You are on page 1of 56

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1403 MENGGAMBAR
SEMESTER SEPTEMBER 2012

SMP KHAS JAN 2011

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NAMA NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

820104015498001 820104-01-5498 ZALIZA BT KAHIR 019-7972756 zalizaazhar@yahoo.com.my JOHOR LEARNING CENTRE

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

ISI KANDUNGAN TAJUK


1. PENGENALAN 2. BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR
2.1 DEFINISI MENGGAMBAR 2.2 PENGENALAN DAN PENEROKAAN ALAT DAN MEDIA 2.3 CAT AIR 2.3.1 HASIL KARYA MURID 2.4 CAT MINYAK 2.5 CAT POSTER 2.6 PASTEL 2.6.1 HASIL KARYA MURID 2.7 KEPENTINGAN MENGGAMBAR

MUKA SURAT
4-10 11-21
11 11-12 12-13 13-14 14-15 15-16 16-18 18-19 20-21

3. PORTFOLIO KARYA MURID


3.1 LUKISAN
3.1.1 Definisi 3.1.2 Aplikasi alat, media dan teknik 3.1.3 Contoh Karya Murid

22-25
22
22 22-23 24-25

3.2 CATAN
3.2.1 Definisi 3.2.2 Aplikasi Alat,Media dan Teknik 3.2.3 Contoh Karya Murid

26-29
26 26-28 28-29

3.3 KOLAJ
3.3.1 Definisi 3.3.2 Aplikasi Aat, Media dan Teknik 3.3.3 Contoh Karya Murid

29-33
29-30 30-31 32-33

3.4 MONTAJ
3.4.1 Definisi 3.4.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 3.4.3 Contoh Karya Murid

33-37
33-34 34-35 36-37

3.5 CETAKAN

37-39

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

3.5.1 Definisi 3.5.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 3.5.3 Contoh karya Murid

37-38 38-39 40

3.6 GOSOKAN
3.6.1 Definisi 3.6.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 3.6.3 Contoh karya Murid

40-43
40-41 41-42 42-43

3.7 RESIS
3.7.1 Definisi 3.7.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 3.7.3 Contoh karya Murid

43-46
43-44 44-45 45-46

3.8 PERCIKAN
3.8.1 Definisi 3.8.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik

46-47
46-47 47

3.9 MOZEK
3.9.1 Definisi 3.9.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 3.9.3 Contoh karya Murid

48-49
48 48-49 49-50

4.0 LAMPIRAN

51

4. MAKLUMAT SOKONGAN 5. KESIMPULAN 6. RUJUKAN

52-54 55 56

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

1. PENGENALAN
Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang mengasaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang menggambar ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini. Selain itu juga, bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menurut pendapat Fisher (1943) menjelaskan terdapat lima tahap perkembangan kreatif kanak-kanak iaitu peringkat rangsangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula. Peringkat-peringkat ini boleh dikaitkan dengan peringkat perkembangan seni kanak-kanak dalam aktiviti menggambar: a) Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif kanak-kanak dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara kreatif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. Contohnya dalam

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

aktiviti menggambar guru boleh bertanyakan soalan seperti

Bagaimanakah

suasana kampung datuk anda?, Siapakah yang terdiri dalam ahli keluarga anda?, Di manakah ianya berlaku? dan sebagainya. Daripada soalan yang diajukan, kanak-kanak dapat dirangsang untuk menggambarkan perkara yang dimaksudkan oleh guru mereka. b) Peringkat penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan kanak-kanak itu mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan guru mereka.Pada peringkat ini, kanak-kanak yang mempunyai pemikiran kreatif amat gemar mencari jawapan dan penyelesaian melalui pelbagai cara. Contohnya dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak akan sedaya upaya mencari jawapan melalui pengalaman yang telah mereka lalui. Mereka akan terokai pengalaman mereka untuk memberikan jawapan yang logik dan kreatif. c) Peringkat perancangan Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui perancangan secara verbal, perancangan secara visual dan perancangan secara visual. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak akan mula merancang setelah mereka dapat meneroka segala persoalan dan pengalaman mereka. Perancangan mereka berdasarkan penerokaan yang telah mereka lakukan. Contohnya kanak-kanak akan mula merancang apa yang akan mereka hasilkan hasil daripada penerokaan yang telah dilakukan. Mereka akan cuba merancang lukisan suasana kampung, keluarga dan sebagainya. d) Peringkat aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea . Justeru melahirkan pemikiran kreatif kanak-kanak melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini perancangan dibantu oleh soalan-soalan seperti Bagaimanakah harus anda mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? Melalui perancangan yang telah 5

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

dibuat, kanak-kanak akan memikirkan pula langkah-langah dalam aktiviti yang yang telah dirancang. Kanak-kanak akan memikirkan medium yang akan digunakan, warna yang akan digunakan dan sebgainya. e) Peringkat kajian semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini pemikiran akan memberikan cadangan yang bernas dan logic bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berulang semula. Kanak-kanak disuruh untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Sehubungan dengan itu aktiviti menggambar banyak membantu perkembangan kanak-kanak. Guru juga perlulah memahami naluri semula jadi kanak-kanak dan keinginan asas kanak-kanak yang bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur mereka. Ini adalah supaya perkembangan kanak-kanak itu tidak terbantut dan dapat diperkembangkan mengikut peredaran umunya. Dauer dan Pangrazi (1983) menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai 9 keinginan asas mereka. Keinginan asas mereka sangat berkait rapat dengan aktiviti menggambar. Antaranya ialah : 1. Keinginan untuk bergerak Pergerakan sememangnya menjadi satu keperluan dalam diri kanak-kanak. Di mana kanak-kanak sememangnya memerlukan pergerakan untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi mereka. Mereka perlu mempelajari sesuatu yang baru. Mereka mempelajari perkara baru melalui pergerakan. Kanak-kanak yang cerdas dan pintar adalah kanak-kanak yang aktif dan sukakan pergerakan. Kanak-kanak juga amat suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam kegiatan yang melibatkan fizikal mereka. Kanak-kanak tidak suka dikongkong kerana setiap hari mereka memerlukan sesuatu yang baru untuk membina pengalaman dan ilmu dalam hidup mereka. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak lebih suka meneroka alam sekeliling mereka untuk menghasilkan karya seni. Jika mereka diberi kebebasan untuk meneroka, sudah tentu hasil karya mereka akan lebih menarik. Cuba bayangkan 6

