P. 1
Lari Berganti Ganti

Lari Berganti Ganti

|Views: 182|Likes:
Published by Linda Farmer
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Linda Farmer on Jun 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/10/2013

pdf

text

original

1.0 PENGENALAN Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan dalam sukan olahraga.

Ada acara untuk peserta lelaki dan ada juga acara untuk peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton. Lari berganti-ganti juga adalah satu acara yang paling menarik dalam bidang trek dan padang. Biasanya, acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter disusun pada akhir program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukan-pasukan yang bertanding dalam suatu pertentangan hebat dan segi kederasan dan kemahiran penukaran baton. Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dapat dikesan selepas keputusan terakhir disebarkan sebab ada kemungkinan baton terjatuh, pelari-pelari menerima baton luar daripada zon terhad untuk penukaran baton atau pembatalan yang lain. Dalam keadaan ini, pasukan ynag mempunyai keempatempat pelari yang pantas dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan lain di mana pelari-pelarinya mempunyai kepantasan sederhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan baik. Oleh kerana teknik larian telah dipelajari, maka pelari-pelari perlu diajar kemahiran-kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton. Susunan pelari-pelari mengikut kualiti masing-masing perlu diambil kira “ Synchronisation” antara keempat-empat atlet sangat penting sebab ini akan memastikan kelicinan dalam teknik penukaran baton yang baik bila mereka sampai ke peringkat pertandingan. Atlet juga perlu mengetahui aspek-aspek kognitif dan psikomotor supaya latihan menjadi lebih bermakna kepada mereka. Mereka juga mesti teguh dan berlatih bersungguh-sungguh sebab acara ini perlu penyelarasan keempat-empat pelari untuk mencapai kejayaan.

1

2.0 SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennysylavania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34) iaitu suku batu dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai. Dalam tahun kemudian wujud pula’ Pennysylvania relay Carnival’ yang merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ, acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke bandar-bandar lain di Amerika danm terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika Syarikat, acara lari berganti-ganti tersebar pula ke negara-negara lain. Terdapat pelbagai acara lari berganti-ganti, walaupun kebanyakan peminat sukan olahraga didedahkan dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter sahaj. Antaranya termasuk sebagai acara dalam beberapa kejohanan olahraga ialah 4 x 200 meter, 4 x 800 meter, 4 x 1500 meter dan lari bergantiganti jarak jauh, selain dua acara dinyatakan terdahulu. Selain dari itu, terdapat pula lari berganti-ganti campuran atau gabungan seperti 100 x 200 x400 x 800 meter. 100 x 100 x 200 x 400 meter dan 200 x 200 x 400 meter. Menurut sejarah, hanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter sahaja diadakan pada tahun 1893 di Pennysylvania. Ini bermakna 4 x 400 meter adalah cabang daripada 4 x 100 meter. Kini lari berganti-ganti 4 x 400 meter menjadi acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga dari peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik. Kepopularan acara 2

ini setanding dengan acara 4 x 100 meter sama ada dari segi penyertaan ataupun sambutan orang ramai. Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter, terdapat empat orang pelari yang akan berlari sejauh 400 meter atau satu pusingan balapan menjadikan keseluruhan jarak yang dilalui oleh keempat-empat orang pelari ini 1600 meter. Cara larian adalah sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain iaitu peserta pertama akan berlari sejauh satu pusingan dengan membawa baton untuk diberi kepada pelari kedua yang akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi pelari kedua, yang akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi pelari ketiga dan seterusnya pelari terakhir yang akan menamatkan keseluruhan larian. Pelari terakhir dalam sesebuah pasukan lari berganti-ganti termasuk 4 x 400 meter ini akan berlari sepantas mungkin untuk menamatkan larian. Pada pelari ini terletak keputusan dalam sesuatu larian. Pelari yang mencecah tali atau pita penamat terlebih dahulu dikira sebagai pemenang, diikuti pelari yang kedua tiba dan begitulah seterusnya.

Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, acara 4 x 400 meter diletak sebagai acara terakhir, yang kadang-kadang merupakan penentu kepada pencapaian sesebuah pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan pungutan pingat. Acara 4 x 400 meter wanita dan diikuti dengan 4 x 400 meter lelaki menjadi acara penutup kejohanan itu. Oleh kerana 400 meter dianggap sebagai acara pecut, maka acara berganti-ganti 4 x 400 meter ini juga adalah tergolong sebagai acara pecut. Pertukaran baton walaupun tidak sepantas 4 x 100 meter, tetapi sebarang kesilapan atau kelambatan akan memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk menguasai perlawanan itu.

