You are on page 1of 309

Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D.

Diriku Yang Kukenal

Diterbitkan oleh: Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Pulau Pinang, Malaysia 2003

Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D.; Diriku Yang Kukenal. Edisi 2003 Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Semua Hakcipta Terpelihara ISBN 983-41447-0-9 Edisi Pertama Edisi Kedua Edisi Ketiga : : : 1975 2001 2003

Semua Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diulang cetak atau disalin dalam apa juga bentuk ataupun teknik, baik elektronik mahupun mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau apa sahaja teknik simpanan dan cari semula maklumat tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit ataupun wakilnya. Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Diedarkan oleh:

Persatuan Pendidikan Akhlak dan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Persatuan Pendidikan Akhlak dan Masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan

Kebajikan Kebajikan

Diterbitkan oleh: Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Pulau Pinang, Malaysia 2003

DR. BAGINDO MUCHTAR

SEPATAH KATA
Kupersembahkan karyaku ini pada anakku, anak-anak didikku dan masyarakat ramai yang meminatinya. Apa yang dikupas dalamnya ialah hasil dari pemecahan, penggalian, pengkajian dan pengalamanku untuk dapat mengenal dan menemui diri sendiri untuk dijadikan ilmu pengetahuan umum dan aku namailah dia DIRIKU YANG KUKENAL. Untuk mendapatkannya aku belajar sambil mengajar, jadi murid sambil jadi guru, berteori sambil berpraktik dan adalah ini semua hasil dari perjalanan pengembaraanku sambil menemui pengalaman selama lebih kurang lima belas tahun lamanya. Maka adalah tahun 1973 ini tahun ke 18 bagiku berjalan dengan ilmu pengetahuan ini yang aku jadikan, jadi amalanku. Maka berbahagialah seseorang yang dapat menemui Akunya.

BAGINDO MUCHTAR (Si Sepuluh)

DR. BAGINDO MUCHTAR

KESIMPULAN DARI PERJALANANKU


Yang ada mencari yang tiada. Menemui sesuatu yang harus mendapatkan perhatian dari kita: Mengikut terus perkembangan. Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang, sampai dapat merasakan yang sesuatu itu telah memancar dari dalam badan diri sendiri. Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung padanya. Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai ke tiada ada (fana). Di tempat tidak ada menyedarkan dan menyatakan badan diri guna untuk mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah; Muhammad sebagai Rasulullah, dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah sekurang-kurangnya tiga kali berulang-ulang. Kembali berjalan dari tiada ada kepada tiada sampai kepada ada, dan bawaan kita keluar selalu sebagai seorang manusia dengan sesuatu. Demikianlah adanya, Aku BAGINDO MUCHTAR (Si Sepuluh)
iii

Untuk anak-anakku

DR. BAGINDO MUCHTAR

KATA BERMULA
Anak-anakku sekalian, Ketahuilah olehmu, resapkan ke dadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindungan Yang Maha Besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah Yang Maha Esa dan mohonkan segalagalanya kepada-Nya. Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tidak ada ibu bapamu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapamu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalamdalamnya dan jangan derhaka kepadanya. Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandunganya kerana dia yang mengandung engkau. Seorang anak tak akan menjadi kalau tak ada bapamu. Dan di bidang ilmu pengetahuanku, adalah engkau anakku pula dan adalah aku gurumu walaupun engkau memanggil Bapak padaku. Sebagai seorang manusia, engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiranmu mendatangkan bahagia pada rasa perasaan ibu bapamu dan kaum keluargamu. Di mana letaknya bahagia-mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada padamu, tetapi di mana letaknya? Letaknya ialah padamu iaitu di tempatnya. Mungkinkah letaknya di luarmu? Tidak mungkin kerana engkau yang membawanya. Bahagia-ku letaknya padaku dan bahagia-mu letaknya padamu. Aku mengandung bahagia dan engkau mengandung bahagia. Untuk merasakan dan mendapat itu bahagia, tentu
v

DR. BAGINDO MUCHTAR

engkau harus melahirkan kandunganmu itu. Engkau tak tahu dalam hal ini, maka aku yang engkau anggap gurumu yang menolong melahirkan kandunganmu itu. Dan engkau akan berasa bahagia sepanjang masa kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami bahagia-mu yang telah dilahirkan itu. Kesedaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan menghargai gurumu sebagai pembimbingmu memecahkan rahsia dirimu sendiri menuju hidup sepanjang masa menjelang hidup yang kekal abadi. Pelajarilah segala sesuatu dengan sesuatu yang ada padamu dan jagalah adabmu terhadap ibu bapamu, sesudah itu gurumu. Dan istimewa terhadap Tuhan Yang Mengadakan segala yang ada, Yang Menjadikan segala yang dijadikan, Yang Mengetahui yang tidak diketahui oleh apa dan siapa saja. Sembahlah Dia dan carilah Rahsia-Nya yang terkandung di badan dirimu untuk dapat mengenal-Nya dengan erti yang sebenarnya. Rabbighfir Warham Waanta Khairurrahimin Wahai Tuhan-ku, ampuni kesalahan-ku, kasihanilah aku, Engkau sebaik-baik Yang Mengasihi.
Palembang, Indonesia 27 November 1965

Nota : Dilarang mengutip kalau tak seizin yang empunya. Untuk disesuaikan, demi mencari kebenaran.

vi

DAFTAR ISI
Muka Surat

Sepatah Kata Kesimpulan Dari Perjalananku Kata Bermula 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Kisahku Rahsia Hidup Tenaga Rohani Dengan Daya Gunanya Kisah Kerbau Dengan Pedati Ilmuku Ilmu Ghaib Petunjuk-Petunjuk Untuk Kesempurnaan Buka-Membuka Kataku Aku Hamba Tarekat Mengenal Diri Diriku Aku Dalam Sajak Siapa Aku?

i ii iii 1 9 37 53 69 83 123 147 171 187 207 239 263 293

DR. BAGINDO MUCHTAR

KISAHKU

Bidukku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju, karam dihentam badai taufan, sehingga terdampar ke tepi pantai, sampai menyebabkan kemudi patah. Semua orang di daratan menyalahkan aku. Aku berlayar dengan bidukku mengharungi lautan samudera dengan tujuan mencapai cita-cita, iaitu bahagia, bahagia yang diidam-idamkan oleh tiap-tiap manusia. Dalam pelayaran itu, sewaktu aku memutar haluan hendak menuju sesuatu tujuan yang tertentu, yang aku anggap baik, maka sekonyong-konyong dengan tidak aku sedari, berhembuslah badai taufan dengan amat dahsyatnya yang menyebabkan bidukku terhempas ke kanan dan ke kiri. Segala ikhtiarku, daya-upayaku aku jalankan guna untuk bertahan menjaga supaya bidukku jangan karam. Akhirnya, setelah aku cuba bertahan berhari-hari dan bermalam-malam (lima belas hari dan lima belas malam lamanya) untuk menyelamatkan bidukku itu, kesudahannya bidukku terdampar ke tepi pantai dan tidak sampai tenggelam di tengah lautan. Daya tahanku boleh di katakan hampir habis. Kerana kalau sampai tenggelam di tengah lautan, tentu semenjak waktu itu akan berakhirlah riwayat hidupku dan tidak ada satu manusia pun akan mengetahui kisahku ini, kerana seluruh isi biduk itu akan ikut tenggelam dan termasuk aku sendiri.
1
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Aku kehabisan tenaga, bidukku terdampar ke pantai, dan di saat itu aku belum sedar betul. Dengan tidak usul-periksa, semua orang di daratan menyalahkan aku. Aku berusaha dan mencuba menerangkan keadaan yang sebenarnya, akan tetapi tidak satu orang pun waktu itu yang mahu mendengar keteranganku. Aku tidak mengharapkan belas kasihan dari orang-orang itu. Tidak! Hanya aku ingin mengemukakan kebenaranku kepada mereka itu, akan tetapi manusia-manusia itu tidak mahu menerimanya. Dan dari segi lain, angin badai taufan tersebut menyebabkan mulai berlakunya peristiwa ghaib bagi diriku. Aku terkatungkatung (terapung-apung) seorang diri dan tiap-tiap orang yang menemui aku atau yang aku temui memperlihatkan rasa curiga padaku. Dan segala sesuatu itu aku terima dengan segala kesabaran dan tawakal. Curiga orang-orang itu menjadi bahan bagiku untuk mengkoreksi diriku. Aku harus menyesuaikan batinku dengan zahirku. Dan beransur-ansur mulai ada orang yang mempercayai aku, dan sudah ada pula yang menaruh perhatian padaku. Bidukku dikuasai oleh orang-orang tertentu, bahkan sampai kepada kekayaanku yang tak seberapa dikuasai orang juga. Pihakpihak yang tertentu tak mahu mengerti dan tak mahu tahu akan keadaanku waktu itu dan terang aku rasakan ialah kemerdekaanku dirampas oleh orang-orang yang tertentu itu dengan tujuan tertentu pula. Aku tak berdaya kerana tidak satu orang pun yang memihak padaku. Kebenaranku dikalahkan oleh jumlah bilangan mereka yang banyak. Dan belakangan ternyata, kemudi bidukku patah, patah tak dapat disambung lagi sehingga aku kehilangan kemudi (kesayanganku) untuk selama-lamanya. Aku menyatakan, maka sampainya patahnya kemudi itu disebab-keranakan yang menguasai bidukku itu setelah kemerdekaanku dirampas, kerana setahuku bidukku tidak sampai sebegitu jauh rosaknya, akan tetapi oleh kerana dari mula orang mengatakan aku menyebabkannya, maka kesalahan tetap dipikulkan ke pundakku. Aku tahu bidukku
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

rosak, dengan mati-matian sewaktu di tengah lautan aku pertahankan supaya jangan sampai tenggelam, dan akhirnya, dengan tidak berdaya aku sampai ke tepi. Hanya aku yang tahu bagaimana hebatnya taufan itu mengamuk siang dan malam, dan hanya aku yang bertahan, dan lantaran aku juga makanya biduk itu sampai ke tepi pantai. Dan sekalian yang terjadi di biduk adalah akibat dari serangan gelombang dahsyat yang menghentam bidukku itu. Kemerdekaan dirampas dan aku disingkirkan dengan paksa. Kesalahanku waktu itu ialah aku tidak tegas; aku waktu itu di saat lemah tak berdaya. Patahnya kemudi itu disebabkan tidak pandainya tukang memperbaiki biduk itu lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atau sebab-musababnya. Dan akhirnya aku yang kehilangan. Akulah yang menderita. Kekuatanku dengan beransur mulai timbul, kesedaranku mulai datang dan keadaan itu tak boleh aku biarkan begitu sahaja. Aku mulai bertindak, mulai tegas dan segala hakku yang sengaja di rampas orang aku tuntut supaya dikembalikan. Dan akhirnya, dengan kesedaran dan ketegasanku itu, walaupun tidak keseluruhannya, kemerdekaanku mulai aku perdapat kembali dengan jalan musyawarah atau perdamaian. Pengalaman dan penderitaanku di taraf yang pertama ini menyebabkan aku mendapat kesimpulan bahawa memang Tuhan itu ada. Ini bukan bererti aku tak percaya pada Tuhan sebelumnya. Contoh-contoh di antaranya: Aku pernah tidak makan sewajarnya, akan tetapi tidak lapar; aku pernah dicari oleh seseorang untuk ditembak lantaran dihasut orang; aku bertemu dengan orang yang mencari aku itu, akan tetapi aku tak dilihatnya dan ada sahaja orang lain yang mempertahankan aku; aku pernah dapat tahu apa yang akan terjadi pada seseorang, dan banyak pengalamanku yang lainlain yang menyebabkan aku mendapat kesimpulan yang seperti aku sebutkan di atas iaitu memang Tuhan itu ada. Kemerdekaanku telah kuperdapat kembali dan aku ingin membuktikan kebenaranku kepada masyarakat. Aku kembalikan
3
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ingatanku kepada seluruh peristiwa-peristiwa yang telah menimpa aku sejak dari semulanya. Aku pelajari dengan saksama, dan dengan peganganku Memang Tuhan itu ada, aku merenung dan merenung untuk mengadukan perasaanku kepada-Nya. Aku insaf bahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil untuk mengemukakan kebenaranku, akan tetapi aku yakin bahawa di balik saksi yang nyata tidak ada itu, ada saksi yang tidak nyata iaitu yang ghaib; malaikat-malaikat yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai mata-mata untuk mengamat-amati segala perbuatan kita manusia ini, buruk dan baiknya. Adalah aku waktu itu ibarat seorang musafir di padang pasir sedang kehausan, memerlukan seteguk air untuk melepaskan dahaga dalam pengembaraan untuk mencari sesuatu. Aku ingin hendak mencari-Nya, menemui-Nya Yang Menjadikan aku, sentana (jikalau) diizinkan-Nya aku menemui-Nya, aku akan menangis dan menangis sejadi-jadinya untuk mengadukan penderitaanku yang rasanya tidak pada tempatnya itu. Zahirku itu seolah-olah tak bererti kerana dengan kepergiannya aku sangat berasa kekurangan dan kehilangan keseimbangan, dan aku terkatung-katung dalam kehidupanku. Aku sedari diriku; aku melihat keluar, hampa perasaanku kerana tidak ada rasa erti hidup (dunia) bagiku. Aku melihat ke dalam perasaanku. Dadaku penuh dengan daya rasa bermacam-macam. Aku bertanya sendiri dan mendapat jawapan sendiri. Dan akhirnya, aku temulah diriku sendiri. Tahulah aku sudah bahawa peristiwa besar telah terjadi di diriku. Cubaan besar telah terjadi di diriku; aku harus berkorban dan pengorbanan sedang berjalan dan perubahan besar sedang berkembang pula di diriku, terutama di batinku. Peristiwa ghaib sedang berlaku pula di diriku, padaku yang mungkin ada pula terjadi pada seseorang atau beberapa orang yang hidup sebelum aku. Segala sesuatu itu mesti ada waris-mewarisi; patah tumbuh hilang berganti, dan telah berlaku pula Qadar Tuhan atas diriku,
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

aku telah lulus dari ujian berat yang pertama berkat ketabahanku. Penderitaanku lahir batin tak sanggup aku melukiskannya sebagai pengorbananku. Aku harus mengembara, melakukan sesuatu perjalanan yang jauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku yang jauh pula. Jauh di Sana kulihat ada cahaya. Diriku tertarik akan cahaya itu dan aku mendekatinya. Aku perbaiki bidukku yang terdampar, kemudi aku tukar dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautan luas untuk menuju cahaya yang terlihat olehku itu; bahawa adalah yang aku lihat itu tak ubahnya seumpama cahaya lampu mercusuar pada sebuah pulau yang sangat jauh di tengah lautan yang dapat kita lihat dari jauh, hilang-hilang timbul atau hidup-mati. Aku berlayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu. Aku berlayar dan berlayar. Gelombang besar kecil harus kulalui, kadang-kadang bercampur dengan badai taufan. Perjalananku berbelok-belok akan tetapi akhirnya berkat kesungguhanku, pulau idamanku tercapai juga. Sering pula aku terdampar ke kiri dan ke kanan, akan tetapi syukurlah tidak sampai membawa bidukku pecah kerana tiap-tiap pengalamanku aku ambil jadi pelajaran untuk melanjutkan perjalananku. Dan begitulah, setelah lebih-kurang tujuh tahun lamanya aku berlayar, aku mendarat di pulau cahaya itu. Aku takjub dan hairan, cahaya yang aku lihat dari jauh hidup-mati atau hilang-timbul itu, rupanya di Sana tidak pernah mati atau hilang-hilang timbul, malahan hidup terus. Aku berjalan selangkah demi selangkah, sambil memperhatikan keadaan sekelilingku. Dan cahaya yang menjadi perhatianku itu aku selidiki dengan teliti, dan tahulah aku sudah rahsianya, sebab-sebabnya makanya dia kelihatan hidupmati dari jauh, dan rahsianya telah menjadi rahsiaku. Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain-lain. Aku melihat sebuah rumah dan aku ingin mendekati rumah tersebut. Melihat dan memperhatikan akan segala yang aku lihat di situ, anggapanku tentu ada penghuni rumah itu. Aku ingin hendak
5
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menemui penghuni rumah itu, hendak meminta permisi memasuki pekarangannya. Aku mencari dan mencari. Aku perhatikan sekeliling, namun yang aku cari tidak juga bertemu. Aku memasuki pekarangannya dengan perlahan-lahan dan hati-hati, sambil mencari penghuninya. Aku naiki rumahnya kalau ada dia di dalam. Aku maju selangkah lagi. Aku masuk dengan Assalamualaikum, akan tetapi tiada yang menjawab salamku. Aku sudah berada di Sana, akan tetapi yang aku cari tidak ketemu. Aku buka pintu kamarnya. Banyak yang aneh-aneh aku lihat di dalamnya. Dari muka aku terus ke belakang, dan terus ke bawah, dan berjalan lagi sekelilingnya, namun dia yang aku cari tidak juga bertemu. Aku bingung, aku hairan; orangnya tidak nampak akan tetapi tanda-tanda keadaannya banyak bertemu olehku. Banyak yang aku ingini, yang aku lihat dalam kamar-kamar yang telah kuperiksa itu, akan tetapi aku tak berani mengambilnya. Akhirnya aku duduk bermenung di bawah naungan cahaya tadi sambil menanti-nantikan kalau-kalau penghuninya datang. Dalam kesunyian itu, tiba-tiba seolah-olah mendengar suara, Hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi? Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya Dia yang engkau cari itu sebenarnya tidak ada. Bagaimana Dia akan ada kerana Dia tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan? Kembalilah engkau ke tempat tadi, kerana engkau dengan izin-Nya jua engkau sampai dan pergunakan kesempatan ini sebaik-baiknya. Bahawa Dia itu ada dalam tiada dan ada dalam sebutan tak ada pada kenyataan. Aku tersentak dari lamunanku. Aku sedar dan insaf, dan dengan tenang aku langkahkan kakiku kembali ke tempat semula iaitu ke rumah yang isinya yang telah kuketahui itu. Dia ada tetapi tidak ada. Dia ada dalam tiada dan tidak ada dalam ada. Aku perhatikan segala sesuatunya yang kulihat dengan saksama, dan tahulah aku sudah bahawa di Sanalah rupanya letak kunci dari segala kunci, pusat dari segala pusat, dari Sana titik permulaan dan
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ke Sana pula pengembalian segala sesuatunya. Sungguh sangat syukur kepada-Nya Yang Menjadikan aku; banyak sudah rahsiaNya yang aku ketahui dan aku mendapat tali pegangan. Dengan tali pergantunganku itu, aku kembali dari pengembaraanku, dan rahsiarahsia yang telah aku ketahui itu akan aku pergunakan sebagi amalanku. Jalan ke Sana telah terbuka bagiku. Kesimpulanku sekarang, di mana aku berada di Sana ada Dia. Dan aku akan mencari terus yang belum kuketahui, kerana aku yakin seyakin-yakinnya kalau jalan ke Sana telah terbuka bagi ku, pasti jalan-jalan lain sudah terbuka pula. Keinginanku dan doaku semoga Tuhan yang aku sembah, Yang Menjadikan aku, memanjangkan umurku, memelihara kesihatanku dan memberi rezeki kerana hasratku sangat besar, supaya manusia yang banyak ini akan mendapat pula seperti apa yang telah aku dapat dan terbuka pula jalan baginya, bagi yang mahu mencarinya, kiranya Allah akan menerima segala amalanku. Pusat dari segala pusat telah aku ketahui. Kunci dari segala kunci telah aku punyai pula. Banyak sudah yang telah kuketahui; Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku, Ilmu-Nya telah menjadi ilmuku, dan satu per satu akan kucuba memecahkannya dengan Anak Kunci yang telah ada padaku. Dia memerintah seluruh alam termasuk alamku sendiri. Perintah-Nya berjalan dengan sendirinya. Dengan Kudrat dan Iradat-Nya, apa yang dikehendaki-Nya terjadi, kerana Dia Maha Kuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui. Segala-galanya diatur menurut Kehendak-Nya, dan Peraturan-Nya itu berjalan dengan sendirinya. Di manakah batas antara aku dengan Dia? Setelah aku selidiki dengan saksama dengan Ilmu-Nya yang telah ada padaku, tahulah aku bahawa dinding, atau batas aku dengan Dia hanya zahirku, atau lebih tepatlah kukatakan hanya bulu dan kulitku. Akhirnya dapat aku katakan, Aku telah menemui diriku, Rahsia-Nya telah aku ketahui dan aku telah
7
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

kembali dari Sana, dan dinding antara aku dengan Dia telah tembus.
Palembang, Indonesia. 1 Ogos 1962

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

RAHSIA HIDUP

Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan aku bagimu itu letaknya ialah di tempatnya, dan tempatnya ialah padamu jua iaitu di dalam batang tubuhmu. Dan buat aku-mu itu aku memanggil engkau padanya kerana aku-ku dan aku-mu walaupun asalnya sama tetapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu pada-mu dan padaku. Aku yang dimaksud ialah dia, yang bila saatnya telah tiba nanti akan meninggalkan kita. Dia akan kembali ke asalnya iaitu kepada Tuhan Yang Maha Esa. Jadi, adalah bagi kita manusia, yang menjadi pegangan ialah aku dan dialah yang tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan, sesuatu Anugerah Agung dari Yang Maha Esa kepada kita. Saya belum dapat kata-kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya untuk menamakan pemberian dari Tuhan yang dikatakan aku itu. Mungkin orang lain akan menamakannya lain pula, tetapi aku mengatakan adalah itu anugerah yang sebesar-besarnya dari Yang Memberi untuk kita. Bayangkan kalau dia tidak ada; adakah yang kita manusia hidup namanya? Tidak, bukan? Dengan kepergiannya, maka matilah kita dinamakan orang. Jadi, adalah seluruh kegiatan hidup kita bergantung kepadanya. Bila hidup telah meninggalkan kita, namanya kita telah mati dan adalah yang
9
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal di atas dunia. Ada yang dikubur dan ada yang dibakar. Ada orang yang memberi nama Anugerah Agung kepada otak, kerana dari Sanalah keluar sesuatunya yang menghasilkan alam pemikiran dan menghasilkan segala sesuatunya. Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari Yang Menjadikan, kejadian yang berat dan teratur oleh Yang Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Bisakah yang dijadikan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu kalau itu tenaga hidup yang berasalkan dan berisi daya hidup tak mengalir dalam otak tersebut? Tentu tidak, bukan? Jadi, pasti ada sesuatu yang dinamakan hidup di batang tubuh kita, yang berisikan daya-daya mengaliri jalannya kehidupan kita. Berdasarkan keterangan di atas, adalah kita ini terdiri dari yang dijadikan dan yang dianugerahkan. Yang Menjadikan dan Yang Menganugerahkan ialah Yang Tunggal, Esa iaitu Allah, Yang Maha Esa dan Kuasa. Kita mendapat barang sudah (siap) dengan sempurnanya kejadian kita dijadikan-Nya, dengan anugerah-Nya yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kehidupan kita, dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut yang kita kehendak. Manusia sedar, selamanya ingin kesenangan, kekayaan, kejayaan; kesimpulannya bahagia. Tidak ada yang mahu sakit, hina, miskin; kesimpulannya menderita atau sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai ke tingkat bahagia, apalagi diidamkan dunia dan akhirat? Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan; tidak berpegang pada jalannya hidup yang sebenarnya. Dan adalah segala kesalahan itu letaknya tidaklah di luar atau pada orang lain, melainkan pada kita sendiri. Di mana letaknya kesalahan kita itu? Jalan yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagiaan hidup kita itu?
Diriku Yang Kukenal

10

DR. BAGINDO MUCHTAR

Untuk ini, hendaklah kita pelajari keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam, dan sampai kita menemui aku kita. Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri dari: Yang dijadikan, iaitu batang tubuh kita (badan); Yang dianugerahkan, iaitu yang dinamakan hidup (nyawa) Yang pertama; iaitu yang dijadikan merupakan lahir (zahir) bagi kita, dan yang kedua; iaitu yang dinamakan hidup berupa batin iaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan keadaannya, jadi adalah dia terkandaung dalam badan diri kita. Kemanusiaan kita tidak akan sempurna kalau tidak ada perpaduan di antara kedua itu. Badan tidak akan bererti kalau itu hidup tak ada, hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya. Jadi, adalah satu sama lain perlu-memerlukan. Oleh kerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada, diperbandingkan dengan makhluk-makhluk lain sebaik-baik kejadian oleh Yang Menjadikan. Di dalam batang tubuh kita didapati dua aliran, iaitu aliran zahir dan aliran batin. Aliran zahir, iaitu aliran yang bertitik-tolak dari hasil berkerjanya jantung kita, mengaliri jalan-jalan, saluransaluran yang telah tersedia, mengaliri seluruh batang tubuh atau yang dinamakan jasmani. Aliran batin ialah aliran yang berisikan daya-hidup yang berpokok-pangkal dari Yang Hidup mengaliri aliran yang telah tertentu pula seperti aliran jasmani, yang dinamakan orang rohani. Dan kita ketahui sekarang; aliran jasmani dan rohani, lahir dan batin. Tiap-tiap aliran mengandung isi; aliran jasmani ialah darah, dan apakah isinya aliran rohani? Untuk mengetahui isinya, hendaklah kita pelajari dan pecahkan akan rahsianya. Sebelum dapat merasakan dan mempunyai itu tenaga rohani yang berasalkan dari Yang Hidup, tentu tidak akan percaya, atau tidak mahu percaya kalau dikatakan adalah aliran yang dikatakan aliran rohani itu berisikan aliran hidup kerana berasalkan
11
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dari Yang Hidup. Itu Anugerah Agung dari Yang Maha Kuasa kepada tiap-tiap manusia. Aliran jasmani dan rohani itu jalannya adalah seumpama kabel elektrik atau kabel dengan stroom (aliran tenaga elektrik), yang mana jarak yang satu dengan lain tak dapat kita mengatakannya kerana adalah dia itu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas; satu tetapi berpisah, bukan terpecah. Dan adalah kedua aliran tersebut batasnya bulu dan kulit kita sebagai dinding atau sebagai penutupnya. Untuk dapat mengetahui dan menguasai aliran rohani itu secara positif, tentu kita harus dapat menembus dinding itu sehingga kita dapat merasakan dan menpelajarinya. Sanggup kita sendiri menembus dinding itu dengan jalan melatih diri, setelah dapat memperbezakan atau memisahkan antara tenaga lahir dan daya tenaga batin? Dan dengan kecerdasan dan kesanggupan kita untuk mengenalinya, mungkin kita dapat menembus dinding yang dimaksud. Sebelum mencuba melatih diri untuk mengenalnya, untuk diketahui dan untuk direnungkan, lebih baik bacalah kisah yang tersebut di bawah ini dengan saksama. Ceritanya ialah:

Rumah Tampak Jalan Tak Tahu


Kata yang empunya kisah, ada sebuah rumah lengkap dengan alat-alatnya. Kapan rumah itu didirikan dan siapa yang membuatnya, tidak seorang yang tahu, satu jua. Orang tahu hanya rumah itu telah ada berdiri dengan sendirinya dan jarang orang mahu menyelidikinya. Konon khabarnya kata orang yang tahu, rumah tersebut sangat terahsia dan amat banyak mengandung rahsia. Jarang orang sampai ke rumah itu, apalagi mengetahui rahsia yang terkandung di dalamnya. Rumah itu, selain dari alatalat perlengkapan yang ada, mengandung kamar dan dalam kamar ada pula kamar yang terahsia, dan dalam kamar yang terahsia itu
Diriku Yang Kukenal

12

DR. BAGINDO MUCHTAR

duduk bersemayam seorang puteri cantik jelita dengan wajah yang berseri-seri, sentiasa siap sedia menantikan kedatangan sesuatu, menurut wasiat yang diterimanya. Adalah dia itu anak raja asalberasal, tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan; benar lagi betul, lagi bertuah, berpembawaan lain dari yang lain. Baginya adalah air hampir, makanan murah, datang dengan sendirinya. Dia memberi kehidupan kepada alam sekelilingnya, dan amat sayang sekali yang dihidupkannya itu tak pernah mahu mengenalnya atau mengetahuinya. Alam sekelilingnya tidak mahu mengerti kepadanya, bahkan menganggapnya pula sebagai alam biasa saja dengan memperhitungkannya menurut hukum alam pula. Dia duduk di tempatnya, menanti kedatangan sesuatu sebagai amanah. Dia tahu dan mengetahui keadaan sekelilingnya, akan tetapi membisu seribu bahasa kerana tidak ada yang mahu tahu kepadanya. Amanah yang di terimanya ialah duduk di tempatnya, menantikan kedatangan satu antara dua, iaitu: Yang punya datang menjemput yang bererti kembali ke asalnya. Kedatangan seseorang kesateria jujur lagi benar yang sanggup menemuinya di tempatnya dan membawanya keluar. Dia ingin bebas tetapi tak lepas, dan kesateria itulah teman hidupnya sejati dunia dan akhirat. Dan kepadanyalah diserahkannya segala apa-apa yang ada padanya, pada teman hidupnya itu kalau orang yang ditumpanginya tahu akan rahsianya. Dan berdasarkan rahsia yang tersebut di atas itulah makanya, setelah rumah itu sudah dalam keadaan lengkap ertinya sempurna, makanya jalan untuk memasuki rumah itu ditutup dan terahsia, kerana sangat banyak mengandung rahsia di dalamnya. Berikut menyusul sebuah kisah pendek berkenaan sebuah rumah juga, iaitu berbunyi:
13
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Rumah Sudah Tukang Dibunuh


Rahsia yang terkandung dalam rumah ini ialah sebab makanya tukang dibunuh oleh yang punya rumah, setelah rumah siap. Tujuannya supaya jangan ada orang lain yang bisa membikin rumah seperti itu, kerana dia tak mahu rumah yang lain yang serupa dengan rumahnya. *** Mengenai jalan, ada pula ceritanya, iaitu di muka kita terentang jalan panjang tak habis-habisnya. Mahu ke mana kita? Banyak sudah orang menuruti jalan yang terentang itu, akan tetapi tak banyak orang yang sampai kepada tujuannya semula, dan banyak pula yang tersesat dengan tak tentu jalan pulang atau kembali, dan tak kurang pula banyaknya yang tak puas pada jalan yang ditempuhinya itu. Kalau begitu, tentu jalan yang dilalui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya jalan, atau kekurangan syarat dalam perjalanan. Sebagai seorang Islam, pada tiap-tiap rakaat sembahyang kita sentiasa memohon kepada Tuhan iaitu dengan membaca: Ihdina alssirata almustaqeem; Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Surat Al-Fatihah ayat 6)

Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen; Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, sedangkan mereka itu bukan orangorang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.
(Surat Al-Fatihah Ayat 7)

Sudahkah kita perdapat itu jalan? Kalau belum, adakah pernah


Diriku Yang Kukenal

14

DR. BAGINDO MUCHTAR

kita usahakan mencari jalan itu sampai kita dapat petunjuk dariNya? Berdasarkan keterangan di atas, jalan yang dimaksud tentu telah ditunjukkan kepada orang-orang yang sebelum kita, iaitu jalan yang diberi nikmat, yang tiada dimurkai dan tiada sesat. Sekarang kita kembali mempelajari kisah yang pertama, iaitu kepada Rumah Nampak Jalan Tak Tentu. Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan di atas ialah, di waktu mendapat kesulitan, yang mana dia tak dapat menyelesaikannya, maka dilahirkannyalah perkataan tersebut di atas Rumah nampak, jalan tak tentu, atau tidak tahu. Ke mana tujuannya yang sebenarnya perkataan itu? Biasanya, tiap-tiap orang akan mendirikan rumah, sudah tersedia lapangan (kawasan tapak rumah) untuk itu. Dan sebelum rumah dibikin, selamanya ada jalan untuk ke lapangan itu, dan seterusnya sampai rumah itu selesai, jalan selamanya ada, dan perlu ada. Dan dalam hal ini, kejadian lain, Rumah Nampak Jalan Tak Tentu. Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya. Rumah yang dimaksud, yang penuh mengandung rahsia itu ialah badan diri kita. Bukankah didalamnya ada aliran atau jalan, dan berbataskan bulu dan kulit kita? Jadi adalah yang dimaksud orang yang tahu meninggalkan pepatah itu untuk menjadi buah pemikiran bagi orang di belakang hari. Jadi, adalah untuk memecahkan rahsia rumah itu kita mesti cari jalan untuk memasukinya. Kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaannya, sampai kita dapat mengenal diri sendiri dan diri itulah yang mengandung rahsia. Bagaimana jalan untuk mengenal diri itu? Apalagi menguasainya? Dengan alam fikirankah? Sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui diri secara positif? Kuatkah saraf-saraf kita untuk itu? Tenaga alam fikiran, kesanggupannya ialah menghayal, menggambarkan barang yang tidak ada, tapi ada; ada dalam angan15
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

angan, dalam cita-cita, dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan ilmu pengetahuan menghendaki positif, kenyataan atau realiti. Jalan untuk mengetahui itu letaknya di rasa, kerana rasa itulah yang amat banyak mengandung rahsia. Dan kalau rasa yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecah Rahsia-Nya. Untuk mendapat rasa yang sebenarnya secara positif, kita harus menembus dinding yang menutup aliran dari dalam itu. Pada huraian yang telah sudah telah diterangkan, bahawa di dalam batang tubuh kita, kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya, aliran lahir dan aliran batin; kedua-duanya berdindingkan bulu dan kulit. Untuk mengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam. Kedua aliran itu berisikan daya tenaga, iaitu yang satu berisikan tenaga hidup dan satu lagi berisikan daya tenaga kehidupan, disebab-keranakan adanya yang menghidupkan berada bersertanya. Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya, dan tak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya, dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan sehari-hari. Kehidupan kita di dalam penuh berisi dengan pergerakanpergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan diri kita, umpamanya dengan mengadakan latihan-latihan sampai kita dapat menemuinya. Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati. Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak-geri kita di luar dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun-naiknya pernafasan kita. Latihan ini lakukan dan bawalah dengan berulangulang, sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan
Diriku Yang Kukenal

16

DR. BAGINDO MUCHTAR

kita dari dalam. Bagi kita, adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya, dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita. Sudahkah kita dapat mengetahui, sampai merasakan dan mengakui kepastian bahawa adalah yang kita kandung itu ialah yang dinamakan roh, jiwa, nyawa dan sebagainya? Pelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam, sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakan orang nyawa, jiwa, roh itu. Dan setelah mendapat kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata-kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi pak turut, menerima sahaja apa yang dikatakan orang. Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan, iaitu dalam kejadian di bumi dan alam yang sempit yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan pergerakan di dalam sebagai pembawaannya, dan untuk ini si ibu harus melahirkan supaya kandungan itu menjadi kenyataan. Kita yang tadinya dikandung, setelah terlahir maka kebalikannya yang terjadi, iaitu mengandung. Sebagaimana ibu kita menanggung sewaktu kita dikandung, maka setelah terlahir, sebelumnya kita melahirkan kandungan kita, kita sentiasa akan menanggung. Rahsia kandungan ibu kita setelah kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya kita, akan tetapi sudahkan kita mengetahui akan rahsia kandungan kita? Untuk mengetahuinya tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama mengandung, berlainan kandungan dan penanggungan. Rahsia yang pertama yang dilahirkan anak. Dan apa kiranya rahsia kandungan yang kedua? Sewaktu kita dalam kandungan, tinggal di alam sempit, kita tak pernah mengeluh, tak tahu apa-apa, tak berasa lapar, tak tahu menangis, tak tahu kekurangan, akan tetapi setelah kita berada di alam yang lapang, di alam yang dinamakan dunia kita merintih, menangis, lapar, haus dan lain sebagainya. Kenapa kita berasa kekurangan dan sentiasa tidak
17
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

puas? Renungkan dalam-dalam. Cuba balik-balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita di dalam kandungan, dan kepada sewaktu di luar kandungan. Kita telah kehilangan sesuatu, iaitu tali pergantungan; tali yang berisikan serba ada untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilangan bahagia dengan terputusnya tali pergantungan kita. Si ibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar akan suara yang dilahirkannya tak dapat melahirkan kegembiraannya, sebaliknya si anak yang tak tahu apa-apa, setelah lahir berontak mengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus, semenjak tali pusatnya diputuskan; putus sudah tali hubungan yang dikandung dengan yang mengandung. Kalau tadinya si budak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali pergantungan kehidupan itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya, dan untuk kelanjutan kehidupannya. Jadi untuk mengetahui rahsia hidup itu, dia harus pelajari itu hidup yang ada padanya. Kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama mengandung, tetapi berbeza kandungan dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah diketahui, iaitu anak. Kandungan yang kedua tak mungkin anak kerana seperti telah dikatakan juga, berlainan kandungan. Letaknya pun berlainan. Kandungan yang pertama letaknya di perut, di rahim ibu, dan letaknya yang kedua itu bukan di perut, melainkan di dalam dada kita. Mungkinkah kita bisa melahirkan kandungan kita itu? Sanggupkah kita sendiri melahirkannya? Untuk mengetahui dan memecahkan rahsianya, kita kembali latihan semula, iaitu mencari diri kita yang berdiri dengan sendirinya itu. Setelah kita dapat menemui jalannya pernafasan kita yang turun-naik itu yang berasal dari dalam, maka dengan
Diriku Yang Kukenal

18

DR. BAGINDO MUCHTAR

mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun-naiknya pernafasan kita itu dengan pengertian kita mulai memakai, atau mempergunakan tenaga dari dalam, iaitu tenaga yang menyebabkan turun-naiknya pernafasan kita. Lancarnya latihan kita dan sampai kepada meningkatnya pergerakan yang dibawakan oleh daya tenaga yang berasalkan dari jalannya pernafasan kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya. Untuk dapat membawakannya sampai mengerti, ialah pandai kita menyerahkan segala sesuatu apa yang ada pada kita padanya; iaitu pada yang berdiri dengan sendirinya itu. Dia akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita telah dipunyai dan dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap dia kepunyaan kita, maka sekarang adalah sebaliknya yang terjadi, iaitu kita jadikan kita menjadi kepunyaannya. Setahu kita, dia telah ada bersama kita, dan adalah dia itu kepunyaan kita; kurnia atau anugerah Yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. Dia datang, datang dari-Nya dan akan kembali kepada-Nya pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk kesempurnaan kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan menemuinya. Adalah dia itu langsung dari Yang Maha Esa, dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatannya juga lebih tinggi dari kita, kerana dia asli (original) dan kita dari yang dijadikan. Sungguhpun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga, satu asal tetapi berlainan keadaan. Dia ada tetapi tiada. Kita ada dan nyata. Dia yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung dalam batang tubuh kita, kenapa kita tak dapat menemuinya? Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk hidup, bukan untuk mati. Jadi, nyatalah sudah ada kelebihannya dari kita, dan rahsia hidup dan kehidupan kita padanyalah letaknya. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu dia mesti kita cari dan kita temui, kerana seperti telah dikatakan di atas, padanyalah terletak rahsia hidup itu. Untuk mengetahui dan
19
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menemuinya, tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara kita dengan dia, dengan jalan memisahkan yang satu dengan yang lain, antara badan dan diri, atau antara dia dan aku. Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati sebenarnya mendatangkan sudah permulaan pemisahan, kerana dengan perbuatan kita itu maka tinggallah yang hidup. Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan yang hidup oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam keadaan yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya, kita tak dapat mengatakan kepastiannya yang sebenarnya, apalagi memecahkan rahsianya. Untuk itu hendaklah kita terus berlatih dan berlatih, mencarinya sampai ada pancaran keluar dari hujung jarijari kita. Dengan telah dapatnya kita merasa pancaran yang keluar dari hujung jari-jari kita itu bererti dinding telah tembus dan rahsia telah terbuka, dan tugas kita ialah mempelajarinya lagi dengan pengalaman-pengalaman atau percubaan-percubaan. Dia adalah hak milik kita, dan tiadalah orang lain berhak atasnya. Kenapa tak kita pergunakan hak milik kita yang amat berharga itu? Pendirian kita, selain salah kerana tidak berpegang pada diri, barang yang hidup, melainkan kepada badan barang yang mati. Yang terang ada pada kita dan yang gelap pun ada pada kita, kenapa berpegang kepada itu yang gelap? Siang ada pada kita dan malam pun ada pada kita. Siang ialah yang terang dan yang terang adalah diri dan malam adalah gelap dan yang gelap ialah badan. Si terang letaknya di dalam, dan si gelap di luar. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa terhitung.
(Al-Quran Surah Ali Imran ayat 27)

Semua orang takut mati kerana salah memahami hidup. Dia


Diriku Yang Kukenal

20

DR. BAGINDO MUCHTAR

takut ditinggalkan hidup, dari itu makanya dia takut mati. Mereka salah pegang, salah tangkapan, berpegang pada yang mati yang dianggapnya hidup, dan yang hidup sebenarnya hidup tak dipedulikannya selama ini. Bagi kita yang berpegang pada yang hidup tidak akan takut mati, kerana bagi yang hidup istilah mati tak ada. Adalah dia itu kekal dan abadi, mungkin berpindah, pindah tempat. Pembawaan hidup mereka yang seperti itu menuju kepada kematian, dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal dan abadi untuk kembali ke pangkalan. Perjalanan mereka ke bawah, perjalanan kita ke atas. Mereka menuju kematian dan kita menuju kehidupan yang kekal dan abadi. Perjalanan kita bersertanya, iaitu kita telah mati sebelum dimatikan, telah pergi sebelum dipanggil, dan Aku telah kembali dari Sana. Aku telah menemui-Nya. Setelah engkau menemui Aku, dan batas Aku dengan Dia ialah seperti batas antara engkau dengan Aku, iaitu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Engkau yang tadinya dinding bagiku untuk menghubungi dan menemui-Nya, setelah dapat menemuiku dengan cara pemecahanmu, maka terbukalah jalan bagiku untuk menghubungi dan menemui-Nya, kerana pintu telah terbuka bagiku. Engkau Aku bawa serta kerana cinta kasih sayangku tertumpah padamu, dan adalah engkau badanku. Kita tidak akan berpisah, kecuali kalau dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa, dari itu kuasailah Aku supaya apa yang ada padaku menjadi kepunyaanmu. Bagaimana cara menguasainya? Mudah sahaja, cintailah, kasihilah dan sayangilah Aku. Bagaimana cara mencintai, mengasihi dan menyayanginya? Aku tidak pinta apa yang tidak ada padamu, cukuplah kalau engkau serahkan apa yang ada padamu kepadaku, dan untuk itu akan Aku serahkan pula apa yang ada padaku, sehingga Aku menjadi kepunyaanmu dan engkau menjadi kepunyaanku. Ke dalam engkau yang berkuasa, dan ke luar Aku di muka. Tadinya sebelum engkau mengenal Aku, maka adalah Aku
21
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

nyawamu. Setelah engkau dapat mengenal Aku, maka tahulah engkau yang bahawa Aku ini sangat berguna padamu. Engkau ketahui bahawa seluruh kehidupanmu bergantung padaku. Setelah engkau menemui Aku maka engkau lebih kenal padaku. Akukah yang akan menjadi engkau, dan engkaukah yang akan menjadi Aku? Aku dan engkau sebenarnya satu, dan memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita, dan Akulah kita, Aku luar dan dalam. Selama ini engkau berjalan sendiri dengan tidak mempedulikan Aku. Sekarang, setelah engkau menemui Aku, apalagi kita telah menjadi Aku, maka kalau engkau berjalan, ikut sertakanlah Aku, dan kalau Aku berjalan, akan mengikut-sertakan engkau pula. Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. Selama ini kita berjalan pada jalan sendiri-sendiri. Sekarang kita kenal-mengenal satu sama lain. Selapikseketiduran, sebantal-sekalang hulu, sehina-semulia; ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, sakit senang sama-sama kita rasai. Apa yang tidak ada padaku ada padamu, dan ada juga tak ada padamu ada padaku. Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut-sertakan Aku, walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. Dalam banyak hal, Aku yang menderita, kerana Aku yang merasakan. Sekarang Aku berjalan, dan engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan, dan mempelajari. Hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu, setelah mempelajari perjalananku akan banyak mendapat yang tidak engkau ketahui selama ini. Aku yang berbuat, engkau yang melakukan, dan hasilnya untuk kita. Bahagiamu terletak padaku dan bahagiaku padamu. Aku sangat berasa bahagia kalau yang Aku perbuat dan lakukan bersertamu menghasilkan yang memuaskan. Lambat-laun engkau akan mengenal Aku yang sebenarnya, dan adalah perbuatanku bagimu namanya ilmu. Oleh kerana Aku ghaib sifatnya, maka namanya ilmu ghaib. Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihanlatihan yang telah kita lakukan, iaitu keluarnya pancaran yang
Diriku Yang Kukenal

22

DR. BAGINDO MUCHTAR

terasa betul pada hujung kuku kita, pada hujung jari-jari kita, dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita, dan dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah diri yang berdiri dengan sendirinya, yang bergerak dan berjalan dengan sendirinya, akan tetapi duduk di tempatnya. Keluarnya dari badan kita melalui saluran-saluran tertentu yang bernamakan pancaran, yang setelah sanggup menembus alam sendiri, akan sanggup pula menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan rahsia yang sebenarnya. Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia, lengkap dengan pembawaan, dan kelahiran kita mengandung pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita, supaya hidup dapat menikmati kebahagiaan, maka adalah tugas kita melahirkan kandungan kita, iaitu pembawaan dari rahim ibu. Kebahagiaan hidup yang kita alami di rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah dengan hidupnya bonda mengandung, atau dengan dua keadaan hidup; iaitu pertama yang mengandung, dan yang kedua yang dikandung. Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu, sampai akhir hayat kita, maka sentiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup sendiri. Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita, lahirkanlah itu kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkan hidup baru bagi kita, dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita. Kita telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungi lautan hidup yang tak bertepi itu, maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu. Apabila itu hidup tidak kita pergunakan, tak perlu disesalkan kalau satu saat nanti kita ditinggalkannya. Dengan telah melahirkan kandungan itu, kita telah menjadi manusia baru dengan tenaga baru, dan yang hidup itulah pegangan kita. Dia juga tadinya terahsia di dalam batang tubuh kita, setelah terlahir, maka telah menjadi kita, kerana perjalanannya di dalam adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan
23
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

penyerahan kita yang bulat kepadanya, maka seluruh keadaan telah dipunyainya, dan dialah yang menjadi kita. Jalan yang sebenarnya telah kita temui, iaitu jalan yang bergerak sejak dari titik di dalam sampai menebus alam sendiri. Dia telah lahir. Kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru, dan pergunakanlah itu tenaga baru, iaitu tenaga yang selama ini tersembunyi di dalam batang tubuh kita. Kita tinggalkan jalan yang tak bererti, dan turutkanlah jalan yang berisi. Jalan yang berisi, kita katakan. Isinya ialah nikmat yang berasal dari nikmatullah yang dikurniakan-Nya kepada kita, yang bukan dimurkai, dan bukan pula sesat.

Memperbaiki Keadaan Sendiri


Setelah kita dapat memahami diri sendiri, sebelum ke manamana, adalah lebih dahulu yang akan kita lakukan memperbaiki keadaan sendiri. Pengertian memperbaiki keadaan sendiri ialah memperbaiki apa yang ada pada kita, iaitu keseluruhannya badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam. Yang akan memperbaiki itu ialah diri sendiri. Caranya ialah cara dia pula. Adalah menjadi kewajipan kita menurutkan jalan berisi yang telah ada sama kita, dengan tidak mempergunakan daya-tenaga dan gerak-fikiran kita sendiri. Bagi diri, adalah badan itu berserta isinya, benda mati. Lambat-laun, dengan kebiasaan kita menurutkan jalan yang telah ditemui itu, akan lebih mengerti kita akan perbuatan dan tindakanaya, dan hasilnya badan kita yang menerimanya lahir dan batin. Kita akan lebih kenal lagi pada diri kita, dan akan bertambah banyak pula kemungkinan-kemungkinan yang bisa kita lakukan dengannya. Belajar memahaminya, sampai kita betul-betul mengerti akan gerak tindak perbuatannya yang selamanya menguntungkan kita. Ke dalam kita satu, ke luar sejalan, dengan
Diriku Yang Kukenal

24

DR. BAGINDO MUCHTAR

pengertian menurutkan jalannya, dan terasa betul sama kita perbezaan kita dengan dia yang dari dalam. Rasa itu terletak di hujung kuku, di hujung jari-jari kita, dan di situlah letak segala rahsianya ke luar dan ke dalam. Untuk itu dapat kita hendaknya merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain, sampai dapat pula hendaknya kita mengetahui dengan pasti, yang mana yang diri dan yang mana yang badan. Berpeganglah pada diri itu, dan turutkanlah jalannya dan pelajari hasil yang diperdapat dengan menurutkan jalannya itu. Diri memperbaiki keadaan sendiri, dengan pengertian si diri yang di dalam tadi memperbaiki apa yang ada pada kita, iaitu yang terang badan yang mengandungnya, kerana diri yang dapat merasakan sakit senangnya kita. Sekali jalan, tetapi meliputi keseluruhannya, mungkin memperbaiki dua atau tiga keadaan seperti: Memperbaiki batang-tubuh serta alat-alatnya, kalau ada yang kurang baik atau sakit. Badan itu bagi diri adalah alam dan untuk mengetahui keadaan di luar, diukur dengan perasaan badan. Burukbaik yang akan terjadi, dapat kita merasakan lebih dahulu sebab hidup yang bermasyarakat hubungmenghubungi antara yang satu dengan yang lain. Praktik diri memperbaiki keadaan itu terjadi sekali jalan iaitu memperbaiki apa yang ada di luar dan di dalam batang-tubuh kita.

Memperbaiki Diri Sendiri


Cara memperbaiki diri yang letaknya dalam tubuh kita ialah dengan yang kita namakan diri yang sudah memancar keluar. Semuanya itu kita ukur dengan rasa perasaan, dengan menurutkan jalan perbuatan diri itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam, dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya diri itu, maka
25
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

hendaklah kita lakukan perjalanan itu dengan berulang-ulang, sambil mempelajari hikmah dan nikmat yang terkandung di dalamnya.

Mengadakan pengakuan Untuk mendapat Pengakuan


Untuk mendapat pengakuan, hendaklah kita mengadakan pengakuan: Siapa yang mengadakan pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan; Dari siapa pengakuan itu kita perdapat? Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang diri kita, maka hendaklah kita mengadakan pengakuan terhadap Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali, Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah, yang ertinya; Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah; dan Muhammad Rasul Allah. Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, dan kita akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah pengakuan dan pangkat atau martabat. Untuk mengadakan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarekat), dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan dia, diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya. Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan, ke mana kita akan pergi mencari-Nya? Masukkah di akal, kita yang berupa dan bertampan dapat mencari dan menemui-Nya yang tidak berupa dan bertampan? Kita ketahui Dia ada di mana-mana, di Indonesia, di
Diriku Yang Kukenal

26

DR. BAGINDO MUCHTAR

Malaysia, di Asia, di Afrika, di Eropah, di Amerika dan di Barat, di Timur, di Utara, di Selatan dan lain sebagainya. Dia ada tapi tiada. Keadaannya di dalam tidak ada. Bagi orang yang mahu berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan keadaan-Nya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya, dan kitab-kitab banyak menyakinkan akan keadaan-Nya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak! Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan, dan dialah yang tahu jalan untuk ke Sana kerana ia berasal dari Sana, dan ke Sana pula tempatnya kembali. Lain halnya badan yang dijadikan dari yang telah dijadikan-Nya, iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal, keadannya dikembalikan ke asal iaitu ke tanah. Dan, adalah bagi kita setelah menemui diri sendiri, jalan untuk ke Sana telah terbuka. Mencari Yang Ghaib (Allah) hendaklah dengan yang ghaib (diri). Para ariffin (orang arif) dan budiman mengatakan, siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhan, dan siapa yang menemui dirinya akan menemui Tuhan dengan sendirinya. Sekarang, kita telah menemui diri kita; sudahkah kita menemui Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemui-Nya dan dalam keadaan bagaimana kita menemui? Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, kalau pintu telah terbuka, akan berjalan dengan sendirinya pula. Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam. Yang hidup telah keluar daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup; telah tahu di diri, bahkan telah menemui diri, dan telah punya pegangan hidup. Rupanya pegangan selama ini salah, tidak benar kerana berpegang kepada yang mati. Yang mati yang dianggap hidup, sedangkan yang sebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup
27
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

sungguhpun diketahui dengan pasti bahawa dia ada bersama kita, bahkan terkandung dalam badan kita. Itulah dia, diri. Itulah Aku, dan Akulah dia itu. Orang yang tak tahu di diri, tak berpendirian. Aku, yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, iaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap, sebelum berjalan keluar dari rumahku untuk tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki keadaanku sendiri luar dan dalam. Setelah itu Aku berjalan menemui-Nya, Tuhan-ku Yang Pengasih lagi Penyayang, untuk mengadakan sujud syukur terhadap-Nya dengan mengucap kata pengakuan yang berbunyi Asyhadu allaailaha il-Allah; Waasyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah. Dengan telah mengadakan pengakuan itu, jadilah Aku seorang Islam dengan erti yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan, iaitu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian. Pokok hidup dari segala kehidupan, iaitu hidup yang kekal dan abadi. Dari Sana Aku datang, dan ke Sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak aku menemui diriku sendiri, Aku telah terlahir kembali, dan penemuanku itu menjadi peganganku, dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari-hari. Dengan membaca keteranganku di atas, mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayaiku? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku, malainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya, dengan mempelajari caranya aku menemuinya diriku, dan semoga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini. Padanya banyak diperdapat petunjuk-petunjuk, dan dengan menurutkan jalannya diri itu, dengan sendirinya kita telah menjadi manusia baru. Kita telah menjadi manusia baru oleh kerana dia telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya,
Diriku Yang Kukenal

28

DR. BAGINDO MUCHTAR

kerana pembawannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang ramai, yang termasuk golongan manusia lama yang tak tahu di diri yang sebenarnya. Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang-orang, dari alam sekelilingnya, kepadanya; Dia sanggup menundukkan masa kerana dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri. Dia pandai membaikkan orang kerana dia telah pandai membaikkan badan diri sendiri. Dia anti penjajahan kerana dia telah merasakan bagaimana sakitnya di jajah atau terjajah, kerana bukankah dia selama ini terkongkong dan terkurung dan telah banyak pengalaman dan penanggungan? Dia suci kerana berasal dari Yang Maha Suci. Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar. Dia lain dari yang lain kerana keistimewaannya terletak pada dirinya, bukan pada orangnya. Dia bukan Tuhan, kerana yang dikatakan Tuhan itu Maha Besar dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. Roh-Ku, Kata Tuhan waktu meniupkannya. Dan bukan pula nabi atau rasul kerana tidak ada nabi lagi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Terhadap Tuhan adalah dia seorang hamba yang tidak bererti kerana dia tidak ada bersama-Nya. Akan tetapi terhadap orang lain, tak peduli siapa, dia akan membuktikan kebenarannya. Itulah aku yang telah menjadi manusia baru. Aku telah mengadakan pengakuan dan seterusnya aku sentiasa mengadakan pengakuan terhadap-Nya, Tuhan yang aku sembah, dan sementara itu aku telah mendapat pengakuan pula melalui orang-orang yang mendatangiku. Jadi, pengakuan aku perdapat bukan langsung dari Tuhan, melainkan melalui orang dan adalah itu petanda bagi orang yang tahu.
29
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat. Perjalananku mencari-Nya untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ilmuku yang berasal dari diri, yang keluarnya mendatangkan daya-gerak kepada anggota badanku yang jalannya menembus hujung jari-jariku yang dapat dirasakan; suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada kembali kepada tiada, dari tiada kepada ada. Di tempat yang tiada ada itu, tidak ada yang ada, tidak ada gerak, tidak ada angin, tidak ada ribut, tidak ada! Ya. Tidak ada apa-apa. Yang ada hanya yang tak dapat aku mengatakan kerana di Saat itu aku dalam keadaan tidak ada pula. Pada waktu itulah, di tempat yang tidak ada itu, aku kembali jadi ada, menyampaikan niat dan maksudku, mengadakan pengakuan seperti yang kusebutkan di atas. Untuk sampai pada rasa perasaan tidak ada itu, hendaklah kita lakukan berulang-ulang, yang merupakan latihan sampai terlatih. Di Sana, di Hadirat-Nya, di Tempat Tidak Ada, bertemulah yang mencari dengan Yang Dicari, yang dijadikan dengan Yang Menjadikan, seorang hamba dengan Khaliknya, aku dengan Tuhan-ku. Dan adalah aku dengan Dia, jauh tak berantara, dekat tak berbatas.

Mendudukkan Diri pada Tempatnya


Telah jauh kita berjalan dan telah lama kita berjalan di bidang kehidupan, banyak lurah yang dituruni dan banyak pula sudah bukit yang didaki, dan bermacam-macam pula sudah gelombang hidup yang telah kita lalui untuk mencari sesuatu untuk keperluan sesuatu. Telah letih badan selama berjalan, apalagi perjalanan yang dibawakan dengan tak tentu arah tujuannya. Kehendak hati belum juga dapat, tetapi tenaga sudah habis. Apa daya, apa akal? Apa yang harus diperbuat? Apa kita harus kembali? Pantang bagi
Diriku Yang Kukenal

30

DR. BAGINDO MUCHTAR

seseorang akan kembali kalau yang dicari belum didapati atau yang dimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana mestinya? Falsafah hidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan, duduklah, tetapi sebelum duduk, berdiri lebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan, untuk mencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuai dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja. Hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu. Duduk sebagai seorang berilmu atau ahli. Untuk mengetahui kedudukan diri yang sebenarnya, hendaklah kita turutkan jalan yang telah kita temui itu, iaitu jalan yang hidup lagi berisi. Maka kecerdasan dan kearifan kita dapat menangkap bahawa dia si diri telah duduk di tempatnya. Tandatanda yang ditemui menunjukkan kepada kita, di mana tempatnya yang sebenar. Telah kita ketahui bahawa duduknya di dalam batang tubuh kita dan letaknya di tempatnya, duduknya berserta kita dan berjalan pun berserta kita. Baginya tak peduli apa kita seorang pedagang besar atau kecil atau pedagang kaki lima, pegawai tinggi, menengah atau rendah, doktor, dukun, tabib, seorang jurujual insurans, S.H. atau pengacara, pengayuh beca, supir (pemandu) atau montir atau jadi apa sekalipun, pokoknya pandai mendudukkan diri pada tempatnya. Kalau tidak, tidak akan didapati kehendak hati. Bagiku, Aku duduk di tempatku iaitu di rumahku. Ya. Memang di rumah tempatku dan adalah diriku yang banyak mengandung rahsia itu ilmuku. Aku duduk, duduk menanti; menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin, menampung segala-galanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempohtempoh aku berjalan. Ya, aku berjalan, tetapi duduk di tempat. Di mana sahaja aku ditempatkan, aku tetap hidup. Lapar aku makan, haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur aku tidak. Itulah rahsiaku, dan itu pulalah rahsianya diriku, rahsianya telah menjadi
31
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

rahsiaku. Oleh kerana dia hidup, maka peganganku yang hidup itulah. Adalah hidup itu mengaliri seluruh batang tubuhku, dan itulah aku sekarang, besok lusa dan nanti. Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui yang menghidupkan aku. Aku sudah berpengalaman, suka-duka telah aku lalui, derita jangan disebut lagi. Pengorbanan? Ya. Hanya Tuhan Yang Tahu. Hidupku yang sudah-sudah berdasarkan kepada yang ada. Aku tidak hanya berkorban perasaan. Pengorbanan yang kukatakan itu ialah cubaan dan peringatan bagiku, dan akhirnya tahulah aku bahawa pegangan hidupku salah. Aku berpegang pada yang mati yang kuanggap hidup, padahal di balik yang kukatakan hidup itulah yang sebenarnya hidup. Hidup yang sebenarnya kalau boleh diumpamakan, dia hanya satu titik, akan tetapi mengisi aliran hidup sepanjang batangtubuhku. Aliran hidup itulah sekarang yang menjadi peganganku. Setelah aku menemuinya, tahulah aku bahawa dia itu ialah aliran diriku dan mengandung sangat banyak daya-guna. Dan duduklah dia di tempatnya dan letaknya samaku.

Menampung Dan menyelesaikan Segala Yang Mendatang


Pengalamanku bertahun-tahun (10 tahun) dengan duduk menanti membawakan diri itu, banyaklah sudah rahsianya aku ketahui, dengan telah banyak pula bermacam-macam persoalan yang mendatangiku telah kuselesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan dan kesemuanya itu aku selesaikan bersertanya. Aku semenjak kecil ditinggalkan ayah, dan sebagai seorang kelahiran di tanah Minangkabau yang mewarisi pusaka turuntemurun dari mamak-kemenakan, tak mempunyai mamak kandung. Yang aku kenal, aku berbapak tiri, yang kalau boleh
Diriku Yang Kukenal

32

DR. BAGINDO MUCHTAR

kukatakan sayang tidak, benci pun tidak kepadaku, tetapi aku tahu betul ibu sangat sayang padaku. Betapa tidak? Adalah aku anak laki-laki yang pertama, padaku banyak terletak harapan di hari tuanya; di waktu aku telah besar kelak. Aku masih ingat, di waktu hati risau tak menentu, aku sering duduk di tepi pantai, memperhatikan jalannya matahari yang akan terbenam. Sesekali aku melihat ke tepi laut, melihat alun ombak yang berkejar-kejaran, ganti-berganti manghempaskan diri. Di sana aku sering berkhayal, bertanya akan kejadianku; nanti, bagaimana hidupku di belakang hari? Aku ingin hidup jadi orang. Aku tak pernah dapat jawapan. Yang ku nanti tak kunjung datang. Dari siapa jawapan ku tunggu, padahal aku pada waktu itu seorang diri? Ya, aku menyendiri. Hanya rasa perasaanku waktu itu, cuma yang berubah itu; dia mengeluarkan nafas panjang. Matahari sudah terbenam untuk akan terbit besok pagi di timur, dan aku tersentak dari lamunanku. Siang telah bertukar dengan malam, aku bergerak dengan pasti menuju rumah orang tuaku. Pada sejarah hidupku yang sudah-sudah, aku sudah banyak kehilangan. Dari kecil ditinggalkan ayah, menyusul ditinggalkan adik, ditinggalkan saudara perempuan, ditinggalkan ibu yang aku belum dapat memenuhi harapannya, ditinggalkan anak, ditinggalkan isteri yang dicintai dan disayangi, dan kesemuanya itu membawa kesan kepada rasa perasaanku, batinku, ditambah pula dengan pengalaman hidup sendiri untuk bisa hidup. Dan jasadku mengalami perubahan pula, iaitu aku mengalami pembedahan pada bahagian punggungku dua kali berturut-turut dalam tempoh sebulan, dengan mematikan badanku lebih dahulu, dan dua kali pula tambahan darah di saat pembedahan itu dilakukan. Pendek kata, bermacam-macam kematian telah aku alami sampai kepada badanku sendiri, dan alhamdulillah, sampai sekarang aku masih hidup, bahkan Tuhan telah memberi kesanggupan pula kepadaku memecahkan rahsia hidup yang sebenarnya, yang aku jadikan ilmu pengetahuanku.
33
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Sebagai seorang manusia biasa yang harus membanting tulang untuk mendapatkan keperluan lahir mungkin aku tak kuat, kerana zahirku lemah dan tubuhku cacat. Akan tetapi, setelah aku menemui garis hidup yang sebenarnya yang dikurniakan Tuhan kepadaku, yang aku jadikan ilmu pengetahuanku iaitu ilmu hidup, aku jadi hidup sebenarnya hidup, dan bisa hidup kerana jalan hidup yang menjadi peganganku sekarang ialah berisikan nikmat; bukan yang dimurkai dan bukan pula sesat. Jalannya kehidupanku sendiri yang kutemui itu yang kepastiannya berasal dari dalam batang-tubuhku, maka untuk mengetahui rahsianya aku pergunakanlah dia untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan memuaskan, dan sangat banyak daya-gunanya yang telah aku ketahui. Pengalaman kuambil jadi guruku. Aku berteori dalam berpraktik, belajar sambil mengajar, menerima dalam memberi, aku jadi murid sewaktu jadi guru. Percubaan-percubaan aku lakukan pada badan sendiri, pada anak-anakku, pada isteriku, pada anak muridku, pada orang lain. Dan semua itu menjadi rahsiaku. Aku yang tadinya dikenal orang sebagai seorang buruh pada perusahaan bangsa asing, belakangan dikenal dengan penilaian masing-masing. Dan bagitulah hidupku sekarang, dengan rahsia diriku. Aku telah lahir untuk kedua kalinya, dan kelahiran yang kedua ini terlahir dengan sendirinya.

Melahirkan Manusia Baru


Gunanya manusia baru dilahirkan ialah untuk merubah corak hidup yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru, dan caranya ialah dengan gaya baru. Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita lahir kembali untuk kedua kalinya, dan dengan daya tenaga baru kita memperbaharui
Diriku Yang Kukenal

34

DR. BAGINDO MUCHTAR

corak masyarakat yang tidak sesuai itu, dan dengannya pula kita bentuk masyarakat baru dengan gaya baru. Pahit-getir dalam kurungan sewaktu terjajah kita telah alami, dari itu makanya kita anti-penjajah dan tidak mahu pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekaan penuh, peri kehidupan yang teratur dan tersusun, dan layak sebagai seorang manusia. Kita tidak akan menjajah melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkan jalan yang benar dan hidup berdampingan; duduk sama rendah, tegak sama tinggi kerana kita berperikemanusiaan dalam erti yang sebenarnya. Dari itu, lahirlah dulu untuk kedua kalinya. Kalau tak bisa dan tak sanggup melahirkan sendiri, minta dilahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahiran baru itu, pergunakanlah kecerdasan dan kearifan. Temui diri sendiri lebih dahulu, perbaiki keadaan diri itu dan pelajari kehidupan sendiri di dalam dan ketahuilah apa itu diri yang sebenarnya supaya kita berpendirian. Lahir yang kedua-kali itu bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si diri menembus alam sendiri dengan memancar, pancaran yang berisi. Pancaran yang berisi itulah yang akan diperhatikan, yang akan kita pelajari kerana isinya mengandung rahsia iaitu rahsia diri.