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

kanak-kanak yang tidak aktif dan tidak suka keluar rumah, sudah pasti pengalaman mereka kurang. Secara tidak langsung mereka tidak dapat menghasilkan karya yang menarik kerana mereka tidak dapat berimaginasi tentang pengalaman mereka . 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf Kanak-kanak sememangnya sukakan pujian dan pengiktirafan. Kanak-kanak yang berjaya akan lebih bermotivasi untuk terus berjaya jika diberikan pengiktirafan dan pujian. Contohnya dalam bidang menggambar, kanak-kanak yang berjaya menghasilkan sebuah lukisan sama ada menarik atau tidak haruslah diberikan pujian. Ini adalah bertujuan supaya tidak mematahkan semangat mereka untuk menghasilkan lukisan dan memotivasikan diri mereka untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Daripada pengalaman saya sebagai seorang guru selama sembilan tahun, saya dapati pendapat Dauer dan Pangrazi ada kebenarannya. Di mana saya telah menampal hasil karya murid-murid di papan kenyataan kelas dan sekolah tidak kira sama ada karya mereka cantik atau tidak. Ini dapat memberikan semangat kepada mereka untuk terus menghasikan karya yang lebih baik. Mereka merasa bangga kerana karya mereka diberi penghargaan dan ditampal untuk tontonan rakan-rakan yang lain. 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka disanjung, dihargai , diterima dan dihormati oleh orang lain. Apabila hasil karya mereka dihargai, dipamerkan , diberi penghargaan dan diterima oleh guru, mereka akan terdorong untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan penghargaa. Jika kanakkanak yang baru belajar melukis, tetapi karya mereka tidak mengikut kehendak guru, guru perlulah memberikan kata-kata pujian dan semangat kepada mereka. Apabila pujian dan semangat diberikan, mereka akan merasakan diri mereka tidak disisihkan dan masih diterima oleh rakan-rakan dan guru. Dalam aktiviti menggambar, aktiviti berkumpulan dapat membina perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak di mana mereka dapat bergaul dan berbincang bersama rakan-rakan tanpa rasa rendah diri dan malu.
4. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai, dan dihormati oleh orang lain. Contohnya dalam aktiviti menggambar di sekolah. Kanakkanak yang baru belajar melukis gambar kucing, tetapi lukisannya tidak sempurna daripada kawan-kawannya yang lain. Guru tidak boleh terus melemahkan semangat mereka dengan kata-kata negatif. Kanak-kanak akan rasa dihargai dan rasa gembira jika orang lain terus memuji diri mereka walaupun mereka tidak sempurna. Guru hendaklah memberikan kata-kata semangat kepada mereka contohnya memberikan pujian seperti cantik lukisan awak. Tapi kalau awak buat begini lagi cantik. 5. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan lain. Contohnya guru meminta murid melukis sebuah kereta pada sehelai kertas lukisan. Kanak-kanak akan sedaya upaya melukis kereta mengikut pengalaman yang mereka ada. Bagi kanak-kanak yang kerap menonton kartun di televisyen, mereka akan melukis gambar kereta yang lebih canggih. Apabila kanak-kanak yang kurang pengalaman melihat hasil kerja rakan mereka, mereka akan sedaya upaya menghasilkan gambar kereta yang lebih baik dari rakan mereka. 6. Keinginan untuk meneroka Mereka gemar melibatkan diri dalam kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. Contohnya dalam aktiviti menggambar, guru membawa murid-

murid melawat kawasan sekitar sekolah. Guru meminta murid mencari lima contoh gosokan pada permukaan yang boleh dilakukan dalam aktiviti menggambar. Muridmurid akan cuba mencari lima jenis pemukaan dengan perasaan seronok kerana diberi kebebasan bergerak untuk meneroka kawasan sekolah. Guru akan dapat melihat hasil murid-murid yang sangat menarik dan tidak terlintas di fikiran. 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya dalam aktiviti pendidikan seni, kanak-kanak kecil tahun satu gemar mennjalani sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah. 8

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Mereka tidak sabar menunggu ketibaan guru pendidikan seni ke kelas mereka. Mereka telah bersedia dengan semua peralatan untuk menjalankan aktiviti pendidikan seni. Dari situ dapat dilihat keinginan mereka yang amat tinggi dalam mencapai peningkatan kreativiti mereka. 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak amat gemarkan aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya apabila guru meminta kanakkanak melukis wajah ibu. Akan terhasillah wajah ibu yang berbeza-beza. Ada sebahagian kanak-kanak yang akan melukis wajah ibu menangis, wajah ibu gembira, wajah ibu tersenyum, wajah ibu sedih dan bermacam-macam lagi. Dari situ dapat kita lihat perasaan mereka ketika melukis wajah ibu mereka. Jika mereka melukis wajah ibu tersenyum, sudah tentu kanank-kanak itu sedang melalui perasaan yang gembira pada hari itu. Jika kanak-kanak itu melukis wajah ibu sedih berkemungkinan kanakkanak itu sedang melalui kesedihan atau selalu melihat ibunya bersedih. Keinginan dan perasaan kanak-kanak dapat dilihat melalui pergerakan mereka setiap hari.

9. Keinginan untuk kefahaman Kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan mengembangkan

kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Dalam aktiviti p&p pendidikan seni di sekolah, kanak-kanak akan bertanyakan banyak soalan untuk memperkukuhkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari pada hari itu. Contohnya apabila guru meminta murid melukis gambar kereta, mereka akan bertanya kepada guru bolehkah saya tambah kepak, bolehkan saya buat begini, bagaimana saya hendakkan lukisan saya lebih cantik? dan sebagainya. Soalan soalan yang mereka ajukan sudah tentu untuk meluaskan lagi kefahaman mereka. Secara ringkasnya dapatlah saya nyatakan di sini bahawa guru-guru dan ibu bapa janganlah menyekat keperluan asas kanak-kanak. Jika disekat akan menyebabkan pemikiran mereka terkongkong dan membantutkan perkembangan mereka. Secara tidak langsung 9

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

kemahiran bersosial, psikomotor, emosi dan kognitif mereka juga terbantut. Mereka akan menjadi kanak-kanak yang pasif, tidak kreatif kreatif dan tidak berfikiran positif. Oleh itu kanakkanak hendaklah diberi kebebasan untuk memenuhi keperluan asas mereka, asalkan ibu bapa dan guru-guru dapat mengawal dan mengawasi mereka daripada melampaui batas.

2. BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR
2.1 DEFINISI MENGGAMBAR

10

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia juga mengandungi komposisi artistic yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Menggambar merupakan sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jlas tentang sesuatu objek. Ia juga merupakan gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan juga adalah dalam bentuk dua dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan yterhadap sesuatu imej atau objek.

2.2 PENGENALAN DAN PENEROKAAN ALAT, MEDIA DAN TEKNIK. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagi aktiviti menggambar.
Warna pastel Warna air Warna poster Warna pensil Berbagai jenis pensil Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Berbagai jenis pen Gouche Akrilik Cat minyak Stensil Kolaj

11

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Capan,cetakan Lilin Cebisan surat khabar atau majalah Bahan semulajadi seperti tumbuhan, sayuran dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat,gam Berbagai jenis berus lukisan Palet/pembancuh warna

Dalam kegiatan menggambar berbagai teknik boleh digunakan mengikut kesesuaian dan kreativiti pelukis itu. Teknik seperti gosokan, tiupan, catan, kolaj, resis, cetakan, montaj, dan sebagainya dapat digunakan untuk menghasilkan hasil karya yang menarik dan kreatif.

2.3 CAT AIR cat air ialah bahan bahan campuran pigmen, gam arab( gam larut air daripada pokok acacia), gliserin (yang membantu warna lembab dan agen pembasah (yang membantu cat mengalir bebas). Apabila dicairkan dengan air di atas palet dan disapu dengan sapu cair dengan berus di atas permukaan kertas. Cat air mempunyai kualiti lut cahaya yang mempunyai cirri bahantara. Pelukis cat air tidak menggunakan warna putih, air digunakan untuk mencerahkan warna dan keputihan kertas memantulkan melalui sapu cair.

