120586081-110605182-Nota-PJM-3110

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. JAIS SAIRUS

NOTA PJM 3110
Tajuk 1 : Sejarah Dan Perkembangan Pj
Pj zaman purba

-

Zaman manusia purba dan kecergasan manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan dan berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

-

Zaman neolitik (revolusi pertanian) gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan dalam bidang pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang.

-

Tamdun kuno(China dan india) masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehingga masalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious

menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan.

di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah 1

diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antara tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan
IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.eRDa

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI
PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. JAIS SAIRUS bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan. Timur tengah mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar. Zaman greek (Athens) masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens terkenal dengan bidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi Sparta lebih kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu pada prinsip demokrasi. Aktiviti fizikal masyarakat Athens bertujuan untuk membina tubuh badan yang sihat agar hidup lebih aktif dan pentingkan nilai estetik.

masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimana kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.

Pj zaman renaissance lebih kurang sama dengan pj masa kini. dilakukan untuk kebaikan sendiri. menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni. merupakan salah satu saluran untuk memberikan ketenangan jiwa dan melahirkan tubuh badan yang sihat. 3 kumpulan utama zaman renaissance. 2

IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.eRDa

golf dan sebagainya. Contoh. Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. pertukangan dan kebun. Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Realism – pendidikan fizikal sebagai sebahagian drpd akal yang sihat dalam tubuh yang sihat (utamakan penjagaan tubuh). Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik). Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh.menghargai pendidikn dalam sukan seperti memanah. permainan masa lapang (tradisional). Pj di Malaysia - Era prakolonial (sebelum penjajahan inggeris) pj melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian. Pj moden Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. serta seni mempertahankan diri. Terdapat perbezaan permainan antara golongan istana dan golongan biasa. renang dan lari berpagar. 3 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. manakala murid lelaki diberi latih tubi.   permainan2 baharu seperti badminton. bola sepak dan ragbi diperkenalkan oleh penjajah dan pedagang.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. bola sepak. seimbang dan harmonis dari segi JERIS. - Era penjajahan inggeris  pj formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan. JAIS SAIRUS    Humanis. pj diperkenalkan untuk mengekalkan status quo penjajah iaitu latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. 1890an murid perempuan mula diajar olahraga.eRDa . Moralis – aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan.

Era penjajahan jepun  rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala. Masyarakat sedar akan kepentingan pj.   1940an sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI untuk adakan sukatan yang formal untuk sekolah. latihan kawad dan permainan. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai mata pelajaran kekal disekolah. senaman diadakan 30 minit sebelum masuk belajar.   1920an keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman. Setiap pagi murid terpaksa membuat senaman beramai-ramai selama 30 minit. - Era penjajahan british (sebelum merdeka)  tujuan pj sama dengan tujuan semasa penjajahan inggeris. Bertujuan untuk membolehkan semua sekolah 4 menggunakan satu sukatan pelajaran yang baru dan sesuai bagi masyarakat dinegara kita. Sukatan berasaskan latihan fizikal. rancangan latihan guru pj dilancarkan ke seluruh negara. Wujud sukatan untuk murid lelaki dan perempuan.  1940an sukatan pelajaran pj telah dikaji semula untuk dikemas kini supaya selari dengan perkembangan pendidikan.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Guru tempatan dihantar ke luar Negara bagi meluaskan pengetahuan tentang PJ. 1950an kepentingan pj meningkat kerana diwajibkan disemua sekolah. Latihan jasmani ketika itu bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan.  latihan jasmani (tai sho) diperkenalkan kepada murid. Arahan dalam bahasa jepun dan pengajaran jasmani lebih bercorak ketenteraan. JAIS SAIRUS  1913 maktab perguruan di matang perak ditubuhkan untuk memberikan latihan kawad kepada bakal guru dan galakkan mereka memasuki pasukan sukarelawan. 1930an rancangan pj untuk sekolah telah dimulakan. taat kepada pemerintah dan berdisiplin. Penguhasa pj di negeri2 selat telah dilantik. - Era selepas merdeka  1960an sukatan pelajaran pj dikaji semula.eRDa . Melalui kursus perkhidmatan.

