You are on page 1of 5

BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

• Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun
1949 melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa
Hubungan antara Kaum.
• Pihak British memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika ingin
mendapatkan kemerdekaan.
• Perkara ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum


 Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina.
 Orang Melayu diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.
 Orang Cina diwakili Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng
Lock.
 Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani
dan Eropah.
 Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam dan Penasihatnya ialah Sir Malcolm
Macdonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara.
 Dalam rundingan yang dijalankan hampir dua tahun, UMNO telah mengemukakan
memorandumnya mempertahankan ketuanan Melayu.
 CLC menolak tuntutan UMNO.
 Sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan ini, satu kompromi telah dibuat antara
UMNO-CLC.
 Perkara penting yang telah dipersetujui:-
a) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.
b) Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.
c) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran,
negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.
d) Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
 Cadangan ini dilaksanakan selepas tahun 1951.

Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaum


 Beberapa buah parti politik ditubuhkan sebagai usaha untuk melahirkan perpaduan kaum.
 Antaranya ialah Independence of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara.
 Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara mengadakan Konferensi Nasional sebagai
uasaha melahirkan kerjasama politik.
 Kemudiannya, parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan.
 Sementara itu, Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO dalam
Konvensi Nasional.
 Konferensi dan Konvensi Nasional adalah medan perbincangan parti politik untuk
mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum.
Pedidikan alat perpaduan
 Bagi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan di
kalangan penduduk Tanah Melayu, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan.
 Laporan ini memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan Tanah
Melayu supaya setiap murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang sama.

Cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu


Laporan Barnes 1951
• Pendidikan sekolah rendah diwajibkan.
• Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Laporan Fenn-Wu 1951
• Menolak sistem pendidikan cadangan Laporan Barnes kerana mahu terus mengekalkan
sistem pendidikan vernakular Cina.
Ordinan Pelajaran 1952
• Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.
• Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Laporan Razak 1956
• Mengadakan sistem sekolah umum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah.
• Mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
• Pendidikan rendah adalah wajib.
• Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.
• Mengadakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir
yang sama.

 Laporan Razak 1956 menerima cadangan Laporan Barnes tetapi demi menjaga
keharmonian politik, Laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa pengantar
vernakular selama sepuluh tahun selepas merdeka.
 Sekolah vernakular ini akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
 Dasar pendidikan kebangsaan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan pada tahun1961.

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Sistem ahli
 Diperkenalkan pada tahun 1951 untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam
pentadbiran Tanah Melayu.
 Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’afar dan disokong oleh pihak British dan
raja-raja Melayu.
 Dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1995.

Ciri-ciri Sistem Ahli


• Kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh
masyarakat.
• Anggotanya dikenali sebagai Ahli.
• Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-
Raja Melayu.
• Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
• Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan 4
orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3 daripadanya
orang Melayu, seorang Cina dan seorang India.

Antara Anggota Sistem Ahli


• Dato’ Onn Ja’afar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)
• Dato’ Mahmud Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954)
• Tunku Yaakob AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan
Perhutanan (1951-1955)
• Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951-1955)
• Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)

 Pada tahun 1955, wakil UMNO, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan wakil MCA, Tun
H.S.Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan proses perpaduan
kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu.

Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan


 CLC telah membuat cadangan melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran
supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.
 Ia juga bermatlamat untuk mengelakkan golongan imigran supaya mereka mencurahkan
taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan


Secara Kuat Kuasa Undang- Secara Permohonan Secara Naturalisasi
Undang
- Seseorang rakyat raja di - Seseorang warganegara - Seseorang warganegara
mana-mana negeri Melayu. British dan koloni-koloni yang British dan koloni-koloninya
- Seseorang warganegara berumur 18 tahun, yang telah menetap di negeri
British Dan koloni-koloninya berkelakuan baik dan bersedia ini selama 10 tahun daripada
yang lahir di Negeri-Negeri mengangkat sumpah taat setia 12 tahun secara berturut-
Selat. kepada Persekutuan. turut.

Syarat Kerakyatan Negeri 1951


Secara Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan
- Orang Asli di negeri-negeri Melayu. - Seseorang yang telah mencapai umur 21
- Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan
Melayu. baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja
- Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di dan melepaskan kewarganegaraan asal.
negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa
dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.

 Sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun
1951 itu, Lembaga Pembangunan Desa atau Rural Industrial Development
Authority (RIDA) telah ditubuhkan.
 Pihak British telah menubuhkan RIDA dengan tujuan untuk membantu meningkatkan
taraf sosioekonomi orang Melayu.
 Penubuhan RIDA juga sebagai satu cara memujuk orang Melayu supaya bersetuju
dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951.

Pembentukan Parti Perikatan


 Pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan
akan melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum.
 Pihak British menyokong kerjasama tersebut akan wujud suasana politik yang stabil dan
kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin.

1952 • Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya
Bandaran Kuala Lumpur.
• Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
• pemimpin utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan
merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah
Melayu.
1954 • Konvensi Nasional diadakan.
• Perikatan UMNO-MCA dibentuk.
• Kerjasama ini diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi
memenangi pilihan raya negeri.
1955 • Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan.
• Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan.
• Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pilihan Raya Majlis Bandaran


 Sebelum merdeka, ahli-ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk
bandar berkenaan.
 Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951 untuk
memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke
arah berkerajaan sendiri.
 Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran telah diadakan di setiap bandar besar bagi
seluruh negeri Persekutuan Tanah Melayu.
 Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan di George Town, Pulau
Pinang pada bulan Disember 1951.
 Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum telah memenangi 6 daripada 9 kerusi yang
dipertandingkan.
 Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur telah diadakan pada bulan
Februari 1952.
 Dalam pilihan raya ini, UMNO dan MCA telah menjalinkan kerjasama yang telah
membolehkan UMNO-MCA mendapat 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
 UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran dan mendorong
kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA
pada tahun 1954.

Pilihan Raya Negeri


 Pilihan Raya Negeri yang mula diadakan pada tahun 1954 telah memberi peluang lebih
luas kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal memerintah.
 Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268
kerusi negeri yang dipertandingkan.
 Kemenangan ini menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum
dalam politik tanah air.

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan


 Pihak British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya pada tahun 1954.
 jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil parti politik.
 Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ialah
sebanyak 100 kerusi.
 Daripada jumlah tersebut, jawatankuasa ini mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui
pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Peseruhjaya Tinggi British.
 Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut 3/5 ahlinya dipilih.
 Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London untuk memohon kepada kerajaan British
mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih, tetapi usaha beliau itu gagal.
 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan pada 27 Julai 1955.
 Sebelum pilihan raya diadakan, setiap parti politik telah mengadakan kempen pilihan
raya yang dimulakan selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955.

Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama :


• Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun.
• Mewajibkan pendidikan rendah.
• Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.
• Menamatkan darurat.
• Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan.

 Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada
sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan.
 Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap pilihan raya telah menunjukkan bahawa dasar
kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang
bangsa.

You might also like