Rajah 2.3: Contoh Lukisan cat air. Sumber: Philip Berril (1996). Lukisan Cat Air. Cerdik Publication Sdn Bhd 12

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Berbagai jenis berus boleh digunakan dalam kegiatan cat air. Jenis-jenis berus seperti berus bulu sable kolinsky, berus nilon dan berus sintetik. Berus ada dalam dua bentuk utama iaitu bulat dan leper. Berus bulat biasanya dalam gred 0000 hingga 24. Berus yang lebih besar dan sederhana adalah untuk lukisan umum dan berus bulat yang lebih kecil untuk perincian. Berus sapu cair leper pula adalah untuk sapuan warna cair yang besar dan meluas pada kertas lukisan. Berus leper biasanya dalam gred 1/8 hingga 1 Cat air terdapat dalam tiga bentuk iaitu tiub, ceper dan separuh ceper. Tiub lebih mudah digunakan. Cat air boleh dipicit di dalam palet. Berbagai teknik sapuan cat air boleh digunakan antaranya sapu cair, sapu cair datar, sapu cair bersenggat, sapu cair tepi keras dan basah atas basah. 2.3.1 HASIL KARYA MURID (CAT AIR) A. TAHAP 1

Rajah 2.3.1A: Lukisan Cat air Sumber: Adik Nurul Damia bt Mohd Khairul Razi Tahun : 2 Arif

B. TAHAP 2 13

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 2.3.1B:Lukisan Cat Air Tahap2 Sumber: Adik Syafiqah Liamaisara bt Ahmed Tahun: 5 Bijak 2.4 CAT MINYAK Cat minyak merupakan campuran pewarna dengan minyak yang sedang mongering atau separuh kering. Cat tersebut apabila didedahkan kepada udara akan teroksida dan mencipta kulit anjal yang mengeras perlahan-lahan di atas permukaan kanvas atau kertas lukisan. Minyak linsid, minyak popi ,minyak bunga matahari dan minyak soya yang dimampat sejuk merupakan minyak yang secara tradisinya banyak digunakan untuk mengeluarkan cat minyak. Berikut merupakan contoh lukisan cat minyak.

14

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 2.4: Contoh Lukisan cat minyak. Sumber: http://wehadjoy.blogspot.com/2010/09/lukisan-cat-minyak-diatas-kanvas.html:. Capaian:14 Nov 2012 Bahantara cat minyak adalah seperti minyak linsid dimampat sejuk, turpentin suling, spirit putih dan varnis. Alatan lain yang diperlukan dalam aktiviti cat minyak ialah alas lukisan cat minyak, kertas lakar minyak, kanvas teregang, berus, berus bulu haiwan, berus bulu sabel, berus bulu sintetik, palet, pencelup, pisau palet atau pisau lukisan dan topang lukisan. Terdapat dua jenis cat minyak yang boleh digunakan iaitu cat alkid griffin dan bar minyak. Aktiviti untuk cat minyak tidak digunakan di sekolah rendah. Sifat cat minyak yang sukar untuk dibersihkan menyebabkan guru-guru tidak menggunakan cat minyak sebagai medium pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru menggantikan cat minyak dengan cat air atau cat poster kerana ia lebih mudah diurus dan dibersihkan.

2.5 CAT POSTER Seperti cat air, cat poster juga memerlukan air untuk melarut. Perbezaan utama cat air dan cat poster ialah cat poster lebih likat dan legap. Manakala cat air lebih lutsinar atau telus. Cat poster lebih legap kerana sebarang warna walaupun warna yang cerah akan menutupi warna yang gelap. Apabila mewarna menggunakan cat poster, anda perlu menggunakan warna putih untuk mendapatkan kesan berwarna putih berbeza dengan cat air. Cat poster terdapat dalam tiga jenis. Iaitu jenis cat kotak, cat tiub dan cat baling (botol). Peralatan yang digunakan dalam mewarna ct poster lebih kurang sama dengan aktiviti mewarna cat air.

15

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 2.5: Contoh Lukisan cat poster. Sumber: http://rifqirasyad.blogspot.com/2012/01/gambar-bentuk.html Capaian:14 Nov 2012

2.6 PASTEL Pastel merupakan medium yang paling sesuai digunakan di mana-mana. Perkakasnya amat senang untuk disediakan dan boleh dibawa ke mana-mana. Terdapat empat jenis pastel iaitu pastel lembut, pastel keras, pastel pensel dan pastel minyak. Berikut merupakan contoh pastel.

Rajah 2.6: Jenis-jenis pastel Sumber: Philip Berril (1996). Lukisan Pastel. Cerdik Publication Sdn Bhd Pastel lembut diperbuat daripada jirim yang halus, kapur dan tanak liat yang dicampur dengan air. Kualitinya tidak akan merosot dan hasil lukisan tidak akan merekah, pudar atau gelap dimakan usia. Pastel lembut didapati dalam bentuk batang yang bulat. Ia lembut berdebu dan 16

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

boleh digunakan terus di atas kertas. Pastel keras pula didapati dalam bentuk batang empat segi dan mempunyai sedikit bahan kapur.pastel keras yang popular ialah krayon. Pastel ini tidak begitu kotor berbanding pastel lembut. Pensel pastel pula adalah warna yang paling popular dan digemari ramai. Ia sangat sesuai untuk kerja-kerja yang menitikberatkan perincian. Pensel pastel boleh digunakan untuk pelbagai jenis subjek.ia juga boleh dicampurkan dengan pastel lembut. Pastel didatangi dalam bentuk pensel biasa yang dibaluti dengan bahan yang diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai hujung mata yang boleh diasah hingga tajam. Ia amat mudah digunakan kerana tidak memerlukan bahantara untuk membancuh. Ia sedia untuk digunakan oleh semua lapisan umur murid-murid. Rajah di bawah menunjukkan kesan-kesan pensel pastel.

Rajah 2.61: Kesan-kesan Pensel Pastel Sumber: Philip Berril (1996). Lukisan Pastel. Cerdik Publication Sdn Bhd.

17

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Kertas yang digunakan ialah kertas hartrij. Kertas ini adalah kertas paling biasa digunakan untuk melukis. Kertas ini terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz. Terdapat juga berbagai jenis permukaan daripada permukaan lembut kepada sangat kasar. Kertas ini juga terdapat dalam berbagai warna dan mempunyai tekstur yang berbutir.

2.6.1 HASIL KARYA MURID A. KRAYON

Rajah 2.6.1A: contoh Lukisan Pastel Sumber : Adik Nur Syarifah bt Syed Husin Kelas : 3 Bijak B. PENSEL PASTEL

18

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 2.6.1B : Karya Pensel Pastel Sumber: Adik Nurul Huda bt Zamri Kelas : 2 Bijak

2.7 KEPENTINGAN MENGGAMBAR Dalam aktiviti menggambar, terdapat beberapa fungsi dan kepentingannya kepada kanakkanak. Hasil daripada rujukan yang telah saya lakukan terhadap modul pembelajaran subjek HBAE1403 Menggambar, Fakulti Pendidikan dan Bahasa keluaran Open University Malaysia, aktiviti menggambar berfungsi melalui aspek berikut: 1. Perkembangan psikomotor Kanak-kanak secara tidak langsung dapat menghasilkan asas menggambar contohnya membuat garisan yang berbagai-bagai rupa dengan pendedahan yang telah dilakukan oleh guru. Dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat pada persekitaran kanak-kanak seperti kesan garisan tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus, putus-putus dan sebagainya.Selain itu kanak-kanak juga akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka secara sendirian.Contohnya kanak-kanak berumur 5 tahun jika diajar dan dibiasakan dengan penggunaan gunting, secara tidak langsung mereka akan dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Secara tdak langsung kanak-kanak akan menguasai asas seni reka serta dapat menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan menarik. 19

