You are on page 1of 49

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS TOPIK 13

Ahmad Faris Jamaludin


Muhammad Afham Bidin Nur Amirah Hamzah Nur Izzah Athira Rosli

MATAHARI

Bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu).
Mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 C dan suhu teras 15 juta C. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat.

Dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G.

Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi.

Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung.

Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinarX, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi
Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari

Video matahari 1 Video matahari 2

ASTEROID

APA ITU ASTEROID???


batuan dan objek logam yang mengorbit matahari. dikenali sebagai planet kecil atau planetoid, ia lebih kecil daripada planet tetapi lebih besar berbanding meteoroid. Bahan sisa daripada pembentukan sistem solar.

Ia ditemui terletak di dalam orbit Bumi sehingga orbit Zuhal.


Ia banyak ditemui dan berada dalam kumpulan lalu membentuk seperti jalur asteroid yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari. Ia mempunyai jumlah jisim satu per dua puluh daripada jisim bulan dan lebih kurang tiga kali ganda jisim asteroid Ceres.

SAIZ ASTEROID
Asteroids mempunyai saiz yang berbeza beza Contoh : Ceres yang mempunyai diameter 1000 km, sehingga asteroid yang mempunyai saiz sekecil batu batu kecil. Sebanyak enam belas asteroid dikenalpasti mempunyai diameter 240 km atau lebih. Walaupun tidak boleh dilihat melalui mata kasar, banyak yang boleh dilihat menggunakan teropong atau teleskop yang kecil, termasuk empat asteroid yang terbesar iaitu : (1) Ceres, (2) Pallas, (4) Vesta dan (10) Hygiea.

BENTUK ASTEROID
Ceres, Pallas, dan Vesta, mempunyai bentuk hampir kepada bulat (15) Eunomia, (107) Camilla dan (511) Davida, lebih memanjang (4769) Castalia, (216), Kleopatra, dan (4179) Tautotis, mempunyai bentuk yang pelik.

KUMPULAN ASTEROID
Terdapat juga kumpulan asteroid yang berkongsi orbit dengan planet yang lebih besar. Antaranya ialah Asteroid Trojan, merupakan kumpulan asteroid yang besar yang berkongsi orbit dengan Jupiter.

Video asteroid 1 Video asteroid 2

METEOR

Berasal daripada perkataan Yunani = tinggi di udara Berukuran dari sebesar pasir hingga ke saiz batu Apabila ia ditarik oleh graviti bumi, ia akan jatuh ke bumi

Meteor yang jatuh sampai ke permukaan Bumi disebut Meteorit. Meteor yang sangat terang, lebih terang daripada penampakan Planet Venus, dapat disebut sebagai bolide. Apabila meteor menghasilkan cahaya yang mencukupi maka terbentuklah bayang-bayang di bumi,ia dipanggil bola api(fireball)

Meteor yang terbesar kadang-kadang terhasil dari serpihan astroids.


Cahaya(Radiant) meteor Leonide adalah terletak dibahagian buruj Leo. Cahaya(Radiant) adalah arah atau kawasan pancuran meteor datang. Jika bumi dihentam oleh meteoroid yang terhasil dari komet/serpihan komet,bumi akan dilanda ribut meteor. Pada tahun 1833,apabila hujan Meteor Leonide berlaku hampir 10,000 meteor dilihat dalam masa sejam,ia bersamaan dengan 10 hingga 15 biji meteor sesaat.

Serpihan meteor terhasil daripada komet yang mengelilingi matahari.


Pancuran meteor terhasil oleh cairan kosmik yang memasuki atmosfera bumi pada kelajuan yang sangat tinggi. Terdapat kira-kira 9 pancuran meteor setiap tahun. Pada waktu malam,di mana-mana lokasi,kita boleh melihat meteor setiap jam. Apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi ia menghasilkan metoer,dan apabila meteor tersebut jatuh ke bumi ia akan dipanggil meteorite.

Video meteor 1 Video meteor 2

Komet
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang cerah akan menarik perhatian ramai.

Komet secara fizikal


Komet dipercayai berasal dari sejenis awan yang jauh dipanggil awan Oort. awan Oort mengandungi berjuta-juta nukleus komet, yang stabil disebabkan sinaran matahari adalah lemah pada jarak tersebut. Awan Oort membekalkan komet baru secara berterusan, menggantikan yang telah dimusnahkan. Ketika komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap.

Fizikal Komet
Saiz diameter nukleus (bahagian pejal di tengah) komet biasanya kurang dari 50 km. Namun saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 km lebar. Ekor komet pula boleh mencapai lebih 150,000,000 km (1 AU) panjang. Koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya. Lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya. Ada juga komet yang tidak berekor.

Ciri orbit
Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Komet dikelaskan mengikut tempoh masa orbitnya. Tempoh masa pendek adalah kurang dari 200 tahun manakala tempoh masa panjang adalah melebihinya. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.

Komet yang terkenal


Ahli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah komet, antara yang terkenal ialah: Komet Halley, muncul 76 tahun sekali Komet Hale-Bopp, dijangkakan kembali sekitar 4380

Komet Encke, muncul 3 tahun sekali


Komet West, tempoh orbit sekitar 254,000 tahun

PUTARAN BUMI dan masa Planet di Sistem suria

Putaran Bumi serta Kesannya


Cara Bumi Berputar

Di atas paksinya dari Barat ke Timur Paksi bumi menganjur dari kutub utara ke kutub selatan Condong pada sudut 661/2 .

Putaran Bumi

Bumi berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi matahari. Bumi bergerak dari barat ke Timur dari paksinya. Paksi bumi ialah garisan bayangan yang menganjur dari kutub Utara ke kutub Selatan secara condong pada sudut 66 darjah dari satah orbit. Bumi berputar 24 jam sehari

KESAN PUTARAN BUMI

Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat


Siang & Malam Air pasang & air surut

Pembiasan angin dan arus lautan pada setiap


hari

Masa

Jarak dari matahari : 57.9 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 88 hari Bilangan satelit semulajadi / bulan : 0

Jarak dari Matahari : 108.2 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 225 hari Bilangan satelit semula jadi / bulan : 0

Jarak dari Matahari : 149.6 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 365 hari Bilangan satelit semulajadi / bulan : 1

Jarak dari Matahari : 227.9 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 687 hari Bilangan satelit semulajadi : 2

Jarak dari Matahari : 778.3 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 11.8 tahun Bilangan satelit semula jadi : 16

Jarak dari Matahari : 1 427 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 29 tahun Bilangan satelit semula jadi / bulan : 18

Jarak dari Matahari : 2 871 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 84 tahun Bilangan satelit semula jadi / bulan : 15

Jarak dari matahari : 4 497.1 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 165 tahun Bilangan satelit semula jadi / bulan : 8

RUJUKAN
http://www.solarspace.co.uk/Asteroids.php http://www.daviddarling.info/encyclopedia/A/asteroid.html http://www.sciencedaily.com/articles/space_time/asteroids,_comets_and_met eors/ Asplund, M.; N. Grevesse and A. J. Sauval (2006). "The new solar abundances Part I: the observations". Communications in Asteroseismology 147: 7679. "The Sun's Vital Statistics". Stanford Solar Center. Capaian 2008-07-29., citing Eddy, J. (1979). A New Sun: The Solar Results From Skylab. NASA. m/s. 37. NASA SP-402. McSween Jr., Harry Y. (1976). "A new type of chondritic meteorite found in lunar soil". Earth and Planetary Science Letters 31 (2): 193199. Sears, D. W. (1978). The Nature and Origin of Meteorites. New York: Oxford Univ.

You might also like