Pj menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah. Pj dimasukan dalam kurikulum kursus diploma pendidikan di UM bagi melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran pj. JAIS SAIRUS  usaha meningkatkan mutu pj disekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK. 1958 KPM tubuhkan MSSM. 1970an sukatan pj disemak semula dan dikeluarkan dalam bm dan bi (menjurus kepada pergerakan dan kemahiran termasuk tarian dan gimnastik). 5 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.    pj disekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan.eRDa .PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan di sekolah. Kursus satu tahun diadakan di MPIK dan kurikulum adalah sama dengan KDP pj di Britain.

sosial. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal. neuromaskular. iaitu psikomotor. i. emosional dan estetik. iv. yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Teori Dan Falsafah Pembentukan Kurikulum Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor. iii. JAIS SAIRUS Tajuk 2 : Konsep. ii. Hal ini bermakna. memperoleh pengetahuan.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. budaya. mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. kognitif dan afektif. v. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh.eRDa 6 . satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik. 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan. dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Baley & Field (1976). semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. intelektual. Freeman (1977. Barrow (1971. 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik. Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.

Pendidikan psikomotor. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. emosi. estetika dan kesihatan 7 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.eRDa . Serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani – Clark W. Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalamanpergerakan–DelbertOberteutter. yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. peramah. Pendekatan ang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iait penglibatan murid secara aktif dan selamat. baik hati. bahan. murah hati dan peribadi yang dinamis – J. Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. berdikari. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca. rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. JAIS SAIRUS FPK ini. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial. memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Pendidikan Jasmani Untuk Semua Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. interaksi yang kreatif dengan rakan. Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. dan alat. intelektual. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.F Williams. Hetherington. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN.

aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah. melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. kemahiran motor kanakkanak menjadi semakin halus dan lebih halus. memanjat dan berlari. Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak. bola tangkis dan sebagainya. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. berbanding peringkat awal kanakkanak. berkasut roda. pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal. pj membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. JAIS SAIRUS Tajuk 3 : Kepentingan PJ Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. alatan dan tempat beraktiviti.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. berenang. menari. kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri. 8 Dengan perkembangan yang begitu terurus. bermain bola sepak. Sebaik sahaja kanak-kanak IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. melalui pj.eRDa . mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

JAIS SAIRUS berpindah ke sekolah rendah. Dengan memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah. dan sebagainya. menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Ketika umur 6 tahun. bergayut di palang-palang. para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor. Walaubagaimanapun. dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. dalam proses pembelajaran yang mereka lalui. melompat atau berbasikal. Kepentingan dari segi perkembangan mental Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanakkanak sudah dapat menempuhi operasi formal.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir. mengira dan menulis. mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. Seterusnya. mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari. melempar bola. Kepentingan dari segi emosi Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah yang ada. IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.eRDa 9 . bahagian hipotalmus mereka semakin matang. Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah.

mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling. JAIS SAIRUS Dalam masa yang sama. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Ontohnya. lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Ini kerana. Kepentingan dari segi sosial Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya.eRDa . Pada tahap ini. Namun demikian. kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk mencuba sesuatu yang baru. mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai. 10 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.

PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. - Konsep dalam P&P. - Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai2.Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsurunsur ilmu pengetahuan kemahiran . terasing. bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh. bercantum. Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. Ini tidak ada kesepaduan. Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Penyerapan 11 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. tercerai atau terpencil. Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran. - Kesepaduan-keadaan bersepadu. JAIS SAIRUS Tajuk 4 : Huraian Dan Tafsiran Sukatan Pelajaran PJ Kbsr Konsep kesepaduan. Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata – mata tertumpu kepada kemahiran. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif. penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani - Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu. dan bersama . Contohnya: i. Halaman 1112.Baris 16). perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4.eRDa . Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah Penggabungjalinan Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu. ii. bukannya terpisah.

mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral. JAIS SAIRUS Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain. Di sini pergabungan dengan subjek sains. Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga. Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. - Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah. Cara Pelaksanaan - Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh : Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu. - Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata pelajaran) Contoh : ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani. Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah.eRDa 12 . Contoh : PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid – murid. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. - Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain) Contoh : Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita.Bagi menjamin perkembangan JERIS murid. - Kesepaduan antara aspek teori dengan amali. Contoh : PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Dalam PJ. - Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN.