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

2. Perkembangan kognitif Pada peringkat kognitif kanak-kanak dilihat dapat meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar secara kreatif. Murid sudah boleh berfikir apakah bahan dan teknik yang sesuai dalam menghasilkan gambar mereka. Kanak-kanak akan berkemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah. Mereka dapat meneroka beberapa teknik yang berbeza mengikut kemampuan kognitif mereka. Selain itu aktiviti menggambar dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka terhadap hasil karya. Di mana kanak-kanak perlu membayangkan pengalaman yang pernah mereka lalui untuk menghasilkan karya yang dikehendaki oleh guru. 3. Perkembangan emosi serta sosial Pada peringkat perkembangan emosi serta sosial, kanak-kanak dapat dilihat tentang perasaan mereka melalui hasil lukisan mereka. Emosi yang gembira akan dapat menghasilkan karya yang baik. Manakala perkembangan sosial mereka akan menjadi bertambah baik dengan pergaulan antara rakan-rakan dan guruguru untuk mendapatkan idea berkaitan aktiviti tersebut. Kanak-kanak berkeupayaan bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka. Mereka akan sering bertanyakan soalan untuk mendapatkan hasil lukisan yang lebih baik.

20

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

3. PORTFOLIO KARYA MURID.


3.1 LUKISAN 3.1.1 Definisi Mengikut Modul Pembelajaran HBAE1403 Menggambar terbitan Open Universiti Malaysia (2011), Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan merupakan lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Lukisan juga adalah hasil karya yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. Penggunaan media dalam menghasilkan lukisan terhad kepada penggunaan media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Proses melakar, membuat garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. Aplikasi garisan, rupa bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.

3.1.2 Aplikasi alat, media dan teknik. Sebelum melukis kanak-kanak perlu mengetahui pengetahuan asas sebagai persediaan untuk melukis. Pengetahuan asas melukis termasukla asas seni reka,perspektif, teknik memilih sudut pandangan, teknik mengukur objek mengikut kadar serta hubung kait antara cahaya, 21

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

bayang dan bentuk. Asas seni reka merangkumi unsur seni, prinsip dan struktur rekaan. Kefahaman yang mendalam tentang asas seni reka membolehkan murid menghasilkan karya lukisan yang sempurna dan bermutu tinggi. Pemahaman terhadap perspektif pula amatlah penting kerana perspektif adalah berbeza apabila objek dilihat dalam kedudukan yang tidak sama. Terdapat tiga jenis perspektif yang sering diaplikasikan dalam lukisan iaitu perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap, dan perspektif tiga titik lenyap.Selain daripada teknik lukisan yang diaplikasikan, bentuk ilusi akan kelihatan lebih sempurna apabila dimasukkan kesan cahaya dan bayang. Rajah 3.1.2 menunjukkan contoh lukisan yang mempunyai kesan cahaya dan bayang.

Rajah 3.1.2: Lukisan yang mempunyai kesan cahaya dan bayang Rujukan: Pendidikan Seni Visual, Kathleen Chee, Pelangi Publishing Group Bhd Pemilihan sudut pandangan serta aspek-aspek pecahan ruang amat penting dalam penghasilan karya lukisan yang menarik dan bermutu tinggi. Tetingkap boleh digunakan memfokus sesuatu objek tertentu daripada objek-objek yang terbentang luas dalam pandangan. Teknik ukuran visual sering digunakan untuk mendapatkan kadar yang betul dan seimbang dalam lukisan. Pensel dan ibu jari digunakan sebagai penanda untuk menentukan saiz objek dalam lukisan. Mulakan objek yang kecil kemudian diikuti dengan objek yang besar (saiz ditentukan mengikut kali ganda saiz objek yang kecil) Berbagai-bagai jenis alat, media dan bahan boleh digunakan untuk membuat lukisan. Pelukis perlu menggunakan peralatan, bahan dan media yang paling sesuai untuk mendapatkan kesan-kesan tertentu. Pensel dan media merupakan media yang amat digemari oleh pelukis22

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

pelukis agung pada abad ke -17 dan 18. Manakala pen, berus dan dakwat adalah alat dan bahan yang popular di kalangan pelukis moden kini. Teknik-teknik yang sering digunakan untuk melukis termasuk teknik, lakaran, garisan, lorekan, lorek silang-menyilang, gurisan, gosokan, campuran dan sebagainya. Berikut merupakan contoh-contoh lukisan yang menunjukkan kesan aplikasi pelbagai alat, media dan teknik.

Rajah 3.1.20 : Contoh-contoh lukisan yang menunjukkan kesan aplikasi pelbagai alat, media dan teknik. Rujukan : Pendidikan Seni Visual, Kathleen Chee, Pelangi Publishing Group Bhd

3.1.3 Contoh Karya Murid A. Tahap 1

23

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.1.3A : Contoh Lukisan Alam Benda Hasil Karya : Adik Nur Iman Syafiqah bt Hasan Kelas: 1 Dinamik Tema: buah-buahan Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas tahun 1 Dinamik. Di mana guru telah merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 1.Guru telah memilih tema lukisan alam benda iaitu rama-rama. Lukisan ini adalah dalam bidang menggambar . Hasil pembelajaran yang perlu dicapai ialah asas menggambar. Dalam aktiviti ini guru telah memilih teknik garisan.. Muridmurid akan meneroka jenis alat, media dan teknik yang sesuai. Alat yang digunakan ialah pensel untuk melakar bentuk rama-rama. Manakala media yang digunakan ialah media kering iaitu kertas lukisan.. Murid ini melukis rama-rama dengan melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara terancang. Peringkat perkembangan kanakkanak ini dari segi psikomotor ialah beliau telah dapat menggerakkan otot tangan untuk menghasilkan gambar. B. Tahap 2

24

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.1.3B : Contoh Lukisan Teknik lorekan (kesan cahaya dan bayang) Hasil Karya : Adik Nur Iman Syafiqah bt Hasan Kelas: 5 Dinamik Tema: buah-buahan Murid ini telah menggunakan pensel sebagai alat untuk menghasilkan lukisannya. Beliau telah menggunakan teknik lorekan untuk mendapatkan kesan cahaya dan bayang. Lukisan dihasilkan di atas kertas lukisan. Kanak-kanak telah dapat memperkembangkan psikomotor otot tangan dengan mengawal tekanan pensel untuk mendapatkan kesan cahaya dan bayang.

3.2 CATAN 3.2.1 Definisi Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia juga mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Catan juga ialah Lukisan grafik yang mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan. Catan merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna. Catan ialah sebagai latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Catan adalah suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Catan juga merupakan hasil karya seni yang mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna. 25

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

(Rujukan: HBAE1403 Menggambar, Open University Malaysia) 3.2.2 Aplikasi alat, media dan teknik. Penggunaan alat, media, bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang dihasilkan. Kini di pasaran terjual berbagai jenis alat dan bahan untuk mewarna. Sebelum membeli alatan memilih bahan yang tepat dan betul. Alatan dan bahan yang sesuai digunakan ialah:
Pensel untuk membuat lakaran Berbagai jenis berus Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera. Palet atau bekas membancuh warna Botol untuk mengisi air Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding Surat khabar.

