ADAB, AKHLAK DAN ETIKA DALAM ISLAM

Matlamat Asas Kehidupan Manusia
• Mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri kepadaNya selaras dengan kehendak syarak. • Mematuhi dan menjadikan apa yang telah digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan AsSunnah sebagai garis panduan hidup. • Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi selaras dengan pemuliaan Allah kepada manusia.

Tujuan Pembentukan Akhlak
1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih. 2. Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional, jelas & benar serta memberi komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah s.w.t. 3. Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syarak – dengan itu mendapat redha jiwa & manusia melalui akhlak Islam.

• Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan2 tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu. . tabiat atau maruah. • Imam al-Ghazali memberi maksud istilah akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah.Definisi Akhlak • Akhlak dari segi bahasa bermaksud kebiasaan. dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

• Kecantikan batin akan terhasil dengan sempurna apabila asasnya baik & cantik. Apabila kekuatan ilmu itu baik maka ia akan meningkat kepada peringkat ‘hikmat’. (‘hikmat’ ialah satu keadaan jiwa di mana menerusinya dapat mengetahui perkara yang betul dan salah bagi membuat pilihan) . Firman Allah “ dan barangsiapa yang mencapai tahap hikmat maka ia akan mendapat kebaikan yang amat banyak” al-Baqarah ayat 269. Kuasa ‘ilmu’/’hikmat’ – kebaikan ilmu tercapai melalui kesusahannya untuk mengetahui dan membezakan antara benar & bohong dalam percakapan. antara hak & batil dalam iktiqad dan antara yang baik & buruk dalam perbuatan. Asas-asas yang menjadi tonggak kepada kecantikan batin ialah:1.

4. Kuasa ‘Keadilan’ – iaitu mengawalselia syahwat & kemarahan di bawah arahan akal & syarak. Jika kemarahan melampaui had – dikatakan pengacau. Kebolehan mengurus syahwat dikatakan baik dan suci. Kebolehan mengurus marah – dikatakan baik & berani. Jika syahwat kurang dikatakan beku. Jika syahwat melampaui batas dikatakan jahat. Kuasa ‘Syahwat’ . Jika berlaku perbuatan menjangkaui batasan maka ia dikatakan zalim .Kebaikannya apabila ia berada di bawah arahan ‘hikmat’ – iaitu arahan daripada akal dan syarak. Kuasa ‘Kemarahan’ – kebaikan marah ialah apabila ia mengecut dan mengembang selaras dengan kehendak hikmat.2. Jika kemarahan lemah – dikatakan penakut. 3.

Kedua2nya memberikan kesan secara langsung kepada kualiti kehidupan seseorang manusia dalam masyarakat.• Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk merupakan 2 jenis tingkahlaku yang berlawanan dan lahir daripada kualiti kerohanian yang berbeza. . • Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang sejahtera dan sebaliknya jika masyarakat dikuasai oleh individu yang mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang buruk maka akan porak peranda dan kacau bilau masyarakat sekelilingnya.

• Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan.• Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai2 dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya. khurafat dan falsafah2 serta ajaran2 palsu akan menerbitkan keimanan yang sebenar. .

Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara berterusan. Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dari akhlak yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau ada pengaruh dari luar. . 3. 3 syarat utama untuk memastikan bahawa perilaku adalah terjemahan dari akhlak ialah:1. Oleh yang demikian. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan alQuran dan as-Sunnah.• • • • • • Perbezaan Antara Akhlak dan Perilaku Akhlak merupakan perkara atau sifat yang maknawi(rohani) manakala perilaku merupakan terjemahan atau kesan daripada akhlak yang bersifat maknawi tadi. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripada unsur luar. (Istiqomah) 2.

3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian. 2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam melakukannya manakala etika dilakukan kerana peraturan atau keadaan masyarakat berkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahir dari keikhlasan semata-mata. .Perbezaan Antara Akhlak & Etika 1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah manakala etika bermaksud sistem tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.

5) Akhlak yang baik memberi kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupan seseorang dari segi mental. fizikal dan rohani manakala etika memberi kesan kepada satu keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logik akal semata2 dan bukannya atas pegangan akidah. .4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan tidak berubah2 semenjak dari zaman Rasulullah sehingga hari kiamat manakala etika berdasarkan pemikiran dan pandangan manusia sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.

• Dalam surah An-Nahl ayat 90 Allah berfirman bermaksud “Sesungguhnya Allah memerintah berlaku adil.w. berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman” .t berfirman bermaksud “ dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad)mempunyai akhlak yang sangat2 mulia”.Hubungan Akhlak Dengan Iman • Sumber akhlak Islam ialah al-Quran dan AsSunnah yang menjadi dasar kepada kaum muslimin dan muslimat untuk berfikir dan bertindak. • Dalam surah al-Qalam ayat 4 Allah s.

• Surah Fussilat ayat 34 Allah berfirman yang membawa maksud supaya orang2 Islam menolak kejahatan dengan cara yang sebaik2nya. .a. ada menyebut bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan akhlak yang mulia.w.• Surah al-Maidah ayat 13 di mana Allah berfirman yang memberi maksud supaya orang2 Islam memberi kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah. • Rasulullah pula senantiasa berdoa sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad • Hadith riwayat Baihaki Rasulullah s.

Kedudukan Akhlak Dalam Islam 1. Akhlak juga mengangkat darjat keimanan seseorang manusia. Akhlak meningkatkan cara hidup/gaya hidup seseorang manusia melalui tingkah laku yang sopan. Surah Ar-Ra’d ayat 12. pemakanan. . Akhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kehidupan manusia – asas kepada kebangkitan & kemuliaan Nabi Muhammad s. 3. 2. menjaga kebersihan dll. Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa cara hidup yang bermutu dan berkualiti & cemerlang untuk menyusun kehidupan manusia.w. yang membawa manusia kepada kehidupan yang bertamadun.a.

. Satu cara hidup yang membawa kepada kejayaan manusia dalam melaksanakan misi & visi yang telah diamanahkan oleh Allah di atas muka bumi dengan menyebarkan perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. 6. 5. Akhlak membezakan antara mereka yang baik & mulia dengan yang sebaliknya. Akhlak ialah neraca kejayaan yang sebenar kepada seseorang manusia di akhirat malah ia juga merupakan salah satu aspek asas bagi membebaskan diri dari azab api neraka & memasuki syurga.4.

Berusaha untuk melakukan penyucian diri melatih & menerapkan perkara kebaikan dengan melakukan ibadah wajib & sunat spt. .KAEDAH-KAEDAH PENINGKATAN AKHLAK 1. malas. memohon maaf dll. membaca al-Quran dan menjauhi daripada sifat yang keji & tidak baik spt. Mengurangkan pengaruh nafsu negatif serta mengekang diri dari melakukan perbuatan yang bersifat keji. Puasa. solat. 3. Dengki. ‘Self recover’ iaitu menyedari & memahami terhadap kebaikan & keburukan sesuatu perbuatan yang dilakukan dan segera memperbetulkannya dengan bertaubat. zikir. mengumpat dll. 2.

membawa seluruh jasad turut berjaga malam an demam”.AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA • Al-Quran & As-Sunnah menggariskan akhlak2 mulia dalam realiti kehidupan manusia iaitu melalui persaudaraan. maka damaikanlah antara dua saudara kamu” • Hadith riwayat Ahmad Rasulullah s. . • Perasaan kasih sayang yang disemai dalam diri orang2 mu’min adalah sebagaimana ajaran al-Quran dan AsSunnah. adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit.w. bersabda berbunyi “perumpamaan orang2 yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas.a. Surah al-Hujuraat:10 bermaksud “sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah bersaudara.