3

0 Peralatan Baton mestilah tiub kosong.1 Kasut Kasut atau spikes merupakan peralatan penting bagi para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain. Pakaian mestilah dibuat daripada bahan 4 . Ianya dibuat daripada kayu. Baton seeloknya berwarna terang supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan.3.3 Pakaian Di dalam semua acara. peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dan digubah supaya tidak menjolok mata. termasuk acara lari berganti-ganti. 3. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130 mm (4. logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan. Walau bagaimanapun penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini terutama acara lari pecut.2 Nombor peserta Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang dipakai di belakang dan di dada supaya jelas kelihatan. licin dan bulat. Nombor-nombor itu mestilah sama dengan nombor dalam buku aturcara. Panjangnya tidak lebih daripada 30 cm dan daripada 28 cm. Ukurannya tidak melebihi 150 mm x 25 mm dan gubahan nombor-nombor peserta yang mengambil bahagian hendaklah sama. 3. Bagaimana pun biarlah daripada jenis yang ringan. Bahagian paku yang teranjur dari tapak atau tumit tidak meelebihi 25 mm panjangnya. 3. Jenis kasut bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan individu. Tapak dan tumit kasut yang dibenarkan ialah untuk 11 tempat paku. Atlit tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sama ada di dalam atau di luar kasut yang boleh menambah tebal kasut atau yang boleh memberi bantuan kepada pemakainya.75 inci) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram.

Biasanya. pelari pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-masing.yang tidak nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu keputusan hakim.22m hingga 1. Balapan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 6 lorong dan seberapa boleh 8 lorong.32 m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lain-lain benda yang sesuai. blok ini amat diperlukan termasuk di peringkat sekolah. Peserta-peserta dibenarkan memotong akan ditandakan dengan bendera bertiang 1. Dalam acara 4 x 400m pula. Balapan mestilah tidak kurang daripada 7. lebih kurang 50 mm tinggi dan 50 mm lebarnya. pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua hingga akhir lengkungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing. Bagi acara 4 x 100m. Bendera-bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi ke sebelah dalam.2m.4 Ukuran Balapan Panjang balapan bagi acara balapan termasuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 m dan 4 x 400 m ialah tidak kurang daripada 400 m. Blok permulaan hendaklah dibuat seluruhnya dengan benda yang kejur/tegar dan tidak boleh memberi sebarang bantuan tambahan kepada peserta. Lebar lorong ialah antara 1. Jika di atas balapan rumput. pelari kedua dan pelari ketiga 5 . para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini tetapi kebanyakan atlit. Bendera berukuran 0.50m tinggi di kedua-dua belah balapan. 3.3 Blok permulaan Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut dan pelari pertama acara lari berganti-ganti 4 x 100 m dan 4 x 400 m membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. bendera hendaklah dipacakkan di atas garisan pada setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta-peserta daripada berlari di atasnya. 3.25m x 0. pelari pertama akan berlari sejauh 106m.25m. Bagi acara 4 x 100m.

1. Bagi acara 4 x 400 m pula.sejauh 126m dan pelari keempat sejauh 120m.2 Hukum Halaju Kelajuan badan terpulang kepada kekuatan daya tekanan yang bertindak. sintisis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Lari berganti-ganti adalah acara pecut (sprint event) kerana kebanyakan prinsip-prinsip mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut. Pembentukan konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik dalam lari berganti-ganti membolehkan murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak apabila mereka melakukan sesuatu supaya ianya dapat memberi kesan yang baik pada peserta.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM LARI BERGANTI-GANTI Komponen kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa.3 Hukum tindak balas Untuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan berlawanan.1 Hukum Inertia Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya ada sesuatu kuasa yang menghalakannya. 4. 1. Zon pertukaran baton dalam acara 4 x 100m ialah pada jarak 20m. 1. Hukum pergerakan Newton 1. peserta akan berlari pada jarak yang sama. 6 .

4.2 Pergerakan paksi – yang mempunyai satu paksi Contoh : Pergerakan kaki yang berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan Domain psikomotor Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki kualiti tindak balas pergerakan. Gerakan badan yang dijatuhkan ( falling body ) Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat gravitinya semasa membuat permulaan seberapa ke hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari. tubuh badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat sekali. Semasa pecut.2. Pusat graviti Pusat graviti adalah pusat perimbangan badan 3.yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda.1 Pergerakan terus . Domain Afektif Perasaan dan sensitiviti 7 . Pergerakan 6. Kelajuan dan langkah Jika kelajuan bertambah maka langkah menjadi lebih panjang 6. 6.2 daya sentripetal 5.1 daya sentrifugal 4. Daya tekanan Pergerakan berlaku jika ada tekanan 4.

Ini kerana : i) boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (linear selekoh ii) dapat mengurangkan sedikit jarak larian. 0 Permulaan Dalam Lari Berganti-ganti Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan. Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika mengambil selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. motion ) jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari Bentuk balapan 4 X 100 m 8 Bentuk balapan 4 X 400 m . Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat adalah seperti untuk berlari untuk lari pecut hanya perbezaan pada landasan larian. Selepas mencapai kelajuan. Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya tarikan sentripetal maka kita akan dicampakkan keluar daripada trek. pelari itu mestilah berlari seberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam badan ke depan serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu.5. Dekamkan badan adalah untuk keseimbangan. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya pada sebelah kanan lorong itu mengikut garisan lurus ke lengkungan bahagian dalam lorong itu. Badan dicondongkan untuk imbangan daya tarikan sentrifugal dan setripetal.