Rajah : 3.2.2 Alatan dan bahan catan Sumber: Wendy Jelbert,David Hyde dan Carol Massey (2012) .Catan Akrilik Langkah demi Langkah. ITBM Amazon Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kertas. Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ilah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik. Jenis-jenis 26

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

warna yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan ialah warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak. Cat tempera, cat Gouache dan Fresco. Teknik air dan warna poster banyak digunakan oleh murid-murid di sekolah. Perkara penting yang perlu diambilkira semasa mengecat ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air. Ia adalah faktor utama menentukan kualiti hasil sesebuah catan. Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana. Warna juga boleh dikategorikan kepada beberapa warna. Jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna ialah warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna-warna tersebut boleh digubah atau dihasilkan semula dengan cara gubahan warna sewarna atau monokrom, warna penggenap dan warna harmoni

Rajah 3.2.20 Contoh catan warna air Sumber : Karya Haron Mokhtar (Google Image) 3.2.3 Contoh Karya Murid A. Tahap 1

27

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.2.3A : Lukisan Cat Air Sumber: Adik Nurul Damia bt Mohd Khairul Razi Tahun : 2 Arif Guru telah membuat rujukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Tahun 2 sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Murid ini telah mencapai hasil pembelajaran dengan menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air dan bahan kering. Murid ini telah menggunakan pensel untuk melukis lukisannya di atas kertas lukisan. Kemudian beliau menggunakan warna air untuk mewarna lukisannya. Kanak-kanak ini belum dapat memperkembangkan psikomotornya dengan kawalan berus lukisan bagi warna cat air. Kanakkanak pada tahap ini amat sukar mengawal otot tangannya mewarna menggunakan cat air B. TAHAP 2

28

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.2.3B: Lukisan Cat Air Sumber: Adik Syafiqah Liamaisara bt Ahmed Tahun: 5 Bijak Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, guru telah membuat rujukan Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 5 sebagai persediaan. Guru telah memilih tema pemandangan iaitu alam semula jadi dalam bidang menggambar. Hasil pembelajarannya ialah murid dapat menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid. Murid ini telah mencapai objektif aras 1 iaitu mengaplikasi elemen asas seni reka yang sesuai dalam menggambar. Murid ini telah menggunakan warna air dan kertas lukisan sebagai medium asas. Terdapat keseimbangan pada hasil karyanya di mana beliau menggunakan teknik satu titik fokus. Warna pula telah diadunkan dengan warna-warna bertona.

3.3 KOLAJ 3.3.1 Definisi Perkataan kolaj berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud gam iaitu bahan yang digunakan untuk melekatkan objek ke suatu permukaan. Kolaj bukan sahaja dapat dilekatkan, malahan boleh dipaku, dikokot dijahit dan sebagainya. Selain itu bukan teknik rata sahaja yang digunakan. Boleh juga dibuat gambar timbul atau arca bergantung kepada bahan yang dipilih. (Rujukan Pelangis Team (2004). Belajar Melukis Dengan Kolaj. Pelangi Publishing Group Bhd)

29

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantuk potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Ia juga merupakan satu teknik menggambar di mana foto, keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekatkan dan disatukan di atas permukaan. (Rujukan HBAE1403 Menggambar) 3.3.2Aplikasi alat, media dan teknik. Pengkarya kolaj biasanya menjadikan objek di sekeliling mereka sebagai bahan untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja mereka. Kolaj memberi kebebasan kepada pencipta menggunakan apa sahaja peralatan, media, dan teknik yang dirasakan sesuai. Kolaj juga boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, lalang kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongan gambar dari majalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod, kotak telur, kapas, tisu dan sebagainya. Pengkarya menggunakan sekeping kadbod yang kuat sebagai dasar. Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal pada kolaj tersebut. Warna-warna basah seperti cat , warna poster, warna air, akrilik dan tempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Ia bertujuan untuk mendapatkan mood bagi hasil kerja tersebut. Warna yang paling sesuai digunakan ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam. Terdapat berbagai jenis gam yang sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj. Contoh gam ialah seperti gam kilat, gam tidak kilat, gam gel, gam model dan gesso. Peralatan digunakan untuk menghasilkan kolaj pula ialah pisau kraf, gunting, plastic tiga segi, pembaris, palet, berus, bekas air, penggelek, plasktik pembungkus makanan, span, kertas tekap, pensel ataupen dan kompas. Bahan-bahan sampingan pula terdiri daripada papan pengalas, water colour board, illustration board, foam board wood and hard board. Kertas juga terdiri daripada berbagai jenis iaitu kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik, kertas binaan, surat khabar, kertas majalah. Untuk menghasilkan sebuah kolaj perlulah seseorang itu menggunakan idea dan kreativitinya sendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan bahan dan tema juga perlu diambil kira. Contoh teknik yang sesuai ialah memikirkan tema terlebih dahulu. Kemudian sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaiatu racikan kertas atau fabric atau 30

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

sebagainya. Sediakan kertas berbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj. Seterusnya buat lakaran pada kertas lukisan. Gam disapukan pada permukaan kertas. Ambil cebisan kertas atau fabrik dan tampalkan mengikut gaya tersendiri. Setelah itu tunggu sehingga kering dan sapukan gam di atas lapisan pertama untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek. Berbagai jenis teknik yang boleh diaplikasikan kepada murid di sekolah. Antaranya teknik potong kertas dan fabric, teknik koyak kertas dan fabrik, teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan., teknik media campuran, teknik kertas tisu, teknik tisu dan kertas buangan, teknik catan dalam kolaj, teknik percikan dalam kolaj, teknik span dalam kolaj, teknik skraping dalam kolaj, teknik stensil dalam kolaj dan teknik jalinan dalam kolaj.

Rajah 3.3.2: Contoh Hasil Karya Kolaj Sumber : Google image.

3.3.3 Contoh karya murid A. Tahap 1

31

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.3.3A: Contoh Karya Murid ( Koyakan kertas majalah) Sumber : Adik Nazirahafizah bt Salle Kelas : tahun 3 Cerdik Guru telah membuat rujukan pada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 3 untuk menjalankan aktiviti ini. Tema yang digunakan ialah tema alam semulajadi. Hasil pembelajaran yang perlu dicapai ialah meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Murid ini telah mencapai objektif aras 3 iaitu beliau dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif serta dapat membuat penyatuan terhadap hasil kerja. Alat dan bahan yang digunakan ialah kertas lukisan, kertas majalah, kertas surat khabar, gam dan warna air. Teknik yang digunakan pula ialah teknik koyak kertas untuk menghasilkan gambar bunga dan daun. Selain itu beliau menggunakan teknik catan pada latar belakangnya.

B. Tahap 2

32

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah: 3.3.3B : Hasil Karya Kolaj Sumber: Adik Siti Zuraini bt Alias Kelas: Tahun 5 Arif Murid ini telah menggunakan beras dan biji-bijian. Beras dan biji-bijian itu di warnakan terlebih dahulu. Setelah kering, ia digamkan pada gambar bunga tersebut yang dilukis di atas kertas lukisan.

3.4 MONTAJ 3.4.1 Definisi Mengikut pencarian di laman blogger, berusdankrayonkami.blogspot.com, montaj boleh didefinisikan sebagai menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar dan sebagainya. Penggunaan gambar-gambar daripada media cetak yang berkaitan untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Hasil seni mangandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusuna supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu karya montaj. Proses menggambar daripada beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih antara satu sama lain. Boleh juga menggunakan teknik mencantum dalam satu elemen komposisi

33

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

fotografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. Rajah 3.4.1 menunjukkan contoh hasil karya montaj.

