurang juga ada yang curi-curi tidur sehingga betul-betul
terlena. Keadaan seperti ini membawa masalah dan mengganggu keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran sedangkan,dalam prinsip pembelajaran
menekankan apsek persediaan pelajar untuk menerima pengajaran dan
pengelibatan pelajar yang aktif.
3)Susun atur dan peralatan
Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga
akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek
susun atur sebuah bilk darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian
punca untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja
dan kerusi guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang
utama iaitu bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang
ke duanya ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi
ini berlaku kepada guru yang mengajar di sekolah harian. Bagi sekolah
berasrama penuh seperti MRSM dan SMKA saya rasa rasa ia bukanlah suatu
masalah kerana bilangan pelajar denagn ruangan bilik darjag memanag
terpiawai.Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan
sahaja akan mempengaru tingkah laku pelajar malah ia juga boleh
mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada akademi pelajar.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik
mungkin maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah
negatif. Saya yakin sebagai seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang
baik,sempurna dan positif dalam setiap perangkaan yang dibuat tetapi
adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa mengalami kegagalan di sebabkan
masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti masalah yang saya nyatakan
di atas memenag adalah suatu masalah yang pada mata kasarnya tiada
penyelesaiannya kerana bilanagn pelajar dan ruang bilik darjah memang tetap
dan tidak boleh diubah-ubah.
Ditinjau dari aspek peralatan pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan
itu tidak mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau
dengan kata lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah
rosak samada rosak atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan
hitam,penyapu,peralatan di ruangan belajar seperti almari malahan kadang-
kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun turut rosak atau dirosakkan.
Peralatan-peralatan seperti ini memeang tidak dapat dinafiakan bantuannya
dalam proses pengajran dan pembelajaran yang berkesan telah pun disediakan
oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti papan hitam
mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah yang
guru dan bakal guru akan hadapi. Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan
alasan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti
melepaskan batuk di tangga.

Cadangan-cadangan dalam penambahbaikkan bilik darjah supaya boleh


diurus dengan efisyen

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri


seorang guru,iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.
Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan
guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti
tegas,demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru
bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa
mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar
tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif,sihat dan
positif untuk menggalakkan pembelajaran.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan
kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan
akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi
dan pengelibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai,
seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-
prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru,iklim bilik darjah dan
pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip tersebut
adalah seperti berikut :
1)Hubungan baik antara guru dan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah
mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
maka,kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antara
guru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai
individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru
debagai orang yang akan membantunya.
2)Sikap guru yang optimis.
Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan
kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru
memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
3)Bersikap positif kepada semua pelajar.
Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan
bilik darjah yang berkesan dan efisyen,untuk mendapatkan kerjasama daripada
pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah,guru mestilah bersikap
positif terhadap semua pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih
perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak
digemari,bukannya diri mereka. Biasanay apabila mereka sedar bahawa guru
mengambil berat tentang mereka,mereka akan lebih bersifat terbuka,berkongsi
dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
4)Mencegah lebih baik dari merawat.
Pepatah inggeris ada menyebut “prevention is better than cure”. Pepatah
ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang
guru,mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil
tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam
mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah,menghalang pelakuan negatif
pelajarnya.
5)Prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas
dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar
yang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan
mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru.
6)Memberi dorongan yang positif.
Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai
pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan
positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang
sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat
kekerapannya.
Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip
pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik
darjah yang efisyen. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh
seorang guru sebagai pengurus. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal
yang cekap,komunikasi yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap.
1)Pengurusan fizikal
Salah satu cara untuk memperbaiki suasana pembelajaran yang
menggalakan adalah dengan cara menyusun persekitaran fizikalnya. Menurut
Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap
pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada
peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik
darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang
menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah
dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur
suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan
peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik
darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti
mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana
cara sepatutnya pembelajran iti harus dijalankan.
Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat
menmpung aktivit-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat
arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas,guru
dapat menguruskan kperluan akademik,social dan juga emosi pelajar. Antara
fungsi penting susun atur :
1) Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat
oleh pelajar.
2) Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru di
dalam bilik darjah.
3) Mengurangkan segala gangguan supaya pelajar dapat terlibat secara aktif
dalam pembelajaran.
4) Memastikan guru dan pelajar masing-masing merasa selesa.
Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola
kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap.
A) Pola kedudukan pelajar
Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang
dominan ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam
menyusun kedudukan kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa
semasa pengajaran dijalankan. Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung
kepada jumlah pelajar dan berapa luas bilik darjah tersebut.
Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat
memudahkan lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka
dapat membantu di antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan
kerja berkumpulan atau berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian.
Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keparluan serta
kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga
antara guru yang tidak mahu peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan
rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun
bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya
menghadap ke hadapan kelas.
Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang
normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering
didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain
dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat
belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan
pelajar juga terhambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau maslah
pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau
inisiatif lain lg tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya.
Menurut Wolfgang (1996), semua pelajar digalakkan melihat guru mereka
dengan baik dan begitu juga guru. Meja guru haruslah sentiasa berada
berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang lebih umapamanya
mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam pembeljaran.
Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di
belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru.