35

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Tenaga Rohani Dengan Daya Gunanya

Diri yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi aliran kehidupan kepada badan, menurut saluran-saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mengalir seluruh batang tubuh kita yang dinamakan jasmani, dengannya terdirilah pula rohani. Jasmani ialah jasad atau badan, keadaannya nyata (positif). Diri yang memberi daya-hidup mengaliri badan atau jasad, maka dia merupakan gambaran dalam bentuk jasmani yang diberi nama rohani. Keadaannya tidak nyata (negatif). Jadi, adalah pada kita aliran positif dan aliran negatif. Sebenarnya dalam batang-tubuh kita, kalau dipercayai, didapati tiga aliran, iaitu: Pertama : Aliran nyata, Aliran Jasmani. Kedua : Aliran tidak nyata, Aliran Rohani. Ketiga : Aliran di balik tidak nyata, Aliran Diri. Ketiga-tiga aliran tersebut menjadi satu di dalam tubuh kita: Aliran Rohani berada di dalam Aliran Jasmani Aliran Diri berada dalam Aliran Rohani Dan pokok pangkal dari segala pergerakkan ialah: Aliran Diri menghidupkan Aliran Rohani dan
37
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mendatangkan Aliran Jasmani Aliran Jasmani merupakan darah Aliran Rohani merupakan stroom dan Aliran Diri iaitu hidup yang mengisi stroom. Satu tetapi tiga, keadaannya kandung-mengandung, jasmani mengandung rohani dan rohani mengandung diri. Atau dari kasar ke halus dan ke lebih halus (isi). Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Rohani, kita kembali kepada jalan yang telah kita temui iaitu jalannya diri yang telah menembus alam sendiri atau badan sendiri. Dengan telah ditemui aliran diri, dengan sendirinya kita telah menemui pula Aliran Rohani kerana Aliran Diri itu terkandung dalam Aliran Rohani. Dan adalah Aliran Rohani itu jalan bagi Aliran Diri. Dan setelah kita dapat memahami keduanya, maka dapatlah kita membezakan jalan atau stroom dan mana pula yang isi. Dan telah kita temui dan kuasai itu tenaga yang tersembunyi, yang amat banyak mengandung rahsia, iaitu tenaga ghaib (metaenergy), yang letaknya ialah di tangan kita, atau pada kita. Asalnya dari dalam, dan adalah menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya, kerana adalah dia itu serbaguna. Untuk itu, kita harus serbatahu. Ketahuilah dirimu lebih dahulu supaya kamu berpendirian, dan pecahkanlah rahsia dirimu itu. Diri yang berdiri dengan sendirinya ialah suatu kumpulan dari zat serba zat, iaitu suatu zat hidup, kerana berasal dari Yang Hidup lagi Menjaga. Itulah dia anugerah, kurnia Tuhan yang sebenar-benarnya kepada kita untuk hidup. Segala puji dan puja kupersembahkan terhadap-Nya, Allah Tuhan-ku Yang Memerintahkan dan Menjaga seluruh alam. Aku telah menemui itu isi yang serbaguna, kerana aku telah tahu, telah banyak mempergunakannya untuk kebaikanku dan kebaikan orang lain. Aku tak dapat menyatakannya, hanya dapat merasakannya; terasa olehku dan terasa pula oleh orang yang menghubungi aku. Aku mengisi diriku dan aku mengisi orang lain,
Diriku Yang Kukenal

38

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tak habishabisnya. Dia ada padaku dan banyak di luarku. Dan, banyak pula sudah rahsianya aku ketahui, hingga dia yang banyak itu silihberganti mendatangiku, dan tak jarang pula aku menghubunginya. Yang banyak itu tak menyusahkan aku, tidak memberatkanku, kerana aku tahu mendudukkannya pada tempatnya. Dia silihberganti mendatangiku, diriku, dan dia datang dan pergi bagiku. Kenapa bisa begitu? Ya, kerana dengan mengetahuinya pintu telah terbuka bagiku; hijab (tabir) terbuka sudah. Dan itu bintang yang banyak, selain dari mengisi bintangku, bertaburan di sekelilingku, mengisiku ganti-berganti. Dia yang dikasihi telah menjadi kekasihku dan mungkin aku yang mengasihi, yang dikasihi-Nya itu menjadi kekasih-Nya pula. InsyaAllah. Dan banyak lagi yang aku belum ketahui. Aku masih mencari, memohon minta tambah ilmuku. Yang menjadi pertanyaan bagiku sekarang, isi yang telah aku perdapat itu, yang tak dapat dinyatakan akan tetapi dapat dirasakan, bisakah dapat ditangkap oleh alat-alat dari fizikal untuk dipelajari? Aku yakin seyakin-yakinnya, isi yang ada padaku itu tidak akan habishabisnya, kerana sangat banyak di luarku. Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan. Aku ingin cara berfikir manusia berubah menurut yang aku kehendaki, iaitu damai, damai, sekali lagi damai, sebab yang sebenarnya isi ialah perdamaian. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang saya maksud, isi yang mempunyai jalan sendiri iaitu jalan yang berpetunjuk, yang berisikan nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat. Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukan segala sesuatu dengan daya-tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikiranya, yang berasal dari otak; otak yang berasal dari tanah yang tak bisa bebas dari hawa nafsu. Seluruh batang tubuh kita dialiri hidup yang berisi, termasuk otak kita, dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan, kerana dia
39
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

bisa membebaskan diri dari tekanan-tekanan alam sekelilingnya, termasuk hawa nafsu, syaitan, iblis dan lain sebagainya. Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita, dan tunjukkan jalan yang berisi kepada manusia banyak yang sedang mencari jalan yang benar. Sebelum menciptakan perdamaian, damaikanlah diri lebih dahulu. Bebaskanlah diri dari tekanan-tekanan yang menghalangi tujuan kita. Semoga, bekerja dengan isi itu terciptalah damai di dunia ini, kalau memang perdamaian yang akan dituju. Saya sengaja pecahkan tenaga ghaib ini secara ilmiah untuk orang-orang yang meminatinya, dan kepada sesiapa saja yang sanggup dan menemui dan menguasai, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan perantaraan muridku yang cerdas dan banyak pengalaman mempergunakan untuk kebaikkan, sekiranya telah dapat banyak mengetahui akan selok-belok rahsianya. Jalan yang baik dan membaikkan yang akan diturut, jangan jalan yang buruk, yang akibatnya merosak atau menghancurkan. Tanya diri sendiri: Siapa aku? Mahu ke mana? Dan Mahu apa? Dan yang penting, dudukkanlah diri pada tempatnya. Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa yang ada padaku, kuserahkan kepadanya, dan dialah yang jadi aku, oleh kerana aku mahu hidup, dan dialah yang hidup itu. Seluruh kehidupanku diatur dan disusunnya sendiri kerana adalah dia sebaik-baik pengatur dan penyusun. Dialah yang tahu, sebab dia datang dari Yang Maha Tahu. Aku duduk di tempatku dan adalah ilmunya, ilmuku. Rahsia diri terletak pada kita; di luar dan di dalam kerana dia ada di luar dan ada pula di dalam, ada pada kita dan ada pada orang. Orang yang tak tahu di diri tak berpendirian. Dari itu ketahuilah dirimu, dan temuilah dia, dan pelajarilah rahsianya; dengan diri engkau bisa menangkap segala-segalanya. Diri yang lemah akan menjadi mangsa kepada yang kuat. Dari itu perkuat dirimu; perbesar, perkembanglah dia. Diri yang kuat, yang besar
Diriku Yang Kukenal

40

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan sudah berkembang, tak bisa dipengaruhi oleh sesiapa pun. Perkuatkanlah dia dengan jalannya, perbesarkanlah dia dengan jalannya dan kembangkanlah dengan jalannya. Untuk itu temuilah jalan diri itu. Dia kuat lagi besar, kerana berasal dari Yang Maha Kuasa dan Maha Besar. Gunungkanlah itu yang setitik dan lautkanlah itu yang sekepal. Dengan apa menggunungkan yang setitik dan dengan apa melautkan yang sekepal itu? Jawabnya mudah sahaja, iaitu dengan jalannya. Segala sesuatu, selesaikanlah dengan jalannya, dan jalan itu telah kita punyai. Berpegang teguhlah pada jalannya dan jangan bercerai-berai. Adalah jalan itu merupakan mata rantai; kait-berkait, rangkai-berangkai dengan satu sama lain. Putus minta disambung, kusut minta diselesaikan, keruh minta diperjernih. Kusut di hujung benang, kembali ke pangkal benang. Kesemuanya diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan jalannya. Orang yang tak tahu di diri, kehilangan diri. Hidupnya tak bererti dan akan menjadi mangsa yang berdiri. Kita akan diperalatkan kerana dianggap barang mati. Dari itu ketahuilah diri, carilah diri sampai ditemui dan pergunakanlah itu diri supaya kita berpendirian. Dan hiduplah dengan diri. Diri yang dimaksud ialah diri yang sebenarnya diri, bukan diri yang dibuat-buat, diri yang didirikan, melainkan diri asli, diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yang duduk benar, tegak benar, berjalan benar kerana berasal langsung dari Yang Maha Benar, lagi Maha Suci: Diri itu jernih, bersih, suci. Dia hening, tenang, damai. Dia yang tidak ada tetapi ada bersama kita itu ketuhanan, kerana berasal dari Tuhan. Jadi adalah yang telah ada sama kita itu ketuhanan, tetapi bukan Tuhan. Tuhan tetap Tuhan, Esa Tunggal; tidak dua, tidak tiga, apalagi banyak. Ketuhanan ada pada kita, ada pada orang lain
41
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan ada di mana-mana. Kenal-mengenalilah satu sama lain, hubung-menghubungilah kerana tidak kenal maka tidak sayang. Syaitan berdiri, Iblis berdiri dan jinn pun berdiri, akan tetapi dirinya tidak seperti diri kita manusia; sama-sama makhluk dijadikan Tuhan, lain jenis. Mereka itu berasal dari api yang sifatnya merosak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia membawa kita ke neraka kerana dia tidak senang akan kejadian kita. Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada nenek-moyang kita Adam, dia tidak mahu, dia engkar, maka neraka waillun tempatnya ditentukan Tuhan. Ia berkata, Patutkah saya sujud pada orang yang engkau jadikan daripada tanah? Dia (Iblis) meminta dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, guna memusnahkan atau memperdayakan anak-cucu orang itu di belakang hari, kecuali yang sedikit. Dan yang sedikit itu yang tak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui, kata Tuhan. Orang yang tak tahu di diri, kehilangan diri, dan yang berdirikan pada tanah dengan mudah terperdaya oleh syaitan, kerana api itu bisa berdiri dan hidup di atas tanah. Dengan tak disedarinya dia telah menjadi manusia iblis kerana iblis telah bersarang di dalam batang tubuhnya yang berasal di balik asal dari tanah itu. Betapa tidak? Iblis yang tidak nyata itu, bagaimana ia bisa mengetahui kalau ia lupa ke dirinya? Iblis bisa masuk melalui makanan, minuman, sedang tidur dan lain sebagainya, dan lama di dalam menguasai diri dan menutup sampai orang kehilangan dirinya. Intan telah terbenam dalam lumpur. Hanya dengan mengetahui diri, menemui diri dan dengan jalannya diri, segala sesat dan yang menyesatkan itu bisa disapu bersih. Dari itu kenali diri, pelajarilah diri, temuilah diri dan turutlah jalannya diri yang telah ditemui itu. Iblis yang berasal dari
Diriku Yang Kukenal

42

DR. BAGINDO MUCHTAR

api itu akan hancur berantakan kalau kita ketahui diri kita. Dan itulah yang dikatakan, kecuali yang sedikit itu. Yang sedikit ada pada tiap-tiap orang. Dari itu kemukakanlah dia dan pergunakanlah dia. Sedikit tetapi menakutkan, menggemparkan, tak sanggup iblis memperdayainya sebab dia tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan; berdiri dengan sendirinya. Yang sedikit itulah rahsia; rahsia kelebihan bagi yang mengetahui, menemui dan mempergunakannya. Seluruh makhluk akan sujud menyimpuh kepadanya. Ingat akan kejadian kita pada waktu Tuhan akan menyuruh menyembah kepada nenek-moyang kita Adam a.s.. Semuanya sujud, kecuali Iblis. Dia engkar, tak patuh pada Yang Maha Kuasa sedangkan Allah mengetahui yang tak diketahuinya. Dia engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu. Dia berniat akan memusnahkan, akan memperdayakan kita manusia sampai kepada anak cucu-cicit, sampai kepada hari kiamat. Sekarang kita telah mendapat tahu akan rahsia itu yang sedikit, bahkan kita telah menemuinya pula. Apa yang kita takutkan lagi? Kalau kita mahu, kita akan sanggup menghancurkannya. Bahkan, kalau kita ketahui betul, melihat kita sahaja dia sudah lari menyingkir dari kita. Dengannya kita tidak takut kepada siapa sahaja, kecuali Allah. Hanya Allah tempat kita takut. Yang sedikit yang telah kita ketahui, hendaklah dia kita temui dan punyai serta kuasai, sehingga kita bisa mempergunakan daya-gunanya yang banyak mengandungi rahsia itu. Kecerdasan kita menjadikan dia besar, memperkembang dia, menjadikan dia kita, bahkan lebih dari itu kerana dia ada di dalam dan di luar kita. Dia sedikit, kita perbanyak. Dia setitik kita gunungkan, sekepal kita lautkan, sudah banyak kita perbanyak kerana dia ada di langit, ada di bumi dan di mana-mana sahaja. Gali dan pelajari yang sedikit itu sampai dikuasai hendaknya. Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai
43
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

roh. Jawablah, Kata Tuhan, Tiada aku diberitahu tentang itu, kecuali sedikit. Bukankah yang sedikit kata Tuhan kepada Muhammad itu sama dengan yang sedikit yang tak bisa diperdayai oleh syaitan iblis itu? Muhammad Rasulullah diwahyukan Tuhan kepadanya rahsia yang sedikit. Ini kepada manusia Muhammad yang telah diangkat-Nya, dijadikan utusan-Nya. Si iblis tahu yang sedikit itu, sewaktu mula manusia pertama dijadikan Tuhan. Diakuinya bahawa yang sedikit itu tak sanggup dia memperdayainya, memusnahkan, kerana dia kekal dan abadi. Dan iblis tahu kejadian manusia di luar yang sedikit itu berasal dari tanah, dan tidak kekal dan akan hancur kembali ke asalnya iaitu ke tanah. Dari itu makanya mudah dia memperdayakan manusia. Jadi, bagi kita yang sekarang, yang amat penting ialah tahu. Sekali lagi, tahu, dan itulah ilmu. Ketahuilah yang sedikit itu ada padamu dan menjadi tahulah engkau akan keadaannya. Tahulah di diri, tahulah di badan. Kalau tadinya adalah pengertian kita diri itu kepunyaan badan, maka ketahuilah olehmu bahawa badan itu kepunyaan diri. Untuk mengetahui selanjutnya, pisahkanlah dahulu yang mana yang badan dan yang mana yang diri. Berdirilah pada diri, dan jadikanlah badan itu diri sendiri yang penuh mengandungi rahsia dan banyak mengetahui rahsia. Dia buta, dia pekak, dia bisu, dia tak berakal, dia tak bersuara, tetapi dia tahu. Tahu itu yang tak ada pada kita. Dari itu, jadilah orang yang tahu sampai serba tahu. Untuk itu, hendaklah kita ketahui dia, dan hiduplah bersertanya, dan dengan dia. Berbuatlah dengannya walau apa yang dilakukan, dan jangan tinggalkan dia walau di mana kita berada. Keadaannya bersama kita terbatas, tertentu, ditentukan oleh Yang Menentukan. Dan lantaran keadaan kita pula makanya dia berdiri bersama kita, dan itulah diri kita; yang berdiri dengan sendirinya yang tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan yang kekal dan abadi
Diriku Yang Kukenal

44

DR. BAGINDO MUCHTAR

yang tak terpedaya oleh syaitan iblis yang sanggup menguasai keadaan, menguasai masa, anti-peluru, kebal yang sanggup menundukkan musuh bahkan harimau bisa sujud kepadanya. (Bukankah lantaran dia makanya diperintahkan sujud makhluk-makhluk lain termasuk malaikat?) Suaranya mengguntur, katanya berirama, tindakannya menuju kepastian kalau tak dikatakan pasti. Baiknya luar biasa, tetapi bengisnya bukan kepalang. Hati-hatilah kepadanya. Jagalah jangan sampai dia marah, kerana kalau dia marah dia marah benar dan bukan marah-marahan. Orang biasa tak sanggup menghadapinya kerana dia tahu. Dia banyak sudah tahu kerana dia berilmu. Hanya orang yang berilmu bisa menghadapinya, inipun bergantung kepada dalam-dangkalnya ilmu orang itu, tinggi-rendahnya tingkat ilmu orang itu, dan benar-tidaknya dasar ilmu orang itu. Ilmu yang tak benar, mendekatinya pasti hancur, dan akan hancur dengan sendirinya apabila berhadapan dengannya. Apalagi orang mempergunakan apa yang dinamakan ilmu akal untuk menarik keuntungan, untuk diri sendiri. Dia berfirasat. Firasatnya halus dan dalam. Dia mempunyai kesanggupan di segala bidang, ahli di dalam segala hal ehwal, bisa menundukkan lawan dan kawan dan bisa menyesuaikan diri di mana-mana. Dan banyak lagi, masih banyak lagi rahsianya yang patut diketahui. Pokok-pangkal dari luar-biasa itu ialah yang dikatakan yang sedikit oleh Tuhan kepada Muhammad Rasulullah, dan yang tak terpedayakan oleh syaitan iblis itu. Bahkan iblis bisa lenyap dan hancur dibuatnya. Itulah dia hidup yang menghidupkan kita di dalam. Dia mengisi jalannya kehidupan kita, meliputi keseluruhannya, dan ditutup dan dibatas oleh bulu dan kulit kita. Dan bagi kita orang nyata, alirannya itu aliran negatif namanya, tidak nyata, tidak pasti.
45
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Ilmu pengetahuan tak dapat memungkiri akan keadaannya aliran ghaib itu. Aliran ghaib itu kita namakan kerana berasal dari Yang Ghaib dan mengandungi Rahsia Ghaib. Bagi yang ingin mengetahui rahsianya, apalagi untuk menguasainya, adalah menjadi tugasnya, menjadi kewajipannya mencari dan mempelajari aliran hidup itu sampai diketahui dan ditemuinya, dan membawanya dari negatif ke positif, dari tidak pasti kepada kepastian, dan sampai mempunyai itu tenaga ghaib, bahkan bisa sampai menjadi orang ajaib. Dan untuk menjadi orang ajaib, setidak-tidaknya mempunyai tenaga ghaib, orang harus mempelajari kejadian sendiri lebih dahulu. Dapat memahami perbezaan badan dan diri, antara yang hidup dan yang mati, antara yang akan pergi dan yang tinggal, antara yang akan kembali dan yang akan pulang, sebab masing-masing akan pulang dan akan kembali ke asalnya. Untuk mengetahui yang mana badan, semua orang tahu sudah. Akan tetapi, pengetahuan kita mengenai badan itu kita tingkatkan kepada keadaannya yang terdiri dari, kalau kita mahu dari luar dan ambil kesimpulan iaitu bulu, kulit, darah, daging, urat, tulang, otak besar, otak kecil, hati, jantung, limpa, rabu, empedu. Dan adalah letaknya dan duduknya bahagian-bahagian badan itu begitu baik aturan dan susunannya, kerana disusun dan diatur oleh Yang Maha Penyusun dan Maha Pengatur, iaitu Yang Maha Pencipta, Allah. Untuk mempelajari, kita mendapati barang yang sudah jadi, yang sudah ada. Tak perlu kita fikirkan lagi bagaimana pembikinannya. Kita pelajari barang yang sudah ada, ada pada kita dan ada pada orang lain. Yang dikehendaki dalam hal ini ialah kecerdasan dan kearifan, dan berperasaan. Kecerdasan, kearifan dan perasaan, dan pengetahuan lain-lain nanti (buku-buku, kitab-kitab) akan membenarkan akan adanya itu hidup, itu diri, itu yang ghaib di dalam batang tubuh kita, yang mempunyai aliran hidup yang tersendiri, menjalankan jalan yang telah ada, yang berbataskan menurut batas yang telah ada pula, iaitu bulu dan kulit kita.
Diriku Yang Kukenal

46

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dan untuk memastikannya atau membawanya kepada kepastian, maka kita harus membuka pintu baginya, supaya kita dapat mengetahui keadaannya yang sebenar. Membukakan pintu bererti memberi jalan buat dia keluar. Caranya tidak boleh dengan dipaksakan, umpamanya melukakan sedikit anggota badan. Dengan cara begitu kita tidak akan menemuinya kerana dia tidak mahu badannya dirosakkan. Dia sendiri yang berada di dalam sangat ingin sekali hendak keluar, ingin bebas tetapi tidak lepas. Dia sangat berasa tertekan, terkurung, terkongkong, terjajah, terseksa oleh kerana jalan hidup yang salah kita bawakan di luar. Dia tahu tetapi tak berdaya oleh kerana terkurung. Anak Kunci dipegang oleh orang luar. Kita pelajari dia, kita ketahui keadaannya dan kita cari Anak Kunci untuk membukakan pintu baginya. Kalau pintu telah terbuka dan jalan untuk keluar telah ada padanya, tentu dia akan jalan keluar dengan sendirinya, sedangkan yang dinamakan Anak Kunci tetap berada di tangan kita. Dan hidup matinya di luar bergantung kepada kita. Dia akan pergi dan dia akan kembali. Dia pergi, akan tetapi tetap duduk di tempatnya. Setelah pintu terbuka dan dia telah keluar, maka perasaan, kecerdasan dan kearifan kita akan membenarkan dan mengakui akan keadaannya. Perasaan kita yang akan menangkapnya, mengetahuinya dan menentukan yang mana yang dia yang sebenarnya. Setelah terasa dan merasakan jalan keluar-masuknya itu, dapatlah kita membezakan mana yang dia dan mana pula yang kita, mana yang diri dan mana pula yang badan. Dan itulah dia yang sebenarnya Aku yang telah mendapat pengakuan. Aku yang terahsia letaknya dan banyak mengandung rahsia. Aku telah menemuinya dan bertambah kuatlah aku sekarang, kerana dia benar-benar telah menjadi Aku. Dan dia telah lahir, yang dinantikan telah datang, itu yang benar, dibenarkan oleh Yang Maha Benar, dan Akulah itu. Bagi orang baru keluar dari penjara, dari kurungan, dari penderitaan, dari penindasan, setelah pintu terbuka baginya,
47
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

hendaklah dia bertanya: Siapa Aku? Hendak ke mana Aku? Dan mahu apa Aku? Untuk mendapat jawabnya yang tepat ialah Ketahuilah dirimu! Kerana kalau engkau itik, tentu pulang ke selokan (pelimbahan), kalau ayam tentu pulang ke reban. Ketahuilah bahawa tiap-tiap orang, tiap-tiap kita ada itu Anugerah Agung kurnia Tuhan yang terahsia letaknya pada kita itu, dan selain terahsia letaknya pada kita juga, dia banyak mengandung rahsia. Masing-masing kita mengandungnya. Supaya kita puas menjalankan kehidupan, maka lahirkanlah kandungan itu. Dengan kelahirannya maka terbukalah sudah rahsianya. Dia hanya sedikit, tetapi amat besar ertinya bagi kita kerana dia hidup; menghidupkan kita. Dan itulah dia yang sedikit. Roh-Ku, kata Tuhan sewaktu meniupkannya ke dalam batang tubuh nenek-moyang kita, manusia yang pertama. Bagi orang yang telah mengenalnya, Tuhan-kah namanya itu? Tentu tidak, bukan? Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari Tuhan, anak Tuhan-kah namanya? Tentu tidak, bukan? Dari itu, kami yang telah mengenalnya dan telah menjadikan diri kami dia, menamakan yang telah ada bersama kita itu ketuhanan. Sekali lagi, ketuhanan. Orang mengatakan, kenalilah dirimu, kerana siapa mengenal dirinya akan mengenal Tuhan dengan sendirinya. Untuk mengenal diri secara positif, lahirkanlah kandungan masing-masing. Dan setelah tahu di diri yang sebenarnya, akan tahulah kita bahawa kesalahan besar telah kita lakukan dalam membawa jalan kehidupan; suatu pandangan hidup yang salah, kerana yang mati selama ini dianggap hidup, sedangkan yang sebenarnya hidup, tidak dipedulikan. Lahirlah. Lahirlah manusia baru di dunia. Semua orang, semua umat, semua manusia di mana-mana di dunia menunggu kedatangannya, kelahirannya. Insya-Allah. Bagiku, setelah aku menemui jalannya, aku pelajari dia dan isinya, serta rahsianya. Maka tahulah aku akan dia yang
Diriku Yang Kukenal

48

DR. BAGINDO MUCHTAR

sebenarnya. Aku telah menemuinya diriku yang sebenarnya. Dan dengannya, pada jalannya, aku menemui Tuhan Yang Sebenarnya, Yang Maha Esa, Tuhan-ku, tiada yang lain daripada-Nya melainkan Allah. Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan Dia Yang Maha Besar itu, tak dapatlah aku menceritakannya kerana perjalananku dengannya, diriku yang berasal dari Sana ialah dari; Ada ke tiada Tiada ke tidak ada Di tidak ada itu, aku tak dapat mengatakannya lagi, kerana segala apa yang ada padaku sudah tak ada lagi. Jadi, apa yang akan aku katakan? Dan dalam perjalanan kembali dari: Tidak ada kepada tiada Tiada kepada ada. Pengalaman perjalanan yang berulang-ulang, memberi keyakinan dan kepastian di saat-saat itu aku sudah di Sana, dan di Sana pulalah aku dalam tidak ada itu, timbul menjadi ada guna untuk mengadakan pengakuan dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali. Dan itulah aku sekarang, yang tadinya dilahirkan, telah melahirkan pula. Dilahirkan aku sebagai seorang manusia, dan aku melahirkan kandunganku yang penuh rahsia. Aku dudukkan diriku di tempatnya. Dudukku duduk menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaian segala sesuatu yang mendatangiku itu kuselesaikan dengan ilmuku yang terahsia itu. Dan kesimpulan penyelesaiannya ialah tahu mendudukkannya pula pada tempatnya. Dan adalah aku hidup sebagai seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan, dalam perjalanan kerana perjalananku belum sampai di batasnya. Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahir yang bisa dilihat orang, dan perjalanan yang tidak bisa diketahui dan dilihat orang iaitu perjalanan dengan memegang rahsia yang
49
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

sedikit: Dia mengetahui yang tak diketahui orang Pahlawanku bukan, pujanggaku pun bukan Hanya musafir kelana Cacat tubuh beta, letih tak berdaya Tetapi tetap bekerja Semoga sumbangsihku Menambah sari ilmu Harum taman pertiwi ibu Hidup ialah mempunyai alam sendiri. Dia memberi kehidupan kepada yang ada. Yang diberikannya ialah isi. Alirannya hidup, ertinya tidak mati. Kebanyakan orang tak pandai membawakan hidup kerana membawakan kehidupan sendiri tanpa ada pengertian hidup. Apa erti hidup yang sebenarnya? Dan di manakah letaknya hidup itu? Pada kesengsaraankah? Pada sukakah? Pada dukakah? Pada hartakah? Pada wang atau pada pangkatkah? Letaknya bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada sengsara, pada suka, pada duka, pada wang, pada pangkat dan lain sebagainya. Kesemuanya itu adalah akibat dari perjalanan hidup yang telah, sedang dan yang akan kita lalui. Kambing, sapi atau kerbau tidak kaya, bahkan tidak punya apa-apa, juga hidup. Anjing juga hidup. Bezanya dia binatang, kita manusia. Sebelum kita dapat mengerti apa itu hidup yang sebenarnya, hendaklah diketahui lebih dahulu bahawa hidup itu ada di diri kita, dan diri itu ada di dalam batang-tubuh kita. Dan dia mengisi kehidupan kita. Di waktu kita menjalankan kehidupan kita di luar, untuk memenuhi keperluan lahir, adakah dia kita bawa serta? Tentu orang akan mengatakan ada kerana dia telah berada bersama kita. Aku akan mengatakan tidak kerana sungguhpun ke mana saudara pergi dia ada sama saudara, tetapi untuk melancarkan usaha saudara dia tidak saudara bawa serta dengan erti yang sebenarbenarnya. Pembawaan saudara itu, walaupun dia ada tetapi tidak ikut berjasa pada usaha saudara di luar, hanya di dalam saja. Jadi
Diriku Yang Kukenal

50

DR. BAGINDO MUCHTAR

adalah untuk usaha saudara di segala bidang keadaannya pasif, tidak aktif. Dan mengaktifkannya, perlu dia selain diketahui keadaannya, juga kita harus mengerti caranya dan kita usahakan supaya dia, selain mengisi kehidupan kita di dalam, juga mengisi kehidupan kita di luar. Beruntunglah orang yang dapat mengetahui, menemui dan mengerti cara dan keadaannya: Tiadakah mereka memikirkan apa yang di dalam dirinya sendiri?
( Surat ar-Ruum ayat 8)

Ada apa di dalam diri kita itu? Kita telah menemui diri kita, dan telah mengetahuinya pula. Dan sudahkah kita mengetahui, terdiri dari apa itu diri dan ada apa di dalamnya? Untuk ini, hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya itu diri yang telah kita temui. Semenjak kita telah menemui itu diri, bererti dia telah ada. Keadaannya bersama kita. Kita pelajari dia untuk mengetahui dan mendapat isinya. Kita menemuinya setelah kita mendapat jejaknya, iaitu jalannya. Jalannya itu berisi kerana dia mengisi kehidupan kita di dalam jalannya. Adalah keadaannya tak ubah sebagai butir-butir darah melalui pembuluh darah. Hanya beza keadaannya berlainan satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata. Dan adalah yang dinamakan diri itu kumpulan dari isi-isi atau butir-butir hidup yang berasal dari hidup yang didatangkan oleh Yang Maha Esa. Dia hidup lagi menjaga. Dan adalah kandungan diri itu zat serba zat. Zat tersebut mengisi dan mengaliri jalannya kehidupan di dalam, dan seluruh alirannya menimbulkan rohani yang berupakan gambaran dari jasmani. Dapat diketahui bahawa pada kita ada dua tenaga hidup; iaitu pertama lahir, dan kedua tenaga batin atau tenaga ghaib. Tenaga lahir berasal dari tenaga hidup yang dihidupkan yang menjadi tenaga jasmani, iaitu datangnya dari zat makanan yang kita makan
51
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan minum, umpamanya nasi, buah-buahan, daging dan sebagainya. Tenaga batin berasal dari tenaga hidup yang sebenarnya hidup, yang ada di dalam dan di luar batang tubuh kita. Keadaannya di dalam batang tubuh kita yang menjadi pokok kehidupan kita seumpama setitis air embun di daun talas atau daun keladi, hening jernih tetapi tidak lekat pada daun. Untuk kebahagiaan hidup kita, hendaklah kita hidupkan yang hidup itu, seperti kata pepatah, Yang setitis digunungkan. Perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu menghasilkan sekepal, dan untuk kehidupan selanjutnya, hendaklah yang sekepal itu kita lautan kerana di luar kita akan mengharungi lautan hidup. Dalam ilmu kejiwaan, perbuatan kita menggunungkan yang setitis itu bererti membesar jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui, beralun dan bergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku, berlurah dan berbukit, berduri, dan di balik itulah yang dinamakan bahagia. Untuk itu kita harus pandai membawakan hidup, pandai membawakan diri dengan pengertian yang dalam. Kita mesti kenal betul lebih dahulu yang mana itu hidup dan yang mana itu diri. Hidup itu letaknya pada ketenangan, pada ketabahan yang keluarnya menyatakan kebesaran jiwa, bukan sombong, bukan takbur dan pula bukan angkuh. Dari itu ketahuilah diri, dan tahulah pula harga diri. Orang yang tahu harga dirinya, tak akan menjual diri.

Diriku Yang Kukenal

52

DR. BAGINDO MUCHTAR

KISAH KERBAU DENGAN PEDATI

Orang tua-tua kita dahulu, tatkala belum kenal akan mesin, memakai kerbau dan pedati sebagai alat perhubungan untuk membawa barang dagangannya dari satu kota ke satu kota, dari kalangan ke kalangan (pasar), dari dusun ke kota atau dari dusun ke pelabuhan. Perjalanan itu kadang-kadang memakan waktu berharihari, melalui jalan yang berliku-liku, menurun dan mendaki, dan berjalan siang-malam. Pedati yang ditarik kerbau itu sarat bermuat barang dagangan, berisikan hasil bumi untuk diperjual-belikan atau ditukarkan. Pada suatu kali dalam perjalanan, kerbau yang menarik pedati itu, setelah berkali-kali mendaki dan menurun, pada pendakian yang menanjak (curam) dengan ayun langkah yang guntai sambil air ludah berbuih-buih di mulut, melihat ke kiri dan ke kanan, seolah-olah dia bertanya kepada pedati. Apa pertanyaan itu? Yang ditanyakannya ialah, Jauhkah lagi perhentian? Dan apa pula jawab pedati? Wahai kawan, engkau salah duga, salah anggapan, kerana kepada aku engkau hadapkan pertanyaan itu. Ketahuilah olehmu, bahawa adalah aku benda mati. Sungguhpun mempunyai kaki, dan kakiku tidak sebanyak kakimu,
53
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

kaki engkau empat dan kakiku dua, akan tetapi kalau tidak kerana engkau, aku tak berjalan, dan tak bisa berjalan. Aku tak bisa jalan sendiri. Bukankah engkau yang menarik makanya aku sampai ke mari? Engkau masih baik nasibmu, kerana nanti kalau sudah sampai di perhentian, aku engkau tinggalkan begitu sahaja. Dan engkau diberi makan minum, bahkan kadang-kadang dimandikan dan digosok. Persiapan-persiapan untuk makan sentiasa diadakan. Aku, sesampainya di perhentian, ditinggalkan begitu saja. Aku mengandung beban, bawaan, akan tetapi dipikulkan pada pundakmu, dan engkaulah yang menarikku. Kalau engkau hendak bertanyakan juga tentang itu perhentian, tanyakanlah pada orang yang duduk dibelakangmu. Mungkin dia tahu. Sang kerbau mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang duduk di belakangnya itu. Belum sempat dia melihat orangnya yang ditunjuk itu, tahu-tahu dia dengar suara yang bererti terus jalan. Dia hanya sempat waktu itu, melihat api sebesar api rokok membayang di belakangnya. Dan dia berjalan terus, menarik beban yang terpikul di pundaknya. Adapun api yang nampak sekilas oleh kerbau itu ialah api rokok tukang pedati, yang waktu itu dalam malam gelap-gelita, merokok sambil duduk di tempatnya, dan pakaiannya serba hitam sampai ke destarnya (kain ikat kepala). Itulah dia tiga jenis; jalan bersama untuk satu arah dan tujuan. Kerbau bergerak dengan kakinya empat, pedati dengan rodanya yang dua, dan si tukang pedati berjalan dengan duduk di tempatnya. Ketiga-tiganya menuju ke tempat perhentian, dan konon khabarnya di tempat perhentian itu mereka berpisah satu sama lain; si kerbau tinggal di kandangnya, pedati tinggal terletak sebagai pedati, dan si tukang pedati balik ke rumahnya. Dan begitulah pula kisah kerbau dan pedati itu dari dahulu sampai sekarang, selagi dia masih dipakai sebagai alat pengangkutan. Semoga menjadi buah renungan bagi kita bersama, akan duduknya tiga jenis yang sejalan itu. Aku yang berdiri dengan sendirinya itu mempunyai alam
Diriku Yang Kukenal

54

DR. BAGINDO MUCHTAR

sendiri pula. Alamnya ialah apa yang di sekelilingnya iaitu yang dinamakan badan. Kita yang terdiri dari badan dan diri, keluar mempunyai alam pula iaitu alam bersama, alam besar, alam semesta. Jadi adalah kita manusia terkandung dalam alam yang besar, dan pada kita sendiri terdapat pula beberapa alam iaitu alam jasmani, alam rohani dan alam diri. Diri, rohani dan jasmani keluarnya (yang nyata) jadi manusia (lengkap) hidup. Dan berjalanlah manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan tidak mempelajari jalannya kehidupan di dalam lebih dahulu. Adalah ini suatu kekeliruan besar dalam pandangan hidup kita yang sudah-sudah, dan oleh kerana itulah pula makanya bermacam-macam caranya kita manusia membawakan jalan kehidupan kita di luar, dan corak hidup yang kita perdapat sangat bergantung pada jalan pemikiran masing-masing, dengan tidak pula mengetahui selok-beloknya isi kepala kita yang banyak talitemalinya (alat penghubung) antara yang satu dengan yang lain. Coraknya masyarakat sangat bergantung kepada jalannya alam pemikiran masyarakat itu, dan hasilnya tidak semua orang dapat mengecap nikmat hidup yang dicita-citakan, bahkan kenyataan si kuat memakan yang lemah, si bodoh menjadi mangsa si pintar dan si tidak punya menjadi korban yang punya, dan lain sebagainya. Kalau tidak diperalat, tentu memperalat. Undang-undang tinggal di atas kertas; yang tak bersalah menjadi bersalah, manusia menghisap manusia, bangsa menghisap bangsa. Corak hidup semacam ini sudah tua umurnya, sudah usang, sudah lapuk dan sudah patut ditinggalkan dengan menimbulkan cara berfikir baru, dengan melahirkan alat baru atau bahan baru, tenaga baru. Supaya tercipta dunia baru, kita harus melahirkan manusia baru. Untuk memperbaharui keseluruhannya itu, kita harus pelajari jalannya alam pemikiran yang sudah-sudah, alat dan bahannya yang dipergunakan, untuk jadi pengalaman supaya kesalahan yang sudah-sudah bisa diperdapat. Dan kelemahan atau kekurangan harus dicari sampai dapat, dan perubahan-perubahan kalau perlu
55
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

harus diadakan. Alat-alat yang telah ada pada kita, selain tak dapat, juga tak boleh membuangnya. Kesemuanya yang telah ada sangat berguna untuk kebaikan, keindahan, dan keelokan badan diri kita. Untuk memenuhi keperluan hidup, kita harus berjuang dengan gigih dan tabah, dan buat itu kita harus mempergunakan tenaga, iaitu tenaga lahir yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan. Pada kita ada tenaga lahir dan ada pula tenaga batin. Tenaga lahir ialah tenaga yang berasal dari zat-zat bahan makanan yang kita makan, yang mana dari dalam mengisi aliran dari jalannya kehidupan kita. Tenaga batin ialah tenaga yang tersembunyi, yang selama ini belum pernah kita ketahui dan kita kuasai, apalagi mempergunakannya. Apa itu tenaga batin? Dari mana asalnya? Dan bagaimana cara mendapatkannya? Setidak-tidaknya merasakannya? Tenaga batin ialah tenaga rohani yang berasal dari suatu tenaga hidup yang tidak mati, melalui jalannya tenaga jasmani. Perpaduan tenaga hidup dan tenaga jasmani mendatangkan tenaga rohani. Isi tenaga jasmani ialah tenaga hidup yang akan mati, berasal dari benda, sedangkan tenaga rohani berisi tenaga hidup yang tidak mati, berasal dari Yang Hidup. Kalau itu hidup telah meninggalkan kita, maka matilah kita namanya. Umumnya orang menganggap adalah kehidupan di dalam itu tidak begitu penting untuk diketahui, kerana semua orang tahu bahawa di dalam batang-tubuh kita ada roh. Selagi dia masih ada bersama kita, kita akan hidup terus. Mereka terlampau banyak melihat dan memikirkan ke luar, dan terlalu sedikit ke dalam: Tiadakah mereka memikirkan apa yang dalam diri mereka sendiri?
(Al-Quran Surat Ar Ruum Ayat 8)

Kelemahan dan kekurangan letaknya ialah pada badan diri kita. Kemahuan, keinginan dan kehendak sangat banyak. Nafsu
Diriku Yang Kukenal

56

DR. BAGINDO MUCHTAR

kuat, akan tetapi daya (tenaga) lemah. Jadi yang kurang pada kita ialah tenaga (energy). Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang diidam-idamkan. Dan kesalahan letaknya pada kita sendiri kerana tak mahu menyelidiki dan mempelajari keadaan kita sendiri. Mempelajari keadaan sendiri bererti mempelajari apa yang ada pada kita. Tidak sia-sia Tuhan Mencipta kita. Dijadikannya kita dalam keadaan cukup, akan tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhan yang salah, melainkan kita yang bodoh. Diberinya kita modal untuk hidup, adakah kita pergunakan modal itu? Di mana letaknya modal itu? Modal tersebut letaknya pada kita terahsia. Rahsia itu yang akan kita pecah kalau mahu hidup dengan erti yang sebenarnya hidup. Bagi kita, adalah modal itu mempunyai tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga ghaib. Tenaga ghaib yang berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang sesat. Bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat? Asalnya dari modal yang diberikan-Nya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dari Dia langsung. Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lain sebagainya dengan tenaga lahir. Tempoh-tempoh di luar kemampuan kita, kita paksakan juga sedangkan perjuangan hidup kita di luar, selain dengan yang lahir, juga dengan yang batin. Segala-galanya telah diatur oleh Yang Maha Pengatur iaitu Yang Maha Ghaib. Bahkan yang musuh besar kita di bidang kehidupan ialah yang tidak nampak? Bukankah hawa nafsu, syaitan, iblis itu tidak nyata dan memohon kepada Tuhan meminta dihidupkan sampai hari kiamat untuk memperdayakan kita manusia ini? Pada perjuangan hidup sehari-hari, lebih banyak kita merasakan batin daripada yang lahir. Jadi adalah untuk kebahagiaan hidup kita, selain kita mempergunakan tenaga lahir, mestinya juga tenaga batin. Daya tenaga itu telah ada bersama kita semenjak kita diadakan, akan tetapi tak pernah dipergunakan lantaran tidak tahu. Tenaga ghaib yang ada pada kita itu mengaliri
57
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

seluruh batang-tubuh kita di dalam, yang merupakan tenaga yang tersembunyi bagi kita. Dan dialah yang datang dari yang sedikit, yang dikatakan iblis dikecualikannya, kerana si iblis tak sanggup memperdayakannya, dan itulah pula dia yang berasal dari yang sedikit, kata Muhammad Rasulullah kepada mereka sewaktu mereka bertanya kepada beliau tentang Roh. Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai Roh. Jawablah, tiada aku diberitahu oleh Tuhan-ku tentang itu, kecuali hanya sedikit. Tenaga yang tersembunyi itu ialah tenaga ghaib yang dikurniakan Tuhan langsung kepada kita yang mula pertama sekali kepada nenek-moyang kita, Adam a.s., dengan Firman-Nya, Aku tiup Roh-Ku! yang kita warisi turun temurun. Dia memberi hak hidup kepada kita; kehidupan yang terbatas dan batasnya pada kita ialah bulu dan kulit, dan hak mati ada pada Yang Memberi iaitu Tuhan. Bila Yang Punya datang menjemput, maka gugurlah hak yang memakainya. Keadaannya tidak bererti lagi, kerana telah mati. Letaknya bagi kita di dalam, dan tenaganya bagi kita tersembunyi. Tenaganya amat dahsyat kerana bukankah itu Kudrattullah? Untuk kelanjutan kehidupan kita di luar, untuk mengharungi lautan hidup, mahu tak mahu guna mencapai tujuan kita sepenuhnya, kita harus dapat menguasai dan mempunyai itu tenaga ghaib, itu Kudratullah, kerana lautan hidup yang akan kita lalui bergelombang dan beralun, berbukit dan berlurah, berduri dan berbatu dan sangat banyak lekuk-likunya. Hanya dengan diikut sertakan itu tenaga ghaib, segala halangan dan rintangan bisa tertimbus dan teratasi kerana seluruh kejadian yang dijadikan, seluruh keadaan yang diadakan, seluruh isi alam semesta ialah ciptaan Yang Maha Ghaib, Yang Maha Esa iaitu Allah. Itu tenaga ada di dirimu, bukan di badanmu. Dari itu pelajarilah dirimu. Temuilah dia dan pergunakanlah tenaganya yang banyak mengandung rahsia itu. Rahsia Ghaib padanya, letaknya.
Diriku Yang Kukenal

58

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dia ada padamu dan banyak di luar. Alam di luarmu beranekaragam, berwarna-warni. Pelajarilah pula keadaan alammu sendiri iaitu badanmu. Langit bagimu ialah kepalamu, bumi bagimu ialah perutmu dan hidupmu ialah antara bumi dan langit. Kaki, tanganmu adalah untuk menyampaikan maksudmu. Orang padamu ialah badanmu, dan untuk itu pergunakanlah otakmu. Engkau berpijak di bumi Tuhan, tempat jasadmu dikembalikan nanti. Hidupmu di bawah lindungan Tuhan; tempatmu kembali ke asal. Bagimu adalah kenyataannya. Satu kembali ke bawah iaitu ke tanah, satu kembali ke atas iaitu kepada Allah. Sama-sama kembali atau dikembalikan ke asal. Dua kejadian menjadi satu sama kita; satu nyata satu tersembunyi. Kedua-duanya mempunyai tenaga. Yang manakah pegangan kita yang benar? Yang akan pulang ke atas atau yang akan kembali ke bawah? Kalau kita perhatikan akan pembawaan hidup kita di luar pada masa yang sudah-sudah, dengan tak malu-malu kita akan mengatakan bahawa pegangan hidup yang telah kita bawakan ialah ke bawah, padahal yang benar ialah yang ke atas. Sebagai seorang manusia, tidaklah bisa bahagia pula kehidupan yang akan kita rasakan kalau kehidupan kita sematamata kita pergantungkan kepada yang akan pulang ke atas kerana dia selalu benar dan terlampau benar, lagi benar sekali. Dengannya sahaja kita tidak akan mengecap nikmat hidup di dunia, kerana alam fikiran kita selalu dibawanya kepada Yang Maha Benar. Sebaiknya dan seharusnya, kita mesti dapat mempergunakan kedua-duanya sejalan, dan jalan yang ke atas menjadi pegangan kita sebagai pedoman. Untuk mencapai dan mendapat akhirat, jangan tinggalkan dunia dan untuk dunia jangan tinggalkan akhirat. Tujuan hidup hendaklah bahagia dunia dan akhirat. Dan untuk mencapai tujuan itu, kita harus berjalan, iaitu menjalani kehidupan kita pada jalannya. Adakah, atau sudahkah kita selama ini berjalan pada jalannya? Keretapi berjalan pada jalannya. Dan mana jalan kita yang
59
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

akan kita jalani? Orang naik keretapi menumpang pada jalannya. Naik mobil menumpang pada jalannya. Lantaran jalan menumpang itulah makanya jalan kita tidak tetap. Kita boleh menumpang lantaran mahu cepat sampai pada tujuan kita, dan untuk itu kita membayar. Akan tetapi, walaupun kita menumpang apa sahaja, biarlah yang kita tumpangi itu berjalan pada jalannya, dan kita akan mempergunakan jalan kita sendiri iaitu jalan kehidupan kita. Adakah orang memperhatikan keadaannya sendiri? Dia menumpang (tinggal) dalam sebuah rumah, dan dalam rumah yang ditumpanginya itu dia pergunakan rumahnya sendiri untuk hidup, bukankah begitu? Rumah yang ditumpanginya, yang didiaminya, berlainan dengan rumah yang dipergunakannya sendiri untuk hidup atau dalam menjalankan kehidupan. Dan adalah jalanmu itu letaknya padamu sendiri, di dirimu. Carilah itu jalan. Temuilah itu jalan dan pergunakanlah jalanmu itu; itu jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari Yang Maha Benar. Jalan yang berisi dan memberi nikmat pada orangorang yang memakainya, yang tidak dimurkai-Nya dan tiada pula sesat. Dari itu galilah dirimu dan adalah dia itu mempunyai jalannya sendiri, dan keluarlah dengan jalan itu. Itulah jalanmu yang sebenarnya. Pada jalanmu itu engkau akan menemui nikmat, dan hasilnya ialah untukmu, badan dirimu, keluargamu, kaummu, bangsamu, negaramu, duniamu dan akhiratmu. Adalah kehidupan itu telah berjalan semenjak dari dalam, dan untuk keluar adalah tugasmu membawanya berjalan, dan untuk itu hendaklah engkau temui jalan itu lebih dahulu, dan dapat menguasainya. Dari itu pelajarilah dirimu sejak dari dalam. Secara garis besarnya, adalah jalan kehidupan kita itu hanya dua; satu ke atas satu ke bawah. Jalan ke atas tujuan terakhir ialah menemui Tuhan kembali dan jalan ke bawah tujuan terakhir ialah kembali ke asal iaitu ke tanah. Untuk itu kita menempuh jalan yang berlikuliku, dan likunya hanya dua; iaitu ke kiri dan ke kanan. Ketentuan ini adalah ketentuan dari Yang Menjadikan segala kejadian, dan
Diriku Yang Kukenal

60

DR. BAGINDO MUCHTAR

semuanya akan kembali kepada-Nya. Mulailah kehidupanmu sejak dari dalam batang-tubuhmu dan keluarlah pada jalannya untuk kelancaran kehidupanmu sampai saat terakhir. Kesalahanmu selama ini menjalankan kehidupan atau menempuh lautan hidup atau memulai hidup di luar dengan tidak ada pegangan yang jadi penunjuk jalan bagimu atau tidak ada jalanmu sendiri. Jalan yang sudah engkau pergunakan ialah jalan fikiranmu sendiri yang tidak bisa dijadikan jadi pedoman, kerana banyak simpang-siur dan sangat diragukan kebenarannya. Pergunakan otakmu, sesudah itu baru alam fikiranmu. Kalau engkau bertolak dari alam fikiranmu, sama juga keadaannya dengan perahumu yang sudah berada di permukaan laut, sedangkan engkau tidak mengetahui perahu itu tadinya berada di daratan, sedangkan lautan beralun dan bergelombang dan sewaktu-waktu badai taufan bisa datang dengan tak peduli siang dan malam. Bila itu jalan telah engkau temui, berjalanlah engkau dengannya dan oleh kerana dia hidup, lancarkanlah kehidupan pada jalannya. Itulah dia, jalan dirimu semenjak dari dalam yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Jalannya yang keluar itu yang dapat memecahkan rahsia diri kerana dia telah menembus alam sendiri iaitu badan kita. Dia mengandung daya seribu daya, zat serba zat yang dapat kita tangkap dengan rasa, iaitu rasa Perasaan kita. Jalannya yang dapat betul kita merasakannya ialah yang melalui hujung kuku kita, jari-jari kita yang sepuluh; lima kiri dan lima kanan. Dan padanyalah letaknya rahsia hidupmu di dalam. Lancarkanlah kehidupanmu di luar dengannya, dan berjalanlah bersertanya. Jalannya berisi, isinya ialah nikmat hidup, memberi dan menerima. Dia akan merupakan pecahan titik-titik dan berasal dari satu titik yang terahsia letaknya di dalam batang-tubuh kita. Dan memang dari titiklah kejadian sesuatu yang dijadikan. Titik menghasilkan titik, dan kumpulan dari titik menghasilkan rupa atau bentuk. Dan begitulah kejadian kita di dalam dan begitu pula di
61
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

luar. Yang setitik akan menggunung kalau kita gunungkan, akan melaut kalau kita lautkan. Sebaliknya, yang melaut kalau kita surutkan akan menjadi gunung, dan yang menggunung kalau kita surutkan akan kembali menjadi titik; titik kehidupan kita yang di dalam, yang membawa ketenangan dan kedamaian, yang bererti juga kembali ke pangkalan. Ayam yang semenjak dari pagi dilepas dari kandang untuk mengais mencari makan, pada petangnya kembali untuk istirehat. Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya ialah tenang kerana dia itu berasal dari Yang Sangat Tenang dan Damai. Dari ketenangan dan kedamaian itulah memancar cahaya hidup, mengaliri dan mengisi jalan kehidupan kita semenjak dari dalam sampai keluar. Dan cahaya itulah menunjukkan warna hidup keluar kerana bukankah dunia nyata yang kita diami ini penuh tata warnawarni? Emas yang 24 karat, tahan banting dan tahan uji itu pertahankanlah jangan sampai menjadi tembaga atau loyang yang sangat rendah nilainya. Kalau jalan telah kita temui, maka kita harus perhatikan dan pelajari akan isi dari jalan itu iaitu jalan yang memberi nikmat, Nikmatullah; nikmat Tuhan yang diidamidamkan oleh setiap manusia yang bertuhan, nikmat yang mengandung bahagia, nikmat yang mengandung kebaikan dan membaikkan. Pada Tuhan ada syurga dan neraka, iaitu ketentuan yang terakhir dari kehidupan kita, dan pada-Nya hanya satu jalan iaitu jalan lurus. Alif-lah yang lurus. Pada kita manusia ada dua jalan iaitu jalan hidup dan jalan mati. Tujuan satu iaitu kembali kepada Tuhan untuk menerima ketentuan dari-Nya, tempat yang terakhir. Pada Tuhan ada malaikat-malaikat yang mempunyai tugas tertentu terhadap segala yang dijadikan-Nya, sebagai kakitanganNya. Pada kita ada kaki, tangan untuk menyampaikan tujuan dan maksud kita.
Diriku Yang Kukenal

62

DR. BAGINDO MUCHTAR

Pada Tuhan ada bumi mengandungi bermacam-macam rahsia seperti emas, perak, minyak-tanah, batu-arang dan lain sebagainya. Pada kita ada perut untuk menampung segala apa yang kita makan dan minum. Pada Tuhan ada langit yang mengandungi segala rahsia pula seperti bulan, bintang, matahari dan lain sebagainya. Pada kita ada kepala yang berisikan otak besar dan otak kecil, urat-urat saraf dan lain sebagainya. Dan di tempatkan-Nya makhluk-makhluk hidup di atas bumi, di bawah langit. Dan letak hidup pada kita pada bahagian atas perut dan bawah kepala iaitu di dada yang mengandungi rahsia pula. Langit mengandung, bumi mengandung, kita mengandung, kesemuanya terkandung dalam rahsia. Rahsia diri, rahsia bumi, rahsia langit, terkandung dalam Rahsia Tuhan. Kandungan langit, kandungan bumi teruntuk bagi orang yang tahu. Mencari Rahsia hendaklah dengan rahsia pula. Pada Tuhan hanya satu jalan iaitu jalan-Nya, Jalan Allah. Pada-Nya ada syurga ada neraka. Pada syurga ada jalan dan neraka ada pula jalan. Jadi pada kita ada dua jalan iaitu jalan ke syurga dan jalan ke neraka, jalan yang baik dan jalan yang buruk atau jalan kanan dan jalan kiri. Tiada orang yang mahu ke neraka, begitu juga tidak ada yang mahu buruk. Semua orang mahu senang, mahu ke syurga. Akan tetapi kenapa orang mesti masuk neraka? Oleh kerana menjalankan kehidupan buruk, tentu! Bukankah syurga tempatnya orang berbuat baik dan neraka tempat orang yang berbuat buruk? Dilahirkan kita di dunia ini untuk menjalankan kehidupan menjelang hari akhir. Sebelum kita dilahirkan, di mana kita berada? Di perut bonda? Di mana tempatnya? Di rahim bonda. Sebelum bonda kahwin dengan bapa kita, di mana kita berada? Belum ada, ya. Memang kita di zahir belum ada, akan tetapi di batin kita telah ada. Di mana? Bersama-Nya terkandung dalam Rahsia-Nya,
63
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Rahsia Maha Ghaib iaitu Allah. Dan itulah dia, aku kini. Aku dilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapaku. Di zahir aku keluar dari rahim ibuku, di batin Aku datang dari Rahim Tuhan-ku. Tuhan-ku bersifat Rahman dan Rahim. Aku terkandung di dalam-Nya. Sekarang Aku dikandung oleh badanku sendiri. Semenjak Aku dilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapaku, maka putuslah hubunganku langsung dengan Tuhan-ku dan dengan ibuku. Sewaktu dalam rahim, Aku tak pernah mengeluh, tak pernah berasa susah, kerana hubunganku tak putus atau belum diputuskan. Alam sekelilingku yang menyebabkan aku ingat kepada yang menjadikan aku, kepada ibu bapaku, kepada Allah, Tuhan-ku. Aku bertuhan seperti orang ramai bertuhan. Akan tetapi, perasaan ketuhananku tak puas sebelum aku dapat menemui-Nya. Dari itu, maka dalam sejarah hidupku yang sudah-sudah (aku seorang pendiam, tidak banyak tingkah, suka mengalah), pengalamanku, perasaan suka-duka yang menyebabkan timbul hasrat yang besar untuk mencari Tuhan-ku, Allah. Aku mengembara dan mengembara. Sangat banyak aku perdapat pelajaran dalam pengembaraanku tanda-tanda kebesaran-Nya, keadaan-Nya, pemurah-Nya, kasih sayang-Nya, akan tetapi yang Dia belum aku temui. Segala perbuatanku (tindak-lakuku) kujadikan amalanku dan aku belum juga menemui-Nya, Tuhan-ku. Bapak Almarhum Dr. R. Paryana Surjadipura dalam buku Alam Fikiran memberitahu kepadaku, bahawa untuk meningkat kepada tingkatan yang lebih tinggi dan dalam, hendaklah kita beramal. Dan adalah amalan itu terbahagi dua; pertama, amalan berserta hawa nafsu; dan kedua yang dinamakan amalan soleh. Aku sedar akan kekeliruanku. Aku telah memakaikan jalan keduaduanya, padahal jalan untuk itu hanya satu. Aku tinggalkan jalan yang pertama, dan aku pergunakan jalan yang kedua iaitu amalan soleh. Bahagia membayang di hadapanku. Apa yang aku lakukan mendatangkan kepuasan bagiku dan aku
Diriku Yang Kukenal

64

DR. BAGINDO MUCHTAR

mendapat ketenangan dan kedamaian dalam perasaanku. Bersamaan dengan pemisahanku pada perbuatan amalanku itu, aku dapat tahu telah terjadi pemisahan pada badanku sendiri, dan tahulah aku sekarang yang mana diriku yang sebenarnya. Aku berpegang selama ini pada barang yang mati, sedangkan yang hidup tak aku pedulikan. Sekarang peganganku yang hidup, dan seterusnya hidup kekal dan abadi, dan yang amat menggembirakan aku benar; aku telah menemui diriku. Padanya letaknya kebenaran, ketenangan, kedamaian yang tak pernah aku perdapat selama ini. Dan tahulah aku akan kesalahanku dalam pandangan hidup selama ini. Aku pelajari akan kesalahan dalam pandangan hidup selama ini. Aku pelajari diriku yang telah aku temui itu, dan banyak sudah rahsianya yang telah aku ketahui. Dan dalam segala hal tindaktandukku, amal perbuatanku, dirikulah yang aku kemukakan. Dan dengannya pula, dalam keadaan tidak ada aku menemui Tuhan-ku. Dan sebahagian dari Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku. Padanya, bersertanya, aku yang telah mendapat ketenangan itu telah menjadi bertambah tenang kerana di hadirat-Nya, aku sudah tak ada lagi; tak ada yang ada, tak ada angin, tak ada ribut. Dan yang ada hanya Dia Tuhan-ku, dan aku hilang dalam keadaan-Nya. Dan begitulah aku pada waktu itu, dan sewaktu-waktu, di kala aku datang menghadap-Nya. Aku telah pergi sebelum dipanggil, sudah tiada sebelum ditiadakan, sudah datang sebelum sampai. Aku telah kembali dari Sana. Tahulah sudah aku, siapa aku sebenarnya. Dan sekarang hendak ke mana aku? Mahu apa aku? Aku hendak menemui orang tuaku, lebih dahulu ibu bapaku, hendak melakukan sembah sujud kepadanya dan hendak membebaskannya. Bapaku dalam keadaan tiada, dengan tidak setahuku sudah lebih dahulu mendampingiku, akan tetapi ibuku yang mengandung aku dan menempatkan aku di rahimnya, belum aku temui lagi. Zahirku tak bisa menemuinya, kerana kedua-duanya telah lama meninggalkan aku. Aku
65
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menziarahi perkuburannya, tempat jasadnya tadinya dibaringkan dan sewaktu aku membacakan Dua Kalimah Syahadah dengan menurut gerak yang mendatangi aku waktu itu, aku cukup terkejut. Ada bisikan di telingaku yang berbunyi, Cukuplah sehingga ini pertemuan kita. Nanti di akhirat saja kita bertemu. Aku terpesona, tak ada kata yang dapat kukatakan kerana sesudah itu dia telah lenyap. Aku bukan bermimpi. Bagiku adalah kejadian itu kenyataan yang telah aku alami. Dan kepada-Nya, Tuhan-ku aku bermohon supaya ibuku yang mengandung aku, dibebaskan dari azab kubur dan ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya. Amin Ya Rabbul Alamin. Semenjak itu aku mengembara terus dan terus mengembara, memberi dan menerima, dan mengajar sambil belajar, jadi murid sambil jadi guru. Kampung tempat aku dilahirkan telah aku tinggalkan menuju sesuatu tempat yang kekal abadi bagiku iaitu akhirat. Hasil dari perjalananku hidupku nanti yang akan menentukan kedudukan dan tempatku. Oleh kerana aku ingin mendapat tempat yang sebaik-baiknya di sisi Tuhan, makanya aku titik-beratkan segala perbuatanku sekarang kepada kebaikan dan membaikkan. Aku dudukkan diriku di tempatnya, dan dudukku duduk di rumah. Kalau perlu, saya keluar. Adakala pula aku duduk, tetapi berjalan; perjalanan yang merupakan jalan batinku. Dan kalau boleh aku katakan, aku lebih banyak berjalan daripada duduk, lebih banyak berbuat daripada bermenung. Orang sudah jauh berjalan, dan aku telah jauh ketinggalan. Orang lain sudah banyak mengecap nikmat hidup di dunia, sungguhpun dengan jalan tidak sah atau wajar. Perjalananku menyendiri sekarang menyusul yang ketinggalan; sekaligus, pertama membesar diriku, menyesuaikan dengan keadaan dan kedua mengejar nikmat hidup yang ketinggalan. Perjalanan yang kulakukan adalah suatu perjalanan hidup yang berisi; berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Kalau
Diriku Yang Kukenal

66

DR. BAGINDO MUCHTAR

sampai aku mempunyai seperti orang punya adalah wajar kerana hasil dari perjalananku sendiri, berserta ilmuku.

67

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ILMUKU ILMU GHAIB

Ilmuku ilmu ghaib, berasal dari yang ghaib, datangnya dari Yang Maha Ghaib. Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku yang berasa ketinggalan dalam mengecap nikmat hidup di dunia ini, aku pesankan janganlah cemas, janganlah iri hati dan jangan putus asa kerana masih ada jalan. Masih ada kesempatan bagimu untuk mengejar ketinggalan itu. Kebanyakan dari mereka yang punya itu (nikmat hidup), adalah hasil dari ilmu akalnya; mengambil kesempatan dalam kesempitan, membolehkan yang tak boleh, menghalalkan yang haram dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu bahawa kesemua mereka itu mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumang dengan hawa nafsu. Kalau akal sihatmu tak mahu berbuat seperti jalan alam fikiran mereka itu, tandanya kebenaran masih ada padamu, sungguhpun hati kecilmu, perasaanmu ingin hendak mempunyai seperti apa yang dipunyai mereka itu. Dan kebenaran yang ada padamu letaknya ialah di dirimu. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya dengan mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempitan. Kuasailah dirimu, letakkanlah pula pada tempatnya iaitu di ketenangan dan kedamaian. Pembawaan yang tenang itulah menentukan harga diri seseorang. Rumahtangga yang mewah tak
69
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ada erti, kalau tidak ada ketenangan di dalamnya. Sebaliknya, kemiskinan, kemelaratan menandakan kebodohan, tak tahu harga diri. Berfikir, berbuat, berlaku dengan tenaga lahir termasuk golongan sudah tua, dan sudah sangat tua. Ketahuilah olehmu bahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernah engkau pakai selama ini secara positif, dan belum pernah pula dipergunakan orang. Ada beberapa orang yang telah dapat memakainya, akan tetapi terbatas iaitu masih tetap tinggal di dalam, masih diselubungi juga hawa nafsu. Yang dinamakan kekuatan batin, tenaga yang tersembunyi itu mengaliri seluruh batang tubuh di dalam. Bagi orang yang belum menemuinya, adalah dia itu terkurung, negatif dan pasif. Bagi mereka yang telah menemuinya, dia jadi bebas, positif dan aktif. Untuk mengejar ketinggalan kita di dalam segala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selain belum dipergunakan orang, sangat banyak daya gunanya. Carilah itu tenaga yang tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai. Dia ada padamu dan banyak di luar. Tingkatkan cara berfikirmu ke dalam; hentikan segala gerak-langkah lahirmu sehingga yang tinggal gerak yang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialah gerak dari tenaga batinmu atau tenaga yang tersembunyi bagimu. Dengan perlakuan semacam itu, sudah mulai engkau mengadakan pemisahan di badan dirimu, pemisahan antara gerak lahir dan gerak batin; tenaga lahir dan tenaga batin, antara badan dan diri. Terjadinya itu baharu pemisahan di dalam. Sekarang tingkatkan lagi fikiranmu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapat merasakan tenaga dalam itu. Untuk itu tentu engkau mesti membawa tenaga itu keluar, yang bererti engkau harus menembus alamnya sendiri sampai ke kulit dan bulumu. Sanggupkah engkau sendiri menembus itu, dengan perkataan lain membuka pintu yang tertutup? Jawabnya ialah, sebaik-baiknya engkau cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai untuk meminta petunjukDiriku Yang Kukenal

70

DR. BAGINDO MUCHTAR

petunjuk. Kalau perlu, berguru kepadanya. Dia ada tetapi tiada. Dia sulit tetapi mudah. Dia ringan tetapi berat, dan jangan dipandang enteng (ringan) kerana mungkin membahayakan kalau dicuba dengan sendiri. Sebaik-baiknya, mendapatnya dengan jalan berguru kerana sangat banyak rahsia terkandung padanya; rahsia diri, Rahsia Tuhan dan yang belum dipelajari dan dipergunakan orang selama ini. Adalah dia itu mempunyai jalan sendiri semenjak dari dalam. Jalan yang berisi berisikan titik-titik, dan di titik itulah letaknya rahsianya kerana dia berasal dari yang setitik (sedikit). Perjalanan titik di dalam tubuh kita merupakan gambaran dari jasmani kita yang dinamakan rohani, yang berasal dari yang sedikit iaitu roh. Titik-titik itulah yang akan membahagiakan kita kalau kita tahu mempergunakannya. Dengan titik itulah kita dapat mengejar yang ketinggalan, dan dengan titik itu pula mencapai bahagia dunia dan akhirat. Bukankah segala kejadian yang dijadikan berasal dari titik? Titik kejadian kita sudah tidak ada pada kita kerana telah berkembang menjadi kita yang berasal dari ibu bapa kita, dan pada kita ada titik menjadikan, akan tetapi pada kita adalah titik penjadian yang berasal dari Tuhan. Dan dengan dapat menguasai titik itu kita dapat pula jadi menjadikan dengan memperkembangkannya pula. Dia adalah titik hidup, menghidupkan kita di dalam. Di luar kita menguasainya kerana adanya terkandung di dalam badan kita. Untuk kelanjutan hidup kita, untuk ketentuan tujuan hidup kita, kenapa kita tak mempergunakan dia? Di situlah letaknya kebodohan kita, dan di situ pula letaknya kekurangan kita. Kalau kita tahu padanya ada bintang, maka diperkembangkan bintang itu akan bercahayalah bintang kehidupan kita dengan dikelilingi oleh bintang-bintang dengan mempunyai daya tarikmenarik. Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang, cinta dan
71
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

diperkembangkan, maka kita akan dikasihi, disayangi dan dicintai. Selain dari itu, maka kita akan mengasihi, menyayangi dan mencintainya pula. Kalau kita ketahui padanya tidak ada yang tidak ada, maka akan mudahlah segala urusan kita . Kalau kita ketahui bahawa apa yang ada pada kita, dan belum ada pada orang lain, dan ada yang tidak ada pada kita, ada pada orang banyak, tidak akan susah rasanya hidup, dan tidak perlu gelisah menjalankan kehidupan. Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai membawakan, memasukkan siang kepada malam dan malam kepada siang, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tak terduga-duga datangnya. Kalau kita tahu bahawa padanya ada jalan untuk menuju kepada kebesaran dan kejayaan, kemuliaan, kekebalan dan lain sebagainya dan kita pergunakan jalan itu, tentu akan mudah tercapai segala tujuan kita. Tidak ada yang sulit di sisi Tuhan dan padanya tidak ada kesulitan yang tak bisa diatasi. Kalau kita ketahui padanya ada ubat segala ubat, kalau kita pandai menjalankannya tentu akan terubat segala macam penyakit. Kalau kita ketahui padanya ada rezeki dan kalau kita perkembang, tentu akan mudah rezeki kita. Dari itu jadilah menjadi orang segala tahu, serba tahu dan di jalannya dan pandai menjalankannya. Tahukah engkau bahawa engkau dikeluarkan dari tempat yang senang dan didatangkan dari tempat yang sesenang-senangnya yang memberi segala kesenangan? Kenapa sewaktu engkau belum dikeluarkan dari alam yang sempit lagi terbatas tidak merasa susah, akan tetapi setelah di alam maha besar yang tak bertepi engkau harus menderita? Sepantasnya dikeluarkan engkau dari tempat yang senang (rahim) di alam yang sempit dan terbatas itu dan
Diriku Yang Kukenal

72

DR. BAGINDO MUCHTAR

ditempatkan di alam maha luas yang tak bertepi, supaya merasa lebih senang dan menuju kepada kesenangan yang kekal abadi. Akan tetapi kejadiannya, kenapa engkau susah gelisah dan menderita? Padamulah letaknya segala kesusahan itu, bukan pada orang lain. Engkau tak tahu di dirimu dan telah lupa akan dirimu. Engkau telah menurutkan jalan mati, bukan jalan hidup. Kembalilah ke jalan yang benar dan tinggalkanlah itu jalan yang sesat lagi menyesatkan. Yang benar ialah dirimu bukan badanmu. Dirimu itulah yang hidup dan pada badanmulah letaknya kematian. Orang yang berpegang kepada badannya bererti menempuh jalan mati dan yang berpegang pada dirinya bererti menempuh jalan hidup. Dirimu letaknya di dalam dan mempunyai jalan sendiri di dalam badanmu. Untuk menemui jalannya, hendaklah engkau bukakan pintu dari luar atau engkau tembus dari dalam. Dan ini semua di luar kemampuanmu kerana belum ada buku untuk itu dan di luar kemampuan manusia biasa. Dari itu carilah orang yang dapat mengetahuinya dan bergurulah kepadanya. Apa katamu kalau aku mengatakan Aku sekarang telah bebas dan berada di tempat yang lebih senang dari yang senang di bawah lindungan, dalam kandungan Yang Memberi Segala Kesenangan kerana aku telah menemui diriku dan telah banyak pula mengetahui rahsianya dan aku pilih jalan yang sebaik-baiknya. Aku hiba kasihan kepada badanku yang mengandungku selama ini. Aku menderita dalam kandungan lantaran kebodohannya, oleh kerana tidak tahunya. Setelah Aku dapat ditemuinya dan setelah Aku mengenal dunia luar, tahulah Aku bahawa aku hidup dalam dua alam iaitu alamku sendiri alam ghaib dan alam badanku alam nyata. Sungguh sangat kasihan Aku pada badanku yang telah lama menderita, bahkan punggungku telah cacat disebabkan perjalanan hidup menurutkan kemahuan badan selama ini. Beruntunglah Aku belum dipanggil kembali. Dunia luar bagiku sangat indah dan
73
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

cantik, dan kalau boleh Aku ingin hidup dengan badanku yang telah cacat ini yang menyebabkan Aku agak bongkok sedikit untuk seribu tahun lagi. Kasihan badanku yang salah jalan selama ini; badan yang tak tahu dirinya. Sekarang Aku ke muka dan tidak Aku biarkan badanku menderita. Aku tidak mahu berpisah dengannya, kecuali kalau Tuhanku tidak mengizinkan, kerana Aku ingin hidup sepanjang masa bersamanya. Dan Aku akan memperbaiki segala kesalahan yang diperbuat selama ini. Aku akan menebus segala perbuatan yang telah menjadi dosa selama ini dengan membuat baik sebanyak-banyaknya. Semoga Tuhan akan meredhai perjalananku ini, mengampunkan segala dosaku dan menerima segala amalanku. Dan Aku telah bebas dari kongkongan, telah keluar dari kurungan melalui pintu yang wajar, pintu yang Aku sendiri yang menemuinya. Kebebasanku tidak akan melepaskan badanku kerana Aku telah lama hidup bersamanya. Aku mengasihinya, setelah dia mengasihi Aku semenjak Aku telah dikenalinya. Aku menyayanginya setelah dia mencintaiku. Aku mencintainya setelah dia mencintaiku, semenjak Aku diketahuinya benar siapa Aku. Bahkan, kasih sayang serta cintaku padanya berlebih dari kasih sayang cintanya padaku. Perpaduan kasih sayang dan cinta mendatangkan hiba kasihan. Kasih bisa habis, sayang bisa hilang dan cinta bisa bertukar, akan tetapi bila kasih telah meningkat kepada sayang dan sayang meningkat kepada cinta, maka jadinya ialah hiba kasihan. Kalau hiba kasihan telah diperdapat, putih tulang dalam kubur namun dia teringat juga. Betapa tidak? Bukankah dia badanku sendiri? Aku sendiri yang akan mengisi keperluan hidupku ke luar dan ke dalam kerana Aku banyak tahu tentang itu rahsia ghaib. Dan Aku akan bahagiakan badan diriku sendiri kerana Aku dengannya satu. Aku tinggalkan jalan hidup cara lama kerana tidak memuaskan dan aku hidup dengan jalan hidup yang baru hasil dari penggalianku sendiri yang berpokok pangkal dari jalannya
Diriku Yang Kukenal