olahraga. Kesukanan Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. 13 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik. Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti. JAIS SAIRUS adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Kecergasan Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan. etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. 2. 3. kerjaya. gimnastik.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. pergerakan kreatif dan rekreasi. Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali. Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu : 1. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan. bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.eRDa . pengurusan.

guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga mereka semasa mengajar.pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. - Kemudahan2  sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti pj. pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk kepada kapasaiti murid. JAIS SAIRUS Tajuk 5 : Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ Infrastruktur dan tenaga pengajar - Kemudahan   setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah. Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik beratkan. IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj.  Kemampuan kewangan sekolah .  Kepakaran . Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan. Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbangan daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah. Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid.setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru.  Peralatan .  Antara garis panduan yang perlu dipatuhi: Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas.  Tenaga pengajar .eRDa 14 .

minat.susun nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan) 15 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.\  Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan.betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko. Arahan diberikan jelas. Perkembangan murid pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu:  Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti. penghargaan dan nilai. sikap.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. JAIS SAIRUS Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum.  pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)  kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)  aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)  analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut)  sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun)  penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).eRDa .  penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)  gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri)  penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat)  organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal = konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya. emosi.

eRDa .cara hidup (yg merangkumi cara bertindak. Tempat . Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina 16 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. berkelakuan. kawasan a. Persekitaran . JAIS SAIRUS  perwatakan  (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup) Psikomotor pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). ii.  Persepsi  Persediaan  pergerakan terkawal  pergerakan mekanistik  pergerakan kompleks  pergerakan suaian  pergerakan cipta  Sosial (hubungan/tingkah laku sosial)  Berhubung  Berkomunikasi  melibatkan diri  berunding  bekerjasama  menghakim  memulakan  menukar Persekitaran budaya dan tempat i. Disamping dilatih menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian.ruang.kawasan di sekeliling sesuatu tempat Budaya .PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa iii. dan berfikir) serta segala hasil kegiatan. budaya setempat = guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat.

penyelaras program sukan = masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif. pengaruh politik = aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. i. tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj. iii. Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. b. Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua murid). negeri dan kebangsaan). JAIS SAIRUS semangat.eRDa . Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang mahir). 17 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. ii. c.

- Dengan perancangan yang rapi. - Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna . JAIS SAIRUS Tajuk 6 : Persediaan P&P PJ Rancangan Kerja Tahunan - Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah. 18 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. - Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.eRDa . - Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. - Disahkan oleh Pentadbir Sekolah. berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran. maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.satu perancangan yang rapi perlu diadakan. - Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . - Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju. - Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. - Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas. - Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan.

masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.peralatan dan kemudahan. Jika saiz kelas itu besar. tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. ii.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN.eRDa 19 .kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu. Dalam persoalan ini. Persekitaran pengajaran Selain daripada objektif. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia. Latar belakang pelajar Tidak semua pelajar adalah sama. Latar belakang guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut : i. iii. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. iv. Jumlah masa pengajaran Sejak bukan Disember 1993. faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas. Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. JAIS SAIRUS Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.

Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan. bahan bantu mengajar agar p&p dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.eRDa 20 . JAIS SAIRUS terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Rancangan Kerja Mingguan i. teknik mengajar. Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah. Penyediaan Rancangan Kerja Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p. senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester. Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Guru perlu merancang isi pelajaran. Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif. Persediaan butir-butir am pengetahuan lepas kemahiran objektif pelajaran penggabungjalinan IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar. Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula. Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani. ii.

JAIS SAIRUS sumber pengajaran pembelajaran penerapan nilsi Kepentingan Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur - Tidak melangkau Sukatan Pelajaran Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat 21 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN.eRDa .

