You are on page 1of 2

KONSEP SEMANTIK Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. (2009). Bahasa Malaysia Kertas 1.

Longman : muka surat 279. 1. Ogden dan Richards. Menurut beliau hubungan kata, konsep, dan benda yang dirujuk melalui segi tiga. 2. Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. Konsep dan makna suatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen yang merangkumi komponen-komponen kata ( sama ada dalam bentuk bunyi atau tulisan), konsep atau makna ( bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran) dan rujukan ( benda konkrit yang dirujuk). Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. DBP : muka surat 254-256. Kajian linguistik yang menganalisis makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. 3. Adrian Akmajian et al (1995). Kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Kajian ini boleh dimulakan pada aras kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. 4. Frank Parker (1994). Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa. 5. Harimurthi Kvidalaksana (1983). Bahagian daripada struktur bahasa yang

berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. 6. Sperber dan Wison (1980). Kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

Zulkiefly Hamid, RAmli Md.Salleh, Rahim Aman. (20017) Linguistik Melayu. Edisi Kedua. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi : muka surat 91. 7. Clark dan Clark (1977:409), teori atau ilmu semantik seharusnya dapat menjelaskan : Bagaimana makna-makna perkataan digunakan dalam proses pemahaman input dan penghasilan output bahasa. Teori ini juga harus dapat menjelaskan bagaimana makna-makna perkataan dikaitkan dengan perkara-perkara lain yang diketahui oleh manusia, dan ia juga harus menjelaskan bagaimana maknamakna kosa kata disimpan dalam ingatan. 8. Lakoff (1977 : 233). Menyatakan secara jelas bahasa Kedudukan generative semantik adalah jelas, iaitu sintaksis dan semantik tidak dapat dipisahkan dan peranan rumus-rumus transformasi dan kekangan-kekangannya secara

umumnya adalah untuk menghubungkan representasi semantik dengan struktur permukaan. Laman Sesawang : ( Ainun Salimah ) http://ainunsalimah.wordpress.com/2012/11/29/semantik/ diakses pada 17 Jun 2013 9. Chaer (1995:2-6), mengemukakan konsep-konsep semantik sebagai berikut: Semantik didefinisikan sebagai ilmu tentang makna atau erti, iaitu salah satu dari tiga tataran analisis bahasa, yakni: fonologi, gramatik, dan semantik. Semantik hanyalah mengkaji makna atau erti yang berkenan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal dan tidak mengkaji makna yang terdapat dalam bahasa bunga, bahasa warna, dan bahasa prangko, karena hanya merupakan perlambang belaka, yang tidak diturunkan dari tanda-tanda linguistik. 10. Dale dkk (dalam Badulu, 2001: 2), mengemukakan bahawa semantik adalah telaah makna, yang menelaah lambang-lambang atau tanda-tanda yang menyatakan makna, hubungan makna yang satu dengan yang lain, dan pengaruhnya terhadap manusia dan masyarakat. Oleh karena itu, semantik mencakup makna kata, perkembangan, dan perubahannya.

You might also like