KANDUNGAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENDAHULUAN ETIKA DALAM SUKAN 2.0.1 Undang-undang dan peraturan am 2.0.

2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan 2.0.3 Semangat Kesukanan 2.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan 2.0.5 Mengawal perasaan dalam sukan Perlakuan Tidak Beretika Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 3.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN 3.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian 3.1.2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian 7 9 10 M/ SURAT 2 3 3 3 4 4 5 6 6

2.1 2.2 3.0

3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 3.2.8 3.3 3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7 3.3.8 4.0

KEGANASAN DALAM SUKAN 11 Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan. 12 Jenis-jenis kecederaan 12 Kecederaan yang jarang berlaku 12 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan 12 Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan 13 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan 13 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan 14 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan 15 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Ubat dan dadah dalam sukan Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan Sejarah penggunaan dadah dalam sukan Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia Langkah berjaga-jaga Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang Kaedah-kaedah yang dilarang 17 17 18 19 20 20 21 21 24 26

PENUTUP

5.0

BIBLIOGRAFI

27

PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jasmani & Kesihatan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Pn. Fatimah kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang berguna kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Arab Merlimau Pasir kerana telah membantu saya untuk menyediakan bahan-bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

2

Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. pegawai kejohanan.1. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya. 3 . Aturan inilah yang dikenali sebagai etika kesukanan yang akan diterangkan secara panjang lebar. rasuah dan perjudian serta keganasan dan kecederaan dalam sukan. jurulatih. Malah. Oleh itu. barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan. Bidang sukan juga mempunyai aturan yang perlu dipatuhi oleh setiap atlet. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960. Isu-isu Pendidikan Jasmani dan sukan juga akan diterangkan dengan teliti terutama isu mengenai penyalahgunaan dadah. pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. semua pihak harus berganding bahu untuk menghapuskan gejala yang buruk ini agar tidak terus menular dalam bidang sukan yang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine.0 PENDAHULUAN Setiap sesuatu itu mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri. rasuah juga tidak asing lagi dalam bidang sukan. pengurus sukan dan penonton.

2. Antara keperluan mengadakan undang-undang dan peraturan am adalah seperti yang berikut: • • • • Menjadi panduan kepada pemain yang terlibat dalam sesuatu sukan dan permainan Menjadi rujukan dan bagi pihak yang mengelola sesuatu pertandingan Mengelakkan penipuan Memastikan setiap individu atau pasukan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. pihak penganjur dan peminat sukan.0. 2. Atlet dan penonton perlu memahami dan mengamalkan etika ketika bersukan. Etika yang perlu diamalkan oleh atlet dan penonton dalam sukan dan permainan adalah seperti berikut: Atlet • • • • • Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan Bertanding dengan penuh semangat kesukanan Mempamerkan mutu permainan yang tinggi Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan 4 .2. pengurus pasukan. Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet.2 Etika atlet dan penonton dalam sukan dan permainan Etika dalam sukan dapat mewujudkan budaya besukan yang sihat.0.0 ETIKA DALAM SUKAN Etika sukan ialah suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan.1 Undang-undang dan peraturan am Setiap jenis sukan dan permainan mempunyai undang-undang dan peraturan amnya sendiri. jurulatih. pegawai kejohanan. Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yang harmoni.

Jika kalah. 2.• • • Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi pemain lawan dan penonton Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri. kita juga patut mengikuti acara sukan secara beretika. Sebagai penonton. ahli sukan dan penonton patut diamalkan. Sikap saling menghormati antara pegawai. 2. etika dan semangat kesukanan yang tinggi dapat diwujudkan dalam arena sukan kita. Kita tidak patut mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakiti hati mereka yang kalah. Penonton • • • • • • • Mematuhi peraturan tempat pertandingan Memberikan sokongan padu kepada pasukan sendiri Menghormati pegawai sukan dan penyokong pasukan lawan Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian Menghargai persembahan permainan yang berkualiti Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan Mengelakkan provokasi.3 Semangat Kesukanan Semasa menyertai pertandingan.0.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sukan 5 . Melalui amalan ini. tentu ada pihak yang menang dan kalah. Kita sepatutnya dapat menerima kekalahan sebagaimana kita menerima kemenangan.0. kita perlu mengawal kekecewaan dan mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Merancang strategi permainan dengan teratur dapat membantu kita mencapai kejayaan. mewujudkan persefahaman dan merancang strategi. 6 .0. Menguasai teknik • Menguasai teknik perlakuan yang betul amat penting untuk meningkatkan kemahiran permainan. Teknik perlakuan ini boleh dikuasi melalui disiplin dan latihan yang sistematik. 2.5 Mengawal perasaan dalam sukan Seseorang ahli sukan yang beretika dapat mengawal perasaan dan menerima keputusan pertandingan dengan penuh semangat kesukanan. Sikap menghormati kebolehan rakan dan bekerjasama yang tinggi dapat meningkatkan mutu dan prestasi sukan Merancang Strategi RASUAH • Memberi tumpuan semasa latihan dapat membantu kita melaksanakan rancangan yang telah diatur dalam permainan. Mewujudkan persefahaman • Persefahaman yang baik antara pemain perlu diwujudkan dalam pasukan. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kita dalam sukan adalah seprti menguasai teknik.Ahli sukan perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengekalkan pestasi yang cemerlang.