Rajah 3.4.1: Contoh Montaj Ilustrasi daripada majalah Sumber: Google Image 3.4.2 Aplikasi alat, media dan teknik Berikut merupakan beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj. Gambar foto sebenar iaitu gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan dan sebagainya. Gambar atau ilustrasi daripada majalah atau surat khabar. Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam Warna basah seperti tempera, warna air, warna poster, dakwat basah dan berus lukisan Gambar atau imej yang telah diimbas dengan mesin pengimbas. Bahan terbuang seperti gambar yang dijumpai, cawan atau pinggam kertas, imej kartun dari majalah. Berbagai jenis tiket yang bersesuaian.

34

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.4.2: Contoh montaj superimpose berbantukan Komputer. Sumber: Google image Berbagai teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan karya montaj. Dalam Huaraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Tahun 5 dan 6 menyasarkan objektif iaitu murid sudah boleh membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan berbantukan computer dalam penghasilan kerja-kerja seni mereka. Perisian yang boleh digunakan seperti paintbrush, Photoshop, dan Microsoft Word. Pada peringkat ini murid-murid boleh didedahkan dengan penggunaan computer tetapi sekurang-kurangnya aktiviti seni dapat dijalankan dengan cara yang berlainan dari kebiasaannya. Walaupun begitu terserah kepada kebijaksanaan guru untuk mengatasi masalah kekurangan komouter di sekolah. Di sini terdapat beberapa teknik penghasilan montaj yang boleh dijalankan iaitu montaj keluarga, digitaj image, montaj dari bahan terbuang, montaj campuran, montaj tiket, montaj berlainan tema, montaj alam semulajadi, montaj figura, montaj alam benda, montaj corak huruf, montaj haiwan, montaj tema serupa dan montaj tampalan. Jika kita membuat satu perbandingan antara kolaj dan montaj, bolehla diandaikan bahawa teknik menghasilkannya adalah lebih kurang sama kerana memerlukan teknik memotong, menampal, dan mencantum. Walaubagaimanapun montaj ada kelainannya sedikit kerana mempunyai tujuan yang tertentu. Pada zaman moden ini teknik montaj diperluaskan dengan penggunaan ICT. Terdapat banyak perisian-perisian tertentu bagi membantu menghasilkan karya montaj.

35

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

3.4.3 Hasil Karya Murid A. Tahap 1

Rajah 3.4.3A: Hasil Karya Bidang Montaj Sumber: Adik Misha bt Osman Kelas: Tahun 3 Bijak Murid ini telah dapat mencapai objektif pembelajaran iaitu dapat memilih dan menggunakan bahan, alat dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar. Beliau telah menggunakan imejimej bunga mawar. Kemudian imej tersebut disusun dan ditampal pada sehelai kertas lukisan untuk menggambarkan keindahan bunga. Beliau telah menggunakan gambar-gambar daripada imej imbasan. Tema karyanya ialah bungaan. Murid ini menggunakan gambar-gambar yang dicari di internet. Kemudian gambar dipotong mengikut segi empat. Gambar tersebut ditampal secara berselang-seli.

36

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

B. Tahap 2

Rajah 3.4.3B: Contoh Montaj Figura (Hasil karya murid) Sumber : Adik Muhammad Adam Afnan b. Mohd Azhar Kelas : Tahun 6 Arif Guru telah membuat rujukan pada Huraian Sukatan Pembelajaran Pendidikan Seni Tahun 6 sebagai rujukan. Murid perlu mencapai hasil pembelajaran iaitu dapat menghasilkan gambar berdasarkan tema, imaginasi dan fantasi murid secara manual dalam aras 1 iaitu murid dapat memilih, meniru, memadan dan menyusun gambar untuk menghasilkan satu konposisi. Di mana dalam aktiviti ini murid ini telah berjaya menghasilkan sebuah karya seperti yang dikehendaki oleh guru. Beliau dapat memilih dan menyusun gambar dengan menarik. Beliau menggunakan figura manusia untuk menunjukkan wanita yang sihat dan cantik.

3.5 CETAKAN 3.5.1 Definisi Menurut Kathleen Chee dalam buku Pendidikan SeniVisual Tingkatan 3 terbitan Pelangi Publishing Sdn Bhd, cetakan adalah sebagai hasil kesan daripada gubahan yang direka cipta oleh pelukis pada permukaan blok atau plat dan kemudian dipindahkan ke atas kertas, kain, kepingan, kad board, plastic dan sebagainya. Blok atau plat yang sama dapat menghasilkan salinan karya yang serupa. Ini disebut edisi, dan semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap sebagai

37

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

karya asli. Pelbagai kaedah digunakan untuk menghasilkan cetakan yang mempunyai ciri dan kesan istimewa, berbeza dengan yang lain. Mengikut rujukan modul HBEA1403 pula mendefinisikan cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Cetakan juga merupakan satu proses pengulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Imej atau gambar yang dihasilkan adalah dengan menggunakan acuan plat. Ia adalah proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Selain itu cetakan juga bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan bahan tertentu.

3.5.2 Aplikasi alat, bahan dan teknik Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas adalah bergantung kepada tahap kecerdasan murid. Berbagai jenis cetakan dan berbagai jenis bahan dan peralatan boleh dihasilkan. Berikut merupakan contoh bahan-bahan dan alatan yang boleh digunakan mengikut peringkat cetakan dari mudah ke sukar yang boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah. :
Tahap pengenalan Pada tahap ini guru boleh menggunakan bahan bahan-bahan sedia ada kertas lukisan, stamp pad, berbagai jenis bungaan, batang pokok, daun, sayur-sayuran, kertas tisu, span, krayo, warna poster,wana mural, bahan-bahan terbuang yang mempunyai permukaan rata tetapi berjalinan, duit syiling, berus, pensel, sikat, kunci , klip kertas dan sebagainya Tahap pertengahan Pada tahap ini bolehlah menggunakan cetakan tanah liat, cetakan plastisin, cetakan kentang, cetakan tali, cetakan blok getah, cetakan duo, cetakan stensil, cetakan mono. Pada peringkat pertengahan murid sudah mempunyai pengalaman asas dalam kegiatan ini. Di antara bahan dan alat yang boleh dicadangkan adalah seperti tanah liat, plastisin, warna-warna mural, warna poster, berus, kertas lukisan, jenis tumbuhan yang boleh diukir, pisau, stamp pad, kadbod, gam berbagai jenis tali, krayon, penggelek, dakwat, span, getah lino dan sebagainya. Tahap lanjutan

38

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Pada tahap lanjutan aktiviti cetakan boleh diteruskan dengan penggunaan alat, media dan bahan sepeti blok kayu, getah lino dan stensil. Peralatan yang dicadangkan ialah foam polisterin, pisau , objek tajam untuk menoreh pada polisterin, penggelek, cermin untuk menggelek dakwat lino, dakwat pekat, kertas lukisan, atau kertas beras, surat khabar, pad cetakan surat khabar, linoleum, blok kayu, silk skrin, sekuji, item stensil, pemotong stensil yang tajam, kadbod tebal, sudu dan sebagainya.