Ahmad an Abu Daud yang bermaksud “Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam.• Hadith riwayat at-Tirmizi Rsulullah s.a.w.sebarkanlah salam di kalangan kamu” • Orang2 Islam diingatkan supaya menyembunyikan keburukan yang dilakukan oleh seorang mu’min yang lain. Hadith riwayat Muslim. bersabda yang bermaksud “ melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah” • Rasulullah bersabda lagi berkenaan kepentingan mengucapkan selamat atau memberi salam berbunyi “.. Allah menutup keaibannya di dunia & akhirat” • Menjadi kewajipan orang2 Islam juga untuk memberikan nasihat & berpesan ke arah kebaikan kepada semua orang Islam. .

hati atau nafsu scara positif ke arah memberikan kepimpinan terhadap diri dan perkara di luar diri. Sesuai dengan hadith Rsulullah yang berbunyi “aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia” . • Al-Quran juga memberikan penegasan bahawa Rasulullah pembawa rahmat bagi sekalian alam dan contoh ikutan yang mempunyai watak atau akhlak Qurani.AKHLAK PENENTU HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH • Menggunakan akal. Allah turunkan mukjizat yang agung iaitu al-Quran sbg petunjuk & ilmu supaya manusia terus melakukan sesuatu yang diredhai olehNya.

masyarakat & negara. diri.Jum’ah ayat 10 Allah berfirman bermaksud “..bila selesai mengerjakan sembahyang. .” • Bekerja ialah kewajipan sosial – fardhu ain kerana manusia wajib mencari makanan & minuman untuk menjamin kesempurnaan hidup dan menjalankan tanggungjawab terhadap Allah. maka hendaklah kamu bertaburan di merata tempat di muka bumi ini dan carilah sesuatu dari limpah kurniaan Allah. keluarga. Surah al..ETIKA KERJA DALAM ISLAM • Keperluan bekerja dan berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan sangat dituntut dalam Islam.

ertinya dia datang kepada Allah tanpa muka.w bersabda bermaksud “Seseorang itu jika terus menerus meminta kelak dia akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya tiada seketul daging pun. 2. Rasulullah s.w bersabda bermaksud “Sekiranya mempunyai sangka baik terhadap Allah nescaya mereka mengerjakan sesuatu yang baik” 3. tanpa harga diri”. Bekerja & berusaha sebagai membuktikan keimanan. Rasulullah s. tanpa martabat.KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM 1. .a. Wajib untuk membayar hutang & menyara keluarga. Pekerjaan meningkatkan martabat seseorang dan sesuatu bangsa.a.

Bekerja hendaklah dengan niat yang baik dan halal. 6. Rasulullah s. ada dosa yang tidak dapat ditebus dengan sembahyang. Rasulullah bersabda berbunyi “Dari sekian banyak jenis dosa. sedekah atau pun haji tetapi ia dapat dikikis dengan susah payah mencari rezeki” 5. Hadith terkenal Rasulullah bermaksud “Setiap perbuatan atau pekerjaan akan dinilai berdasarkan niat” & “Allah suka melihat hambaNya bersusah payah mencari rezeki yang halal”. Bekerja boleh menghapuskan dosa.4. .a.w bersabda bermaksud “Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti mujahid fi sabilillah”. Bekerja adalah setaraf dengan jihad.

Ganjaran dan perolehan adalah melalui usaha & kerja. Pekerjaan yang haram mencelakan seseorang di dunia & di akhirat.7. sehingga dia masuk bersama2 hamba tersebut ke dalam neraka”. Surah al-Baqarah ayat 281 Allah berfirman yang bermaksud “Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan usahanya…” 8. Sabda Rasulullah yang bermaksud “Orang yang paling menyesal kerugian pada hari kiamat kelak ialah orang yang mendapat sara hidup dan rezeki yang tidak halal. .

Sabda Rasulullah lagi bermaksud “orang mukmin terhadap mukmin adalah laksana satu bangunan rumah. Apabila bertemu hendaklah ucapkan salam. Rasulullah s. 2.a.ADAB PERGAULAN DALAM MASYARAKAT 1. juga bersabda bermaksud “Dan Allah selalu menolong hambaNya selagi hamba itu mahu menolong saudaranya” . apabila dia bersin dengan memuji Allah maka hendaklah mohonnkan rahmat buatnya. apabila dia meminta nasihat hendaklah memberi nasihat.a. 3. apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan.w. Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia menyintai saudaranya apa yang dia cintai buat dirinya sendiri”.w bersabda bermaksud “Hak orang Islam atas orang Islam ada 6 perkara. apabila dia sakit hendaklah ziarahi dan apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur”. di mana satu bahagian menguatkan bahagian yang lain”. Rasulullah s. 4.