B) Peralatan yang lengkap


Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh
pihak sekolah juga akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal
bilik darjah tersebut. Memang pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan
asas seperti papan hitam,almari,alat-alat membersih teapi yang menjadi
masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan secara berkala seperti
setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh
jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan sebagainya.Apabila
alatan atau perkakas yang dapat disediakan adalah terhadad dan terbatas,guru
mesti menggunakan cara lain untuk memperoleh alatan atau perkakas tersebut
seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan terutamanya daripada ibu bapa
pelajar yang berkemampuan.
Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan
maslah-masalah seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan
mereka kalau pelajar tersebut dari tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga
dan ke atas,menganjurkan gotong royong kelas untuk mengumpul alatan-alatan
tersebut,setiap pelajar bawa satu alatan contonhya. Dengan ini,ianya bukan
sahaja emnggalakkan pengelibatan pelajar tetapi juga menyemai kemesraan di
antara guru dengan pelajar,pelajar dengan pelajarWalaubagaimanapun,segala
aktiviti seperti ini mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak pengurusan
sekolah terlebih dahulu.
Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau
kaedah yang boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang
menyeronokkan yang dapat menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen
dekaligus dapat meningkatkan lagi pengajaran serta pembelajaran di kalangan
pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif serta inovatif,tentunya pelajar-pelajar akan
memeperoleh banyak manfaat dengan belajar dalam bilik darjah yang
ceria,selesa dan sihat.
2 )Komunikasi yang berkesan.
Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi
merupakan sesuatu yang komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002),
komukasi merupakan proses untuk membina atau mengongsi makna dalam
perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan. Proses ini
melibatkan peserta,konteks,mesej,wujud atau tidak sebarang gangguan dan
maklum balas yang diterima. Dengan ini,komunikasi digambarkan dalam bentuk
strategi arahan yang perlu dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.
Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian
ilmu. Pada hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa
tetapi,biarlah penggunaan bahsa guru itu sesuai dengan keperluan dan
kebolehan pelajar bagi setiap mata pelajaran. Guru haruslah menggunakan
kefahaman dalam komunikasi samada komunikasi itu dalam bentuk lisan
ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah menetapkan cirri-ciri yang harus ada
dalam komunikasi iaitu :
1) Adanya pertukaran informasi
2) Proses berlaku dalam system komunikasi
3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif.
4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza.

Pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan komunikasi antara guru


dan pelajar serta dikalangan pelajar juga. Komunikasi yang berlaku antara guru
dengan pelajar banyak dalam bentuk lisan selain dalam tulisan dan bahsa
isyarat. Oleh itu,kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting bagi seorang
guru. Kecekapan berkomunikasi akan meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki
kemahiran berkomunikasi di bilik darjah ialah :
1) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi
Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan
suasana yang kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan
untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuaraka pandangan
walaupun pandangan itu tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.
2) Menggunakan bahasa yang berkesan.
Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam
menyampaikan ilmu. Dalam proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah
menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat,jelas dan ringkas. Penggunaan
bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan pemahaman pelajar
malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir pelajar.
3) Menyesuaikan dengan situasi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu
pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara
berkomunikasi antara setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh,jika
berkomunikasi denagn pelajar yang lemah kognitifnya maka guru perlulah
menggunakan aras komunikasi yang rendah dan begitulah sebaliknya.

3)Menangani disiplin bilik darjah.


Disiplin bilik darjah juga adalah satu masalah utama yang sering dihadapi
oleh guru terumanya guru yang baru menyandang jawatan. Bagi guru yang baru
menyandang jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan
peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai
pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup
dengan hanya teori-teori yang dipelajari di universiti. Walaubagaimanapun ini
bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada guru baru kerana mereka
boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat. Terdapat banyak cara
untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi aman,sihat,kondusif dan
efisyen.
Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan
masa dengan lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa
dengan sebaiknya adalah berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada
salah laku tersebuat adalah ringan atau lebih serius. Sebagai contoh semasa
guru sedang mengajar seorang pelajar mengganggu pelajar yang lain maka,di
sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk menegur atau membuat
dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang baik merangkap pengurus
sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan pepatah inggeris yang
menyatakan ‘prevention is better than cure’. Dari situlah sekiranya guru berjaya
mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru ada dapat
dugunakan dengan lebih efisyen dan sebaiknya.
Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga perlu
menyediakan pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat
ditingkatkan. Dalam bilik darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan
merasa bosan dan masa tidak terbuang. Selain itu juga,guru haruslah sentiasa
memberi perangsang kepada pelajar dengan menunjukkan sikap dan sifat yang
baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan masalah dan
mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah
tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkah-langkah di atas
adalah cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar ianya
dapat diurus dengan efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan
pendidikan yang berkesan kepada rakyat.
BIBILIOGRAFI

1) Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for


elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
2) Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a
professional decision-making model. USA:Allyn&Bacon.

3) Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of


Akron.
4) Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New
Jersey: Pearson Prantice Hall.
5) Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and
Discipline. Boston:Allyn and Bacon.
6) Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA:
Clark Baxter.

You might also like