You are on page 1of 8

KEMAHIRAN MEMBACA JENIS-JENIS BACAAN BACAAN EKSTENSIF

BACAAN EKSTENSIF
Bacaan meluas yang dilakukan di luar kelas. Menekankan aspek pengukuhan asas bacaan,menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan,meningkatkan kepantasan membaca ,membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

Konsep-konsep bacaan ekstensif:


Satu kegiatan membaca tanpa bimbingan guru. Menganggap pelajar telah mahir membaca. Bahan bacaan luas sesuai dari segi minat,umur,jantina,pengalaman ,sikap dan cita-cita pelajar. Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan yang berbeza.

Tujuan bacaan ekstensif:


Membolehkan pelajar membaca tanpa bimbingan daripada orang lain. Membolehkan pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari. Membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping menghiburkan hati. Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata,struktur ayat dll.

Tujuan bacaan ekstensif:


Memberi peluang pelajar yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kratif. Menambah minat membaca. Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik . Meningkatkan mutu dan kepantasan membaca. Memperluas dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.

Tujuan bacaan ekstensif:


Membentuk tabiat gemar membaca dan membuat rujukan di perpustakaan. Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa. Memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa dalam prosa atau puisi.

Teknik pengajaran bacaan ekstensif:


a. Mengkaji kandungan bahan.(kaji bahan untuk dapat tema/pokok persoalan) b. Buat soalan.(murid membina soalan daripada bahan) c. Baca(mengikut laju yang boleh) d. Menerangkan(menerangkan isi-isi penting) e. Mengkaji semula (supaya tidak tertinggal isi)

Panduan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bacaan ekstensif:


Melibatkan seberapa ramai murid. Menemubual pembaca atau murid. Membaca kuat kepada murid. Persembahan murid Aktiviti penulisan berdasarkan bahan bacaan Elakkan daripada menguji murid.

You might also like