You are on page 1of 3

1. Konsep pengajaran jawi sekolah rendah Pelajaran jawi adalah sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan islam.

Pelajaran ini diajar kepada murid-murid yang beragama islam di sekolah rendah sahaja dengan peruntukan masa selama 30 minit seminggu dari tahun 1 hingga 6. Walau bagaimanapun setelah program J-QAF dilaksanakan di sekolah, masa pelajaran jawi untuk tahun satu diperuntukan selama 60 minit bagi enam bulan pertama persekolahan dan 30 minit pada enam bulan kedua.Murid bukan islam akan diberi peluang memperlajari pelajaran ini setelah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga. Dan Pelaksanaan jawi dalam mata pelajaran pendidikan islam dengan tafsiran undang-undang mengenai jawi dan tidak bercanggah dengan akta bahasa kebangsaan 1963. Pelajaran Jawi adalah sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan Islam. Tulisan Jawi perlu dikembangkan seiring dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan pelajaran Jawi antara komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu, pelajaran Jawi merupakan salah satu objektif dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam yang menyasarkan murid dapat membaca dan menulis Jawi serta menjadikan Jawi sebagai warisan budaya bangsa. Selain mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia agar generasi masa depan dapat menguasai Jawi dan ilmu Pendidikan Islam dengan baik. Kementerian pelajaran telah menetapkan bahawa ejaan yang diguna pakai disemua peringkat pendidikan system ejaan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tenaga pengajar jawi adalah terdiri daripada guru Pendidikan Islam. Guru-guru lain yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dibenarkan untuk mengajar mata pelajaran ini. Pelajaran jawi telah menjadi bahagian mata pelajaran pendidikan islam dan diajar kepada murid-murid melayu seawal tahun 1957 lagi ( Pusat perkembangan kokurikulum 1982). Pada tahun 1964, pelajaran jawi menjadi satu pelajaran pilihan di sekolah kebangsaan, ia diajar kepada semua murid melayu di darjah satu, dua dan tiga oleh guru-guru biasa iaitu guru bukan agama (Pusat perkembangan kokurikulum
1

1982). Pada tahun 1972 pelajaran jawi telah menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia diajar dar I darjah satu oleh guru Bahasa Melayu dan dibantu oleh guru agama. Murid-murid bukan melayu tidak diwajibkan tetapi digalakkan mempelajarinya. Apabila KBSR diperkenalkan pada tahun 1983, pelajaran Jawi menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu dan mula diperkenalkan pada tahun dua. Walau bagaimanapun rancangan ini tidak dilaksanakan, sebaliknya Pelajaran Jawi dirangkumkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk memperkasakan rancangan pelaksanaan KBSR Pelajaran Jawi telah menetapkan dengan beberapa keputusan seperti berikut : Pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam melalui tahun 3. Mata Pelajaran Agama Islam mendapat tambahan masa sebanyak 30 minit dalam seminggu bagi sekolah kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan menjadi 180 minit. Tambahan masa ini adalah dikhususkan untuk mata Pelajaran Jawi yang dimulai dengan tahun tiga. Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil Pendidikan Islam selama 150 minit dikekalkan. Mulai bulan Disember 1990, jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam mulai tahun satu KBSR sebelum ia diajar kepada semua murid islam tahap dua iaitu mulai tahun empat. Untuk tujuan penyelarasan ejaan jawi, kementerian telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas bilangan 1/1992 bertarikh 22 Januari 1992 mengenai sepenuhnya penggunaan ejaan jawi yang sempurna. Kemudian mesyuarat jawatan kuasa kurikulum pusat bilangan 4/95 bertarikh 15 Ogos 1995 telah meluluskan supaya jawi diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan itu pada tahun 1996 dan 1997. Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah menjalankan kursus kepada 380 orang guru Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun rancangan itu sekali lagi tidak dapat dijalankan apabila surat menteri pendidikan bertarikh 19 November

mengesahkan dan bersetuju supaya jawi diperkukuhkan dalam mata pelajaran


2

Pendidikan Islam supaya kelancaran membaca dan menulis jawi dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar islam. Apabila KBSR disemak semula pada tahun 2000, dan diguna pakai pada tahun 2003, pihak Kementerian Pendidikan telah menjadi pelajaran jawi antara kompenan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dalam kurikulum semakan ini, jawi mula diajar mulai tahun satu selama 30 minit seminggu di sekolah rendah. Oleh itu jawi perlu diajar dan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Sekarang kedudukan tulis jawi terus dipertingkatkan dalam system pendidikan dengan terlaksananya program pada tahun 2004. Masa Pelajaran jawi untuk tahun satu telah diperuntukan selama satu jam (60 minit) pada enam bulam pertama dan kelas pemulihan jawi telah dilaksanakan disekolah-sekolah bagi mengatasi masalah keciciran dalam mata pelajaran ini. Jawi juga telah dinilai dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi meningkatkan penguasaan jawi dikalangan pelajar.

You might also like