466-468) . tidak fasik & tidak tamak. serta ia menurut hawa nafsunya”. • Allah s. budi pekerti yang baik.w. jikalau engkau bersahabat dengannya ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah ia mencukupi keperluanmu…”-(rujuk buku Ihya’ Ulumuddin m/s.t mengingatkan dalam al-Quran Surah alKahfi:28 yang bermaksud “Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati & mematuhi pengajaran Kami di dalam A-Quran. • ‘Alqamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya dengan berkata “Wahai anakku. maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini iaitu jikalau engkau melayaninya ia suka melindungimu. jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang.Adab Dalam Memilih Sahabat • akal.

kesopanan & ketenangan. Jangan gemar melihat ke kanan & kiri dan terlampau tajam melihat orang lain. Jangan sesekali silangkan jari2 tanganmu dicelah2 jari tangan yang lain dan jangan bermain dengan misai. Jangan menampakkan wajah angkuh/sombong. 1. cincin. 3. Duduk dalam keadaan tenang. 2. . Hadapi kawan / musuh dgn wajah gembira & penuh kerelaan. Jangan cungkil gigi dan memasukkan jari dalam lubang hidung di hadapan orang atau ketika bersolat. janggut. 4.Adab Sopan Pergaulan Dengan Seluruh Lapisan Masyarakat. Bertutur dan berbicara dengan penuh tata tertib dan dengarlah percakapan orang di hadapanmu dengan hati2 tanpa menunjukkan kehairanan.

Jangan bercakap sesuatu yang membanggakan diri sendiri. . anak2 atau sesuatu yang menjadi kebanggaan pada diri sendiri. 8. 7. Hindarkan sikap keras hati dan suka bertegang urat kerana kebaikannnya amat sedikit berbanding keburukannya sebaliknya jikalau perlu bersikap lemah lembut dan mengalah maka lakukanlah tanpa menunjukkan sifat lemah dan daif.5. 6. Jangan engkau bersikap bodoh sebagaimana seorang hamba sahaya dan jangan terlampau mengharap dalam meminta sesuatu yang engkau perlukan. Jangan beritahu berapa jumlah harta simpananmu kepada keluarga atau orang lain kerana sekiranya diketahui hartamu sedikit engkau akan dihina sebaliknya jika hartamu banyak tentu mereka merasa kurang senang.

10. Sekiranya sedang marah.9. 11. Jauhkanlah sikap tergesa2 dan banyak berisyarat dengan menggunakan tangan. maka diamlah dahulu dan apabila reda ucaplah isi hati dengan baik. Jikalau memasuki persidangan/majlis hendaklah mengucapkan salam dahulu kepada orang2 yang telah hadir. Duduklah dimana2 tempat kosong dan rendahkan lah diri dan jabatlah tangan orang yang duduk disebelah setelah memberi salam. Jangan jadikan harta itu dianggap lebih mulia daripada kehormatan diri. Jikalau berdebat berpeganglah dengan kesopanan. .

Jangan suka bergurau senda dengan orang yang bijak dan tidak juga dengan orang yang kurang akalnya. atau hina kepada sesiapapun baik yang masih hidup atau telah mati. Jauhilah duduk berbual di jalanan tetapi sekiranya terpaksa maka penuhilah hak2 jalanspt menjaga pandangan mata. Jangan menilai seseorang itu berdasarkan hartanya atau keadaan keduniaan yang dimilikinya. Apabila dalam sesuatu majlis itu banyaknya gurau senda maka sebaiknya sewaktu berdiri meninggalkan majlis hendaklah ingat dan berzikir kepada Allah. 15. menjawab salam. menolong orang yg dianiaya. 14.12. menunjukkan jalan kepada orag yg tersesat. tidak meludah merata-rata dan jangan meludah ke arah kiblat. . Jangan menganggap rendah. kecil. 16. mengajak ke arah kebaikan. 13.

Adab-Adab Takziah 1. 4. Berfikir tentang kematian dan bersiap sedia menghadapinya. . 2. Adab Menghantar Jenazah 1. sopan dan tidak mengenang-ngenang keadaan mayat. Mempercepatkan pengebumian jenazah adalah sunat. 3. Selalu merendah diri. 5. 3. Tidak tersenyum-senyum. 2. 4. Bersikap tenang. Menunjukkan perasaan simpati dan dukacita. Mengurangkan percakapan. 4. Bersama-sama berkabung. Berniat untuk memperbanyakkkan amalan soleh dan terus melaksanakannya.

2.Hak-Hak Jiran 1. Jangan buat sesuatu yang tidak menyenangkannya. 6. Ampunilah segala kesalahannya apalagi yang tidak disengajakannya. 5. Ziarahilah jika diri & keluarganya ditimpa musibah atau sakit. 3. 8. . Tunjukkan simpati dan berikan pertolongan walaupun tidak diminta. Jangan mengintai kecacatan atau keburukannya. 7. Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu. Jangan terlalu banyak bertanya keadaannya sehari-hari. Menyatakan perasaan gembira apabila memperoleh kesenangan atau kurniaan dari Allah. 4.

Bersikap lemah lembut terhadap anaknya baik dalam percakapan dan perbuatan.9. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya. 15. 10. Berikanlah ia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran. Jangan mendengar kata2 orang lain yang mengeji dirinya seperti umpatan dll. Tutuplah kecacatan yang kamu nampak dan janganlah hebohkan pada sesiapapun. Jangan mengintai2 apa yang dibawa olehnya ke dalam rumah. 16. Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui olehnya baik dalam urusn dunia dan akhirat. 11. . 14. Tundukkanlah matamu sewaktu melihat isterinya. 12. 13.

2 hlm 190. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hak jiran adalah seperti berikut. Ahmad Shalaby. hlm. . • Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepad jirannya • Melawatnya ketika sakit • Memberi ta’ziyah dalam musibah dan turut sama menanggungnya • Memberi tahniah dalam kegembiraanya dan turut sama menikmatinya • Memaafkan segala kekhilafan • Tidak menggangu ahli rumahnya • Tidak menghalangnya berjalan ke rumahnya • Menutup daripada apa yang tersingkap daripada kesalahankesalahan. Ihya’ Ulumuddin. dinukilkan daripada Dr. Jil. Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam. 268-269.• Imam al-Ghazali.

” . • Jiran yang miskin akan berpaut dileher jirannya yang kaya pada Hari Kiamat seraya berkata:”Tuhanku. tanyalah orang ini mengapa dia enggan menolongku dan menutup pintunya kepadaku ketika perutnya kenyang padahal aku selalu sahaja lapar.• Mengawal rumahnya apabila dia tiada • Jangan mendengar kata-kata buruk mengenai dirinya • Berlemah-lembut kepada anak-anaknya dan mengajarkan perkaraperkara berkenaan ad-Din dan dunia yang tidak diketahuinya • Imam al-Ghazali juga menegaskan.

Beralasan dan mudah difahami berdasarkan logik akal. Bersifat positif bagi pengamal akhlak Islam iaitu mendapat kekuatan dan menentang kelemahan. dunia. realiti & idealistik. 2.KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN AKHLAK ISLAM 1. . jasad. Sesuai dengan fitrah dan naluri manusia demi kepentingan masyarakat keseluruhannya. Memelihara realiti iaitu mampu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan adanya tolak ansur dan penerimaan hakikat. 4. Seimbang antara roh. 7. 3. Bersifat sejagat iaitu penetapan hukum adalah sama tanpa mengira bangsa. 6. keturunan atau agama. akhirat. Lengkap & menyeluruh. 5.