Kebijaksanaan memilih pendekatan. 22 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek. Gabungan . Tradisional . ujian dilakukan berasaskan ciri2 murid. ii. Humanistik . Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif. ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya. kesedaran kepentingan belajar dan meransang pembelajaran murid. Pembelajaran sehala. iii. 2. 3.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Edward m. Kaedah Dan Teknik P&P PJ Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan kepada objektifnya (dalam jangka masa panjang).anthony. Guru sebagi fasilitator yang memberikan motivasi.kaedah dan teknik p&p.gabunagan tradisional dan humanistik. Kaedah Satu siri tindakan guru yang sistematik. JAIS SAIRUS Tajuk 7 : Strategi.eRDa . Guru membuat analisis keadaan fizikal. konsepnya adalah berteraskan kepada: i. Strategi penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Kecekapan merancang kaedah dan teknik.kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri.1963 satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik (diterima tanpa keraguan). Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan. Jenis-jenis pendekatan: 1. 1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki. Berdasarkan objektifnya.

pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang sesuatu tugas dilaksanakan.pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. iii. (taksonomi bloom) iv. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan. Teknik kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar. menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur. Kaedah pembelajaran kolaboratif . Kaedah penemuan (inkuiri) .pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal.eRDa 23 .kumpul maklumat. dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan.rancang penyelesaian. vi. Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru.pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan.tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Murid berkongsi maklumat. ii. Kaedah kuliah .PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. i. JAIS SAIRUS Jenis-jenis kaedah: i. tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal. v. Teknik Demonstrasi . vii. Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL.tafsiran dan kesimpulan.dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti masalah.berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran. kecerdasan dan minat. Kaedah demonstrasi .tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran tertentu. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif pembelajaran yang sama. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. viii. Kaedah perbincangan . Kaedah projek . Kaedah pembelajaran masteri . kebolehan. Kaedah pembelajaran koperatif .

Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar. Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar. Teknik Kinestesis. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas. Berpandukan teori pembelajaran kognitif. poster dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul. Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar. carta.berpusatkan pelajar. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama). iii. Gaya tidak langsung .eRDa . Namun. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Gaya P&P i. 24 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Cenderung kepada gaya penemuan terbimbing. gaya ini memakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar.Kinestesis Manual. iii. murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul.berpusatkan guru dan murid. JAIS SAIRUS cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. ii. Gaya gabungan . Berpandukan teori pembelajaran tingkah laku. Murid akan menyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Gaya langsung pembelajaran berpusatkan guru. Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan. teratur dan betul. Contoh gaya arahan dan gaya tugasan. Teknik Alat Pandang Dengar . Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut. ii. filem. Setelah melakukannya berulang kali. Dengan itu. murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik.

Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : a) Pemberian gred b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan e) Menentu aktiviti tertentu. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Memfokuskan kepada setiap individu . Ia juga meliputi ujian dan pengukuran. - Menurut Borhan Yusof (2008). 25 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. dan selepas pengajaran. semasa. 3.Setiap murid adalah unik. bateri prestasi tahap fizikal.Mengikut Kirkendal. Dengan itu. Memilih wakil . ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum. guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid. Menentukan status semasa .PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani - Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan. JAIS SAIRUS Tajuk 8 : Pentaksiran Dalam Pj Ujian. - pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina. 2. - Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani 1. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.eRDa . menganalisis dan mentafsir data yang dikutip.Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Cattell dan Binet (Abu Bakar. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. 6. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike. secara tidak langsung. Ujian ini terus berkembang apabila Galton. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani .Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti. Memotivasikan individu .eRDa . Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. cuba mengukur ketajaman deria. JAIS SAIRUS 4. Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Membekalkan maklumat untuk kajian lain . 26 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. Bidang 48 OUM.memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain. 5. tetapi menggunakan gambar rajah. memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. pada tahun 1969. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala StanfordBinet.1986). Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini.

eRDa . berlandaskan kesihatan Komposisi Badan Fleksibiliti Daya Tahan Kardiovaskular Kekuatan Otot Daya Tahan Otot ii.PJM3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI PISMP BM SEM 4 KUMPULAN 2 / 2012 EN. - berlandaskan kemahiran motor Kelajuan Koordinasi Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa Reaksi 27 IPG KAMPUS KENINGAU | CHieL. JAIS SAIRUS Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada: i.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful