You are on page 1of 5

AHLI KUMPULAN : Phang Chin Nyap, Phang Jiew Leong, Sylvester Png, Iris Ung, Wong Chung Kai

FUNGSI OTOT Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untuk membolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang.

1.4.1 Jenis-jenis Otot


Otot terbahagi kepada tiga jenis: (a) Otot Jantung Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung. Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak boleh dikawal secara sedar. Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabang-cabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang. (b) Otot Licin Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari. Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30-200 m panjang dan bahagian yang terlebar berukuran antara 5-10 m.

Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah: (i) Tisu Otot Visera (Unit Tunggal) Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi. (ii) Tisu Otot Licin (Berbilang Unit) Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekat pada folikel rambut dan iris mata.

Rajah 1.22: Tisu otot licin

Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(c) Otot Rangka Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan rangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang merentasinya. Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih sendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Namun, bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan emosi. Otot-otot ini lebih dikenali sebagai otot-otot ekspresi muka. Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung melekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Ia terdapat di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus. Konstriktor adalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas esofagus.
Rajah 1.23: Keratan melintang otot rangka

Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

1.4.1 Struktur dan Fungsi Otot Rangka


(a) Struktur Internal Otot Rangka Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 - 100 m lebar dan panjang sehingga mencapai 10cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagian periferinya. Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot. Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersamasama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus pula, ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium. Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan massa otot dan dikelilingi oleh epimisium. Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat otot rangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih.

(b) Fungsi Otot Rangka Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti: (i) Gerakan Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti berjalan, berlari, fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung, gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi otot pernafasan. (ii) Penetapan Postur Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan otot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksud kontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Sementara itu dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula, pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa latihan terbuang.

(iii) Penghasilan Haba Untuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga. Jadi apabila berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan. Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksi otot.

1.4.2 Lokasi dan Tindakan Otot Utama


(a) Lokasi Otot kebanyakannya melekat secara langsung atau melalui tendon atau aponeurosis kepada tulang, rawan, ligamen atau fasia. Terdapat otot yang melekat pada organ dan ada juga yang melekat pada kulit. Otot yang berkontraksi akan menjadi pendek, tetapi salah satu tempat perlekatannya biasanya kekal, tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja. Istilah punca (pelekatan proksimal) otot diberikan kepada bahagian yang tidak bergerak atau bergerak sedikit. Manakala istilah penyelitan (pelekatan distal) pula diberikan kepada bahagian yang yang bergerak atau bergerak lebih. Contoh, satu hujung otot bisep braki yang terletak di hadapan lengan atas melekat pada skapula dan hujungnya yang satu lagi melekat pada radius di lengan bawah. Apabila fleksi dilakukan oleh sendi siku untuk mengangkat barang, bisep braki berkontraksi. Hujung otot yang melekat pada skapula tetap dan tidak bergerak, tetapi hujung yang melekat pada radius menarik lengan bawah dan bergerak. Sebaliknya, jika kita memegang batang besi tetap yang terletak di atas kita dan menaikkan tubuh ke atas, hujung otot yang melekat pada radius akan tetap, tetapi hujung yang melekat pada skapula menarik tubuh ke atas dan bergerak.
Rajah 1.24: Pergerakan fleksi sendi siku

Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oleh yang demikian, istilah punca dan penyelitan amat mengelirukan. Istilah baru diperkenalkan untuk mengelakkan kekeliruan. Istilah tersebut adalah perlekatan proksimal dan perlekatan distal. Hujung otot yang terletak berhampiran dengan tubuh badan dirujuk sebagai perlekatan proksimal. Manakala hujung otot yang terletak jauh dari tubuh badan atau hujung yang melekat pada organ dirujuk sebagai perlekatan distal. (b) Tindakan Otot Utama Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover), antagonis, penetap (fixator) dan sinergistik. (i) Penggerak Utama Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakan tertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku. (ii) Antagonis Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan penggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila sendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan reflex saraf.
Rajah 1.25: Otot biseps braki dan triseps

(iii) Penetap Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan meningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan perlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkan tindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdle pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu. (iv) Sinergistik Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang sebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendi pergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor

You might also like