3. Pelari kedua – menunggu di zon kederasan di tempat sesah (check mark). Pelari ketiga – Berdiri di sebelah lorong seperti pelari kedua dan aksi adalah sama. Fasa tolakan (drive) Pergelangan kaki. Pelari ini perlu mempunyai kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ‘Anchor Man’. lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya. Penukaran baton mesti dilakukan dalam zon penukaran baton. 2. Pelari keempat – Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Mendarat atas bola bebola kaki pada masa permulaan fasa ini. 9 .6. Fasa sokongan (support ) Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Bermula dengan gaya dekam dengan baton di tangan kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis. Berdiri di sebelah kanan dan berada dalam keadaan bersedia dan berlari dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang telah ditetapkan. Pelari kedua mesti mempunyaikepantasan dan daya tahan. Fasa pemulihan (recovery) Kaki belakang ditarik tinggi ke hadapan Fasa hayunan (swing) Lutut kaki depan ditinggikan ke depan Kedudukan Pelari 4 x 100 meter Pelari pertama – boleh bermula dan berlari lencong dengan pantas. 4.0 FASA-FASA LARI BERGANTI-GANTI 1. elari ini merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan.

( Ini adalah untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan ) 10 . Pelari ketiga dan keempat – menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat.pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan menerima baton dengan tangan kiri.Semua pelari mesti berlari mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir. Pelari ini akan memotong masuk lorong pertama selepas lencongan pertama. Kedudukan Pelari 4 x 400 meter Pelari pertama – bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari kedua. Pelari pertama akan berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir.

Guru meminta pelajar agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan. Para pelajar perlu diterangkan rasional memegang baton bagi mewujudkan ruang menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. fasa memberi dan menerima baton 3. 1 2 11 .7. terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara lari berganti-ganti ini. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari dengan membawa baton dengan cara yang betul.0 LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTI Secara umumnya. fasa penamat 1. fasa pegangan dan hayunan baton 2. Fasa-fasa tersebut adalah : 1. Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton Setiap pelajar diminta untuk memegang baton seperti ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang larian mereka. fasa larian dalam zon pertukaran baton 4.

3 4 5 5 cara pegang baton 2. Fasa memberi dan menerima baton Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran hantaran baton. Oleh itu. teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah teknik pandang dan teknik tanpa pandang. Teknik tanpa pandang Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penerima baton menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan 12 . Teknik pandang Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400 meter di mana penerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menerima baton itu.

Hantaran berterusan 13 .Teknik pandang Cara peretukaran baton Teknik tanpa pandang 3.

Jumlah stesen adalah lapan. Tiap-tiap pelari berbuat demikian sehingga baton kembali semula ke peserta pertama daripada pelari nombor lapan 4. Pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan dan dia akan menerima kembali dengan tangan kiri. Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan . Organisasi 4.4 Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepanjang latihan ini. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tanagn kanan dan tangan kiri.2 Pelari pada stesen satu bermula membawa baton dengan tangan kiri.1 Pada tiap-tiap stesen diletakkan pelari 4. kemudian menghantar baton pada perta stesen tiga yang menerima dengan tangan kanan. Keperluan : Trek 400 meter dan bertanda dengan bendera pada tiaptiap 50m di trek. Hantaran berterusan –(sembilan pelari sepasukan) Semua pelari pergi ke lapan-lapan stesen seperti aktiviti lapan berpasukan. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. Seperti biasa. peserta kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila peserta pertama memberi isyarat. 4. peserta pertama tiba ke stesen pertama. Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh meter. Selepas peserta nombor lima menerima baton dalam tangan kanan. Pelari nombor satu dan pelari nombor sembilan menunggu di stesen nombor satu. semua pelari berpusing dan jarak seperti pada awal aktiviti di mana peserta nombor lima menjadi pelari pertama pada kali ini. berlari anak balik ke tempat asalnya. 14 . 6.3 Selepas menghantar baton. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih. 5.Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap.

Sebagai pemberi atau orang yang akan memberikan baton dan hantar dalam kawasan terhad. Semua atlit perlu didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton. Penerima baton perlu berada di luar pertengahan lorong jika menerima dengan tangan kanan dan lari dalam separuh bahagian lorong bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton. Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100 meter ialah 20 meter. larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Baton harus diterima dengan cepat semasa pelari yang menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Sebagai seorang penerima.2 1 3 Cara menghantar baton 4 4. Baton juga perlu diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu dalam tangan penerima. Fasa Larian Dalam Zon Pertukaran Baton Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan. 15 .

Zon pertukaran baton 16 .

Pergerakan dalam pertukaran baton Langkah Ansur Maju 1. Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital 17 .

penerima akan berlari anak hingga ke garisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan berada di permulaan garisan yang telah ditetapkan. Peserta akan mengambil tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. 2. Buat permulaan. Apabila pemberi berlari menuju ke arah zon pertukaran baton. Aktiviti ini dilakukan seperti 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. 18 .Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga kawasan akhir penanda. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi sebagai penerima. Seterusnya lakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan pelajar melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan kemas dan betul. Fasa Penamat Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Lakukan aktiviti berulangkali. Peserta yang dadanya dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang. peserta mebuat larian anak . 4. Lakukan aktiviti ini berulang-kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut. Dada peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu ke garisan penamat.sebagai penanda. pastikan rentak larian tidak berubah. Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. 3.

Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satusatu larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai di garisan penamat 19 .Teknik penamat Langkah Ansur Maju 1.

8. o Peserta-peserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari satu’leg’. o Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah di zon pertukaran yang ditetapkan.murid mendepankan dada dahulu supaya dada melintasi garisan penamat. Zon bagi jarak pertukaran baton sejauh 20 meter. Latihan ini di ulang berkali-kali. terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam setiap pasukan. o Jika terjadi sesuatu perkara seperi baton terjatuh semasa sesi pertukaran. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari adalah seperti berikut : o Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain sebaik sahaja baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya.0 UNDANG-UNDANG DALAM LARI BERGANTI-GANTI Dalam acara lari berganti-ganti. 20 . o Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh di luar daripada kawasan hantaran maka pelari yang menjatuhkan baton tesebut mestilah memungut atau mendapatkannya semula.masing sehingga semua peserta telah melintasi zon terhad. Pasukan-pasukan yang bertanding dinasihatkan berlari mengikut lorong masing. setiap pelari yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki mengambilnya semula.

Antara kesalahan-kesalahan yang ketara : 1. genggaman tangan pada baton perlulah erat agar baton tersebut tidak terjatuh dan akan mengakibatkan kelewatan serta ketinggalan 5. Kedudukan tangan ke tepi. 4. lurus dan tegan semasa memecut dengan kepantasan. 2. Semasa melakukan larian atau memecut seperti acara pecut yang lain. Ketika melakukan permulaan larian. sering pelari-pelari berlari dalam keadaan biasa agar pergerakan kepala dapat dilakukan dengan sempurna. kedudukan atau lonjakan keluar daripada belok sering membuatkan seseorang pelari tertinggal disebabkan permulaan yang tidak sempurna. 9. Ayunan tangan semasa melakukan larian mestilah betul.0 KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN Pelari-pelari bagi acara lari berganti-ganti sering melakukan beberapa kesalahan yang disedari atau sebaliknya. Seringkali pelaripelari yang terlibat dalam acara ini melakukan kesilapan seperti yang dinyatakan. Kesalahan-kesalahan ini akan memberikan gangguan kepada pelari-pelari tersebut dalam membuat larian. 3. Pergerakan bahu semasa melakukan larian. Semasa larian. Pergerakan bahu semasa melakukan larian mestilah seimbang bagi memastikan larian dapat dilakukan dengan kemas.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 21 .9.

o Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter terutamanya. Setiap pelari juga perlu diingatkan tentang beberapa perkara agar acara tersebut dapat dijalankan dengan baik. menghadang pasukan lain atau mengganggu larian pelari lain. beberapa langkah keselamatan perlu dielakkan. Diantaranya : o Setiap pelari dalam sesuatu pasukan hendaklah berlari di dalam lorong masing-masing. pelari tersebut perlulah melihat ke belakang sebelum keluar dari trek balapan. Ini bagi memastikan tidak berlaku perlanggaran. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang perlanggaran dan akan mengakibatkan kelewatan atau ketinggalan. Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial. Ini akan memudahkan pelaripelari lain dapat melakukan larian tanpa gangguan. emosi dan sosial. rohani. Kecergasan boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap daripada segi jasmani. 10. pelaripelari perlulah melihat ke belakang dan ke kanan iaitu arah larian sebelum keluar dari trek balapan. o Setelah pelari-pelari menyerahkan baton kepada rakan-rakan pasukan. kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi. Kesemua faktor ini ditentukan oleh : 22 . Perkara seperti ini menjadikan bahan bantahan.Bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian atau perkara yang tidak diingini.0 KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN LATIHAN Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan.

keluarga. kecergasan sosial akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya menjadi alat yang berkesan ke arah perpaduan negara. ii) Kecergasan Mental 23 . masyarakat dan negara. Oleh itu.i) ii) iii) faktor persekitaran faktor keturunan faktor corak hidup Komponen Kecergasan Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu : i) ii) iii) iv) v) Konsep kecergasan sosial kecergasan mental kecergasan fizikal kecergasan emosi kecergasan rohani di atas adalah syumul atau komprehensif yang kecergasan membolehkan sesorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. ia perlulah cergas melibatkan diri di dalam aktiviti social agar ia dapat memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri. Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara. i) Kecergasan sosial Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya.