74

DR. BAGINDO MUCHTAR

kehidupanku yang di dalam, suatu jalan yang berisi. Dengannya aku menjadi manusia baru. Dan aku telah lahir untuk kedua kalinya, dilahirkan dan melahirkan dan akan kujalankan kehidupanku dengan gaya baru, yang mempunyai garis hidup, jalan hidup yang positif. Dan dalam pengembaraan hidupku, di manamana aku akan melahirkan manusia baru, dengan menunjukkan jalan hidup baru, garis hidup baru yang akan ditempuh. Dengan banyak manusia baru terlahir, dengan sendirinya akan terciptalah dunia baru yang diidam-idamkan oleh orang yang berpendirian. Berlayarlah sampai ke pulau dan berjalanlah sampai ke batas. Pelayaran kita adalah ke pulau cita-cita dan perjalanan kita ialah ke batas kehidupan kita. Ada permulaan dan ada kesudahan. Titik kehidupan kita berjalan semenjak kita di dalam perut ibu kita dan tempatnya di rahim ibu. Dan setelah kita dilahirkan, maka kita menjalankan sendiri kehidupan kita di luar. Kita sendiri yang memilih jalan hidup dan membawakan kehidupan kita. Dan kebanyakan salah pilih jalan, itu sebabnya maka badan menderita, melarat, sengsara. Dan salah pilih itulah membawa masyarakat dan dunia sampai jadi begini. Salah pilih, salah jalan, tidak terpilih pada jalan yang sebenarnya. Di satu saat, tapi pasti, perjalanan kita itu akan sampai di batasnya. Tidak boleh tawar-menawar, tak ada tolak ansur. Kalau tadinya pada titik permulaan kehidupan Kita berjalan dengan sendirinya, dan setelah terlahir Kita sendiri yang menjalankan kehidupan Kita di luar. Maka setelah sampai di batas, hidup Kita dibawa berjalan untuk dikembalikan ke tempat asal, iaitu Allah. Dan tinggallah segala yang dikasihi; badan sendiri, anak yang disayangi, sanak saudara, isteri yang dicintai, handai taulan, harta benda yang mana kesemuanya itu tak dapat menolong Kita, mempertahankan hak hidup Kita, kerana Yang Punya datang menjemput. Telah kita ketahui dalam kehidupan kita, kita menempuh tiga jalan:
75
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Pertama : Berjalan dengan sendirinya. Kedua : Menjalankan kehidupan sendiri. Ketiga : Dibawa berjalan Perjalanan Pertama: Iaitu sewaktu di dalam kandungan, berjalan dengan Ilmu Tuhan, itu sebabnya kita tak berasa susah. Perjalanan Kedua: Iaitu setelah kita lahir, kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan. Perjalanan Ketiga: Iaitu setelah perjalanan sampai di batas, kita dibawa berjalan untuk kembali ke asal. Dari tiga macam perjalanan tersebut di atas, perjalanan yang pertamalah yang baik iaitu berjalan dengan sendirinya atau berjalan dengan Ilmu Tuhan. Setelah kita lahir, adakah Ilmu Tuhan itu pada kita? Ada. Padanyalah terletak rahsia kehidupan kita. Dia menghidupkan kita di dalam, mengaliri dan mengisi jalan kehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita tetap ada. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Dan keadaan alam sekeliling kita yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya. Kehidupan yang kita warisi setelah kita dilahirkan terlampau banyak dibawa melihat ke luar dan amat sedikit sekali diberitahu tentang keadaan kita di dalam. Kita dididik, diasuh, diajar mengenai keadaan alam di luar kita. Keperluan hidup kita di luar, kehidupan kita sekarang dan kehidupan kita nanti, kita disuruh mencari. Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China sekalipun. Dititik-beratkan kehidupan kita kepada kehidupan lahir, dan amat sedikit kita diberitahu mengenai kedudukan yang tak nampak, yang ghaib. Diberitahu kita akan adanya Yang Maha Ghaib iaitu Allah, Maha Besar lagi Maha Kuasa, tetapi amat sedikit kita mengetahui jalan kepada-Nya kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalan yang sebenarnya, kerana amat sedikit pula orang yang dapat petunjuk akan jalan itu iaitu jalan yang sebenarnya jalan.
Diriku Yang Kukenal

76

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kita dididik terlampau jauh melihat ke luar sampai lupa akan diri sendiri. Dari itu makanya banyak orang kesasar (sesat) hidup. Jalan hidup kita yang sebenarnya ialah lurus iaitu ke atas dan ke bawah. Ke atas untuk kembali kepada Tuhan, ke bawah ialah untuk dikembalikan ke tanah. Akan tetapi, caranya kita menjalankan kehidupan ialah bercabang iaitu ke kiri dan ke kanan, ke muka dan ke belakang. Ke belakang bererti mundur. Berjalan surut itu tidak mungkin kerana telah dilewati (dilalui). Kita melihat ke belakang untuk mempelajari jalan yang telah kita bawakan dan lalui untuk diperbaiki pada jalan yang akan datang. Kita melihat ke muka untuk maju kalau-kalau ada halang rintangan. Untuk itu makanya kita berbelok ke kiri, sudah itu ke kanan, guna kembali ke jalan lurus. Banyak jalan terbentang di muka kita, berlurah, berbukit, berbatu, berduri, rata, menurun, mendaki dan lain sebagainya. Banyak sudah jalan yang dilalui. Telah banyak pula kelok (selok-belok) yang dijalani; ke kiri dan ke kanan. Banyak sudah lurah yang dituruni, bukit yang didaki. Jauh sudah kita berjalan, dan telah lama pula rasanya kita berjalan. Apa yang telah diperdapat dan apa yang dicari? Suka-duka telah dilalui. Bermacam teori telah dipraktikkan. Yang tak pernah dibuat telah dibuat, yang tak boleh telah dibolehkan, yang haram telah dihalalkan. Mahu harta telah punya tetapi mahu lagi, mahu isteri telah dapat tetapi mahu lagi, mahu rumah besar telah punya tetapi mahu lagi, mahu mobil (kereta) telah punya tetapi mahu lagi. Kenapa begitu? Kerana kepuasan belum diperdapat oleh kerana jalan untuk mendapatnya tidak pada Jalan-Nya yang benar, melainkan dengan jalan menurutkan hawa nafsu. Dan dengan tak disedari, jalan lurus yang ditempuh untuk mendapat bahagia telah berjalan dengan sendirinya dan telah hampir sampai di batasnya. Tahu-tahu tenaga habis, daya tidak ada. Kekuasaan Tuhan berlaku; api mati, pelita tak berminyak dan sekali ragut sahaja Tangan Ghaib menangkap kita dan maut datang; kita sudah tak ada lagi. Kita sudah jauh di dasar dan sesat lagi disesatkan kerana berjalan tidak pada jalan-Nya. Mahu
77
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

kembali ke pangkalan tidak bisa lagi kerana semuanya keadaan sudah gelap-gulita pada kita. Kita telah menempuh jalan kosong yang dimurkai lagi menyesatkan iaitu hawa nafsu yang berisikan syaitan, iblis. Telah terpedaya mereka yang dapat diperdayainya, dan yang sedikit yang ditakutinya tinggal tetap sedikit. Itu sinar tadinya bercahaya menerangi alam sendiri serta sekitarnya telah pudar dan hilang diliputi oleh kegelapan kabut yang tebal, yang mana keluhan dan rintihan tak berguna lagi. Emas 24 karat, oleh perbuatan kita telah menjadi loyang (tembaga) dalam nilainya. Bukan tidak ada jalan untuk menempuh kehidupan yang wajar dan layak untuk mendapat pangkat, harta, mobil, isteri cantik dan lain sebagainya. Bukan tidak ada jalan pada kita; jalan yang berisi, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Jalan itu ada padamu, pokok pangkalnya di dirimu. Untuk mendapat petunjuk hendaknya jangan mendoa sahaja. Berdoalah, bermohonlah, di samping itu pergunakan otakmu, kecerdasanmu. Apa lagi yang diminta kepada Tuhan, sedangkan yang engkau kehendaki itu telah diberikan-Nya padamu. Kebodohanmu yang menyebabkan engkau berasa kekurangan, tidak puas dan sebagainya. Kalau engkau telah mengetahui itu semua, tidak pada tempatnya lagi engkau minta kepada Tuhan kerana apa yang engkau minta itu telah diberikan-Nya sebelum engkau meminta pada-Nya. Hanya yang tak ada padamu dan yang belum engkau lakukan ialah bersyukur; pernyataan syukur kepada Allah atas pemberian-Nya (rahmat-Nya), yang telah engkau perdapat. Dan kalau engkau akan bermohon pada-Nya, pohonkanlah akan keampunan dosa-dosamu yang sudah-sudah, dosa-dosa ibu bapamu, kaum keluargamu, kaum muslimin dan muslimat yang telah terdahulu. Bermohonlah atas tambahan rahmat-Nya dengan tak putus-putus sampai kepada anak cucu turun-temurun nanti di belakang hari. Rahmat pada Tuhan menjadi nikmat padamu, dari itu perbanyaklah syukur pada-Nya.
Diriku Yang Kukenal

78

DR. BAGINDO MUCHTAR

Sembahlah Dia, salawat sebanyak-banyaknya kepada rasul-Nya yang penghabisan iaitu Muhammad s.a.w.. Jadilah, menjadi seorang hamba yang soleh, pemberi dan penunjuk jalan yang benar kepada sesama manusia. Insya-Allah. *** Telah engkau temui itu dirimu, telah banyak pula engkau mengetahui keadaannya, dan telah banyak pula pengalamanmu dengannya, apa katamu sekarang mengenai sesuatunya, terutama hubunganmu keluar? Engkau yang tadinya duduk di tempatmu di alammu sendiri, setelah pintu terbuka dan mengenal dunia luar yang menakjubkan, sangat mengasihi dan menyayangi dan mencintai badanmu dan ingin hidup seribu tahun lagi bersamasamanya. Dunia yang engkau kenal sekarang bukanlah seperti alam yang engkau diami selama ini. Duniamu selama ini dunia khayal, dunia bayangan dan sekarang engkau telah mengenal itu dunia nyata yang indah, cantik lagi menarik. Pada siang hari disinari matahari yang memberi isi kepada alam semesta, datarannya yang menghasilkan pemandangan yang menakjubkan, lautnya yang maha luas, sungainya yang terdiri dari besar dan kecil, lembahnya, negerinya dan lain sebagainya. Pada malam harinya, bermandikan cahaya bulan dengan bintang-bintangnya yang bertaburan di langit, menambah indah dan menakjubkan rasa perasaan, menandakan akan kebesaran Tuhan-mu, Pencipta dari segala yang diciptakan iaitu Yang Maha Pencipta, cukup dengan menyebut namanya sahaja iaitu Allah. Engkau yang tadinya tak mengenal dunia nyata, setelah mengenalnya, mencintainya lantaran kekagumanmu akan nikmat Ilahi, kebenaran-Nya, keagungan-Nya. Semua yang menakjubkan engkau itu ialah perbuatan Tuhan. Dan sekarang cuba pula pandang olehmu perbuatan sesamamu iaitu yang dinamakan manusia.
79
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Pelajarilah sejarah. Apa yang diperbuat oleh manusia dahulu, sekarang dan mungkin nanti, dan apa pula yang telah engkau perbuat pada waktu yang sudah-sudah, sekarang dan yang akan datang. Mereka berlumba-lumba memburu dan mengumpul harta kekayaan dan lain-lain, dan amat sedikit sekali di antara mereka yang mengingat dan mensyukuri nikmat Tuhan. Mereka lupa kepada asal-usulnya, lupa kepada diri sendiri, lupa kepada Yang Menjadikan, lupa kepada Tuhan. Akibatnya kemelaratan, kemiskinan, kesengsaraan timbul di mana-mana oleh kerana yang cerdik memakan yang bodoh, si kuat memakan yang si lemah, si celik memakan yang buta. Mereka tidak bertuhan kepada Tuhan yang sebenarnya, melainkan bertuhankan benda, terlampau percaya kepada yang ada sedangkan mereka lupa yang ada itu makanya ada ialah diadakan berasal dari tiada, yang keluar dari tiada ada. Mereka menyebut nama Tuhan hanya di bibir sahaja. Mereka mendirikan sembahyang hanya lantaran kebiasaan sahaja dan untuk mengelabui mata orang banyak. Mereka mengaku beragama oleh kerana nenek-moyangnya, ibu bapanya beragama. Akan tetapi, apa itu agama tidak diketahuinya lebih mendalam. Mereka takut kepada Tuhan, oleh kerana itu dia tidak mahu menyebut nama Tuhan. Ada pula orang mendengar suara orang azan sahaja di masjid atau di rumah, sengaja berjalan menghindarkan diri dari mendengarkan suara Ilahi itu. Tikar sembahyang dan Kitabullah tidak didapati di rumahnya. Yang ada radio, televisyen, barangbarang serba mewah. Dan kalau mahu makan enak bukan dimasak di rumah, melainkan dicari di luar. Ya, ke luar sebab di luar serba ada, boleh memilih dan tidak payah mengerjakannya. Anehnya, apabila mereka ditimpa malapetaka, menderita dengan tiba-tiba mereka mendapat sakit luka lantaran kecelakaan dan lain sebagainya yang disebab-keranakan oleh perbuatannya sendiri, dengan tidak diminta dia menyebut nama Allah dan mengatakan
Diriku Yang Kukenal

80

DR. BAGINDO MUCHTAR

tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Rupanya bagi mereka itu, Tuhan adanya sewaktu menderita, sewaktu sakit, sewaktu pertolongan tak dapat diharapkan lagi. Seolah-olah, Tuhan bagi mereka diingat pada waktu susah dan pada waktu senang atau mencari kesenangan Dia tak perlu diingat. Kerana Tuhan melarang berdusta, Tuhan mengatakan itu haram, itu tidak boleh, dihambarkannya (tawar) rasa ketuhanannya sewaktu mencari dan memburu dan mendapat kesenangan. Renungkanlah kembali perjalanan hidup yang sudah-sudah; apa-apa yang telah dilakukan dan apa-apa pula yang telah dirasakan? Suka dan duka pasti telah engkau lalui silih-berganti. Tariklah pelajaran dari perjalanan kehidupanmu yang telah engkau lalui itu dan ambillah kesimpulan dari perjalananmu itu. Pelajarilah hakikat hidup yang sejati dan kembalilah kepada kehidupan yang sebenarnya. Berpeganglah kepada yang hidup, jangan kepada yang mati. Kawan hidup banyak, kawan mati tidak ada. Peganganmu hendaklah mencari Dia, Hidup yang akan dipakai, mati yang akan ditumpang. Insya-Allah.

81

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUK KESEMPURNAAN

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang kepada malam, dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau memberi rezeki siap yang Engkau kehendaki dengan tidak berkira.
(Al-Quran Surat Ali-Imran ayat 27)

Malam ada pada kita dan siang pun ada pada kita. Begitu juga yang hidup ada pada kita dan yang mati pun ada pada kita. Bagiku, adalah malam yang dimaksud ialah badan dan siang ialah diri atau yang hidup ialah diri dan yang mati ialah badan. Maka adalah orang yang diberi Tuhan rezeki yang tak terhitung banyaknya ialah yang dikehendaki-Nya iaitu yang dapat mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan sebaliknya yang mati dari yang hidup, begitu pun pula yang pandai memasukkan siang kepada malam dan malam kepada siang. Pada permulaan ada sabda dan sabda ada pada Tuhan, ini pada permulaan ada pada Tuhan. Semua benda dijadikan oleh-Nya dan tidak dengan ini tidak
83
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ada benda yang terjadi dapat terjadi. Didalamnya ada nyawa ialah cahaya manusia dan menyinar dalam gelap dan si gelap tidak mengerti. Inilah cahaya yang sebenarnya, yang menyinari tiap-tiap orang yang datang ke dalam dunia. Dia ada di dalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya dan Dunia tidak mengenal Dia.
(Injil Johannes fasal 1 ayat : 1,2,3,4,5,9 dan 10)

Dia menyinar dalam gelap dan si gelap tidak mengerti. Dialah cahaya yang sebenarnya yang menyinari tiap-tiap orang yang datang ke dalam dunia. Dia ada di dalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya dan dunia tidak mengenal Dia. Si terang menerangi si gelap dan si gelap tidak mengerti. Terang dan gelap, siang dan malam, hidup dan mati bagiku sama, iaitu: Gelap = malam mati badan Terang = siang hidup diri Burung ada di dalam sangkar. Sangkar dibuat untuk burung dan sangkar tak mengenal burung. Untuk dapat memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, dan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup, hendaklah terlebih dahulu dapat kita memahami akan tujuan atau maksud erti kata yang sebenarnya, dari siang dan malam dan hidup dan mati itu. Secara ilmiah kita harus mengadakan pemisahan antara badan dan diri. Bagiku adalah diri itu berdiri dengan sendirinya. Alirannya meliputi keseluruhannya (apa yang ada pada kita) dan adalah yang dinamakan badan itu menjadi kepunyaannya. Kalau kita mahu mengambil perbandingan keluar, maka perhatikan kabel elektrik dan pelajarilah mana yang stroom dan mana yang kabel. Dan, adakah batas antara stroom dan kabel, tidak? Kalau tidak, kenapa kalau kita pegang kawatnya bahagian luar, stroom tidak
Diriku Yang Kukenal

84

DR. BAGINDO MUCHTAR

menjalar pada kita? Adalah keadaan stroom dan kabel itu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Alirannya terbatas pada kulit di luar. Begitu pulalah diri kita di dalam. Diri mengaliri seluruh isi batang tubuh di dalam dan di luar berbataskan bulu dan kulit. Dia adalah si terang yang menyinari alam sekelilingnya. Juga adalah dia si siang yang letaknya di dalam batang tubuh kita. Si terang dan si siang itu adalah dia yang hidup yang alirannya mengaliri batang tubuh kita di dalam. Jadi adalah si terang siang hidup letaknya dan tempatnya bagi kita di dalam, dan adalah dia itu diri yang menyinari alam kita di dalam. Untuk mengeluarkan yang hidup daripada yang mati atau memasukkan malam kepada siang dan sebaliknya mengeluarkan yang mati daripada yang hidup atau memasukkan siang kepada malam, menghendaki si diri sanggup menembus dinding sendiri atau menembus bulu dan kulit yang sebagai batas untuk keluar. Menembus dinding sendiri bererti menembus alam sendiri, bererti menembus bulu dan kulit kita. Penembusan bulu dan kulit bererti kita telah menemui jalan iaitu jalan diri sendiri, dan perkenalan kita dengannya memperkenalkan diri sendiri kepada kita. Dengannya (jalan diri) pula kita dapat menemui diri sendiri. Kalau jalannya telah ditemui, maka tidaklah sulit untuk mengenalnya dengan erti yang sebenarnya, dan apalagi kalau kita telah dapat menemuinya. Ada apa pada diri kita itu? Untuk mendapat menjawab pertanyaan ini hendaklah kita tahu betul pada diri kita itu apa-apa yang terkandung di dalamnya. Untuk dapat mengetahuinya hendaklah kita perhatikan dan pelajari jalannya diri yang telah ditemui itu. Setelah memperhatikan jalannya diri dengan saksama, maka kita akan tiba pada suatu kesimpulan bahawa yang dikatakan jalannya diri itu ialah sama juga dengan pancaran dari dalam batang tubuh kita atau seumpama stroom bagi kabel elektrik. Penemuan kita pada pancaran atau stroom yang pasti sudah kita ketahui berasal dari dalam batang-tubuh kita, yang mana kalau
85
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

diturutkan mendatangkan pergerakan, dan kalau diturutkan terus melahirkan pergerakan-pergerakan bermacam-macam yang berliku-liku, yang bagi kita amat sulit untuk dimengerti. Akan tetapi, suatu keberuntungan yang telah kita perdapat ialah suatu kepastian bahawa adalah pancaran atau stroom itu berasalkan atau datangnya dari dalam batang tubuh kita. Patut diketahui bahawa pusat dari seluruh pergerakan pada kita letaknya di otak. Pada otak ada pusat yang menghubungkan citacita (idea) kita dengan dunia dalam kita (mikrokosmos). Ada pusat yang menghubungkan kita dengan dunia luar (makrokosmos). Ada pusat akal, ada pusat kemahuan, ada pusat kesedaran, pusat-pusat ingatan. Lain daripada pusat-pusat tersebut ada pula yang geraknya langsung di luar kemahuan kita seperti jalan nafas, jantung, usus, pembuluhan-pembuluhan darah dan lain sebagainya yang dinamakan pusat susunan persarafan simpatis. Gerakan ini adalah gerakan di dalam batang tubuh kita yang bertujuan menjamin kehidupan kita. Kedudukan kepala dan isinya ialah bahagian teratas dari batang tubuh kita. Di dalamnya terkandung akal, ingatan, kemahuan dan kesedaran. Pada waktu kita tidur, maka seluruh kegiatan hidup kita terserah pada diri yang tak pernah tidur, dan terletaklah batang tubuh kita dalam keadaan istirahat oleh keletihan pada siang harinya. Pada waktu bangun, diri mendatangkan kesedaran dan ingatan pada kita, dan kegiatan kita mulai timbul kembali dengan datangnya kemahuan hendak duduk, mandi dan sebagainya untuk melakukan tugas kita sehari-hari. Diri membangunkan badan ialah melalui kesedaran terus ke ingatan. Ingatan mendatangkan akal. Akal menerbitkan kemahuan. Kemahuan menghasilkan kegiatan dan tindak perbuatan. Begitu pula badan yang hendak beristirahat, perjalanannya ialah dari kemahuan kepada akal atau pertimbangan, dari akal ke ingatan, dari ingatan kepada kesedaran dan beransur-ansur kesedaran hilang dan tertidurlah badan. Dan tinggallah diri yang tak pernah tidur
Diriku Yang Kukenal

86

DR. BAGINDO MUCHTAR

dengan kegiatan-kegiatannya di dalam yang melahirkan pergerakan jalannya pernafasan, jantung, usus, pembuluh-pembuluh darah dan lain sebagainya. Dan kesemuanya itu berlangsung di luar kemahuan kita dan bertujuan menjamin hidup kita. Ke mana perginya tenaga-tenaga dari kesedaran, kemahuan, ingatan dan akal kita itu di waktu kita tidur? Proses kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa pada kita ada tenaga yang tersembunyi yang menguasai seluruh keadaan kita. Perumpamaannya ialah seolah-olah sekelompok kambing dengan pengembala, yang dengan adanya pengembala maka kambingkambing dapat dikumpulkan dalam satu kelompok, dapat dihantarkan ke tempat-tempat yang banyak rumput, yang ada air untuk akhirnya dihantarkan kembali ke kandangnya. Atau secara garis besarnya, ibarat si pemburu dengan senjata atau penunggang dengan kudanya. Bagaimana kedudukannya di dalam badan kita? Untuk dapat menjawab pertanyaan ini kami pergunakan ayat 35 dari Surat anNur, yang ertinya : Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayaNya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat, hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping dengan cahaya. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu. Tenaga yang tersembunyi yang ada pada kita itu ialah tenaga rohani yang berasal dari dalam batang tubuh kita. Timbulnya rohani disebab-keranakan adanya jasmani atau lebih terang, rohani
87
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

adalah gambaran dari jasmani. Rohani adalah tiruan dari jasmani. Perkembangan rohani ialah bergantung kepada perkembangan amal perbuatan jasmani. Rohani orang beriman berlainan dengan orang munafik. Rohani orang berbuat baik berlainan dengan rohani orang berbuat jahat. Allah memberi perumpamaan cahaya-Nya kepada seorang beriman seperti sebuah lubang di dinding rumah. Di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit dan seterusnya. Cahaya orang beriman berlain dengan cahaya orang yang tidak beriman. Berlainan cahaya itu disebab-keranakan berlainan amal perbuatan. Perbuatan yang baik berlainan dengan pekerjaan yang buruk. Tindak-laku yang jahat berlain dengan perbuatan baik. Corak perbuatan kita itulah yang membayangkan cahaya kita keluar. Cahaya yang asli akan bertambah bersinar bagi mereka yang berbuat baik, dan akan pudar dan bertukar bagi mereka yang berbuat jahat. Hasil dari berbuat baik ialah pahala, dan hasil berbuat jahat ialah dosa. Adalah rohani itu tersusun dan terdiri dari zat-zat atau elektron-elektron hidup yang mengandung tenaga elektro-magnetik. Apabila elektron-elektron itu keluar dari susunannya iaitu rohani, maka tenaga yang keluar dari proses ini besar sekali, akan tetapi ghaib. Ertinya tidak dapat disaksikan dengan langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai tenaga ghaib (metaenergy). Dengan metaenergy kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idamidamkan. Oleh kerana tiap-tiap orang mempunyai metaenergy, dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap-tiap orang dapat mencapai semua cita-cita asal mempunyai kemahuan yang teguh.
(Alam fikiran; Dr R. Paryana Surjadipura.)
Diriku Yang Kukenal

88

DR. BAGINDO MUCHTAR

Telah diketahui bahawa pada kita ada itu metaenergy yang mempunyai banyak kemungkinan-kemungkinan, dan alangkah baiknya kalau kita dapat menguasai dan merasakannya yang tak dapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga ghaib itu mengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam yang mana kalau kita dapat menurutkan jalannya, kalau digambarkan akan menghasilkan gambar kita sendiri yang disebut rohani. Dan itulah pula dia diri yang terdiri dari zat-zat hidup. Untuk dapat mempunyai, menguasai sampai dapat merasakan itu tenaga ghaib, tentu kita harus menembus dinding kita sendiri supaya kita dapat menemuinya. Pada pemecahan kita dengan keterangan kita telah menemui jalan diri sendiri dengan menembus kulit dan bulu kita, kalau diperhatikan dengan saksama kita telah sampai pada kepastian bahawa kita telah mempunyai tenaga ghaib atau dengan bahasa asingnya metaenergy. Dengan telah mempunyai tenaga ghaib itu, janganlah hendaknya terus dianggap kita telah dapat berbuat apa yang kita inginkan. Kita harus mempelajari lebih dahulu akan selok-belok keadaan diri kita, walaupun telah diketahui bahawa diri itu terdiri dari susunan elektron-elektron atau bion-bion (zat-zat hidup). Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, yang terdiri dari susunan zat-zat hidup dan yang letaknya di dalam batang tubuh kita (yang di namai badan), mengaliri seluruh keadaan kita atau apa yang ada pada kita menurut saluran-saluran tertentu seumpama darah dari jantung kita yang mengaliri seluruh batang-tubuh kita. Keseluruhan aliran itu mendatangkan (menimbulkan) rohani sebagai gambaran dari jasmani kita. Dengan keterangan di atas, maka dapatlah kita memahami bahawa diri kita yang disifatkan ghaib itu mempunyai pula apa yang ada pada badan kita dengan serba ghaib pula, dan alirannya yang berisikan tenaga-tenaga itulah yang kita namakan tenaga ghaib. Sebelum diri dapat menembus dinding (bulu dan kulit kita),
89
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

maka lapangan bergerak dari tenaga batin kita ialah di dalam sahaja, akan tetapi setelah kita dapat menembus kulit dan bulu kita (tegasnya alam sendiri), maka dengan sendirinya lapangan bergerak tenaga yang tersembunyi kita itu telah meluas dan bebas. Akan tetapi, apa ertinya bagi kita keluasan dan kebebasan bergerak tenaga batin sendiri itu? Untuk dapat mempergunakannya, hendaklah kita mengerti akan keadaannya yang sebenarnya, dan bukan itu sahaja, kita harus dapat mengetahui selok-belok keadaan alam lain dengan isinya dan dapat pula menghubunginya hendaknya. Kita (manusia) mengenal alam yang kita diami sekarang ini (alam nyata) semenjak kita dilahirkan. Kita jalani kehidupan kita di alam ini dengan suka dan duka, dengan pertolongan badan lahir kita. Pendidikan, pergaulan dan pengalaman menunjukkan kepada kita akan adanya makhluk-makhluk lain seperti syaitan, iblis, jinn, dewa-dewa, penunggu-penunggu dan lain-lain, yang keadaannya berlainan dengan kita manusia berbadan kasar ini. Begitulah pula pengetahuan keagamaan menunjukkan kepada kita akan adanya Tuhan Yang Maha Esa, malaikat-malaikat, roh-roh suci, arwaharwah, syurga dan neraka dan lain-lainnya. Makhluk-makhluk yang kita sebutkan di atas ialah semuanya makhluk hidup, yang masingmasing hidup di alamnya sendiri pula, akan tetapi pasti tidak seperti kita manusia yang bertubuh kasar ini. Kita mengenal dunia kita dengan pertolongan badan kasar kita dengan alat-alatnya (keupayaan pancaindera). Akan tetapi kita dengan badan kasar kita tidak dapat melihat makhluk-makhluk halus yang disebutkan di atas. Bila kita berpisah dengan badan kasar kita, mungkinkah kita dapat mengenal dan melihat makhlukmakhluk halus yang seperti tersebut di atas? Satu pertanyaan yang sulit dan yang tak terpecah oleh akal. Sebagai manusia biasa kita mungkin dapat melihat makhlukmakhluk halus di dalam khayalan kita yang digambarkan oleh alam fikiran kita (yang pada umumnya sifatnya mengerikan dan
Diriku Yang Kukenal

90

DR. BAGINDO MUCHTAR

menakutkan seperti gambaran raksasa, hantu, jin dan lain sebagainya) dan kebanyakan diambil pula dari bayangan cerita orang yang hasilnya dari khayalan akal fikirannya pula. Keterangan ini tak dapat kita begitu sahaja menerimanya oleh kerana tak masuk akal. Kejadian-kejadian seperti tersebut di atas yang menimbulkan atau mendatangkan takut pada perasaan disebab-keranakan jiwa yang kecil lagi lemah dan dengan tidak mempergunakan pertimbangan akal (menerima sahaja) akan keterangan-keterangan orang-orang yang sambil bercerita menggambarkan perihal yang bukan-bukan pada kita manusia yang bersandarkan kepada kenyataan semata-semata. Bagi orang yang berdasarkan kebendaan, boleh sahaja mengatakan tidak percaya kepada adanya hantu-hantu, jinn-jinn, penunggu-penunggu dan lain-lain yang sifatnya halus lagi ghaib, sebelum mengalami sendiri peristiwa-peristiwa ghaib. Sebaliknya bagi orang-orang yang tak berpendirian atau bagi orang yang belum mempunyai pegangan, tidaklah pula baik akan menerima sahaja dan terus menelannya apa-apa yang dikatakan orang, terutama mengenai perihal yang halus-halus, yang tidak nyata, yang ghaib-ghaib. Kita dapat mendengar dari cerita-cerita orang akan adanya orang halus, jinn, hantu, raksaksa dan lain-lain yang mengerikan dan akan adanya dewa-dewa, arwah-arwah, roh-roh suci, malaikatmalaikat, bidadari-bidadari yang ceritanya menyenangkan perasaan dan mendatangkan keinginan untuk supaya didatanginya atau hendak menemuinya. Bagaimana mestinya kita menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan itu? Untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan itu, hendaklah kita berpendirian dan mempunyai suatu pegangan yang kuat lagi benar. Berpendirian bererti tahu di diri yang sebenarnya dan mempunyai suatu pegangan, bererti tahu di harga diri sehingga diri itulah yang menjadi pegangan hidup kerana diri itulah yang sebenarnya hidup. Mengetahui diri serta mengenalnya sampai
91
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

berdiri pada diri sendiri, yang tegak seperti Alif yang duduk seperti Wau yang tergantung tiada bertali, bertali tiada tergantung. Itulah dia diri yang bagi badan kita berdiri dengan sendirinya. Itulah pula dia yang tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan; kalau digeser laju, dibubut mati. Dan adalah yang di luar dari kita ialah badan (berbentuk dan berupa dan berasalkan dari tanah). Dan semuanya akan kembali dan dikembalikan ke asal iaitu tanah kepada tanah, air ke air, api ke api dan angin ke angin, dan walhasil-asal atau di balik asal semuanya tidak ada kecualinya, atau kembali kepada Tuhan. Inna lillahi wa-inna lillahi rajiuun. Dan akan musnahlah semuanya kecuali Dia Yang Asli, Yang Menjadikan segala yang dijadikan, Yang Mengadakan segala yang diadakan, Yang Mematikan segala yang dihidupkan dan Yang Menghidupkan segala yang dimatikan. Dia Yang Maha Besar tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, Yang Membentuk segala yang berbentuk, Yang Merupakan (memberi rupa) kepada segala yang berupa. Dia terahsia bagi seluruh umat, bagi seluruh makhluk, bagi seluruh hamba, dan adalah bagi orang yang hendak mencari-Nya, menjadi tugasnyalah untuk memecahkan Rahsia-Nya untuk dapat mengenal-Nya sampai dapat menemui-Nya. Dia sangat dekat bagi orang yang telah mengetahui Ilmu-Nya dan sangat jauh bagi orang yang tak tahu akan Rahsia-Nya. Carilah dia yang berada di alammu sendiri lebih dahulu sebelum engkau mencari-Nya yang berada di alam maha besar lagi maha luas yang tak bertepi dan sebelum engkau mencari yang lain-lain yang bertaburan di bumi kita ini (tegasnya dalam alam semesta). *** Dia memberi dan mengisi kehidupanmu. Hidupnya tidak bergantung padamu, akan tetapi kehidupanmu bergantung padanya. Dia tidak mencari yang bukan-bukan dan sentiasa duduk di
Diriku Yang Kukenal

92

DR. BAGINDO MUCHTAR

tempatnya. Dia tidak keluar, akan tetapi rezeki baginya mendatang, begitupun seluruh keperluannya. Dia didatangi dan mendatangi orang tertentu. Dia mengerti semuanya, sayang banyak orang tak mengerti padanya. Yang dicarinya yang tak dicari orang dan yang tak dapat banyak orang mencarinya iaitu yang tidak ada, tetapi ada, ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan. Berguna untuk dirinya dan tak bermanfaat bagi orang banyak. Carilah dirimu sendiri lebih dahulu sebelum kamu mencari yang lain-lain. Diri yang bagi badanmu berdiri dengan sendirinya, yang tegak seperti Alif, yang duduk seperti Wau. Kalau kamu telah dapat menemui dirimu, carilah pula yang tergantung tiada bertali dan yang bertali tiada bergantung. Sebelum dapat menemuinya yang bertali tiada tergantung, yang tergantung tiada bertali, bererti belumlah pula faham kita akan diri kita sendiri kerana dengan berpegang kepada yang tergantung tiada bertali kita, tak bisa bikin apa-apa dan bagitu pula dengan berpegang kepada yang bertali tiada bergantung tidaklah sempurna kejadian kita. Dengan dapat menemui dan memahami akan kedua-duanya, maka dapatlah kita tali pergantungan sehingga dengan mengambil tali pergantungan itu sebagai pegangan. Maka bererti pula kita telah mempertemukan satu dengan yang lain, pertama yang bergantung tiada bertali dan yang kedua yang bertali tidak tergantung. Yang tak ada pada yang tergantung iaitu tali dan yang tak ada pada tali iaitu tempat bergantung, dan penyatuan kedua-duanya menghasilkan tali pergantungan seumpama pertemuan antara negatif dan positif. Satu tetapi dua (contoh stroom dengan kabel). Itulah di antaranya rahsia dari diri kita, gantung-bergantung satu sama lain, perlu-memerlukan, memberi dan menerima. Yang diberi nikmat, yang diterima rahmat. Sudahkah kita menemui tali yang dimaksud? Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kembali kepada jalan yang telah ditemui iaitu setelah dapatnya kita keluar menembus alam zahir kita sendiri melalui hujung jari-jari kita. Setelah pintu terbuka dan jalan telah ditemui, apa kita terus berjalan
93
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

keluar mencari apa yang dihajati? Untuk ini, kita harus berhati-hati sangat kerana kita harus meneliti lebih dahulu jalan yang telah ditemui itu, kerana bagi zahir kita adalah itu sesuatu yang baharu, yang belum pernah dikenal sebelumnya, akan tetapi yang pasti sudah adalah itu jalannya diri kita dari dalam menembus alamnya sendiri. Sebelum kita bergerak ke luar pada jalannya, maka terlebih dahulu hendaklah kita bergerak ke dalam dengan jalannya guna untuk mengetahui keadaan diri kita sendiri di dalam. Untuk ini hendaklah perbuatan kita itu dilakukan dengan berulang-ulang sebagai latihan, sehingga kita dapat mengetahui bahawa apa yang ada di badan kita ada pula di diri kita, atau kita sampai dapat mengetahui bahawa diri kita itu terdiri dari seperti apa yang ada pada badan kita. Kita terus berlatih sampai terlatih, sampai kita mengenal akan peribadi sendiri, dan diri sendiri yang berbuat, dan sampai diri mengenal badannya yang kasar. Peralihan dari badan mengenal diri dan dari diri mengenal badan dapat kita ketahui, kita lakukan dan fahami hendaknya dengan pandainya kita membawakannya. Kita lakukan dengan mengadakan perjalanan. Jalan yang kita pakai iaitu jalan yang sudah ditemui dan kalau kita berjalan meninggalkan pangkalan, kita mesti pandai pula hendaknya kembali ke pangkalan dengan tidak sesat. Latihan yang saksama dan teliti menyebabkan kita mengenal dan menemui diri sendiri dengan perlengkapannya, dan penemuan kita pada diri dan perlengkapannya bererti kita telah menemui diri rohani kita yang merupakan gambaran dari jasmani di dalam badan kita. Kita sekarang telah mengenal rohani dan telah mengenal pula badan atau jasad atau yang dinamakan jasmani. Jalan yang kita pakai dan pergunakan untuk mencari diri dengan perlengkapannya dan sampai kepada penemuan kita kepada rohani kita sendiri, kalau diteliti dengan saksama adalah jalan itu aliran dari rohani kita sendiri yang bertitik-tolak dari diri kita sendiri. Tindak-laku perbuatan kita ini kalau diumpamakan tak
Diriku Yang Kukenal

94

DR. BAGINDO MUCHTAR

ubahnya seperti kita memudiki sungai semenjak dari muara dengan menempuh jalan yang berliku-liku kita mencari hulunya. Dan apa sebabnya setitis air yang begitu bersih dan jernih berasal dari gunung, bertambah dekat ke muara (jauh dari hulu) menjadi keruh dan mengandung bermacam-macam kuman-kuman? Begitu pula diri kita di dalam yang tadinya suci bersih, oleh kerana tindak-laku perbuatan kita sehari-hari dalam menjalankan kehidupan, berubah corak warnanya, ibarat intan terbenam di dalam lumpur. Maka adalah kewajipan tiap-tiap kita yang mencari dan menuju kepada kebaikan dan kesempurnaan, sebelum melangkah, bersihkanlah lebih dahulu diri dengan tindakan dan perbuatan, dan terhadap Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bacalah istighfar sebanyak mungkin. Diri peribadi kita masingmasing adalah suci dan bersih kerana datangnya dari Yang Maha Suci. Tindak-laku perbuatan kitalah yang menjadikan dia kotor atau tetap bersih. Intan telah terbenam ke dalam lumpur. Penelitian kepada jalan yang telah ditemui dan mempelajarinya dengan saksama, maka kita akan dapat mengetahui bahawa adalah dia itu pancaran dari kita sendiri dari dalam yang telah dapat menembus alamnya sendiri. Pancaran tersebut adalah ibarat stroom dan sebagainya. Jalan yang kita katakan itu ialah kabelnya. Stroom yang kita temui itu bukanlah seperti stroom elektrik yang berasalkan dari benda mati bikinan kita manusia, melainkan berasalkan dari zat-zat hidup yang dinamakan orang bio-elektrositat atau elektro-magnetik. Dan adalah tenaga yang keluar ini yang berasal dari elektron-elektron hidup, dinamakan tenaga ghaib atau dengan bahasa asingnya metaenergy. Dengan huraian kita tersebut di atas, maka kalau kita menurutkan aliran yang dinamakan jalan atau kabel yang mengandung stroom itu, maka kita temuilah tali yang dihuraikan pada huraian kita sebelum ini iaitu yang dikatakan bertali tetapi tiada tergantung, dan kalau diturutkan terus sambil mempelajari dengan saksama maka akan bertemulah pula dengan yang
95
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

tergantung tiada bertali. Kita telah menemui diri kita yang tergantung tiada bertali, bertali tiada tergantung, dan untuk membuktikan yang diri itu tegak seperti Alif yang duduk seperti Wau, maka kita harus menurutkan gerak aliran diri itu di dalam, sehingga kita dapat menemui yang tegak seperti Alif yang duduk seperti Wau itu. Untuk dapat dimengerti dan diketahui, maka yang bertali tiada tergantung dan tergantung tiada bertali dapat kita temukan dengan perantaraan gerak aliran tangan kita, yang diturutkan dan yang tegak seperti Alif, yang duduk seperti Wau dapat kita temukan dengan menurutkan gerak diri di dalam batang-tubuh kita setelah gerak tangan berhenti. Dan di bidang ilmu pengetahuan, yang boleh kita berasa bahagia ialah penemuan kita akan diri sendiri, dan oleh kerananya pula kita telah dapat mempunyai dan menguasai tenaga ghaib atau metaenergy. Metaenergy yang kita telah dapat menemui dan punyai itu berasal atau keluar dari susunannya rohani kita yang tak dapat dilihat dengan langsung. Tenaga ghaib ini berdasarkan pendapat Bapak Dr. R. Paryana Surjadipura dalam buku Alam Fikiran, pada hakikatnya lebih tinggi darjatnya dari atomic energy. Pangkalnya elektron hidup, (bion) bebas dari segala ikatan (dapat bergerak dengan kemahuan sendiri) dan dengan kecepatan kilat menjadi bahagian dari makhluk hidup. Oleh kerana itu tenaga yang hidup aktif kerana mempunyai fikiran dan budi pekerti, dapat dikerah atas tekanan kemahuan yang teguh, dapat bertindak di luar benda hingga dapat meluas ke seluruh alam. Metaenergy (tenaga ghaib) ini dapat pula meruntuhkan susunan atom (deconstruct). Berhubung dengan itu, maka dengan metaenergy kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idam-idamkan, dan oleh kerana tiap orang mempunyai metaenergy dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap-tiap orang dapat mencapai semua cita-citanya.
Diriku Yang Kukenal

96

DR. BAGINDO MUCHTAR

Untuk dapat mengetahui benar tidaknya huraian atau pendapat Bapak Dr. R. Paryana itu, dan untuk dapat mengetahui benar atau tidaknya metaenergy yang kita perdapat itu, untuk menyesuaikan dengan apa yang diucapkan Bapak Dr. R. Paryana itu, hendaklah kita mengadakan percubaan-percubaan dengan berani mengambil risikonya sehingga kebenaran itu menjadikan suatu perbuatan atau tindak-laku yang meyakinkan bagi kita hendaknya. Sekarang timbul pertanyaan, tidakkah kiranya melemahkan kepada diri kita dengan pemakaian tenaga-tenaga rohani itu? Bagi orang yang belum dapat mengerti dan yang belum dapat mempunyai tenaga ghaib yang dimaksud, apalagi belum tahu cara bekerjanya tenaga ghaib itu, tentu menjadikannya suatu pertanyaan besar baginya dan sulit untuk menjawabnya, apalagi pekerjaan ini sesuatu yang tak masuk akal dan menakjubkan kalau terjadi. Bagi mereka yang mahu meningkatkan ilmu pengetahuannya di bidang ini (Metafizik - Ilmu kebatinan - Ilmu Latifah), dapat kami menerangkan bahawa adalah sifat bekerjanya tenaga itu semenjak dari dalam batang-tubuh kita (yang berpangkalan dari kumpulan zat hidup lagi sempurna) ialah berbuat dengan sendirinya (automatik) dan yang tak boleh dilupakan untuk diketahui, dia mempunyai fikiran dan budi pekerti. Dan untuk diketahui pula adalah zat-zat hidup yang ada pada kita itu tidak sahaja ada pada kita (di diri kita sahaja), melainkan juga banyak di luar. Sifat automatiknya itu kalau kita mengerti, apalagi tahu membawanya, tidak akan melemahkan kita kerana sungguhpun sama kita dia hanya sedikit dalam pengertian atau dugaan, tetapi di luarnya (di alam yang maha luas ini), sangat banyak bilangannya. Dengan berpegang teguh pada tali-tali dan jalan-jalan yang telah ditemui itu bererti pula kita telah berdiri di bidang rohani. Dan dengan telah bertemunya kita yang tergantung maka kita temuilah pula diri kita sendiri. Sebermula dalam perjalanan kita, kita temui jalan. Setelah jalan itu kita turutkan dengan tujuan untuk mencari diri, di tengah
97
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

perjalanan kita temui tali-tali yang kami namakan bertali tiada tergantung, dan pada perjalanan seterusnya kita temui yang tiada tergantung, dan pada perjalanan seterusnya kita temui yang tergantung tiada bertali yang kami katakan itulah diri kita. Perjalanan dari luar ke dalam yang telah kita lakukan itu ialah perjalanan untuk mengenal diri. Terdiri dari apa itu diri? Untuk dapat menjawabnya hendaklah kita teruskan penelitian kita mengenal diri sendiri itu. Setelah kita dapat melakukan dari luar ke dalam sampai kita dapat menemui yang tergantung tiada bertali, kita lakukanlah pula perjalanan dari dalam ke luar. Perjalanan kita itu dilakukan dari diri sendiri yang telah ditemui, yang sama juga kalau diertikan titik tolak kita dari yang tergantung tiada bertali. Dengan menurutkan kembali jalan yang telah menjadi pegangan kita itu maka dalam perjalanan kita akan temui pula yang bertali tiada tergantung, dan kalau diteruskan perjalanan yang bertali-tali itu sambil mengadakan penelitian, maka tibalah kita pada saat kita menembus alam sendiri atau badan diri kita. Penelitian kita yang saksama pada tali-tali yang tiada tergantung dalam perjalanan untuk menuju keluar (menembus dinding sendiri), maka kita akan dapat merasakan dengan beransur tetapi pasti, pintu-pintu akan terbuka melalui hujung tali-tali itu dan kalau ini telah terjadi maka kita akan dapat merasakan ini melalui hujung jari-jari kita. Rasa yang terasa di hujung jari-jari itu adalah pancaran dari diri kita di dalam, yang merupakan stroom, stroom ghaib yang dinamakan orang elektro-magnetik atau bio-elektrositat. Elektro berasal elektron dan bio dari bion. Maka adalah pancaran itu aliran dari diri kita itu, maka kita harus mengadakan penelitian dan penyelidikan pada isi dari pancaran diri itu. Penyelidikan yang mendalam pada isi dari pancaran kita sendiri itu mendatangkan pengetahuan pada kita bahawa adalah yang dinamakan isi dari pancaran itu terdiri dari zat-zat hidup dan datangnya dari diri yang hidup (dengan pengertian bukan dari zatzat yang dihidupkan yang berasal dari benda material). Dan dengan
Diriku Yang Kukenal

98

DR. BAGINDO MUCHTAR

kemahuan yang teguh dapat pula kita mengetahui keadaan zat itu satu per satu, yang mana kalau boleh digambarkan akan merupakan titik-titik terang. Dan adalah tenaga-tenaga yang keluar itu besar sekali, dan oleh kemahuan yang teguh dapat dikerahkan menurut kemahuan kita. Dan dengan kemahuan yang teguh, amat banyak kemungkinan-kemungkinan yang diidam-idamkan dengan mempergunakannya bisa diperdapat. Dan adalah kedudukan kita dengan tenaga ghaib kita itu laksana seorang pemburu dengan senjata automatik di tangannya. Di kala ada musuh, senjata tersebut tidak akan bergerak sendiri menembak kalau tidak si pemburu yang bergerak untuk menembaknya. Hanya perbezaannya, senjata ialah benda mati sedangkan tenaga ghaib kita ialah keadaan sesuatu yang hidup. Dan oleh kerana dia hidup, maka pengalaman-pengalaman dan kemahiran kita dalam memakai dan mempergunakannya menambah pengertian kita kepadanya lebih mendalam satu sama lain, sehingga oleh kerana pandainya kita menurutkannya, maka dia yang tadinya asing dan liar bagi kita telah menjadi menurut pada kita. Dengan perkataan lain, kita telah mengerti padanya dan dia telah mengerti pula pada kita. Peningkatan, pengertian kita kepadanya akan meningkatkan pula kedudukan kita. Kalau tadinya kita dengannya diumpamakan laksana seorang pemburu dengan senjatanya, maka kenaikan tingkat kita itu adalah laksana si penunggang dengan kudanya. Sewaktu kita yang laksana seorang pemburu baru mendapat senjata, terlebih dahulu tentu kita pelajari senjata kita. Kita berlatih bagaimana cara merawatnya (memeliharanya) dan waktu itu alam fikiran kita ingin hendak berburu untuk menembakkan senjata kita. Kita pergi berburu atau kita cari perburuan guna untuk mencuba dan memakai senjata kita, sehingga sampai mahir kita dalam cara memakai dan mempergunakannya. Seorang pemburu yang baik, selain dari mahir dalam kepandaiannya mempergunakan senjata, juga hendaknya mempergunakan pula alam fikirannya dan sebaik99
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

baiknya berbudi-pekerti. Apa tujuan kita dengan mempergunakan fikiran dan berbudi itu? Maksudnya ialah supaya kalau kita menembak, janganlah sebarang tembak sahaja. Apalah gunanya umpamanya kita menembak seekor binatang yang tak akan memberi faedah kepada kita dan dibiarkan begitu sahaja jadi bangkai? Apalagi dia tidak mengganggu kita? Bukankah dia juga makhluk hidup dan ingin pula memperkembang kehidupan di alamnya sendiri? Seorang pemburu yang berbudi dan mempergunakan akal fikirannya sudah tentu tidak akan menembak sebarang buruannya, dan tidak akan membuang peluru sebarang sahaja. Pengertian dan kemahiran kita memakai senjata tadi mendatangkan peningkatan pada kedudukan kita dari seorang pemburu dengan senjata kepada seorang penunggang dengan kuda. Bagi seorang perajurit, adalah ini kenaikan pangkat dari seorang perajurit yang berjasa kepada kepala pasukan. Masa menjadi seorang pemburu sebagai period (tahap) pertama telah kita lewati, dan sekarang kita memasuki period kedua iaitu jadi seorang penunggang dengan kuda. Kuda ialah kenderaan bagi kita. Kalau tadinya kita dengan bersusah-payah dan memakai waktu yang lama mencapai tujuan kita, maka dengan perubahan kedudukan kita itu (dengan kenderaan yang telah kita punyai), maka akan lebih cepatlah kita sampai pada tujuan kita. Dalam praktik, kalau kita tadinya mengangkat senjata untuk menembak, maka setelah kita mempunyai kuda tunggangan, untuk mencapai tujuan kita harus memegang talinya supaya dapat kita kendalikan. Kalau tadinya kita mempunyai senjata, maka dengan meningkatnya kedudukan kita (sebagai tambahan), kita mempunyai kuda tunggangan. Oleh kerananya kedudukan kita jadi merangkap, bahawa kita boleh jadi si penunggang dan sekaligus si pemburu, dengan mempunyai kenderaan kuda merangkap senjata. Kalau si pemburu meletakkan senjata, maka berpisahlah antara
Diriku Yang Kukenal

100

DR. BAGINDO MUCHTAR

yang satu dengan yang lain. Begitu pula kalau si penunggang turun dari kudanya. Si pemburu, walau bagaimana sekalipun mahirnya memakai senjata, kalau akan mempergunakan senjatanya, selama dia melakukannya dengan sikap duduk atau berdiri. Si pemburu yang mahir tadi setelah menjadi si penunggang kuda, sambil berjalan dan berlari dengan memegang tali tunggangannya, dia harus pandai mempergunakan senjatanya. Untuk ini, si penunggang tentu mengadakan latihan-latihan dan mencari pengalaman sebanyak mungkin. Peralihan kita dari si pemburu kepada si penunggang tidak akan membawa perubahan pada badan kita secara kenyataan. Perhatikanlah seseorang yang memegang dua jabatan yang dinamakan merangkap. Umpamanya presiden merangkap perdana menteri. Orangnya itu juga. Atau menteri dalam negeri merangkap gabenor atau kepala daerah ibu kota dan lain sebagainya. Akan tetapi, peralihan senjata kepada kuda sangat meminta perhatian yang saksama untuk diketahui proses perkembangannya sebab sangat berguna untuk kemajuan diri kita dan bagi masa depan kita. Senjata dari si pemburu yang kita jadikan perumpamaan dari tenaga ghaib yang telah kita punyai itu tadinya kita anggap barang mati, aneh lagi ajaib setelah kita dapat mengenalnya, mengalih pandangan dan pengertian kita kepadanya dari barang mati kepada barang yang hidup. Tetap aneh dan ajaib, apalagi setelah kita dapat menurutkan jalannya, perkembangnya dari senjata ke kuda. Maka bertambah yakinlah kita bahawa tenaga ghaib kita itu hidup dan berasal dari sesuatu yang hidup, yang keluar dari diri kita melalui badan kita dan menembus alam sendiri melalui hujung tali-tali yang bertali tiada tergantung, dan dapat kita merasakannya melalui hujung jari-jari kita. Maka adalah seluruh perkembangan itu berjalan menurut jalan yang ada di dalam batang-tubuh kita atau menurut saluran badan kita, dan oleh kerananya (berdasarkan perkembangan itu) menjelmalah badan kita sendiri atau dengan perkataan lain, kita
101
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

membentuk badan diri sendiri menurut bentuk yang telah ada. Perbezaannya dengan badan kasar kita ialah oleh kerana asalnya dari tenaga ghaib, maka tak dapat pula kita melihatnya dengan mata biasa. Berdasarkan keterangan di atas, maka perkembangan selanjutnya dari senjata kita tadi yang pada permulaannya dengan kata perumpamaan ke kuda, dan dari sini kalau kita mahu meningkatkan lagi setingkat ke atas ialah kepada kesempurnaan, atau insan kamil yang meliputi keseluruhannya. Dalam perkembangannya tenaga ghaib itu ke dalam ialah diri membentuk diri melalui saluran-saluran yang telah ada di dalam batang-tubuh kita. Oleh kerananya, pengembaraannya itu membentuk badan sendiri lebih dahulu sebelum dapat membentuk diri sendiri. Untuk kesempurnaannya, sesudahnya kita dapat membentuk diri dan badan kita, maka adalah kewajipan kita untuk mengisinya menurut isi batang-tubuh kita yang telah ada selengkapnya. Kelengkapan dari batang-tubuh kita dengan isinya dapat disimpulkan terdiri dari urat, tulang, otak, benak, bulu, kulit, darah, daging, hati, jantung, limpa, rabu dan empedu. Diri mengisi diri dengan diri. Diri memperkembangkan diri sampai meliputi keseluruhannya. Yang diliputi ialah badan diri. Tindak-laku perbuatan memperkembang sampai meliputi itu bererti diri membentuk diri dan mengisinya. Sesudah itu memperkembang diri sendiri. Memperkembang diri sendiri bererti mengisi badan diri. Yang diisi ialah apa yang ada pada badan sejak dari luar sampai ke dalam. Dengan demikian, maka diri membentuk badan sendiri di dalam. Maka berdirilah aku; batin cukup dengan perlengkapannya dengan sempurna. Diri yang telah sempurna ialah: Diri yang telah bangun dari tidurnya Diri yang telah mengetahui akan keadaannya Diri yang telah sedar dan mengetahui siapa dia
Diriku Yang Kukenal

102

DR. BAGINDO MUCHTAR

sebenarnya Diri harus menyayangi badannya, mengetahui keperluannya, mengetahui tugas kewajipannya sebagai seorang manusia, mengetahui tugas kewajipannya sebagai hamba Allah (abdi Tuhan). Untuk itu dia harus bergerak, harus berjuang, harus berbuat, harus berlaku dan harus bertindak kalau perlu. Dia harus mempelajari alam sekelilingnya, tahu mana yang kawan mana yang lawan, tahu mana yang baik dan mana yang buruk, tahu ombak yang bersambung angin yang akan bertiup, tahu gabak (awan) yang akan menjadi hujan. Dan masih banyak lagi yang akan diketahuinya. Penglihatan mesti tajam, pandangan mesti terang, jauh ke muka; ke kiri dan ke kanan. Dengan begitu maka kita mulai mengenal alam di luar alam kita sendiri. Pelajarilah alam sendiri dengan saksama sebelum kita memasuki dan mempelajari alam di luar alam kita. Kesempurnaan kita berlaku dengan memperkembang diri kita sampai meliputi keseluruhannya, yang mana proses perkembangannya ialah: Dari tak tahu-menahu menjadi seorang pemburu dengan senjata di tangan Dari seorang pemburu dengan senjatanya menjadi si penunggang dengan kudanya Kita yang tadinya telah menjadi manusia dalam proses perkembangan seperti yang disebutkan di atas, tetap jadi manusia walau apapun yang terjadi pada diri kita. Yang dijadikan senjata pada kita iaitu diri. Diri berkembang terus sampai menjadi kuda, bererti kenderaan bagi kita. Dan selanjutnya kalau ditingkatkan terus pengetahuan kita mengenai diri kita, maka diri itu akan berkembang terus menjadi kita sendiri sehingga berdirilah diri kita itu lengkap dengan perlengkapannya yang ada. Kita yang telah menemui diri sendiri, telah mengenal betul akan dirinya dan telah berkembang pula menjadi kita yang
103
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

bernama Aku dan telah berada di muka pintu, bertanya, Mahu apa, dan hendak ke mana Aku? Semenjak diri telah lengkap berdiri seperti dengan perlengkapannya yang ada, maka semenjak itu pula akan berlainan pandangan hidup kita dari yang sudah-sudah seumpama siang dengan malam atau ibarat terang dengan gelap. Perjalanan hidup yang telah dibawakan selama ini, sebelum kita dapat mengenal diri kita ialah berjalan pada malam hari atau berjalan di dalam gelap, meraba-raba dengan tidak punya pegangan atau jalan sebagai petunjuk dalam perjalanan. Saya yang telah ada, berlainan dengan A-ku yang telah berdiri. Untuk membuktikan perbezaan antara saya dan engkau, kami tunjukkan contoh kepada Presiden Sukarno di waktu berpidato apabila dia memakaikan saya dan A-ku. Di sinilah terletak di antara lain kelebihannya. A-ku yang berdiri dengan sendirinya yang telah ditemui dan dikenal kekuatannya atau tenaganya berlainan dari aku yang di aku-akui, apalagi yang beraku-akuan. Pada permulaan kita mengenalnya adalah dia itu nyawa kita, iaitu senjata bagi kita yang dianggap barang mati. Setelah kita tingkatkan pengetahuan kita, pengalaman dan penelitian yang saksama menunjukkan kepada kita bahawa dianggap barang mati itu kenyataannya bukanlah mati, melainkan hidup. Dan kelanjutan dari penelitian kita menentukan dan menetapkan pula bahawa adalah dia itu terdiri dari kumpulan zat-zat hidup, dan itulah diri kita yang bagi kita berdiri dengan sendirinya. Badan yang telah dipersenjatai dengan diri, dan diri yang telah mengenal badannya dan badan yang telah dapat pula mengenal dirinya yang sebenar, telah saling kenal-mengenal satu sama lain sehingga si badan telah menyayangi dirinya dan diri telah mengasihi badannya. Si badan mulai sedar dan dapat mengetahui bahawa suatu
Diriku Yang Kukenal

104

DR. BAGINDO MUCHTAR

kekeliruan besar di perjalanan hidupnya yang sudah-sudah yang telah dibawakannya disebab-keranakan salah pandangan dan salah tangkapan dalam memahami akan keadaannya. Jalan yang diturutinya jalan hampa dan kosong, sedangkan yang teramat penting dan sangat amat berguna bagi kelanjutan perjalanan hidupnya disia-siakannya dan tak pernah diikut-sertakannya dalam tindak-tanduknya untuk tujuan atau mendapatkan sesuatu. Si diri yang tadinya tidak diambil peduli oleh yang mengandungnya mengambil sikap masa bodoh (tidak peduli), walaupun dia yang langsung merasa dan menderita dan merana oleh perbuatan si badan yang tak tahu di diri itu. Dan setelah si badan sedar dari kekeliruan pandangannya, maka setelah dia dapat mengenal dan menemui dirinya dan setelah dia dapat mengetahui bahawa yang dikandung dalam segala hal melebihi kesanggupannya dari yang mengandung, maka dengan sendirinya lahirlah pengakuannya pada dirinya sendiri, dengan dalam segala tindak-laku perbuatannya, dirinyalah yang dikemukakannya. Si diri yang tadinya membisu seribu bahasa disebab-keranakan tidak dipedulikan oleh yang mengandungnya, sebelum mencapai pengakuan dan penyerahan yang bulat dari si badan, mulai sedar dan bangun dan tahu sudah bahawa yang dikatakan badan itu adalah kepunyaannya, teman hidupnya sejati dunia dan akhirat, selapik-seketiduran, sebantal dan sekalang hulu, sehina-semulia, ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, sudah tentu tak akan membiarkan badannya sengsara, merana atau menderita. Air yang setitis dari gunung, setelah melalui masa jalan yang berliku-liku dalam perjalanannya ke muara telah menjadi sungai dan akan mengharungi lautan lepas. Walaupun jalan yang dilalui banyak lekuk-likunya, akan tetapi jalannya itu ialah jalan berisi, tiada hampa dan kosong. Adalah yang dinamakan sungai yang telah sampai di muara itu ialah kumpulan dari titisnya air, dan berbagai-bagai tempat dan jurusan yang satu tujuan iaitu laut lepas. Begitu pulalah laksana diri kita yang terdiri dari kumpulan
105
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

serba-serbi zat dan mengaliri seluruh batang tubuh dan memberi daya hidup kepada kita. Jalannya berisi, memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dia dikandung oleh yang mengandung. Biasanya yang dikandung ditanggung oleh yang mengandung, akan tetapi oleh kerana salah memahami akan isi dari kandungan tersebut, maka yang mengandung yang bersalah, yang dikandung atau si kandung yang menanggung. Yang mengandung tidak mengetahui akan rahsia kandungannya, bahkan tak pernah menjadi perhatiannya. Seorang ibu yang mengandung belum dapat mengetahui rahsia kandungannya sebelum kandungan itu lahir. Bagi si kandung yang telah dilahirkan, kelahirannya itu mengandung pula. Sama-sama mengandung, akan tetapi berlainan kandungan. Sama-sama menanggung, akan tetapi berlainan tanggungan. Kita mengandung dalam kita dikandung. Ibu menanggung dalam kita kandungmengandung. Akan tetapi, kita yang selagi dalam kandungan mengandung, tidak menanggung. Ibu yang mengandung berasa bahagia setelah kandungannya lahir atau setelah kita dilahirkan. Si bayi menangis setelah ia dilahirkan. Kenapa begitu? Si ibu yang mengandung berasa bergembira setelah kandungannya lahir. Si bayi menangis sewaktu keluar dari kandungan kerana tali pergantungan telah putus, bumi tempat berpijak telah terbenam. Dia harus mencari tali baru untuk bergantung dan bumi baru tempat berpijak. Dia dibawa, dididik dan diasuh untuk menghadapi kenyataan memenuhi keperluan lahir dan amat sedikit dan terbatas diberi pengetahuan mengenai yang tidak nyata atau yang ghaib. Dan, pengaruh kenyataan itulah yang menyebabkan dia lupa akan di dirinya sendiri, lupa akan kandungannya. Si ibu belum akan berasa bahagia sebelum kandungannya lahir dan begitu pulalah hendaknya yang mengandung dalam dikandung itu, seharusnya setelah dilahirkan sebelum akhir hayatnya, melahirkan kandungannya pula hendaknya untuk kesempurnaan kejadiannya.
Diriku Yang Kukenal

106

DR. BAGINDO MUCHTAR

Pada kelahiran pertama kita menjadi anak dari yang melahirkan kita, sampai menjadi besar. Dan pada kelahiran kedua, kita sendiri seharusnya melahirkan kandungan kita kerana yang dikandung dan yang mengandung adalah kita jua. Hanya bezanya berlainan cara melahirkan. Kita yang mengandung dalam dikandung, rahsianya letaknya di dada. Dan kita yang dikandung oleh yang mengandung, letaknya bukan terahsia lagi melainkan sudah diketahui umum iaitu di perut (di rahim) ibu. Ketentuan jantan-betina, laki-laki atau perempuan seseorang ialah setelah dia keluar dari perut ibunya, akan tetapi rahsia dari seseorang letaknya terkandung di dadanya. Rahsia yang dimaksudkan bukanlah rahsia badan (yang bagi ahli anatomi bukan rahsia lagi), melainkan yang dimaksud ialah rahsia diri; pokokpangkal dari seluruh jalannya kegiatan kehidupan kita sejak dari dalam sampai ke luar atau sebaliknya dan seterusnya dunia dan akhirat. Ahli-ahli fizik (physician) telah jauh maju dan telah banyak dapat mengetahui rahsia badan, akan tetapi amat sedikit sekali ahliahli yang tahu yang mencurahkan perhatiannya di bidang metaphysics. Penemuan kita akan diri sendiri memberi banyak kemungkinan-kemungkinan yang bisa dilakukan dengannya (dengan tenaga-tenaga yang terkandung di dalam yang dinamakan tenaga ghaib). Untuk ini kita harus dapat menguasai dan mempunyainya secara positif hendaknya, dan dapat mengenalnya dalam erti kata yang sebenarnya. Dari itu, pelajarilah dia secara mendalam sehingga kita dapat mempergunakannya dan mengambil faedah daripadanya. Tingkatkan terus pengetahuan kita untuk mengetahui sesuatu kerana banyak lagi harus diketahui dan yang belum diketahui. Adalah ilmu itu tidak sesulit yang diduga dan tidaklah semudah yang diharapkan. Jauh tidak, dekat pun tidak dari kita. Dan adalah dia itu ilmu sejati, ilmu benar, ilmu dunia dan ilmu
107
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

akhirat. Yang sulit ialah jalan untuk mendapatnya (untuk menemuinya). Berapa banyak sudah orang mencari ilmu, akan tetapi jarang orang mendapat yang sebenarnya. Kerana apa? Kerana jalan yang dipakainya untuk itu tidak jalan benar. Jalan yang benar ialah jalan yang berisi nikmat, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat, jalan yang berpetunjuk, lagi lurus. Renungkanlah dengan apa yang ada padamu bagaimana (supaya) mendapat jalan itu. Kalau engkau memandang ke luar, engkau akan melihat jalan yang terentang panjang, yang tak habishabisnya. Jalan itukah yang akan engkau turutkan? Silakan. Boleh cuba. Pada suatu waktu atau ketika nanti, engkau akan berasa dan mengatakan bahawa tidak ada yang aku perdapat pada jalan itu. Kalau engkau capek dengan berjalan kaki, boleh cuba naik mobil, naik keretapi. Naik sampan kalau harus menyeberangi sungai. Naik kapal terbang kalau mungkin yang engkau cari di udara. Akan tetapi, setelah engkau lalui itu semua dengan ada mempunyai kesanggupan, engkau akan mengatakan pula bahawa, tidak ada yang aku perdapat pada perjalanan itu. Kenapa begitu? Kerana tidak berjalan pada jalan yang benar. Engkau naik mobil menumpang di jalan mobil. Menumpang di biduk orang, di kapal terbang, masih menumpang juga namanya. Setelah segala macam jalan engkau turuti dengan tidak mendapat apa-apa yang dihajati, masih ada perbuatan yang lain yang nampak iaitu tidak dengan melakukan perjalanan jauh, cukup di rumah atau di surau (langgar) dengan bersemadi, berzikir, masuk suluk. Silakan. Boleh cuba dan lambat-laun engkau akan mengatakan nanti, bahawa belum diperdapat yang sebenarnya. Kenapa begitu? Kerana tidak berjalan pada jalan yang benar. Jalan yang benar itu letaknya ialah padamu sendiri iaitu di dirimu, bukan di badanmu. Dari itu cari dan temuilah dirimu lebih dahulu dan pelajari akan rahsianya. Penemuanmu akan dirimu sendiri, pengenalanmu dengannya dan pemecahanmu akan rahsianya dan penelitianmu yang saksama memungkinkan engkau
Diriku Yang Kukenal

