You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini. Tugasan ini berkisar tentang konsep, falsafah, dan segala yang berkaitan dengannya. Selain itu ia turut memaparkan beberapa isu yang menjadi masalah dalam pelaksanaan PAFA. Dalam tugasan ini juga banyak dicadangkan cara dan inisiatif bagi menyelesaikan isu-isu ini dan model serta teori pembelajaran yang difikirkan sesuai bagi penyelesaian isu yang dibangkitkan.

2.0 PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA) 2.1 Konsep Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994: Penilaian Perkara Asa Fardhu Ain (PAFA), yang dimaksudkan dengan Perkara Asas Fardhu Ain ialah beberapa perkara yang terpenting dariapda Fardu Ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid atau pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syara. Dalam aspek penilaian, murid atau pelajar dapat mencapai kefahaman yang betul dan boleh mengamalkannya sekira-kira sah pada tahap yang paling asas dan minimum. Dalam konteks sekolah rendah, bagi penilaian PAFA dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah seperti berikut: (a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah (b) Rukun Iman (c) Rukun Islam (d) Beristinjak (e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis (f) Berwuduk (g) Mandi Wajib (h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah (i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat (j) Adab terhadap ibu bapa (k) Ihsan 2.2 Falsafah Falsafah ialah pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab (asas-asas, hukum dan lain-lain) kewujudan sesuatu ataupun tentang kebenaran dan erti wujudnya sesuatu (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Menurut Hamka (1957) dalam bukunya Mutiara Filsafat, beliau mengatakan agama bukan falsafah tetapi dengan merenungi falsafah orang dapat bertambah iman dalam agama. Dalam agama seseorang yang berbuat kebajikan dijanjikan dengan kesenangan iaitu syurga. Menurut Hamka falsafah ialah tanya dan jawab, jawab dan tanya antara akal dan undang-undang. Bagi membentuk dan membina falsafah PAFA, Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dijadikan sebagai sumber rujukan utama kerana PAFA adalah sebahagian daripada Pendidikan Islam. Berikut merupakan Falsafah Pendidikan Islam; Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Hasil daripada rujukan FPI diatas, Falsafah PAFA diolah dan dimurnikan seperti yang dinyatakan di bawah: Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) adalah satu usaha berterusan untuk mentarbiahkan murid menurut kefahaman dan kafiat yang paling lengkap dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki syarak bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. 2.3 Kepentingan PAFA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kepentingan bermaksud perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak. Dalam konteks PAFA, terdapat beberapa kepentingan yang menjadi asas kepada pelaksanaan penilaian ini. Kepentingan yang pertama ialah mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA ,kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna. Dalam setiap masalah yang sudah dikenalpasti, guru mestilah mencari jalan penyelesaian dengan membimbing murid yang lemah itu supaya mereka benar-benar dapat mengamalkannya dengan sempurna.

Yang kedua ialah memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain,menentukan kejayaan 100 peratus. Guru mestilah memastikan setiap murid yang dinilai itu tidak tercicir dalam penilaian PAFA kerana kepentingan ini meletakkan keseluruhan murid mencapai tahap yang berjaya secara keseluruhannya. Seterusnya ialah menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan harian. Dalam penilaian PAFA, tajuktajuk yang terlibat sememangnya sesuai dalam menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif. Bagi menimbulkan sifat ini, guru seharusnya mempunyai sifat kesabaran dan keikhlasan kerana proses untuk menimbulkan sifat ini memerlukan masa. Kepentingan yang lain ialah merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan. Tugas guru bukan hanya mengajar semata-mata, tetapi guru juga sebagai murabbi, sebagai seorang guru yang ikhlas, seseorang guru itu haruslah timbul rasa tanggungjawab yang digalas itu sebagai satu amanah yang besar, dengan itu, guru itu akan sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap murid-muridnya. Dengan erti kata yang lain, guru sentiasa memastikan murid menghayati amalan seperti yang termaktub dalam PAFA.

3.0 ISU DALAM PENILAIAN PAFA Dalam melaksanakan suatu pekerjaan, sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat masalah dan isu yang timbul yang menjadi kekangan atau halangan dalam kelancaran proses pelaksanaan tersebut. Begitu juga dalam pelaksanaan penilaian PAFA ini, terdapat beberapa masalah yang menjadi isu yang popular dan isu yang selalu diutarakan dan dilontarkan kepada pihak pelaksana.