Lima komponen tersebut ialah: i. vi. iv.Kecergasan mental merupakan kesedaran seseorang individu itu terhadap dirinya. Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima komponen dengan melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan utama. v. Kecergasan mental ini juga membolehkan seseorang individu itu melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan masyarakatnya dengan menggunakan daya kerja setimpal. v. iii. masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaian dan pengukuran yang adil tanpa dipengaruhi oleh pihakpihak tertentu. ii. iii) Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindak balas Kepantasan Kecergasan Emosi 24 . ii) Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua sapek terbesar seperti mana pendapat Corbin dan Lindsey (1979) serta Hockey (1981) iaitu aspek kesihatan dan aspek perlakuan. Daya tahan kardiovaskular Kekuatan otot Daya tahan otot Kelenturan dan Kecergasan Komposisi tubuh badan Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah : i. iv. iii. ii.

KECERGASAN FIZIKAL Akademi PJ Amerika Syarikat (1979) menyatakan kecergasan fizikal ialah 25 . berdikari dan ketuanan diri.Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani/fizikal. Untuk itu. kualiti kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang berat. pengetahuan psikologi. self astualisation). hormat menghormati. disiplin diri. Oleh itu. produktiviti. keeratan dalam kumpulan (team work). Kecergasan emosi membolehkan seseorang itu melakukan integrasi perpaduan. emosi dan sosial. penanaman nilai-nilai. pembentukan watak. mental. Kecergasan rohani merupakan kecergasan jangka panjang yang boleh membawa kesihatan dan peningkatan kualiti kemanusiaan. kuat daripada segi fizikal. teguh menghadapi cabaran dan mudah diterima oleh masyarakat. iv) Kecergasan Rohani Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh. kepimpinan. keperibadian bangsa. pengetahuan mengenainya perlulah ada agar seseorang itu tidak bertindak mengikut perasaan. bagi pembinaan asas kecergasan emosi. kecergasan sosial dan kecergasan mental ialah pengawalan emosi. disiplin diri. kepuasan diri (self satification.

memberikan pendapatnya tentang kecergasan fizikal daripada dua aspek iaitu kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu dalam aktiviti sukan terutamanya daripada sistem tenaga. Walau bagaimanapun semua kaum dan semua peringkat mempunyai tahap kecergasan fizikal optima masing-masing. daya tahan dan sebagainya. 0 PROGRAM LATIHAN 26 . daya kuasa. kekuatan. seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul. Fall (1980). 11. Selain daripada itu.keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga ynag mencukupi untuk riadah.

Dalam hubungan ini. Mengenalpasti tarikh pertandingan utama yang menjadi sasaran kepada atlet untuk mencapai puncak prestasi b. persediaan taktik dan persediaan mental dalam program latihan yang dikelolakan.1 Pendahuluan Perancangan yang teliti. Langkah-langkah Dalam Perancangan Program Latihan Perancangan latihan yang sistematik dan saintifik serta berkesan perlu langkah-langkah berikut : a. Deskripsi grafik di bawah menunjukkan keempat-empat pertimbangan penting tersebut. Tentukan pertandingan atau kejohanan yang akan disertai sepanjang tahun sehingga pertandingan utama yang menjadi sasaran kemenangan dalam program latihan. Hanya dengan adanya program latihan yang terancang. persediaan teknik. d. jurulatih mampu membimbing dan memperkembangkan keupayaan prestasi atlit ke tahap optimum supaya dapat mencapai kecemerlangan serta memperoleh kemenangan dalam sesuatu pertandingan yang dijadikan matlamat kejayaan. seseorang jurulatih harus mengambil kira empat aspek persediaan utama iaitu persediaan fizikal. Senaraikan tarikh untuk sepanjang tahun program latihan akan dikelolakan c.11. Bahagikan tempoh latihan kepada 3 fasa utama berasaskan konsep periodisasi program latihan dilaksanakan mengikut 27 . Perancangan program latihan yang berkesan melibatkan empat faktor pertimbangan utama yang harus dilaksanakan menurut turutan yang khusus. sistematik dan saintifik adalah kriteria bagi menjamin keberkesanan program yang dikelolakan.

Fasa Persediaan Fasa Pertandingan Fasa Transisi Transisi Aktif Transisi Pasif Pra-Pertandingan Pertandingan Persediaan Umum Persediaan Spesifik 11. Hal ini kerana latihan jeda mempunyai masa rehat yang tertentu di antara siri tersebut. semasa musim persediaan atlit lari berpagar akan cuba membina asas yang kukuh dalam usaha meninggikan dan meningkatkan kecergasan sehingga ke musim pertandingan. Ini dibuktikan oleh Annarino (1976). Menurut Fox dan Mathew (1981). rasional pemilihan latihan jeda adalah kerana latihan ini merupakan satu-satunya jenis latihan yang 28 . latihan beban dan juga latihan fartlek.1 Latihan Jeda Latihan jeda adalah satu kaedah latihan yang dipilih untuk mencapai kecergasan fizikal dalam larian berpagar terutamanya. Latihan jeda digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal para atlit. cara ini adalah yang paling baik dan efisien untuk meningkatkan tahap ambang anaerobik seseorang atlit. Latihan ini juga sebagai satu persediaan untuk menyertai acara lari berpagar. Latihan ini merupakan satu sistem latihan yang diselang-selikan dengan kerja dan masa rehat. Peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh dicapai melalui latihan Jeda. Oleh itu. Kajian terhadap latihan ini telah membuktikan bahawa latihan jeda merupakan satu siri ulangan yang berintensiti tinggi berbanding latihan yang lain seperti latihan litar.