108

DR. BAGINDO MUCHTAR

akan menemui jalannya. Jalannya jalan terang, bukan gelap. Sekiranya engkau telah menemui jalan yang dimaksud, yang bererti pula engkau telah menembus alammu sendiri yang dalam kegelapan (si terang menembusi si gelap), engkau harus sangat hati-hati menurutkan jalan itu, atau kalau dalam hal ini engkau yang si terang berjalan pada jalannya sendiri, sangat banyak makhluk-makhluk yang berkeliaran dalam kegelapan mencari tempat untuk berlindung atau bernaung. Mereka meraba-raba dalam gelap dengan tak tentu arah tujuan. Perjalanan kita bagi mereka adalah seolah-olah mereka dari jauh melihat cahaya. Dan maka berbondong-bondonglah (berduyun-duyunlah) mereka itu menuju cahaya yang dimaksud. Kalau kita sendiri tak hati-hati dalam perjalanan itu, mungkin kita kehilangan pedoman oleh kerana dikerubunginya, apalagi kalau kita sampai ditungganginya. Kalau kita sampai dikerumuninya atau mereka itu pada bergantung pada kita, dan dengan tak disedari sampai mempengaruhi kita sampai ke dalam batang-tubuh kita, maka kita akan kehilangan peribadi, yang mengakibatkan tidak baik kepada jalannya kehidupan kita atau masa depan kita. Dari itu, berpegang teguhlah pada Tali-Tali Allah, pada jalan-Nya dan jangan bercerai-berai. Kembalilah ke jalan yang benar dan jalan itu ada di dirimu, bukan di badanmu. Mereka yang telah dapat menemui dirinya dengan penelitiannya yang saksama dan mendalam, dan tali-tali itu kalau diturutkan akan menemukan pula akan jalan-jalannya iaitu jalan yang lurus lagi benar. Di dirimulah adanya itu tali-tali, dan di dirimulah adanya jalan yang benar yang akan diturutkan. Ingatlah akan kupasan kami tentang yang tergantung tiada bertali dan bertali tiada tergantung. Dengan engkau perdapat itu jalan, maka tidak akan sulitlah rasanya engkau perdapat yang diidam-idamkan. Percayalah pada diri sendiri yang mengandung banyak rahsia itu. Setelah engkau menemui dirimu dan telah kenal betul akan keadaannya dirimu sendiri, apa sesudah itu yang akan engkau
109
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

lakukan? Lengkapkan akan keadaanmu sebab di mukamu terbentang lautan hidup yang maha luas. Sebelum engkau mengharungi lautan hidup, selain dari engkau mempersiapkan segala perbekalan yang perlu, hendaklah engkau mempunyai bahtera atau kapal, atau setidaknya perahu. Dan bahtera itu harus lengkap dengan kemudinya. Untuk mendapatkan dan melengkapkan itu hendaklah engkau perbuat dan lakukan dengan dirimu dan dengan apa yang ada padamu. Janganlah sekali-kali engkau fikirkan hendak menumpang dengan kapal orang. Setelah segala sesuatunya engkau punyai dan kuasai (sudah lengkap segala-galanya), maka berlabuhlah di muara dengan pengertian tegaklah di batas iaitu antara luar dan dalam dan lautan hidup terbentang luas di hadapanmu. Layarilah lautan hidup itu dengan apa yang ada padamu. Dan di hadapanmu terbentang luas jalan untuk sesuatu. Dan ini pun bergantung pada kemahuan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Orang yang tak ada kemahuan sama juga dengan bangkai bernyawa. Kalau tuan ketahui bahawa jalan terbentang luas di hadapan tuan, dan kalau tuan dapat merasakan jalan itu, maka turutilah jalan itu, dan jadilah menjadi seorang pengembara yang musafir, yang sentiasa berjalan dan berjalan dan terus berjalan. Jalan yang dituju atau jalan yang dimaksud ialah jalan yang berpetunjuk, jalan yang berisi, jalan yang memberi nikmat, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Pada Tuhan hanya satu jalan iaitu jalan kembali kepadaNya. Bagi kita ada banyak jalan iaitu jalan kehidupan kita. Dari itu, berpeganglah pada Yang Hidup kerana pada-Nya yang ada itu jalan. Untuk itu, kita mesti ada kemahuan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan jalan itu kita perdapat dan temui dalam keadaan sedar. Jalan itu kita cari bukan dengan alam fikiran kita, melainkan dengan tangan kita sehingga kalau jalan itu telah ditemui, maka kita dapat merasakannya, dan jalan itulah yang akan diturutkan, jangan alam fikiran kita. Dudukkanlah dirimu di tempatnya iaitu tempatnya di ketenangan setenang-tenangnya.
Diriku Yang Kukenal

110

DR. BAGINDO MUCHTAR

Begitupun pula pembawaan kita harus tenang, dan usahakanlah supaya segala sesuatu-suatunya, diri kita yang berbuat. Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, iaitu diri yang telah diperkembang menjadi dan merupakan kita di dalam. Dengan kejadian itu dalam bilangan, maka kita telah menjadi dua iaitu satu di luar yang berbadan, dan yang kedua ialah di dalam yang berdiri. Selagi kita masih hidup namanya di dunia ini, kita tidak bisa menceraikan badan dari diri. Diri dicukupkan dengan apa yang ada di badan kita sehingga meliputi keseluruhannya. Dari bilangan dua kita harus menuju ke bilangan tiga. Di mana letaknya itu bilangan ketiga? Oleh kerana kita telah mengatakan bahawa yang satu ialah kita yang berbadan, dan kedua ialah kita yang berdiri, maka adalah yang ketiga ialah yang berdiri di luar yang berbadan dan yang berdiri, yang dinamakan saudara. Bagaimana kita dapat menghubungi saudara kita itu? Kita tak dapat menghubunginya dengan yang berbadan oleh kerana kenyataannya tidak ada. Keadaannya ialah dalam tiada iaitu ghaib. Maka dengan diri yang telah berdirilah kita dapat menghubungi saudara kita. Penemuan kita dengan saudara sendiri itu, maka dalam bilangan kita telah menjadi tiga tetapi satu. Satu sebenarnya tiga dalam bilangan. Maka adalah kewajipan kita kalau kita mahu, memperbanyak saudara kita lahir dan batin. Dan begitulah maka timbul si 4, si 5, si 6, si 7, si 9 dan seterusnya. Dan adalah kesemuanya yang timbul sesudah kita ialah saudara kita, bukan seteru kita. Seteru kita ialah syaitan dan iblis yang sentiasa mengejar kita yang berbadan. Kalau kita tahu bahawa kita lebih kuat dari dia, dan kita perlihatkan atau kemukakan kekuatan kita itu, pasti dia tidak mahu mendekati kita, yang bererti tak sanggup memperdayakan kita. Di mana letaknya kekuatan kita itu? Kekuatan kita itu letaknya ialah di diri kita, bukan di badan kita. Untuk memperlihatkan kekuatan kita itu, maka dirilah yang kita kemukakan iaitu diri yang
111
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

telah berdiri dan terdiri dari titik-titik terang yang memancarkan cahaya atau nur yang datang dari Nurrullah. Bagaimana duduknya itu nur di dalam batang-tubuh kita? Untuk menjawabnya, maka kami turunkan petunjuk dari Tuhan yang termaktub dalam alQuran Surat an-Nur ayat 35, yang dalam bahasa Indonesianya seperti di bawah ini: Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan bintang yang berkilau-kilau di langit. Pelita dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timur dan pula di Barat. Hampir-hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping cahaya. Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada Cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.
(al-Quran Surat an-Nur ayat 35)

Perumpamaan yang ditunjukkan Tuhan untuk kita pada ayat tersebut di atas ialah supaya dapat mengetahui keadaan diri kita di dalam, kalau di lihat dari luar. Maka adalah yang diumpamakan rumah itu ialah badan kita. Dan adalah titik-titik terang yang disebutkan, yang memancarkan cahaya itu titik dari Tuhan yang dinamakan zat yang berasal Zattullah. Berbicara mengenai Zattullah, maka teringatlah kita bahawa tidak ada yang tidak ada pada Tuhan. Dia-lah Yang Menjadikan segala yang dijadikan dan Dia-lah Yang Mengadakan segala yang diadakan. *** Dan berbuatlah sebanyak-banyak mungkin dengan dirimu.
Diriku Yang Kukenal

112

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kamu sendiri tidak akan lebih pintar dari dirimu sendiri. Serahkanlah segala apa yang ada padamu padanya untuk kebaikkan sendiri dan supaya bebas dirimu bergerak, berbuat dan berlaku. Dan kenalilah dirimu dalam erti kata yang sebenarnya supaya dapat engkau mengetahui dan mengakui bahawa memang ada kelebihan dirimu dari kamu sendiri. Kamu yang berbadan berlainan dari dirimu yang telah berdiri. Badan dan dirimu itu sebenarnya satu. Ilmu pengetahuanku memecahnya jadi dua. Kamu keluar dari perut ibumu bersaudara. Di mana saudaramu itu sekarang berada? Setelah engkau besar dan tahu di dirimu, benarkah engkau memikirkan saudaramu itu? Kalau pernah, adakah engkau berusaha mencarinya? Setahu kita dia sekarang tidak ada berserta kita lagi. Oleh perbuatan bidan atau dukun beranak, maka saudara kita tadi dibuang di kali, di laut atau di kubur. Jadi semenjak itu, dia sudah tidak ada lagi. Kejadiannya dia ada dalam sebutan, tidak ada dalam kenyataan. Bagaimana cara kita dapat menemui saudara yang ada dalam sebutan dan tidak ada dalam kenyataan itu? Kalau dicari dengan badan diri kita sudah tentu tidak bisa bertemu sebab dia sudah tidak ada lagi. Kalau hendak mencarinya, carilah dengan diri sendiri. Tentu bertemu, kerana dia sama-sama ada dalam sebutan tetapi tiada dalam kenyataan. Hanya beradanya diri di dalam dan apa yang dinamakan saudara bagi kita itu di luar batang tubuh kita. Dengan telah dapatnya kita menemui saudara sendiri itu, maka dalam bilangan kita telah menjadi tiga, berdasar jalannya ilmu pengetahuan kami seperti tersebut di atas. Kita yang tadinya di dalam perut ibu sebumi, selangit, selapik, seketiduran, sehina, semulia, sakit-senang sama-sama dirasakan, setelah kita lahir ke dunia nyata, maka kita dipisahkan satu sama lain sehingga kita si adik tadi tidak tahu di mana saudara kandungnya tadi berada. Rantau di mana dihuninya? Lautan yang mana dilayarinya? Kalau dia di lurah, lurah mana didiaminya. Kalau di gunung, gunung yang mana yang itu ditunggunya. Khabar
113
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

tidak, berita tidak, adakah kakak (saudara tua) kita tadi mengingat kita atau kita sendiri yang tak tahu di kakak? Maka sekarang setelah kita besar sudah dan banyak pengalaman, maka dapatlah kita mengetahui bahawa semenjak dalam kandungan, kita ada mempunyai saudara kandungan yang dinamakan kakak, dan semenjak keluar dari perut ibu maka kita dipisah antara yang satu dengan yang lain, dan masing-masing menjalankan kehidupan sendiri-sendiri di alam sendiri pula. Maka dengan segala kesedaran dan keinsafan, kita carilah saudara kandung itu untuk supaya dapat mengetahui keadaan masing-masing; sakit-senang supaya samasama dirasakan, dan supaya dia dapat melakukan, menolong kita dalam hal yang kita tak dapat melakukannya. Seperti telah diterangkan di atas, cara mencarinya bagi kita ialah dengan ilmu pengetahuan kita, dengan diri kita. Telah kita ketahui sekarang, kita yang tadinya seorang dalam tangkapan dan pengertian. Dengan cara pemecahan ilmu pengetahuan ini telah menjadi dua. Dan dengan penemuan kita kepada saudara kandung yang hilang, dalam bilangan kita telah menjadi tiga, akan tetapi satu. Buat kita tentu tiga lebih kuat dari satu, apalagi kalau kita tahu bahawa masing-masing mempunyai berlainan kelebihan. Dan anehnya, satu sama lain perlumemerlukan untuk merasakan apa yang dinamakan bahagia sepanjang masa dunia dan akhirat. Ketiga-tiganya adalah seumpama tungku tiga sejarangan. Pemecahan kita yang tadinya satu menjadi dua, ialah pertama badan; kedua diri, menjadikan kita yang berbadan dan kita yang berdiri. Letaknya satu di dalam dan satu di luar, dan keluarnya nampak badan meliputi diri. Setelahnya kita dapat mengadakan pemisahan antara satu dengan yang lain secara ilmiah dan setelah kita dapat mengenal diri kita yang sebenarnya, maka untuk kemajuan kita di segala bidang kehidupan, maka diri yang dibangun sampai berdiri dan berkembang dengan sendirinya itu yang meliputi badan kita, guna untuk menyelamatkan badan dari
Diriku Yang Kukenal

114

DR. BAGINDO MUCHTAR

gangguan-gangguan, penghalang-penghalang iaitu syaitan, iblis yang sentiasa kerjanya memperdayakan kita. Dan kalau kita dapat mengetahui bahawa pada kita iaitu di diri kita ada anti-iblis, maka selain kita sendiri terlepas dari godaan syaitan iblis, kita akan dapat pula menolong orang-orang yang menderita atau yang telah terpedaya oleh perbuatan syaitan, iblis. Kita dapat membebaskannya dan membawanya kembali kepada jalan yang benar atau kalau sakit mungkin kita dapat menyembuhkannya. Pengetahuan kita mengenai yang ketiga yang dinamakan saudara ialah setelah kita besar, dan setelahnya kita dapat mengetahui bahawa semenjak kita dilahirkan bersama-sama kita keluar, dan oleh orang yang menampungnya ditempatkan dalam suatu wadah untuk seterusnya dibuang di kali atau di laut atau di tanam. Dan itulah dia saudara sepelulusan (seibu) kita. Tatkala di dalam perut ibu kita selangit, sebumi, selapik seketiduran, sebantal, sekalang hulu, sakit-senang sama-sama dirasai, ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, sehina-semulia, sepantangsepenjatian. Dan bagi kita sekarang, setelah kita menjadi besar dan menjadi orang yang telah banyak mengalami bermacam-macam corak ragamnya kehidupan, maka sudah sepantasnyalah kita rasanya insaf dan sedar akan diri kita bahawa tatkala dalam kandungan kita bukan sendiri, melainkan ada saudara sekandung kita tempat kita beria, berbukan, sandar-bersandar dan juga menjagai satu sama lain. Dan sekarang, di mana saudara sekandung kita itu berada? Kalau kita tanya pada orang atau kepada ibu bapa kita sendiri semasa beliau masih hidup tentu kita akan mendapat jawapan, Sudah terbuang. Kalau kita tanya lagi kenapa dibuang? Kita akan mendapat jawapan kira-kira begini, Kakakmu itu dibuang oleh kerana tidak berupa dan bertampan (dan berwujudkan manusia serupa engkau) yang telah lazim di kampung atau di negeri kita dia dibuang, di tanam atau dihanyutkan. Bagaimana perasaanmu sekarang setelah engkau dapat mengetahui bahawa saudara sekandungmu itu begitu sahaja
115
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dibuang tanpa ada kesalahan dan tanpa diadili? Biar buruk sekalipun, namanya tetap saudara-sekandung bukan? Berasa hinakah engkau mempunyai saudara yang tak tentu bentuk rupanya? Akan berasa turunkah darjat engkau mendapatkan saudara serupa itu? Dan sekarang, setelah engkau sedar dan insaf, engkau biarkan sahajakah saudara sekandungan itu begitu sahaja dibuang? Renungkanlah dalam-dalam, apakah tambah ruginya bagimu. Dan sekarang dia telah dibuang dan telah lama terbuang, iaitu semenjak engkau sama-sama dipancarkan ke dunia ini, engkau akan membalas dendam kepada orang yang membuangnya? Tak perlu kerana dia pun tak bersalah. Kerana begitu kebiasaan yang telah berlaku. Atau akan engkau biarkan sahaja dia dalam buangan? Belum tentu nasibnya lagi barangkali lebih baik dari engkau, dan mungkin dia lebih tahu dari engkau kerana dia adalah kakakmu. Bagi kita yang telah sedar dan insaf dan telah dapat mengetahui, memahami dan merasakan kembali betapa nikmatnya hidup berdampingan dengan saudara sekandung itu semasa dalam perut ibu yang tak pernah mengeluh, tak pernah mengenal susah, yang tak tahu-menahu dari mana datangnya makanan yang akan dimakan, minuman yang akan diminum, pokoknya tahu ada sahaja; lapar ada yang akan di makan, haus ada yang akan diminum. Dan sekarang setelah kita di pisah satu sama lain, kita harus berjuang untuk hidup, mengembara ke sana ke mari, mencarikan perut yang tak berisi, punggung yang tak bertutup dan meningkatkan kehidupan kepada kehidupan yang lebih layak dan pantas menuju kepada kesempurnaan hidup yang hakiki. Bagiku, adalah keinginanku sekarang, bahkan menjadikan kewajipanku untuk mencari kakak sekandungku itu walaupun di mana dia berada untuk hidup berdampingan kembali di alam yang maha luas ini; sakit sama-sama ditanggungkan, senang sama-sama dirasai, sehilir-semudik, jika menyorok sama-sama bongkok, jika
Diriku Yang Kukenal

116

DR. BAGINDO MUCHTAR

tegak sama-sama lurus, selapik seketiduran, sehina-semulia, sepantang-sepenjadian, ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, kenal-mengenal satu sama lain, beria-berbukan semoga dengan telah kembalinya sirih ke gagangnya, pinang ke tampuknya, dengan telah bertemu kembali ruas dengan buku, terciptalah hendaknya nikmat hidup seperti yang telah sama-sama dirasai sewaktu sama-sama dalam kandungan dan bersama-sama pula mengharungi lautan hidup yang maha luas ini. Berdasarkan huraian yang dapat diungkapkan dengan keterangan yang panjang seperti termaktub di karangan ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa ini adalah hasil dari perjalanan pengembaraanku untuk mengenal dan menemui diri sendiri dan dengannya aku berjalan mencari saudara sekandung yang telah dibuang, yang hilang tak tentu rimbanya, dihukum tanpa diadili. Semoga dengan penemuanku akan diriku sendiri dan penemuanku akan saudara sekandungku yang telah dibuang, terjelmalah hendaknya seperti apa yang diperibahasakan orang : Sirih telah kembali ke gabungnya Pinang telah balik ke tampuknya Ruas telah bertemu dengan bukunya Aku telah mengenal aku yang berbadan. Aku telah mengenal diriku sendiri dan aku telah menemui kembali saudara sekandungku, yang mana satu sama lain kuat-menguatkan ibarat bunyi pepatah. Dan di bawah ini, aku turunkan ayat Tuhan seperti tercantum dalam al-Quran; As-Sajdah, Surat 32 iaitu: Ayat 7: Dia Membaguskan tiap-tiap sesuatu yang dijadikanNya dan Dia Memulai kejadian manusia dari tanah. Ayat 8: Kemudian Dia Jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari air yang kotor (mani). Ayat 9: Kemudian Dia Sempurnakan (kejadiannya) dan ditiupkan Roh ke dalamnya, dan Dia Adakan untukmu
117
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih kepada-Nya. Dengan telah kembalinya sirih ke gagangnya, telah berbaliknya pinang ke tampuknya dan dengan telah ketemu kembali barang yang hilang mempertemukan ruas dengan buku iaitu saudara sekandungku, maka lengkaplah kembali keadaanku yang terdiri dari: Saya yang berbadan; Aku yang telah berdiri; Dia saudaraku yang berada di sampingku. Kami bertiga (Saya - Aku - Dia) adalah satu. Masing-masing sama perlu-memerlukan, seia-sekata, kasih-mengasihi, sayangmenyayangi, cinta-mencintai, hiba-menghiba. Dan adalah A-ku yang banyak mengandung rahsia, berdiri tegak di batas sebagai penghubung antara luar dan dalam sebagai seorang perajurit mempertahankan benteng dari serangan, dan kalau perlu menyerbu menghancurkan musuh. Sebagai seorang guru, memimpin dan menunjukkan jalan kepada muridnya sambil menaburkan ilmu pengetahuannya dengan lampu di tangan memberi penerangan kepada orang yang dalam kegelapan, memberi pertolongan, memberi dan menerima sesuatu untuk sesuatu. Dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa, dengan Ilmu-Nya yang kami amalkan, kami sentiasa mengucapkan syukur dan terima kasih sedalam-dalam dan setinggi-tingginya dengan menyusun jari yang sepuluh, menghunjamkan lutut yang dua, menekurkan kepala yang satu, sambil meminta ampun atas kesalahan-kesalahan yang sengaja dan tidak sengaja, yang telah kami perbuat dan lakukan kerana sebagai seorang manusia biasa, kami tidak luput dari godaan-godaan serta tipu-daya syaitan, iblis yang berkeliaran di alam semesta ini kerana kami menganggap adalah badan diri kami ini berserta apa yang ada pada kami ialah menjadi kepunyaan-Nya. Dan selanjutnya, kami sentiasa memohonkan perlindungan
Diriku Yang Kukenal

118

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan petunjuk-petunjuk yang tak putus-putus guna kami jadikan amalan bagi kami yang akan kami jalankan sampai hari akhir dan sambung-bersambung, turun-temurun hendaknya sampai ke anak cucu kami kelak di kemudian hari. *** Pengalaman hidup yang pahit mendorong kami mencari Tuhan yang disembah. Pengalaman dalam perjalanan menuju kepada-Nya menyakinkan padaku akan adanya Yang Ghaib, akan adanya tali-tali halus yang menghubungkan antara satu dengan lain yang mempunyai daya kekuatan tarik-menarik. Pengalaman juga menunjukkan padaku bahawa tali-tali halus itu ada mengandung isi iaitu zat serba zat yang mengandung daya serba guna. Pengalaman juga menunjukkan padaku bahawa aku tidak berdiri sendiri, bahkan banyak sejenisku berada di sekelilingku. Ya, di mana-mana sahaja (di mana aku berada). Apatah lagi setelah aku dapat menemui jalan yang sebenarnya dan jalan itulah yang menjadi peganganku, maka dengan menurutkan jalan itu ke dalam, aku temuilah diri sendiri, dan pengembaraanku di alam sendiri itu menunjukkan akan keadaan rohaniku. Dan tahu pulalah aku apa yang telah aku perdapat dalam susunan kata-kata seseorang yang diberikannya padaku sebagai hadiah iaitu, Tergantung tiada bertali dan bertali tiada tergantung. Tegak seperti Alif, duduk seperti Wau. Dan dapat tahu pulalah aku apa yang sebenarnya tujuan kata perpatah, Rumah tampak jalan tak tentu. Dan dapat mengembara di alam maha luas lagi tak bertepi itu. Aku telah dapat menembus alamku sendiri dan telah dapat memasuki alam lain, dan dapat pula mengembara di alam yang maha luas. Pertemuanku dengan Tuhan-ku yang disembah, aku tak dapat
119
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

banyak menulisnya kerana bertambah dekat aku kepada-Nya, bertambah kecil aku. Dan begitulah, di Hadirat-Nya aku sudah tidak ada. Keadaanku dalam tiada. Dia Yang Mengetahui yang tak diketahui orang. Dalam perjalanan pulang kembali iaitu dari tiada ke tidak ada, aku dapat menemui Anak Kunci dari segala kunci (kunci pembuka dan penutup) dan dengan Anak Kunci di tangan aku mengembara dan menjelajah, dan begitulah berkat Anak Kunci itu aku dapat menemui Pusat dari segala pusat dan dengan tali pusat itu aku kembali dari tidak ada ke ada. Dan begitulah adanya keadaanku. Dan dengan Anak Kunci di tanganku, yang terpancar bertemu dengan Yang Memancarkan dan bertemu pula dengan Induk Pancar. Begitu pula aku yang ditiupkan bertemu dengan Yang Meniupkan. Dan Aku yang ditiupkan ke dalam suatu wadah yang telah lengkap untukku, mengaliri seluruh apa yang ada padaku menurut saluran tertentu yang Aku namakan batang tubuhku, sempurnalah kejadianku menjadi manusia. Aku sekarang telah dewasa, telah banyak pengalaman dan telah mengembara kian ke mari. Bahkan sampai sekarang Aku tetap mengembara, telah memancarkan pula dan telah mengalirkan pula aliranku, dan telah menurunkan pula turunanku. Anak-anakku terdiri dari anak yang terbaik dari pancaranku dan anak yang menerima dan mendapat aliran dariku. Aku yang tadinya mencari-Nya dengan tujuan meminta keadilan sambil membentangkan segala peristiwa-peristiwa yang telah aku alami, di Sana, di Hadirat-Nya aku berasa malu pada diriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat kukatakan. Tidak ada suara yang dapat kusuarakan. Tak ada gerak yang dapat kugerakkan. Aku tak berdaya. Segala apa yang ada padaku sudah tak ada lagi. Laa Haula Walaa Quwata Illa Billaah Aliyyulazim. Aku kembali sebagai seorang Islam dengan membaca Dua Kalimah Syahadah sebanyak mungkin dan di mana saja aku berada, sehingga telah menjadi pakaian bagiku. Di waktu aku membuka al-Quran, pandanganku tertuju kepada Surat alDiriku Yang Kukenal

120

DR. BAGINDO MUCHTAR

Baqarah, ayat pertama iaitu Alif Lam Mim. Melihat dan memperhatikan akan bentuk dan rupa Alif Lam Mim itu aku teringat akan Anak Kunci yang aku perdapat dalam pengembaraanku. Aku pegang kembali Anak Kunci itu di tanganku dan aku perhatikan dan perhatikan, maka dapatlah aku mengetahui bahawa amat banyak kemungkinan-kemungkinan yang dapat kuperbuat dan lakukan dengannya. Tak salahlah rasanya ahli tafsir mengatakan tentang ini, Hanya Allah yang tahu maksudnya. Ayat ini mengandungi rahsia iaitu Rahsia Ghaib. Jalan yang kutempuh jalan terang, jalan yang memancarkan cahaya, jalan menembus gelap, jalan hidup menembus barang yang mati. Begitulah perjalananku dari gelap kepada terang, dari terang ke gelap, dari hidup ke mati dan dari mati ke hidup. Untuk ini telah aku temui pula ayat Tuhan dalam al-Quran yang bunyinya: Memasukkan malam kepada siang, siang kepada malam, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Rezeki yang tak terhitung banyaknya yang diberikanNya bagi yang dikehendaki-Nya.
( al-Quran Surat Ali-Imran Ayat 27)

Kiranya jalan terang yang aku tempuh ini samalah hendaknya dengan apa yang termaktub dalam Surat al-Fatihah iaitu: Iaitu iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat bagi mereka yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat .
(al-Quran Surat al-Fatihah Ayat 7)

Dan tali-tali halus yang telah kutemui itu semoga tali sebenarnya tali hendaknya iaitu Tali-Tali Allah seperti yang termaktub dalam ayat Tuhan yang berbunyi: Berpegang teguhlah engkau pada Tali-Tali Allah dan jangan bercerai-berai
121
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

( al-Quran Surat Ali-Imran Ayat 103)

Dan zat serba zat yang telah dapat kutemui itu hendaknya zat yang sebenarnya iaitu zat yang berasal dari Zattullah. Dan cahaya yang telah dapat kutemui itu ialah cahaya yang sebenarnya cahaya iaitu nur yang datang dari Nurullah. Pertemuanku yang dijadikan dengan Dia Yang Menjadikan hendaknya suatu pertemuan yang dapat dibenarkan. Seperti yang telah kukatakan, sehingga dapat aku mengatakan, Aku telah pergi sebelum dijemput dan aku telah kembali dari Sana. Dan dapat pengakuanlah hendaknya aku yang telah berjalan menuju kepada kesepurnaan yang telah dapat menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup dengan jalan memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup, dan dengannya dapat menemui barang yang hilang yang telah dapat mempertemukan ruas dengan buku, membalikkan sirih ke gagangnya, memulangkan pinang ke tampuknya dan seterusnya menyelesaikan yang kusut dan menjernihkan yang keruh. Tidak ada yang sempurna di antara kita ini (di antara makhluk). Yang Sempurna hanya Tuhan. Dari itu, jalan yang sebaik-baiknya menuju kepada kesempurnaan ialah jalan kepada Tuhan. Kiranya Tuhan Yang Membenarkan segala tindak-laku perbuatanku dan menerima dan menjadikan seluruh amalanku menjadi apa yang dinamakan Amal Soleh.

Diriku Yang Kukenal

122

DR. BAGINDO MUCHTAR

BUKA-MEMBUKA

Yang Terbuka Pintu Yang Dibukakan Yang Membuka Aku.


Kalau engkau termasuk golongan yang terbuka, maka segala pintu akan terbuka terus bagimu. Kalau engkau golongan yang dibukakan, maka untuk keluar engkau harus ditunjukkan jalan dengan dibimbing (dituntun). Kalau engkau termasuk golongan yang membuka, maka adalah kewajipanmu membimbing (menuntun) dan menunjukkan jalan bagi orang yang engkau buka. Saya yang tadinya menurut setahuku telah terbuka dengan sendiri, berjalan keluar sebagai seorang pengembara. Aku berjalan semenjak pintu telah terbuka bagiku; berjalan seorang diri dengan mengorbankan apa yang ada padaku. Bertahun-tahun sudah aku berjalan, dan banyaklah pengalaman yang aku perdapat selama dalam perjalanan. Aku berjalan dan terus berjalan. Dalam perjalanan, aku menemui Anak Kunci dan dengannya aku telah dapat membuka dan memasuki, dan telah banyak yang telah aku bukakan. Amat sayang mereka tidak mengerti dan tidak banyak tahu, dan amat sedikit pula di antara mereka yang
123
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

berterima-kasih padaku. Dia mahu buah yang sudah masak sahaja dan disuapkan lagi ke mulutnya. Di waktu disuapkan membayangkan keuntungan untuknya sendiri dengan tidak mempedulikan orang lain, apalagi yang memberinya. Makanan empuk aku berikan dijadikannya makanan yang keras oleh kerana pembawaannya keras. Aku membawanya ke syurga, tetapi dia membawa aku ke neraka. Anehnya lagi, di saat-saat yang tertentu aku disalahkan. Aku dihukum tanpa diadili. Akan tetapi, untunglah aku bukan dia. Makanan yang lazat lagi empuk yang aku berikan dapat diterimanya dengan sangat mudah menelannya kerana menurutkan jalanku, akan tetapi di waktu mengeluarkannya (iaitu di waktu mempergunakannya), bukan jalan yang aku tunjukkan yang diturutinya, melainkan dia memakai jalan sendiri iaitu jalan yang berisikan hawa nafsu. Maka berlainan keinginan dengan kehendak, seiring tetapi bertukar jalan. Aku kembali kepada diriku sendiri, kembali memikirkan keadaanku. Telah banyak aku berbuat dan telah banyak kali pula aku berjalan. Apa hasilnya? Hasilnya bagiku ialah seperti menghasta kain sarung; sampainya di situ ke di situ juga. Sebabnya ialah aku terlampau banyak melihat keluar, sedangkan di luar jalan terlampau banyak simpangnya. Yang terang hasilnya bagiku ialah aku telah pandai membuka dan membawa berjalan sekali keluar. Hendak ke mana mereka aku bawa? Sudah tentu menuruti jalan yang telah aku tempuh. Aku membawanya keluar. Aku tunjukki mereka jalan dan aku biarkan mereka berjalan. Tujuanku supaya mereka lekas cerdas, lekas pandai dan lekas tahu. Ada di antara mereka telah puas dengan apa yang diperdapatnya dan menurut, dan menuruti jalan sendiri dengan tidak mengingat lagi untuk kembali ke pangkalan. Ya, dia telah besar dan telah dapat menjalankan sendiri pada tangkapannya. Ada pula di antara mereka sentiasa berasa kekurangan dan tidak puas dan kembali ke pangkalan minta diisi,
Diriku Yang Kukenal

124

DR. BAGINDO MUCHTAR

minta ditambah. Kedatangan mereka itu kembali aku terima dengan perasaan kasih-sayang walaupun kadang-kadang hatiku mendongkol (geram dalam hati) disebab-kerana tindak-laku perbuatannya. Aku bersihkan dirinya. Aku siangi jalannya dan aku beri dia lagi isi, akan tetapi kebanyakkan yang tersua, telur yang aku berikan bukan berkembang sampai menghasilkan turunan yang bertelur pula, melainkan adalah telur itu lantaran enak rasanya baginya, dipecahnya, didadarnya, digorengnya dan dimakannya, dan keluar menjadi kotoran. Aku tidak rugi, kerana bagiku banyak persiapan-persiapan yang lain. Hanya aku berasa menyesal dan kesal kerana pemberianku disia-siakan sampai terbuang percuma sahaja. Emas yang 24 karat keluarnya menjadi loyang dan tembaga yang sangat rendah nilai dan harganya. Sayang, kebanyakan di antara mereka tidak tahu. Aku kembali ke diriku sendiri dan aku pelajari kembali apa yang terjadi padaku. Aku dapati, ada pula yang begitu saja meninggalkan aku dengan tidak mempercayai ilmuku lagi kerana percubaannya mengasalkan (mencari salasilah) ilmuku tidak menghasilkan yang dihajatinya. Dia menjauhi aku dan ada pula yang mengatakan yang bukan-bukan mengenai Aku. Bagiku, didatangi atau tidak oleh orang-orang seperti itu sama sahaja. Bahkan kalau boleh, saya mengatakan terima kasih padanya kerana oleh tindak-laku perbuatannya itu aku ingat kembali ke diriku sendiri. Aku tidak akan menyalahkan orang lain, melainkan aku akan menyalahkan diriku sendiri, kerana tadinya aku menganggap adalah orang-orang itu sama sahaja seperti saya. Tetapi, setelah pakaianku kuberikan padanya, kenyataannya mereka itu tidaklah seperti saya kerana pakaianku yang begitu bagus dasar dan warnanya, ada yang jadi sudah robek-robek dan kotor, dan bagi setengahnya ada pula sudah hilang ragi dan warnanya telah mulai pudar. Sebaliknya, ada pula yang selalu menghubungiku dapat memahami aku dan dapat merasakan akan hikmahnya pakaianku
125
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

yang dipakainya, dan dapat pula mengetahui sakit-senang aku dan mengenal aku. Golongan mereka ini hanya sedikit (tidak banyak), yang termasuk orang yang mengerjakan suruh dan menghentikan tegah. Keinginanku untuk mendapatkan orang yang cerdas, berpengetahuan umum, ber-Tuhan dalam erti kata yang sebenarnya, dapat menangkap dan menerima apa-apa yang kuberikan dan mengamalkan dengan sebaik-baiknya belum tercapai. Banyak tujuanku. Lebih dari itu, bersama-samanya menggali dan mempelajari dengan lebih mendalam menuju kepada pengakuan; diakui oleh cerdik-pandai, diakui oleh orang berilmu, diakui oleh ulamak dan mendapat pengakuan hendaknya di manamana sehingga menjadi pengakuan umum untuk diamalkan sendiri-sendiri dan bersama-sama. Pengalaman-pengalaman yang banyak itu menyebabkan aku sering kembali ke diri sendiri, memperbaiki diri, menyendiri, mencari jalan yang benar. Banyak sudah yang terbuka olehku dan banyak pula sudah yang sakit mendapat ubat dariku. Orang lain Aku buka sampai terbuka, dan aku tidak tahu siapa yang membuka aku. Setahuku, aku telah terbuka. Bagi orang yang telah terbuka, maka adalah orang yang membukanya itu Aku. Dan aku, siapa yang membukaku? Aku tak dapat tahu, setahu aku, aku sudah terbuka. Dan pengalaman juga menunjukkan bahawa Aku telah keluar dan sering keluar, yang bererti pintu telah terbuka bagiku. Tiada guru yang kudapati tempatku bertanya atau belajar, akan tetapi yang kudapati hanya ahli-ahli untuk membanding. Aku mencari dan mencari, dan adalah kalau boleh dikatakan, pengalamanlah yang jadi guruku. Dan begitulah aku sampai menjadi seorang pengembara, mencari jalan yang sebenarnya jalan, iaitu jalan yang berpetunjuk, jalan yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dan aku temuilah itu jalan yang sebenarnya jalan yang menjadi peganganku sampai saat sekarang ini dan seterusnya.
Diriku Yang Kukenal

126

DR. BAGINDO MUCHTAR

Insya-Allah. Rupanya jalan itu letaknya bukan di luar, malahan di diri sendiri. Jalannya hidup, bukan mati, lagi berisi. Isinya nikmat lagi memberi. Pemberiannya mendatangkan nikmat lagi terang, bukan gelap. Dan begitulah selama hayatku aku sentiasa akan membuka dan terus membuka. Kalau tidak ada, yang akan kubuka diriku sendiri, membuka rahsia diri untuk aku jadikan ilmu pengetahuan yang menuju kepada pengakuan (pengakuan dari orang banyak). Aku akan mengaliri yang dapat kualiri dan mengalir dan mengalir (mengaliri yang patut aku aliri) dan aku akan berjalan terus dan terus berjalan.

Jalan-Menjalankan
Kalau pintu telah terbuka, kalau mahu tentu boleh berjalan. Ke mana hendak berjalan? Dan sudahkah tahu di jalan yang akan di lalui? Lain jalan orang, dan lain pula jalanku. Lain berjalan sendiri, dan lain pula berjalan bersama-sama dengan ada yang membawa berjalan. Dan ada pula orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akan mendapat kesulitankah seseorang, kalau tugasnya hanya menjalankan sahaja? Menjalankan tidak sulit, yang penting tahu jalannya. Dan ada pula orang sudah banyak berjalan dan telah banyak jalan yang terjalankan olehnya, akan tetapi tidak menghasilkan sesuatu apa-apa kerana orang itu menjalani jalan yang kosong, alias tidak berisi. Bagi orang yang berjalan seperti yang tersebut di atas, jangan teruskan berjalan. Lebih baik kembali sahaja ke pangkalan. Gunanya supaya dapat kita mengetahui bahawa yang telah dijalani itu bukanlah jalan benar, melainkan sesat lagi menyesatkan. Saya berjalan sendiri dan tidak menjalankan apa-apa. Yang saya jalankan ialah perasaan yang tak dapat mengatakannya, perasaan yang orang lain tak dapat pula merasakannya;
127
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

pengalaman pahit, tuduhan yang bukan-bukan yang ditimpakan kepada saya. Kebenaran ditutup dengan kepalsuan. Kebaikan dihilangkan diganti dengan keburukan. Saya tak berdaya. Saya sendiri, bilangan mereka banyak. Dan akibatnya, saya kehilangan; kehilangan mestika hidup kerana sebahagian kehidupanku dibawanya. Walaupun diganti, namun gantinya tidak serupa nan hilang (berlain-lain kelebihan). Apa yang tak ada padaku ada padanya dan apa yang tak ada padanya ada padaku. Dia telah pergi, dan aku kehilangan. Ada pula orang tertentu dalam peristiwa aku yang aku namakan dia orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akibatnya orang inipun kehilangan. Dia kehilangan kesayangan, belahan diri. Dia merana dan aku menderita. Dan pula, peristiwa ini juga ada pula ikut tersangkut seorang yang sedang berjalan dan menjalankan sesuatu untuk sesuatu pula. Diperdapatnya yang dijalankannya itu dengan cara mengemis, meminta-minta dengan tujuan dalam ingatannya hendak menjadi orang pandai, supaya disegani orang, dihormati dan dihargai. Padahal warisan untuk itu tak ada padanya sejak dari nenek-moyangnya. Apa yang ada padanya hanya akal; akal yang bergelumang hawa nafsu. Bahawa nafsu yang sentiasa dikemukakannya dalam berbuat, bertindak dan berlaku. Pengetahuan umum jauh sekali. Sejak yang dimintanya diperdapatnya dengan jalan mengemis itu, pengalamannya menjadi penetapan baginya bahawa dia telah menjadi orang yang pandai lagi pintar. Dan mendatanglah rasa sombong dan takbur, dan akibatnya, perjalanan yang terjalankan olehnya jalan salah; jalan yang di murkai lagi sesat. Dan ke mana dia pergi atau berjalan, banyaklah sudah orang yang dikorbankannya. Dan begitulah pula orang itu berjalan terus dan terus berjalan dengan tidak bisa pulang kembali ke pangkalannya. Sudah jauh tersesat lagi menyesatkan. Inilah akibat dari orang yang tak mahu menyalahkan diri sendiri dan selalu menimpakan kesalahan pada orang lain. Aku sudah jauh berjalan dan telah banyak melakukan perjalanan, dan
Diriku Yang Kukenal

128

DR. BAGINDO MUCHTAR

telah banyak pula membawa orang berjalan dan telah pula menunjukkan orang jalan. Telah lama pula aku menjalankan perasaan hati dan telah banyak pula sudah yang terjalankan olehku, dan sampai sekarang aku terus berjalan; berjalan sendiri, bersamasama membawa orang berjalan, menjalankan perasaan hati, menjalankan apa yang terasa, menjalankan apa yang dapat kujalankan. Jalanku jalan terang, tetapi bagi orang gelap oleh kerana yang hidup bagiku bagi orang lain mati, dan sebaliknya apa yang mati bagiku bagi orang lain hidup. Berlainan pandangan, akan tetapi untuk kebaikan satu tujuan. Dan untuk kejahatan, biarlah aku tidak ikut sebab aku bukan jahat. Telah banyak kualami aku dijahatkan orang, tetapi tak terjadi aku jahat, dan telah kucuba pula menjahatkan orang, tetapi jadinya lebih baik. Dari itu makanya aku dapat mengatakan, aku bukan orang jahat.

Cukup-Mencukupi
Biarlah satu bagiku tetapi mencukupi, daripada sembilan puluh sembilan tetapi tidak cukup. Aku teringat akan kisah dua orang bersaudara mendatangi seorang yang dianggapnya ahli, minta hukum yang adil dan jangan dianiayai, dengan menunjukkan jalan yang betul. Keduanya berselisih. Aniaya yang seorang pada yang lain. Seorang di antaranya berkata, Ini saudara saya. Ia mempunyai sembilan puluh sembilan (99) ekor kambing dan saya hanya mempunyai seekor sahaja. Lalu katanya kepada saya, berikanlah kambing engkau ini kepada saya menjaganya, dan dikalahkannya saya dengan percakapannya. Berkata si ahli tadi, Sungguh ia aniaya sekali pada engkau kerana meminta kambing engkau itu supaya dipercampurkannya kepada kambingnya. Sungguh banyak orang-orang yang
129
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

bersyarikat itu aniaya yang seorang kepada yang lain kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, tetapi amat sedikit bilangan mereka itu. Kisah ini aku perdapat dari al-Quran Surat 38, Shaad ayat 22 24. Dan adalah si ahli yang dimaksud Nabi Daud. Maka dengan kedatangan kedua orang bersaudara itu membawa perkaranya kepada Nabi Daud, tahulah ia bahawa Tuhan mencubai dia, lalu meminta ampun kepada Tuhan, seraya terlungkup tunduk dan kembali. Bagi Nabi Daud, kedatangan orang berdua bersaudara itu dianggapnya sebagai ujian dari Tuhan. Maka orang lain, adalah bagi kita yang datang kemudian dapat menunjukkan jalan yang betul-betul hendaknya seperti yang dikehendaki kedua bersaudara itu, dengan tidak merugikan yang punyai seekor kambing dan yang telah punya sembilan puluh sembilan ekor itu mendapat pula yang dikehendakinya dengan tidak merugikan Bagiku orang yang datang kemudian dan yang telah jauh berjalan, telah banyak menjalankan dan telah banyak pula yang terjalankan dan sudah biasa berjalan sendiri, maka aku akan mengatakan: Kepada yang telah punya 99 ekor kambing dan belum merasa cukup, cukupkanlah dengan apa yang ada padamu. Dengan pandainya engkau mencukupkan dengan apa yang ada padamu, maka kamu tidak akan merugikan orang lain. Kepada yang punya seekor, cukupkanlah saudaramu yang telah punya 99 ekor itu dengan apa yang ada padamu. Dengan pandainya engkau mencukupkan saudaramu itu dengan apa yang ada padamu, maka engkau tidak akan merugikan dirimu sendiri. Kalau masing-asing tak tahu jalannya, maka sebaiknya bertanyalah kepada yang tahu. Untuk yang telah sampai
Diriku Yang Kukenal

130

DR. BAGINDO MUCHTAR

mempunyai sebanyak 99 tetapi belum berasa cukup, tandanya dia sudah terlampau jauh berjalan keluar untuk mencari. Maka untuk supaya dapat mencukupi, dia harus berjalan ke dalam, ke dirinya kerana di dirinyalah letaknya kekurangan itu. Begitu pula yang punyai seekor kambing itu, dia harus berjalan keluar dengan dirinya untuk mencari kelebihan supaya dia dapat mencukupkan yang kekurangan dengan tidak merugikan dirinya sendiri. Dan kalau jalan yang sebenarnya telah ditemui, maka tiada yang sulit yang tak bisa diatasi dengannya. Dari itu carilah jalan yang benar. Berjalan ke dalam dimaksud ialah ke dalam rumah sendiri dan berjalan keluar ialah keluar rumah sendiri. Maka adalah yang telah punya 99 ekor kambing itu umpama dahan-dahan kayu yang tak berbatang, dan yang punya hanya seekor itu ialah batang kayu yang tak berdahan. Jadi yang diperlukan oleh dahan yang banyak ialah batang dan oleh batang ialah dahan. Apa sebabnya yang 99 itu tak berbatang? Jawabnya ialah oleh kerana datangnya atau diperdapat dari luar dan tatkala mencarinya badanlah yang dianggap batangnya. Oleh kerana itu, walau berapa banyak sudah diperdapat, namun keinginan untuk menambah lagi tetap mendatang atau mahu lagi, oleh kerana tidak puas atau belum puas. Dan begitulah kesudahannya bagi seseorang yang mencari sesuatu untuk sesuatu, seumpama ada yang sudah dapat dalam bilangan 9 dan ingin mencari yang satu untuk mencukupkan, dan begitu pula ada yang telah lewat dari sepuluh, kerana yang dimintakannya satu untuk mencukupkan, maka diperdapat dua, maka sampailah pula dia dalam bilangan sudah mencapai sebanyak sembilan puluh sembilan. Yang mempunyai seekor kambing atau satu, tidak mencari lagi keluar untuk menguatkan, melainkan dicukupkannya dengan apa yang ada padanya iaitu batang tubuhnya berserta isinya oleh kerana dia mengerti akan yang satu itu. Begitulah Tuhan dengan Rahsia-Nya, Yang Memberi beberapa contoh sebagai perumpamaan; cukupkanlah yang di luar
131
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dengan yang di dalam dan yang di dalam harus keluar untuk dapat mencukupi. Dan begitulah setelah aku dapat memecahkan rahsia yang terkandung pada kisah yang kukisahkan di atas dengan menunjukkan jalan yang betul kepada dua orang bersaudara yang berselisih itu, maka untukku aku perdapat pula pelajaran bagaimana cara menghukum secara adil dengan tidak merugikan kedua-belah pihak, dan aku beruntung telah mendapat pula pelajaran menemui jalan untuk mencukupi diriku sendiri dan mencukupi diri orang lain dengan tidak merugikan diriku sendiri. Dan begitu pula telah banyak orang yang aku bukakan jalan; aku tunjukkan jalan dengan membawanya berjalan. Selagi aku yang membawa mereka itu berjalan semuanya berjalan dengan betul, akan tetapi mereka tidak mengerti. Buktinya, setelah aku membawanya berhenti berjalan dan bertanya apa yang telah dilakukan, aku tiada mendapat jawapan yang betul. Mereka tak dapat mengatakan apa yang telah dilakukannya, apa yang telah diperbuatnya dan apa yang telah dirasakannya. Mereka belum dapat memperbezakan antara yang satu dengan yang lain. Kebanyakan mereka salah tangkapan. Kenyataannya, di waktu mereka berjalan sendiri-sendiri dengan menggunakan jalanku, maka jarang mereka yang sampai dapat menemui tujuannya kerana di samping dia menurutkan jalanku dia memakai jalannya sendiri pula. Maka adalah hasilnya tidak memuaskan kerana dalam praktiknya telah berlaku kata pepatah, Seiring bertukar jalan. Perjalanan yang kuberikan padanya dicampur-adukkannya dengan jalannya sendiri iaitu gerak fikirannya. Dan aku berjalan terus dan terus berjalan; berjalan sendiri, berjalan bersama-sama, membawa orang berjalan, menjalankan yang harus kujalankan sehingga telah banyak yang terjalankan olehku. Di dalam perjalanan yang jauh tetapi dekat, aku dapat menemui kisah perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidir yang telah dikurniakan Tuhan Rahmat dan mendapat pengajaran ilmu
Diriku Yang Kukenal

132

DR. BAGINDO MUCHTAR

pengetahuan (al-Quran Surat al-Kahfi ayat 65 73). Saya sangat tertarik akan kisah perjalanan dua orang Hamba Allah itu dan ingin sekali hendak ikut menurutkan jejak perjalanannya. Semoga dengan dapat menurutkan jejak perjalanannya itu aku akan mendapat pula pelajaran ilmu pengetahuan seperti yang telah dikurniakan Tuhan kepada Nabi Khidir itu. Aku telah dapat menemuinya. Penemuan padanya tidaklah seperti pertemuan Nabi Musa iaitu di pertemuan dua laut, melainkan kalau boleh kukatakan, aku telah dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan. Dan aku akan menurutkan jalannya sebagaimana yang dikehendakinya. Dan untuk badanku yang telah banyak melakukan perjalanan dan telah jauh berjalan, telah banyak lurah yang dituruni, telah banyak bukit yang didaki, maka aku mencari kedudukan untuknya. Kasihan aku kepada badanku yang kurus lagi lemah itu. Dan aku berjalan terus sebagai seorang pengembara. Suatu perjalanan yang pulang dan pergi ke Pusat.

Kandung-Mengandung
Aku telah dapat menemui yang kukandung selama ini yang telah berada bersamaku semenjak ibu mengandungku. Dan aku telah memancarkan kandunganku tersebut setelah aku dapat menemuinya menurutkan saluran tertentu kerana pintu telah terbuka bagiku, dan dengannya, pada jalannya, aku telah dapat pula menemui saudara sekandungku yang telah terbuang. Aku yang dilahirkan oleh ibu yang mengandungku telah melahirkan kandunganku pula. Aku yang semenjak sudah tahu berjalan telah melakukan perjalanan yang jauh dan selama dalam perjalanan, banyaklah sudah yang aku temui halangan dan rintangan yang merupakan ujian atau cubaan bagiku. Dan tak kurang pula banyaknya pertolongan-pertolongan dan bantuan yang kuperdapat, baik berupa lahir mahu pun berupa batin yang
133
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mendorongku mencari jalan yang sebenarnya jalan. Dan tak kurang pula aku terharu (aku tergoda) kerana maklumlah aku ini manusia biasa Dan begitulah telah dapat aku menemui jalan yang sebenarnya jalan iaitu jalan yang menjadi peganganku sekarang dan seterusnya. Rupanya jalan itu telah sering kujalani, telah acapkali aku tempuh pulang-pergi. Kebodohankulah yang menyebabkan aku sampai begitu lama dapat menemuinya. Kenyataannya dia tidak jauh dari aku, bahkan telah berserta aku. Hanya aku yang tak mengerti. Dengan berpegang kepada jalan yang telah kutemui itu, maka bertambah teranglah jalan yang kutempuh, dan perjalananku yang rasanya bertambah dekat menuju kepada kenyataan. Dan dengan menurutkan jejak perjalannya ke dalam, aku temuilah dia di pertemuan kiri dan kanan, dan dengannya pula berjalan. Pada jalannya aku temui saudara sekandung yang rupanya tidak berbeza dariku dan sangat dekat dengan aku. Aku jualah yang selama ini yang tidak mengerti. Dan secara ringkas bolehlah aku terangkan dengan kiasan, aku telah dapat menemui saudara sekandungku kembali setelah aku dapat menemui Encik Datuk Perpatih Nan Sebatang. Dan dari tempat Nan Sebatang itu aku mulai melangkah bergerak berjalan, berlaku dan berbuat dengan sesuatu untuk tujuan sesuatu. Dan perjalananku ialah perjalanan pulang dan pergi, ke luar dan ke dalam; suatu perjalanan yang kunamakan Balik Batang. Aku cukupkan yang belum cukup sampai mencukupi dengan apa yang ada padaku iaitu dengan diriku sendiri. Aku mencukupkan orang lain dengan apa yang ada padaku dengan tidak merosak diriku sendiri. Ini aku lakukan oleh kerana aku telah biasa melakukannya dan aku telah dapat mengetahui jalannya.

Diriku Yang Kukenal

134

DR. BAGINDO MUCHTAR

Lebih-Melebihkan
Telah aku ketahui mana yang lebih dan mana yang kurang. Aku ambil yang lebih dan aku tambah yang kurang, sudah tentu dengan jalannya dan pada jalannya. Dan begitu pulalah perjalananku dalam cukup-mencukupi. Jalan untuk mencukupi yang di luar ialah dengan yang di dalam, dan jalan untuk mencukupkan yang di dalam ialah dengan yang di luar. Dan yang di luar, benar lebih dari mencukupi. Kalau diri berasa telah cukup, keluarlah untuk mencari kelebihan supaya mendapat lebih dari mencukupi. Kalau sudah banyak kita mempunyai kelebihan, sudah tentu pandangan orang sudah lain pada kita. Orang akan tertarik kepada kelebihan kita itu, dan dengan sendirinya kita akan mendapat penghargaan di mana-mana, kecuali dari orang yang benar-benar kurang alias gila. Maka adalah segala macam kelebihan tempatnya di luar kita, akan tetapi tersebar di dalam keseluruhan alam semesta. Dan untuk mendapatkan kelebihan itu, kita harus berjalan menjadi seorang pengembara; keluar dari rumah kita sendiri, mengembara di dalam alam semesta. Ini dapat kita lakukan setelah kita berasa cukup. Kalau diri belum berasa cukup lagi, janganlah cuba-cuba mengembara kerana melaratnya lebih besar dari manfaatnya. Dari itu cukupkanlah dirimu lebih dahulu. Patut diketahui bahawa pada tiap-tiap kita ada kelebihan dan ada pula kekurangan. Kelebihan dan kekurangan itu berlainan pula satu sama lain adanya. Kalau tahu, tentu dapat mengisi kekurangan, menambah kelebihan.

Isi-Mengisi
Pada kita ada yang kosong, ada yang berisi. Isinya ialah dari yang setitik. Titik berkembang menghasilkan titik dan
135
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

perkembangannya menimbulkan titik yang kedua, ketiga dan seterusnya. Dan adalah rangkaian dari titik-titik itu menimbulkan rupa dan bentuk sampai berwujud menurut kehendak Yang Mewujudkan titik yang pertama tadi dengan titik-titik berikutnya yang berkembang sampai berwujud. Tidak akan bisa berdiri kalau tidak ada ruangan yang kosong tempatnya tegak dan bergerak. Titik ketiga datang dari titik kedua. Titik kedua timbul dari titik pertama dan titik pertama datangnya dari mana? Sudah tentu dari Yang Menitikkan. Siapa itu Yang Menitikkan? Yang Berkuasa atau yang diberi kuasa? Kalau yang diberi kuasa yang menitikkan, di balik yang diberi kuasa tentu ada Yang Berkuasa. Bisakah titik yang dititikkan itu timbul kalau tak ada tempat atau ruangan untuk menampungnya? Tempat untuk itu sudah pasti kosong. Dari tempat yang kosong titik pertama mengaliri dan mengisi titik kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, yang mana kalau dilihat dari luar kesemuanya akan merupakan bentuk menurut kehendak Yang Merupakannya (Yang Memberi Rupa). Kita mendapati barang sudah iaitu sebuah rumah yang sederhana berisikan alat perabot sederhana, dan kita berada di dalamnya. Di samping kita ada telaga yang berisikan air yang sangat jernih, hening lagi bening dan berasal dari Telaga Suci Lagi Menyucikan. Dia memberi Cahaya kepada kita. Alirannya terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Maka adalah menjadi kewajipan kita menjaga dan memelihara rumah kita dengan isinya sebaikbaiknya supaya jangan ada yang sampai menjadi rosak, kotor dan lain sebagainya kerana akibatnya kita sendiri yang akan menanggungkan. Banyak sudah orang mempelajari akan keadaan badan dirinya, akan isinya, akan tetapi dia tidak dapat menemui isi yang sebenarnya. Dan tak kurang pula banyaknya orang yang keluar berjalan mencari dan minta diisi, sehingga berbagai macam ragam isi yang telah diperdapatnya. Ada yang loyang, ada tembaga, ada perak, ada intan, ada emas, ada keris, ada azimat, ada isim-isim,
Diriku Yang Kukenal

136

DR. BAGINDO MUCHTAR

ada kata-kata untuk dihafal, ada batu dan lain sebagainya sehingga sudah sebegitu banyak yang telah diperdapatnya, namun dia tidak puas dan tetap berasa kekurangan. Kerana apa? Kerana dia tidak dapat menemui itu Telaga yang berisi dan Yang Mengisinya. Dicarinya ke luar, padahal dia ada di dalam. Dan aku yang telah dapat menemui itu Telaga di bawah gunung dan telah mandi berkecimpung di dalamnya, mengaliri dan mengisi diriku. Dan melalui batang-tubuhku, aku telah dapat mengambil manfaat darinya dengan mempergunakanya untuk kebaikan dan membaikkan, membuka dan menunjukkan jalan, jalan lurus lagi benar, jalan yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat untuk mencukupkan yang belum berasa cukup, menolong melahirkan kandungan sendiri, memperkembang yang belum berkembang, menggunungkan yang setitis, melautkan yang sekepal, mempertemukan ruas dengan buku, membalikkan sirih ke gagangnya, memulangkan pinang ke tampuknya, menyelesaikan yang kusut, menjernihkan yang keruh, menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, menemukan kembali barang yang hilang, menemui saudara sekandung yang telah terbuang, mempertemukan kembali tali yang telah putus; tali tempat bergantung, sehingga menyebabkan putusnya hubungan dengan Pusat; Pusat tempat kembalinya segala yang dijadikan, Pusat tempat datangnya segala yang didatangkan dan banyak lagi yang lain-lain. Aku telah banyak memberi isi kepada orang dan telah banyak pula menerima dari orang. Yang aku terima berlainan dengan yang aku berikan. Yang aku berikan pada orang-orang yang berisi dan yang aku terima dari orang-orang yang berguna. Aku telah mengisi orang yang telah berisi dan aku telah pula mengisi orang yang katanya belum berisi, tidak berisi apa-apa. Lain isi orang-orang yang berisi yang kuisi kerana isi orang itu lain dan isi yang kuberikan lain pula. Isi yang kuberikan adalah umpama butir telur. Kalau dia pandai memperkembangnya akan
137
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menjadi orang dan yang telah jadi orang itu bisa dipergunakannya atau menurunkan telur pula. Sayang kebanyakan dari mereka yang tidak mengerti. Ada pula yang menerima isi yang kuberikan itu diterima dengan lahapnya dan telur yang kuberikan itu dipecahkan sendiri dan digorengnya atau didadarnya dan dimakannya seenaknya, dan hasilnya hilang tak berbekas kerana keluar bersama-sama kotorannya dibawa arus sungai atau masuk kakus (tandas). Siapa yang rugi? Aku tak rugi, hanya berasa kesal kerana pemberianku yang berharga dijadikannya tidak berharga. Emas dijadikan tembaga atau loyang dan namaku didewa-dewakan; dibawa ke mana-mana, disebut-sebut, diperkatakan dan lain sebagainya. Begitulah aku yang tadinya tidak berisi, setelah menemui isi (telaga) mengisi diriku dan memberi isi kepada orang lain. Dan aku telah menemui seperti apa yang telah ditemui Nabi Musa (seperti yang tersebut dalam al-Quran) dan dibawanya berjalan bersamasama. Hanya bezanya, Nabi Musa menemuinya pada pertemuan dua laut, dan aku dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan. Dan semenjak itu, aku menurutinya berjalan dan aku telah menjadi seorang pengembara, ahli musafir. Dan banyaklah sudah pelajaran yang aku perdapat dan telah dapat pula aku mengajarkannya.

Kunci-Mengunci
Jalan menuju rumah kita yang tadinya tak tahu, dengan perantaraan orang yang tahu yang dianggap sebagai bapak atau guru, dengan Anak Kunci di tangannya memasuki rumah kita dan menuju ke tempat di mana kita berada, membawa kita berjalan menembus alam sendiri dan melalui pintu yang telah terbuka atau yang dibukakannya, kita telah dapat keluar dan dia sebagai pemimpin membawa dan menunjukkan jalan bagi kita untuk mengenal alam di luar alam kita sendiri yang bagaikan satu
Diriku Yang Kukenal

138

DR. BAGINDO MUCHTAR

samudera yang tak berpantai. Bagi kita yang tadinya terkurung di dalam dan tak tahu jalan untuk keluar kerana pintu tertutup, tak ubahlah keadaan kita seperti burung dalam sangkar. Anak Kunci dipegang oleh orang luar atau di tangan orang yang tahu atau orang tertentu. Begitulah setelah kita tahu jalan keluar, pada kita harus ada Anak Kunci yang kita perdapat dari bapak atau guru yang telah memasuki rumah kita di luar dengan Anak Kunci yang ada di tangannya. Dan dengan Anak Kunci yang di tangan kita, kita akan membuka dan menutup pintu kita, menjaga supaya orang luar jangan sampai dapat memasuki rumah kita untuk tujuan yang tidak baik. Dengan penyerahan Anak Kunci dari guru kepada kita, maka kita perdapat Anak Kunci itu melalui jalannya ilmu pengetahuan sampai berada di tangan kita. Banyaklah sudah aku memasuki rumah orang dengan Anak Kunci yang ada di tanganku, membuka dan menunjukkan jalan baginya, membimbing dan memimpin membawanya berjalan sejak dari dalam sampai ke luar melalui pintu-pintu tertentu, menembus alam sendiri, menembus dinding yang membatasi kita dengan Alam Besar untuk mengharungi lautan hidup yang tak bertepi, memasuki ruangan alam di luar alam kita sendiri. Aku memasuki rumah orang itu atas permintaan mereka sendiri kerana tak tahu jalannya. Setelah dia tahu sudah jalannya, telah bisa keluar masuk sendiri, maka aku serahkanlah Anak Kunci ke tangannya masingmasing dengan petunjuk-petunjuk. Ke mana sahaja dia pergi atau apa saja yang dilakukan atau diperbuatnya, Anak Kunci tak boleh ditinggalkan. Bagiku adalah Anak Kunci itu anak kunci wasiat, anak kunci rahsia, Anak Kunci yang banyak mengandung Rahsia (Rahsia Ghaib). Dengannya terbuka segala pintu, dan begitu pula sebaliknya dengannya pula kita akan menutup segala pintu. Aku menamakannya Alif Lam Mim kerana bentuk dan rupanya. Kalau digambarkan, terang dan nyata terlihat atau memperlihatkan Alif
139
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Lam Mim. Kalau aku memegangnya, dia akan membukakan rahsianya sendiri yang mengandung daya tenaga (Tenaga Ghaib). Dan kalau kau turutkan jalannya, dia akan bergerak dengan sendirinya. Suatu Anak Kunci yang ajaib yang banyak mengandung Rahsia Ghaib, menakjubkan dan menghairankan hati dan fikiran kita. Sekali kita memegangnya dan terbuka rahsianya, makanya dia akan menakjubkan kita, dan besar kemungkinan kita tak mahu melepaskannya. Adalah itu suatu Anak Kunci yang aku perdapat dalam pengembaraanku. Bagi orang yang telah dapat menerima Anak Kunci tersebut langsung dari tanganku, sudah seharusnya dan semestinya memperhatikan akan Anak Kunci yang banyak mengandung rahsia itu sehingga mendapat pelajaran darinya dan dapat mempergunakannya untuk keperluan sesuatu dan dapat pula mengambil manfaat daripadanya.

Liput-Meliputi
Seluruh badan kita diliputi oleh butir-butir darah yang mengaliri seluruh batang-tubuh sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana butir-butir darah kita itu berasal dari zat benda, maka sewaktu-waktu kita akan berasa lemah, haus, lapar, mengantuk dan lain sebagainya. Perasaan lemah, haus, lapar dan lain sebagainya itu menandakan pada kita bahawa badan berkehendak kepada isi. Seperti haus kita harus minum, lapar kita harus makan dan mengantuk kita harus tidur. Bagaimana dengan kelemahan diri yang tak pernah tidur, tak makan dan tak minum itu? Adakah ubat atau santapan bagi diri yang lemah itu? Jawabnya mudah, iaitu ada tetapi tidaklah seperti makanan yang biasa kita makan atau air yang kita minum. Untuk ini kita harus dapat mengetahui hakikat dari diri itu sebenarnya sampai kita dapat mengenalnya.
Diriku Yang Kukenal

140

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diri yang terdiri dari zat-zat hidup yang datang dari Yang Hidup lagi tidak mati, mengaliri seluruh batang-tubuh kita yang dinamakan orang rohani, yang gambarannya seperti jasmani kita. Diri itu bercahaya lagi terang. Cahaya yang pudar disebabkan kerana diri itu diliputi oleh titik-titik hitam yang datangnya akibat dari perbuatan-perbuatan kita yang dinamakan dosa. Orang yang telah mengenal dirinya sendiri, apalagi telah dapat menemuinya dan mengetahui banyak akan rahsianya, bisa banyak berbuat dengan dirinya. Pandangan hidupnya berlainan dengan pandangan hidup orang banyak. Dia tahu menjaga dirinya, membersihkan dirinya dan mengisi dirinya, dan berpendirian. Diliputinya dirinya sampai meliputi badannya keseluruhannya sehingga diri kuat bertahan dan mempertahankan badannya. Pengertiannya yang mendalam mengenai rahsia dirinya, dia bisa meliputi diri orang lain dan orang banyak. Aku dapat menemui diriku sendiri. Setelahnya aku dapat memisahkan antara yang satu dengan yang lain, menjadikan amalanku menjadi amal soleh dengan meninggalkan amalan yang bersertakan hawa nafsu.

Diri-Mendirikan
Mendirikan rumah tidaklah begitu sulit, apalagi kalau bahannya telah tersedia. Adakah orang memperlihatkan setelah rumah itu berdiri, apakah yang menyebabkannya kuat? Sudah tentu lantaran tonggaknya, bukan? Dalam sebegitu banyak tonggak, yang mana yang lebih dahulu didirikan? Tonggak yang pertama yang didirikan itu dinamakan orang tonggak tua kerana sesudahnya baru menyusul tonggak-tonggak yang lain. Sekarang kita cuba menyelidiki rumah kita sendiri, dimaksud ialah badan dari diri kita. Bila atau kapan rumah untuk kita itu didirikan, kita tidak tahu. Setahu kita, rumah tempat kita berdiam
141
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

telah ada. Kita mendapati barang sudah. Pada badan kita hanya ada satu tonggak dan diperkuat kiri-kanan oleh apa yang dinamakan tulang rusuk dan ditambah dua kaki untuk tegak. Sempurnakah pengetahuan kita, kalau kita telah dapat mengetahui akan keadaan badan kita dengan alat perlengkapannya yang telah ada? Kita ketahui sudah, rumah kita terdiri dari bulu, kulit, darah, daging, hati, jantung, limpa, rabu, empedu, urat, tulang, otak, benak, semuanya tersusun dengan rapi sambungbersambung, kait-berkait sehingga merupakan bentuk kita yang nyata. Kita ketahui sudah rumah kita, sekarang kita bertanya, Yang mana aku? Di mana tempatku, dudukku dan terdiri dari apa aku? Kalau aku tidak ada, tentu rumahku kosong. Bagi orang yang rumahnya kosong ertinya dia telah pergi. Dia berpulang dan telah meninggal. Dia telah meninggalkan rumahnya yang tak dapat dan tak boleh didiami orang lain sehingga rumah itu tak berguna kerana masing-masing telah punya dan harus dikembalikan ke asal iaitu ke tanah. Sudah nyata bentukku, akan tetapi terdiri dari apa aku? Aku ingin tahu dan dapat aku merasakan hendaknya akan adanya aku, dan dapat pula aku hendaknya berasa akan faedahnya badan diriku, dan badan diriku dapat pula hendaknya merasakan aku, menyayangi aku, mencintai aku sehingga dapat aku menerima kasih-sayangnya, cintanya, hibanya sampai perpaduan kasihsayang dan cinta-mencintai itu menimbulkan pengertian yang mendalam antara yang satu dengan yang lain, sehingga jadilah dia badanku dan aku adalah nyawanya. Aku akan membawanya ke pintu bahagia. Aku akan menunjukkan jalan yang benar baginya untuk kebahagiaan kami berdua yang kekal dan abadi. Aku yang baginya berdiri dengan sendirinya menganggap aku tak lebih dan tak kurang hanya nyawanya; satu petanda baginya selagi aku masih besertanya dia masih hidup dan kalau aku tak lagi besertanya dia telah mati. Aku tak pernah diikut-sertakannya dalam
Diriku Yang Kukenal

142

DR. BAGINDO MUCHTAR

tindak-tanduknya (tindak-laku perbuatannya), yang mana aku menderita akibatnya. Dia tak pernah mahu mengenal aku. Dan adalah aku sekarang yang telah banyak mendapat pengalaman dalam suka duka hidup, setelah dapat tahu akan keadaan sebenarnya, maka mengertilah saya bahawa kesalahanku terletak pada salahnya aku memahami hidup dengan yang mati yang kuanggap hidup dan yang hidup kuanggap mati. Dan begitulah setelahnya aku tahu di diriku, maka dalam segala hal dirikulah yang aku kemukakan dengan mempergunakan otakku. Aku dirikan diriku sendiri yang telah berdiri itu. Aku berbuat sebanyak mungkin dengan diriku. Aku mendirikan diriku oleh kerana aku telah menemui jalannya, mengetahui keadaannya dengan menurutkan jejak jalannya. Akulah nan tunggal dan akulah nan sebatang dan akulah yang diidam-idamkan orang banyak, yang dicari-cari orang semenjak berabad-abad yang lalu. Aku katakan aku nan tunggal, aku yang sebatang yang diidam-idamkan. Itu bukan Tuhan. Tuhan-ku dan Tuhan-mu sama sahaja iaitu Yang Maha Esa. Dan aku datang dari-Nya dan aku kembali kepada-Nya. Akan kutinggalkan rumahku dan sepeninggalanku akan dikembalikan orang ke asalnya iaitu ke tanah. Walhasil asal, di balik asal dan perjalananku kembali Balik Batang. Banyak sudah orang aku tunjukkan akan dirinya sendiri, memperkembang diri, berjalan dengan diri, akan tetapi kebanyakan dari mereka belum juga tahu di dirinya yang sebenarnya. Walaupun mereka itu dapat merasakannya, mereka menganggap yang terasa itu baginya ialah senjata; senjata yang ampuh (handal), serbaguna untuk bertahan dan untuk menyerang. Tangkapan yang keliru itu yang menyebabkan mereka sering kandas, berasa tidak puas dan berasa belum mencukupi. Mereka masih mencari dan mencari juga lagi. Mereka sentiasa berasa kekurangan. Dan aku pun tidak puas kepada mereka itu kerana penerimaannya akan pemberianku
143
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menjadi pemecahan baginya, padahal mestinya untuk mencapai tujuan. Hendaklah kita mengadakan pemisahan. Pemecahan dan Pemisahan amat jauh perbezaannya. Dan begitulah aku setelah dapat memisahkan antara yang satu dengan yang lain, tahulah aku yang mana yang badan dan yang mana yang diri. Aku berdiri di diriku dengan menyayangi dan mencintai badanku.