KESUNTUKAN MASA UNTUK MENILAI

ISU DALAM PENILAIAN PAFA PENGHAYATAN KURANG BERKESAN KE ATAS MURID TAHAP PENCAPAIAN MURID YANG KURANG MEMUASKAN

Berdasarkan pengurusan grafik diatas, terdapat tiga isu yang sering menjadi masalah dalam pelaksanaan penilaian PAFA di sekolah. Isu-isu tersebut ialah kesuntukan masa bagi guru untuk membuat penilaian PAFA terhadap murid. Yang kedua ialah tahap pencapaian murid yang kurang memuaskan, isu ini ditimbulkan oleh pihak ibu bapa murid. Seterusnya aspek penghayatan yang kurang berkesan ke atas murid. Isu pertama yang menjadi permasalahan dalam pelaksanaan PAFA ini ialah kesuntukan masa untuk menilai. Hal ini sebenarnya mempunyai hubungan dan kaitan yang rapat dengan masalah hanya Guru Pendidikan Islam (GPI) yang diberikan tanggungjawab dan amanah untuk menilai. Apabila diperhatikan, memang wajar isu ini diutarakan. Bayangkan sebuah kelas mempunyai purata saiz 40 orang murid dan setiap murid anggaran untuk menilai bagi sebuah kod ialah 10 minit. Peruntukan masa yang diperlukan untuk satu 5

kod bagi kelas itu ialah lebih daripada 6 jam. Bagi peringkat UPSR, terdapat 14 kod semuanya. Bayangkan masa yang diperlukan oleh guru untuk menilai kesemua kod-kod tersebut bagi hanya sebuah kelas sahaja. Selain itu, guru juga banyak dibebani tugas-tugas pengkeranian yang menyebabkan guru-guru yang terlibat dengan penilaian PAFA ini terkejar-kejar untuk menyiapkan penilaian tersebut. Oleh itu, antara inisiatif yang boleh diambil ialah menambahkan jumlah jam bagi subjek Pendidikan Islam ataupun melatih guru lain untuk membantu Guru Pendidikan Islam yang sedia ada bagi menilai murid-murid dalam penilaian PAFA. Isu ini jika tidak diselesaikan dengan segera, dikhuatiri masalah lain pula yang akan timbul. Apa yang dikhuatiri itu ialah apabila guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menilai murid dalam penilaian PAFA, guru yang tidak berintegriti akan menandakan apa sahaja yang dimahukan dalam buku rekod pencapaian penilaian PAFA murid tanpa menilai dengan sebaiknya. Isu yang kedua ialah tahap pencapaian murid yang memuaskan, isu ini diketengahkan oleh pihak ibu bapa murid yang kurang berpuas hati terhadap pencapaian anak-anak mereka. Ada sesetengah pihak ibu bapa yang kurang berpuas hati dengan pencapaian ini kurang berhati-hati dalam ucapan mereka yang menyalahkan pihak sekolah semata-mata dalam mengendalikan penilaian ini. Persepsi seperti ini akan mengundang rasa yang tidak selesa terhadap guru yang menilai penilaian PAFA. Antara perkara yang sering diutarakan ibu bapa ialah masalah berkaitan ibadah terutamanya solat. Antara cadangan penambahbaikan berkenaan isu ini ialah pihak sekolah memberi penerangan atau taklimat berkaitan PAFA terhadap ibu bapa terlebih dahulu supaya ibu bapa dapat membantu anak mereka di rumah. Sebagai contoh dalam masalah solat, ibu bapa di rumah boleh memantau perkembangan anak mereka dalam melaksanakan solat. Ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan perkembangan ini akan merujuk kepada guru yang menilai anak mereka supaya perkara ini dapat diselesaikan. Contohnya ibu memantau solat anaknya, tetapi kurang berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Lalu ibu tersebut berjumpa dengan guru yang menilai anaknya dan menyatakan ketidakpuasan pencapaian tersebut. Lalu guru menunujukkan skor yang anaknya perolehi dan ibu tersebut boleh membuat penilaian adakah skor yang diberi guru tersebut bersesuaian dengan perlakuan solat anaknya di rumah. Ini secara tidak langsung pihak ibu bapa dapat berkolaborasi dengan guru, ibu bapa juga dapat berbincang penyelesaian masalah pencapain yang tidak memuaskan ini. Seterusnya ialah penghayatan kurang berkesan ke atas murid. Masalah ini juga kerap menjadi isu yang popular dalam pelaksanaan penialaian PAFA ini. Ramai pihak yang mempersoalkan mengapa isu ini boleh berlaku, apa yang guru lakukan di sekolah, mengapa 6