jenis aktiviti semasa rehat dan kekerapan latihan dalam seminggu. 29 . Latihan jeda adalah pendekatan harian yang sistematik yang membolehkan seseorang itu memerhatikan kemajuan dengan mudah 3. latihan Jeda sesuai untuk acara lari berpagar 110 meter yang menggunakan 98% sistem tenaga ATP – PC dan 2% sistem Asid Laktik.1. kelembutan.1. Setiap jurulatih dapat memanipulasikan kadar kerja.kekuatan dan koordinasi. • Latihan berintensiti rendah dengan jangka masa yang panjang akan menggunakan sistem tenaga asid laktik dan oksigen. Meningkatkan keupayaan anaerobik 3. Untuk meningkatkan sistem tenaga anaerobik para atlit maka penggunaan cara latihan ini adalah perlu.1.1 Objektif Latihan Jeda: • • • • • • Meningkatkan daya tahan kardiovaskular Meningkatkan tahap ambang anaerobik Meningkatkan daya tahan otot Meningkatkan kemahiran atlit Meningkatkan ketangkasan. Cara ini akan meningkatkan lagi sistem tenaga aerobik atlit. ulangan.2 Sistem Tenaga : • • ATP – PC dan asid laktik(lebihan dominan) Asid Laktik dan Oksigen 3. Oleh yang demikia.dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi tenaga berbanding dengan jenis-jenis latihan suaian fizikal yang lain.3 Prinsip Latihan Jeda: • Latihan dengan berintensiti jangka tinggi atau sub-maksima pendek akan masa yang menggunakan system tenaga ATP – PC.

• • Intensiti latihan untuk setiap atlit diberikan mengikut keupayaan individu.1. Latihan yang digunakan perlu ada penetapan kecepatan pergerakan yang meliputi masa untuk menyudahkan jarak.4 Kaedah Perlaksanaan: Latihan Jeda boleh dijalankan denagan mengambil kira unsur berikut : • • • • Menentukan kadar dan jarak kerja Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan Menentukan masa rehat Kekerapan latihan Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan masa rehat yang berlainan dengan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana. • Latihan Jeda menggunakan unsur-unsur yang berikut ini :  Kadar dan jarak intensiti kerja yang digunakan  Bilangan ulangan setiap waktu latihan  Masa pemulihan di antara setiap waktu latihan  Masa pemulihan di antara setiap jeda kerja  Kekerapan jeda kerja  Kemampuan latihan jeda dan keperluan individu diberikan perhatian bila merancang program 3. Fox dan Mathews berpendapat bahawa masa pemulihan boleh ditentukan dengan cara: • • Degupan masa jantung sasaran semasa latihan (KNL) Degupan jantung sasaran semasa rehat (KNR) 30 .jauh jarak yang akan disudahi dan jangkamasa untuk pemulihan.

(5 set) Atlit melakukan aktiviti ketinting melepasi mini hurdles dengan kelajuan sederhana. (5 set) Atlit melakukan aktiviti ketinting melepasi mini hurdles sepantas yang mungkin.2 Melompat Kon Hurdles • • • • Kon hurdles disusun sejauh 30 meter.2. (10 set) Atlit melakukan larian dan melompat melepasi kon hurdles sepantas yang mungkin. Atlit dikehendaki menggunakan kaki yang digunakan untuk melakukan fasa lonjakan semasa melakukan aktiviti ini. Atlit dikehendaki menggunakan teknik yang betul. Atlit melakukan larian dan melompat melepasi kon hurdles dengan kelajuan sederhana.1 Ketinting Mini Hurdles • • Mini hurdles disusun sejauh 10 meter. • • • Atlit melakukan aktiviti ketinting melepasi mini hurdles dengan perlahan.• Nisbah kerja dan rehat 3. (10 set) 31 .2. (5 set) 3.2 Aktiviti Latihan Jeda ( Latihan Ansur Maju) 3.

3.2.3. Latihan ini diulang sebanyak 10 set. Jadualkan setiap komponen keupayaan atlit yang ingin dipertingkat mengikut fasa-fasa latihan yang dikenalpasti. (10 set) Atlit melakukan larian dan melompat melepasi hurdles sepantas yang mungkin. Atlit melakukan larian dan melompat melepasi hurdles dengan kelajuan sederhana. persediaan mental.2.4 Teknik pecutan • • Atlit melakukan larian dengan masa 6 saat ke bawah. Aspek-aspek utama dalam komponen keupayaan atlet yang ingin diperkembangkan termasuklah persediaan fizikal.etapkan peratus masa latihan untuk melatih setiap aspek komponen latihan utama yang dipilih. Atlit dikehendaki menggunakan teknik yang betul.3 Melompat Hurdles Sebenar • • • • • Hurdles disusun sejauh 30 meter dengan ketinggian yang normal. (10 set) Latihan ini diulang dengan melaraskan ketinggian hurdles pada ketinggian peringkat kejohanan. 32 . persediaan teknik dan persediaan taktik.