Nasihat dan katakata peransang daripada jurulatih mampu mengekalkan semangat kesukanan ahli sukan. Penjelasan tentang peranan dan hala tuju penglibatan mereka dalam biang sukan perlu diberikan. Peranan ini dapat mendidik atlet dengan sikap bertanggungjawab dan menjaga imej mereka sebagai role model kepada atlet junior. 2. Cara Mengatasi Masalah Tidak Beretika 7 . Antara tindakan atlet dan penonton yang tidak beretika termasuklah: • • • • Bergaduh ketika pertandingan Terlibat dengan rasuah dan perjudian dalam sukan Merosakkan kemudahan awam di tempat pertandingan Menimbulkan provokasi Kita perlu mengatasi masalah ini dengan bijak.Ahli sukan perlu member tumpuan terhadap maklum balas jurulatih. daerah atau negeri. Etika ini penting bagi membolehkan ahli sukan mencapai prestasi cemerlang.1 Perlakuan Tidak Beretika Terdapat atlet dan penonton yang mempunyai sikap tidak beretika. Pendidikan ialah pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah atlet dan penonton yang tidak beretika. Semangat kesukanan dan disiplin diri patut ada pada ahli sukan. 2. • Mentor Setiap atlet haruslah diberi peranan sebagai mentor kepada seseoang atlet atau sesebuah pasukan junior sekolah.2 Atlet • Program Motivasi Setiap peserta perlu mengikuti program motivasi secara berkala atau sebelum musim pertandingan.

Maklumat tersebut dapat menjadi panduan kepada penonton supaya menjaga tingkah laku semasa menyaksikan pertandingan. Risalah ini dapat memberikan maklumat tentang peranan mereka sebagai penonton. Isu ini perlu ditangani dengan baik untuk memberikan kesedaran kepada kita.1 RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN Sukan telah menjadi satu kerjaya dan industri yang menguntungkan masa ini. 3.Penonton • Mengedarkan risalah Pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan risalah tentang etika dalam sukan kepada penonton ketika membeli tiket. Atlet.0 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Terdapat pelbagai isu kontroversi dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan. • Menyediakan papan tanda Pihak pengurusan perlu menyediakan papan tanda tentang etika sebagai penonton di pintu-pintu masuk tempat pertandingan. terdapat segelintir individu mengambil kesempatan bertaruh bagi menentukan pemenang dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. 3. rasuah dan perjudian. penyalahgunaan dadah. Isu tersebut termasuklah pengambilan ubat berlebihan. 8 . jurulatih dan penganjur sukan memperoleh pendapatan yang tinggi dan ganjaran yang lumayan bagi setiap kejayaan yang dicapai. Namun.

Sepatutnya sukan menjadi platform untuk menyihatkan dan menyeimbangkan potensi dan kekuatan jasmani. pelbagai unsur positif dibawa bersama dalam dirinya seperti semangat perjuangan.Timbalan Perdana Menteri. pernah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pemain bola sepak tempatan dan 'bookie' yang mengamalkan rasuah dalam sukan dan menganggap mereka sebagai individu tidak berintegriti. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar etika sukan. Datuk Seri Najib Razak. usaha terancang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak perasuah seperti kualiti permainan sengaja direndahkan. Rasional diri hilang begitu mudah apabila dijanjikan habuan lumayan oleh 'bookie'. • Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan 9 . berdisiplin.' Mereka tertipu dengan gelagat pemain yang 'dibeli' dan tidak menunjukkan prestasi sebenar di padang. sambil lewa dan membelakangkan aspirasi semangat berpasukan. rohani. semangat berpasukan. Terdapat beberapa contoh rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah: • Bertaruh keputusan pertandingan Menjelang sesuatu pertandingan. Akibatnya. ini adalah sandiwara yang tidak mereka sedari. emosi dan intelek seseorang. Semua unsur positif itu luntur apabila rasuah menjadi objektif utama. tidak mudah patah semangat serta bermotivasi. tidak patriotik dan menggagalkan usaha kerajaan untuk memajukan sektor sukan negara. Bagi penonton dan penyokong pasukan pula. Sia-sia pelaburan wang. pembangunan kemudahan fizikal. peminat-peminat sukan akan bertaruh ke atas keputusan pertandingan dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. bermain mengikut peraturan. Semangat penyokong untuk datang ke gelanggang perlawanan bagi memberikan sokongan moral seperti 'susu dibalas dengan tuba. tenaga dan pemikiran yang dilaksanakan oleh persatuan sukan dan kerajaan. Begitu juga apabila seseorang ahli sukan masuk ke gelanggang atau padang.

keputusan bagi pertandingan tersebut telah ditentukan terlebih dahulu. Antara contoh keburukan rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah: • Mencemarkan imej sukan negara Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan negara tercemar.1.1 Kesan Rasuah dan Perjudian Rasuah dan perjudian memberikan kesan yang negatif kepada atlet dan kemajuan sukan negara.Sebelum sesuatu pertandingan dilangsungkan. mereka juga disogok supaya memastikan pasukan mereka tewas. Kekalahan pasukan tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan. Mereka yang terlibat dengan gejala negatif ini menggunakan pelbagai bentuk rasuah dalam pertandingan sukan dan permainan. Selain itu. Antaranya seperti berikut: 3. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai pasukan bagi mengatur keputusan pertandingan. 10 .

2 Cara-cara Mengatasi Rasuah dan Perjudian Jika terbukti ada ahli sukan terbabit rasuah. Biar kesilapan mereka menjadi pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada 'bookie' agar melupakan terus niat jahat mereka. 11 . Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan perjudian. • Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan sepasukan yang lain. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan membaham hasil rasuah demi menjaga kesucian dunia kesukanan. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah. Sekiranya sikap ini berterusan. prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara. Buka platform yang luas untuk ahli sukan untuk mengadu sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing mereka terjebak dengan gejala rasuah. Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan semua pihak.• Mutu sukan merosot Tindakan menerima rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi yang sebenar. Pendidikan mengenai kesan negatif amalan rasuah perlu diberikan secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran persatuan sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai dunia sukan harus disuburkan di kalangan ahli sukan secara berterusan. tindakan tegas perlu diambil dengan segera termasuk mengheret mereka ini ke muka pengadilan. 3.1. • Kepercayaan peminat sukan terjejas Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan.

Kepada ahli sukan. fikirkanlah mudarat dan bahaya rasuah dalam konteks moral dan agama. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. • Peranan Kelab Penyokong Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan perjudian bagi ahli-ahlinya dan peminat sukan. Kesedaran daripada setiap individu diperlukan untuk mengatasi rasuah dan perjudian. mereka juga perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka. • Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Tidak ada agama dalam dunia ini yang menghalalkan rasuah. Kempen ini berperanan menyeru peminat sukan membenci dan membanteras gejala rasuah dan perjudian. 12 . bangsa dan negara • Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. • Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan dapat meningkatkan kesedaran. Di samping itu. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama. keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Peminatpeminat sukan akan menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara.

2. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.3 Kecederaan yang jarang berlaku  Kapsul sendi koyak  Konklusi otak akibat hantukkan  Kecederaan dalam abdomen  Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi 13 . 3.2.2 Jenis-jenis kecederaan  Luka-luka  Hentakan  Terkehel/tergeliat  Ketegangan  Terseliuh  Patah tulang 3.2 KEGANASAN DALAM SUKAN Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan.3.1 • • • • Sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan Pertembungan di antara satu sama lain Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan Jatuh Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan 3.2.

3. 14 . jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.2.6 Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan. 3.biasa berlaku berikutan kecederaan otak • • • • Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan Pening . Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang professional. walau bagaimanapun.terjadi semasa kecederaan otak Loya dan muntah .di tempat yang cedera Bengkak .kebiruan di tempat kecederaan Kecacatan struktur .contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa.4 Perbezaan antara terseliuh dan ketegangan Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen.2.di tempat yang cedera Lebam .5 • • • • Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan Sakit .3.contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah) Kecederaan fungsi .beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi) Sakit kepala .2. (seperti patah. manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.

Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi.'I' Untuk 'Ice'. ini mampu mengurangkan bengkak/edema. 3. I . Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage. C . bagi mengelakkan bengkak. bermaksud memberikan tekanan. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.Prinsip asas ialah RICE. 15 . bermaksud ais. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung.2. Jangan balut terlalu ketat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera. E .'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. R .'C' Untuk 'Compression'.7 Cara menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Ini dipanggil Cold Compression. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah. kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

Dapatkan rawatan segera di hospital • • • • • 3.20 minit 3 jam pertama • 48 jam yang berikut Selepas 48 jam • Kompresi panas mungkin boleh digunakan Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat • Tanda-tanda seperti kesakitan.8 Cara mencegah kecederaan semasa bersukan Langkah-langkah yang penting ialah: • Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang.Untuk mengelakkan kulit melecur.5 kali sehari selama 15 . 16 . bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh Kecacatan struktur yang jelas Sakit semasa tidur Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa Sakit kepala. • Lakukan Cold Compression selama 10 . pening. loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.15 minit setiap setengah jam Lakukan Cold Compression sebanyak 4 .2. Jika berada di rumah. bagi kecederaan kecil. gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

bola keranjang dan sukan tinju • Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut. gigi. di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda • • • • • 17 . Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki. siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan.meluncur atau menggunakan papan luncur • Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan.

Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah.3. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah. Maksud 'doping' 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. drug ini disebut sebagai ubat.3 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN Maksud Drug Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.3. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan. Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah satu fenomena baru. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. akan menyebabkan perubahan dalam badan.1 Ubat dan dadah dalam sukan Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. ianya disebut sebagai racun. penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan. 3. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah 18 .

Para atlet di penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine. Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen. isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia sukan hari ini. barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang. 3.untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi kesihatan. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan. Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain. • Dalam tahun 1967. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit.3. Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah ditunjukkan. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960. pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat. 19 . Oleh yang demikian.2 • Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun. wang hadiah dan endorsement komersial. Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan para atlet menggunakannya.

• Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. 3.3. • Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan Olimpik zaman purba. benih tumbuhan dan protein haiwan. profesionalisme and komersialisme di Greek pada zaman purba. sukan muncul semula pada abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia. saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan. • • Aktiviti rekreasi yang tidak teratur – aktiviti bercorak kasual dan perkauman di sesebuah kawasan Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di kawasan luar bandar. Zaman Roman – status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat • • • Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlari dengan lebih pantas Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat Sukan pada awal abad ke-19 • Selepas suatu penamatan yang singkat sejak 396 AD. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.3 Sejarah penggunaan dadah dalam sukan Penggunaan dadah terbukti dalam sejarah sukan: Perlawanan awal • Sejak 800BC hadiah menarik. 20 .

Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.4 Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu: • Kesihatan .Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan. • • 3.Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan mempunyai nilai yang tinggi Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang terbaik Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug di kalangan atlet 3.Sukan pada abad ke-20 • • • • Aktiviti sukan telah berkembang sehingga menjadi suatu “perniagaan besar” yang merupakan sumber hiburan.5 Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia Strategi yang diambil bertujuan untuk : • • Pencegahan Pembasmian : o o Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan 21 • Memantau : o o .3. Etika .3. Undang-Undang .

org/. • Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor. Berikut adalah jenis dadah dan kesan penggunaannya: Jenis dan deskripsi Agen Anabolik • Kesan-kesan sampingan Steroid anabolik androgenik adalah • • Botak Jerawat Penambahan bulu di muka dan badan Kerosakan hati Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan sebaliknya. 3.wada-ama. jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.3. atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit.7 Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang.3. • • • • Contoh: o Danazol (digunakan bengkak untuk di • mengurangkan Perubahan 'mood' bahagian dada bagi lelaki) 22 . merupakan hormon sintetik testosteron.6 Langkah berjaga-jaga Sebelum mengambil sebarang ubat. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari http://www.3. pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping. Penggunaannya merupakan satu penipuan.

oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Agonis Beta-2 • Agonis beta-2 sering didapati pada ubatubatan asma • • Tangan mengeletar Pening Berdebar-debar • Hanya Salbutamol. seperti pembesaran payudara. meningkatkan • • Potensi untuk menyebabkan mandul Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik. dalam Salmeterol bentuk dan • Terbutaline sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen • Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Agen ini digunakan secara haram.o Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan tumbesaran haiwan). untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik. • • • Muka merah dan panas Perut tidak selesa Bengkak • Contoh: o Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan (digunakan payudara dalam dan kanser Tamoksifen rawatan kemandulan) Clomifen (untuk kemandulan) Diuretik dan agen 'samaran' o • Agen samaran berpotensi melindung • • Dahaga Penyahhidrat kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Contohnya: 23 .

kaki dan muka. mempengaruhi kelakuan. Kesan sampingannya termasuklah: o Akromegali . plasma • probenesid dan pengembangJenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan • Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida • Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin Analog peptid dan hormon glikoprotin • Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan. • • o • Bahan-bahan yang terkandung dalam Diabetis (kencing manis) Eritropoietin merangsang pembentukan sel darah merah o kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO). hormon tumbesaran manusia. hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin. serangan jantung). Ini akan menyebabkan peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar.diuretik. 24 . • Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran menjalankan latihan • Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama. mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.pembesaran tangan.

3. • Doping Genetik 25 . • Contoh: kodein dan morfin. o o beberapa kandungan aktif ramuanJenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin. • Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang bukan sahaja untuk sukan. Analgesik Narkotik. atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping. terlarang • Narkotik mempunyai potensi ketagihan. • Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia o Mengubah.Ubat perangsang • . Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan • Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.3.8 • Kaedah-kaedah yang dilarang Menambahkan pertukaran oksigen o Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh. (dalam kuantiti yang Meningkatkan kadar denyutan jantung Menjejas kebolehan badan untuk mengawal suhu badan. • Kumpulan ini termasuklah o o Kesan sampingan termasuk o Amfetamin Kafein banyak).

0 PENUTUP 26 . 4.o Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

Oleh itu. jurulatih. Bidang sukan mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan terutama dalam menyihatkan tubuh badan dan fizikal kita. Rasuah dan perjudian juga amat buruk kerana ia boleh menjejaskan mutu dan nama baik negara. Para atlet yang mencapai kemenangan dan kejayaan tanpa penggunaan dadah terlarang ini harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. malah sebagai penonton atau penyokong sekalipun. pengawai kejohanan. Sebagai seorang manusia yang terlibat dalam bidang sukan. pengurus sukan dan penonton mematuhi etika ini. Penggunaan dadah memang tidak membawa faedah kepada para atlet dan sebaliknya membawa kesan yang amat buruk terhadap kesihatan tubuh badan. perjudian dan keganasan.0 BIBLIOGRAFI 27 . Prestasi sebenar atlet tidak dapat ditonjolkan malah bidang sukan akan dipandang serong dan hina oleh penonton dan penyokong. kita seharusnya mematuhi etika kesukanan yang secara terangterangan melarang daripada melakukan perkara tersebut. Etika sukan telah menetapkan peraturan-peraturan untuk para atlet dan penonton. kita tidah boleh mencemari bidang sukan ini dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar etika kesukanan. Perkara ini bukanlah baru tetapi masalah ini telah menghantui sejak dari dulu lagi. Jika para atlet. semestinya isu-isu ini tidak timbul. 5.Bidang sukan tidak pernah lari dari masalah penggunaan dadah.

friendster.html http://www.my/cms/content.com.myhealth.my/kosmo/content. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.my/utusan/arkib.utusan.blogspot.htm&arc=hive http://www.jsp?id=com.cms.kosmo.htm 28 • • • • .jsp? lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1154958258701#1_1 http://interaktif. Kuala Lumpur.jsp? lang=remaja&storymaster=0&storyid=1186637768568&substoryid=1130315964 255 http://www.gov.my/utusan/archive.usm. • Dzulkifli bin Ismail.com.asp? y=2008&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm http://mstar. 2007.utusan. Dewan Bahasa dan Pustaka.Slide 15 http://www. 2007.utusan.php http://www.myhealth. Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 4.gov.15.kbs. Kuala Lumpur.pps#271.tms.my/myhealth/bm/remaja_content.com/falsehood_and_truth_about/2008/04/rasuah_l agi.htm&arc=hive http://kneeziea.SUMBER BUKU • Borhanudin bin Abdullah.html http://hamirdin.com.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.asp? y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.com.com/2008/05/kelesuan-prestasi-sukan-negara. Sekolah Kebangsaan Buku Teks KBSR Tahun 5. SUMBER INTERNET • • • • • • • http://www.gov.blogs.Article_cb2ddc56c0a85062-14d4bcb0-d3f95c87 http://www.my/utusan/arkib.asp? y=2007&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.my/drug/presentation/Drug%20dan%20Sukan. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka.com.my/pps/tips.article.my/myhealth/bm/remaja_content.

com.190.my/pps/tips.htm http://interaktif.84/utusan/SpecialCoverage/Sydney2000/index.asp? y=2008&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm http://www1.utusan.bharian.php • • 29 .asp? dt=20000921&sec=Hello_Sydney&pg=he_04.• • • http://www.com.asp? pr=olimpik_beijing&y=2008&dt=0818&pub=olimpik_beijing&sec=Berita&pg=o l_08.126.gov.kosmo.my/utusan/special.htm http://202.my/Misc/EPG/Khamis/Mukadepan/20070719181131/A rticleMukaDepan/ http://www.my/kosmo/content.com.kbs.