PAFA tidak berkesan terhadap murid dari segi penghayatan. Hal ini berlaku adalah kerana guru terkejar-kejar dengan tarikh akhir penilaian PAFA sehingga tidak sempat untuk merangsang murid dalam kebertanggungjawaban dalam melaksanakan, mengamalkan dan menghayati kod-kod yang telah dinilaikan. Selain itu, murid yang dinilai ini beranggapan PAFA ini sekadar untuk peperiksaan sahaja, inilah yang menyebabkan ramai murid yang tidak dapat solat dengan sempurna walaupun 100 peratus lulus dalam penilaian PAFA. Justeru, antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan berkolaborasi antara guru dan ibu bapa murid. Guru meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa supaya memantau anak mereka di rumah serta memberi galakan dan dorongan kepada anak mereka untuk mengamalkan kod-kod seperti di dalam Penilaian PAFA.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MENURUT TEORI DAN MODEL PEMBELAJARAN Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner dalam Mok Soon Sang (1997), menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa P&P akan

mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Oleh itu,guru mestilah memupuk dan menyemai sikap yang positif supaya murid dapat mengubah tingkahlaku mereka. Seorang ahli mazhab humanisme, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain, dan setiap daripada mereka mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Bagi mengembangkan potensi murid ketahap yang optimum, guru hendaklah menjaga kendiri murid dan segala kaedah, teknik, pendekatan dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembanagan emosi murid. Seterusnya ialah Model Sim. Model ini menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosioekonomi dan budaya pelajar. Berdasarkan model ini, guru hendaklah membina hubungan yang mesra antara murid bahkan guru juga boleh memodifikasikan model ini dengan membina hubungan yang mesra dengan ibu bapa murid.

5.0 REFLEKSI Setelah mendapat tugasan bagi kursus Penilaian dalam Pendidikan Islam (PIM 3110), kami diberi keterangan berkenaan soalan yang diberikan. Saya berasa teruja apabila mendapat soalan ini kerana ia berkaitan dengan PAFA, sebelum ini di sekolah rendah dan sekolah menengah saya hanya menghafal dan melaksanakan seperti yang disuruh oleh guru sahaja, tetapi kali ini saya berpeluang untuk mendalami dan meneroka PAFA dari sudut pelaksana pula. Pada umunya tugasan ini adalah berkaitan dengan penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA). Tugasan pada kali ini agak mencabar kerana saya dikehendaki untuk menembual sendiri mahasiswa di IPG Kampus Sultan Mizan bagi mendapatkan hasil sebenar keberkesanan PAFA dalam diri mereka. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mencari sumber rujukan yang berkaitan dengan PAFA, saya pergi ke sebuah kedai buku untuk membeli Buku Panduan PAFA bagi memudahkan saya membuat tugasan ini, tambahan pula harganya tidaklah mahal. Kemudian saya juga mencari maklumat berkaitan PAFA melalui rujukan buku, hanya buku Ustaz Ahmad Mohd Salleh yang membincangkan maklumat mengenai PAFA secara holistik dan menyeluruh. Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan kerana tidak dapat menjawab soalan tugasan secara keseluruhannya. Oleh itu, saya mencari rujukan selain daripada buku iaitu mencari maklumat daripada internet. Maklumat-maklumat yang diperoleh di internet banyak membantu dalam menjawab soalan tugasan kerana ada maklumat dan input yang tidak dijelaskan dalam buku. Semasa proses menyiapkan tugasan ini. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi, antaranya ialah semasa proses pengumpulan bahan, bahan dan sumber rujukan daripada buku untuk penilaian PAFA amat terhad. Selain itu,saya juga dapat merasai aras soalan tugasan semakin mencabar yang memerlukan kepada tahap penilaian yang tinggi. Begitu juga terdapat soalan yang mudah tetapi untuk menjawab soalan tersebut mestilah merujuk kepada sumber yang sahih. Masalah yang lain lagi ialah bagaimana untuk saya melaksanakan sesi temu bual bersama responden. Sebelum ini saya tidak pernah menjalankan sesi seperti demikian. Sukar juga bagi saya untuk mencari teori dan model pembelajaran yang sesuai untuk menyelesaikan isu. Namun berkat daripada pertolongan Allah, segala masalah yang timbul dapat diselesaikan. Bagi mengatasi masalah rujukan buku yang terhad mengenai PAFA, saya mengakses internet bagi menambahkan sumber rujukan, selain itu, saya juga banyak bertanya rakan bagi membantu saya dalam meyiapkan tugasan ini. Saya juga meningkatkan 9

keyakinan diri untuk menemu bual beberapa orang respoden supaya saya mendapat input untuk dijadikan isu dalam penialaian PAFA. Selain itu,saya mengakses internet dan mencari rujukan dalam buku untuk mendapatkan maklumat mengenai teori dan model pembelajaran. Diakhir kerja kursus ini, saya dapat membuat renungan bahawa tugasan yang saya lakukan ini adalah satu usaha dalam saya mempelajari kehidupan sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar pendidikan Islam. Tugasan penilaian PAFA akan ditanggung oleh saya suatu hari nanti dan kerja kursus inilah sebagai bekelannya. InsyaAllah. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman yang bermakna untuk dijadikan sebagai panduan sebagai bakal guru suatu hari nanti. Antara pengalaman yang saya dapat ialah mengetahui dan mendalami PAFA dengan lebih mendalam, dapat mengenalpasti isu-isu berkaitan PAFA serta dapat mencari cadangan penyelesaian masalah tersebut.

10

6.0 LAMPIRAN

11

You might also like