taktik dan psikologi bagi menghasilkan program yang seimbang dan bersesuaian dengan keperluan atlet seiring dengan matlamat program tersebut. Taktik & Psikologi) Dalam perancangan program latihan. Masukkan maklumat-maklumat lain yang perlu seperti tarikh ujian. Secara umum. teknik dan taktik dalam menuju matlamat kejayaan dan kecemerlangan prestasi dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan yang akan disertai.2 Program Latihan Tahunan Program latihan ialah satu dokumen bertulis yang memperincikan perancangan yang bersistematik dan saintifik untuk membantu atlit dalam persediaannya dari segi fizikal. Teknik.Nyatakan beban latihan (intensiti dan isipadu) untuk setiap fasa latihan yang dirancang. jurulatih perlu memberi perhatian yang sewajarnya penetapan nisbah agihan masa untuk setiap aspek persediaan iaitu persediaan fizikal. pemeriksaan doktor. Jadual 1 : Penilaian Program Latihan Tahunan Nisbah Agihan Masa Untuk Aspek Latihan (Persediaan Fizikal. penjadualan latihan pusat dan tarikh pertandingan utama yang bakal dihadapi ke dalam program latihan. 33 . mental. kitaran mikro serta sesi latihan harian yang dikelolakan oleh jurulatih untuk memperkembangkan potensi atlet ke tahap optimum. teknik. 11. program latihan tahunan meliputi beberapa kitaran makro.

3. Di antara kaedah latihan yang sesuai dilaksanakan untuk menghasilkan persediaan fizikal yang mantap adalah termasuk : 1. Untuk tujuan ini.3 Kaedah Latihan Pencapaian kecergasan fizikal optimum pemain menjadi tumpuan utama jurulatih untuk menyediakan asas yang mantap untuk menghasilkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan yang bakal disertai.Berikut adalah cadangan nisbah agihan masa untuk keempat-empat aspek persediaan untuk satu program latihan acara lari berganti-ganti. Nisbah Agihan Masa Untuk Aspek Latihan Persediaan Fasa Persediaan Umum Persediaan Khusus Pra Pertandingan Pertandingan Transisi Persediaan Fizikal 70% 60% 45% 25% 50% Persediaan Teknik 30% 25% 25% 20% Persediaan Taktik 10% 20% 40% Persediaan Psikologi 5% 10% 20% - 11. pelbagai kaedah latihan yang sistematik dan saintifik serta mengandungi variasi aktiviti perlu diserap ke dalam program latihan untuk mengekalkan minat. mengembangkan tahap prestasi seiring dengan matlamat yang ingin dicapai. 2. Latihan Jeda Latihan Litar Latihan Bebanan 34 .

Latihan adalah amat penting terutama dalam teknik penukaran baton kerana di sinilah penentu kejayaan sesebuah pasukan itu. Teknik yang digunakan juga adalah penting bagi mendapatkan sebuah pasukan yang mantap di mana aspek biomekanik dapat diaplikasikan sepenuhnya. hantaran baton dan kedudukan pelari dalam sesuatu pertandingan perlu ditekankan bagi menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Peserta haruslah mengelak daripada melakukan kesilapan dalam pertandingan kerana ianya akan mempengaruhi keputusan pertandingan.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lari berganti-ganti adalah acara balapan yang memerlukan kerjasama dalam pasukan di samping program latihan yang sistematik untuk membentuk pasukan yang mantap. Latihan Pliometrik 12. Manakala teknik larian. 35 . Persefahaman dalam memberi dan menerima baton dianggap penting.4.

saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kemahiran acara lari berpagar. saya juga dapat mengenalpasti tentang peraturan. Selain itu. MOHAMMAD SAFEI No. Saya juga berharap kerja kursus ini boleh menjadi rujukan kepada guru-guru pelatih pada masa hadapan. terima kasih Disediakan oleh: NUR SUHAILAWATI BT. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada saya untuk bergiat dalam acara ini di samping dapat menambah ilmu pengetahuan saya untuk menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani pada masa akan datang. teknik bermain dan latihan dengan betul. KP : 720802-03-5594 36 . Sekian. saya berharap kerja kursus ini menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam pelaksanaan tugasan ini.13. Bak pepatah melayu mengatakan. Melalui tugasan yang diberikan secara berkumpulan ini. bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Bersamasama tugasan ini disertakan juga video yang menjelaskan lagi keadaan latihan ansur maju tersebut. saya dan rakan sekumpulan saling berkerjasama dan memberi komitmen yang baik.0 REFLEKSI Alhamdulillah. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain terutama Encik Wan Mohamad Zil atas ilmu mengenai acara lari berpagar. kami telah memilih kemahiran lari berpagar. ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’. Dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata. Saya dengan rasa berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Kokurikulum (Olahraga) iaitu Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Kami berjaya membuat satu latihan ansur maju yang amat bersesuaian untuk kemahiran lari berpagar ini.