Rajah 3.5.2: Contoh cetakan ikan Sumber : Google image Setiap orang mempunyai teknik yang berbeza dalam menghasilkan cetakan. Cetakan yang baik bergantung kepada jenis peralatan, media dan teknik yang digunakan. Teknik rekabentuk cetakan seperti teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik garis luar gelap dan teknik garisan luar putih. Seni cetakan boleh digolongkan dalam lima kumpulan besar iaitu cetakan timbul, cetakan benam, cetakan dasar, cetakan stensil, dan cetakan computer. Cetakan timbul menggunakan jenis cetakan toreh kayu, turis kayu, toreh lino, dan kolagraf. Manakala cetakan benam menggunakan jenis cetakan turis kering iaitu teknik cetakan menuris terus ke permukaan plat cetakan, turisan iaitu teknik cetakan mengukir, mengguris atau menuris pada permukaan yang keras seperti kayu dan logam dengan burin, gurisan, akuatin, mezotin, dan campuran. Cetakan datar pula menggunakan planograf. Cetakan stensil pula menggunakan cetakan skrin, cetakan potongan kertas, dan cetakan skrin filem. Dan akhir sekali ialah cetakan computer dengan menggunakan seni teknologi canggih .

39

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

3.5.3 Hasil Karya murid A. Tahap 2

Rajah 3.5.3A: Hasil Karya cetakan kentang Sumber : Adik Muhammad Hadith Amreil Kelas: Tahun 5 Dinamik Murid ini telah menggunakan bawang yang telah di toreh menjadi bentuk bunga dan kentang untuk mendapatkan kesan daun dan rumput. Kemudian beliau menggunakan warna air untuk mendapatkan kesan pada cetakan tersebut. Warna air disapu pada kentang tersebut, kemudian dicop pada sehelai kertas lukisan. Bentuk bunga dan daun disusun dan digubah menjadi gambaran taman bunga.

3.6 GOSOKAN 3.6.1 Definisi Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat disekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

40

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Gosokan dianggap sebagai satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

3.6.2 Aplikasi alat, media dan teknik Alat, media dan teknik terpulang kepada pengkarya sendiri. Walaupun begitu di peringkat sekolah rendah, peralatan, bahan dan jenis media terhad kepada kemampuan dan keupayaan tahap murid itu sendiri. Guru memainkan peranan penting dalam pemilihan bahan yang sesuai dalam kegiatan gosokan. Alatan yang boleh digunakan seperti berbagai jenis pensil, pensel warna, kapur dan pastel yang berbagai warna, krayon dan krayon lilin,arang semulajadi, kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur, kertas katrij, kertas taip dan kertas-kertas yang nipis. Jalinan-jalinan yang hendak diaplikasikan pada aktiviti gosokan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu jalinan alam semulajadi dan jalinan buatan manusia. Hampir kesemua permukaan yang tidak rata akan memberi respon terhadap gosokan. Di sini terdapat contoh permukaan yang boleh menghasilkan kesan gosokan.
Permukaan kulit buah-buahan yang kasar- nangka, cempedak, oren, nona, nanas Peralatan rumah- pengayak tepung, bakul rotan, tikar, cermin tingkap, alas meja Pakaian tali pinggang, beg tangan, topi anyaman, tapak kasut Kenderaan - tayar, tempat duduk, alas kaki Aksesori wanita rantai, gelang, jam tangan Pokok permukaan kulit pokok, daun-daun, akar-akar Lain-lain sikat, tali, syiling, permukaan jalan, kertas pasir, cop getah, mozek.

Selain itu terdapat berbagai-bagai teknik gosokan yang boleh digunakan iaitu gosokan satu lapis, gosokan beberapa lapisan di tempat yang sama, gosokan secara pusingan, gosokan berbagai warna, gosokan monokrom, dan gosokan potongan kertas.

41

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah : 3.6.2 Contoh hasil karya gosokan tema hidupan laut. Sumber: http://leechoynee.blogspot.com/2011/11/gosokan.html 3.6.3 Hasil Karya Murid A. Tahap 1

Rajah : 3.6.3A Hasil Karya gosokan Sumber : Adik Norazizah bt Ahmad Tahun : 1 Cerdik Guru telah membuat rujukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Tahun 1. Hasil pembelajaran yang telah di capai ialah meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar melalui penerokaan. Beliau telah menggunakan teknik gosokan dengan 42

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

menggunakan pensel untuk melukis rama-rama terlebih dahulu. Kemudian beliau menggunakan pensel warna untuk gosokan pada permukaan seperti permukaan laptop, tudung saji, dan bakul. Beliau menggunakan kertas A4 nipis untuk memudahkan proses gosokan.

B. TAHAP 2

Rajah 3.6.3B : Hasil karya Teknik gosokan Sumber: Adik Nur Nadia bt Ramli Tahun : 4 Pintar Sebelum melakukan gosokan, adik Nur Nadia telah melukis terlebih dahulu gambar yang dikehendaki pada sehelai kertas. Kemudian kelopak-kelopak bunga itu gosok pada duit syiling. Manakala gambar pasu pula digosok pada tikar dan tanahnya pula digosok pada permukaan laptop.

3. 7 RESIS 3.7.1 Definisi Resis adalah sebagai satu proses menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Mengikut apa yang dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang 43

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

disapu lilin. Satu teknik menggunakan lilin, kryon lilin bertindak sebgai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. 3.7.2 Aplikasi alat, media dan teknik. Dalam proses membuat resis penggunan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ini membuatkan hasil kerja resis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain daripada yang lain. Dengan cara ini aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidaklah membosankan kerana muridmurid amat sukakan kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja mereka. Antara alatan dan bahan yang boleh digunakan ialah bahan berasaskan lilin seperti lilin biasa, krayon lilin, berbagai jenis kertas, berbagai jenis kain putih, berbagai jenis pensel, kapur tulis, berbagai jenis warna dan berbagai jenis dakwat basah. Seseorang guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kreativitinya sendiri untuk menjalankan aktiviti ini jika difikirkan sesuai dan senang untuk mendapatkan bahan asalkan aktiviti mengikut tema dan tajuk. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan :
Krayon resis dengan warna air Krayon resis dengan warna poster Krayon resis dengan warna tempera Krayon resis dengan dakwat basah Krayon resis Kertas lilin resis Krayon resis batik Resis dari warna air dan perekat getah Resis dari warna air lilin biasa Resis dari kapur dan lilin

44

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.7.2 : contoh hasil karya resis krayon dengan warna air. Sumber : http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/resis-media-krayon-watercolour.html 3.7.3 Hasil Karya Murid A. TAHAP 1

Rajah 3.7.3A : Hasil Karya Resis Warna Air dan krayon Sumber: Adik Adam Danish b. Safwan Kelas: Tahun 2 Dinamik B.TAHAP 2

45

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.7.3B Hasil Karya Resis Krayon dengan Warna air Sumber : Adik Muhammad Adam Ayub b. Salleh Kelas : Tahun 5 Dinamik Guru telah merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Tahun 5 sebagai panduan sebelum memulakan pengajaran. Murid ini telah mencapai hasil pembelajaran Aras 3 iaitu menggambar dengan menggunakan gabungan pelbagai alatan, bahan dan teknik yang lebih kreatif dan kemas. Beliau telah menggunakan warna krayon untuk membuat garisan pada lukisan. Kemudian beliau menggunakan warna air untuk mewarna lukisannya. Beliau menghasilkan karya ini di atas sehelai kertas lukisan.

3.8 PERCIKAN 3.8.1 Definisi Percikan adalah salah satu aktiviti menggamabr dalam kerja-kerja seni. Ia adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk, atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite-style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percik warna halus disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antic. Satu teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan 46

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

berus lukisan yang megandungi warna ke atas permukaan rata. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sii setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.

