You are on page 1of 23

TAJUK 8

Asas pertolongan cemas Tujuan dan prinsip pertolongan cemas Anduh dan balutan Merawat luka, gigitan Melecur, pitam, patah Keracunan, terseliuh Pemulihan pernafasan

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas: Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Maksud Kecemasan: Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera, kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan kematian.

TUJUAN & PRINSIP PC

Asas Bantu Mula Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan

Objektif
a. Menyelamat nyawa b. Mengelak mangsa cedera lebih serius c. Mengurangkan kesakitan d. Menguruskan pemindahan ke hospital

Ciri-ciri Seorang Penyelamat


a. Bertanggungjawab b. Berjiwa cekal, waras dan tenang c. Mengamati prinsip keselamatan diri d. Berpengetahuan dan berkeyakinan e. Terlatih

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS Prinsip prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan. Longgarkan pakaian jika perlu Hentikan darah jika berdarah Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan a) Membuat penilaian keadaan, - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. - Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. - Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas kecederaan mangsa. c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.

Peringatan !!!

a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.

b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.

c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.

d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah.

e) Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.

b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian ataus ekelilingnya.

c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dangejala sesuatu kes.

d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.

e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberike utamaan rawatan mangsa.

f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas

a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jikapernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.

b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.

c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.

d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.

e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.

f) Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan.

Peti Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas

Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahlisukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.

BIL PERKARA 1. Triangular bandage (kain anduh)

2.

Sterile eye pad

KEGUNAAN Untuk mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/ memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan eg. Dislocation (terseliuh) Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan Memotong gauze /bandage Melekatkan balutan dan pembebat Melakukan pencucian/pembebatan luka Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut. Mencuci luka pada kawasan sukar Untuk antiseptic Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar Melegakan kesakitan otot

3.

Non-sterile gauze Sterile gauze

4.

Elastic bandage/crepe bandage Roller bandage

5.

G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Scissor Adhesive tape Sterile multi-trauma dressing/ gauze Alcohol prep pads Cotton buds Acriflavine (ubat kuning) Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) LMS solution (minyak kuda)

ANDUH DAN BALUTAN

JENIS ANDUH Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menaik

ANDUH BESAR

ANDUH MENAIK

PEMBALUT CINCIN Terdapat 5 jenis balutan anduh: Anduh lengan Anduh kepala Anduh lutut atau siku Anduh pergelangan tangan Anduh tapak kaki

Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera . Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila . Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .) Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .

BALUTAN Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan

JENIS KAIN PEMBALUT Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung

Lipatan Tiga Segi

JENIS BALUTAN LUKA Luka Tangan Luka Dada Luka Bahu Luka Peha Luka Siku Luka Lengan Luka Lutut Luka Jari

BALUTAN LUKA TANGAN

BALUTAN LUKA DADA

BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA PEHA

BALUTAN LUKA SIKU

BALUTAN LUKA LUTUT

BALUTAN LUKA LENGAN

BALUTAN LUKA JARI

Anduh dan balutan digunakan sekiranya:

LUKA TUSUKAN Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBAR Cara merawat: Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk: Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulangulangkan membasahkannya supaya sejuk.

MERAWAT LUKA Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.

MELECUR Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit.

GIGITAN Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan:

1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik 3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. 4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.

Digigit lintah dan Pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Rawatan:

1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. 3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. 4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.

Dipatuk Ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa. Rawatan:

1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. 3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. 4. Longgarkan ikatan tourniquet selama minit tiap-tiap jam 5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. 6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. 7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat 9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.

Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan.

KERACUNAN
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap paa

kulit dan mata.

Tanda- tanda Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. Daya sedar yang lemah. Rasa sakit dan perit yang membakar. Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. Latar belakang pendedahan/tertelan Cirit-birit Pening kepala dan demam. Tanda-tanda renjatan. Perut sakit dan kejang.

Rawatan Awal Keracunan Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. Tunggu arahan dan bertindak segera. Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air
atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan.

TERSELIUH

Tanda-tanda dan gejala Rasa kesakitan pada sendi itu. Bengkak Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera.

Rawatan
Letak beg ais pada sendi yang cedera Tinggikan bahagian yang tercedera. Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. Ampu bahagian yang tercedera. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.

1.0

PEMULIHAN PERNAFASAN

Asfiksia ( Terhenti pernafasan)

Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti


disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.

Punca punca Asfiksia Lemas Keracunan gas dan asap yang merbahaya. Tersekat saluran udara tergantung dan tercekik oleh makanan atau
benda-benda asing lain.

Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke


dalam.

Ketika tidak sedarkan diri. Disambar petir atau kilat Terhimpit dada runtuhan tanah. Serangan penyakit Termakan racun.

Tanda tanda
Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susahbernafas, dan akhirnya terhenti. Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan Asfiksia.


A Airways (saluran pernafasan) Terbuka atau tersekat Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada. B Breathings ( pernafasan ) Boleh bernafas atau tidak Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C Circulation ( peredaran darah ) Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation)

( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)

Jenis jenis Pemulihan Pernafasan I. II. III. IV. V. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression) Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR

Latihan esei
1. Apabila anda balik dari tempat kerja dan anda terjumpa satu kemalangan di depan anda. Jelaskan apakan tindakan anda apabila menghadap isituasi pada masa itu.

You might also like