saya telah melakukan kajian yang terperinci dari segi anatomi dan fisiologi bagi memastikan setiap pergerakan yang terdapat dalam acara lari berpagar dapat dinyatakan bahagian-bahagian otot. Salah satu ilmu yang saya dapat ialah bagaimana untuk mengurus kerja saya pada waktu sibuk dengan bermacam-macam program lain. saya berasa amat bertuah sekali kerana dapat malaksanakan tugasan ini kerana sebelum ini saya tidak begitu mahir dalam sukan ini. pengiraan masa yang tepat dan penuh dengan taktikal. Akhir sekali. Selain itu.saya juga dapat mengkaji beberapa program latihan untuk dilaksanakan terhadap murid-murid serta latihan ansur maju yang berkesan bagi memastikan setiap murid dapat melaksanakan kemahiran lari berpagar teknik yang betul.saya dapat melengkapkan diri menenai acara ini dengan begitu arif sekali. Oleh itu. Disediakan oleh: dengan baik dan menggunakan NORHASHIMAH BT.tulang dan sendi yang terlibat semasa proses untuk melakukan acara lari berpagar. Sekian terima kasih. Acara lari berpagar memerlukan satu kepantasan.Walaupun kami sibuk dengan menguruskan sekolah serta tugaasan mengajar tetapi tugasan ini dapat dilaksanakan dan dapat dihantar tepat pada waktunya.kami diminta untuk menyatakan secara tidak langsung otot.Bersyukur kehadrat illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat jua saya dan rakan saya menyiapkan tugasan kerja kursus Olahraga (WAJ 3112) dengan baik sekali.saya sangat cetek ilmu pengetahun dalam lari berpagar. Melalui tugasan kerja kursus Olahraga (WAJ 3112) saya memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang baru dalam melengkapkan diri menjadi seorang guru yang berkaliber kelak.saya dapat memahirkan diri dalam salah satu sukan olahraga iaitu acara lari berpagar.Saya perlulah membahagikan masa dengan baik bagi membolehkan saya melaksanakan tugasan ini. Setelah melaksanakan tugasan ini. ISMAIL 37 . Melalui tugasan ini juga. Melalui tugasan kerja kursus ini juga. tulang dan sendi yang terlibat. Sebelum ini.

sentisis dan aplikasi. : 710126-03-5134 Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. namun kerja kursus dari pensyarah bagi mata pelajaran berbeza.No. ABIDIN 38 .Tugasan ini juga dapat saya siapkan hasil daripada dorongan para pensyarah dan bantuan daripada rakan-rakan pelatih semester lima PISMP. dengan adanya jadual kerja yang tersusun. saya juga telah merancang dan membina program latihan ansur maju bagi acara olahraga lari berpagar ini. yang mana inginkan tugasan mereka di hantar dalam tempoh yang lebih singkat. maka inilah yang dapat saya sembahkan dalam folio kerja kursus projek ini. Walaupun tempoh yang diberikan selama empat minggu. saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit menggangu proses penghasilan folio kerja kursus ini. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Pada akhir coretan refleksi ini. Disediakan oleh: ROHIZA BT. kiranya ada terdapat salah silap. saya dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam mengukuhkan pengetahuan dalam membina program latihan dalam acara lari berpagar ini. Setelah bertungkus-lumus dalam proses menghasilkan folio kerja kursus.Dari segi pemerolehan ilmu. Kesempitan masa juga turut memeningkan saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. analisis. Selain itu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. saya dapat menganalisis kemahiran dalam acara olahraga lari berpagar dengan menggunakan aplikasi sains seperti anatomi dan fisiologi serta lakuan motor. saya telah menghasilkan penulisan ilmiah dan power point pembentangan yang mempunyai cirri-ciri pengetahuan. Akhir sekali. Alhamdulliah. Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Seterusnya. kekurangan dan kelemahan dalam folio kerja kursus ini. masalah ketidaksempatan masa dapat kami atasi sebaiknya. saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. KP Bismillahirahmanirahim.

No.com/track/index. Edisi Kedua. Costill ( 1994).blogspot.html http// www.com/doc/38073798/Pengenalan-Olahraga-NOTA 1 MAC 2013 Panduan Pengajaran Lari Berpagar.slideshare. Wee Eng Hoe (1995) Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Marsacademy.net/gtabbas/lariberpagar 1 MAC 2013 Scott K.html http// www. Sportfair.0 BIBILIOGRAFI Jack H. Internet. Human Kinetics: United States of America.html 39 . Rujukan Internet http:// www. Howley . http://www.html 1 MAC 2013 Pengenalan Olahraga (NOTA).all-americansports.html http// www. Physiology of Sport and Exercise. Internet.scribd.com/plomot.measco. KP : 710125-03-5060 14. Powers & Edward T. Fajar Bakti. McGraw-Hill Companies: United States of America. Wilmore \ David L.com/2011/02/latihan-ansur-maju-lariberpagar. Exercise Physiology : Theory and Application to Fitness and Performance. Latihan Ansur Maju Lari Berganti-ganti.com/ ASB4000X. Shah Alam. http://www. Internet.com/ormect/orblesl. http://futurepjteacher.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->