3.8.2 Aplikasi alat , media dan teknik Di antara alatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan percikan ialah seperti berbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan bentuk. Berbagai jenis berus gigi dari permukaan rata hingga permukaan beralun. Berbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras. Penggelek cetakan yang berbagai saiz. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, warna tempera, warna minyak, cat dinding, warna plaka dan dakwat. Kertas berbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad dan kertas stensil. Warna semburan menggunakan botol atau pistol semburan. Berbagai teknik boleh digunakan iaitu teknik mewarnakan latar sebelum memulakan aktiviti percikan. Teknik kedua ialah dengan menggunakan berus cat dinding rumah yang terpakai. Berus diketuk kuat di tepi tin cat. Ketukan kuat akan menyebabkan titikan cat terbang di permukaan kertas. Titikan yang berlainan saiz akan terhasil. Selain itu teknik percikan dengan berbagai jenis warna juga boleh digunakan. Teknik semburan menggunakan pistol spray juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesan titikan lebih halus dan seragam. Cara ini lebih cepat. Rajah 3.8.2 menunjukkan hasil karya teknik percikan.

Rajah 3.8.2:Contoh Karya Teknik Percikan Sumber: Google Image Capaian: 14 Nov 2012 47

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

3.9 MOZEK 3.9.1 Definisi Mengikut rujukan daripada glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Dapatan daripada internet (http://www.google.com.my-define:Mosaic) pula

menjelaskan bahawa mozek ialah sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik di atas permukaan. Ia juga merupakan satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Satu media seni di maan kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Ia juga merupakan satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

3.9.2 Aplikasi alat, bahan dan teknik Berbagai jenis kertas boleh digunakan seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan. Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam simen. Bekas untuk emnyimpan carikan kertas juga diperlukan. Bahanbahan semulajadi seperti bunga-bunga kering, daun kering dan sebagainya. Kertas berbagai warna, berbagai jalinan dan gambar-gambar berwarna. Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu direct method, indirect method dan double indirect method. Yang dikatakan direct method ialah dengan menggambar bahan di atas permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan pasu, lantai dan sebagainya. Ia sesuai digunakan pada projekkecil. Teknik indirect method pula ialah proses menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media yang sama diletakkan di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek tadi. Terdapat juga beberapa teknik menghasilkan mozek dan boleh disesuaikan untuk muridmurid sekolah rendah iaitu mozek kertas, mozek timbul, mozek campuran, mozek catan, mozek potongan kertas, mozek cebisan kertas, mozek tebuk, mozek koyakan kertas, mozek fabric, mozek bijian, mozek bahan buangan dan mozek manic.

48

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 3.9.2: Contoh mozek potongan kertas berbagai bentuk figura haiwan Sumber: Google Image Capaian: 14 Nov 2012 3.9.3 Hasil Karya Murid A. Tahap 2

Rajah 3.9.3A: Hasil Karya Murid teknik mozek campuran Sumber: Adik Muhammad Hazief b Amriza Kelas: 4 Cerdik Murid ini menggunakan kertas warna yang telah dipotong secara segi empat. Beliau menyusun kertas warna yang telah dipotong dan menampalnya pada sehelai kertas lukisan. Perbezaan

49

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

warna menunjukkan perbezaan objek dalam gambar. Selain itu beliau menggunakan manic yang disusun bersebelahan secara mozek pada imej buah tembikai.

50

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

4. LAMPIRAN

51

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

5. MAKLUMAT SOKONGAN
Kajian yang telah saya lakukan adalah kajian peringkat perkembangan kanak kanak berumur antara tujuh tahun sehingga 12 tahun. Kajian ini adalah berdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld (1982). Sebanyak dua tahap kanak-kanak di sekolah saya jadikan sebagai kajian iaitu tahap satu yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 3 dan tahap dua yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga enam. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat yang alin terutamanya aspek-aspek penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka. Dr Lowenfeld merupakan tokoh yang mempunyai lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Art di Bandar yang sama. Beliau percaya bahawa kanakkanak dilahirkan kreatif (1975). Pernyataan disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Beliau juga menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur dengan empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan. Vivtor Lowenfeld dalam bukunya Teori Perkembangan Kanak-kanak menulis tentang terapi seni di mana kecenderungan kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya. Sebab itu figura ibu lebih diberi penekanan. Lownfeld beranggapan lukisan dapat member pengertian yang tersurat dan tersirat. seni juga berkepentingan dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar. Dalam kajiannya beliau mendapati kanak-kanak mempunyai enam tahap perkembangan artistik. Rajah 4.1 menunjukkan tahap-tahap perkembangan kanak-kanak.

52

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

Rajah 4.1: Tahap perkembangan kanak-kanak Sumber: Victor Lowenfeld (1982) 4.1 Peringkat Scribling Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteg menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Apabila kanak-kanak telah menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

4.2 Peringkat Pre-Scematic Memperlihatkan peningkatan contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan

4.3 Peringkar Scematic Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut tema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyususnan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

53

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

4.4. Peringkat Dawning Realism Kanak-kank melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistic dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sift kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandigkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistic serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

4.5 Peringkat Pseudo-naturalistic Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek dihadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Luksan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisannya tidak menarik.

4.6 Peringkat Period if Decision Merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

4.7 Perkembangan persepsi Perkembangan persepsi merupakan suatu proses mengumpul dan mengintegrasikan asas-asas pengalaman sensori secara berperingkat. Menurut teori Gibson, gabungan pengalaman perceptual yang lebih mantap melalui latihan-latihan yang spesifik dan berterusan akan menghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan matang. Pengalaman meginterpretasikan sesuatu maklumat akan mempengaruhi pencapaian seseorang kanak-kanak, bukan sahaja dari aspek persepsi tetapi juga kognitif.

54

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

5. KESIMPULAN
Setelah dianalisis berdasarkan contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat kanakkanak, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistic kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh suasana dan persekitaran kanak-kanak itu dibesarkan. Di mana persekitaran kanak-kanak yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar. Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan kanak-kanak akan berlaku dengan sihat Pengetahuan asas mengenai aktiviti menggambar yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni sebelum ia dapat dilaksanakan dan didedahkan kepada kanakkanak.

55

HBAE1404_MENGGAMBAR 820104015498001_Zaliza bt Kahir SemSep2012_SMP KHASjan2011

6. RUJUKAN
Panitia Pendidikan Seni Visual.Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 34 Bandar Putra, 81000 Kulaijaya. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual (2000) Kementerian Pendidikan Malaysia Rohani bt Abdullah, Nani bt Menon, Mohd Sharani b Ahmad(2003), Panduan Kurikulum Prasekolah.PTS Profesional Amazon.Com MPH Kathleen Chee (2001).Pendidikan seni visual.Pelangi publishing Group Bhd Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2000) Kementerian Pendidikan Malaysia

Mansor bin Abdullah (2002). Bidang menggambar teknik, alat dan bahan. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim Philip Berril (1996). Lukisan Cat Air. Cerdik Publications Sdn Bhd. Philip Berril (1996). Lukisan Cat Minyak. Cerdik Publications Sdn Bhd. Pelangis Team (2004). Cat Poster. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/sp/sp_pseni_kbsr.pdf http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html http://psvisual.wordpress.com/page/3/ http://cikgulala.blogspot.com/2011/04/pengenalan-bidang-menggambar.html http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-montaj.html

56

You might also like