Kuasa-Menguasai
Siapakah yang berkuasa di antara kita? Badankah yang berkuasa atas diri atau dirikah yang berkuasa atas badan? Yang pasti ialah badan mengandung diri dan diri terkandung dalam badan. Kenyataannya keluar, badan menguasai kita. Akan tetapi, alangkah ganjilnya rumah yang menguasai penghuninya, sedangkan yang punya rumah tak berkuasa atas rumahnya. Akibat salah anggapan dan pandangan, maka dirilah yang merana, menderita, merintih. Suatu pandangan hidup yang salah, dia bercermin kepada badannya, bukan ke dirinya. Akan tetapi, terhadap orang lain dia bercermin ke diri orang. Tak salahnya kalau dia berasa rendah dari orang lain (rendah diri). Untuk ini, selain kita harus memperbesar diri, kita harus juga merubah pandangan. Kalau selama ini badan yang menyelubungi diri yang dikemukakan, kita harus merubah dengan dirilah yang dikemukakan dengan mengikut sertakan badan. Selama ini badan yang ke muka dengan pergerakannya sendiri dengan tidak menghiraukan diri sendiri. Orang yang tak tahu di dirinya, tak berpendirian dan amat mudah dipengaruhi dan dikuasai orang lain. Apa ertinya kita kalau seluruh keadaan kita dikuasai oleh orang lain? Dari itu, belajarlah mengenal diri dan mengetahui rahsia diri supaya dapat merubah pandangan hidup. Diri seharusnya meliputi badan keseluruhannya dan kalau perlu sanggup menguasai seluruh keadaan sekeliling kita, bahkan lebih dari itu. Bagi diri,
Diriku Yang Kukenal

144

DR. BAGINDO MUCHTAR

adalah segala sesuatunya jauh tak berantara, dekat tak berbatas. Bagi badan, jauh diturut, dekat dijangkau. Membawakan diri ada dua jalan iaitu bagi orang yang telah dapat mengenal dan menemuinya: Pertama: Pada diri ada jalan. Kalau badan membawa diri berjalan untuk keperluan sesuatu, maka jalan dirilah yang akan diturutkan sebab diri lebih tahu dari kita sendiri (ingatlah akan perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidir). Kedua: Diri yang telah meliputi keadaan kita keseluruhannya berjalan sendiri pada jalannya dan membawa dan mempergunakan segala yang ada sebagai alat untuk mencapai tujuan. Segala selubung atau tabir atau dinding, dengan apa yang ada padanya, dia sanggup menembusnya, apalagi kalau pintu telah terbuka. Diri yang diliputi dan meliputi tak akan dapat dikuasai orang lain, bahkan sebaliknya diri dapat menguasai orang lain dan keadaan sekeliling. Kalau terjadi perang, tanding untuk kuasamenguasai, maka yang kuat yang akan menang. Kekuatan ada pada kebenaran. Dan Yang Maha Kuasa ialah Tuhan. Kesimpulannya, kalau diri telah ditemui, maka segala tindaklaku perbuatan kita hendaklah dengan diri sebab diri itulah yang banyak tahu, yang banyak mengandung rahsia dan Rahsia Tuhan ada padanya. Dan aku mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan. Aku adakan pengakuan terhadap Tuhan, tiada yang lain yang kusembah melainkan Allah, dan aku adakan pengakuan terhadap Muhammad Rasul Allah dengan membaca sebanyak mungkin Dua Kalimah Syahadah, kerana bagiku adalah hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah itu, antara lain; PENGAKUAN (KESAKSIAN), PANGKAT dan MARTABAT. Kata pengakuan terhadap-Nya aku lafazkan tiga kali berulang145
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ulang, iaitu pertama; pengakuan dariku, kedua dari diriku dan ketiga dari badanku. Dari siapa Pengakuan itu akan aku nantikan? Sudahkah aku mendapat Pengakuan dari Tuhan? Aku insaf, aku sedar bahawa adalah aku manusia biasa dan pengakuan aku harapkan dan nantikan dari orang banyak, dari cerdik-pandai, dari orang yang berilmu, dari alim ulamak.
Palembang, Indonesia 21 Jun 1966

Diriku Yang Kukenal

146

DR. BAGINDO MUCHTAR

KATAKU

Kataku: A-ku Badan-ku Diri-ku A datang dari Allah, Badan dijadikan dari tanah, Diri mendatang kemudian. Mula pertama aku diciptakan sampai berupa dan bertampan dan berwujud oleh Yang Maha Kuasa dijadikan dari tanah. Itulah badan-ku. Kemudian ditiupkan-Nya Roh ke dalam batang tubuhku. Yang Meniupkan Tuhan. Maka terdirilah A-ku. Yang Mendirikan Allah dan berdirilah A-ku dengan sendirinya. Dengan adanya A-ku maka hiduplah badan diriku. Dan jadilah aku menjadi manusia hidup oleh kerana ada yang menghidupkanku. A-ku datang dari Allah. Badanku dijadikan dari tanah. Allah, Tuhan-ku Yang Meniupkan Roh-Nya ke dalam batang tubuhku. Maka berdirilah A-ku. Aku sebenarnya adalah Roh. Aku diberi Tuhan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk mencium baubauan, lidah untuk merasa, otak untuk berfikir, akal untuk menimbang (neraca). Semua Anugerah Tuhan itu tempatnya pada bahagian teratas dari badanku iaitu di kepalaku. Dan Didudukkan aku di dalam sebuah rumah yang berisikan alat perabut yang serba sederhana tetapi sangat berguna seperti hati,
147
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

jantung, limpa, rabu, empedu yang tempatnya di dalam dadaku. Dan diberi-Nya aku perut berserta isinya yang berpusat dan mengandung banyak daya-guna dan mempunyai alat pelepasan untuk membuang hampas atau kotoran. Dan pada bahagian belakangku yang dinamakan punggung dan pinggang berisikan pula alat-alat seperti buah pinggang yang menghasilkan bibit-bibit tunas saringan dan saluran yang menyalurkan air kencing dan bibitbibit tunas melalui alat yang tertentu pula. Dan diberi-Nya aku kaki, tangan untuk menyampaikan tujuan, keinginan dan kehendak lahir. Dan begitulah pemberian Tuhan kepadaku, yang garis besarnya terdiri dari bulu, kulit, darah, daging, hati, jantung, limpa, rabu, empedu, urat, tulang, otak benak, Disusun dan diatur oleh Yang Maha Penyusun lagi Maha Pengatur; suatu susunan dan aturan yang patut menjadi bahan pelajaran bagi kita untuk ditiru sebagai perumpamaan. Dan begitu pula seluruh batang tubuhku dibalut dengan apa yang dinamakan kulit yang ditumbuhi bulu di atasnya, salah satu dari panca-indera kita untuk dapat merasakan apa yang dapat dirasakannya, satu pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang yang patut disyukuri. Aku yang berbadan dan berdiri, menjalankan kehidupan sendiri di dalam dengan tidak banyak mendapat halang rintangan, akan tetapi perjalanan hidupku di luar yang dibawakan oleh badanku tidaklah dapat menyenangkan Aku, bahkan kebanyakkan hasil kerjanya menyebabkan Aku mengeluh oleh kerana Aku menderita dibuatnya. Jalan kehidupan yang dibawakan ke luar, tidak ada pegangan (suatu perjalanan yang meraba-raba dalam gelap-gelita) yang lebih banyak membawa akibat tidak menguntungkan daripada menguntungkan. Di mana letaknya kesalahannya? Segala kesalahan terletak pada ketidak tahuan apa erti hidup yang sebenarnya dan terlampau banyak melihat kehidupan di luar.
Diriku Yang Kukenal

148

DR. BAGINDO MUCHTAR

Memang semenjak dari dahulukala, kebanyakan manusia tidak beruntung hidup disebab-keranakan salah memahamkan erti hidup yang sebenarnya. Telah lama kehendak badan diturutkan dan jarang didapat kehendak hati. Kalau kehendak hati yang diperdapat, pasti akan memuaskan kepada perasan badan dan diri. Kehendak badan yang susah diperdapat kebanyakannya membawa kecewa kepada diri kerana kehendak badan sangat tak habis-habisnya. Dapat satu mahu satu lagi, dapat satu lagi mahu lagi dan begitulah seterusnya. Maka inilah yang dinamakan kehendak hawa nafsu yang tak pernah merasa puas. Sedangkan kesanggupan badan untuk mencapai kehendak yang banyak itu tidak ada. Pembawaan badan yang salah itulah yang menyebabkan kita manusia tidak beruntung. Mungkinkah diri sanggup menyampaikan kehendak hati? Kalau mungkin, bagaimana caranya diri membawakannya? Pembawaan badan berlainan dengan pembawaan diri. Badan yang selama ini tak pandai membawakan diri, berasa rendah terhadap orang lain kerana dia berkaca ke badannya dan bercermin kepada kelebihan orang lain. Badannya yang dianggapnya dirinya dan begitu pula terhadap orang lain, kelebihan orang diambilnya sebagai ukuran. Oleh kerananya, dengan sendirinya dia berasa kekurangan dari orang lain. Kelebihan orang berlain-lain pula. Ada kerana pangkatnya, kedudukannya, ilmu pengetahuannya dan lain sebagainya. Maka adalah kesemuanya yang disebutkan itu tambahannya datangnya dari luar dan tidak kekal. Dan bagaimana dengan dirinya? Adakah mereka berasa puas dengan keadaannya itu? Cuba-cubalah bertanya kepada orang-orang yang punya kelebihan seperti yang disebutkan di atas itu. Kalau mereka berilmu dan berpengetahuan, maka ilmu dan pengetahuannya dipergunakannya untuk memperbesar, memperkaya, memperelok badannya sendiri. Jarang dipergunakannya untuk kebaikan bersama atau umum. Orang yang tahu di dirinya tak perlu berasa rendah terhadap
149
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

orang yang punya kelebihan itu. Sikap hormat dan menghargai tak dibawakan untuk menunjukkan kehalusan budi-pekerti kita terhadap seseorang. Itupun tak boleh berlebih-lebihan, apalagi sengaja dibuat-buat. Apa yang dikehendaki diri dari kita? Yang dikehendaki diri ialah penyerahan; penyerahan keseluruhannya supaya dia bisa bebas berbuat. Serahkanlah seluruh badan kepadanya sehingga dia yang menguasainya dan supaya dapat dia merasakan keadaan badannya sendiri. Ketahuilah bahawa kehidupan diri kita di dalam terbatas oleh bulu dan kulit kita. Oleh kerana badan tak mengetahuinya dan tak pernah mahu mengenalinya, maka pintu untuknya keluar sentiasa tertutup. Badan terlampau berpegang kepada kenyataan, kepada yang ada. Walaupun dia mengetahui dan mengakui bahawa padanya ada diri yang letaknya di dalam batang-tubuhnya, maka anggapannya pada dirinya sendiri itu seumpama barang mati (pasif, tidak aktif), padahal kerana badannya makanya diri itu diadakan. Kerana burunglah makanya sangkar dibuat. Diri yang patut dikenali itu: Berdiri dengan sendirinya bagi badan, memberi daya hidup kepada badan kita di dalam dengan mengaliri seluruh batang tubuh kita menurut jalannya aliran darah kita. Dia mengandung daya-tenaga yang ada pada badan yang dinamakan tenaga ghaib, yang tak bisa dilihat. Untuk dapat mengenalnya lebih mendalam, diri harus dapat menembus dinding yang membatasinya dengan alam luar dan keluar melalui pintu-pintu tertentu. Ini akan terjadi setelah kita dapat merubah pandangan hidup; yang kalau tadinya badan yang dianggap kita, setelah kita dapat menyerahkan badan kita padanya sampai badan tadi telah menjadi kepunyaannya, maka
Diriku Yang Kukenal

150

DR. BAGINDO MUCHTAR

dirilah yang menjadi kita iaitu diri yang berbadan. Diri akan membawa badan bergerak dengan menembus alam sendiri dan lambat-laun tetapi pasti akan dapat merasakan yang bahawa pintu baginya telah terbuka iaitu yang dapat benar kita merasakannya ialah melalui hujung jari-jari, hujung kuku kita. Padanya ada jalan iaitu jalan sendiri di dalam dan kalau kita dapat menemui jalan itu dan kita cuba menuruti jalannya, maka dengan beransur-ansur rahsianya akan terbuka dan dapat dimengerti. Jalannya berisi dan isinya menghendaki penelitian kita lebih mendalam untuk dapat mengambil manfaat daripadanya. Aku mengatakan jalan itu adalah memberi nikmat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Kita yang di luar (badan) dapat belajar daripadanya dengan menurutkan jalannya. Untuk ini aku ingatkan kepada kisah perjalanan dua orang hamba Allah iaitu Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Musa dapat menemuinya dengan petunjuk Tuhan, di pertemuan permukaan dua laut, dan aku dapat menemuinya dengan petunjuk al-Quran di waktu dapat membaca kisah perjalanan kedua orang hamba Allah itu di pertemuan permukaan kiri dan kanan. Dan begitulah aku dapat menemukan jalan diriku sendiri. Aku kemukakan diriku dengan menghemat kepada tenaga lahirku yang lemah. Badanku tak kuat, punggungku cacat sesudah mengalami dua kali pembedahan. Aku mempergunakan tenaga baru yang selama ini bagiku terpendam dan belum pernah aku mengenalnya secara langsung. Aku kasihan ke badanku yang telah banyak menjalankan kehidupan dengan telah banyak pula pengalaman, akan tetapi tak banyak menghasilkan. Aku teringat akan hari tuaku, masa depanku dan hari terakhirku, dan apa yang akan kupersembahkan kepada Tuhan-ku nanti. Aku ingin hidup untuk lebih lama lagi, kalau boleh untuk
151
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

seribu tahun lagi. Kerana apa? Ya, kerana aku banyak menemui dan mendapat tenaga-tenaga baru yang akan kupergunakan untuk tujuan hidup dengan tidak menyusahkan badanku sendiri dan orang lain. Ini aku perdapat setelah aku dapat menemui dan mengenal diriku sendiri yang banyak mengandung rahsia itu. Kumpulan tenaga-tenaga baru yang ada di diriku itu adanya tidak terbatas kerana selain yang ada padaku, sangat banyak adanya di luar. Dan pada diriku ada jalan untuk menghubungi tenagatenaga yang banyak di luar itu. Dan begitulah pula aku yang tadinya terlampau percaya kepada kenyataan, kebendaan, kepada kesanggupan badan dengan tidak mengindahkan diri, semenjak aku dapat menemui dan mengenal diriku yang banyak mengandung rahsia itu, menjalankan kehidupanku dengan mempergunakan jalan diriku untuk tujuan sesuatu, dengan pengertian dirikulah yang berbuat dengan mengikut sertakan badanku. Dan dalam pada itu tenaga badanku tidak banyak berbuat. Aku perbaiki kesalahan yang diperbuat oleh badanku selama ini, dengan diriku yang berbuat sebagai amalanku. Banyak sudah diriku berbuat dan banyak pula sudah orang mendapat hikmahnya dari perbuatan diriku itu. Tak kurang pula orang yang mendatangiku untuk meminta sesuatu padaku. Merekamereka yang mendatangiku ingin mempunyai seperti apa yang telah kupunyai dan aku berikanlah apa yang ada padaku, di diriku. Sayang, banyak di antara mereka tidak mengerti dan salah tangkapan. Kalau tadinya aku berat ke luar, maka dengan pembawaan diriku, dengan berdiri di diriku maka aku jadi berat ke dalam. Oleh kerananya, aku lebih senang tinggal dalam rumah daripada bepergian tak tentu arah tujuan, dan perasaanku bertambah lebih senang lagi di waktu aku duduk sendiri dengan menyendiri. Dan di waktu itu banyaklah yang aku perbuat dan perdapat. Oleh amal perbuatan diriku itu, aku mulai dikenal orang dan berubah pandangan orang yang telah kenal padaku tadinya, dan tak kurang
Diriku Yang Kukenal

152

DR. BAGINDO MUCHTAR

pula banyaknya orang yang kenal namaku kerana banyak disebut orang akan tetapi tak kenal rupa dan bentukku. Ini oleh kerana pembawaan diriku yang lebih suka tinggal di rumah. Dan akibatnya, bermacam pula penilaian orang terhadap badan diriku. Dan bagiku sendiri membawa akibat juga. Kadang-kadang dengan tidak aku sedari, aku sudah begitu jauh tenggelam dengan diriku sampai aku lupa kepada kewajipan lahirku dan kebanyakan perbuatan orang, banyak yang tidak aku sukai. Tempoh-tempoh aku harus menyesuaikan diriku dengan orang lain, supaya ada saling pengertian. Perbuatan seperti ini bagiku suatu kemunduran. Aku yang telah duduk di universiti, tempoh-tempoh (kadangkadang) dipaksa untuk berfikir cara di tingkatan SPM, kadangkadang di sekolah rendah dan tidak kurang pula menjadi seorang yang tak bersekolah kalau aku berhadapan dengan orang yang buta huruf. Aku yang telah tahu di diri dan yang berbuat dengan mengikut-sertakan badanku, berhadapan dengan orang yang berpendirian pada badan, kepada kenyataan, kepada kebendaan. Untuk mencapai tujuanku dan tujuan orang yang mendatangiku, harus menurutkan dahulu aliran fikiran orang-orang itu dan setelahnya ada persesuaian, maka kumasukkanlah aliranku yang tak ada padanya. Mereka-mereka mendatangiku oleh kerana berasa kekurangan dan menganggap apa yang diperlunya itu ada padaku. Kedatangan mereka itu untuk keperluan sesuatu. Bagiku tandanya ada kelebihan padaku dan aku memberinya dengan tidak merugi dan merosak kepada diriku sendiri. Mereka-mereka baru duduk di tingkatan nol (kosong) dan aku telah di tingkat III. Ada pula yang telah duduk di tingkat I, ini menurut perhitunganku sendiri, dan ada pula yang telah duduk di angka 11, 12, 13 dan lain sebagainya. Perhitungan sebelas bagiku telah lebih dari cukup, tetapi masih kurang kerana belum mencukupi. Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya). Yang Esa Tuhan. Sebagai seorang manusia, saya harus berjuang untuk mendapatkan keperluan hidup. Oleh kerana saya mesti makan,
153
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

minum, berpakaian, bergaul, berumah tangga dan lain sebagainya, saya harus mempelajari diri sendiri sampai dapat mengenalnya untuk supaya jangan terlalu susah hendaknya menjalani kehidupan dan mengisi keperluan lahiriah dan batiniah. Saya harus menyederhanakan kehidupan saya berhubung dengan sederhananya keadaanku, seperti yang dicontohkan Tuhan kepada apa yang ada pada badanku (alat-alat yang serba sederhana). Saya harus merubah corak kehidupanku kerana keinginanku ketenangan dan kedamaian. Ketenangan dan kedamaian aku perdapat di diriku. Bersama dengannya pula, aku temui jalan hidup yang sebenarnya. Dan dengan jalan yang telah menjadi kepunyaanku itu, hamba berjalan mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang dan damai. Hamba berjalan sebagai seorang musafir yang berkelana kian ke mari menjalankan tugas terhadap Tuhan, terhadap badan diriku sendiri kerana seluruh tindak-laku perbuatanku kujadikan amalanku. Hamba melakukan perjalanan seorang diri dengan badan, bersama-sama dengan orang lain; melakukan perjalanan yang jauh kataku, tetapi dekat. Hamba memberi dan sentiasa memberi dan menerima untuk badan. Hamba hidup dan sentiasa hidup oleh kerana ada yang menghidupkan. Hamba yang dihidupkan tadi menghidupkan pula, terutama badanku sendiri. Hamba berjalan terus dan terus berjalan. Hamba berjalan sampai di batas. Di mana batasnya, hamba tak tahu kerana belum terbayang lagi di pelupuk mataku. Rasanya masih jauh. Dan sudah jauh pula hamba berjalan, tetapi hamba tidak berasa payah. Kerana apa? Kerana jalanku memberi nikmat lagi berisi, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Badanku? Aku kasihan padanya. Bukankah aku terkandung di dalamnya? Dia aku senangkan. Aku biarkan dia berbaring, istirahat. Dan aku berjalan terus dengan tidak meninggalkannya seperti perjalanan seorang hamba Allah yang tak banyak dapat orang mengetahuinya. Telah kuhuraikan siapa saya dan siapa pula hamba dan aku,
Diriku Yang Kukenal

154

DR. BAGINDO MUCHTAR

siapa A-ku? Aku adalah tetap aku. Aku nan sebatang, nan tunggal, berdiri dan berbadan. Aku dengan badan dan diriku adalah manusia. Badanku tanpa aku adalah seumpama mayat. Dan diriku timbul oleh kerana adanya aku pada badanku. Dia timbul setelah aku ada di dalam badanku. Aku adalah pelita dalam rumahku sendiri. Dikatakan ada, aku tidak ada. Dikatakan tidak ada, aku ada. Keadaanku dalam tiada. Ada dalam sebutan, tidak ada dalam kenyataan. Aku bernama, dan namaku setelah jadi manusia ialah Bagindo Muchtar, pemberian dari ayahku dan hasil perpaduan dari ibu bapaku dengan izin Tuhanku. Pertemuan dari dua titik ibu bapaku yang berasal dari titisan air yang memancar dari ibu bapanya pula tadinya, telah memancarkan dan menitiskan aku pula. Aku tak tahu bilamana aku dijadikan. Yang aku ketahui, aku sudah jadi (aku sudah ada). Dan aku telah dewasa dan menjalankan kehidupan sendiri. Pengalaman perjalanan kehidupanku yang menyebabkan aku ingin mengetahui aku yang sebenarnya. Dan begitulah setelah aku banyak mengadakan perjalanan keluar daerahku, sedangkan yang aku cari tak pernah bertemu, maka aku mulai mempelajari keadaanku, badan diriku. Dalam perjalanan keluar aku pernah rasanya mendarat di sebuah pulau yang ada mercusuarnya (rumah api). Aku dapat mendarat di Sana setelah melalui badai taufan, laut yang bergelombang dan beralun dan aku tertarik akan cahaya lampu yang ada di Sana. Aku naik ke darat. Selangkah demi selangkah aku langkahkan kakiku menuju lampu yang kelihatan dari jauh itu. Alangkah takjubnya aku sewaktu aku berada di bawahnya. Di Sana, rupanya lampu itu tak pernah mati, melainkan hidup terus. Hanya dari jauh kelihatannya hidup-mati. Aku ingin hendak mengetahui rahsianya. Dengan penelitian yang seteliti-telitinya, dapatlah aku mengetahui akan sebab-sebabnya lampu tersebut dari jauh kelihatan hidupmati. Di Sana lampu itu hidup terus dan pada keliling lampu ada bola, yang kaca sebelah bahagian dihitamkan dan bahagian lain
155
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dibiarkan begitu sahaja. Dan bola itu berputar terus sehingga bagi orang yang melihat dari jauh, pada giliran putaran gelap lampu itu mati dan pada giliran yang tidak diapa-apakan, hidup, dan begitulah seterusnya. Aku memandang ke jurusan lain. Maka tak jauh dari menara lampu itu, kulihat sebuah rumah dengan dilingkari kawat berduri sekelilingnya. Pada hematku, tentu ada orang yang menunggu rumah tersebut. Dengan perlahan tapi pasti, aku langkahkan pula kakiku selangkah demi selangkah menuju ke rumah itu. Aku dapat menemui pintu untuk masuk ke dalam pekarangan rumah itu sambil melihat orang penunggunya. Dengan ucapan salam yang keluar dari mulutku, aku naiki rumah itu melalui anak tangga dan sampailah aku ke atas rumah tersebut. Salamku tidak dapat jawapan dan aku lakukan berulangulang mengucapkan salam. Tiada yang menyahut. Aku sampai di muka pintu untuk masuk ke dalam. Dengan tak kusedari, pintu kutolakkan. Pintu terbuka dan kelihatanlah olehku apa yang ada di dalam bahagian muka rumah itu yang merupakan satu kamar, namun orang yang kucari tak juga nampak. Tanda-tanda banyak menunjukkan padaku bahawa tak boleh tidak tentu mesti ada orang yang menghuni rumah itu. Aku melangkah terus ke dalam dan aku sampai pula kepada sebuah pintu. Tanganku membuka pintu itu pula dan aku berada dalam kamar lain. Dan apa yang nampak olehku di Sana, semuanya menakjubkan pemandanganku kerana apa yang kulihat itu belum pernah kulihat, tidak ada di daratan. Namun, orang yang kucari tidak juga ketemu. Aku teruskan perjalananku menurutkan gerak langkah kakiku. Aku sampai ke dapurnya, kamar mandi dan semua airnya tak pernah kering. Namun, aku tak juga bertemu dengan orangnya. Aku kelilingi pulau itu kalau-kalau orang yang kucari lagi memanjat atau mencari kayu bakar. Dia yang kucari tak kujumpai. Dalam pada itu aku sampai kembali di tempat perahuku mendarat. Hari berembang petang juga. Aku tak putus asa. Aku duduk merenung dan merenung sambil memikirkan ke mana
Diriku Yang Kukenal

156

DR. BAGINDO MUCHTAR

gerangan penghuni rumah itu. Tiba-tiba, antara sedar tak sedar dalam lamunanku, aku mendengar suara yang bunyinya, Hai anak, apa yang kau nantikan? Siapa yang engkau tunggu? Ketahuilah olehmu, bahawa yang kau tunggu dan nantikan itu tak akan kunjung datang. Dia ada tetapi tiada. Keadaan-Nya dalam tidak ada, tidak berupa tidak bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dengan izin-Nya jua makanya engkau sampai di sini. Sekarang kembalilah engkau ke rumah tadi. Hari sudah petang juga, sedangkan engkau harus kembali. Aku sedar dari lamunanku. Masih teringat-ingat di telingaku kata-kata, Apa yang engkau tunggu dan apa yang engkau nantikan? Yang engkau tunggu dan nantikan itu tak akan kunjung datang. Dia ada tetapi tiada. Ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan kerana tidak berupa dan bertampan dan lain sebagainya. Benarkah aku sudah berada di Sana? Aku ingat, aku hendak mencari-Nya, akan mengadukan halku dan minta keadilan mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi atas badan diriku belakangan ini yang aku berasa tidak patut. Aku melangkah kembali tetapi pasti menuju ke rumah yang telah kumasuki tadi. Aku naiki kembali rumah itu. Aku memasuki kamar, maka dengan memperhatikan akan isinya dan seterusnya memasuki kamar lain. Aku berfikir, Apakah yang akan kuambil untuk dibawa ke daratan? Segala apa yang ada di situ aku mahu semuanya, akan tetapi bagaimana aku akan membawanya, perahuku kecil. Aku merenung dan merenung, sambil memandang dan berfikir juga, apa yang akan kuambil. Kembali aku mendengar suara, Hai orang muda, lekaslah. Ketahuilah olehmu matahari sudah hampir terbenam menandakan malam hampir tiba. Kau bersegeralah untuk kembali, kalau tidak nanti engkau tak tahu jalan. Aku perhatikan dan perhatikan lagi apa yang akan kuambil. Maka terpandanglah aku kepada sebuah Anak Kunci tersangkut
157
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

di dinding rumah itu. Maka aku ambillah Anak Kunci tersebut dengan pengharapan, dengan Anak Kunci di tangan aku akan bisa membuka pintu segala pintu, jalan segala jalan untuk pulang-pergi ke tempat itu di kemudian hari kelak. Dan Anak Kunci itu aku masukkan ke dalam kantungku. Aku fikir lagi, masih bisa lagi yang akan kubawa. Aku pandang dan menilik, maka kelihatan olehku gumpalan gulungan tali yang berlingkar dan berpusat dan hujungnya terjuntai keluar. Aku tarik hujung tali itu dan tali itu menghulur lagi menghulur. Dengannya aku terjun ke bawah dan aku sampai kembali ke daratan. Aku sedar sesedarnya, aku masih ingat segala kejadian itu. Aku kembali tidak dengan perahu yang kecil yang bertahun-tahun lamanya makanya aku sampai ke Sana. Aku kembali dengan hujung tali yang berpusat ke Sana dan perjalanan itu tak banyak memakan waktu. Sampai sekarang Anak Kunci itu masih ada padaku. Aku berfikir di kala itu, mungkinkah orang dapat mempercayaiku kalau aku ceritakan tentang yang kualami itu? Begitu pula bagi orang daratan yang belum pernah melihat lampu atau mercusuar di sebuah pulau, kalau dikatakan bahawa lampu yang kelihatan hidup-mati itu dari daratan, di Sana tidak mati, melainkan hidup terus. Tidak akan mahu begitu sahaja mempercayainya sebelum mereka sampai pula suatu ketika ke pulau itu dengan melihat dengan mata kepala sendiri. Sampai sekarang Anak Kunci yang kuperdapat itu telah perbanyak. Dan banyak pula orang yang telah menerima kunci dariku itu tidak pandai mempergunakannya. Bagiku, dalam bilangan adalah 1, 10, 100, 1000 namanya cukup. Dari cukup hendaklah kita mencari jalan untuk mencukupi itu. Begitulah makanya banyak orang, oleh kerana tak tahu jalan yang sebenarnya kian ke mari mencari untuk mencukupi. Kejadiannya (yang terjadi) bukan mencukupi yang diperolehinya, melainkan, walaupun sudah banyak tetapi yang cukup telah menjadi kurang, umpama yang satu telah jadi 9, 39, 99 dan
Diriku Yang Kukenal

158

DR. BAGINDO MUCHTAR

seterusnya. Dan untuk mencari yang hanya satu untuk mencukupi kembali yang kurang, susah orang mendapatinya. Kebanyakan terjadi, dicari satu didapat dua, tiga, empat dan seterusnya, seolaholah perbuatan kita disuruh mencari lagi dengan bekerja keras membanting tulang untuk mencukupi. Kalau begitu terus-terusan, bilakah kita akan dapat mengecap nikmat hidup di dalam dunia yang indah lagi elok ini? Pengalamanku menunjukkan padaku, aku mencari untuk mencukupkan. Aku perdapat bukan di luar, melainkan di dalam iaitu di diriku sendiri. Dan aku keluar mencari kelebihan untuk kupergunakan. Aku cukupkan badan diriku lebih dahulu dengan apa yang ada padaku. Sudah itu aku bawa badan diriku mencari kelebihan ke luar. Dan kelebihan-kelebihan yang kuperdapat dan sentiasa bertambah terus oleh kerana tindak-laku perbuatanku dalam perjalanan. Aku keluar mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang, aman dan damai. Oleh kerana itulah makanya aku katakan, aku ingin hidup untuk seribu tahun lagi dalam bidangku dan aku jalankan kehidupanku sebagai seorang pengembara yang musafir. Kalau boleh aku akan mengatakan, Cukupkanlah lebih dahulu yang telah cukup dan dengan telah dapat dan pandai mencukupkan itu, carilah kelebihan yang bisa di perdapat di luar, di luar badan diri kita, di alam yang maha luas ini. Kalau tak dapat di tempatmu sendiri, di kampungmu, di negerimu, carilah di tempat lain, di negeri lain, walaupun di benua Cina sekalipun. Kalau kelebihan telah diperdapat, janganlah pergunakan kelebihan itu untuk menyombong diri yang mendatangkan takbur, yang menyebabkan kita lupa kepada diri sendiri. Pergunakanlah kelebihan yang ada padamu itu untuk kebaikan dan membaikkan sehingga menyenangkan orang hendaknya. Dan orang dapat menghargai kita dan dapat mengikut kelebihan kita itu. Aku telah berjalan dengan badanku dan apa yang telah kuperdapat akan hasilnya, aku sentiasa merasai tidak puas dan selalu mahu
159
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

lagi. Aku telah berjalan dengan diri dengan mengikut sertakan badanku dan telah banyak diriku berbuat, dan kebanyakan hasilnya memuaskanku, akan tetapi aku masih mahu lagi. Perbezaan yang kuperdapat dari kedua perjalanan itu, walaupun masih sama-sama mahu lagi ialah dengan perjalanan yang pertama kedudukan dan pangkat serta harta-benda yang kuperdapat sentiasa tidak memuaskan aku sungguhpun orang memandang dan menganggap aku telah mempunyai. Dengan perjalananku yang kedua, yang telah kulakukan ialah perjalanan yang menghasilkan kebaikan bagiku dan membaikkan bagi orang lain, menyebabkan aku mahu lagi dan mahu lagi. Dan aku berasa tidak puas dan belum puas oleh kerana yang pertama; baharu badanku yang berbuat. Dan kedua; diri serta badanku yang melakukan dengan diriku yang ke muka. Aku ingin aku sendiri yang berbuat hendaknya; aku sendiri yang ke muka, dengan mempergunakan badan diriku. Untuk ini, aku harus menemui aku yang sebenarnya. Jalan untuk itu telah ada padaku dan Anak Kunci Wasiat untuk segala pintu telahpun kupunyai dan aku harus dapat menemui A-ku yang sebenarnya. Dalam perjalanan menurut rasa perasaan yang sudah-sudah, aku pernah pula mendapatkan pengalaman yang tak diduga-duga. Aku berjalan berombongan (kalau di Mekah barangkali berkabilah) dan dalam rombongan aku itu, aku jadi pemimpin kerana aku yang paling di muka berjalan. Dalam rombongan itu tak ketinggalan pula ikut anak kandunganku. Kami berjalan dan terus berjalan, di mana petang di mana malam dengan haus harus minum, lapar makan, ngantuk tidur. Kami berkumpul, kami mengaji, kami berlatih, kami bergerak, lain sebagainya. Tahukah mereka-mereka itu, hendak ke mana mereka-mereka itu aku bawa? Aku pun tak tahu, apalagi mereka-mereka itu. Yang terang aku lakukan di perjalanan, kalau ada orang kehausan, kami beri seteguk air untuk melepaskan dahaga. Dan kami berjalan terus dan terus berjalan. Orang mengatakan, berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.
Diriku Yang Kukenal

160

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dan bertahun-tahun sudah lamanya kami berjalan. Ada yang begitu sahaja keluar dari rombongan kami dengan kembali ke pangkalannya. Ada pula yang meninggal dalam perjalanan dan tak kurang pula memasuki barisan kami untuk ikut dalam rombongan kami berjalan, dan aku berjalan terus di muka. Ada yang berjalan dalam kelesuan dan tak kurang pula berjalan dengan aku dengan penuh keyakinan dan tekun. Dan begitulah di perjalanan yang telah memakan waktu bertahun-tahun itu, aku sampai pada suatu batas yang tak ada jalan bagiku untuk meneruskannya. Aku berhenti berjalan. Dan di balik tirai besi sebagai batas perjalananku itu, aku melihat suatu pemandangan yang indah lagi menarik. Seolah-olah suatu kebun, di mana berdiri sebuah rumah sebagai istana dengan pohon-pohon yang rendang daunnya, dengan berbuahkan buah-buahan yang lazat cita-rasanya. Di tengah kebun mengalir sebuah sungai yang amat jernih lagi sejuk, mendatangkan keinginan bagi musafir untuk meminumnya, apalagi kalau dapat berkecimpung (mandi-manda) di dalamnya. Aku melihat dan melihat. Dan di mukaku kulihat sebuah pintu untuk masuk, dengan berlukiskan di depannya: Hanya untuk satu orang dan orangnya ialah yang paling lebih dahulu sampai. Untuk itu, orang harus melalui satu titian, titian yang hanya untuk satu orang pula. Setahuku, waktu itu rombongankulah yang mula-mula sampai di Sana dan akulah orang yang mula-mula sampai. Jauh di sana di kejauhan aku lihat banyak pula rombonganrombongan lain lagi melakukan perjalanan pula. Ke mana rombongan mereka itu, tak tahu, tetapi mereka masih jauh lagi. Aku melihat ke rombonganku yang belum begitu banyak, termasuk anak kandungku. Semuanya pada melihat padaku dan apa kataku padanya? Anak-anakku sekalian, pengikut-pengikutku, ketahuilah olehmu bahawa kalau kita melihat ke muka, seolah-olah perjalanan kita ini telah sampai di batas. Sampai di sini sahaja gerangan engkau kubawa berjalan? Lihatlah ke pintu itu, di mana tertulis yang mana kamu semuanya dapat membacanya: Hanya untuk satu
161
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

orang dan orangnya ialah yang paling dulu sampai. Dalam hal ini, nyata sudah orangnya ialah Aku, kerana cubalah engkau lihat ke sana, sambil aku menunjuk ke jurusan lain, selain dari rombongan kita, belum ada rombongan lain yang lebih dahulu dari kita sampai di sini. Keinginanku sangat besar untuk selamalamanya bersama kamu, akan tetapi apa yang kulakukan sekarang? Aku merasa kuat sekali tarikan dari dalam terai besi itu untuk memasukkinya. Tak sanggup aku menahannya. Jangankan kalian, anak kandungku sendiri tak dapat aku membawanya. Aku harus pergi menurutkan tarikan ini dan engkau sekalian akan saya tinggalkan di sini bersama anak kandungku, dan kepada Allah kuserahkan segala sesuatunya. Bermohonlah bersama-sama kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, semoga aku dapat kembali mencari jalan lain untuk meneruskan perjalanan kita yang berisi ini. Aku yakin jalan kitalah yang sebagus-bagusnya atau yang sebaik-baiknya jalan; satu jalan yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Aku, rasanya belum dipanggil untuk selama-lamanya. Aku dan kamu masih di dalam perjalanan; suatu perjalanan yang kunamakan berjalan mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan. Dan aku tak kuat bertahan lagi. Aku harus pergi, pergi memasuki tirai besi ini melalui pintu yang bertulisan itu dan tunggulah sampai aku kembali. Aku memasuki pintu itu dengan hati-hati menurut gerak langkah yang berlangkahkan. Aku lalui titian yang hanya untuk satu orang itu dengan mudah dan sampailah aku di dalam kebun itu. Aku berjalan menyusur tepi sungai yang jernih itu. Segala sesuatunya yang aku lihat menakjubkan aku semuanya. Siapakah gerangan punya rumah yang seperti istana itu? Siapa penghuninya? Ingin benar aku hendak mengetahuinya. Dalam pada itu bergerak, dan aku berjalan kaki, kuterus terus selangkah demi selangkah. Aku mendengar suara-suara orang ketawa bersuka-ria bersama-sama. Aku menoleh ke sana, ke tempat datangnya suara itu. Aku lihat mereka sedang bersimbur-simbur air dengan riang
Diriku Yang Kukenal

162

DR. BAGINDO MUCHTAR

gembiranya, dan di tengah-tengah mereka itu aku lihat seorang puteri dengan pandangan yang mengasyikkan melihat kepadaku. Rupanya mereka-mereka itu sedang memandikan tuan puteri tersebut. Mereka bergembira ria melihat kedatanganku dan dari mulut mereka berhamburan kata-kata, Sudah datang orang yang dinanti. Apa kataku di kala itu? Aku tak dapat berkata sepatah jua, selain dari kehairanan dan ketakjuban yang aku perlihatkan. Melihat kepada wajah tuan puteri itu, aku rasanya pernah bertemu dan kenal baik padanya. Akan kutegur, kalau bukan? Aku membisu seribu bahasa. Aku melihat tuan puteri itu sesudah di mandikan, dituntun bersama-sama dan diiringi sampai masuk ke dalam rumah yang berada dalam kebun itu. Dan sesudah itu apa yang terjadi? Mereka-mereka itu pada mendatangiku dan membawaku ke dalam sungai yang jernih itu dan memandikanku pula dan menyiram aku dengan segala macam wangi-wangian. Aku terpesona dan tak berdaya berbuat sesuatu apa-apa selain dari menurut. Aku dikenakan pakaian yang selama ini belum pernah aku mengenalnya; pakaian kebesaran. Dan aku dituntun memasuki rumah tuan puteri itu dan didudukkan aku di hadapannya yang lagi duduk di kerusi kedudukannya pula. Seorang demi seorang mereka-mereka yang tidak begitu banyak itu menghilang dari pemandangan kami dan tinggallah kami berdua sahaja. Di hadapan kami, di antara kami berdua terletak sebuah meja yang berisikan minuman dan buah-buahan dari pohon-pohon yang tumbuh di dalam kebun itu. Aku memandang kepadanya dan dia memandang pula kepadaku. Apa kataku dan apa pula kutanya? Kataku, Engkaukah ini? Ya, sahutnya. Kenapa sendiri sahaja datang? Dan di mana anak-anak ditinggalkan? Kataku, Ketahuilah oleh mu dik, semenjak aku engkau
163
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

tinggalkan, corak kehidupanku sudah berubah. Aku bukanlah lagi sebagai seorang buruh seperti yang engkau kenal selama ini, melainkan seorang hamba yang sentiasa mengembara dan mengembara menurutkan rasa perasaan, ke mana gerak menentukan. Dan begitulah dengan tak kuduga sedikitnya dalam pengembaraanku, aku bisa sampai di sini dan dapat pula bertemu denganmu. Tentang anak-anak kita yang kau tanyakan, semenjak engkau pergi, dia ada sentiasa bersamaku, kecuali anak kita yang tua yang telah bisa berpisah dengan kita. Dia bersekolah di kota dan tinggal sama orang lain. Pertemuan kami di kala itu hanya sekejap sahaja. Ya, sekejap sahaja dan tak banyak pula rasanya yang dapat kukatakan. Suatu perjumpaan yang tak diduga-duga. Dan di waktu itu aku berasa seolah-olah aku ditarik kembali untuk keluar, yang mana tak dapat pula aku mempertahankannya. Kudrat Tuhan berlaku atas diriku. Kukatakan padanya sambil berdiri, Sekarang telah tiba pula masanya bagi kita untuk berpisah. Aku akan kembali ke luar tirai besi ini, kerana dorongan sangat kuat rasanya untuk menarik aku keluar. Aku sangat berasa berbahagia yang dalam pengembaraanku Tuhan telah mempertemukan kita, walaupun hanya sekejap. Tahu aku sudah tempatmu sekarang dan tahu pula sudah aku, rumah yang akan aku diami nanti. Lepaslah dulu aku pergi, menjelang aku kembali padamu untuk selama-lamanya. Tugasku belum selesai, dan aku masih dalam perjalanan. Tuan puteri rupanya enggan melepaskan pergi, akan tetapi dia tak kuasa menahanku. Dia mahu ikut berserta aku. Kataku, Aku bukan tak mahu membawamu dik, akan tetapi ketahuilah olehmu, apa yang ada padamu ada padaku dan apa yang ada padaku tak ada padamu. Yang tak ada padamu lagi ialah badan sepertiku ini. Sambil menunjuk ke badanku. Itu sudah lama hancur menjadi tanah, akan tetapi sungguhpun begitu engkau tak usah khuatir. Dengan perjumpaan kita ini, aku ketahui sudah aku dapat hidup dalam dua alam iaitu di alamku yang kudiami sekarang
Diriku Yang Kukenal

164

DR. BAGINDO MUCHTAR

ini iaitu di alam nyata, dan di alam yang kau diami sekarang ini di alam arwah, di alam ghaib. Oleh ketahuanku, sewaktu-waktu kita bisa bertemu dan kerana penemuanku akan diriku sendiri menjadikan segala sesuatunya bagiku jauh tak berantara dekat tak berbatas. Tuhan jua Yang Mengetahui segala-galanya. Aku harus kembali. Engkau lihatlah ke sana, di luar tirai besi. Pengikutku sentiasa menunggu-nunggu menantikan kedatanganku kembali kepadanya, termasuk anak kandung kita untuk kembali meminpinnya menunjukkan jalan yang benar; jalan pada Jalan Allah. Gerak Allah-lah yang menentukan akan segala sesuatunya. Begitulah kisah perjumpaanku dengan kekasihku yang telah pergi meninggalkan aku, ibu kandung dari anak-anakku yang dapat kuceritakan. Hanya sekejap, ah sekejap sahaja. Suatu pengembaraan menurutkan rasa apa yang terasa. Dan aku tidak bermimpi. Tingkat pertama dari kehidupanku yang berjalan menuruti kehendak badan telah kulalui. Tingkat kedua, iaitu berjalan menuruti jalan diri dengan mengikut-sertakan badan sampai sekarang sedang kujalankan. Dan aku lagi menuju ke tingkat ketiga iaitu aku hendak mencari dan sampai dapat menemui A-ku yang sebenarnya dan aku akan ingin mengemukakan A-ku yang benar, keakuanku berjalan dengan diri dan badanku. Aku hendak membersihkan diriku, badanku dan A-ku berserta badan diriku ingin banyak berbuat. Aku yang dilahirkan di bahagian Barat dari pulau tampat orang tuaku berdiam, mengembara menuruti kehendak jalan badanku ke Selatan. Pernah ke Timur dan pernah pula ke Utara. Dan sudah pernah pula ke luar negeri. Sekarang aku duduk di selatan. Aku pernah berdiam di dekat Pusat Pemerintahan tanahairku, akan tetapi oleh kerana waktu itu berkemungkinan belum waktunya yang tepat, di sana pulalah aku mendapat cubaan berat sampai berpisah dengan ibu dari anak-anakku kerana di kala itu aku tak tegas, tak mempunyai pendirian yang kuat sesuai
165
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dengan pembawaanku yang selama ini suka mengalah dan menurut. Aku tingkatkan pengetahuanku mengenai diriku. Aku tingkatkan lebih mendalam dan di Sana, di suatu tempat yang tak dapat aku mengatakannya, aku temui A-ku yang sebenarnya. Aku katakan, Adalah A-ku yang sebenarnya ialah di balik nan sebatang, nan tunggal, Alif berasal dari titik yang dinamakan sekarang Bagindo Muchtar. Namaku yang sebenarnya dari ibu bapaku ialah Muchtar Uddin. Uddin dari nama ayahku yang telah meninggal selagi aku masih kecil. Setelah aku kahwin, maka aku berhak memakai gelar dari bapaku yang menjadi pusaka bagiku dan begitulah aku lebih suka memakai nama Bagindo Muchtar. Aku berbadan dan berdiri. Diriku di balik badan dan A-ku di balik diri. A-ku mengisi diri dan diri memberi kehidupan kepada badan. Maka adalah A-ku melalui diri menghidupankan badan. Tadinya Aku melalui badan menimbulkan diri. Perjalananku menuruti kehendak badan menyebabkan aku harus bekerja dengan keras. Aku hanya dapat menghubungi yang nyata sahaja. Perjalanan menuruti jalan diriku mendatangkan berlainan pandangan hidup dari biasa. Orang-orang pada mendatangiku, begitupun pula rezeki bagiku mendatang pula. Aku tidak perlu bekerja keras untuk mencari keperluan hidup. Diriku dapat menghubungi yang badanku tak dapat menghubunginya. Diriku dapat banyak berbuat yang aku dengan badanku tak dapat berbuat. Segala pintu dapat dimasuki oleh diriku dengan jalannya, pada jalannya. Dengan jalannya sendiri, diriku bisa menurutkan segala macam jalan. Diriku tidak sombong dan tidak pula takbur. Diriku halus, tetapi tidak nampak, lebih halus dari yang halus. Dan masih banyak lagi yang harus kuketahui tentang kesanggupan diriku. Dan aku akan terus menggali rahsianya. Padanyalah itu aku temui seperti yang dikatakan orang, Jauh tak berantara, dekat tak berbatas. Di mana tempatnya diriku nanti setelah A-ku kembali ke
Diriku Yang Kukenal

166

DR. BAGINDO MUCHTAR

Hadirat Tuhanku dan badanku dikembalikan ke tanah? Belum dapat aku mengetahuinya. Yang aku ketahui, padanya tertulis segala amal perbuatanku. Badanku kalau hendak makan, minum, tangankulah yang bekerja. Mahu berjalan, kakikulah yang melangkah. Diriku berbuat untuk badanku. Siapa yang mengisi diriku? Inilah yang menyebabkan aku mencari yang di balik diriku yang bernama A bagi ku. Maka adalah A-ku ialah Roh yang asalnya ditiupkan Tuhan ke dalam badanku. Aku insaf badanku tak kuat. Diriku miskin, tak punya. Oleh kerana itulah makanya aku hendak mengetahui A dari ku yang sebenarnya kerana timbulku darinya. Aku telah dapat merasakan berdiri pada badan. Aku telah dapat merasakan berdiri pada diri dan sekarang aku akan berdiri pada A-ku. Dengan berdiri pada A dari ku dapat kuketahui dan dapat pula kukatakan bahawa jalannya ialah memusat; satu perjalanan menuju ke Pusat dari segala pusat iaitu kepada Tuhan yang disebut Allah. Pada badan ada dua jalan iaitu satu kiri dan satu kanan. Pada diri ada dua pula jalan iaitu satu buruk dan satu lagi baik. Dan pada nya (A-ku) hanya ada satu jalan iaitu pada Jalan Allah. Aku ketahui sudah padaku ada tiga jalan dan aku akan memilih jalan yang sebaik-baiknya bagiku (badan diriku). Aku menpunyai akal untuk menimbang, mempunyai otak fikiran, di dalamnya terkandung kemahuan, kesedaran dan ingatan. Pada hematku, jalan yang sebaik-baiknya yang akan kupakai ialah jalan tengah iaitu jalan diri yang berisi; isi yang datang dari A-ku dan A-ku yang datang dari Allah. Aku dengan diriku dapat menghubungi alam yang di luar alamku. Dan akan kupakai terus jalan itu untuk kelancaran kehidupanku, dan terhadap Tuhan Yang Maha Esa akan kukemukakan A-ku dengan mengikut-sertakan badan dan diriku. Dan aku telah dapat mengambil manfaat dari jalannya diriku. Kukatakan, kalau diri telah ditemui melalui pintu-pintu
167
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

tertentu, maka turutkanlah jalannya. Jangan dicampur-adukkan dengan jalannya alam fikiran kita. Di saat itu, segala apa yang ada pada kita menjadi alat oleh diri kita kerana segala sesuatunya telah menjadi kepunyaannya. Cara bekerjanya berlainan dengan cara bekerja kalau kita berpendirian di badan. Caranya ialah serba automatik (bergerak dengan sendirinya) pula. Apa yang akan dilakukan dan apa yang akan diperbuat, telah didengar dan diketahui oleh A-ku dan melalui diri, diri melakukannya untuk mencapai tujuan. Melalui pintu-pintu tertentu, dapat kita mengenal diri kita dengan rasa. Kita rasakan sampai terasa dan setelah terasa benar, kita cari jalannya untuk dituruti atau dibiarkan dia berbuat. Dengan membiasakan membawa diri itu atau menurutkan jalannya diri itu, kita akan bertambah mengenal diri kita dan lambat laun kita akan mengatakan bahawa adalah segala sesuatunya apa yang telah dilakukan diri itu aku yang berbuat. Dan kita akan mengenal aku yang sebenarnya, dan jawablah pertanyaan, Hendak ke mana aku? Dan mahu apa aku? Saya akan mengatakan, Saya mahu ke Sana. Mahu mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan; Pengakuan sebagai hamba-Nya oleh Allah, dan sebagai umatnya oleh Muhammad Rasul Allah. Dan berjalanlah aku untuk itu. Dalam perjalanan, aku memberi dan menerima. Dan aku akan menggali terus rahsia yang terkandung, diriku, dan aku sangat mengharapkan sentiasa petunjuk untuk mendapatkan itu, untuk aku pergunakan dalam perjalananku, sebab aku masih berasa berkurangan dan masih banyak lagi yang belum kuketahui dan punyai. Bukan untukku seorang, melainkan bersama manfaatnya untuk orang banyak. Tali pergantunganku yang tadinya telah putus, telah dapat kutemui kembali dengan telah dapatnya samaku hujung tali pusat di Sana yang dengannya aku turun kembali ke darat. Bukan tali sebarang tali. Tali yang bagiku banyak mengandung hikmah. Tali
Diriku Yang Kukenal

168

DR. BAGINDO MUCHTAR

yang berisi dan yang bertali-tali. Aku yang bertali tetapi tiada tergantung, tergantung tetapi tiada bertali mempertalikan tali pergantunganku yang dari Pusat itu dengan aku yang bertali sehingga aku kelindungan (dilindungi). Aku berdiri di bawah Payung Besar yang perkembangannya merupakan jala dan aku di dalamnya. Kenyataannya, hujung tali pusat yang kupegang tatkala aku di Sana itu berkembang merupakan payung, dan aku berpegang pada tangkainya, dan dengannya mendaratlah aku di daratan kembali dengan tidak usah bersusah-payah. Kataku, Aku telah mempertemukan yang lama dengan yang baru, yang lahir dengan yang batin, yang di luar dengan yang di dalam, setelah aku dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan. Aku sendiri, tetapi di luar banyak. Di mana-mana, aku ada. Aku telah dapat menemui itu zat serba zat, mengandung serba ada yang keluar dari diriku sendiri. Tenaga yang keluar dariku tak dapat disaksikan dengan langsung oleh kerana dia ghaib. Tenaga ghaib ini dengan bahasa asing dinamai metaenergy. Metaenergy itu ada padaku dan banyak di luarku. Dan aku telah banyak mengambil manfaat darinya. Kukatakan, Tenaga rohani yang telah lama dan telah banyak kupergunakan itu tidaklah melemahkan diriku kerana padanya ada alat untuk hubung-menghubungi antara satu dengan yang lain dan alat penerima dan pemberi, dan aku mengetahui jalan untuk itu. Dan pembawaan kukatakan, Setelah aku berpengalaman dan setelah kuketahui di luar aku banyak, maka aku tak memakaikan hakikat dan makrifat kerana pemakaian hakikat dan makrifat itu bagiku menyakitkan kepalaku dan melemahkan tenaga lahirku, dan menjadikan suatu tindak perbuatan yang disengajakan, sedangkan aku bukanlah itu orangnya. Yang aku pakaikan hanya jalan. Dan sebagai seorang hamba, aku akan berjalan terus, akan menjalankan terus kerana terhadap orang banyak aku tak pilih kasih. Aku anggap adalah badanku ini kepunyaan bersama (bukan
169
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

kepunyaanku sendiri), kepunyaan yang ghaib-ghaib, kepunyaan Allah dengan Rahsia Ghaib-Nya. Aku ini hanya membawakan dan pendirianku ialah Lillahi Rabbil alamin. Dan aku tak mahu dipunyai atau dikuasai oleh seseorang. Aku sentiasa di mana aku berada, memberi dan menerima. Dan terhadap Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, aku pohon ampun dan redha kerana aku tahu badanku lemah, yang tempohtempoh menyebabkan aku lupa kepada diriku sendiri sampai aku tinggalkan jalan yang berpetunjuk, yang harus aku turuti. Terhadap mereka-mereka yang disedari atau tidak, yang telah membantu aku dalam perjalananku dengan jalan ini pula, aku menyatakan terima kasih yang tak terhingganya. Dan terhadap ibu bapaku yang menyebabkan adanya aku dengan jalan ini pula, aku melahirkan sembah-sujudku, dan kepada Tuhan Yang Memerintah seluruh alam, aku memohon supaya arwah dari ibu bapaku tersebut ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya. Dan terhadap isteriku, yang telah mendahului aku dan yang menyebabkan aku sampai jadi begini, aku katakan, Tunggulah kedatanganku. Entah kapan (bila) untuk kita berkumpul kembali. Dan kepada anak-anakku, kuserahkan. Turutilah jejak-langkah bapamu setelah engkau menjadi besar dan aku tak ada lagi bersamamu.
Palembang, Indonesia 5 Julai 1966

Diriku Yang Kukenal

170

DR. BAGINDO MUCHTAR

AKU

Siapa Aku? Banyak sudah orang mencari Aku, dan tak banyak orang dapat menemui Aku. Kenapa begitu? Apa sebabnya? Dan apa perlunya Aku dicari? Bermacam-macam sebab-musabab orang mencari Aku dan bermacam-macam pula cara orang berjalan mencari Aku. Dikatakan jauh Aku dekat, dikatakan dekat Aku jauh. Di mana tempat Aku? Tempatku ialah padamu jua. Di mana? Carilah. Bagaimana cara mencarinya? Ketahuilah olehmu bahawa Aku yang dicari telah berada bersertamu, hanya engkau yang tidak mengetahui Aku. Aku bukan seperti engkau. Engkau pun bukan seperti Aku. Adalah engkau teman hidupku. Engkau adalah rumahku tempatku diam dan Aku berada di dalamnya. Aku adalah pelita dalam rumahmu sendiri. Aku si terang menerangi si gelap. Kalau Aku pergi, maka rumahku tak ada erti (ertinya mati). Maka adalah Aku hidup. Hidupku bagimu terbatas. Batasnya bukan Aku yang menetapkan. Yang Menentukan-nya Tuhan. Tuhan itu Allah. Allah Pengasih lagi Penyayang. Dia Memerintah seluruh alam. Dimasukkan-Nya malam kepada siang, dan siang kepada malam. Didatangkan-Nya yang hidup dari yang mati, dan yang mati dari yang hidup.
171
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diberi-Nya rezeki bagi orang yang dikehendaki-Nya dengan tak terhitung banyaknya.
(Al-Quran Surat Ali Imran, Ayat 27.)

Apa ertinya itu bagimu dan apa pula bagiku? Bagiku adalah ertinya itu untukmu supaya kamu dalami dan halusi hikmah yang terkandung dalam Firman Tuhan itu. Firman Tuhan itu teruntuk bukan untuk orang tertentu, melainkan untuk semua orang (semua manusia). Rezeki yang tak terhitung banyaknya akan diberikanNya kepada yang dikehendaki-Nya. Yang dikehendaki-Nya ialah orang yang tahu pada-Nya, yang mengerti pada-Nya, yang tahu Rahsia-Nya, yang pandai membawakannya, yang dikasihi-Nya. Aku adalah ibarat burung dalam sangkar. Dari tempatku Aku hanya dapat melihat, dapat mengetahui apa yang akan mendatang, dan tak dapat berbuat apa-apa kerana mata lepas badan terkurung. Apa dayaku? Aku tak kuasa. Kekuasaanku hanya di dalam sahaja. Apa sebab? Sebab sangkar tak kenal akan burung. Bagaimana sangkar akan mengenal burung sedangkan dia barang mati. Mungkinkah yang mati dapat mengenal yang hidup? Tidak mungkin. Akan tetapi, yang hidup dapat mengenal yang mati. Ini tak dapat dimungkiri. Akan tetapi Aku bukan burung, lebih dari itu. Burung berupa dan bertampan, Aku tidak. Tetapi Aku ada; ada dalam sebutan, tak ada pada kenyataan. Aku datang dan Aku akan pergi. Aku datang bersama dengan kedatanganmu dan aku akan pergi kembali ke tempatku. Ke mana? Ke Sana, ke Hadirat Tuhanku, dan di saat itu engkau akan kutinggalkan. Dan berpisahlah Aku dengan engkau. Aku kembali ke asal dan engkau dikembalikan pula ke asalmu iaitu ke tanah. Aku terkandung di dalammu dan engkaulah yang mengandung Aku. Engkau yang tadinya dikandung sebelum dilahirkan, maka setelah lahir engkau pula yang mengandung. Yang mengandungmu ibu dan yang kau kandung adalah Aku. Sewaktu engkau dalam kandungan, tempatmu ialah di rahim ibu. Rahim ertinya sayang. Dari tempat kesayanganlah keluarmu. Dari
Diriku Yang Kukenal

172

DR. BAGINDO MUCHTAR

itu makanya tidak ada seorang ibu yang tak sayang pada anaknya. Dan Aku, di mana letaknya padamu? Letaknya ialah di tempatnya. Di mana tempatnya? Tempatnya ialah padamu. Di rahimmu? Tidak. Kerana kalau di rahimmu tempatku, tentu satu saat engkau akan melahirkan pula seperti engkau dilahirkan ibu. Mustahil. Tak bisa jadi dan tidak akan terjadi itu. Jadi, tempatku adalah padamu. Aku ada tetapi tidak ada; ada dalam nama, tak ada dalam benda, dari itu carilah Aku padamu. Aku nyawamu, pergantunganmu, tetapi tak bertali. Engkau badanku tetapi tak tergantung. Aku tergantung tetapi tak bertali. Maka adalah yang tergantung tiada bertali dan yang bertali tiada tergantung Aku juga. Tempatnya juga di dalam. Aku yang tergantung tiada bertali dengan dia yang bertali tiada tergantung, menjadi Aku juga yang berdiri dengan sendirinya. Di luar dari badan diriku adalah engkau yang mengandung air, api, angin dan tanah. Aku yang tidak nyata dengannya yang nyata, menjadikan saya bernyawa, berbatang tubuh. Yang tak nyata padaku sangat berguna bagi kenyataanmu. Bila satu sama lain berpisah atau dipisahkan, maka tak adalah ertinya dunia ini bagiku lagi. Dia memerlukan Aku, bahkan Aku sangat penting ertinya baginya setelah aku berada besertanya. Bagaimana Aku? Mungkinkah Aku memerlukannya pula? Apa ertinya kehadirannya bagi ku? Dan apa pula ertinya kehadiranku baginya? Dia yang di luar selama ini harus bekerja dengan keras membanting tulang untuk memenuhi keperluan hidup tanpa menghiraukan dirinya sendiri. Aku yang di dalam, semenjak dapat mengenalnya, merana dan menderita melihat cara dia bekerja yang harus membanting tulang untuk dapat memenuhi keperluan hidup. Aku bersertanya berasa bahagia kerana dia teman hidupku. Dan dia berserta Aku menjadi hidup kerana Aku memberi kehidupan baginya. Aku dapat merasakan keinginan-keinginannya dan citacitanya yang tinggi. Aku kasihan padanya, kesanggupannya untuk
173
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mencapai maksudnya itu tidak ada. Aku dapat menolongnya, akan tetapi dia belum mengenal Aku yang sebenarnya. Aku di dalam dunia ini sangat memerlukannya kerana dengannya Aku dapat melihat dunia yang indah lagi molek ini. Dengannya Aku akan dapat mengecap nikmat hidup, kebahagiaan, dan terus terang Aku katakan, padanyalah terletak duniaku. Sayang dia belum kenal betul padaku sedangkan kehidupanku dengannya terbatas. Kehadirannya padaku dan kehadiranku padanya mendatangkan kehidupan baru bagi kami berdua. Alam luas, dunia luar terbentang di hadapan kami seolah-olah berkata selamat datang kepada kami dengan memperlihatkan segala keindahannya; isinya yang menarik, rumputnya yang menghijau, sawahnya yang menguning dan lain sebagainya. Mungkinkah bayangan harapan itu dapat membahagiakan badan diri kami? Dia telah berpengalaman, pengalaman yang penuh dengan penderitaan dan pengorbanan oleh kerana terlampau percaya kepada yang ada, kepada yang lahir atau kenyataan. Aku lebih berpengalaman dari dia lagi. Aku telah ada sebelum dia diadakan. Pengalamannya bagiku belum seberapa, walaupun katanya sudah pahit betul. Kataku, Apa yang dialaminya itu belum seberapa. Aku sudah pernah dimatikan, bahkan sudah dua kali, belum termasuk rencana orang yang tak senang padaku mematikan aku secara halus. Dan tingkatan pengalamannya baru sampai di hampir mati dan tidak jadi mati. Kataku, Bagaimana dia akan mati, sedangkan Aku berada bersertanya? Semenjak Aku dapat mengenalnya, maka langsung Aku bawa dia berjalan pada jalanku. Aku tunjukkan dia jalan. Aku beritahu dan datangkan padanya rasa, sehingga dia yang semula tidak merasa apa-apa, setelah menerima dan mendapat rasa dariku, dapat pula merasakan apa yang telah kurasakan. Rasa yang banyak mengandung rahsia. Maka adalah rahsianya itu rahsiaku, dan padamulah letaknya dapat tahu atau tidaknya engkau memecahkan rahsia itu untuk dipergunakan.
Diriku Yang Kukenal

174

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dia bertambah kenal dan mengerti padaku. Perkenalan yang mendalam mendatangkan kasih sayangku padanya, melebihi dari diriku sendiri. Pengertian yang mendalam menentukan kelebihan antara satu dan yang lain, mendatangkan kesedaran dan keinsafan pada diri sendiri, dapat memahami akan kekeliruan pandangan selama ini, dan tahulah dia bahawa Aku yang selama ini belum pernah dikenalnya, setelah diketahuinya akan keadaanku yang sebenarnya, berubahlah pandangan hidupnya. Maka untuk lebih mengetahui dan mengenal Aku, dia harus menyerahkan segala apa yang ada padanya padaku. Penyerahannya yang bulat menjadikan, selain dia mudah untuk mengenal Aku yang sebenarnya, juga menjadikan pandangan hidupnya lain dari yang sudah-sudah, kerana kalau selama ini dengan pembawaannya dia yang ke muka, maka setelah Aku diperdapatnya, maka Akulah yang ke muka, bukan dia. Janganlah terlampau memandang kepada bintang di langit sedangkan rumput hijau berada di bumi. Aku bertanggungjawab penuh kepadanya selagi Aku berada bersertanya kerana dia adalah teman hidupku yang sejati dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat, kataku, kerana duniaku terletak padaku. Aku akan menjadinya dan dia akan menjadi Aku. Maka adalah Aku dan dia berguna untuk dunia dan akhirat. Apa ertinya dunia bagiku, dan apa pula ertinya akhirat bagimu? Dunia bagiku bererti bahagia dan untukmu sendiri kalau tak tahu derita. Dan kalau Aku menjadimu, yang bererti Aku berserta engkau, apa yang engkau idam-idamkan akan mudah tercapai kerana Aku yang selama ini belum engkau kenal, lebihlebih dengan sifatku yang pendiam tidak banyak keluar menerima dan mendapat cabar tentang keadaanmu, ingin benar hendak melihat rupa dan bentukmu. Benarkah keadaanmu, tindak-laku perbuatanmu seperti apa yang kudengar atau seperti apa yang disampaikan padaku? Setelah engkau menemui Aku dan setelahnya Aku untuk pertama kalinya dapat melihat wajah bentuk
175
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan rupamu, maka semenjak itu pula engkau manjadi perhatianku. Rupanya engkau itu Aku juga, akan tetapi tempatmu bagiku di luar. Engkau menarik perhatianku dan menjadi buah pemikiranku. Mungkin engkau barangkali begitu pula padaku. Akan tetapi engkau bukan Aku. Baru sahaja engkau bertemu dengan Aku, tahulah Aku sudah apa yang telah engkau alami dan yang akan engkau alami, dan kuketahui kehendak dan keinginan hatiku. Sayang engkau belum mengenal Aku betul dan dengan kepercayaan yang penuh. Engkau sedari atau tidak, Aku membawamu berjalan pada jalanku, jalan terang tetapi gelap bagi orang. Banyak orang tidak mengerti padaku, termasuk engkau sendiri. Engkau menganggap Aku lain dari yang lain. Ya, memang Aku asing bagimu kerana apa yang ada padaku tak ada padamu. Akan tetapi tahukah engkau betapa pula Aku menganggapmu? Aku ketahui kegunaanmu bagiku dan dengan diam-diam Aku mengasihi dan menyayangimu. Mungkinkah apa yang kucari selama ini ada padamu? Dan oleh kerana itu makanya Aku sayang padamu. Aku senang padamu, mengasihimu dan menyayangimu. Cintakah Aku padamu? Apa yang lebih daripada kasih dan sayang? Bagaimana Aku akan mencintai sedangkan engkau bukan isteriku. Kalau engkau isteriku, tentu kita dua. Telah kukatakan padamu, Aku mengasihimu oleh kerana engkau teman hidupku. Erti teman hidup bagiku melebihi dari isteri kerana aku denganmu satu. Akan tetapi, kalau engkau mencintaiku, Aku akan lebih mencintaimu lagi. Cintaku kudus. Matamu melihat, mataku berbicara. Hatimu berkata, hatiku berasa. Alangkah bahagianya Aku sekiranya Aku dapat bersamamu untuk selama-lamanya. Sinar matamu adalah pancaran bagiku. Semenjak engkau mulai mengenal Aku, dengan mudah sahaja engkau tertarik padaku. Betapa tidak? Aku aneh pada fikiranmu, aneh bin ajaib. Bertambah kenal engkau padaku, bertambah tertarik engkau padaku. Kenapa begitu? Ya, begitulah dan memang begitulah hendaknya. Kalau tidak semestinya.
Diriku Yang Kukenal

176

DR. BAGINDO MUCHTAR

Pernah satu kali engkau hampir mati, kata orang. Di saat itu, engkau tak berdaya. Hampir semua orang menganggap engkau akan pergi, pergi meninggalkan kami. Engkau sendiri pun telah putus asa. Pertolongan yang kau harapkan dan nantikan tak kunjung tiba. Di saat-saat itu, banyak orang pada mendatangimu. Mereka pada datang. Ya, dia datang. Kedatangannya hanya melihat, bukan menolong. Di saat-saat engkau mengharapkan pertolongan, di saat-saat engkau tak kuat lagi bertahan, di saat-saat engkau sudah tak terdaya lagi, di waktu itulah sekonyong-konyong Aku muncul padamu. Engkau mengenal Aku dan Aku mengenalmu. Engkau melihat Aku dan Aku melihatmu. Pandanganmu dan pandanganku berlainan, begitupun pula dengan pemandangan orang lain. Engkau memandangku dengan pengharapan supaya aku dapat menolongmu sedangkan pandanganku menyusul engkau yang sedang diperebutkan orang untuk dibawa dan pandangan orang lain padamu yang menganggap engkau tinggal menunggu waktunya lagi. Aku renungi engkau dan Aku membawamu ke seberang. Engkau tak berdaya sudah. Yang ada hanya dayaku dan Daya Tuhan. Dan setelah engkau sampai di seberang, tiap-tiap orang yang menjumpaimu mengatakan engkau telah selamat ke seberang. Hampir semua orang berbesar hati melihat perkembanganmu, lebih-lebih Aku. Aku sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang Aku telah dapat membawamu ke seberang dengan jalanku sendiri iaitu membawamu pada jalanku, jalan yang kunamakan jalan yang berpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Engkau akan kubawa pulang ke tempatmu, ke rumahmu. Dan bahteraku waktu itu kita hanya ada berdua, engkau dan Aku. Ya, hanya kita berdua penumpang kapal itu. Engkau dan Aku. Kapal yang kita tumpang telah merapat dan telah berlabuh. Kita telah sampai tetapi belum tiba; sampai di negeri, belum tiba di rumah. Ada yang tidak
177
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

membenarkan engkau mendarat keluar dari kapal untuk engkau kenbali ke rumahmu. Aku sendiri pun enggan dan sangat berat melepasmu mengembalikan engkau kepada keadaanmu seperti semula. Kerana apa? Ya, kerana tanggungjawabku terhadap Tuhan yang tidak membenarkan engkau mendarat itu. Agaknya engkau masih ingat tentu. Engkau pernah kubelai dengan kasih mesraku. Aku pegang keningmu, kubelai rambutmu. Aku beri engkau harapan, kesemuanya itu Aku lakukan, aku buat untuk Aku perlihatkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kepada Tuhan Yang Maha Esa akan kasih sayangku padamu supaya engkau dapat kubawa kembali bersertaku ke rumahmu. Apa permohonanku yang dikabulkan Tuhan atau janjimu yang belum sampai tak dapat aku mengatakannya. Mungkin engkau dapat mengetahuinya kerana engkau sendiri yang telah mengalami segala peristiwa di dirimu itu. Seperti telah kukatakan padamu Aku sangat berat melepasmu oleh kerana tanggungjawabku terhadap Tuhan. Janjimu memang belum sampai dan permohonanku dikabulkan Tuhan, dan engkau selamat Aku bawa ke seberang. Pembersihan di segala bidang, pada apa yang ada padamu telah dilakukan. Untuk itu Aku mempunyai tugas terhadapmu (tugas suci) dan bagiku adalah apa yang telah kulakukan itu suatu kewajipan, kemestian dan keharusan. Aku mesti membebaskanmu dari segala yang tidak baik, baik dia datang dari luar baik dari dalam. Dan Aku melindungimu dan bukan engkau yang harus melindungku. Aku harus menjadikanmu kembali menjadi orang menurut semestinya, layak dan wajar hidup sebagai seorang manusia, bebas dari penderitaan, dari tekanan-tekanan, inceran-inceran (hasutanhasutan) iblis yang berbentuk manusia atau dari manusia-manusia yang telah terpengaruh oleh syaitan, iblis. Dan engkau hendaklah tidak akan terpedaya dan tak dapat diperdayakan lagi. Untuk itu engkau harus mengerti betul padaku. Siapa Aku dan siapa pula engkau? Janganlah pengertianmu padaku seperti
Diriku Yang Kukenal

178

DR. BAGINDO MUCHTAR

pengertian masa yang sudah-sudah iaitu sewaktu engkau belum mengenal Aku. Walaupun engkau telah mengetahui Aku, tidaklah seperti Aku yang telah kau kenal dan kau ketahui. Dengan tidak engkau ketahui dan sedari, aku selalu menghubungimu. Hanya engkau dengan pengetahuan yang belum seberapa, tak mengenal Aku. Aku bukanlah yang seperti engkau duga, melainkan lebih dari itu. Aku hidup, sedangkan engkau kuanggap mati. Hidupku tidaklah seperti kehidupan yang engkau anggap, melainkan berlainan. Aku menghidupimu, dari itu hiduplah dengan Aku. Engkau tak bisa menghidupiku. Hidupmu dari dua jalan; iaitu dari luar dan dari dalam. Padaku hanya ada satu jalan. Jalanku jalan hidup lagi menghidupkan iaitu dari atas ke bawah. Engkau tak akan sanggup hidup tanpa Aku sungguhpun banyak makananmu di luar, kerana Aku yang mengisi kehidupanmu di dalam sedangkan makanan engkau perdapat di luar. Aku pun tidak akan berasa bahagia hidup tanpa engkau kerana apa yang tak ada padaku ada padamu. Telah engkau cuba hidup dengan cara engkau sendiri, dan hasilnya telah engkau alami sendiri. Engkau menyesali nasibmu, untungmu, bahagiamu. Nasib, untung, bahagia tak perlu engkau sesalkan. Aku mengatakan engkau yang tak pandai membawakan hidup. Dari itu makanya kukatakan padamu, hiduplah dengan Aku. Telah lama Aku menantikan kedatanganmu dan telah lama pula Aku menunggununggu supaya engkau dapat bertemu dengan Aku. Kalau engkau telah hidup dengan Aku, maka engkau harus mengerti caraku hidup atau pembawaan hidupku. Pembawaanku sederhana tetapi mencukupi. Pembawaanmu dengan gayamu serba ada tetapi tak cukup, berasa kekurangan. Aku adalah orang yang berpengetahuan, serba tahu dan engkau orang yang berkemahuan dan serba mahu. Berpengetahuan tetapi tak ada kemahuan, tak ada guna. Berkemahuan tetapi tak ada pengetahuan, tak bererti. Tahu dan mahu, kalau satu atau disatukan atau kalau keduanya
179
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

ada pada kita, maka akan berertilah apa kata pepatah, Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan pada tahulah adanya jalan itu. Yang tahu ialah Aku dan yang mahu ialah engkau. Apa ertinya banyak tahu kalau tak ada kemahuan? Apa ertinya banyak yang dimahui kalau tak tahu jalannya? Yang mahu banyak, engkau dan yang banyak tahu ialah Aku. Alangkah baiknya sekiranya Aku yang banyak tahu dijadikan satu dengan engkau yang banyak mahu. Kalau sampai terjadi, mungkin engkau akan bahagia dan Aku akan lebih bahagia darimu lagi kerana Aku telah dapat membahagiakanmu. Dan engkau mendatangkan kemahuan yang banyak padaku dan untuk itu Aku akan pergiat ketahuanku sehingga bahagiamu menjadi bahagiaku. Kalau engkau tak ada bersertaku, maka Aku tidak akan ada kemahuan. Kerana apa? Ertinya, aku di dunia ini kalau tak ada yang kumahu? Kegiatanku mendatang setelahnya engkau dengan kemahuan yang banyak telah menyerah sebulat-bulatnya kepadaku. Di waktu itu engkau telah menjadi kepunyaanku dan apa yang ada padaku akan kuserahkan pula untukmu. Aku akan mengisi jiwamu, dan melalui badanku akan melakukan, mencari dan mendatangkan keperluan untuk kebahagiaan kita bersama; Aku dan engkau. Engkau akan memberi dan menerima. Yang akan engkau berikan apa yang ada padamu, dan yang akan engkau terima yang tak ada padamu. Akan engkau lakukan semuanya itu bersertaku dengan Aku. Tanpa Aku, engkau tak akan dapat menerimanya. Engkau sendiri akan dapat juga melakukannya, akan tetapi hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan atau yang dikehendaki. Dari itu janganlah tinggalkan Aku. Ke mana Aku pergi engkau akan kubawa. Begitu pula engkau, selagi Aku bersamamu ke mana engkau pergi Aku jangan ditinggalkan. Engkau dapat kujalani seluruhnya, akan tetapi Aku tak dapat engkau kuasai sepenuhnya. Bukan oleh kerana Aku tak tulus dan ikhlas padamu, melainkan oleh kerana ada yang
Diriku Yang Kukenal

180

DR. BAGINDO MUCHTAR

menguasai Aku. Yang Menguasaiku ialah Yang Lebih Tahu. Hidupku padamu terbatas. Engkau tak akan kuceraikan melainkan kalau sudah tiba waktunya. Engkau akan kutinggalkan. Dan sepeninggalanku, engkau akan pulang balik ke asal. Kalau ini terjadi, maka kita akan berpisah satu sama lain. Dan lepaslah tanggungjawabku terhadapmu dan akan mempertanggung jawabkan engkau dan Aku kepada Tuhan. Mungkinkah kita di akhirat nanti bertemu dan bersatu kembali? Kenapa tidak? Bukankah engkau itu Aku dan Aku adalah engkau? Aku tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Kalau mencari Aku, di pertemuan kiri dan kanan. Padamu tempatku di dalam, bukan di luar kerana datangku di luar bagimu. Aku akan pulang dan engkau akan kembali. Engkau datang. Aku sampai. Engkau pergi. Aku sudah berangkat. Engkau hancur, Aku tidak. Engkau berjalan, Aku berjalan. Engkau berhenti, Aku diam. Engkau berjalan lagi, Aku pun berjalan pula. Ke mana engkau pergi, Aku selalu ikut serta, disedari atau tidak, diketahui atau tidak. Engkau tidak akan nampak Aku kalau tidak dengan ilmuku. Kalau Aku yang pergi, engkau akan kubawa, tetapi kalau Aku pergi benar, engkau kutinggalkan. Pemberianku padamu tak kunjung habis. Kalau engkau pandai, bisa sampai turun temurun ke anak cucu di kemudian hari. Pemberianmu padaku tidaklah seperti itu. Dia akan hilang tak berbekas, tetapi jasamu yang paling besar ialah kesudianmu menampung Aku. Kataku, Aku beruntung, katamu untungmu malang. Aku beruntung telah dapat engkau temui, dan untukmu yang malang oleh kerana engkau belum tahu diuntung yang sebenarnya. Untungmu letaknya bukan di luar melainkan padaku. Engkau akan beruntung mendapatkan Aku. Aku pun berasa beruntung pula mendapatkanmu. Keuntungan yang terang yang telah engkau perdapat dariku ialah Aku telah menghidupkanmu. Di balik kehidupanmu itu, Aku berasa lebih beruntung lagi kerana selain Aku telah dapat menghidupkanmu, Aku telah engkau hidupkan
181
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

pula. Aku buta, engkau nampak. Apalah erti hidup walaupun punya, tetapi buta? Dan apa pulalah ertinya hidup kalau hanya nampak sahaja tetapi tak punya? Alangkah bahagianya rasanya kalau Aku dapat melihat. Aku memerlukan engkau dan engkau memerlukan Aku. Aku bukan tak bermata. Mataku banyak tetapi tidak seperti matamu yang dua. Oleh kerana itu makanya Aku katakan aku buta. Yang Aku perlukan darimu mata, supaya Aku dapat melihat dan untuk itu dariku banyak yang akan engkau perdapat. Aku akan mengisimu sampai meliputi keseluruhannya. Hatiku akan mengisi hatimu, fikiranku akan mengisi fikiranmu, otakku akan mengisi otakmu. Seluruh isi batang tubuhmu akan Aku aliri. Kualiri dengan dayaku sendiri yang menjadi daya kehidupan bagimu. Dari itu makanya kukatakan, kehidupanmu sangat bergantung padaku. Alammu lain, alamku lain pula. Alammu nyata, alamku tidak nyata. Pengalamanmu menunjukkan supaya engkau mencari yang tidak nampak. Keadaanku menyebabkan Aku memerlukanmu yang nampak. Telah banyak diketahui tentang Aku. Kata orang Aku Pak Muchtar. Kataku, Aku adalah Bagindo Muchtar. Yang sebenarnya Aku adalah nur, dan namaku Bagindo Muchtar. Terang sudah siapa Aku yang sebenarnya dan adalah dia diriku. Saya ialah Aku dan badan diriku di luar. Bagi badan diri, adalah Aku namanya Roh. Bagi badan adalah itu jiwa dan bagiku adalah badan itu jasmaniku dan diri itu rohaniku. Aku pisahkan satu sama lain menjadi tiga, dengan kunamakan masing-masing: Aku Diri Badan Dan keluar kami yang tiga jadi satu. Masing-masing mempunyai jalan sendiri-sendiri. Lain jalan Aku, lain pula jalan Diri-ku dan lain pula jalan Badan-ku:
Diriku Yang Kukenal

182

DR. BAGINDO MUCHTAR

Bagi badan, jalannya ialah terang nyata. Bagi diri, jalan badan itu gelap dan bagi Aku buta. Jalan diri bagi diri terang, bagi badan gelap, bagi Aku buta. Bagiku semua buta, akan tetapi tahu jalan diri dan tahu pula jalan badan. Untuk memenuhi keperluan hidup, badan harus bergerak berjuang memeras keringat, kalau perlu membanting tulang. Perbuatan badan itu lantaran gelap bagi diri, maka dia hanya dapat merasakan. Kalau menguntungkan perbuatan badan itu, dia akan berasa beruntung, kalau merugi perbuatan badan itu diri akan menderita dan bagiku yang buta, perbuatan itu badan menyebabkan aku merana. Diri, yang mempunyai jalan sendiri, mempunyai daya sendiri dan berbuat sendiri, tak dapat berbuat apa-apa untuk badannya kerana lapangan bergeraknya berbatas iaitu di dalam sahaja. Dan bagaimana dengan Aku? Apalah yang akan kukatakan? Aku yang terkandung dalam diri dan diri terkandung dalam badan, tak dapat pula berbuat apa-apa walaupun mengetahui semuanya. Aku buta. Aku mengisi dan mengisi; mengisi diri untuk menghidupkan badan di dalam, akan tetapi Aku tak nampak kerana Aku buta. Betapa Aku tak akan merana, diri yang kuisi tak mengenal Aku yang sebenarnya, apalagi badan yang menerima aliran dari diri? Badan tak pula mengenal diri, betapa pula dia akan mengenal Aku? Banyak yang tak tahu di diri, berbuat menurut mahunya sendiri. Diri pun punya kemahuan. Sama-sama punya kemahuan. Samakah yang dimahui oleh badan, diri dan Aku itu? Yang pasti, badan mahu punya semua, diri mahu senang dan Aku mahu bahagia. Sanggupkah badan berbuat dengan menurut jalannya sendiri mendapat apa yang dimahuinya, menyayangi dirinya dan membahagiakan Aku? Bahagiakah Aku kalau Aku dapat menyenangkan diri dan dapat pula memenuhi kehendak badanku?
183
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Perbawaan badan yang tak tahu di diri, kenyataannya tak dapat memenuhi kehendak dan keinginannya. Akibatnya diri tak senang (menderita) dan Aku merana. Bagaimana sekiranya diri yang membawa badan berjalan (diri yang ke muka membawa badan bergerak untuk memenuhi kehendak dan keinginan badan) untuk menyenangkan diri dan membahagiakan Aku? Untuk itu kita harus mengenal dan menemui diri lebih dahulu. Mengenal diri tidaklah mudah, akan tetapi tidaklah sesulit seperti yang diduga. Pokoknya ada kemahuan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Diri itu sendiri, di alamnya sendiri, mempunyai jalan sendiri pula. Bagi kita, letaknya dia di dalam. Maka adalah untuk mengenal diri, kita harus dapat menemui lebih dahulu jalan dari diri itu. Kalau jalannya telah ditemui, maka bererti kita telah menemui alamnya pula iaitu alam negatif. Diketahui bahawa diri itu letaknya di dalam batang tubuh kita. Jalannya berpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Kita turutkan jalan yang telah ditemui itu untuk mengetahui keadaan diri yang sebenarnya. Dan dengan beransur-ansur kita akan dapat mengenal diri dan dapat pula mengetahui yang bahawa diri itu telah menembus alamnya sendiri, dan dengannya pula kita dapat mengembara ke alam ghaib sesuai dengan keadaannya. Baginya, segala sesuatunya setelah menembus alam sendiri iaitu badan kita, jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Kalau kita tak sanggup dan tak percaya lagi kepada pembawaan badan yang tak dapat memenuhi keperluan hidup, maka cubalah pergunakan jalan diri sendiri untuk mencapai segala tujuan. Dan patut dipelajari untuk diketahui, terdiri dari apa diri itu. Diri akan berasa senang kalau dia dapat memenuhi kehendak badan kerana adalah badan itu kepunyaannya. Dan bagaimana dengan A-ku? Diri harus menemui dan mengetahui A-ku yang sebenarnya. Tempatnya A- ku ialah di dalam diri, tak ubahnya seperti diri yang terkandung di dalam badan. Untuk dapat menemui A-ku yang berada di dalam diri itu,
Diriku Yang Kukenal

184

DR. BAGINDO MUCHTAR

diri hendaklah melakukan perjalanan pada jalannya. Kalau diri berbuat untuk badan melakukan perjalanan ke luar, maka dalam hal ini hendaklah melakukan perjalanan ke dalam. Begitulah Aku mengatakan, Aku dapat menemui dipertemukan kiri dan kanan. Dan adalah Aku yang sebenarnya tempatku di dalam bukan di luar, dan mempunyai jalan sendiri. Dan tahulah aku sekarang padaku ada tiga jalan: Jalan lahir menurut gerak fikiran dengan mempergunakan akal Jalan diri yang terdiri dari kiri dan kanan Jalan A-ku iaitu jalan sendiri Padaku, yang benar hanya ada satu jalan iaitu jalan pada Jalan Allah. Dan Akulah pula yang dapat menemui-Nya kerana Aku datang dari Sana, dan jalanku ialah jalan tengah; jalan kembali dan jalan pulang.

Mahu Apa Aku?


Sewaktu aku menganggap badanku yang aku, aku ingin hendak menjadi orang berpangkat kerja di kantor. Ini telah kuperdapat, akan tetapi aku tidak berasa puas. Sewaktu aku dapat mengenal diriku sendiri, aku ingin hendak berbuat baik sebanyak mungkin terhadap orang banyak dengan membelakangkan kepentingan sendiri. Ini telah kulakukan, dan sudah banyak pula orang yang menjadi baik melalui gerak tanganku. Dan aku belum berasa puas. Aku berjalan terus. Dan aku jalani terus diriku sendiri di dalam dan akhirnya aku temuilah A-ku yang sebenarnya iaitu tempatnya di pertemuan kiri dan kanan, dan letaknya padaku jua. Dan semenjak itu aku mahu lebih banyak lagi berbuat baik dari yang sudah-sudah dengan tak mengenal waktu siang dan malam bergerak di bidangku sendiri, memberi dan menerima, sampai185
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menyampaikan, jadi-menjadikan, dan untuk itu aku menjadi seorang pengembara yang musafir, yang sentiasa di mana berada mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan dari seorang hamba terhadap Khaliq-nya; pengakuan terhadap Rasul-Nya yang penghabisan, Muhammad s.a.w. Aku mahu hidup sederhana tetapi mencukupi dan tidak mengemis. Aku mahu semua orang mengerti padaku, dapat memahamiku dan tahu padaku. Yang aku inginkan benar ialah bahagia; bahagia lahir, bahagia batin kerana aku mahu membahagiakan orang pula sejak dari dunia sampai akhirat. Aku ingin ke mana aku pergi mendapat sambutan yang pantas hendaknya dari segala gulungan lapisan masyarakat, walaupun di mana sahaja bumi Tuhan ini aku pijak. Aku ingin hidup sebagai seorang manusia yang wajar dan layak berpunya dan mempunyai, dicintai dan mencintai, dicukupi dan mencukupi, mendapat penghargaan dan penilaian yang pantas sesuai dengan harga dan nilainya ilmu pengetahuanku yang aku perdapat berdasarkan pengalaman-pengalaman dan petunjukpetunjuk yang aku terima. Aku ingin memperdalam ilmu pengetahuan ini dengan tujuan sampai serba tahu dan serba punya dan serba bisa, untuk kujadikan amalanku sebagai pengabdianku terhadap Tuhan Yang Maha Esa, terhadap Nusa dan Bangsa. Aku ingin ilmu pengetahuanku ini berkembang di mana-mana, turun temurun sampai ke anak cucu di kemudian hari dan yang sangat kuinginkan pula ialah mendapat turunan seorang anak lakilaki yang akan mewarisi warisan yang telah aku terima ini.

Hendak Ke Mana Aku?


Berdasarkan kemahuan, keinginan dan kehendakku yang banyak itu, maka untuk itu aku hendak ke Sana, ke sini dan ke situ.
Diriku Yang Kukenal

186

DR. BAGINDO MUCHTAR

HAMBA

Siapa A-ku?
Aku adalah dia yang datang dari Sana dan yang akan kembali kepada-Nya. Hidupku di sini terbatas dan di Sana kekal dan abadi. Hidupku di sini adalah seperti burung di dalam sangkar; mata lepas badan terkurung, terkongkong, tidak bebas. Aku ingin bebas tetapi tidak lepas. Aku berdiri dan berbadan. Diriku terdiri dari kumpulan zat serba zat yang bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Tempatku ialah di dalam diriku, di pertemuan kiri dan kanan. Maka adalah Aku dahulu dari diriku. Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah Aku berada di dalam badanku. Maka adalah kewajipanku untuk mengetahui keadaan diri dan badanku. Begitulah pula diri harus mengetahui keadaan badannya yang kasar dan sepatutnya pula mengetahui A-ku yang sebenarnya. Badan pun harus mengetahui akan keadaan diri dan Akunya. Maka adalah sepantasnya tiap-tiap kita manusia mengetahui akan keadaan kita yang sebenarnya, supaya kita tahu akan badan kita yang kasar, tahu akan diri sendiri dan tahu akan
187
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

A-ku yang sebenarnya A-ku dan diri letaknya di dalam badan atau terkandung di dalam badan dan adalah A-ku yang sebenarnya letaknya di dalam diri. Keadaan badan adalah nyata dan keadaan A-ku dan diri tidak nyata. A-ku adalah pokok pangkal dari jalannya kehidupanku di dalam. Perkembanganku menimbulkan diriku dengan sendirinya. Diriku mengaliri seluruh apa yang ada padaku iaitu seluruh anggota batang tubuhku di dalam. Alirannya mendatangkan pergerakan yang mana pada kenyataannya, titik tolaknya dari jantung kita terus mengaliri seluruh isi batang tubuh kita. Alirannya berisikan dayadaya tenaga hidup, mengisi jalannya kehidupan kita di dalam. Adalah isi dari daya-daya tenaga yang hidup itu kalau diambil perumpamaan seperti butir-butir darah yang mengaliri seluruh batang tubuh kita. Dan adalah seluruh pergerakan yang disebutkan di atas berlakunya di luar kemahuan kita. Alirannya keluar berbataskan bulu dan kulit. Pergerakan-pergerakan yang berlangsung di dalam batang tubuh kita yang berlakunya di luar kemahuan kita itu tujuannya ialah menjamin jalannya kehidupan kita di dalam. Sekiranya tenaga yang berbataskan kulit dan bulu itu dapat menembus kulit dan bulu sehingga dia dapat langsung berhubungan dengan tenaga-tenaga yang banyak berkeliaran di luar kita, mungkinkah dia dapat pula menjamin jalannya kehidupan kita di luar? Untuk ini hendaklah kita dapat mempunyai dan menguasai tenaga-tenaga itu, serta dapat pula mengetahui keadaannya yang sebenarnya. Tenaga-tenaga itu adalah berasal dari diri kita sendiri dan diri itu timbul oleh kerana A-ku ada di dalamnya. A-ku yang berada di dalam diri dan diri yang terkandung di dalam badan menjadikan aku menjadi manusia dan bernama Bagindo Muchtar. Maka adalah A-ku yang sebenarnya yang datang dari Tuhan iaitu Allah dan sewaktu-waktu akan kembali kepada-Nya dan bukanlah badan atau jasad yang akan
Diriku Yang Kukenal

188

DR. BAGINDO MUCHTAR

dikembalikan ke tanah setelah Aku pergi. Yang akan dikembalikan ke tanah itu ialah badanku setelah Aku tiada lagi di dalamnya kerana Aku telah lebih dahulu kembali ke Hadirat-Nya, Tuhanku. Kehadiranku di dalam batang tubuhku didatangkan dan kembali Aku ke Sana, ke Hadirat Tuhanku, dijemput. Setelah Aku dijemput, maka tinggallah rumahku dan sepeninggalanku, maka dihantarkanlah jasadku ke dalam tanah. Aku adalah yang sulit dapat dikenal dan diketahui orang. Jangankan A-ku, diriku sahaja tak dapat banyak orang mengenalnya. Akan tetapi bagiku tidaklah sulit untuk mengenal dan mengetahui sesuatu. A-ku ada tetapi tidak ada. Ada dalam sebutan, tak ada dalam kenyataan. Di mana letaknya atau duduknya A-ku? Duduknya A-ku di tempatnya. Tempatnya ialah di dalam badan diriku. Di sanalah aku berada. Kalau ada orang hendak mencari Aku, paling ada orang akan menemui rumahku iaitu badanku. Dan A-ku yang sebenarnya, susah orang dapat menemuinya dan adalah Aku tidak seperti yang diduga atau seperti anggapan orang banyak selama ini. Lain Aku dari orang banyak. Aku tak dapat diraba dan dirasa, akan tetapi banyak bukti-bukti atau tandatanda yang menunjukkan bahawa Aku ada. Aku bukanlah si pandai sihir, pandai sunglap, pandai menghipnotis. Bukan! Aku adalah si benar oleh kerana datang dari Yang Maha Benar. Kalau mahu mengenal Aku, kenalilah diriku lebih dahulu. Padanyalah letaknya rahsiaku. Untuk dapat mengenal Aku, hendaklah engkau melakukan perjalanan pengembaraan sejauh mungkin ke dalam kerana di sanalah tempatku, dan di balik A-ku, tidak ada apa-apa lagi yang akan engkau dapati. Kalau perjalanan yang engkau lakukan lurus lagi benar iaitu engkau pakai jalan yang berpetunjuk, maka terlebih dahulu engkau akan dapat menemui jalan diriku. Dan kalau engkau teruskan jalan yang berpetunjuk itu, maka engkau akan dapat pula menemui diriku sendiri. Dan kalau engkau halusi lagi dengan pengertian
189
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

berjalan terus di dalam diri, maka dengan beransur-ansur engkau akan berasa tidak berdaya lagi dan kalau diteruskan juga maka habislah segala daya dan upaya dengan pengertian engkau akan berada di suatu tempat yang tiada titik lagi di balik itu atau lebih jelas engkau akan berada di suatu ruangan yang tidak ada yang ada; tiada gerak, tiada suara, tiada angin. Ya, tiada yang ada dan yang ada hanyalah kalau boleh dirupakan dan diumpamakan ialah hanya cahaya dan cahaya melulu. Cahaya jernih lagi suci kerana datang dan berasal dari Yang Maha Suci. Itulah dia A-ku yang sebenarnya. Kalau engkau telah dapat menemuku di tempatku yang hanya Aku yang ada di sana, maka di saat engkau telah menjadi A-ku itu, bertitik tolaklah engkau dari tempatmu itu dengan keakuanmu ke luar, ke depan atau ke muka dengan beransur tapi teratur sehingga engkau dapat menemui dirimu sendiri. Engkau yang di saat itu dalam keadaan tidak ada, yang sedang berada di tempat tidak ada yang ada, dengan tidak berdaya-upaya, dalam perjalananmu dalam dirimu sendiri menuju ke badanmu sendiri, dengan beransur tapi teratur akan mulai merasa mempunyai tenaga daya dan tenaga yang dinamakan kudrat, daya dan tenaga yang menuju kepada ketentuan, kudrat dan iradat. Daya-daya dan tenaga-tenaga yang dinamakan kudrat yang telah dipunyai itu ialah kudrat yang timbulnya, sesudahnya tiada lagi daya dan upaya. Setelah daya tenaga lahir kita sendiri sudah tidak ada lagi, Laa Haula Walaa Quw-Wata Illa Billaa hil'Aliyyil Adziim. Dan di waktu itu pulalah berlaku penyerahan dalam erti kata yang sebenarnya, dengan pengertian dan pengakuan bahawa segala-galanya apa yang ada padaku kepunyaan Allah sematamata. Lillaahi Rabbil alamin. Penemuan kita kepadanya di tempat tidak ada yang ada di dalam suatu ruangan, ruangan yang berisikan cahaya, cahaya dari Yang Maha Kuasa, Cahaya Allah, Nurullah. Allah memberi cahaya bumi dan langit. Umpama cahaya-Nya kepada orang beriman, seperti
Diriku Yang Kukenal

190

DR. BAGINDO MUCHTAR

sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu di nyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaiton, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada di sentuh api, cahaya berdamping sesama cahaya. Allah menunjuki orang yang dikehendaki-Nya.
(Al-Quran Surat An-Nur Ayat 35)

Itulah dia A-ku iaitu pelita dalam rumahku sendiri. Dan saya dapat menemuinya dipertemuan kiri dan kanan. Dan adalah gelas dengan pelita di dalamnya itu diriku dan rumah yang dimaksud ialah padaku badanku. Maka adalah menjadi kewajipanku menjaga rumahku supaya tetap kuat dan sihat, membersihkannya dan memeliharanya sebaik-baiknya. Aku mengisi diriku supaya badanku tetap kuat dan sihat, dan bisa bertahan terhadap bahayabahaya atau serangan-serangan yang datang dari luar. Dari tempat kedudukanku, dengan ilmuku aku pergunakan pancainderaku untuk mengetahui sesuatu yang mendekatiku. Dan seluruh persoalan aku letakkan di hujung kukuku, dan banyaklah sudah rahsianya aku ketahui. Aku pelajari akan diriku dan banyaklah sudah rahsianya yang aku ketahui hingga rahsianya telah menjadi rahsiaku. Maka setelah aku dapat menembus alamku sendiri, pengetahuanku bertambah meningkat kerana aku telah mempunyai banyak daya-daya tenaga yang tersembunyi iaitu tenaga ghaib yang sewaktu-waktu dapat dikerahkan untuk keperluan sesuatu. Aku yang tadinya, segala sesuatunya hanya dapat merasakan apa-apa yang ditimpakan terhadap badan diriku, akan tetapi tak dapat berbuat oleh kerana aku terkurung dan terkongkong dan tak pernah pula diikut sertakan, semenjak aku telah bebas tetapi tak lepas, aku berlaku dan berbuat dengan apa yang ada padaku untuk
191
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

kebaikan badan diriku yang selama ini menderita oleh tekanan hidup dari luar. Aku menderita oleh kerana mereka tak tahu akan keadaanku yang sebenarnya, salah memahami akan Aku dalam tangkapan dan pengertian. Dia memandang kepada rupaku, bentukku, badanku, padahal bukan itu yang A-ku. Aku berada di dalam bentuk, di dalam rupa, di dalam badan diriku. Dari itu makanya aku berupa, berbentuk dan bertampan, Tuhan-ku tidak. Aku beranak dan diperanakkan, Tuhan-ku tidak. Aku ganjil, Tuhanku Esa. Tuhanku Maha Pengasih, aku dikasihi dan mengasihi. Tuhanku Maha Penyayang, A-ku disayangi dan menyayangi Dia Maha Besar. A-ku sangat kecil terhadap-Nya. Dia Maha Kuasa, A-ku tak berdaya terhadap-Nya. Dia Tuhanku, aku hamba-Nya. Aku yang telah lahir untuk kedua kalinya, tidak akan membiarkan badan diriku merana dan menderita oleh tekanantekanan hidup dari luar dan berjanji akan memperbaiki segala kesalahan-kesalahan yang sudah. Kelahiranku yang pertama ialah keluarnya aku dari rahim ibu yang mengandung aku. Pendidikan dan pergaulan yang menyebabkan aku lupa kepada diri sendiri, kepada A-ku yang sebenarnya. Dan pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dan mencari A-ku yang sebenarnya. Kalau kelahiranku yang pertama aku keluar dari perut ibuku, maka pada kelahiranku yang kedua, Aku terpancar dari badanku sendiri. Jadi kalau orang mahu kenal A-ku yang sebenarnya, dia harus mengenal pancaranku. Sewaktu Aku belum terpancar sampai saat aku sedar akan diriku sendiri, walaupun apa yang telah kupunyai, aku sentiasa berasa kekurangan. Setelah Aku terpancar dan dapat menemui diriku dan mengenal badanku, maka tahulah aku akan kekurangan yang kurasakan selama ini. Sebelum aku dilahirkan, maka adalah aku di dalam kandungan ibuku, dan setelah aku terlahir, maka adalah keadaanku terkurung dan terkongkong. Banyak keinginan-keinginanku, cita-citaku yang
Diriku Yang Kukenal

192

DR. BAGINDO MUCHTAR

tak terlaksana, tak kesampaian. Aku menderita oleh kerana salah memahami hidup dan kerana belum tahu kepada A-ku yang sebenarnya. Setelah Aku terpancar dari badan diriku sendiri, maka Aku harus bebas tetapi tak lepas. Dinding yang membatasi alamku dengan alam lain dan alam Maha Besar telah tembus, dan semenjak itu jalan keluar bagiku telah terbuka. Pintu yang tertutup selama ini bagiku, sekarang telah terbuka dan tiap saat kalau A-ku mahu, A-ku dapat berjalan keluar. Dengan jalanku sendiri A-ku dapat menghubungi mereka, anasir-anasir yang Aku inginkan kerana semenjak pintu telah terbuka bagiku, maka segala-galanya bagiku letaknya jauh tak berantara dekat tak terbatas. Aku diam di dalam sebuah rumah yang telah tersedia bagiku dengan isinya yang serba sederhana, tetapi cukup. Maka adalah kewajipanku menjaga dan memelihara rumah tersebut dengan baiknya supaya jangan rosak dan kotor, luar dan dalam. Sekarang umurku sudah menuju ke setengah abad. Tulangku telah lapuk dan berkemungkinan pula isi rumahku ada pula yang rosak atau berkarat. Ini adalah akibat dari kesalahanku juga selama ini yang tak pandai menjaga dan memelihara sebaik-baiknya. Seperti orang lain juga di waktu itu, aku membawakan jalannya kehidupanku dengan menurutkan hawa nafsu, keinginan-keinginan dengan tidak memikir panjang dan jauh ke muka dan ke belakang. Seperti telah kuhuraikan di atas, pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dan sampai mencari A-ku yang sebenarnya. Dan semenjak pintu telah dibuka bagiku, dan setelah aku dapat mengetahui keadaan badan diriku yang telah lemah itu, maka aku berusaha berjalan untuk memenuhi keperluan hidup dengan tidak usah bekerja keras dan berat. Aku telah mengalami pembedahan sebanyak dua kali pada bahagian punggungku, dengan dua kali pula tambah darah. Aku ingin hidup dan mahu hidup sebagai seorang manusia yang wajar dengan tidak mengemis. Dan kalau aku mahu, aku dapat dan bisa hidup dengan penghasilan warisan harta pusaka.
193
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Aku belum mahu memakan harta pusaka kerana Aku menganggap Aku harus bisa hidup dan masih bisa hidup dengan apa yang ada padaku, kerana fikiranku masih sihat. Dari itu makanya aku jauhi kampung halamanku. Aku mengembara dan bermukim di kampung orang. Aku sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Tempatku di pertemuan kiri dan kanan, tetapi jalannya kehidupanku berkiri dan berkanan kerana dunia yang kudiami berlurah, berbukit, bergunung, berbatu, berduri, berkeluk, berliku-liku, ada siang, ada malam, ada pagi, ada petang, ada syaitan dan iblis. Aku adalah laksana titisan air dari gunung yang menuju ke laut lepas, lautan yang tak berpantai iaitu lautan kehidupan. Aku akan mengalir dan mengalir terus, yang mana untuk dapat mencapai tujuan itu aku harus berbelok ke kiri dan ke kanan, guna menghindarkan diri dari penghalang-penghalang dan menjadi satu sungai yang besar sampai di muara. Aku adalah seumpama seorang pemburu dengan kudanya dengan senjatanya di tangan, yang mana adalah kuda itu badan diriku dan senjata adalah ilmuku. Aku adalah induk yang berada di dalam diriku, dan adalah diri itu terdiri dari kumpulan titik-titik terang lagi cemerlang, menerangi isi batang tubuhku laksana dikelilingi oleh bintang-bintamg yang berkeliaran. Aku yang berkedudukan di pertemuan kiri dan kanan dan berdiri sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan, seperti Alif. Alif berasal dari satu titik. Titik bergerak dan berkembang, sampai tegak berdiri lurus. Oleh kerana aku datang dari Sana dan aku akan kembali ke Sana, maka terhadap-Nya aku melakukan perjalanan yang aku namai Perjalanan balik batang. Dan kehidupan yang akan kujalankan di dunia ini ialah perjalanan seorang musafir yang sentiasa berkelana oleh kerana adalah aku seorang pengembara. Aku seorang pengembara, bukan seorang pengembala, kerana lain
Diriku Yang Kukenal

194

DR. BAGINDO MUCHTAR

pengembara dan lain pula pengembala. Si pengembala, sewaktu-waktu akan mempertanggungjawabkan pengembalaannya terhadap tuannya dan aku si pengembara, bukanlah mengembara kian ke mari untuk bersamanya dan berfoya-foya mengecap kenikmatan hidup lahir sebagai yang dibawakan seorang tourist (pelancong). Aku adalah seorang pengembara yang tak punya, akan tetapi Tuhan Kaya. Aku si pengembara yang lebih banyak berguru kepada pengalaman, mendudukkan badan diriku di mana aku berada sebagai seorang yang sewaktu-waktu bersedia memberi pertolongan kepada orangorang yang mendatangiku dengan cara tindak-laku perbuatanku sendiri, dengan jalan yang ada padaku sendiri. Sebagai seorang manusia, seluruh kegiatan perbuatanku itu adalah amalanku yang akan kupersembahkan ke Hadirat Tuhan-ku dan terhadap nusa dan bangsa dan sesama manusia. Aku akan bergerak terus di bidangku sendiri bersama-sama atau aku berada sendirian; untuk orang banyak dan untukku sendiri. Aku bergerak dengan kedua belah tanganku, dengan jariku yang sepuluh. Oleh kerana itu pula nama samaranku Si Sepuluh. Dan terhadap-Nya Tuhan-ku, Aku sentiasa menyusun jari yang sepuluh, menekurkan kepala yang satu, menghunjamkan lutut yang dua dengan tujuan memohon ampun sebanyak-banyaknya atas kesalahan-kesalahan yang telah Aku perbuat dengan sengaja atau tidak disengaja. Aku Si Sepuluh yang sentiasa menghamparkan tangan selebar-lebarnya terhadap Tuhan Yang Memerintah seluruh alam, dengan tiada daya upaya dan penyerahan sebulat-bulatnya; segala apa yang ada padaku kepunyaan-Nya. Lillaaahi Rabbil alamin. Dan terhadap sesama manusia, Aku membuka tangan menampung segala yang mendatang dan menyelesaikannya sedapat mungkin dengan sebaik-baiknya, dan mendudukkan segala sesuatu pada tempatnya. Aku tadinya adalah seumpama benih yang baru ditanam, perkembangan dan pertumbuhanku ke dalam berurat dan berakar,
195
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

keluar menimbulkan batang. Batang berdahan dan berdaun dan menghasilkan buah. Buahnya menjadi-jadi kerana ilmuku ialah ilmu padi; semakin berisi tunduk menjadi. Hendak padi tanamlah padi. Hendak beras padi ditumbuk. Untuk mendapat tepung buat bikin kuih, beras ditumbuk. Kalau hendak mengenal dan menemui Aku, janganlah sekalikali dengan pemecahan, melainkan dengan pemisahan. Kalau aku dipecahkan, percayalah, tidak akan terpecahkan dan akan membawa akibat kepada badan dirimu sendiri sebab di saat engkau mencuba memecahkan Aku, keadaannya sama juga seolah-olah engkau memecahkan badan dirimu sendiri. Jadi kalau hendak mengenal Aku yang sebenarnya, pelajarilah keadaanmu sendiri lebih dahulu, terdiri dari apa dan bagaimana cara memisahkannya antara yang satu dengan yang lain. Hasil dari pemisahan sangat berlainan dengan pemecahan. Kukatakan padamu, Pisahkan lebih dahulu antara diri dan badanmu sampai engkau dapat mengenal dan menemui dirimu sendiri. Setelah engkau dapat mengenal dan menemui dirimu sendiri, pelajarilah akan keadaan dan rahsianya sehingga rahsianya menjadi rahsiamu dan sesudah itu berusaha pulalah untuk dapat mengenal dan menemui A- ku yang sebenarnya. Dengan rahsia dirimu, dapat engkau merasakan yang mana yang diri dan yang mana yang badan. Dirikah yang berbadan atau badankah yang berdiri? Jawabnya ialah, Aku berbadan dan berdiri. Jadi, setelah engkau dapat mengetahui dan merasakan yang mana diri dan yang mana pula yang badan, maka hendaklah engkau ketahui bahawa adanya badan dan diri itu oleh kerana adanya A-ku di dalamnya. Di mana Aku beradanya? Dan bagaimana pula keadaanku? Aku berada bukan di badan tetapi di diri dan di diri itulah adanya A-ku yang laksana pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu
Diriku Yang Kukenal

196

DR. BAGINDO MUCHTAR

kelihatan seumpama bintang yang berkilau-kilauan di langit. Aku dikelilingi oleh bintang-bintang yang berkilau-kilauan atau bintangbintang yang bercahaya-cahaya bertaburan di sekelilingku. Untuk mengetahui keadaanku, perhatikanlah badan diriku. Aku akan tiada kalau badan diriku tidak ada. Badan diriku akan mati kalau Aku tidak berada lagi di dalamnya. Aku dihidupkan dan menghidupkan; dihidupkan dengan minyak kayu yang berkat (zaitun) yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat dan mendatangkan aliran yang hidup, mengaliri dan menghidupkan seluruh anggota batang tubuhku. Temuilah aliran hidup tersebut dan pelajarilah akan isinya. Pelajari dia sejak dari luar sampai ke dalam. Ibarat satu sungai, kalau sudah ditemui muaranya, janganlah terus diharungi lautan lepas dengannya, melainkan sungai itu lebih dahulu sampai ke hulunya supaya dapat tahu lekuk-likunya, lubuknya dan lain sebagainya. Dan dari hulunya benar turutilah alirannya sambil mempelajarinya sampai ke muara, dan untuk menambah jalannya atau pelancarannya ilmu pengetahuan, dilakukan hendaknya dengan berulang-ulang sampai kita dapat mengerti keadaannya yang sebenarnya. Badankah yang mengasihi diri atau dirikah yang mengasihi badan? Badan tidak akan berdiri kalau tidak ada A-ku dan diri pun tak akan ada kalau A-ku tidak ada. Maka adalah badan dan diriku kedua-duanya bergantung kepada A-ku. Padaku keduaduanya satu, akan tetapi untuk dapat mengenal satu sama lain, orang harus mengadakan pemisahan. Pemisahan bukan pemecahan. Pemecahan dalam soal badan dan diri akan membawa akibat, kecuali pemisahan. Untuk itu, orang harus dapat memisahkan badan dan diri, dan A-ku yang banyak mengandung rahsia itu. Setelah orang dapat mengenal badannya, maka sesudah itu dia harus dapat pula hendaknya mengenal dirinya sendiri. Mengenal badan tidaklah sesulit mengenal diri sebab badan nyata dan diri tidak nyata.
197
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Bagaimana hubungan badan dan diri? Kalau mahu, orang pasti dapat mengenal badan dan isinya. Untuk ini telah banyak yang ahli, specialist (pakar) yang mengetahui benar selok-beloknya batang tubuh kita dengan isinya iaitu para doktor. Bagaimana kita dapat mengenal diri yang terkandung dalam badan, apalagi keadaannya tidak nyata? Bagi orang yang telah dapat mengenal dan menemui dirinya, dia akan mengatakan adalah badan dan diriku itu seumpama rumah dan isinya yang kelihatan dari luar, pintunya tertutup. Dan A-ku ada di dalamnya yang bagiku sendiri pintu untuk keluar rumah pun tertutup. Kalau orang mahu mencari Aku tentu dia akan mendatangiku ke rumahku, dan kalau mahu menemui Aku, tentu orang akan memasuki rumahku. Rumahku mungkin mudah orang dapat mengenalnya, akan tetapi sanggupkah orang memasukinya dari luar melalui pintu yang tertutup itu dengan paksa? Kalau ini kejadian tentu itu orang namanya orang jahat. Aku yang duduk di tempatku di dalam rumahku, kalau mahu dapatkah Aku berjalan keluar dari rumahku? Untuk Aku keluar, pintu pun tertutup. Kebebasanku bergerak hanya dalam rumahku sahaja, tidak dapat keluar. Aku tak tahu siapa yang mengunci pintu rumahku itu, dan sama siapa terpegang Anak Kuncinya. Orang harus mengenal Aku dan Aku harus mengenal orang. Perkenalan satu sama lain yang akrab menyebabkan rapatnya hubungan antara keduanya. Satu sama lain perlu memperlukan. Aku memerlukannya dan dia pun sangat memerlukan Aku. Orang yang menuju kepadaku tentu dengan jalannya dan aku pun ada pula jalan sendiri. Jalan yang berlainan yang menyebabkan satu sama lain susah untuk bergaul, kenal-mengenal, apalagi untuk mendapati yang sebenarnya walaupun sama-sama mempunyai keinginan atau kemahuan baik. Jalan menuju rumahku adalah jalan orang banyak. Akan tetapi untuk dapat menemui Aku hendaklah dipakai jalanku sendiri. Kalau tidak, aku tak akan bersua. Pertentangan akan mendatangkan pertengkaran, persesuaian
Diriku Yang Kukenal

198

DR. BAGINDO MUCHTAR

akan menghasilkan yang diinginkan. Jalanku jalan berisi; berisikan nikmat lagi berpetunjuk. Aku mengisi dan mengaliri seluruh batang tubuhku di dalam. Perjalananku mengisi dan mengaliri itu menimbulkan apa yang ada pada badanku ada pula di diriku. Dan, hubungan antara yang satu dengan yang lain adalah laksana kabel elektrik dengan aliran stroom yang ada di dalamnya. Aku harus mengenal diriku untuk kebaikan badanku kerana di dirikulah letaknya segala sesuatunya. Kalau ada orang memasuki rumahku dengan tujuan tidak baik, maka aku akan kemukakan diriku untuk bertahan. Kalau perlu menyerang. Untuk dapat menyerang, Aku, melalui diriku harus dapat menembusi alamku sendiri supaya aku dapat langsung berhadapan dengan orang atau musuhku. Dari itu kenalilah dirimu lebih mendalam. Peristiwa diri adalah peristiwa jiwa, peristiwa rohani, peristiwa kebatinan, peristiwa ghaib. Diri timbulnya setelah adanya Roh di dalam badan. Perkembangan diri di dalam meliputi seluruh batang tubuh. Aliran diri bukan aliran badan, sedangkan aliran badan sejalan dengan aliran diri. Diri yang berkembang di dalam dengan mengaliri seluruh apa yang ada di badan merupakan gambaran dari badan kita di dalam, dengan pengertian apa yang ada di badan kita ada pula di diri kita. Kalau badan dengan isinya dinamakan jasmani, maka diri dengan perkembangannya tadi dinamakan rohani. Kalau jalan diri telah ditemui, turutilah jalan itu sambil mempelajari keadaannya yang sebenarnya. Turutlah jalan itu tanpa ragu-ragu kerana apalah ertinya kita lagi kalau tak mempercayai diri sendiri. Pengertian yang meningkat tentang diri, mengenalnya sampai menemui dia yang sebenarnya dan pengertian yang mendalam tentang kesedarannya, membuka jalan bagi kita untuk dengan keyakinan yang teguh banyak kemungkinan-kemungkinan yang dapat kita lakukan untuk sesuatu.

199

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Percayalah Pada Diri Sendiri


Diri sendiri yang telah dikenal dan yang telah dapat ditemui di dalam badan mempunyai jalan tersendiri pula; jalan yang berpetunjuk guna untuk menunjukkan jalan kepada yang dituju, jalan hidup lagi dihidupkan, jalan kiri dan kanan, jalan mempertemukan yang lahir dengan yang batin, positif dan negatif, jalan badan dan diri, jalan berisi, berisikan rasa; rasa yang dapat dirasakan, rasa yang banyak mengandung rahsia, rahsia ghaib, rahsia diri. Mungkinkah diri yang telah kita kenal akan merosak badannya sendiri? Dari itu ingatlah akan pesan orang tua-tua kita, Jangan lupa kepada diri sendiri. Jadi, maka adalah Aku orang yang berdiri dan berbadan, orang yang telah mengenal dirinya sendiri, orang yang telah menemui dirinya sendiri, orang yang banyak sedikitnya telah dapat mengetahui rahsia diri dan orang yang telah dapat mengenal dan mengetahui Aku yang sebenarnya. Aku duduk di tempatku. Dudukku duduk menanti, menantikan kedatangan sesuatu untuk sesuatu dengan sesuatu. Walaupun duduk, akan tetapi aku sentiasa berjalan dan terus berjalan dan berdasarkan penyataanku itu makanya aku menamakan diriku seorang hamba yang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan. Dalam perjalanan, yang kulakukan sentiasa aku berbuat, berlaku dan bertindak kalau perlu. Aku akan ke Sana. Ya, memang di Sana tempatku kembali, dan untuk itu Aku harus melakukan perjalanan; perjalanan yang kunamakan perjalanan balik batang dari Ya menuju ke Alif. Itulah dia Aku yang sebenarnya untuk dapat menjawab pertanyaanpertanyaan siapa aku, mahu apa aku, hendak ke mana aku?

Hamba
Tingkatkanlah
Diriku Yang Kukenal

pengetahuanmu
200

sampai

engkau

dapat

DR. BAGINDO MUCHTAR

mengenal, menemui seorang hamba dan seterusnya sampai engkau menjadi seorang hamba. Seorang hamba tidak mementingkan dirinya sendiri, melainkan mementingkan yang di luar dari dirinya lebih dahulu. Baginya rezeki mendatang; air hampir, makanan murah. Hamba yang dimaksudkan ialah hamba Allah yang kerjanya sentiasa menghamba kepada Allah, mengabdi kepada Yang Maha Kuasa dan dilindungi oleh Yang Maha Besar. Pekerjaannya bukan menghamba kepada sesama manusia, kerana orang yang menghamba kepada sesama manusia adalah orang yang merendahkan harga dirinya sendiri. Dan tepatlah kalau dinamakan orang itu budak yang diperbudak oleh sesama manusia, lantaran mengharapkan belas kasihan sang majikan atau untuk mendapatkan yang diinginkan dari seseorang. Perjalanan seorang manusia berlainan dengan perjalanan seorang hamba. Sebagai seorang manusia biasa, itu harus banyak belajar untuk dapat banyak mengetahui supaya bisa selamat menjalankan kehidupan dunia dan akhirat. Seorang hamba berjalan pada jalannya sendiri, yang jalan itu ada padanya. Dia berjalan dengan sesuatu untuk sesuatu dan menghasilkan sesuatu. Orang yang seperti itu, padanya ada garis hidup yang akan ditempuhnya, yang kadang-kadang hasilnya berlainan dengan kemahuan orang banyak dan kadang-kadang pula pekerjaannya tak makan di akal dan tak terpecahkan oleh otak. Dan tempoh-tempoh, hasilnya mengagumkan dan menghairankan lantaran keanehannya. Aneh tetapi benar kerana garis hidup yang ditempuhnya berasal dari Yang Maha Benar. Pernahkah engkau memperhatikan perjalananmu sendiri di dalam batang tubuhmu suatu perjalanan yang bagi kamu yang di luar tidak dapat menguasainya? Dan dapatkah engkau mengetahui di mana batasnya perjalananmu yang di dalam itu? Dan di mana tempatmu sebenarnya? Cubalah renungkan. Hamba ada padamu. Budak ada padamu. Dan raja pun ada padamu. Kamu menjadi raja pada dirimu sendiri, menjadi budak
201
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

pada dirimu sendiri dan hambamu akan menjadi seorang hamba Allah sekiranya engkau dapat menemui hamba. Nabi Musa mendapat petunjuk dari Tuhan untuk mencari dan menemui seorang hamba Allah yang mendapat pelajaran ilmu pengetahuan dari-Nya. Ia, sebagai seorang manusia dengan pangkat kerasulannya berjalan mencari hamba Allah tersebut, menuju ke tempat yang ditunjukkan Tuhan dengan tanda-tandanya. Maka ditemuinyalah hamba Allah tersebut di pertemuan permukaan dua laut. Dan belajarlah Nabi Musa kepadanya. Dan itulah dia hamba Allah, yang telah dikurniakan Tuhan, Rahman (sifat pemurah) dan yang telah diajarkan ilmu pengetahuan kepadanya. (Surat al-Kahfi Ayat 60 82). Sebagai seorang manusia, kita harus banyak belajar untuk dapat banyak mengetahui, guna dipergunakan buat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Seorang hamba Allah, ada yang mengajarnya. Kewajipannya ialah menurutkan jalannya garis hidup yang telah ada padanya yang kegunaannya untuk kebaikan jalan kehidupannya dunia akhirat. Jalannya berisi, berpetunjuk, tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Seorang hamba Allah yang musafir, kerjanya ialah berjalan terus; berbuat dan berlaku dengan sesuatu untuk sesuatu. Dia duduk di tempatnya. Tempatnya di dalam, tetapi dia keluar. Walaupun hamba duduk, tetapi hamba berjalan. Bagi hamba tiada erti kata lelah. Siang dan malam bagi hamba sama sahaja. Hamba tidak mengenal mati kerana hamba hidup. Yang mati bagi hamba ialah orang. Banyak orang tak mengenal hamba. Dan perbuatan seorang hamba tak dapat banyak orang mengetahuinya kecuali orang yang terdekat padanya dan orang-orang yang sering mendampinginya. Hamba menjadi orang oleh kerana-Nya. Ditemuinya hamba setelah dia dapat mengenal dan menemui dirinya, dan seterusnya setelah dia dapat mengenal dan menemui A-ku. Dan ditemui hamba di pertemuan kiri dan kanan, setelah dapat menemui riwayat perjalanan Nabi Musa dengan seorang hamba Allah (Khidir)
Diriku Yang Kukenal

202

DR. BAGINDO MUCHTAR

melalui al-Quran Surat al-Kahfi. Untuk dapat menemui A-ku dia mengadakan pemisahan, bukan pemecahan. Perjalanan dan pemisahannya yang pertama menghasilkan pengenalan dan penemuan akan dirinya, dan pemisahan penilitiannya yang mendalam menyebabkan dia mengenal dan menemui A-ku-nya. Diketahuinya sudah siapa Aku dan dilakukan dan dibawakannya keakuannya sebagai jawapan mahu apa aku dan hendak ke mana aku. Pengalamannya dengan keakuannya mendatangkan rasa tak puas kepadanya, dan penelitian dan ketekunan peningkatan dari jalannya ilmu pengetahuannya, maka ditemuinya hamba yang mempunyai jalan sendiri dan berbuat sendiri untuknya. Dan ditemuinya pula apa yang dikatakan Imam Ghazali, Kesalahan besar iaitu kekeliruan memandang raja dianggap sebagai pesuruh yang rendah atau majikan dianggap sebagai budak. Pandanglah hambanya, jangan orangnya. Banyak sudah orang menjadi hamba sebelumku, akan tetapi hambaku yang kuketahui dan yang aku sekarang ini tak dapatlah orang mengetahuinya. Dan Aku yang dia, makanya dapat aku mengatakan perjalanan hamba berlainan dengan perjalanan orang lain. Saya lebih suka menjadi seorang hamba dengan tahu jalannya daripada menjadi seorang raja yang sering lupa di dirinya. Seorang hamba yang telah ada mempunyai pegangan hidup, iaitu yang padanya ada jalan sendiri yang akan ditempuhnya untuk kebahagiaannya, tidak boleh menyimpang dari jalan yang telah ada baginya atau dibawakannya. Suatu kesalahan besar jika terjadi hamba berjalan di luar garis hidup yang akan dibawakannya. Lain orang, iaitu yang harus belajar lebih dahulu untuk menempuh jalannya kehidupan, dan suatu kesalahan pula pada orang kalau dia lupa kepada dirinya. Sebaik-baik hamba ialah seorang hamba yang soleh. Hamba yang musafir, kerjanya ialah berjalan dan berjalan terus dengan sesuatu untuk sesuatu. Walaupun nampaknya duduk, tetapi dia berjalan terus. Jalannya ada padanya dan tak dapat banyak orang
203
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mengetahuinya. Sedekat-dekat orang padanya, paling dapat orang merasakannya. Banyak sudah hamba sebelum hamba dan akan muncul pula seorang hamba sesudah hamba. Hamba adalah seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan; pulang dan pergi ke sana dan ke sini, keluar dan masuk. Jalan hamba jalan kiri, jalan kanan, jalan hidup, jalan mati, mematikan dan menghidupkan, jalan tengah, jalan positif, jalan negatif dan jalan neutral (tidak berpihak). Dan kesimpulan dari seluruh perjalanan hamba, seperti telah dihuraikan pada perjalananku yang sudah-sudahnya, tetapi apa yang dinamakan Perjalanan Balik Batang. Orang boleh mempercayainya atau tidak. Itu terserah, tetapi hamba mengatakan kata benar kerana itulah yang ada pada hamba. Apa yang ada pada hamba? Yang ada pada hamba ialah jalan; jalan untuk mencapai tujuan yang terdiri dari jalan kiri, jalan kanan dan jalan tengah. Dengannya hamba hidup dan mati, ke luar dan ke dalam, pergi dan kembali, memberi dan menerima, berlaku dan berbuat. Hamba keluar-masuk, datang dan pergi, mengaliri dan mengisi. Jalan hamba jalan lurus. Hamba ke kiri pada jalannya dan ke kanan pada jalannya. Orang yang tidak dan belum mengenal hamba tentu lain pandangannya pada hamba. Orang yang dekat pada hamba akan mengatakan hamba bodoh atau keliwat sabar (sabar melulu) kerana dalam banyak hal banyak mengalah dan mendahulukan kepentingan orang lain dari kepentingan diri sendiri. Ya, memang begitulah hendaknya seorang hamba, dan ketahuilah bahawa apa yang telah hamba perbuat dan lakukan itu ialah tidak menyimpang dari perjalanan yang ada pada hamba. Pada waktu suka dan duka, sakit dan senang, hamba tidak akan meninggalkan jalan yang telah ada pada hamba itu. Dengan meninggalkan bererti tidak berjalan pada jalannya. Mempergunakan jalan lain bererti menyimpang dari jalan yang telah ada ketentuan baginya. Dan itulah dia seorang hamba, yang padanya telah ada jalan.
Diriku Yang Kukenal

204

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dari hamba kepada seorang hamba dan dari seorang hamba kepada hamba. Dan bagi orang-orang yang belum sempat dan belum dapat mengenal A-ku, apalagi bagi mereka yang belum dapat menemui A-ku, maka dengan ini hamba memperkenal A-ku dan diriku melalui naskah-naskah karanganku sebagai hasil dari perjalananku untuk mengenal diri dan Aku; suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan (pemisahan antara badan dan diri dan antara diri dan A-ku) dan sampai aku dapat menemui hamba. Di balik badan adalah diri. Di dalam diri adanya A-ku dan sebelum A-ku adalah hamba. Ditemuinya hamba dipertemuan kiri dan kanan.

205

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

TAREKAT MENGENAL DIRI

Laporan-laporan dari anak-anakku yang berkecimpung di golongan kehidupan dan pertanyaan-pertanyaan orang yang dihadapkannya pada anak-anakku itu menjadikan pertanyaan pula pada diriku sendiri, iaitu, Tarekat apa yang aku pakai? Pertanyaan seperti yang kusebutkan di atas timbul dari orang-orang setelah dapat mengetahui dan melihat pembawaan dari anakanakku di waktu mencuba menolong orang-orang yang lagi menderita atau mendapat kesulitan dan kesusahan, terutama di bidang pengubatan, yang bagiku jadi amalanku. Dan menjadikan buah pemikiran pula bagiku, kenapa orang mendatangkan pertanyaan semacam itu pada anak-anakku, yang bererti juga pertanyaan itu langsung dihadapkan kepadaku sendiri. Aku belajar memahami erti kata tarekat. Aku baca buku-buku mengenai tarekat. Aku berkenalan dengan tarekat Naqsyabandiah, Kadiriah, Syatariah dan lain-lainnya. Menarik pelajaran dari bermacam-macam tarekat yang telah kuketahui itu, maka hasil dari renunganku, aku mengambil kesimpulan bahawa adalah apa yang telah kujadikan amalanku itu ialah hasil dari perjalanan ilmu pengetahuan yang telah aku perdapat dan punyai dan yang telah menjadi amalan bagiku sendiri. Kalau dikatakan aku masuk tarekat seperti orang lain
207
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menjalankan tarekat (iaitu apa yang dinamakan suluk), walaupun tarekat namanya aku belum pernah memasukinya. Tetapi terusterang aku katakan, adalah apa yang ada padaku sekarang yang dinamakan ilmu pengetahuanku, bagiku ialah mendatang sendiri dengan tidak ada petunjuk-petunjuk yang nyata walau dari siapa sekalipun. Ketabahan menerima cubaan-cubaan hidup, renunganrenungan pemikiran, pengalaman-pengalaman dan waktu yang bertahun-tahun yang telah kupergunakan untuk membawakan dan mempelajari apa yang mendatang padaku itu yang kujadikan ilmuku. Dan sudah tentu pula tak luput dari pengorbananpengorbanan yang telah kuberikan dan yang paling banyak ialah korban perasaan. Aku pelajari apa yang telah ada padaku. Aku mengadakan pemecahan secara ilmiah. Pemecahan menghasilkan pemisahan antara yang satu dengan yang lain, antara badan dan diri dan antara diri dan Aku. Rupanya dengan tak kusedari, saya telah bertarekat sendiri iaitu perjalanan memecahkan sesuatu keadaan apa yang ada padaku, sampai menghasilkan pemisahan dan sampai mendapat suatu pegangan yang kuanggap baik. Dan dalam renunganku, untuk dapat menjawab pertanyaan di atas, maka aku dapat mengatakan bahawa adalah tarekatku aku namakan Tarekat Untuk Mengenal Diri Sendiri. Bagaimana perjalananku untuk dapat mengenal diri itu? Dengan merenungkan kembali perjalanan yang sudah-sudah, maka dapatlah aku mengetahui bahawa dalam perjalananku yang sudahsudah, aku telah dapat menemui dan mengenali diriku sendiri, bahkan saya telah dapat menemui dan mengenal A-ku yang sebenarnya. Aku telah dapat mengenal diriku dan telah dapat pula tahu yang mana yang aku dan siapa aku yang sebenarnya. Kalau yang sudah-sudah anak-anakku menerima aliran dariku, maka pada masa yang akan datang anak-anakku akan kubawa berjalan untuk mengenal diri sendiri. Pada mulanya, orang luar yang kunamakan sekarang anak-anakku tertarik padaku akan
Diriku Yang Kukenal

208

DR. BAGINDO MUCHTAR

keganjilan dan keanehan ilmu pengetahuanku, dengan keinginan hendak berkepandaian sepertiku pula. Semenjak itu mereka mula berkenalan dengan aku dan menerima aliranku, yang baginya anakanakku menjadi kepandaian. Dan cara ini telah berjalan bertahuntahun lamanya. Tidak semuanya dari mereka yang menerima aliranku itu success (berjaya) dalam membawakannya kerana ketidak-pandainya menurutkan aliran yang mendatang padanya itu. Mereka menganggap aliran yang kuberikan dan cara memperketatkan kepandaiannya itu dengan pengertian dan pentafsiran sendiri-sendiri dan kebanyakan kenyataannya salah memahaminya. Dan tak kurang pula dari mereka itu yang memutuskan hubungan dengan saya sendiri, yang bererti mundur padanya. Mereka dalam hayalan; terlampau banyak hendak menarik keuntungan dari pengetahuaku itu. Mereka bergerak dengan hawa nafsu sedangkan yang aku berikan padanya itu tidak dengan hawa nafsu. Keinginannya yang bersertakan hawa nafsu sendiri lebih besar dari kemampuan dirinya sendiri. Dan mereka, iaitu anak-anakku yang dapat menarik faedah dari pengetahuan yang kuberikan padanya, yang dapat membawakannya dengan alirannya sendiri, bagi mereka itu namanya belum lagi ilmu, melainkan kepandaian iaitu buah dari ilmuku. Sekarang timbul soal dari mana datangnya daya tangan yang kuberikan pada mereka itu? Sebagai jawapannya ialah; apa yang kuberikan pada mereka itu ialah buah dari ilmu pengetahuanku yang berasal dari diriku sendiri dan diterima oleh diri mereka pula, yang jalannya menembus alamnya sendiri iaitu badan kasarnya dan dapat ditangkap dengan daya rasa. Titik yang kuberikan diterima oleh diri dan diri mereka memperkembangkannya menurutkan saluran tertentu dan duduk di tempatnya untuk sewaktu-waktu bilamana perlu akan dipergunakan sebagaimana mestinya. Ilmu pengetahuanku terdiri dari pergerakan, bukan dari perkataan. Dan bergerak di bidang pengetahuanku ini bererti berjalan ialah tercapainya segala tujuan atau yang dituju.
209
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Bermula ada syariat (yang menjalankan); kedua tarekat (yang berjalan); ketiga hakikat (yang diinginkan); keempat makrifat (tujuan terakhir). Hakikat tidak akan diperdapat kalau tidak ada makrifat. Yang dihakikatkan itu terbitnya dari makrifat. Makrifat tidak boleh diganggu-gugat. Tarekat tidak akan ada kalau tidak ada syariat. Maka adalah syariat, tarekat, hakikat dan makrifat harus sejalan. Makrifat yang paling tinggi, lagi dalam dan suci ialah Makrifatullah (bermakrifat pada Tuhan). Bukankah dari Tuhan terbitnya, timbulnya dan mendatangnya segala sesuatunya? Dan bukankah Tuhan pula yang menentukan segala sesuatunya? Orang-orang yang mendapat dan mempergunakan aliranku memandang dan menganggap aku sebagai Bapak kerana mereka itu menerima pancaran dariku. Bisakah cara atau sistem berbapak ini lama-lama dipertahankan? Bagaimana kalau mereka pindah tempat atau kalau saya yang dianggapnya Bapak itu sudah tak ada lagi atau pindah ke tempat lain? Dengan tidak adanya saya lagi atau berpindah tempat, tentu mereka itu tak dapat tambahan atau sambungan langsung lagi pancaran dari saya, bukan? Mereka akan bergerak dan hanya dapat mempergunakan apa yang telah kuberikan sahaja, sedangkan mereka itu tak dapat dan belum dapat memahami betul akan ilmu pengetahuanku. Sebelum yang tak diinginkan itu kejadian atau terjadi (saya berpindah tempat), sebaiknya mereka itu dididik dan dilatih untuk berdiri sendiri, supaya dapat berjalan sendiri dan pandai berlaku sendiri. Kalau sampai kejadian iaitu yang mendidik berhadapan dengan yang dididik, maka akan berubahlah anggapan dan pandangan, kerana kalau tadinya sewaktu menerima aliran (pancaran) yang berhadapan bapak dengan anak, maka di waktu yang mendidik berhadapan dengan yang dididik, akan berhadapan guru dengan murid. Bapak yang berilmu memberikan buah dari pengetahuannya kepada si anak, dan buah yang diterima si anak menjadi kepandaian padanya. Guru (pendidik) memberikan ilmu pengetahuannya pada
Diriku Yang Kukenal

210

DR. BAGINDO MUCHTAR

muridnya (yang dididik), dan kecerdasan si murid yang akan menentukan lulus tidaknya dia di dalam pendidikan atau dapat tidaknya dia menerima pemberian dari gurunya. Guru mendidiknya dengan ilmunya untuk bisa berdiri sendiri atau menjadikan si murid menjadi seorang yang berilmu, jadi, bukan menjadi seorang pandai sahaja. Si anak yang tadinya mendapat pelajaran dari bapak untuk dapat berdiri sendiri, harus dididik sampai menjadi seorang yang berilmu. Ilmu yang paling baik, tinggi dan dalam ialah ilmu yang berdasarkan ketuhanan. Untuk mendapat Ilmu Tuhan yang sebenarnya, orang harus dapat mempelajari ciptaan-Nya. Ciptaan Tuhan yang terdekat pada kita ialah keadaan kita sendiri. Orang memandang dan merenung ke luar, memperhatikan keadaan alam sekelilingnya untuk mendapatkan suatu keyakinan dan kesimpulan akan pengakuan adanya Tuhan Maha Pencipta, Maha Besar lagi Maha Kuasa. Kita merenung dan bertafakur ke dalam, memikirkan dan mempelajari keadaan kita sendiri. Mempelajari keadaan sendiri bererti hendak mengetahui apa yang ada pada badan, pada diri dan lain sebagainya. Apa yang ada pada badan sudah banyak Aku mengetahuinya. Sudahkah orang dapat mengenal akan dirinya sendiri? Aku berbadan dan berdiri. Sudahkah orang dapat mengenal Aku dan diriku? Dan Sudahkah orang dapat mengenal Aku-nya dan diri sendiri? Saya dapat mengenal diri saya dengan jalan bertafakur dan merenung ke dalam. Dan aku dapat mengenal diriku sendiri setelah Aku dapat memancar keluar melalui pintu-pintu tertentu. Untuk dapat mengenal diri yang sebenarnya, orang harus bertarekat, berhakikat dan bermakrifat untuk mencapai tujuan. Syariat harus menjalankan supaya dapat yang dihakikatkan. Hakikat tidak akan tercapai kalau tak bermakrifat. Makrifat mendatangkan hakikat. Jadi, untuk mencapai tujuan yang sebaiknya ialah sejalan; hakikat dan makrifat. Syariat menjalankan, tarekat berjalan dan hakikat tidak akan
211
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

diperdapat kalau tak ada makrifat. Maka adalah makrifat sumber dari segala-galanya atau tempat tercapainya tujuan. Pembawaan yang sebaik-baiknya yang menjalankan Aku, yang berjalan Diriku untuk supaya tercapai tujuan. Maka adalah perjalananku menuju makrifat untuk mendapatkan hakikat (yang dikehendaki). Kenapa harus diri yang berjalan? Inilah salah-satu rahsia dan yang aku perdapat. Bagaimana jalannya atau caranya untuk dapat mengenal diri itu? Aku dapat mengenal dan menemui diriku setelahnya aku memikirkan, mempelajari, merenungkan akan keadaanku, nasibku, untung-bahagiaku. Aku bertafakur ke dalam, ke dalam batang-tubuhku dengan alat pemikiran yang ada padaku. Teringat olehku, aku berbadan dan berdiri. Apa yang dinamakan badanku telah kuketahui. Ia terdiri dari bulu, kulit, darah, daging, hati, jantung, limpa, rabu-rabu (paru-paru), empedu, urat, tulang, otak-benak (otak besar dan otak kecil), akan tetapi yang mana yang dikata diriku? Bahawa diriku itu ada di dalam badanku itu telah pasti. Dan terdiri dari apa dia? Dan sampai di mana daya kesanggupan pemikiranku dapat menangkapnya? Keadaan badanku sudah nyata padaku. Dan bagaimana aku dapat menyatakan diriku sendiri? Untuk itu, tentu aku harus mencarinya sampai dapat. Aku harus dapat hendaknya memisahkan antara yang satu dengan yang lain, antara badan dan diriku. Aku merenung dan merenung lagi. Aku bertafakur. Aku berdiam di dalam suatu rumah. Aku hendak memasuki rumahku sendiri. Aku hendak menemui diriku. Aku hendak mengenal diriku sendiri. Aku ke luar. Aku ke luar dengan alam pemikiranku, memikirkan bagaimana jalan untuk dapat memasuki rumah sendiri. Aku teringat akan peribahasa, Rumah tampak, jalan tak tentu. Ya, aku nampak rumahku, bahkan telah aku ketahui rumah kediamanku. Tetapi aku belum menemui diriku. Dalam mencari-cari itu tanganku meraba al-Quran, membalik-baliknya dan mataku tertuju kepada ayat 35 dari surah an-Nur yang terjemahannya ke dalam bahasa Indonesia menurut tafsir
Diriku Yang Kukenal

212

DR. BAGINDO MUCHTAR

Muhammad Yunus yang ada padaku ialah : Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpamanya cahayaNya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di timur dan tiada pula di barat, hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya. Allah menunjuki orang yang dikehendakiNya kepada cahayaNya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan ia mengetahui tiaptiap sesuatu. Allah telah menunjukkan perumpamaan apa yang ada dalam sebuah rumah, yang mana kalau melihat apa yang ada dalam rumah itu melalui sebuah lubang di dinding rumah itu. Apa yang ditunjukkan itu kalau kita melihat dari luar? Dalamnya ada lampu. Lampu itu bercahaya-cahaya, dan dengan cahayanya maka kita akan dapat mengetahui apa yang ada di dalam rumah itu. Allah Menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada Cahaya-Nya itu. Aku merenung dan merenung, dan aku berdoa semoga Tuhan akan menunjukkan jalan bagiku untuk sampai kepada Cahaya-Nya itu. Aku ingin hendak memasuki rumahku sendiri. Apa akalku dan apa dayaku? Aku tahu, aku insaf sebagai seorang manusia, akal ada padaku dan daya pun ada padaku. Kalau aku tak berdaya tentu aku tak akan hidup namanya. Bagaimana aku akan dapat memasuki rumahku sendiri sedangkan aku telah berada di dalamnya? Suatu pertanyaan yang aneh tetapi benar. Kalau aku yang keluar tidak mungkin, kerana pintu tertutup bagiku dan orang pun tidak mengenal aku. Akan tetapi, kalau aku keluar benar dari tempatku bererti kematian bagi badanku. Ada masanya bagiku untuk pergi
213
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

meninggalkan rumahku. Kepergianku dijemput kerana aku orang jemputan, akan tetapi bukan itu tujuanku. Tujuanku ialah bahagia sepanjang masa, waktu di mana pun aku berada. Dengan akal dan dayaku sendiri, aku dapat memasuki rumahku sendiri melalui pintu-pintu tertentu. Ini dapat aku menangkapnya dengan daya rasa yang ada padaku. Rasa perasaan yang tadinya sifatnya negatif bagi tangkapanku, dengan telah terbukanya pintu, maka rasa perasaan itu bagi tangkapanku menjadi positif atau pasti dan kenyataan. Aku teliti dan pelajari rasa yang telah terasa itu dan aku telah menemui jalan untuk memasuki rumahku, dan aku telah dapat mengenal dan menemui diriku sendiri, diri yang tiap-tiap orang berilmu mencarinya dengan berhabis umur semenjak dari dahulu sampai sekarang ini. Dan dengan jalan yang telah kutemui itu, aku dengan kecerdasan akalku keluar masuk sehingga aku dapat merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain antara badan dan diriku. Suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan yang dapat aku mengatakannya bahawa aku dengan badan dan diriku adalah jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Diri yang kukenal tidaklah seperti diri yang dibayangkan orang, diri yang direka-reka atau diri yang hanya dapat diperkatakan atau dibicarakan, tetapi tak dapat dirasakan. Aku telah dapat mengetahui apa yang ada di diriku sendiri dan telah banyak mengambil manfaat darinya. Dan telah banyak pula orang mendapat faedah darinya kerana rahsia diri yang telah kuperdapat itu aku berbuat dan berlaku, melakukan sesuatu untuk sesuatu yang aku jadikan pula menjadi amalku petang, siang dan malam. Semenjak aku dapat menemui jalan itu, maka jalan itulah yang menjadi peganganku. Jalan itulah yang aku tempuh di kala suka dan duka. Dengan jalan itulah yang aku hidup kerana aku yakin bahawa jalan itulah jalan jaminan kehidupanku semenjak dari dalam. Aku dapat mengatakan jalanku itu jalan berisi, berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Dan telah banyak pula
Diriku Yang Kukenal

214

DR. BAGINDO MUCHTAR

orang yang mendapat dan menerima aliran dariku, yang mendatangkan manfaat pula pada dirinya sendiri. Akan tetapi amat kukesalkan sampai saat ini (Julai, 1967), kebanyakan dari mereka itu kurang cerdas, kurang tepat dapat menangkap pengertian-pengertian dan penerangan-penerangan yang aku berikan padanya, sedangkan pengertian yang agak mendalam yang kuharapkan. Mereka terlampau memikirkan dan mengkhayalkan akan menarik keuntungan untuk badan dirinya sendiri sebanyak mungkin dari ilmu pengetahuan yang aku berikan belum diperolehinya. Aku sendiri yang harus mendidik dan melatih mereka itu, sedangkan kebanyakan dari mereka itu tidak mahu mencuba berlatih sendiri di rumah masing-masing, sedangkan hasrat mereka itu sangat besar hendak menguasai dan mempunyai ilmuku. Apa sahaja yang kubuat dan kulakukan, selalu kubawakan dengan jalanku sendiri. Jarang mereka menyoalku dan bertanyakan ini-itu padaku. Kalau ada yang bertanya padaku, yang ditanyakan bukan yang bertalian dengan ilmu pengetahuan, melainkan yang lain-lain sahaja yang tak ada hubungannya sedikit juga dengan ilmu pengetahuan. Tiap-tiap orang harus dapat tahu hendaknya akan Aku-nya sendiri, tahu di rahsia diri sendiri kalau kesempurnaan hidup yang akan dituju. Capailah bahagia yang diidam-idamkan dengan rahsia yang terkandung di dalam dirimu sendiri. Pelajarilah akan diri sendiri sampai dapat mengetahui akan keadaannya. Jadikanlah diri yang telah ditemui itu menjadi ilmu bagimu. Bagaimana caranya menjadikan diri yang ditemui itu menjadi ilmu? Ibarat batang kayu, adalah diri itu dijadikan pokok dari ilmu pengetahuan kita. Pada permulaan, diri yang kita kenal dapat kita ketahui dengan perantaraan akal dan jalan fikiran kita sendiri bertafakur ke dalam; kita hendak memasuki rumah kita sendiri. Dengan pembawaan kita bertafakur ke dalam dengan menundukkan kepala ke bawah, dengan mempergunakan akal dan jalan fikiran kita, kita seolah-olah telah berada di muka pintu rumah
215
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

atau sekurang-kurangnya sedang mencari pintu yang akan dimasuki. Dan begitulah, aku telah berada di muka pintu, bukan di pintu belakang melainkan di pintu depan. Aku dapat menemukan sesuatu yang asing lagi aneh bagiku, aneh bagi daya tangkap perasaanku. Perhatianku kucurahkan padanya. Dia membawa anggota badanku bergerak iaitu tanganku. Aku turutkan jalannya pergerakanku tadi dengan cermat dan sedar. Dia membawaku pulang-pergi. Dengan penelitian dan latihan yang berulang-ulang dapat tahulah aku, bahawa aku telah berulang-ulang keluar masuk rumahku sendiri. Aku telah menemui jalanku sendiri iaitu jalan diriku; jalan yang berisi yang pergerakannya menuju kepada kelancarannya jalannya kehidupanku di dalam. Ya, aku telah menemui diriku sendiri, yang aku telah banyak mengambil manfaat darinya, dan yang orang lain telah banyak pula menarik faedah darinya. Dan semenjak aku telah dapat menemui jalanku itu, pembawaanku sehari-hari lebih condong kepada menurutkan jalanku yang bertitik tolak dari dalam itu, dengan menyampaikan gerak jalan fikiranku sendiri. Jalan fikiranku, kupergunakan menyelang (selang) dapat menemui jalanku sendiri untuk seterusnya aku berjalan pada jalanku, dengan jalanku untuk tujuan sesuatu. Rahsia diri telah menjadi rahsiaku, bahkan telah kujadikan ilmuku dengan jalan menurutkan jalannya yang telah aku temui. Aku telah bermodal, telah berpokok, berpengetahuan. Modalku, pokokku dan pengetahuanku ialah diriku yang banyak mengandungi rahsia itu. Diri itu suci lagi bersih dan bercahaya laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Diri yang telah kita kenal dengan positif (pasti) harus dapat pula mengenal hendaknya akan keadaannya sendiri; apa yang ada di luar dari badan dirinya sendiri iaitu badan kita yang kasar ini berserta isinya dan hubungannya antara yang satu dengan yang lain, sehingga tercipta kasih sayang antara yang satu dengan yang lain, dengan pengertian badan menyayangi dirinya dan diri menyayangi badannya pula.
Diriku Yang Kukenal

216

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dan kesemuanya adalah kerja Aku, dan Aku lakukan itu dengan jalanku sendiri dan ilmuku berserta akalku dengan pengetahuan lahirku. Dasar dari ilmu pengetahuanku yang berasal dari diriku sendiri itu ialah Dua Kalimah Syahadah (Kalimat Tauhid) yang berisikan dan bertujuan mengadakan pengakuan dan kesaksian tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah; dan pengakuan Muhammad Rasulullah. Modalku itu harus aku perkembang dan perkuat. Ibarat pohon, maka adalah batang yang telah ada itu kuperkembang iaitu ke atas berpetunjuk, ke bawah berurat berakar supaya tercipta satu pohon kayu yang teguh, kuat dan rimbun nampak jauh yang mana batangnya tempat orang bersandar, uratnya tempat bersila, pokoknya tempat orang berlindung di waktu panas dan berteduh di waktu hujan, buahnya sangat lebat akan tetapi tak nampak, kerana buahnya di dalam, bukan di luar. Maka adalah buah yang berhikmat itu yang membawa keberkatan, menantikan orang yang pandai mengeluarkannya dan memetiknya supaya dapat merasa hikmat dan berkatnya, apalagi kalau pandai mempergunakan kerana adalah buah itu serbaguna. Menciptakan pohon dimaksud bukanlah orang lain, melainkan diri kita sendiri dengan sepengetahuan akal kita dan dilakukan dengan jalannya, bukan dengan jalan pemikiran kita. Pohon yang telah berdiri rimbun dan telah berurat berakar yang diciptakan dengan jalan pengetahuan itu keluarnya ialah merupakan badan kita. Yang batang iaitu diri yang ada di dalam, puncaknya yang rimbun ialah kepala yang berisi alat perlengkapan yang cukup, daunnya yang nampak lebat ialah rambut dan isinya yang nyata ialah urat, tulang, otak, benak dan yang tak nyata tetapi ada ialah akal yang letaknya di atas segala-galanya. Berikut (selanjutnya) kesedaran, ingatan, kemahuan, pemikiran dan lain-lain sebagainya dan seterusnya urat serta akarnya ialah urat yang berbelit-belit di seluruh batang tubuh kita untuk menguatkan tegak berdirinya badan diri kita.
217
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dan ketahuilah bahawa hidup dan kehidupan seseorang berlaku dan berjalan semenjak dari dalam. Kalau tak ada yang ada di dalam diri kita, tentu kita tak akan hidup namanya dalam erti kata yang sebenarnya. Dan keluar, manusia melanjutkan di alamnya (kehidupannya) dengan modal yang ada padanya mencari keperluan hidup yang banyak bertebaran di muka bumi. Dan tak kurang pula banyaknya manusia harus berjuang untuk hidup, dengan merasa tenaga mencapai yang diperlunya. Apakah makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Maka tak salahlah kalau orang mengatakan sama sahaja dengan binatang bagi mereka yang berpendirian hidup untuk makan. Untuk mencapai hidup berbahagia, orang harus memahami hidup dan mengetahui rahsia hidup yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa apa yang dinamakan hidup itu adalah dia dihidupkan dan menghidupkan, iaitu memberi daya kehidupan bagi anggota badan diri. Dan anehnya, manusia melanjutkan kehidupannya dengan jalan mendatangkan keperluan dari luar keperluannya. Dan untuk mendapat bermacam-macam yang diperlukan, manusia harus berlaku, berbuat dan berusaha. Dan adalah diri itu hidup, bukan mati seperti badan. Hidupnya gilanggemilang, terang-benderang bercahayanya, sedangkan badan gelapgelita. Hakikatnya terang bak siang dan sifatnya (badannya) kelam bak malam. Dia menerangi alam sekelilingnya. Hidupnya berisi yang tak habis-habisnya, sedangkan badan menghendaki diisi supaya kuat dan bisa mempertahankan apa yang dinamakan hidup seperti orang. Diri yang dikenal dan yang ditemui bukan tidak menghendaki makan-minum. Dia berkehendak pula kepada makanan dan minuman. Makanan dan minuman tidak bermacam-macam seperti yang dikehendaki badan. Makanan dan minumannya datangnya dari Tuhan, namanya disebut Allah. Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya dan dengan itu dia diberi makan, dengan istilah lain zikirlah, iaitu apa yang dinamakan orang zikir Allah.
Diriku Yang Kukenal

218

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dan kalau badan berkehendak kepada istirahat (apa yang dinamakan orang, tidur), maka diri yang kita kenal tak pernah tidur. Dia tak kenal akan tidur. Dia bertugas terus, mengaliri terus dan berjalan terus. Hanya sayang bagi orang yang belum mengenalnya benar dan belum pula dapat menemuinya, perjalanan yang dilakukannya itu tak ubahnya ibarat menghasta kain sarung, sampainya di situ ke di situ juga. Jalannya berisi, isinya nikmat, pembawaannya berkat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Di mana sahaja dia berada membawa berkat, mendatangkan hikmat serta bahagia; bahagia sepanjang masa. Alangkah bahagianya kalau orang dapat menemui dan menguasainya, mengenalnya dengan erti kata yang sedalam-dalamnya dan sebenar-benarnya; mengetahui akan hikmah yang terkandung dalamnya, memperkembangnya, berjalan pada jalannya demi kebahagiaan yang kekal dan abadi yang dituju sejak dari dunia sampai ke akhirat. Pecahkanlah rahsianya dan ambillah manfaat akan isinya atau buahnya. Hidupnya teratur kerana ada yang mengatur. Pembawaannya tenang, aman, damai oleh kerana ada Yang Menenangkan, Yang Mengamankan dan Yang Mendamaikan-nya. Dan memang aman, tenang, damai itulah dasar hidupnya. Orang harus dapat banyak mengerti padanya supaya dapat pula banyak memetik akan buahnya. Maka adalah pada kita manusia, ilmu yang terdekat ada tiga (3) tingkatannya, iaitu : Pertama; Ilmu Syariat (nyata) mengetahui keadaan badan dan isinya; Kedua: Ilmu Hakikat (kebatinan) yang berpokokpangkal pada akal; dan Ketiga: Ilmu Makrifat (ketuhanan) yang berpokokpangkal dari diri yang datangnya dari A-ku.
Dan ketiga-tiga ilmu yang disebutkan di atas ada pada badan diri kita, dan terserah pada kecerdasan dan pendidikan, mampu atau tidaknya kita dapat 219
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

menguasai ketiga-tiga ilmu itu. Di badan diri kita adanya ketiga-tiga ilmu itu:

Mereka yang ahli dalam Ilmu Syariat dapat menjadi doktor, tabib, dukun. Dalam hal ini, istilah kedukunan, pengajian tubuh. Mereka yang ahli dalam ilmu hakikat (kebatinan) dapat menjadi ahli kebatinan; dan Mereka yang menjadi ahli dalam ilmu makrifat (ketuhanan) bisa jadi ahli hakikat, syariat dan yang lain-lain. Ilmu yang paling dalam dan tinggi ialah Ilmu Ketuhanan, dan puncak dari segalanya ialah bermakrifat pada Tuhan iaitu Makrifatullah. Dapat kukatakan, adalah makrifat yang dianggap oleh ahli kebatinan itu sebenarnya baru hakikat dan ditempatkannya di alam makrifat. Jalan atau tarekat adalah Ilmu Syariat berserta hawa nafsu. Ilmu Kebatinan atau Hakikat, jalannya bersyariat bersertakan hawa nafsu dan Ilmu Makrifat iaitu bagi mereka yang telah mencapai Makrifattullah, lepas dari hawa nafsu. Kalau ada, dia terpisah sendiri kerana orang yang telah mencapai tingkatan itu telah menemui jalan sendiri untuk tujuan sesuatu (membebaskan diri dari hawa nafsu) atau dari segala keadaan yang nyata. Kesimpulannya, adalah yang menjalankan syariat, jalan atau tarekat menerbitkan hakikat, timbulnya dari makrifat. Pembawaan yang sebaik-baiknya ialah akal yang ada pada kita harus dapat mengenal dan menghubungi A-ku kerana A-ku-lah yang dapat mengenal dan menghubungi Tuhan dengan jalan yang ada padaku. Dengan ringkas dapat dikatakan, perjalanan dari akal ke A-ku dan dari A-ku ke Allah. Jalan A-ku jalan lurus lagi benar. Dan itulah dia jalan hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang, suatu jalan yang aneh bagi orang. Tak termakan oleh akal, tetapi benar. Bahkan jalannya itu menembus alam sendiri, di mana apa yang dinamakan akal termasuk di dalamnya. Dan akallah dasar dari ilmu kebatinan.
Diriku Yang Kukenal

220

DR. BAGINDO MUCHTAR

Adalah akal itu terbahagi dua; satu bernama akal jahat, dan yang satu lagi bernama akal sihat. Sebaik-baiknya ahli kebatinan hendaknya berdasarkan kepada akal sihat. Kebanyakan ahli kebatinan tergelincir oleh kerana tak dapat membezakan yang mana akal jahat dan yang mana akal sihat. Akalnya dipergunakannya semata-mata menarik keuntungan sebanyak mungkin untuk diri sendiri, tak peduli kerjanya itu buruk atau baik. Suatu pekerjaan hakikat yang disengajakan. Ilmu akal yang sebaik-baiknya ialah dipergunakan untuk mencari diri sendiri, menarik ke jalan dirinya kerana orang mengatakan, Siapa yang mengenal dirinya, akan mengenal Tuhan dengan sendirinya. Orang, kalau mahu mengenal Aku, kenalilah dirinya sendiri kerana adalah dirinya itu diriku pula. Dan supaya orang dapat mengenal Aku, Aku kemukakan diriku. Diriku akan menjadi orang kalau badanku ada. Dan dengan kejadian itu, dengan sendirinya apa yang kukatakan diriku itu menjadi diri orang pula. Orang yang kumaksud orangku, bukan orang lain. Aku benar tak punyai apa-apa. Akan tetapi semuanya timbul dariku. Aku pada dasarnya adalah laksana kaca. Apa saja akan timbul kalau mahu berkaca padaku. Aku teringat akan satu kisah, cerita bayangan yang aku perdapat iaitu jauh sebelum ada yang diadakan. Ya, tatkala itu katanya belum ada yang ada. Yang ada waktu itu dua bersaudara serupa bak pinang dibelah dua. Satu sama lain berpandanganpandangan. Yang Satu bertanya kepada yang lain, Siapakah di antara kita berdua ini yang lebih dulu, ada atau yang tua? Yang ditanya menjawab, Aku! Tidak, kata Yang Bertanya lagi, sambil berkata pula, Aku! Kalau betul engkau yang tua atau lebih dulu ada dariku, kata Yang Bertanya, Cuba engkau bersembunyi, menghilang atau ghaib.
221
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Maka ghaiblah atau menghilanglah yang ditanya. Dan dengan mudah sahaja Yang Bertanya menangkapnya sambil berkata, Ini engkau! Ya! Aku, jawabnya. Dan sekarang, Aku pula ghaib, kata Yang Bertanya. Maka ghaiblah Dia. Dicari dan dicari oleh yang ditanya tadi sampai puas dia mencari namun Yang Ghaib tidak juga dapat ditemuinya. Maka timbul sendirilah Dia kembali sambil berkata, Ini Aku! Dan semenjak terlahirlah kata Aku-Mengakui; yang ditanya mengadakan pengakuan pada Yang Bertanya, mengakui pula akan keadaan dan menjadikan yang ditanya dengan membukakan akan Rahsia Yang Sedikit. Suatu kisah bayangan yang patut direnungkan dan diperhatikan dengan sungguh untuk dipelajari lebih mendalam. Aku pelajari akan diriku sendiri iaitu diri yang telah kutemui. Aku dapat menemui diriku tidak dengan perkataan, Aku hendak mencarinya, dan terus dapat. Menemui diri sendiri itu tidaklah semudah yang diduga, akan tetapi kalau sudah dapat ditemui dan mengetahuinya sebenarnya, kita akan mengatakan, Mencari diri itu tidaklah sesulit seperti yang dianggap. Pada permulaan aku berjalan mencari diriku dengan akal dan daya pemikiranku. Hasil dari pemikiranku meyakinkanku akan adanya diriku itu dan berada di dalam sangkarku, iaitu badanku yang laksana rumah tempatku diam. Untuk itu tentu aku harus dapat memasuki rumahku sendiri. Apa akal dan apa daya? Aku merenung dan bertafakur (memikirkan) mencari jalan untuk dapat masuk rumah sendiri: Aku bertekun menundukkan kepala ke bawah. Rasa perasaanku menangkap sesuatu iaitu denyutan di hujung jari-jariku. Seluruh perhatianku, kucurahkan padanya. Jalan fikiranku kutujukan pada
Diriku Yang Kukenal

222

DR. BAGINDO MUCHTAR

denyutan itu dan aku cuba menurutkan. Dengan beransur dan teratur aku dapat merasakan denyutandenyutan itu telah merata di seluruh hujung jarijariku. Dia mengangkat kedua belah tanganku dan membawa tanganku bergerak dengan sendirinya. Ke luar aku tidak melihat apa-apa, ke dalam aku hanya dapat merasakannya. Aku sedar dan ingatanku tidak hilang. Kalau aku lepaskan ingatanku padanya dengan keinginan menghilangkannya, maka pergerakan itu berhenti dengan sendirinya dan rasa itu beransur hilang, kembali seperti biasa. Aku teliti dan pelajari dia dengan kemahuan yang teguh hendak mengetahuinya. Aku berlatih dan berlatih, mengadakan percubaan-percubaan untuk dijadikan pengalaman. Penelitian dan penilikanku pada sesuatu itu menunjukkan padaku bahawa aku telah berada di depan pintu rumahku sendiri. Dengan keyakinan yang teguh dan latihan-latihan yang berulang-ulang dengan tujuan hendak memasuki rumahku itu, aku dapat merasakan pintu-pintu yang dimaksud telah terbuka dan aku telah berdiri di muka pintu, yang bererti, alam fikiranku dan perhatianku menghadap ke dalam. Daya tangkapku menangkap rasa lain dari yang lain. Kalau tadinya, sebelum pintu-pintu terbuka aku dapat menangkap rasa denyutan, maka setelah pintu terbuka dan aku ada di dalamnya, aku dapat menangkap suatu daya dan rasa yang mengandung stroom. Apa inikah diriku? kataku sendirian. Aku belum mendapat jawapan yang pasti kerana aku pulalah yang memastikannya setelah menarik pengalaman dan pelajaran darinya. Dari percubaan-percubaan, latihan-latihan dan pengalamanpengalaman, dapatlah aku mengetahui bahawa apa yang kutemui itu bukanlah diriku, hanya baru jalannya. Aku turuti jalan yang telah aku temui itu. Aku berjalan pada jalannya. Aku ke luar dan ke
223
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dalam untuk memperhatikan akan segala sesuatunya, dan akhirnya aku ketahui dan temuilah akan diriku yang sebenarnya; dia yang banyak mengandung rahsia itu. Dengan jalannya, pada jalannya, aku telah dapat menemui itu hamba yang sentiasa menjalankan tugas mengembara kian ke mari, memberi dan mengisi. Aku temui dia di pertemuan kiri dan kanan, dan banyak menarik pelajaran darinya. Aku telah dapat dan pandai memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam; mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati dari yang hidup. Kalau ada orang mengatakan diri itu lemah, aku mengatakan tidak. Kerana A-ku ada di dalamnya. Aku mengatakan diriku kuat, cukup dan mencukupi. Aku dapat memperkembang diriku sendiri, memperbesarnya, mengambil manfaat darinya untuk badanku sendiri, bahkan lebih dari itu. Dengan rahsianya yang telah aku ketahui, diriku dapat membebaskan diri orang lain dan orang lain banyak dapat mengambil faedah darinya. Diri itu bagi orang lain mungkin dianggapnya keramat, bertuah, pembawaan; bawaannya hikmah, berkat dan kiramah. Dan dengan diri, orang dapat mencapai bahagia; bahagia yang diidam-idamkan oleh setiap manusia. Aku telah dapat memisahkan antara badan dan diriku, bahkan Aku telah dapat berdiri di diriku dengan pengertian diri itulah yang aku kemukakan. Dan orang luar, orang yang berpengetahuan, yang berilmu, dapat menilainya. Hanya si pandir dan si dungu yang tak dapat menilainya kerana tak tahu di harga diri. Tahu di diri bukanlah bererti sekadar mengetahui sahaja, melainkan harus tahu keadaannya, apa yang ada padanya, mengetahui rahsianya dan mengambil buah darinya untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Setidak-tidaknya mengambil manfaat darinya. Apa yang terkandung di diri itu? Tidakkah mereka memikirkan apa yang di dalam dirinya sendiri?
Diriku Yang Kukenal

(Al-Quran Surat ar-Rum ayat 8) 224

DR. BAGINDO MUCHTAR

Diriku yang kukenal, bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Diriku berdiri oleh kerana A-ku. Badanku diciptakan untukku iaitu rumah tempat Aku diam. Aku adalah laksana kaca. Kalau orang hendak melihat dirinya sendiri, berkacalah padaku. Bukankah Aku yang menimbulkan diri itu? Samakah dasarnya diri itu dengan badan? Jawabnya tentu tidak kerana badan berasal dari titisan air dari ibu bapa (nutfah) dan asal di balik asal ialah datangnya dari tanah. Dan adalah dasar diri dari Aku oleh kerana Aku yang menimbulkannya. Badan itu nyata oleh kerana berasal dari kenyataannya air titisan (nutfah) dari ibu bapa dan diri tidak nyata kerana A-ku keadaannya tak nyata. A-ku si terang menerangkan diriku dan alam sekelilingku. A-ku si hidup dan menghidupkan diriku dan badanku. Diriku itu ialah ibarat siang bagi malam. Maka adalah diri itu terdiri dari titiktitik terang yang dihidupkan dan menghidupkan badan. Orang dapat melihat diri dari kaca. Kaca yang menimbulkan diri; hanya dapat dilihat tetapi tak dapat diraba dan dirasa. Sebab tak dapat diraba dan dirasa kerana ia ada di dalam, di dalam rumahku sendiri. Oleh sebab dilihat dari luar tentu bentuknya bentuk rumahku rupa orang kerana aku diciptakan jadi manusia. Dan bagaimana jalannya untuk dapat mengetahui diri yang sebenarnya? Mengetahuinya didapat dengan jalan petunjuk dari Yang Maha Pencipta dengan perumpamaan yang dapat diambil sebagai contoh. Perumpamaannya ialah: Seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat. Iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya, Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada
225
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

cahayanya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu ?
(Al-Quran Surat an-Nur ayat 35, )

Dari perumpamaan yang kukutip dari al-Quran ini, dapat diketahui bahawa kalau kita melihat, memandang atau meneropong keadaan di dalam rumah kita atau di dalam badan sendiri melalui sebuah lubang dinding, di dalamnya ada pelita lampu yang menerangkan alam sekelilingnya. Maka adalah keadaan diri itu di dalam badan laksana lampu. Di waktu kita berkata mahu melihat diri kita, kita lihat diri itu seperti orang. Di waktu kita mengetahui diri itu dengan memandang atau meneropong dari sebuah lubang dinding, kita dapat ketahui diri itu adalah laksana lampu. Melihat ke kaca bererti melihat dari luar ke luar. Melihat ke lubang dinding bererti melihat dari luar ke dalam. Kalau diambil perbandingan akan keduanya, maka dapat kita suatu petunjuk, melihat ke luar dengan melihat ke dalam ada perbezaannya. Ke luar kita dapat melihat seperti orang, ke dalam dapat kita ketahui yang seperti orang itu sebenarnya ialah laksana lampu. Dengan bercermin aku dapat melihat diriku sendiri dan dengan petunjuk al-Quran, orang mengetahui akan keadaan dirinya. Aku dapat melihat dan mengetahui badanku. Dapatkah badan melihat Aku? Badanku tak dapat berbuat apa-apa kalau Aku tak ada di dalamnya. Diriku timbul lantaran keadaanku dan badan diciptakan untukku. Dengan berkata, orang akan dapat memahami aku dan diriku. Keadaan diriku bergantung kepada adanya Aku. Aku tak akan berdiri kalau tak berbadan. Badan tidak akan ada erti kalau Aku tak ada. Aku diadakan oleh Yang Mengadakan. Badanku diciptakan oleh Yang Menciptakan. Yang mengadakan Aku, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci. Yang Menciptakan badanku, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci. Yang Maha Pencipta, Esa, Tunggal, namanya Allah. Itulah Tuhan-ku.
Diriku Yang Kukenal

226

DR. BAGINDO MUCHTAR

Perlukah Aku mengetahui diriku? Tidak kerana dia (diri) timbul dari Aku. Perlukah Aku mengetahui badanku? Perlu, kerana dia badanku. Kalau tidak dengannya, Aku tak akan dapat mengecap nikmat hidup di dunia ini. Aku harus merawatnya dan memeliharanya sebaik-baiknya luar dan dalam; di dalam dengan ilmuku, di luar dengan akalku. Di dalam, Aku tak dikenal orang kerana jarang orang yang mahu memperlihatkan Aku. Di luar (aku dengan akalku), orang dapat mengenal Aku kerana seperti dia (orang juga), Aku ini manusia, manusia seperti dia pula. Di mana letaknya kelebihanku? Kelebihanku letaknya di ilmuku. Apa ilmuku? Ilmuku ialah diriku. Orang lain merahsiakan ilmunya, aku tidak. Aku nyatakan ilmuku. Sayang orang banyak tak mengerti padaku. Ya, tak kenal makanya tak sayang. Anehnya, manusiaku diperhatikan orang, diriku tidak. Peribadiku letaknya bukan di manusiaku, melainkan di diriku. Ini kukatakan kalau orang mahu mengenal aku peribadi. Orang berdiri di akalnya, aku di diriku. Ilmu akal dan ilmu diri berlainan. Ilmu akal ilmu hakikat. Ilmuku ilmu diri, Ilmu Makrifat. Orang memakai hakikat, aku tidak. Apa yang akan aku hakikatkan sedangkan aku tahu segalagalanya datang dari makrifat? Aku berfirasat. Firasatku ke dalam dan ke luar. Aku memikirkan diriku, diri orang dan diri orang lain. Aku berpendapat, diri orang sama dengan diriku. Dari itu makanya aku berfikir ke luar dan ke dalam. Adakah orang memikirkanku pula seperti aku memikirkan dirinya? Mungkin tidak, paling banyak setahuku orang hanya mengingat aku, mengenang aku, bukan diriku. Mungkinkah orang dapat mengingat dan mengenang Aku yang sebenarnya? Mungkin tidak. Paling ada, ya badanku, rupaku dan bentukku yang dapat diingatinya. Bagaimana dia akan dapat mengingat Aku yang sebenarnya sedangkan dia sendiri belum dapat mengingat dirinya sendiri. Kalau dia telah dapat mengingat dirinya benar, mungkin dia dapat pula mengingat diriku kerana adalah dirinya dan diriku itu dasarnya sama. Ini pun kalau orang dapat mengetahui persamaan dasar itu.
227
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kerjaku tak dapat orang mengetahuinya, akan tetapi kerja orang dapat aku menangkap dan memahaminya. Aku sentiasa duduk di tempatku, akan tetapi diriku mengembara ke mana-mana. Aku dan diriku adalah seorang pengembala dan pengembara. Kalau orang mahu mengenal Aku, hendaklah orang mengenal diriku lebih dahulu kerana diriku timbulnya dari Aku. Aku yang menggembala badan dan diriku. Dan diriku mengembara menjalankan tugas-tugas tertentu. Aku mengisi diriku dan diriku mengisi orang. Orang menghiasi dan mengisi badan dirinya. Kalau hanya diisi sahaja tanpa dihiasi, tentu akan lain pandangan orang pada kita dan akan terpencil atau tersisih hidup kita. Dan bagaimana mengisi diri? Dengan apa diri diisi? Aku mengisi diriku dengan sejenisnya. Akan tetapi orang tak dapat mengisi dirinya seperti Aku mengisi diriku. Orang dapat mengisi dirinya dengan menyebut nama yang menciptakannya sebanyak mungkin. Nama Yang Menciptakan-nya Allah. Sebutlah namaNya sebanyak-banyaknya. Dengan pengertian lain, zikirlah. Ingatlah Dia dan zikirlah. Sebutlah nama Allah sebanyak mungkin. Dengan jalan itu orang harus mengisi dirinya. Terdiri dari apa diri itu? Diri yang timbulnya dari Aku itu berdirinya setelah Aku ada di dalam rumahku sendiri. Orang dapat mengetahuinya dengan pasti setelah dapat menemuinya. Dia mengaliri seluruh batang tubuh kita di dalam dan terbatas pada bulu dan kulit kita. Kalau sekiranya pintu terbuka baginya, sangat mudahlah bagi orang untuk mengetahuinya. Dia sentiasa berada di muka pintu. Diri itu bagi orang yang belum dapat menemuinya, pasif dan negatif. Aktivitinya berada di dalam. Bagi orang yang telah dapat menemuinya, dia akan aktif dan positif; aktif luar dan dalam. Maka untuk dapat mengenalnya orang harus mengaktifkannya. Oleh kerana dia tidak nyata, maka orang dapat mengatakan aktif dan positifnya dengan rasa perasaan; terasa secara positif. Jalan untuk menemuinya ada dua. Pertama: Dengan pengetahuan yang mendalam dan
Diriku Yang Kukenal

228

DR. BAGINDO MUCHTAR

kecerdasan dan tekun, ditambah dengan keyakinan yang teguh, orang beransur-ansur akan dapat menemui dan merasakannya di muka pintu. Pintu yang dimaksud ialah letaknya dan tempatnya di hujung jari-jari kita. Kalau pintu telah terbuka, maka dengan sendirinya orang akan dapat merasakannya secara positif. Kalau ini sampai kejadian (terjadi), maka ini bererti orang telah dapat menembus alamnya sendiri untuk seterusnya ke dalam. Dan sebaliknya dengan pintu telah terbuka itu bererti pula Aku telah menembus alam sendiri untuk dapat bergerak bebas keluar. Jalan yang kedua sifatnya terpimpin iaitu berguru atau belajar kepada orang yang telah tahu (ahli), yang telah banyak mendapat pengalaman dari dan dengannya dan yang telah banyak dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung di dalamnya. Guru akan bimbing, mendidik, melatih dan menunjukkan orang yang berguru padanya itu. Seterusnya menunjukkan jalan sampai dapat dan bisa berdiri sendiri. Kenapa orang harus mengenal diri? Timbulnya hasrat orang berilmu atau orang pandai hendak mengenal diri, mencari diri atau menyelidiki diri ialah disebabkan peningkatan ilmu pengetahuan syariat, pengetahuan kebendaan dan petunjuk-petunjuk dari kitabkitab termasuk al-Quran tentang keadaan diri yang harus diselidiki dan supaya diperhatikan. Mengenal diri mengenal Tuhan. Banyak orang mengetahui dirinya, memperkatakan dirinya dan menyebut dirinya, akan tetapi tak banyak dapat menemui dirinya. Orang boleh sahaja mengatakan dia tahu di diri, dirinya di dalam badannya, dia berdiri sendiri, akan tetapi adakah atau sudahkah orang tahu yang mana diri itu yang sebenarnya? Terdiri dari apa dia diri itu? Dengan belum dapat mengenal dan menemuinya (hanya baru dapat menyebutnya), maka sangat besar kemungkinan orang akan salah memahami diri. Kebanyakan orang lebih mementingkan badannya daripada dirinya dan tak tahu pula cara memikirkan dirinya sendiri, padahal orang tak bisa hidup kalau tak berserta dirinya. Kesalahan atau
229
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

kekeliruan memahami hidup atau pandangan hidup yang salah mendatangkan kesulitan di bidang kehidupan. Akibatnya penderitaan, rendah diri dan selalu berasa kekurangan. Perumpamaannya ialah, majikan dipandang orang suruhan atau raja dianggap budak. Anggapan, tangkapan dan pandangan yang salah itu menjadikan orang mudah sesat dan tersesat. Dapatkah badan mengenal dirinya? Dan sebaliknya, tahukah diri akan keadaan badannya? Kedua-duanya tak akan bisa terjadi kalau Aku tak ada. Semua orang dapat menyayangi badannya, akan tetapi tidak semua orang dapat mengenal dirinya. Untuk dapat menyayangi diri, orang harus mengenal, menemui dan mempelajari akan keadaannya lebih dahulu. Orang yang telah dapat mengenal dan menemui dirinya, pasti akan berubah pandangan hidupnya. Apalagi kalau telah banyak dapat mengetahui rahsia diri dengan isinya. Orang berjalan dengan akal dan fikirannya untuk kelanjutan kehidupannya atau dapat menemui keperluan hidup atau menuju hidup bahagia yang diidam-idamkan oleh tiap-tiap orang. Untuk itu dilupakannya dirinya. Padahal rahsia hidup letaknya di dirinya. Aku berjalan pada jalanku untuk kelanjutan lancarannya jalan kehidupanku. Aku mengisi diriku dan diriku memberi daya hidup keseluruhan badanku. Kenapa orang dengan akal dan fikirannya memikirkan yang hidup di dalam? Bukankah dari dalam titiktolak kehidupannya? Bagiku adalah diriku sebagai perantara untuk mencapai dunia cita; mencapai yang diidamkan, mencari yang dituju, mencapai bahagia. Dalam segala hal, dirikulah yang kukemukakan. Orang tak dapat menangkapnya kerana diri itu tidak nyata dan akan dapat ditangkap dengan daya rasa perasaan. Memang di rasa itulah letaknya rahsianya. Padaku ada jalan. Jalanku jalan lurus dari bawah ke atas. Diriku mempunyai jalan sendiri pula, jalan yang berliku-liku dan bercabang-cabang, ke atas, ke bawah, ke muka dan tak pernah mundur ke belakang melainkan maju terus ke depan. Jalan kehidupanku jalan yang menuju kepada
Diriku Yang Kukenal

230

DR. BAGINDO MUCHTAR

kemajuan. Kemajuan hidup ibarat air yang berasal dari setitis, bergerak maju sampai menjadi sungai mengalir ke muara menuju lautan lepas, samudera hidup. Diri ingin bebas tetapi tak lepas. Jalannya berpetunjuk lagi berisi. Isinya nikmat lagi berkat dan berbekas. Orang akan dapat merasakannya kalau sudah tahu dan kenal padanya. Kenapa banyak orang tak tahu akan hakikat dirinya yang sebenar? Banyak orang tahu akan dirinya itu ada. Tidak ada orang memungkirinya, tetapi hanya tahu di mulut sahaja mengatakan badanku, diriku dan aku, akan tetapi tak mahu memecahkan akan persoalannya. Yang diketahuinya dengan pasti hanya badannya. Dirinya dan Aku-nya dianggapnya sepi, tidak menjadi perhatiannya yang mendalam. Mereka terlampau banyak melihat ke luar dan amat sedikit sekali berfikir di dalam. Mereka bergerak dengan akalnya; akal yang sentiasa didampingi hawa nafsu, hawa nafsu yang tak kunjung puas yang sering membawa akibat ke badan sendiri. Badan menderita, diri merana dan Aku tak dapat berbuat apa-apa. Di waktu orang bergerak, berbuat dan berlaku, memang diri dan Aku-nya ikut serta, tetapi tidak aktif melainkan pasif, apalagi diketahui Aku dan diri itu tempatnya dalam badan. Orang menganggap diri itu badannya dan untuk dapat melihat diri sendiri, orang berkaca. Dan nampaklah bayangan sendiri di dalam kaca itu. Ketahuilah bahawa itu bukan diri yang sebenarnya. Itu adalah gambaran dari badan atau kalau diri dilihat dari luar. Bisa dilihat, akan tetapi tak dapat diraba dan dirasa. Pernahkah orang meneropong dirinya ke dalam? Dengan Petunjuk Tuhan dalam surah an-Nur ayat 35 sebagai perumpamaan; kalau kita memandang dari sebuah lubang dinding rumah, maka kita akan melihat di dalamnya ada pelita. Pelita di dalam gelas. Gelas itu bercahaya-cahaya laksana bintang berkilaukilau di langit dan seterusnya. Dengan mata kepala sendiri, dengan perantaraan cahaya kita dapat menyaksikan apa yang ada di dalam rumah itu. Dengan perumpamaan ini, maka telah berubah
231
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

pandangan dan pengertian kita kepada diri kita sendiri dan A-ku kita. Bagaimana akal untuk dapat menemui dan mengenal diri yang sebenarnya? Untuk itu kita harus dapat memasuki rumah kita sendiri. Kalau tidak begitu, tak dapat orang mengetahui hakikat dari dirinya sendiri. Dapat menemuinya bererti (bagi orang itu), diri yang tadinya negatif menjadi positif. Dan terbukalah pintu selebar-lebarnya untuk mempelajarinya dan mengorek rahsianya untuk diambil manfaat bagi badan sendiri dan faedahnya bagi orang-orang yang belum menemui dirinya sendiri. Melalui pintu-pintu yang telah terbuka, orang akan dapat menemui hakikat diri. Kenyataannya, sesuatu yang tadinya tidak dapat diketahui, sebagai penjelmaannya, nyata dapat ditangkap dengan rasa perasaan yang benar-benar terasa (positif). Dan di rasa itulah terletaknya segala rahsia sesuatunya. Orang yang dapat hidup dengan dirinya yang banyak mengandung rahsia-rahsia itu akan terahsia pula hidupnya menurut pandangan orang lain. Diri itu tak banyak bicara, melainkan banyak bekerja. Kerjanya terdiri dari bermacam-macam pergerakan yang bagi orang terahsia. Rahsia diri adalah rahsiaku. Sebagai seorang manusia dengan cara pemecahanku ini, maka dapat diketahui bahawa pada kita ada tiga jalan: Pertama jalan akal dan fikiran Kedua jalan diri dan Ketiga jalan A-ku. Umumnya orang memakai jalan akal. Jarang orang memakai jalan diri atau mungkin belum ada orang memakainya, apalagi jalan A-ku. Orang mengatakan hidup berakal mati beriman, namun dapatkah orang membawakannya? Bagiku, yang hidup ialah diri dan yang mati ialah badan. Diri dipertalikan dengan akal yang letaknya di kepala dan badan dengan iman yang letaknya di dada, di diri. Dunia kacau oleh kerana manusia berbuat, berlaku dan berfikir
Diriku Yang Kukenal

232

DR. BAGINDO MUCHTAR

dengan hanya mengemukakan akalnya, maka terjadilah satu sama lain akal-mengakali. Ilmu akal selamanya memikirkan keuntungan untuk dirinya sendiri. Dengan mengemukakan diri sahaja tidak pula baik kerana diri itu benar, lurus, lagi jujur. Mudah sahaja diakali oleh yang mengemukakan akalnya. Keakuan atau akal yang dikemukakan menyebabkan orang sering lupa diri, lupa segalagalanya, mendatangkan takbur, sombong dan angkuh. Orang banyak dianggap sebagai sampah sahaja. Pembawaan orang yang mengemukakan akal, gelisah. Pembawaan orang beriman (bererti mengemukakan diri), tenang. Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya sebagai seorang manusia ialah pergunakan akal dengan mengemukakan diri dan di sebalik diri ialah A-ku si pengembala. Akal pun tak berbicara, hanya bekerja. Kemahuan, ingatan, kesedaran dan lain-lain berada di bawahnya. Kemahuan, keinginan dan kehendak diri ialah kemahuan, keinginan dan kehendakku. Untuk mencapai tujuan, maka hendaklah segala kemahuan, keinginan dan kehendak badan yang terbitnya dari akal fikiran diturunkan/dihubungkan ke diri, dan diri dengan rahsianya melaksanakannya sampai menjadi kenyataan, bekerjasama dengan akal. Diri dapat mengontrol badan. Badan tak dapat mengontrol diri. Kehendak badan banyak. Kehendak diri hanya satu iaitu ketahui dan kenalilah dia. Diri yang telah dapat dikenal, diketahui, mempunyai daya kesanggupan di segala bidang. Luar biasa pekerjaannya bagi orang yang tak mengenalnya, biasa sahaja bagi dia sendiri. Sebelum pintu terbuka bagi diri, selama ini dia hanya dapat berbuat untuk badannya, bahagian dalam sahaja, secara aktif. Perkembangannya terbatas (dibatasi oleh bulu dan kulit). Alangkah baiknya setelah pintu terbuka, dia diberi kebebasan bergerak untuk dapat berbuat sebanyak mungkin bagi badannya luar dan dalam. Dia harus menyayangi badannya. Bukan seperti orang yang mahu menyayangi diri tetapi tidak dapat berbuat apa-apa terhadap dirinya. Sayangnya hanya di mulut sahaja.
233
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kelebihan manusia dari haiwan ialah akal. Dengan akal, manusia dapat mengetahui segala sesuatunya yang buruk, yang baik, yang boleh, yang tak boleh dan lain sebagainya. Dengan akal manusia dapat mengetahui akan keadaannya. Dia tahu bahawa padanya ada badan dan diri. Pernahkah orang memikirkan apa yang ada di dirinya sendiri? Apa yang ada pada badan? Sudah banyak orang mengetahui dan menyelidiknya. Memandang jangan terlampau jauh dan melihat jangan terlampau dekat. Terlampau jauh memandang akan menjauhkan perhatian. Terlampau dekat melihat akan tertumbuk pada badan. Tidak sia-sia Tuhan menciptakan kita sebagai manusia. Disempurnakan-Nya kejadian kita dengan mengurniakan pada kita ilmu-Nya. Dengan kurnia-Nya itu, maka jadilah kita menjadi manusia hidup. Ya, memang dia hidup lagi menjaga. Ilmu-Nya bagi kita manusia, hidup. Dan itulah modal dari Tuhan buat kita untuk hidup. Kenapa orang tidak dengan modal dari Tuhan itu melanjutkan kehidupannya? Dia mendatangkan daya-daya kehidupan bagi badanku. Daya-daya itu menimbulkan diriku yang penuh mengandung rahsia itu. Dan dirilah letaknya rahsia hidup yang sebenarnya. Orang yang telah dapat mengenal dan menemui dirinya sendiri dan telah banyak pula dapat mengetahui akan rahsianya, akan menjadikan dirinya itu menjadi ilmunya. Dan itulah pula dia Ilmu Ketuhanan yang telah ada pada kita. Dia hidup lagi terjaga. Pada umumnya, manusia terlampau percaya pada yang nyata (yang ada). Dia hidup dengan mengemukakan badannya, dengan tidak mengendahkan dirinya sedikit juga. Tidak terfikirkan olehnya keadaan dirinya sendiri. Aku dapat mengatakan diri itu terdiri dari titik-titik terang dan tiap-tiap titik sangat berguna dan bererti bagi kelancarannya jalan kehidupan kita manusia. Diri itu adalah perumpamaan sebatang pohon yang lebat buahnya. Buahnya tidak ke atas seperti buah mangga, rambutan dan lain-lain dan tidak pula ke bawah seperti ubi
Diriku Yang Kukenal

234

DR. BAGINDO MUCHTAR

kayu, kacang tanah dan lain-lainnya. Buahnya berada di dalam batangnya; dihitung tak terhitung, dimakan tak kunjung habis dan teruntuk untuk orang yang tahu dan yang dapat menemuinya dan dapat pula mempergunakannya. Banyak manfaatnya bagi badan sendiri dan amat berfaedah bagi orang lain. Orang hanya pandai berkata, diriku pandai berbuat. Perjalanan orang kosong, perjalananku berisi. Diri itu tidak berbicara. Bicaranya hanya gerak. Gerak-geri yang menentukan. Orang gelisah resah, diriku tenang tenteram. Hidupku teratur oleh kerana ada yang mengatur. Yang mengatur sentiasa berada di belakangku. Dia Si Pengembala. Aku anak gembala. Dia Si Musafir. Aku si pengembara. Dia bukanlah aku, akan tetapi aku adalah Dia kerana Dia yang menimbulkan aku. Dia cermin, aku adalah bayangan dari badanku sendiri. Bayangan itu ialah diriku. Timbulnya dari kaca dan bentuknya, bentuk orang yang berkata (hasil dari melihat diri di luar). Bagaimana bentuk diri di dalam? Aku yang berada di dalam, mengemukakan diriku untuk dapat dikenal orang. Banyak orang tak mahu mengenal dirinya sendiri, mempelajari apa yang ada di dirinya. Bagaimana orang akan dapat mengenal A-ku-nya, sedangkan dia sendiri belum dapat mengenal dirinya? Rahsia diri ialah rahsiaku. Orang yang hanya hidup dengan dirinya, pembawaannya seperti orang yang tak berakal. Orang yang tak tahu apa yang akan diperbuatnya, kelihatannya seperti orang kehilangan akal. Orang berbuat dan berlaku mengikut kehendaknya sahaja dengan tidak menghiraukan orang lain. Kelihatannya seperti orang nakal. Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya bagi seorang ialah tahu di diri dan berakal. Pengetahuan yang mendalam tentang keadaan diri sendiri dapat mendatangkan perubahan pada jalannya kehidupan orang sehari-hari, apalagi kalau dapat mempergunakan apa yang ada di diri itu. Sebatang pohon yang berbuah ke dalam, bukan di atas dan bukan pula di bawah, buahnya teruntuk bagi orang yang dapat
235
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mengetahui dan menemuinya. Buah yang berhikmat dan membawa berkat; mendatangkan manfaat bagi badan diri sendiri dan berfaedah untuk orang banyak. Bisa diangkat jadi senjata bagi badan dan amat berguna sekali untuk menolong sesama manusia. Diri yang dijadikan ilmu pengetahuan berlainan dengan diri yang terkandung di badan. Diri yang terkandung di dalam badan hanya aktif di dalam sahaja. Diri yang dijadikan ilmu pengetahuan, aktif luar dan dalam. Aku tak dapat berbuat apa-apa, tetapi orang boleh mencari Aku. Aku adalah seumpama cermin kaca dan untuk orang, Aku kemukakan diriku. Maka kalau orang mahu mencari Aku, kenalilah diriku lebih dahulu. Adalah diriku sebagai perantara untuk memperkenalkan Aku pada orang banyak. Dasarku dan dasar orang, lain. Orang dari tanah, Aku dari Sana. Orang akan dihantar kembali ke tanah, Aku akan dijemput untuk kembali ke HadiratNya. Aku tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan. Aku ada tetapi tiada. Keadaanku dalam tiada; ada dalam sebutan tak ada dalam kenyataan. Yang nyata, badanku. Yang tidak nyata, diriku. Yang tidak ada, Aku. Akan tetapi diriku timbul lantaran keadaanku. Kalau Aku tak ada maka yang nyata padaku tak ada erti dan diriku akan pergi. Kepergianku bererti kematian bagi yang tinggal. Itulah Aku, si musafir yang mengembara, sentiasa mengembara dan mengembara; mengembara di lautan kehidupan, suatu samudera hidup yang tak bertepi. Tadinya Aku, setahuku adalah setitis air dari gunung, mengalir dan mengalir terus. Dalam perjalanan, berkembang dan berkembang terus sampai menjadi sebuah sungai menuju muara untuk terus terjun ke lautan hidup yang maha luas. Aku pun juga seorang penggembala. Sewaktu-waktu diiringi pula ke kandang untuk pulang kembali ke tempatnya. Adakah pernah orang memikirkan akan si pengembala dengan gembalanya dan si musafir yang mengembara? Apa ada orang lain ada memikirkannya itu aku tak tahu, tetapi Aku dapat mengatakan bahawa adalah si pengembala dengan anak gembalanya dan si
Diriku Yang Kukenal

236

DR. BAGINDO MUCHTAR

musafir yang mengembara, Aku-lah orangnya. Apa ada orang lain yang berpendirian seperti Aku ini, tak tahulah Aku. Aku si musafir yang mengembara. Dalam perjalanan pengembaraanku sentiasa memberi dan mengisi, memberi seteguk air bagi orang kehausan, menunjukkan jalan bagi orang yang tersesat dan dalam pada itu menghalau gembalaanku ke padang rumput yang hijau untuk mendapat makanan yang lazat dan sewaktu-waktu menyeret kembali gembalaanku ke kandang sendiri. Dan seterusnya begitulah tugas yang kulakukan sebagai seorang musafir yang sentiasa mengembara, merangkap jadi seorang penggembala dengan gembalaanku. Aku tidak akan kehabisan tenaga dan daya dalam pengembaraanku kerana bagiku makanan mendatang ibarat pepatah, air hampir, makanan murah. Dan begitulah aku yang dengan caranya aku mengadakan pemecahan untuk mengenal diri, pemecahan yang menghasilkan pemisahan, penggalian-penggalianku yang terus-menerus untuk mendapatkan rahsia diri sampai dapat mengenal Aku yang sebenarnya, sehingga dapat Aku mengatakan, adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan merangkap menjadi seorang pengembala yang sentiasa hidup dengan gembalaannya. Rahsia diri ialah rahsiaku dan aku, aku sentiasa menggali terus rahsia yang tak habis-habisnya iaitu rahsia Yang Maha Besar. Dan di hadapanku terbentang luas suatu rahsia di balik rahsia yang terahsia. Yang aku perdapat hanya baru rahsia yang sedikit iaitu rahsia yang ada di dadaku: Mereka bertanya kepada engkau tentang Roh. Katakanlah, Roh itu sebagian dari urusan Tuhanku, kamu tiada diberi pengetahuan, melainkan sedikit.
(Al-Quran Surat al-Israak Ayat 85)

237

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

DIRIKU

Diri yang kulihat, berlainan dengan diri yang kuketahui. Diri yang kukenal dan temui, berlainan dengan diri yang kulihat dan kuketahui. Apa yang sebenarnya diri itu? Dan terdiri dari apa diri itu? Diri yang kulihat merupakan bentuk dari rupaku sendiri sebagai seorang manusia. Ini dapat kulihat melalui kaca (cermin). Diri yang kuketahui ialah bercahaya-cahaya, laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Dia adalah pelita. Pelita itu di dalam gelas, diminyaki dengan minyak kayu yang berkat, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Ini dapat kuketahui dengan petunjuk Quran, Surat an-Nur ayat 35. Diri yang kukenal ialah merupakan gambaran dari badanku sendiri dalam erti keseluruhannya. Kalau badan dinamakan orang jasmani, maka adalah diri yang telah kukenal itu ialah rohani. Badan, jasad, jisim atau jasmani, keadaannya nyata. Rohani keadaannya tidak nyata dan timbul dari adanya roh di dalam batang-tubuh kita. Dia adalah perumpamaan pelita. Pelita itu di dalam gelas, yang bercahaya-cahaya laksana bintang berkilaukilauan di langit. Dia adalah lampu kehidupan kita, nyawa kita. Dia adalah cahaya (Nur). Allah menunjuki orang yang dikehendaki239
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Nya kepada cahaya itu. Diri yang kutemui terdiri dari titik-titik terang (cahaya) iaitu hasil dari pemecahanku setelahnya aku dapat mengadakan pemisahan antara badan dan diri atau antara jasmani dan rohani. Diri yang kukenal melalui badanku, pada mulanya ialah kalau boleh dikatakan ialah merupakan pancaran yang memancar dari badan diriku. Ini dapat kutangkap dengan daya perasaan yang ada padaku. Pancaran yang mengandung daya-daya tenaga elektromagnetik. Perkembangan dari tenaga tersebut ialah tenaga-tenaga rohani yang berasal dari roh, yang keadaannya di dalam mendatangkan gerakan pada anggota dalam dari badan diri yang bertujuan menjamin kelancarannya jalan kehidupanku di dalam. Dengan perkataan lain, dia mengaliri seluruh badan diriku di dalam menurutkan jalan yang telah ada. Perjalanan yang dilakukannya di dalam itu yang dengan tidak pernah berhenti, adalah ibarat menghasta kain sarung; sampainya di situ ke di situ juga. Aliran tersebut akan tetap ada selagi Aku masih berada di dalamnya. Itulah dia aliran dari diriku, aliran yang hidup lagi berisi. Dan ibarat kaca, adalah diri itu timbulnya dari Aku (Si Kaca) dan keluar bentuknya bentuk rupa badanku. Dari hasil perjalanan yang telah diketahui itu, dapat aku mengatakan bahawa apa yang ada pada badanku ada pula di diriku. Dan bagi orang, dapat aku mengatakan bahawa adalah diriku itu gambaran dari badanku sendiri. Samakah aliran yang hidup di diriku dengan aliran yang hidup di badanku? Jawapnya ialah tidak kerana aliran yang hidup di badan berisikan zat-zat hidup yang berasal dari benda dan aliran yang hidup di diri berisikan zat-zat hidup yang berasalkan dari elektron-elektron hidup yang timbulnya dari nur atau cahaya, yang pada perumpamaan di atas disebut kaca dan pada kita manusia dinamakan roh. Masing-masing mengalir pada jalannya sendirisendiri di dalam badan diri kita, seirama, sejiwa, perumpamaannya ke luar seperti kabel elektrik dengan stroom. Aliran-aliran dari diri itu yang telah menjadi kenyataan dengan
Diriku Yang Kukenal

240

DR. BAGINDO MUCHTAR

jalan pemecahanku di atas dapat dinamakan aliran metafizika, iaitu aliran yang mengenai kebenaran yang tersembunyi; tidak dapat dilihat, diraba dan tidak nyata dan tak bersifat benda. Dia mendatangkan daya tenaga iaitu tenaga diri sendiri, tenaga rohani, dan lebih tepat kalau dinamakan tenaga ghaib. Orang yang telah dapat mengetahui, mempunyai dan menguasai tenaga ghaib, dimaksud dapat belajar sendiri pada tenaga-tenaga itu dengan mengadakan beberapa dan bermacam-macam percubaanpercubaan. Pengalaman-pengalaman yang banyak akan meningkatkan pengetahuan dan pengertian orang pada tenaga itu. Peningkatan pengertian tentang keadaannya tenaga ghaib tersebut dengan sendirinya akan merubah pandangan/pembawaan hidup seseorang untuk menuju kepada kesempurnaan dan kebahagiaan hidup, dunia dan akhirat. Pandangan yang pertama, ialah orang yang telah mempunyai tenaga ghaib tersebut: Dapat mempergunakan dengan kemahuan dan keyakinan yang teguh untuk mencapai sesuatu tujuan. Bisa dijadikan senjata untuk bertahan dan menyerang. Dapat dipergunakan untuk menolong sesama manusia dan badan sendiri, terutama di bidang pengubatan. Dapat menghubungi yang dikehendaki. Kenyataan pembawaannya terdiri hanya dari pergerakan, bukan perkataan. Ingatlah akan kisah perjalanan Nabi Musa menurutkan Nabi Khidir berjalan (Surat al-Kahfi). Nabi Musa menurutkan sahaja perjalanan Nabi Khidir. Apa yang diperbuatnya, yang dilakukannya, Nabi Musa boleh melihat sahaja dan tak boleh berbicara atau bertanya. Begitulah perumpamaannya kalau kita membawakan tenaga ghaib tersebut. Tiada kata, tiada suara. Yang perlu bagi kita ialah yang akan kita tangkap daya rasa (rasa yang terasa) dan padanyalah terletak rahsianya. Perumpamaan yang lain ialah; adalah tenaga ghaib itu ibarat
241
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

pada diri, siang namanya dan badan kita, malam. Siang bererti yang di dalam dan malam yang di luar atau dengan perkataan lain, terang dan gelap; terang yang di dalam dan gelap yang di luar. Orang yang telah mendapat tenaga ghaib itu, kalau mahu, mencuba menurutkan jalannya untuk mempelajarinya. Maka kalau dia mahu mengerti, maka perbuatannya itu ialah seperti bunyi ayat 27 dari surah Ali-Amran (Al-Quran) yang ertinya: Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)." Dan kalau orang mahu meneliti akan isi dari tenaga ghaib itu, maka orang akan dapat menemukan titik-titik di dalamnya yang dapat diumpamakan tiap-tiap titik itu adalah telur burung yang mati dan akan mengeluarkan anak burung kalau sudah besar. Dan tindak-laku perbuatan kita itu tak ubahnya seperti sambungan dari ayat 27 surah Ali-Amran itu iaitu: Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Telur mengeluarkan burung dan burung mengeluarkan telur, dan terusan dari ayat tersebut ialah: Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas). Puaskah orang dengan telah banyak dapat mengetahui dan mempergunakan daya-daya dari tenaga ghaib itu? Pengalamanpengalaman dan percubaan-percubaan yang banyak membuka dengan sendirinya akan rahsia yang terkandung dalam tenaga ghaib itu. Penelitian yang mendalam menentukan dan menunjukkan pada orang yang mahu menyelidikinya, bahawa adalah tenaga ghaib itu tenaga rohani atau tenaga diri. Dan penangkapan, cara membawakan dan mempergunakannya dengan dapat merasakan
Diriku Yang Kukenal

242

DR. BAGINDO MUCHTAR

perbezaan antara yang satu dengan yang lain, iaitu antara apa yang dinamakan tadinya tenaga ghaib dengan badan, maka dapatlah orang mengerti bahawa orang telah dapat menemui dirinya sendiri. Dan bahawa segala apa sahaja yang telah dilakukannya tadinya dengan tenaga ghaib itu adalah dirinya sendiri yang berbuat. Dan kalau orang telah dapat memahami akan dirinya itu, cubalah berdiri pada diri sendiri dengan erti yang sebenarnya. Kalau ini dapat dilakukan dan dibawakan, maka orang tidak berpendirian lagi pada orang lain, melainkan pada dirinya. Dengan perkataan lain, dirinya itulah yang dianggapnya orang (manusia). Dan dirinya itulah yang sentiasa yang akan dikemukakan. Dan dengan perubahan sikap itu, akan berubahlah pandangan hidup kita sebagai seorang manusia: Pandangan pertama; orang berpendirian pada badannya dengan mempergunakan tenaga ghaibnya itu sebagai kepandaian. Dan pada pandangan yang kedua; orang telah merubah pandangan hidupnya yang pertama kepada berdirikan pada diri sendiri, dengan anggapan diri itulah yang dia. Berdiri di diri sendiri dengan pengertian dan tangkapan diri itulah yang kita. Orang dapat belajar untuk berdiri di diri sendiri dengan pengertian diri itulah yang dijadikan orang. Caranya ialah: Dengan menurutkan jalannya tenaga ghaib itu; dibiarkan berkembang bebas sendiri dengan tidak diikut-sertakan tenaga lahir kita. Membiarkan dan menurutkan diri berkembang sendiri bererti pula diri membebaskan badannya dari halangan dan rintangan yang menekannya selama ini, di mana keluhan dan rintihan tidak akan ada lagi. Keluhan dan rintihan disebab-keranakan perbuatan badan sendiri (orang yang pertama) yang banyak punya keinginan
243
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

dan sedikit punya kemampuan. Berdiri di diri sendiri dan ke luar sebagai orang bererti pula kita telah dapat menembus alam sendiri (badan) untuk dapat berhubung dengan alam-alam lain; alam di luar alam kita sendiri. Kalau tadinya orang berada di alam kebendaan (alam nyata), maka dengan berdiri di diri sendiri orang berada di alam kebatinan (alam tidak nyata) atau alam rohani. Alam tersebut berisikan dayadaya rasa dan tak salahlah pula rasanya kalau dinamakan alam tersebut alam perasaan. Berdiri di diri sendiri bererti orang tengah berada di dalam badannya. Alam diri ialah alam rohani (tidak nyata) dan bentuknya ialah merupakan gambaran dari badan kasar sendiri kerana beradanya di dalam jasmani. Pada pandangan pertama, orang berpendirian pada badannya yang kasar dan dalam segala hal keperluan dan urusan, bertitiktolak dari keadaan yang nyata, menuju kepada kenyataan yang dikehendakinya. Orang dapat mengetahui dan mengerti akan adanya yang ghaib, akan tetapi belum dapat memahaminya kerana alam fikirannya belum ditunjukkannya kepada kenyataan adanya yang ghaib itu. Bukankah tadinya apa yang ada timbulnya atau terbitnya dari tidak ada? Maka adalah yang telah diadakan itu terdiri dari: Ada tidak ada dan Yang Mengadakan. Dan bagi kita manusia ialah terdiri dari Yang Mengadakan itu: A-ku yang tidak ada (ghaib), diriku dan yang ada ialah badanku. Maka adalah Yang Mengadakan segala-galanya itu yang ada iaitu Yang Maha Besar. Dengan keadaan-Nya, Yang Maha Besar menjadikan kita menjadi manusia. Dengan keterangan di atas maka dapatlah orang kesimpulan bahawa kita manusia ini terdiri dari keadaan dan kejadian. Keadaan dan kejadian harus sejalan; satu sama lain tak dapat dipisahkan. Semua kejadian dijadikan dari yang telah diadakan. Maka adalah yang ada di dalam kejadian,
Diriku Yang Kukenal

244

DR. BAGINDO MUCHTAR

jadilah pemecahanku dalam hal ini menjadi dua keadaan: Keadaan pertama telah terjadi iaitu badan (nyata) Dan keadaan kedua iaitu ada yang keadaannya berada di dalam kenyataan dan menghasilkan yang tidak nyata. Oleh kerana tempatnya di dalam atau di balik yang nyata, maka adalah bentuknya menurut bentukku yang nyata. Maka adalah bagiku, yang telah terjadi itu badanku dengan segala kenyataannya yang ada. Dan yang berada di dalam badan nyata itu ialah diriku hasil dari yang ada di dalamnya. Beradanya di balik kenyataan, dan oleh kerana itu maka adanya tidak nyata. Dan itulah dia diriku yang timbulnya dari yang ada. Dan yang ada itulah A-ku yang berawal dan berakhir, berpermulaan dan berkesudahan yang terpancar ke dalam dunia; ada dalam sebutan tiada dalam kenyataan. Yang ada tetapi tiada itu hidup dan memberi daya kehidupan pada anggota badan diri. Dia mendatangkan aliran; aliran yang berisi, berisikan daya hidup mengalir menurut jalan yang telah tersedia baginya dalam kejadiannya. Dan kesudahan perjalanan yang berisi itu menimbulkan diriku yang gambarannya merupakan bentuk dari badanku sendiri. Dan itulah dia diriku yang padanya ada jalan sendiri di dalam; jalan yang berisi dan bertujuan menjamin kehidupanku hidup di dalam alam nyata, yang dinamakan orang dunia. Dengan huraian di atas, apa tidak lebih baik orang memulai memahami hidup atau mulai menjalankan kehidupan di luar dengan jalan diri sendiri itu? Untuk itu, orang harus dapat menemui jalan yang dimaksud dan berjalan pada jalannya. Pandai-pandailah membawakan diri, kata orang tahu. Kalau seseorang dapat menemui jalan itu dan berjalan pada jalannya, kiranya dapatlah dinamakan orang tersebut telah pandai membawakan diri. Tujuan dari perkataan pandai-pandai membawakan diri ialah supaya orang selamat, bukan? Cubalah
245
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

bayangkan kalau diketahui bahawa diri itu di dalam berjalan pada jalannya, yang bertujuan menjamin kelancarannya kehidupan kita. Dan dengan berjalan pada jalannya, orang menjalani lautan kehidupan yang maha luas ini. Tidakkah berkemungkinan pula orang akan selamat menempuh kehidupan di luar badan diri? Dengan menurutkan jalan diri sendiri itu: Orang akan dapat belajar memahami hidup yang sebenarnya. Dan kalau mahu, orang dapat banyak belajar pada diri itu. Belajar pada diri sendiri itu dengan mempelajari diri sendiri sampai dapat mengetahui hakikat diri yang sebenarnya. Orang dapat mempelajari diri sendiri setelah dapat menemui jalannya. Dengan berjalan pada jalannya yang bererti menurutkan jalan yang telah ditemui itu, orang harus memerhatikan akan isi dari jalan yang dilaluinya itu, bukan hanya memandang sahaja kepada apa yang telah berlaku atau terjadi di dalam perjalanan, kerana di isi itulah terletak segala rahsianya. Nabi Musa dengan petunjuk Tuhan berjalan menuju suatu tempat untuk menemui seorang hamba-Nya bernama Khidir, dapat ditemuinya di pertemuan permukaan dua laut. Setelah dapat menemuinya Khidir, Nabi Musa belajar ilmu pengetahuan padanya dengan menurutkan jalannya. Nabi Musa dalam perjalanan bersama itu melihat kepada apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir dengan mempergunakan pertimbangan akalnya, sedangkan Nabi Khidir memperbuat segala sesuatunya itu dengan ilmu pengetahuannya dan dengan ada tujuannya. Segala tindak-laku perbuatan Nabi Khidir itu selama jalan bersama dengan Nabi Musa, Nabi Musa menerimanya dengan suatu perbuatan tidak baik
Diriku Yang Kukenal

246

DR. BAGINDO MUCHTAR

atau suatu tindakan tidak wajar, sedangkan Nabi Khidir melakukan segala sesuatunya dengan ilmu pengetahuan yang diajarkan Tuhan padanya. Belakangan, setelah Nabi Khidir menerangkan akan segala sebab-musabab yang telah diperbuatnya itu, maka insaflah dia akan kekurangannya, yang mengatakan pada orang-orang di zamannya, di waktu itu adalah dia satu-satunya orang yang segala tahu. (al-Quran Surat al-Khafi). Begitulah aku sebagai seorang manusia terlahir, dengan menarik pelajaran pada perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khidir itu, aku dapat menemui diriku sendiri pada pertemuan kiri dan kanan dan dalam praktik untuk sesuatu dengan sesuatu, aku mengadakan perjalanan seperti perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir itu. Dan sebagai seorang manusia, aku banyak dapat pelajaran dari perjalanan diriku sendiri. Adalah aku dengan diriku ibarat sebatang pohon lagi tunggal bercabang dua; terdiri dari kiri dan kanan. Tiap-tiap cabang mempunyai lima ranting. Buahnya lebat, banyaknya tak terhitung semenjak dari batang sampai ke cabang dan sampai ke ranting. Buahnya tidak keluar seperti buah mangga dan tidak di bawah seperti kacang tanah, melainkan di dalam ranting. Memberi manfaat bagi orang yang mengetahuinya dan berfaedah bagi orang yang dapat menemui dan memetiknya kerana adalah buahnya itu serba guna. Untuk itu orang harus serba tahu dan serba bisa (bisa mempergunakannya). Orang harus mengorek dirinya sedalam mungkin sehingga banyak dapat diketahuinya tentang keadaan dirinya, kesanggupannya dan kemampuannya. Orang, selain dapat mengetahui keadaan badannya serta alat perlengkapannya, harus dapat pula hendaknya mengetahui keadaan dirinya dengan rahsia yang terkandung di dalamnya untuk diambil manfaatnya bagi badan diri sendiri, dan dipergunakan faedahnya untuk orang banyak. Penelitian dan pengalaman menunjukkan, bahawa adalah diri itu terdiri dari zat serba zat, hidup lagi berisi atau dalam bahasa lain terdiri dari elektron-elektron hidup. Dan
247
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

itulah dia buah dari pohon tunggal yang dihuraikan sebagai perumpamaan tersebut di atas. Dan itulah pula dia yang hidup yang akan didatangkan dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Seumpama telur dengan burung, burung mendatangkan telur dan telur mendatangkan burung. Dan tindak-laku perbuatan dengan berjalan menuruti jalan yang telah ditemui bererti pula orang telah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Dalam pengertian ini ialah siang bererti diri dan malam adalah badan. Orang yang telah dapat menemui dirinya dengan jalannya, hendaklah merubah pandangan hidupnya. Kalau tadinya dalam tangkapannya badannya yang dikemukakannya, maka semenjak telah dapat menemui diri itu, dirilah yang harus dikemukakan. Dengan pandainya orang membawakan diri dengan mengemukakannya pada jalannya, maka pandangan yang pertama telah meningkat kepada yang kedua iaitu kepada pandangan yang agak mendalam. Dengan pembawaan itu orang telah dapat berdiri pada diri sendiri, dengan pengertian yang meningkat pula. Orang telah dapat mengetahui bahawa segala tindak-laku perbuatannya, dirinyalah yang berbuat. Dan terhadap orang luar, dirinya itu terahsia dan menjadi ilmu pengetahuannya. Orang dengan pembawaan dirinya yang terahsia itu dapat mengadakan percubaan-percubaan untuk dapat mengetahui lebih mendalam akan rahsia-rahsia yang terkandung di dalamnya. Untuk ini orang harus berani mengemukakan dirinya, merubah pandangan biasanya dari keadaan yang nyata kepada keadaan yang tidak nyata, iaitu kepada rasa yang terasa sebagai gantinya dan menurutkannya sampai dapat mengerti padanya. Perumpamaan keadaannya adalah seolah-olah orang menunggang kuda baru, dengan daya dan akalnya supaya dia dapat mengerti pada kuda, dapat mengerti pula padanya sehingga akhirnya dia dapat menguasai kuda baru tersebut, dan dapat dipergunakannya untuk pencapai tujuannya. Kalau dikehendakinya, kuda tersebut akan berhenti berjalan dan sewaktu-waktu turun dari kenderaannya dan memasukkannya
Diriku Yang Kukenal

248

DR. BAGINDO MUCHTAR

kembali ke kandang. Akan tetapi, diri itu bukanlah kuda kerana peningkatan pengertian kita padanya akan mengumpamakannya pula laksana burung kerana dia bersayap kiri dan kanan. Burung yang bertuah, berhikmah dan mendatangkan berkat. Baginya air hampir makanan murah. Sungguhpun begitu, aku bukan pula burung, melainkan aku adalah pelita dalam rumahku sendiri. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu bercahaya-cahaya laksana bintang berkilau-kilauan di langit (Surat an-Nur ayat 35). Maka adalah aku pelita; pelita yang bercahaya-cahaya. Cahaya yang menimbulkan diriku; diri yang berdiri dengan sendirinya di dalam badanku. Aku adalah hidup dan badanku sebenarnya mati, dan diriku adalah yang tiada hidup dan tiada pula mati bagi orang. Diriku akan hidup kalau orang berdirikan ke diriku kerana aku ada di dalamnya dan diriku akan mati kalau orang berpendirian di badannya. Selagi A-ku masih berada dalam rumahku dan berdiam di tempatku, hidup matinya diriku bergantung kepada penilaian dan pendirian orangnya. Kalau orang berpendirian pada badannya, maka adalah diri itu baginya mati, dengan pengertian diri itu tak dapat berbuat apa terhadapnya dan adalah diri itu peribadinya. Bagi orang yang berpendirian seperti itu, maka adalah peribadinya itu ibarat lembaran kertas yang tadinya putih bersih, bertuliskan tulisan amal perbuatannya yang buruk dan yang baik. Untuk diketahuinya, maka adalah peribadinya itu putih bersih dasarnya dan kalau kejadian (terjadi), kotor maka adalah orangnya sendiri yang mengotorinya dengan tindak-laku perbuatannya yang tidak baik. Bagi A-ku sendiri, adalah diriku itu gambar lengkap dari badanku sendiri. Aku menganggap orang yang berpendirian di badannya, orang mati atau orang yang bakal mati. Dan orang yang berpendirian orang hidup yang tidak akan mati-mati kerana adalah dia itu terdiri dari cahaya dan cahaya melulu dan akan kembali atau diterima kembali serta bergabung dengan Cahaya Yang Maha Besar. Dasarnya cahaya. Kalaunya cahaya dia berbuat dan
249
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

bertindak dengan cahaya, pancarannya bercahaya kerana memang dasarnya dari cahaya. Semakin banyak dia berbuat dan berlaku (melakukan), akan semakin bercahayalah dia. Dari cahaya ke cahaya. Kalau orang yang berpendirian di badan, badannya sendiri, dan kalau orang yang berdiri di dirinya ialah dirinya sendiri. Orang yang berdiri di dirinya harus berhubung dengan dunia kerana untuk keperluan badannya yang kasar. A-ku adalah orangnya yang mendatangkan cahaya di dalam badanku sendiri. Aku si terang dan badanku si gelap dan cahayaku menimbulkan diriku. Orang yang berpendirian pada badannya harus mencukupkan kejadiannya dengan A-ku-nya. Orang yang telah tahu di A-ku-nya harus pula di dirinya kerana A-ku dan diri itu sejalan. A-ku berada di dalam diri dan diri berada di dalam badan. Orang yang berpendirian pada badan (dalam pemecahanku ini aku namakan orang luar) harus memikirkan bagaimana dia akan dapat menemui dirinya sendiri. Untuk ini, orang harus menujukan gerak jalan pemikirannya kepada yang ditujunya sampai orang dapat merasakan akan keadaannya. Dapat merasakan kami katakan, kerana keadaannya diri yang berada di dalam badan itu tidak nyata. Rasa yang terasa itu harus mendapat perhatian khusus dan dipelajari dengan saksama, sampai orang dapat menyatakan dengan perasaan pula akan keadaannya. Dan selanjutnya, setelah orang dapat memahami akan hakikat diri yang sebenarnya, maka orang harus merubah cara berfikirnya terhadap diri itu. Kalau tadinya orang mempelajarinya, maka dengan telah dapat menemuinya, orang harus belajar padanya. Orang yang telah meningkat pengertian dan pengetahuannya tentang keadaan dirinya dan telah banyak pula dapat belajar dari dirinya sendiri, akan berubah pandangan hidupnya dari yang berpendirian pada badannya kepada berdiri ke diri sendiri atau dengan perkataan lain dari jadi orang luar menjadi orang dalam. Apa perbezaan orang luar dengan orang dalam? Bagi orang luar,
Diriku Yang Kukenal

250

DR. BAGINDO MUCHTAR

segala sesuatunya terahsia dan segala rahsia letaknya di luar dari badannya, dan untuk mendapatkannya dia harus mencarinya lebih dahulu untuk seterusnya memecahkannya. Bagi orang dalam, rahsia terkandung padanya. Maka dengan kewajipannya memecahkan rahsia yang dikandungnya sampai melahirkannya. Bonda yang tadinya mengandung dan menanggung aku, setelah melahirkan aku menjadi kenyataan, menjadikan aku mengandung dan menanggung pula. Berlainan kandungan dan berlainan pula penanggungan. Maka adalah kewajipanku untuk melahirkan yang terkandung dalam diriku itu. Orang yang dapat melahirkan kandungannya sendiri itu akan dapat pula mengetahui akan rahsia dirinya. Dan dengan ini kuanjurkan pada orang banyak, lahirlah untuk kedua kalinya supaya bebas dari penanggungan. Tiap-tiap melahirkan bererti orang membebaskan diri dari penanggungan. Manusia, selagi masih hidup di dunia, akan sentiasa mengandung dan menanggung. Maka adalah menjadi kewajipannya akan melahirkan tiap-tiap yang dikandung itu supaya jangan selamanya dia menanggung. Pengandungan yang berlarut-larut akan memberatkan beban pengandungan dan akibatnya badan diri sendiri yang merasakannya. Pengandungan yang sebaik-baiknya ialah sebisa-bisanya (seboleh-bolehnya) orangnya sendiri yang melahirkan. Hendaknya jangan melalui orang lain. Kalau dapat dan bisa kejadian (terjadi) bererti orang tersebut sudah bisa berdiri sendiri. Pengandungan dan penanggungan yang berlarut-larut, yang mana badan sendiri tak sanggup lagi bertahan. Sudah pada tempatnya dan waktunya orang dengan tak usah malu-malu, untuk mendatangi orang lain buat meminta pertolongan melahirkan kendungannya yang berat itu, sekurang-kurangnya meringankan penderitaannya. Sekali dapat melahirkan, maka untuk seterusnya orang akan pandai melahirkan tiap-tiap kandungannya. Untuk bisa melahirkan kandungan yang pertama itu, kalau mahu, orang dapat
251
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mempelajarinya pada ahlinya. Melahirkan kandungan bererti mengeluarkan yang terkandung di dalam badan diri; mengeluarkan kandungan melalui saluran-saluran tertentu dan bukan melalui pintu-pintu yang telah ada yang jumlahnya sembilan (9) banyaknya. Kandungan yang dimaksud bukanlah seperti seorang ibu mengandung, melainkan terdiri dari segala macam keinginan, kemahuan, angan-angan atau cita-cita, kepiluan dan lain sebagainya yang tidak berupa kenyataan. Semua kandungan yang tidak nyata itu dapat dinyatakan dengan daya rasa perasaan kerana rasalah yang dapat menangkapnya. Segala rasa yang terasa itu harus disalurkan menurut saluran tertentu sampai dapat orang merasakannya secara kenyataan (positif). Dari rasa kepada rasa yang terasa iaitu rasa yang terkandung di dalam, desakan keluar sampai terasa. Dari kandung ke mengandung, sampai menanggung yang mengandung; menanggung yang dikandung. Supaya jangan menanggung, maka yang mengandung harus melahirkan yang dikandung. Pengandungan yang nyata melahirkan yang nyata. Pengandungan rasa harus dilahirkan dengan rasa sampai terasa. Untuk itu, orang harus melakukannya dengan diri sendiri dan hasilnya untuk badan diri sendiri. Maka adalah penanggungan yang mengandung selagi seseorang masih manusia hidup, namanya tak akan putus-putus mengandung. Dan biasa dan pandai melahirkan tiap-tiap kandungan, tidak akan berat rasanya penanggungan. Tiga orang bersaudara lahirnya satu, namanya manusia. Kandung, mengandung dan menanggung. Yang menanggung, saya, yang mengandung, Aku dan yang dikandung, hamba. Untuk menghilangkan penanggungan saya, maka Aku harus melahirkan kandunganku iaitu hamba yang setahuku semenjak dari dalam menjalankan tugas hidup terhadap badan diriku. Hambaku berlainan dengan hamba orang. Hambaku tidak akan menghamba kepada orang lain, kecuali kepadaku sendiri.
Diriku Yang Kukenal

252

DR. BAGINDO MUCHTAR

Orang luar kiranya dapat mengerti akan tujuan memakai perkataan Saya, Aku dan Hamba. Aku mengiaskan padanya dengan istilah tiga orang bersaudara dalam pemecahanku: Orang yang pertama ialah orang yang berpendirian di badannya; Kedua orang yang berdiri di dirinya sendiri; dan Ketiga ialah seorang hamba yang sentiasa melakukan tugas dengan tidak henti-hentinya. Ketiga-tiganya yang tersebut di atas ada pada manusia. Apa dia orang pertama pada pendiriannya, orang yang kedua atau yang ketiga itu terserah kepada orangnya yang akan membawakannya. Hanya pengertian yang mendalam yang akan menentukan siapa dia orang yang sebenarnya. Aku mengenal dunia setelah aku dilahirkan oleh ibu kandungku yang mengandungku selama sembilan bulan sepuluh hari. Suka dan duka telah kulalui menurut ketentuan-ketentuan yang telah berlaku. Ini orang luar dapat mengetahui dengan membaca-baca karya-karyaku yang terdahulu dari ini. Renungan dan fikiran, ingatan kepada masa yang lampau, pelajaran-pelajaran yang diperdapat dari pengalaman, belajar kembali kepada kehidupan yang telah dijalankan, kenangan kepada masa yang sudah-sudah, belajar kepada kitab, kepada al-Quran, kepada orang-orang besar melalui buku-bukunya, mendatangi orang-orang yang tertentu untuk banding-membanding dalam pendirian dan pembawaan menyebabkan aku merenung ke dalam, bertafakur mengenangkan keadaan diri sendiri, mencari pegangan hidup yang benar; suatu pegangan untuk hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang. Pengalaman dan menarik pelajaran dari jalan kehidupan yang telah lalu menimbulkan keinginan untuk memperbaharui hidup yang akan dijalankan, merubah pandangan hidup. Keinginanku yang hidup hendak hidup. Untuk hidup
253
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

mendorong aku mencari yang hidup, yang sebenarnya hidup. Keinginanku yang hidup ialah menuju kepada kehidupan yang murni sampai kepada kehidupan yang kekal abadi, mulia. Begitulah aku yang tadinya pandangan hidup berdasarkan kepada yang nyata, berubahnya kepada diri sendiri yang beradanya di balik kenyataan. Keinginan yang besar itulah yang mendorong aku mencari diri sendiri sampai dapat menemuinya, mengetahui rahsia yang terkandung di dalamnya untuk kujadikan rahsiaku pula. Dan dalam segala hal, dirikulah yang kukemukakan dengan segala rahsianya. Maka lahirlah pemecahanku berdasarkan jalanku sendiri yang dapat diketahui dengan membaca karya-karya yang sudah-sudah. Suatu pemecahan yang menghasil pemisahan, antara Aku, Badan dan Diriku. Aku adalah raja pada kerajaanku sendiri. Kerajaan kecil di bawah naungan dan lindungan kerajaan Yang Maha Besar. Bila kerajaanku didirikan, aku tak tahu. Setahuku, Aku adalah raja di dalam badan diriku sendiri; raja yang bersemayam di takhta kerajaannya dengan hamba sahayanya (rakyatnya) yang hidup rukun dan damai, dengan peraturan-peraturan yang tertentu yang akan dipatuhi dan diturutinya. Aku adalah raja yang menerima warisan turun-temurun, semenjak dari nenek-moyangku dahulu. Kerajaan yang berasal dari tanah yang mengandung api, air dan angin. Aku dapat mengenal suatu kerajaan yang aman dan damai yang pemerintahannya berjalan dengan sangat teratur, alatalatnya bekerja serba automatik. Penduduknya tinggi tidak, pendek pun tidak, gemuk tidak, kurus pun tidak; bentuk serupa, hidup rukun dan damai, tahu di peraturan dan mematuhi segala peraturan yang telah ada. Seluruh kegiatan hidup dan kehidupan di sana bergantung kepada raja; raja yang adil lagi bijaksana. Di sana tidak ada penggantian siang dan malam. Penduduknya tak pernah tidur dan selalu bekerja dan bekerja dengan tak henti-hentinya. Bicara bagi mereka itu tak ada. Bicaranya hanya kerja dan bekerja. Makanan bagi mereka mendatang. Mereka itu sangat patuh kepada
Diriku Yang Kukenal

254

DR. BAGINDO MUCHTAR

rajanya dan bila rajanya mangkat, maka hancurlah seluruh kerajaannya itu. Suatu kerajaan yang hidupnya bergantung kepada rajanya. Suatu pemerintahan yang belum ada saya melihatnya di lain bahagian dunia. Di luar dari kerajaan yang kukenal itu, aku dapat melihat banyak pula kerajaan-kerajaan kecil yang tak terhitung banyaknya, akan tetapi rakyatnya sentiasa memberontak berdemonstrasi disebab-keranakan rajanya tak pandai memerintahnya. Raja yang lupa kepada dirinya, raja yang tak tahu dirinya raja yang sematamata menurutkan hawa nafsunya, raja yang tak mahu mengetahui keadaan rakyatnya. Dan tak kurang pula saya dapat melihat si raja yang terjajah, dijajah oleh raja yang tak patut disembahnya. Dan banyak pula aku melihat raja yang telah jauh tersesat berjalan, sehingga hamba sahayanya menderita oleh kerana perbuatannya. Dan amat banyak pula saya melihat kerajaan-kerajaan yang sakit, kerajaan-kerajaan yang tertindas, kerajaan yang masih tidur, kerajaan yang mati yang mana kesemuanya itu menunggu dan mengharapkan kedatangan seorang raja yang besar lagi adil lagi bijaksana, untuk membebaskan hamba rakyat yang menderita, menyembuh yang sakit dan mendudukkan kembali rajanya kepada kerajaan yang benar, kerajaan yang dapat dan sanggup berdiri sendiri pada jalan kebenaran, kerajaan yang hidup bermandikan cahaya. Suatu kehidupan yang gilang-gemilang. Sebaliknya Aku dapat pula mengenal dan mengetahui suatu kerajaan yang terdiri melulu dari cahaya dan cahaya. Dasarnya cahaya, sungainya cahaya, airnya cahaya makhluknya cahaya, makanannya cahaya, jalannya cahaya dan timbulnya dari cahaya. Pemerintahannya berjalan dengan cahaya, sehingga kejadiannya pun cahaya. Suatu kerajaan cahaya yang tak dapat diraba dan dirasa, kecuali kalau tiada raja sendiri yang merasanya. Suatu kerajaan bayangan di balik kenyataan. Kerajaanku berdiri di antara kerajaan-kerajaan kecil yang banyak. Dan Aku mengatakan, kerajaanku berdiri di bawah naungan dan lindungan Kerajaan Yang
255
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Maha Besar. Kerajaanku berdiri sendiri, bebas, tidak terjajah. Kalau dahulu, sewaktu Aku belum dapat mengenal dan menemui diriku, perasaanku selalu tertekan tertindas, walaupun tidak ada yang menekan dan menindas Aku. Kebebasan tak pernah kuperdapat, walaupun tidak ada yang mengurung Aku. Aku terkurung dan terkongkong, lapangan bergerak bagiku terbatas. Sejauh-jauh Aku berjalan, sampainya di situ ke di situ juga. Hubunganku dengan Raja dari segala raja, Raja Maha Diraja terputus. Yang memutuskan adalah duniaku (dunia nyata). Untuk dapat berhubung kembali dengan Yang Maha Besar, Aku harus dapat menembus alamku sendiri. Menembus alam sendiri bererti membuka tabir yang mendindingiku dengan Tuhan-ku. Bila jalan keluar bagiku telah terbuka, Aku akan bebas bergerak menuju kepada yang tak dapat dicapai selama ini. Seluruh kegiatan hidupku akan kulakukan dan bawakan dengan menurutkan jalan yang telah ada padaku semenjak Aku berada di dalam badan diriku sendiri, suatu jalan yang berisi. Dan terdiri dari pergerakan-pergerakan yang dinamakan orang Gerak Allah semata-mata. Dengan jalan yang ada padaku itu, Aku dapat membebaskan diri orang yang terjajah, yang menderita dan dapat pula menaklukkan kerajaan-kerajaan kecil yang lain yang banyak berada di sekelilingku. Tetapi Aku bukan si penjajah, bukan kapitalis dan bukan pula imperialis kerana Aku telah merana dan menderita akibat penjajahan. Aku dapat merasakan betapa sakitnya terjajah. Sebagaimana tadinya Aku ingin kebebasan, maka setelah dapat membebaskan diriku dengan jalanku sendiri, Aku ingin pula hendak membebaskan orang lain dan menunjukkan garis hidup yang akan ditempuh untuk kebahagiaan badan dirinya sendiri. Membebaskan orang bagiku sama juga ertinya dengan melahirkan kandungannya dan membawa serta menunjukkannya kepada jalan yang benar, yang kunamakan jalan hidup, bukan jalan mati. Jalan yang berdiri sendiri bagi orangnya, jalan hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang. Jalanku itu ialah jalan yang tak
Diriku Yang Kukenal

256

DR. BAGINDO MUCHTAR

nampak kalau dilihat, akan tetapi dapat dirasakan kalau mahu merasakannya. Dan di rasa itulah letaknya dan tempatnya segala rahsia diri (rahsia hidup.) Orang yang telah dapat menemuinya akan berjalan dengannya pada jalannya. Itulah dia jalan kehidupan yang kekal dan abadi, jalan pulang dan jalan kembali, jalan hidup dan kehidupan orang semenjak dari dalam badan dirinya. Orang harus mempelajarinya, keadaannya, kesanggupan dan kemampuannya dan seterusnya belajar padanya. Bertambah dalam pengertian orang padanya akan bertambah kenyataannya. Nyata pada rasa dan cahaya pada orangnya. Pengenalan padanya yang lebih meningkat dan mendalam akan merubah pandangan dan pendirian terhadapnya. Pandangan dan pendirian yang tadinya tenaga yang ada padanya dapat dipergunakan sebagai alat bagi orang, maka akan berubahlah menjadi Dia-lah yang orang dalam pendirian dan apa yang dinamakan badan akan menjadi alat baginya. Kalau ini sampai kejadian orang membawakannya, maka bagi orang tersebut sudah ada dua jalan. Pertama; jalan orang luar, dan kedua; jalan orang dalam atau jalan diri. Ingatlah akan bunyi ayat: Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup Dengan berjalan bersamanya, berjalan pada jalannya, ingatlah akan perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir dalam Surat al-Kahfi. Orang harus mengetahui akan keadaannya lebih dahulu sebelum melangkah keluar untuk keperluan sesuatu. Mengetahui keadaan dimaksud mengetahui apa yang ada pada kita. Bagiku ialah apa yang ada padaku; rumahku dengan berisikan alat perabut rumahtangga selengkapnya dengan susunan yang teratur rapi dan menjadi kewajipanku untuk memelihara dan menjaganya. Aku
257
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

adalah raja dalam rumahku sendiri. Tiap minit, tiap detik hamba rakyatku berbaris dengan tidak henti-hentinya siang dan malam. Pemerintahanku berjalan serba automatik. Amat sayang sekali orang salah memahami Aku. Orang memandang rumahnya, bukan aku yang berada di dalamnya. Dari itu makanya banyak orang tak dapat mengenal Aku yang sebenarnya. Sebagai seorang manusia, Aku menjalani kehidupanku dengan jalanku sendiri. Aku memperbaiki keadaanku dengan jalanku. Dan tak kurang pula sudah banyak orang yang kubawa pada jalanku. Dan sudah ada pula orang yang berjalan dengan jalanku. Dan banyak pula yang ingin hendak mengetahui jalanku. Kalau orang mahu tahu, Aku duduk di tempatku, di pertemuan kiri dan kanan. Di kiriku ada orang, di kananku ada orang, di hadapanku pun ada orang. Di luarku banyak sekali orang. Tempatku ialah di tengah, di balik dari di balik atau di dalam yang di dalam; suatu tempat yang aman damai, tenang tak terhingga, kira-kira mana empedu orang berada. Di belakangku tidak ada orang, tak ada apa-apa dan oleh kerananya aku tak usah memandang ke belakang lagi. Penglihatanku kutujukan ke muka, ke samping kiri dan kanan. Perjalananku tak kenal akan mundur atau surut ke belakang. Walaupun kenyataannya sejauh-jauh aku berjalan, sampainya aku atau beradanya aku di tempatku jua. Kehidupan gilang-gemilang bermandikan cahaya dan memang cahaya itulah A-ku. Cahaya berdamping sesama cahaya. Perjalananku menurun dan mendaki, berkiri dan berkanan dan kesemuanya itu kulakukan untuk kebaikan dan membaikkan keadaan; keadaanku sendiri dan keadaan orang lain dan yang berada di luar keadaanku. Suatu perjalanan yang kunamakan bagi orang yang melakukan dan membawakannya perjalanan dunia dan akhirat suatu perjalanan dari nyata ke tidak nyata, dari zahir dan batin, dari ada ke tidak ada dan sebaliknya dari ada ke tidak ada, mengadakan yang akan diadakan, menurutkan secara keadaan yang ada. Jalan yang tadinya bagiku terbatas, semenjak diriku telah
Diriku Yang Kukenal

258

DR. BAGINDO MUCHTAR

bebas, telah dapat melakukan jalan jangka panjang dan jauh; jalan keluar dari alamku sendiri dan dapat menembus alam lain untuk keperluan sesuatu. Dengan sesuatu, untuk keperluan sesuatu, menuju ke sesuatu. Banyak jalan untuk mencapai bahagia. Akan tetapi untuk itu aku mempunyai jalan sendiri. Jalanku hidup lagi berisi. Orang yang berjalan pada jalanku (orang yang menurutkan jalanku dalam perjalanan menuju sesuatu, untuk sesuatu), sebaiknya menyebut nama Allah sebanyak mungkin, sampai pada perhentian perjalanan. Isilah badan dirimu dengan apa yang ada padamu dengan mempergunakan jalanku, dengan menyebut nama Allah. Dengan jalan bertingkat, sambung-menyambung iaitu dari luar ke dalam; tingkat pertama badan (jasad), kedua otak, ketiga empedu, keempat limpa, kelima rabu (paru-paru), keenam hati, dan ketujuh jantung. Dan dari dalam ke luar; dari jantung ke hati, dari hati ke rabu, dari rabu ke limpa, dari limpa ke empedu, dari empedu ke otak dan dari otak ke seluruh badan. Selagi orang berjalan bersama Aku, Aku sentiasa mendampinginya. Akan tetapi di waktu orang berjalan pada jalannya sendiri, Aku berjalan pada jalanku pula. Kalau ada orang mengingat Aku, Aku akan mengingatnya pula. Orang berdoa, Aku berdoa pula. Orang berdoa dengan menyatakan (melafazkan) doanya, Aku berdoa beserta orang dalam hati. Alangkah baiknya jika orang berdoa berserta Aku. Aku maksud berdoa dengan jalanku. Doa dari mu, perkenan dari-Ku, kata Tuhan. Segala perbuatan orang akan berkesan padaku. Dan segala perbuatanku akan berkesan pada orang. Aku-lah nanti yang akan menghadap Tuhanku. Aku-lah yang akan kembali ke haribaan-Nya (hadirat). Aku-lah yang akan kembali ke Pangkuan-Nya, ke Hadirat-Nya. Aku dengan wajahku (Aku sebagai seorang manusia), tak dapat banyak berbuat kerana
259
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

badanku lemah. Aku dengan diriku yang kukemukakan telah banyak berbuat apa yang harus kuperbuat dan melakukan apa yang dapat kulakukan. Banyak orang tak mengerti padaku dan banyak pula yang salah menganggap aku. Ini disebabkan Aku dengan badanku jarang keluar dan lebih banyak tinggal dalam rumah. Tetapi aku didatangi orang dan amat jarang aku mendatangi orang ke rumahnya. Dan bermacam-macam pula orang mendatangkan persoalannya padaku. Apa-apa yang mendatangiku itu aku tampung kesemuanya dan aku lakukan apa yang dapat kulakukan dan kuperbuat apa yang dapat kuperbuat. Dan adalah bagiku yang melakukan dan perbuat itu Aku dengan diriku. Aku lebih suka ke dalam daripada ke luar. Ya, memang di dalam tempatku. Dari dalamlah (dari tempatku) Aku memandang keluar. Aku memerhatikan dan mempelajari keadaan alamku dan alam sekelilingku. Lain kerja orang dan lain pula kerjaku. Orang berfikir dan berusaha, Aku berasa dan berbuat. Aku sebagai orang, berfikir, berasa dan berbuat. Aku mencari rasa dengan perasaanku. Dari itulah maka Aku mengatakan pada orang lain, orang mencari yang ada, aku mencari yang tak ada. Aku melahirkan perasaanku (apa yang terasa padaku) sampai nyata terasa. Dan sebagai seorang manusia, aku pun melahirkan kehendakku. Dapatkah aku melahirkan kehendak orang? Kenapa tidak? Bukankah selama ini seluruh kegiatanku teruntuk untuk orang yang dimaksud! Hanya saja orang tak mengerti bahawa Aku ada di dalamnya. Otaknya dipergunakannya untuk memikirkan hal-hal yang di luar, bukan memikirkan Aku yang ada di dalam. Dapatkah Aku melahirkan dan menyampaikan kehendak orang lain? Kenapa tidak? Bukankah orang lain itu Aku juga! Apa yang ada pada orang itu ada pula padaku, bukan? Hanya mereka itu tidak tahu. Aku-mu dan Aku-ku sama. Tempat kelahiran dan kehadiran berlainan. Kelahiranmu dari rahim bondamu dan kehadiranmu di tempatmu (di mana engkau berada). Kelahiranku dari rahim
Diriku Yang Kukenal

260

DR. BAGINDO MUCHTAR

bondaku pula dan kehadiranku di tempatku pula. Di mana aku berada? Wahai orang luar, cubalah teka. Padaku ada jalan. Jalanku sendiri, jalan rasa. Di luar kulihat ada pula jalan. Jalan orang, banyak jalan nyata. Aku berjalan pada jalan nyata dengan jalan rasa. Bagi orang yang tahu dan yang mahu tahu, kukatakan adalah aku di dalam (di tempatku), di tengah-tengah dada. Sebelah kananku saudaraku Si Putih dan saudaraku Si Kembar (dua) Si Merah. Sebelah kiriku, saudaraku Si Hitam dan satu lagi biarlah aku namakan saja Si Cukup atau Si Lengkap yang akan mencukupi atau melengkapi segala-galanya kerana dari dialah sumber segalagalanya kegiatan-kegiatan hidup di dalam dan padanyalah terletak pertanda bagi orang luar, hidup matinya seseorang. Dan selanjutnya dapat aku mengatakan terhadap orang luar bahawa adalah apa yang kusebut itu kelima-limanya ilmuku di dalam yang mempunyai alam sendiri-sendiri yang tali-bertali. Dan keluarnya dengan lima (5) jalan pula, jalan tinggi. Maka padaku adalah 5 jalan dalam dan 5 pula jalan luar lagi tinggi. Itulah makanya aku menamakan diriku Si Sepuluh. Itulah dia ilmuku, keluar dan ke dalam, zahir dan batin. Dari siang ke malam, dari malam ke siang, dari burung ke telur, dan dari telur ke burung.

261

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

AKU DALAM SAJAK

263

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Mana Jalanku
Aku melihat orang berjalan Dalam pada itu Aku pun berjalan Jalan orang jalan nyata Jalanku tidak nyata Ku lihat orang berjalan di jalan raya Aku pun ikut berjalan bersertanya Dia sampai di tujuannya Akan tetapi Aku di situ, ke di situ juga Manakah yang benar Jalan orangkah atau jalanku Kedua-duanya benar Kerana kedua-duanya perlu Bagi orang, jalanku gelap Bahkan Aku dianggap barang mati Bagiku jalanku tidak gelap Hanya orang yang tak mahu mengerti Bagiku, jalan orang jalan nyata Jalanku tidak nyata Satu sama lain berbeza Jalanku dan jalannya Orang berjalan di jalan raya Jalan bikinan tangan manusia Naik mobil keretapi, kapal laut, dan udara Bagiku itu namanya menumpang di jalannya Namun Aku, walau di mana saja Di lautan Di daratan dan di udara Namun jalanku tidak kulupakan

Diriku Yang Kukenal

264

DR. BAGINDO MUCHTAR

Aku
Kalau engkau mengatakan Aku Ertinya engkau dengan badan diri Kalau Aku menyebut Aku Maka adalah itu Aku sendiri Aku adalah engkau Akan tetapi engkau bukan Aku Kita adalah dua Iaitu engkau dan Aku Dirimu adalah diriku Badanmu adalah badanku Engkau adalah badan diriku Aku ada padamu

265

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dia Dan Aku


Dia berjalan Akupun berjalan Kami bertemu di perjalanan Sama-sama berjalan Tetapi berlainan arah tujuan Dia di kiri, Aku di kanan Dia di luar, Aku di dalam Dia berhenti, Aku pun berhenti berjalan Seiring bertukar jalan Dia ingin hendak menemui Aku Di perjalanan kami bertemu Dalam berjalan dia melihat Aku Di waktu dia berhenti, maka hilanglah Aku Wahai insan yang hendak mencari Aku Aku selalu berada bersertamu Aku jauh dalam tangkapanmu Padahal Aku sangat dekat padamu

Diriku Yang Kukenal

266

DR. BAGINDO MUCHTAR

Engkau Dan Aku


Kalau engkau hendak menemui Aku Turutilah jalanku, jangan jalanmu Jalanmu jalan nyata Jalanku jalan rasa Berjalanlah engkau pada jalanmu Dan Aku akan berjalan pula pada jalanku Usahakan kita sejalan; engkau dan Aku Supaya tercapai yang dituju Kalau engkau mengatakan kita sejalan Engkau harus dapat membuktikan Bukti yang dimaksudkan Ialah kesanggupan untuk menurutkan Engkau mempunyai keinginan Aku mempunyai kesanggupan Engkau di luar, Aku di dalam Tempatmu di kiri, Aku di kanan Berjalanlah engkau pada jalanmu Untuk menjumpai Aku lebih dahulu Dalam perjalanan kita bertemu Engkau dan Aku Aku yang engkau jumpai di perjalanan Tidak engkau perdapat kalau engkau tak tukar haluan Kerana di saat itu Aku keluar engkau ke dalam Dan untuk mendapat Aku, jalanku yang akan diturutkan Berjalan pada jalanku Bererti engkau bersertaku Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal Aku Aku yang selama ini terahsia bagimu

267

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Engkau, Dia Dan Aku


Dia dan engkau bukanlah Aku Engkau dan dia sama bagiku Sama-sama hidup berserta Aku Yang selalu mendampingiku Satu di kiri satu di kanan Masing-masing melakukan tugas kewajipan Biar siang atau pun malam Selagi hayat dikandung badan Engkau yang selalu kekurangan Berdampingan dengan dia yang berkelebihan Denganku sebagai perantaraan Untuk cukup mencukupkan Engkau adalah tangan kiriku Dia adalah tangan kananku Aku adalah otakmu Yang merencanakan segala sesuatu Engkau pelaksana Dia tenaga Aku perencana Satu sama lain kerjasama

Diriku Yang Kukenal

268

DR. BAGINDO MUCHTAR

Engkau, Dia, Aku Dan Saya


Padaku ada engkau dan dia Padamu ada Aku dan saya Aku engkau dan dia Tinggal bersama saya Saya adalah seorang manusia Aku terkandung dalamnya Dia adalah seorang hamba Hamba si pengembara Maka adalah saya Terdiri dari engkau, Aku dan dia Satu, tetapi sebenarnya tiga Kalau dipelajari sampai ke dalam Begitulah pemecahanku Mempelajari akan keadaanku Pemecahan yang menghasilkan pemisahan Antara diri dan badan

269

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

PemecahanKu
Dalam perjalananku untuk mengenal diri Aku melakukan pemecahan sendiri Dengan tidak menghiraukan petang dan pagi Asal tercapai maksud di hati Maksud hati hendak mencari diri Diri yang berdiri sendiri Yang amat erat hubungan dengan peribadi Yang orang mengatakannya suci Telah lama Aku berjalan Pagi, petang, siang dan malam Satu perjalanan yang kulakukan Dengan gerak dan mengerakkan Gerak datang dari Aku, yang menggerakkan Dia Yang bergerak ialah saya Suatu pemecahan satu jadi tiga Yang menghasilkan pemisah antara Aku dan Dia Aku dengan badanku nyata Aku dengan diriku tidak nyata Badan dapat diraba Diri hanya dapat dirasa Rahsia diri adalah rahsiaku Peristiwa diri ialah peristiwa Aku Badan, diri dan Aku Bunyinya tiga, nyatanya satu Nyatanya Aku satu Aku badan dan diriku Keluar bersatu padu Ke dalam banyak orang belum tahu Aku dengan badanku positif nyata Aku dengan diriku negatif tidak nyata
Diriku Yang Kukenal

270

DR. BAGINDO MUCHTAR

Samakah Aku yang nyata Dengan Aku yang tidak nyata? Aku dengan kenyataanku jadi manusia Aku dengan ketidaknyataanku berada di dalamnya Di alam fikiran tempat Aku yang pertama Di alam perasaan tempat Aku yang kedua Ketahuilah olehmu wahai insan Aku yang pertama ialah Aku yang dihidupkan Aku yang kedua ialah Aku yang menghidupkan Yang mana yang benar, cuba fikirkan!

271

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Siapa Aku?
Aku yang dihidupkan jadi seorang manusia Aku yang menghidupkan adalah seorang hamba Bertugas sebagai si pengembara Mengaliri seluruh batang tubuhnya Mula pertama manusia diciptakan Dari tanah dijadikan badan Aku Tiupkan Roh-Ku, kata-Nya Tuhan Oleh kerananya timbullah hamba kemudian Hamba yang timbul kemudian Berjalan mengaliri seluruh badan Tiada henti-hentinya pagi petang, siang dan malam Melakukan tugas kewajipan Kewajipan ialah menghidupkan Oleh kerana itu makanya hambaku berjalan Berjalan menurut aliran Selagi hayat dikandung badan Dengan demikian teranglah sudah Perjalanan seorang hamba Allah Dan Aku adalah; Kata Tuhan Roh-Ku, kataku, Rohullah

Diriku Yang Kukenal

272

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dia Yang Kucari


Aku bukan mencari syurga Dan tidak pula neraka Yang aku cari ialah DIA Yang mengadakan syurga dan neraka Untuk itu Aku harus tahu Diriku lebih dahulu Kerana Rahsia-Nya terletak di situ Aku mengadakan penelitian Mempelajari keadaan badan Perjalananku ialah mengadakan pemecahan Pemecahan menghasilkan pemisahan Aku telah dapat memisahkannya Yang satu telah menjadi dua Yang nyata dan yang tidak nyata Yang tidak nyata berada di dalamnya Yang tidak nyata berada di badan Ini dapat kukatakan Kerana aku dapat merasakan Setelahnya aku dapat memisahkan Itulah diri sendiri Perkembangan jadi rohani Berdampingan dengan jasmani Yang selalu ikut ke mana aku pergi Mengenal diri mengenal Tuhan Rahsia-Nya ada di dalam Padanya aku temui jalan Jalan yang kulalui ibarat titian Titian laksana sehelai rambut Kalau diizinkan aku menyebut
273
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Sebenarnya aku takut Di dengar orang lain nanti terkejut Jalannya jalan sinar Dari badan diriku dia memancar Padanya aku belajar Memahami diri yang sebenar Aku pelajari diri sendiri Dan banyaklah sudah rahsianya aku ketahui Jalannya berisi Isinya-Allah Memberi Setelah aku dapat mengenal diri sendiri Dengan menurutkan jalannya yang berisi Maka banyaklah sudah yang kualami Sebagai pelajaran bagiku sendiri Aku berjalan pada jalannya Dan aku berjalan bersertanya Menurut jalan yang telah tersedia Bagi kami berdua Dan meningkatlah keinginanku Hendak mengenal A-ku Untuk menentukan siapa Aku Kerana dia sangat perlu bagiku Jalannya telah kuketemui Yang menyebabnya Aku berdiri sendiri Jalannya yang kuturuti Dengan tujuan mengenal Aku sejati Aku yang ada sebenarnya tidak ada Yang mengadakan diriku yang tiada Yang menjadikan aku seorang hamba Hamba yang keluarnya sebagai manusia Ada tidak ada Yang tiada antaranya
Diriku Yang Kukenal

274

DR. BAGINDO MUCHTAR

Di tiada letaknya Kerana Aku berada di baliknya Roh-Ku. Kata Tuhan Di waktu meniupkan ke dalam badan Bagiku Rohullah aku namakan Kerana Dia yang mendatangkan Maka aku temui Dia yang sebenarnya Setelah melalui Jalan-Nya Dengan berjalan pada Jalan-Nya Yang terkandung dalam Rahsia-Nya Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku Aku menemui Dia melalui badan diriku Dia-lah yang sebenarnya aku Dengan-Nya aku menemui-Nya Dia Tuhanku

275

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Anak Kunciku
Padaku ada anak kunci Kunamakan dia kunci wasiat Padaku ada jalan berisi Isinya nikmat Jalan berisi Isinya nikmat Tidak dimurkai Dan tidak pula sesat Itu anak kunci ada di tanganku Untuk pembuka segala pintu Pemberian dari Tuhanku Untuk keperluan segala sesuatu Alif Lam Mim nama anak kunciku Terletak di tanganku Bagi orang yang mahu tahu Boleh bertanya padaku Kunci wasiat mengandung rahsia Rahsia ghaib ada di dalamnya Barangsiapa yang memegangnya Pasti akan mempelajarinya Anak kunci terdiri dari Alif Lam Mim Berisi petunjuk bagi orang yang mustakim Kalau orang yang mempelajarinya dengan yakin Membawa orang ke jalan sirat al-mustakim Sirat al-Lazina an amta alAihim Ghairil Magduubi Alaihim Walad Dhaalin Amin

Diriku Yang Kukenal

276

DR. BAGINDO MUCHTAR

Orang Mencari Aku


Banyak orang mencari Aku Dan tak banyak orang dapat bertemu Aku dicari orang sedari dahulu Semenjak aku dikenal oleh orang berilmu Aku berada di dalam, bukan di luar Untuk mendapatkan Aku, orang harus belajar Diusahakan supaya aku dapat memancar Pancaran yang mengandungi sinar Bila Aku telah memancar Yang di dalam telah keluar Maka haluan harus ditukar Untuk menemui Aku yang benar Yang di luar harus ke dalam Erti kata dalam pengertian Menuruti jalan pancaran Untuk mengenal yang diidamkan Suatu perjalanan dari ada ke tidak ada Melalui yang tiada Di tidak letaknya rahsianya Aku berada di balik rahsia Wahai orang yang hendak mencari Aku Temuilah jalanku lebih dahulu Kalau tidak menuruti jalanku Pasti kita tak dapat bertemu Ada nyata Tidak ada, ya, tidak ada Tiada ialah antara ada dan tidak ada Keadaannya tidak nyata Bagiku Yang ada badanku
277
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Yang tidak ada Aku Yang tiada diriku Diriku yang mengandung rahsia Rahsiaku padanya letaknya Dan itulah Aku wahai manusia Yang mahu mencari Aku yang sebenarnya

Diriku Yang Kukenal

278

DR. BAGINDO MUCHTAR

Telah Kutemui Itu Jalan


Sama-sama berjalan Orang berjalan, Aku pun berjalan Berlainan arah tujuan Ada yang ke kiri dan ada yang ke kanan Aku lihat banyak pula orang lain berjalan Dengan tak tentu arah tujuan Mereka berjalan, asal berjalan Dari siang sampai malam Bila malam telah mendatang Mereka kembali pulang Seperti ayam pulang ke kandang Kerana hari telah petang Aku pun pernah berjalan Seperti orang lain berjalan Suatu perjalanan yang tak memuaskan Yang penuh dengan godaan dan cubaan Pernah aku tergoda Dan pernah pula aku teraniaya Apa yangku alami itu seksa Sebagai penebus dosa Tergoda, teraniaya Seksa dosa Telah kualami itu semua Dalam menempuh kehidupan sebagai manusia Setelah segala sesuatunya berjalan Dengan Ketentuan dari Tuhan Aku harus berkorban Tak ada orang lain sebagai saksi Semenjak aku ditinggalkan Seorang diri dalam kesepian
279
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Berfikir ke luar dan ke dalam Mempertahankan kebenaran Kebenaran ada padaku Seorang tak mengenal aku Lain pandangan orang padaku Kerana mereka itu tak tahu Lain pegangan orang, lain pula peganganku Lain jalan orang, lain pula jalanku Jalan orang jalan berisi Yang mengisi aku sendiri Akhirnya aku temui itu jalan Jalan bagiku yang telah ada semenjak dari dalam Iaitu jalan kehidupan Yang dapat aku rasakan

Diriku Yang Kukenal

280

DR. BAGINDO MUCHTAR

Cukup-Mencukupkan
Aku tadinya termasuk dalam golongan 99 Mencari yang satu untuk mencukupkan Rupanya aku salah jalan Kuanggap dia di luar, padahal dia di dalam Aku yang kucari Beradanya dalam diri sendiri Hanya orang yang tak mengerti Akan keadaannya sendiri Orang mencari yang ada Aku mencari yang tak ada Bagaimana orang akan mendapatnya Yang memuaskan bagi badan dirinya Akhirnya setelah aku dapat menemuinya Setelah kekuranganku, kucukupkan dengannya Yang aku dapat selama ini bukan yang sebenarnya Aku berpegang tidak pada batangnya Aku adalah hanya batangan Bagi orang yang berbadan Kalau orang dapat menyatakan Pasti akan menguntungkan Cukupkanlah kekuranganmu dengan tidak merugikan orang lain Cukupkanlah kekurangan orang lain dengan tidak merugikan diri sendiri Cukup mencukupi tak ada jalan lain Selain dari dengan jalan diri sendiri Jalan diri sendiri ialah jalan kehidupan Mengaliri seluruh badan Untuk itu orang harus dapat mengeluarkan Sampai dapat merasakan
281
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Ditemui Aku Dalam perjalanan Dengan menurutkan jalanku Dipertemuan kiri dan kanan Cukupkanlah kekuranganmu Dengan jalanku Aku akan mencukupkan kekurangan Dengan apa yang ada padaku Jalanku tak akan merugikan orang Bahkan membawa orang ke jalan sendiri Dengan jalanku mencukupkan yang kurang Tidak akan merugikan ke diri sendiri

Diriku Yang Kukenal

282

DR. BAGINDO MUCHTAR

Renunganku
Sudah dipunyainya tetapi masih merasa kekurangan Sudah punya dia, tetapi tak pandai mencukupkan Di mana letak kesalahannya Dan di mana pula letak perbezaannya Sudah banyak tetapi kekurangan Itulah manusia dengan hawa nafsunya Sudah punya tetapi tak pandai mencukupkan Itulah orang dengan perasaannya Semestinya, yang kurang dicukupkan Yang punya mencukupkan Dicukupkan dengan diri sendiri Mencukupkan juga dengan diri sendiri Manusia dengan hawa nafsunya Orang dengan perasaannya Kalau lupa akan dirinya Akan membawa akibat pada badannya Dengan apa kekurangan dicukupkan Dengan Aku yang dilupakan Bagaimana mencukupkan yang kekurangan Pelajari keadaanku di dalam Untuk itu carilah Aku Yang telah berada bersertamu Semenjak di rahim ibu Dan cubalah jawab, siapa aku?

283

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Pendirianku
Aku bukan orang yang akan dihantarkan Ke padang perkuburan Aku adalah yang akan kembali Ke Hadirat Ilahi Jasadku akan kembali ke asalku Setelahnya aku meninggalkan rumahku Jika ini sampai terjadi Bererti Aku pergi dengan tak kembali lagi Orang ada dan nyata Aku ada tetapi tak nyata Keadaanku dalam tiada Kenyataanku ada padanya Aku hidup dan menghidupkan Menghidupkan badan diriku di dalam Kehidupanku mendatangkan aliran Mengaliri seluruh badan Kehidupanku di dalam ibarat sangkar dengan burung Melakukan perjalanan ibarat menghasta kain sarung Orang yang dapat menemuiku akan beruntung Di waktu hujan dan panas boleh berlindung Rezeki bagiku mendatang Kalau tidak pagi tentu petang Aku bukan seperti burung helang Untuk mendapat makan harus terbang Dudukku duduk menanti Bagiku ada yang datang dan yang pergi Menerima dan memberi Dan tak merugikan ke diri sendiri Dan Aku pun tak akan merugikan orang lain Kerana bawaanku ialah lain dari yang lain
Diriku Yang Kukenal

284

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kelihatannya Aku seperti main-main Yang bagi setengah orang tak yakin Yakin tak yakin bukan urusanku Kerana Aku untuk orang tertentu Kalu ada bahagian tentu bertemu Dengan ilmu pengetahuanku Peganganku yang hidup, bukan yang mati Kerana pendirianku bukan materi Aku adalah isi Dan telah dapat mengeluarkan yang hidup dari yang mati

285

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kandung-Mengandung Dan Menanggung


Sewaktu Aku dikandung Oleh ibu yang mengandung Maka selain dari beruntung Ibu juga menanggung Setelah Aku dilahirkan Yang dikandung telah menjadi kenyataan Dan setelah Aku dibesarkan Aku sendiri yang menjalankan kehidupan Hidupku tidaklah begitu susah Mencari wang tidaklah begitu payah Hanya kerana sifatku suka mengalah Kebenaranku dianggap orang, salah Aku mulai merenung Mengenangkan nasib untung Aku yang tadinya dikandung Setelah melahirkan yang mengandung Kalau tadinya aku dikandung Untuk itu ibu menanggung Setelah melahirkan yang mengandung Maka aku pula yang mengandung Sama-sama mengandung Berlainan kandungan Sama-sama menanggung Berlainan pula penanggungan Yang dikandung ibu, Aku Dilahirkan sebagai seorang manusia Yang terkandung padaku Sebelum lahir, masih terahsia Orang akan tetap menanggung Sebelum lahir yang dikandung
Diriku Yang Kukenal

286

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kandung, mengandung dan menanggung Yang menanggung yang mengandung Melalui ini dianjurkan Kepada seluruh insan Lahirlah untuk kedua kali Sebelum maut datang mendekati Kelahiran pertama Keluar dari rahim bonda Kelahiran kedua Memancar dari yang ada

287

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Aku Telah Bebas


Kehidupanku tadinya terbatas Batasnya alamku sendiri Keinginanku hendak bebas Bebas berdiri sendiri Kehidupanku adalah ibarat burung Mata lepas badan terkurung Perbuatan orang Aku yang menanggung Kerana Aku dalamnya terkandung Aku ingin bebas Tetapi tak lepas Dengan jalan yang terbatas Aku tak merasa puas Aku sebagai abdi dalam Sangat merasa tertekan Pagi petang siang dan malam Selalu merindukan kebebasan Wahai insan yang mengandung Aku Tidakkah engkau salah memahami Aku Tidakkah engkau tahu Kehidupanmu bergantung padaku Aku bukanlah aku-akuan Seperti yang ada pada orang kebanyakan Aku datang daripada Tuhan Di dalam badan diriku, Aku ditempatkan Aku menderita, Aku merana Aku terseksa Keinginan berbahagia Salah jalan, Aku yang merasa Sekarang Aku telah bebas Bebas tetapi tak lepas
Diriku Yang Kukenal

288

DR. BAGINDO MUCHTAR

Dengan jalan yang tak terbatas Aku mengharungi lautan luas Dari abdi dalam Aku jadikan diriku abdi Tuhan Menjalani lautan kehidupan Dengan mengamalkan ilmu pengetahuan Jalanku jalan pengakuan Mengadakan pengakuan Untuk mendapat Pengakuan Pengakuan akan adanya Tuhan Jalan ini kuperdapat Sudah memahami Dua Kalimah Syahadah Bukankah kalimah ini mengandung hikmat Pengakuan, pangkat dan martabat?

289

Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kebebasanku
Aku bukanlah termasuk orang yang dibebaskan Melainkan Aku sendiri yang mencari jalan kebebasan Dari alam fikiran menuju ke alam perasaan Dan kami bertemu di perbatasan Yang di luar menuju ke dalam Kami bertemu di perjalanan Batas antara luar dan dalam Tiada orang lain menyaksikan Jalanku, jalannya Berbeza tidak sama Yang satu nyata Yang lain tidak nyata Semenjak itu kami sering berjalan Yang di luar dan yang di dalam Dan Aku telah dapat keluar Dengan jalan memancar Aku ini hanya cermin Berguna untuk orang yang ingin Hendak melihat diri sendiri Untuk mengetahui hakikat diri Diri itu adalah Aku Kerana timbulnya dari Aku Orang berada di hadapanku Kerana melihat padaku Maka berhadap-hadapan Aku dengan dia Orang dengan dirinya Kalau hendak mengetahui Aku yang sebenar Pandanglah Aku dengan saksama Kalau orang hendak melihat dirinya Melihatlah ke kaca
Diriku Yang Kukenal

290

DR. BAGINDO MUCHTAR

Kalau orang hendak mengetahui Aku Pandanglah wajahku Mahu melihat diri, bercerminlah ke kaca Mahu mengetahui Aku, pandanglah wajahku Wahai insan, cubalah teka Yang mana yang aku sebenarnya Roman terjalin antara dia dan aku Antara bentuknya dan wajahku Antara badan dan diriku Dengan tujuan bersatu-padu Diakah yang harus mencintaiku Atau akukah yang akan mencintainya Diakah yang bergantung padaku Atau akukah yang bergantung padanya Aku mencintainya lantaran dia badanku Dia harusnya mencintaiku kerana Aku dirinya Dengan terjalinnya saling cinta mencintai Maka terciptalah hidup yang bahagia Dari itu ketahuilah dirimu Kerana di situ beradanya Aku Kalau engkau mahu aku Hidupmu bergantung padaku Aku mencintainya lantaran dia badanku Dia harusnya mencintaiku kerana aku dirinya Dengan terjalinnya saling cinta mencintai Maka terciptalah hidup yang bahagia Dari itu ketahuilah dirimu Kerana di situ beradanya Aku Kalau engkau mahu tahu Hidupmu bergantung padaku Untuk mendapat bahagia sejati Pakailah ilmu diri
291
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

Ilmu diri, berisi Yang mengisi Aku sendiri


26 Disember 1970

Diriku Yang Kukenal

292

DR. BAGINDO MUCHTAR

SIAPA AKU?

DIA memberiku Hidup. Hidupku bergantung pada-Nya, suatu pemberian dari Yang Maha Pengasih. Maka hiduplah Aku sebagai kekasih dari Yang Maha Pengasih dan hidupku terjamin. Jaminannya ialah DIA menghidupkan Aku. Maka duduklah Aku di tempatku. Dan semenjak itu berjalanlah kehidupan di dalam badan diriku. Dan jadilah Aku menjadi seorang manusia yang dihidupkan. Siapa Aku? Mahu apa aku? Dan hendak ke mana aku? Sebagai seorang manusia Aku harus menjalankan kehidupan sendiri di perantauan ini. Ya, memang Aku seorang perantau, seorang pengembara, mengembara sebagai seorang musafir. Dalam perjalanan pengembaraanku, banyak sudah Aku berbuat dan telah banyak pula telah Aku lakukan. Adakalanya perjalananku sebagai seorang tua, berjalan dengan sebuah lentera di tangannya, yang sentiasa berjalan terus siang dan
293
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

malam, yang mana dengan lentera yang ada di tangan itu Aku mendekati seseorang atau setiap orang yang Aku temui seolah-olah ada sesuatu yang aku cari. Yang anehnya, biasanya seseorang memakai lentera pada malam hari, akan tetapi dalam perjalanan pengembaraan, Aku memakainya bukan malam saja, juga siang hari sehingga adakalanya menjadi ejekan dan tertawaan orangorang yang melihat tindak-laku perbuatanku itu. Seolah-olah mereka itu mengatakan, Apa juga yang dicari orang tua itu, pada siang hari bolong dia masih memakai lampu? Apa betulkah tindak-laku perbuatanku itu ada mencari sesuatu? Hanya yang tahu juga yang akan dapat mengetahuinya. Dan aku akan mengatakan, Berlainan pandangan dan penglihatan. Mereka memandang dan melihatku dengan pandangan penglihatan zahir saja, sedangkan Aku memandang dan melihatnya dengan apa yang ada padaku, seolah-olah Aku mengatakan, Inilah Aku! Sayang mereka tak mengerti dan tak tahu dan Aku berjalan terus dan terus berjalan sebagai seorang musafir. Adakalanya tindak-laku perbuatanku seolah-olah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam; mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup. Dan, inipun selalu Aku lakukan terhadap badan diriku sendiri dan diri orang lain. Akan tetapi, Aku bukan ayam yang mengeluarkan telur (barang yang mati) dan bukan pula telur mengeluarkan anak ayam, barang yang hidup. Maka adalah apa yang kusebutkan di atas itu adalah hanya bayangan bagi orang yang mahu tahu dan mengerti siapa Aku sebenarnya. Aku ialah yang akan kembali ke Hadirat-Nya dengan dijemput dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya dengan dihantar.

Diriku Yang Kukenal

294

DR. BAGINDO MUCHTAR

AKU
Aku duduk di tempatku. Tempat kedudukanku ialah terahsia bagi orang yang belum tahu, kerana banyak orang yang belum mengenal Aku. Jangan Aku, Aku-nya sendiri belum dikenalnya, betapa pula dia akan dapat mengenal Aku yang sebenarnya? Mungkinkah Aku-ku dan Aku-nya, sama? Terserah kepada orangnya yang akan menjawab. Akan tetapi Aku akan mengatakan, tidak, kerana dia belum pernah mahu mengenal Aku. Apa yang dikenalnya selama ini hanya dunia luar, bukan dunia dalam. Maksudku, dia belum dapat mengenal akan dirinya sendiri lebih mendalam. Dia bergerak berdasarkan kenyataan, sedangkan Aku bergerak berdasarkan di balik kenyataanku dan dari balik kenyataanlah titik tolakku. Aku orang dalam, dia orang luar. Nyata benar perbezaannya dalam pendirian. Dia menganggap dirinya yang nyata, sedangkan aku menganggap diriku yang tidak nyata. Yang nyata bagiku ialah badanku dan bukan itulah yang Aku. Aku berada di tempatku. Tempatku terahsia bagi setiap orang. Amat beruntunglah setiap orang yang dapat menemuiku yang terahsia itu. Dengan dapatnya menemuiku di tempatku, maka banyaklah sesuatu yang dapat diketahui. Berjalan untuk menemui Aku adalah suatu perjalanan dari ada ke tidak ada, melalui yang tiada. Di tiadalah letak rahsianya Aku, kerana Aku beradanya di tidak ada. Ertinya tidak ada pada kenyataan, ada dalam sebutan. Akan tetapi mustahil Aku tidak ada, kerana kalau Aku tidak ada, tidaklah ada erti kehidupan bagi tiaptiap diri. Dari itu makanya dikatakan, Aku ada dalam sebutan, tak ada pada kenyataan. Dan itu maka letaknya rahsia diriku, diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yang negatif bagi badan yang positif. Maka untuk dapat mengenal Aku yang tak ada pada kenyataan, seseorang harus mengadakan suatu pemecahan yang menghasilkan suatu pemisahan antara yang satu dengan yang lain,
295
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

antara diri yang negatif dengan badan yang positif atau antara yang zahir dengan yang batin, antara rohani dan jasmani, yang mana hasil dari pemecahan itu betul-betul seseorang dapat merasakannya sehingga apa yang dikatakan negatif tadinya menjadi positif dan apa yang positif tadinya dijadikan negatif. Dengan berpegang kepada yang tadinya dianggap negatif dan dengan pemecahan seperti tersebut di atas telah menjadi positif, maka terbukalah jalan kehidupan baru bagi orang yang telah dapat menemuinya; suatu jalan yang mengandung daya-daya hidup lagi berisi. Dan dengan penelitian yang saksama serta dengan kemahuan yang teguh, terbukalah jalan untuk dapat mengenalnya lebih mendalam. Jalan yang mengandung daya hidup lagi berisi itu yang dapat dirasakan adalah aliran dari diri di dalam, iaitu aliran dari rohani sendiri yang tadinya selagi masih dalam keadaan negatif pada tangkapan kita. Ruang geraknya terbatas pada bulu dan kulit kita dan pintu baginya untuk keluar, tertutup. Sekarang, setelah dia menjadi positif, pintu baginya dengan sendirinya telah terbuka, maka dia telah bebas bergerak sampai keluar dari alamnya sendiri, tetapi tak lepas dari induk pangkalan. Di mana beradanya Aku? Aku berada di suatu tempat yang kalau di katakan jauhnya, tidak jauh, dekat pun tidak. Kalau Nabi Musa mencari seorang hamba Allah dengan mendapat petunjuk dari Tuhan tempatnya di pertemuan permukaan dua lautan, maka aku dapat mengatakan bahawa adalah tempatku di pertemuan kiri dan kanan. Ini dapat kukatakan setelah aku mendapat kebebasan, iaitu bebas bergerak. Dan semenjak kebebasan kuperdapat, maka terbukalah jalan bagiku untuk lebih luas bergerak, kerana ruang gerakku tak terbatas lagi Siapa yang membebaskan aku? Aku sendiri pun tak tahu siapa yang membebaskan Aku. Setahuku Aku telah bebas dengan sendirinya. Ini telah lama terjadi, hanya aku yang tak mengerti. Pengalaman-pengalaman yang bertahun-tahun dalam perjalanan pengembaraanku, lambat laun aku dengan beransur mulai
Diriku Yang Kukenal

296

DR. BAGINDO MUCHTAR

mengerti, mengerti pada keakuanku. Kenyataannya jalan telah terbuka bagiku keluar dari alamku sendiri. Kemanusiaanku yang lambat dapat mengerti padanya. Setelah kemanusiaanku dapat mengenalnya, maka terasalah olehku akan kebodohan selama ini. Pengalamanku dalam praktik, hasilnya banyak mengagumkan orang yang melihatnya, apalagi bagi orang-orang kebatinan yang melihat caraku tersendiri. Dan anehnya, aku sendiripun sangat hairan kebolehanku itu. Pada perasaanku, segala sesuatu itu bukan aku yang berbuat, melainkan aku hanya menurutkan saja. Akan tetapi pada pandangan orang lain, segala sesuatu itu akulah yang berbuat dan menganggap ilmuku tinggi dan dalam. Aku bukan bangga dan sombong oleh penilaian orang-orang itu, melainkan aku sendiri pun asyik dan selalu memikirkan akan apa yang telah ada padaku itu. Ya, sebenarnya apa yang telah ada padaku itu? Setahuku ialah, tiap-tiap melakukan sesuatu, aku selalu besertanya. Dia yang berbuat, aku hanya menurutkan, walaupun hasilnya badan diriku yang menerimanya. Apa yang kulakukan dengannya tak ubahnya seperti perjalanan Nabi Musa menurutkan Nabi Khidir, yang mana Nabi Khidir yang berbuat dan Nabi Musa hanya menurutkan untuk mendapat pelajaran ilmu pengetahuan daripadanya. Syaratnya ialah berjalan besertanya harus sabar. Dalam pada itu belajar padanya. Menarik dan mempelajari dari perjalananku yang sudah-sudah besertanya, dengan renungan dan menungan, dengan penelitian yang lebih mendalam, akhirnya dapatlah aku merasakan dan mengetahui, bahawa adalah dia itu atau nya yang aku katakan seperti tersebut di atas ialah diriku sendiri, iaitu diri yang dia dengan rahsianya sendiri selama ini tersembunyi bagiku. Terasa benar olehku akan kebodohanku selama ini kerana sebagai seorang manusia, pandangan dan tangkapanku selama ini selalu tertuju kepada yang berada di luar dari badan diriku sendiri, sedangkan dia tanpa kusedari telah bangkit dan timbul berserta aku. Ini dapat kukatakan, setelahnya aku dapat merasakannya secara
297
Diriku Yang Kukenal

DR. BAGINDO MUCHTAR

positif dan semenjak itu terbukalah jalan bagiku untuk dapat mengenalnya lebih mendalam. Dan banyaklah sudah rahsiarahsianya yang telah aku ketahui untuk dapat dimanfaatkan bagi badan diriku sendiri, bagi masyarakat dan juga bagi dunia ilmu pengetahuan. Dia telah memancar dari dalam batang-tubuhku sendiri menurut saluran-saluran tertentu yang aku sendiri telah dapat merasakannya. Dia berasal dari zat hidup dan bukan dari benda yang mati. Dan itulah pula dia, Aku yang sebenarnya Aku. Dia dengan rahsianya, tersembunyi letaknya di dalam batang-tubuhku. Dan semenjak aku telah dapat menemui diriku sendiri dengan segala rahsianya yang tersembunyi itu, semenjak itu pula dia yang aku kemukakan berserta rahsianya yang telah ada di tanganku. Maka adalah Aku orangnya yang akan kembali ke HadiratNya dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya iaitu ke tanah. Dan rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku. Demikianlah adanya dan demikianlah pula keadaanku

Keadaanku Dan Pengakuanku


Keakuanku tidak sama dengan akunya orang lain, apalagi orang kebanyakan. Dan tidak pula seperti orang yang berakuan sebagai orang kemasukan atau kesurupan, yang mana tak sedar bilamana Aku-nya tiba. Aku-ku tetap Aku iaitu A-ku dari Yang Maha Pengasih. Ini dapat kuketahui setelah aku dapat mengenal dan menemui diriku sendiri dengan rahsianya yang tersendiri pula, sehingga dapat pula aku mengenal yang mana Aku yang sebenarnya. Dan adalah perjalananku semenjak aku dapat menemuinya ialah mengadakan pengakuan untuk mendapat Pengakuan. Pengakuanku ialah, Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.
Diriku Yang Kukenal

298

DR. BAGINDO MUCHTAR

Demikianlah adanya. Ashadu an-laa Illaaha ill-Allah; waAshadu anna Muhammad ar-Rasulullah. Aku BAGINDO MUCHTAR (Si Sepuluh)

299

Diriku Yang Kukenal

You might also like